Anda di halaman 1dari 62

Disediakan oleh:

Azizah bt Jalil (Bahagian Pendidikan Menengah)


Khairiah bt Hasbullah (Bahagian Pendidikan Menengah)
Zarina bt Fauzi (Bahagian Pendidikan Menengah)
Zulfahmy b Mukhtar (MRSM Lenggong)
Mohd Ridzuan b Zulkipli (MRSM Langkawi)
Noor Asmaa bt Ubaidillah (MRSM Tun Abdul Razak)
Azah bt Ab Rahman (MRSM Pasir Tumboh)
Fadhilah bt Mohamed Arif (MRSM Alor Gajah)

1
ISI KANDUNGAN Muka surat

1.0 Pengenalan CoRT 1 3

2.0 Matlamat 4

3.0 Objektif 4

4.0 Alat Berfikir CoRT 1 4

5.0 Sela Masa 8

6.0 Panduan Menggunakan Modul 8

7.0 Rancangan Pengajaran CoRT 1 9

7.1 Plus Minus Interesting (PMI) 10

7.2 Consider All Factors (CAF) 15

7.3 Rules 19

7.4 Consequence & Sequel (C&S) 23

7.5 Aims, Goals, Objectives (AGO) 28

7.6 Planning 33

7.7 First Important Priorities (FIP) 37

7.8 Alternatives, Possibilities, Choices (APC) 42

7.9 Decisions 47

7.10 Other People’s View (OPV) 51

8.0 Penilaian

8.1 Pra ujian 55

8.2 Pasca Ujian 56

9.0 Rujukan 57

2
KEMAHIRAN BERFIKIR

1.0 PENGENALAN

Kurikulum Kemahiran Berfikir MRSM bertujuan mendedahkan pelajar-pelajar


kepada kemahiran berfikir yang menyeluruh dan sistematik. Adalah diharapkan
juga dengan mengikuti kurikulum ini, mutu pemikiran pelajar-pelajar akan menjadi
lebih kreatif dan berkesan dalam kehidupan seharian yang akhirnya akan
menghasilkan individu yang kreatif, producer knowledge (mengeluarkan
pendapat) dan kompetitif.

Kemahiran Berfikir adalah satu kemahiran asas yang perlu ada pada setiap
manusia. Dalam sistem pendidikan MRSM kemahiran ini diajar secara formal
dan terancang kepada pelajar dengan matlamat supaya pelajar dapat
mengamalkannya dengan sedar dan disengajakan bermula di tingkatan 1.

Melalui modul ini, pemikiran pelajar akan menjadi lebih kreatif, kritis dan
berkesan. Latihan dalam modul ini merangkumi aspek-aspek kehidupan
seharian pelajar dan pergaulan serta situasi berfikir yang melibatkan
perancangan, peraturan dan membuat keputusan.

3
CoRT 1

4
COGNITIVE RESEARCH TRUST (CoRT 1)

"...CoRT is straight forward, ingenious, and quite easy to apply. Intelligence can be
taught with CoRT."

David Perkins, Ph.D

5
Pelajaran dalam CoRT 1 menggalakkan pelajar-pelajar untuk berfikir secara
sistematik dan meluas dengan menggunakan alat-alat seperti PMI, CAF, C&S,
AGO, FIP,APC dan OPV. Melalui CoRT 1, pemikiran pelajar akan menjadi lebih
kreatif, kritis dan berkesan. Latihan dalam modul ini merangkumi aspek-aspek
kehidupan seharian pelajar dan pergaulan serta situasi berfikir yang melibatkan
perancangan, peraturan dan membuat keputusan dalam setiap situasi yang
ditemui dan bukannya bertindak secara terburu-buru mengikut perasaan semata-
mata atau dipengaruhi pengalaman yang pernah dilalui.

2 .0 MATLAMAT

2.1 Pelajar dapat mengaplikasikan CoRT 1 sebagai alat yang dapat


meluaskan pandangan, persepsi dan pemikiran mereka.
2.2 Pelajar menjadi lebih fokus dan sistematik semasa merancang,
melaksana dan menilai sesuatu idea, situasi atau pernyataan.
2.3 Pelajar dapat menggunakan CoRT 1 dalam amalan harian.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Menggunakan CoRT 1 sebagai satu alat pemikiran yang sistematik, kritis
dan kreatif dalam kehidupan seharian.
3.2 Mengenal pasti cara berfikir dengan lebih objektif dan mengambil kira
pelbagai aspek.
3.3 Menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dengan lebih tepat dan
berkesan.

6
4.0 ALAT BERFIKIR CoRT 1

CoRT 1 (Cognitive Research Trust 1) mengandungi alat-alat berfikir untuk


menggalakkan individu berfikir secara meluas dan sistematik. Alat-alat berfikir
yang terdapat dalam CoRT 1 adalah seperti berikut:

CoRT 1

ALAT-ALAT
MAKSUD
BERFIKIR
PMI Plus, Minus, Interesting Kebaikan, Keburukan, Menarik
CAF Consider All Factors Mengambil kira semua faktor
Beberapa keadaan untuk
*Rules Peraturan
menggunakan PMI dan CAF
C&S Consequences & Sequel Meramalkan Sebab & Akibat
AGO Aims, Goals and Objectives Tujuan Matlamat & Objektif
Beberapa keadaan untuk
*Planning Perancangan menggunakan PMI, CAF, C&S dan
AGO
FIP First Important Priorities Keutamaan Mengikut Kepentingan
Alternatives, Possibilities,
APC Alternatif, Kemungkinan dan Pilihan
Choices
Beberapa keadaan untuk
*Decisions Membuat Keputusan menggunakan alat-alat berfikir CAF,
AGO, FIP dan APC
OPV Other People’s View Pandangan Orang Lain

*Operasi yang menggunakan gabungan alat-alat berfikir

7
5.0 SELA MASA (10 minggu)

Pelajaran Tajuk Sela Masa


Pengenalan kepada Kemahiran Berfikir & CoRT 1
1 Plus, Minus, Interesting (PMI) 1
2 Consider All Factors (CAF) 1
3 Rules 1
4 Consequence & Sequence (C&S) 1
5 Aims, Goals and Objectives (AGO) 1
6 Planning 1
7 First Important Priorities (FIP) 1
8 Alternatives, Possibilities, Choices (APC) 1
9 Decisions 1
10 Other People’s View (OPV) 1
Jumlah 10

*NOTA :
Bagi sela masa 10 minggu, bilangan latihan hendaklah disesuaikan dengan
peruntukan masa yang telah ditetapkan.

6.0 PANDUAN MENGGUNAKAN MODUL

6.1 Guru hendaklah menggunakan pelajaran yang diberi dalam modul


mengikut turutan.
6.2 Guru dikehendaki merujuk buku Kemahiran Berfikir edisi 2012 terbitan
Bahagian Pendidikan Menengah MARA untuk tujuan pengajaran.
6.3 Guru dikehendaki mengajar mengikut sela masa yang telah ditetapkan.
6.4 Guru digalakkan mengaitkan isu semasa dengan tajuk yang disediakan.
6.5 Aktiviti-aktiviti yang dicadangkan atau idea-idea kreatif yang lain boleh
digunakan sebagai pengukuhan. Guru diminta menilai dan merekod hasil
kerja pelajar bagi setiap tajuk.
6.6 Guru perlu mengajar keseluruhan CoRT 1 dan membuat semua latihan
yang disediakan atau sebahagian latihan mengikut kesesuaian yang ada.

8
7.0
Rancangan Pengajaran
CoRT 1

9
7.1 PMI (PLUS, MINUS, INTERESTING)

PPPPP

MMMM

10
PELAJARAN 1

ALAT BERFIKIR PMI – Plus Minus Interesting

Pelajar-pelajar dapat :

i. Menyatakan maksud PMI.


OBJEKTIF
ii. Menerangkan tujuan PMI.

iii. Mengaplikasikan PMI sebagai satu alat pemikiran dalam


kehidupan seharian.
ALAT BANTU
i. Kad manila / kertas A4
MENGAJAR

Pengenalan

PMI merupakan pelajaran asas dalam kurikulum Kemahiran


Berfikir. Ia juga merupakan satu alat pemikiran membolehkan
pandangan atau persepsi seseorang terhadap sesuatu situasi lebih
terbuka.
Pemikiran melalui alat PMI (Kebaikan, Keburukan dan Menarik)
membolehkan kita menyenaraikan :
 Perkara yang difikirkan baik tentang sesuatu idea – P (Plus)
 Perkara yang difikirkan tidak baik tentang sesuatu idea – M
(Minus)
HURAIAN  Perkara yang menarik tentang sesuatu cetusan idea yang
KONSEP perlu diberi perhatian dan yang tidak tergolong di dalam
Plus atau Minus – I (Interesting)

Penggunaan PMI akan membolehkan seseorang itu berfikir secara


terbuka dan tidak membuat keputusan secara terburu-buru.

Tanpa menggunakan PMI, seseorang itu bertindak berdasarkan


emosi yang mungkin menghasilkan pandangan dan keputusan
yang kurang atau tidak tepat.

Matlamat

Pelajar-pelajar dapat memahami PMI sebagai satu alat berfikir


yang dapat meluaskan pandangan atau persepsi.

11
Fokus Guru
i. Idea seseorang itu mungkin berbeza dengan seseorang
yang lain.
ii. Dalam membuat keputusan kita mesti mengambil kira tiga
perkara iaitu baik (Plus), buruk (Minus) dan menarik
(Interesting).

Prinsip
i. PMI penting kerana tanpanya kita mungkin menolak
sesuatu idea yang bernas yang nampak seolah-olah tidak
baik pada mulanya.
ii. Tanpa PMI besar kemungkinan kita tidak dapat melihat
keburukan sesuatu idea yang kita suka.
iii. PMI dapat menunjukkan bahawa sesuatu idea itu bukan
sahaja baik atau tidak baik tetapi juga menarik jika ia
membawa kepada idea yang lain.
iv. Tanpa PMI kebanyakan keputusan yang dibuat bukanlah
berdasarkan nilai sesuatu idea tetapi berdasarkan kepada
emosi pada masa itu.
v. Dengan PMI kita boleh membuat keputusan sama ada suka
atau tidak sesuatu idea selepas kita meninjau semua faktor
sebelumnya.

Induksi Set

i. Guru memulakan pengajaran dengan memberi satu situasi.


LANGKAH Guru menyebut / menulis di papan putih / menayangkan
PENGAJARAN slaid pernyataan “Sekolah Berasrama Penuh”.

ii. Guru meminta pelajar menyenaraikan seberapa banyak


kebaikan dan keburukan tentang sekolah berasrama penuh.

12
Aktiviti

i. Guru menerangkan maksud PMI dalam Bahasa Melayu iaitu


Kebaikan, Keburukan dan Menarik.
ii. Guru menjelaskan alat pemikiran PMI dan kepentingannya.
Tanpa PMI, kita mungkin bersikap berat sebelah (bias)
dalam membuat keputusan.
iii. Guru menunjukkan simbol dan menerangkan maknanya
(secara terperinci).

PMI ialah satu cara kita melihat idea, cadangan atau sasaran.
P (Plus) M (Minus) I (Interesting)

perkara yang
difikirkan menarik
tentang sesuatu
kebaikan sesuatu keburukan sesuatu
idea, tetapi tidak
idea idea.
boleh digolongkan
sebagai Plus atau
Minus.

iv. Guru membahagikan pelajar kepada 5 kumpulan kecil dan


meminta setiap kumpulan membuat PMI untuk
“Penggunaan satu komputer satu pelajar” dan
membentangkan hasil perbincangan di hadapan kelas.

13
Rumusan

PMI boleh digunakan untuk :


i. Mengenal pasti sesuatu idea baharu dari pelbagai aspek.
ii. Membuat penambaikan terhadap keputusan yang telah
diambil.
iii. Mengelakkan pemikiran negatif.
iv. Membuat pilihan yang terbaik.

1) “Pelajar dimestikan punch card pada setiap hari”

LATIHAN
2) “Penunggang motosikal tidak perlu mempunyai lesen”
TAMBAHAN

3) “Tiada dewan selera di MRSM”

14
7.2 CAF (CONSIDER ALL FACTORS)

C a f
CC aa fff
CCC aaa fffff
CCCC aaaa fffffff
CCCCC aaaaa fffffffff
CCCCCC aaaaaa fffffffffff

15
PELAJARAN 2
ALAT BERFIKIR CAF – Consider All Factors
i. Pelajar dapat menyenaraikan semua faktor yang
berkaitan dengan sesuatu isu.
OBJEKTIF
ii. Pelajar dapat mengemukakan faktor - faktor yang
tertinggal.
ALAT BANTU
i. Lampiran 1
MENGAJAR
Pengenalan
CAF (Consider All Factors) bermaksud Mengambil Kira Semua
Faktor adalah berkaitan dengan perancangan, penilaian, dan
membuat sesuatu keputusan. Melalui CAF kita akan mengambil
kira semua faktor untuk membuat sesuatu keputusan.

Tujuan CAF ialah untuk mengambil kira semua faktor secara


menyeluruh tanpa mengira baik atau buruk sesuatu idea.
Fokus pelajaran ini kepada faktor-faktor yang tertinggal sahaja.

Matlamat
Pelajar boleh menggunakan CAF dalam semua situasi
HURAIAN KONSEP hariannya.

Fokus Guru
Guru menceritakan pentingnya mengambil kira semua faktor
sebelum membuat sesuatu keputusan yang tepat.

Prinsip
i. CAF perlu dilakukan sebelum sesuatu keputusan diambil.
ii. Senaraikan semua faktor terlebih dahulu kemudian pilih
faktor yang terbaik.
iii. Pandangan orang lain perlu diambil kira sebelum
membuat keputusan.
iv. Faktor yang tertinggal perlu diberikan perhatian untuk

16
memastikan keputusan yang diambil adalah tepat.
v. Sekiranya anda membuat CAF terhadap pandangan
seseorang, anda boleh menyatakan faktor yang mungkin
tertinggal pada pandangan tersebut.

Set Induksi
Guru mengemukakan soalan berikut dan bertanyakan pelajar
apakah faktor-faktor yang diambil kira dalam membuat
keputusan :

i. Pilihan sekolah menengah selepas tamat sekolah


rendah.
ii. Pilihan program televisyen yang ingin ditonton.
iii. Pilihan buku atau bahan bacaan.
iv. Pilihan makanan dalam menu harian.

Aktiviti
1. Guru menerangkan cara penggunaan CAF didalam
LANGKAH membuat keputusan dengan menyenaraikan semua
PENGAJARAN faktor tanpa mengira baik atau buruk sesuatu idea. Ini
bertujuan mengelakkan keputusan yang diambil tidak
tepat.
2. Guru memberi satu situasi berikut dan meminta pelajar
untuk membuat CAF terhadap situasi tersebut
Situasi 1
Lawatan sambil belajar ke Genting Highlands Pahang.
Apakah fakor-faktor yang perlu diambil kira sebelum
membuat lawatan tersebut?

Rumusan
CAF digunakan sebelum kita membuat sesuatu keputusan.
Dengan menyenaraikan faktor-faktor yang terlibat, kita dapat
memilih faktor yang terbaik untuk membuat sesuatu keputusan
yang tepat.

17
1. Kebanyakan pelajar tidak berminat belajar Bahasa
Inggeris. Senaraikan faktor yang menyebabkan keadaan
ini berlaku.
LATIHAN
2. Remaja masa kini kurang berminat berkunjung ke rumah
TAMBAHAN
saudara mara. Senaraikan faktor yang mempengaruhi
keadaan tersebut.
3. Apakah faktor-faktor yang memartabatkan MRSM di
persada dunia?

18
Lampiran 1

Topik : This is My World

Kehidupan di
Consider All Factors (CAF)
MRSM
Kemudahan

Makanan

Rakan

Guru

19
7.3 RULES

20
PELAJARAN 3
ALAT BERFIKIR Rules
Pelajar dapat:
i. mengaitkan hubungan antara PMI dan CAF dengan Rules.
OBJEKTIF
ii. mengaplikasikan alat PMI dan CAF terhadap Rules yang akan
digubal atau Rules yang sedia ada.
ALAT BANTU i. Permainan seperti dam aji atau peralatan untuk permainan
MENGAJAR ‘outdoor’.
Pengenalan
Rules bermaksud peraturan.
Rules merupakan situasi berfikir. PMI dan CAF boleh diaplikasikan
dalam situasi Rules (Peraturan). Penggunaan PMI dapat memberi
persepsi secara meluas ke atas peraturan yang sedia ada atau yang
akan dicadangkan. CAF digunakan ke atas faktor-faktor yang terlibat
semasa merancang sesuatu peraturan.

Matlamat
Dapat menggunakan PMI untuk melihat secara meluas Rules yang
sedia ada, manakala CAF digunakan bagi membina Rules yang baharu.

HURAIAN KONSEP
Fokus Guru
i. Guru memberitahu tentang perbezaan antara permainan
berperaturan dengan permainan yang tanpa peraturan.
ii. Guru menekankan betapa pentingnya setiap peraturan.

Prinsip
i. Peraturan yang sukar dipatuhi bukan bermakna tidak baik.
ii. Sesuatu peraturan seharusnya berfaedah kepada orang ramai.
iii. Tujuan peraturan dibuat mestilah memenuhi kumpulan sasaran.
iv. Sesuatu peraturan patut diketahui dan difahami serta dapat
dipatuhi.
v. Semua peraturan patut dikemas kini dari semasa ke semasa .

21
Set Induksi
Guru meminta pelajar memberikan pendapat sekiranya kehidupan di
asrama tiada sebarang peraturan.

Aktiviti
i. Guru membahagikan pelajar kepada 4 kumpulan :
a. 1 kumpulan bermain permainan berasaskan peraturan
b. 1 kumpulan bermain permainan yang sama tanpa
peraturan
c. 2 kumpulan akan menjadi pemerhati
ii. Aktiviti yang dicadangkan seperti teng-teng, galah panjang, bola
beracun, batu seremban, sahibba, monopoli, dam, congkak,
catur dan permainan lain.
iii. Selepas permainan berakhir, guru meminta kumpulan pemerhati
memberikan pendapat/pandangan berkaitan PMI permainan
berperaturan dan tanpa peraturan.
LANGKAH iv. Guru meminta pelajar untuk membuat rules baharu kepada
PENGAJARAN permainan dengan menggunakan CAF.

Pengetahuan sedia ada: Pelajar telah mengetahui tentang PMI dan


Consider All Factors (CAF).

Rumusan
i. Sesetengah peraturan dibuat bertujuan untuk mengelakkan
kekeliruan: contohnya di Malaysia pemanduan kereta ialah di
sebelah kiri jalan raya.
ii. Sesetengah peraturan dibuat untuk keselesaan dan
kesejahteraan: contohnya peraturan dalam permainan.
iii. Sesetengah peraturan dibuat oleh sesebuah organisasi untuk
ahli: contohnya askar mesti memakai pakaian seragam sewaktu
bertugas.

Secara umumnya, Rules dibuat bertujuan untuk menjadikan kehidupan


lebih baik dan harmoni.

22
1. Anda adalah penguasa yang bertanggungjawab menggubal
peraturan bagi mengatasi masalah ‘mat rempit’. Buatkan 4
peraturan yang utama dan lakukan PMI ke atas peraturan tersebut.
2. Di kebanyakan negara, kereta dipandu di sebelah kanan jalan raya.
LATIHAN Malaysia bercadang menukarkan cara pemanduan di sebelah kiri
TAMBAHAN kepada memandu di sebelah kanan. Lakukan CAF terhadap situasi
ini.
3. Maktab mewujudkan peraturan mewajibkan setiap pelajar menyertai
Community Activity Service (CAS) semasa cuti semester. Lakukan
CAF terhadap program ini.

23
7.4 C&S (CONSEQUENCE & SEQUEL)

C&S=?

24
PELAJARAN 4
ALAT BERFIKIR C & S – Consequence & Sequel
Pelajar dapat :
i. Menyatakan maksud C&S.
OBJEKTIF ii. Membezakan antara C&S dengan CAF.
iii. Menyenaraikan dan membincangkan C&S sesuatu
keputusan, tindakan atau rancangan mengikut jangka
masa
yang sesuai.

i. Keratan akhbar / Keratan majalah


ii. Kertas mahjong
ALAT BANTU iii. Marker pen
MENGAJAR iv. Gambar yang berkaitan
v. Gam
Pengenalan

C&S adalah singkatan daripada perkataan consequence &


sequel yang bermaksud kesan atau akibat mengikut jangka
masa (susulan).

CAF memberi fokus kepada semua faktor sebelum sesuatu


keputusan dibuat, manakala C&S memberi perhatian kepada
kesan-kesan selepas sesuatu keputusan itu dibuat dalam jangka
masa tertentu.

C&S dibahagikan kepada :


HURAIAN KONSEP
i. kesan serta-merta (beberapa hari hingga seminggu)
ii. kesan jangka pendek (beberapa bulan hingga setahun)
iii. kesan sederhana (setahun hingga 2 tahun)
iv. kesan jangka panjang (5 tahun hingga 20 tahun)
Matlamat

Supaya pelajar boleh menggunakan alat C&S untuk merancang,


membuat keputusan dan bertindak.

25
Fokus guru

i. Guru mengingatkan pelajar bahawa pembahagian jangka


masa hanyalah satu cadangan sahaja kerana
pembahagian bergantung pada jenis tindakan/
keputusan/ rancangan yang bersesuaian.
ii. Tumpuan perlu diberi kepada C&S (kesan & akibat).

Prinsip

i. Setiap keputusan yang diambil mempunyai kesan dan


akibat.
ii. Kita mesti melihat kesan sesuatu itu terhadap diri kita dan
orang lain.
iii. Kesan positif jangka serta-merta tidak semestinya
berterusan sehingga jangka masa panjang dan
sebaliknya.
iv. Kesan mengikut jangka masa perlu diberi perhatian
sebelum membuat sesuatu.
v. Orang lain dapat melihat kesan dan akibat keputusan
yang kita buat, yang mungkin kita tidak menyedarinya.

Set Induksi
Guru menceritakan situasi pendatang awal dari Eropah ke
benua Australia. Mereka membawa masuk arnab sebagai
LANGKAH binatang peliharaan.
PENGAJARAN
Apabila arnab itu membiak dengan banyaknya, arnab menjadi
menu harian. Semakin hari bilangan arnab itu menjadi tidak
terkawal lagi dan telah menjadi binatang perosak tanaman.
(Kisah benar)

26
Nota:

 Penekanan kepada perubahan kesan & akibat


dengan perubahan masa.

 kesan serta-merta (1 tahun pertama)


 Gembira kerana tidak terpisah dengan
binatang kesayangan
 kesan jangka pendek dan kesan sederhana (setahun
hingga 2 tahun)
 Menu harian
 kesan jangka panjang. (Selepas 5 tahun)
 Binatang perosak

Aktiviti
i. Guru menyatakan kesan pembiakan arnab yang tidak
terkawal akan mengakibatkan kemudaratan kepada
manusia dari segi:

a. Sosial

b. Ekonomi

ii. Guru menyatakan setiap sesuatu kejadian atau tindakan


boleh menyumbang kepada kesan dan akibat pada
jangka masa tertentu.

Rumusan
Sebelum membuat rumusan, guru bertanyakan soalan-soalan
berikut kepada pelajar :
i. Apakah kepentingan melakukan C&S?
ii. Jelaskan kebaikan melakukan C&S?
iii. Mengapakah kita bertanggungjawab melakukan C&S?
Guru membuat pengukuhan tentang pelajaran pada hari ini
dengan menyatakan kepentingan C&S dalam kehidupan.

27
1. Bincangkan apakah C&S yang diakibatkan oleh demontrasi
jalanan.
LATIHAN
2. Nyatakan C&S penjajahan British di Tanah Melayu.
TAMBAHAN
3. Apakah C&S terhadap penggunaan polisterin sebagai
pembungkus makanan?

28
7.5 AGO (AIMS, GOALS, OBJECTIVES)

AGO

29
PELAJARAN 5
ALAT AGO – Aims, Goals and Objectives
BERFIKIR
Pelajar dapat:
OBJEKTIF i. menyatakan maksud AGO.
ii. mengenal pasti AGO bagi sesuatu situasi.

ALAT BANTU
Gambar mengenai pelbagai jenis kerjaya
MENGAJAR

Pengenalan

AGO bermaksud tujuan, matlamat dan objektif. Fokus AGO ialah


hasrat seseorang melakukan sesuatu untuk membantu mereka
membuat keputusan, perancangan dan tindakan yang bermatlamat.

Tanpa hasrat yang jelas, sesuatu pelakuan itu hanya satu kebiasaan,
ikutan atau daripada tindak balas orang lain.

Pelajar juga perlu mengetahui objektif orang lain supaya dapat


memahami pemikiran dan tindakan mereka.

HURAIAN Matlamat
KONSEP
Pelajar fokus kepada tujuan, matlamat dan objektif yang ingin dicapai
apabila melakukan sesuatu.

Fokus Guru

i. Guru menegaskan bahawa AGO dapat meluaskan persepsi kita.


ii. Setiap perlakuan yang jelas matlamatnya akan membantu kita
mencapai hasrat yang dikehendaki.

Prinsip

i. Mempunyai maltlamat yang jelas penting untuk menentukan hala


tuju seseorang.
ii. Dalam situasi yang sama, objektif adalah berbeza antara individu
dengan individu yang lain.

30
iii. Untuk mencapai objektif terakhir (sebenar), terdapat rangkaian
objektif-objektif kecil yang bersangkut paut antara satu dengan
yang lain.
iv. Objektif-objektif sepatutnya tidak terlalu sukar, nyata dan
munasabah.
v. Daripada pilihan objektif yang ada, kita perlu memilih objektif
yang terbaik.

Set Induksi

Beberapa orang pelajar menyatakan cita-cita serta bidang kerjaya


yang mereka minati.

Berdasarkan jawapan, guru menjelaskan kepada pelajar bahawa


setiap individu mempunyai AGO yang berbeza

Huraian Konsep
LANGKAH
PENGAJARAN Tanpa hasrat yang jelas, sesuatu pelakuan itu hanya satu kebiasaan,
ikutan atau daripada tindak balas orang lain.

Dengan mengetahui objektif orang lain, kita akan lebih memahami


pemikiran dan tindakan individu.

Aktiviti

i. Guru menjelaskan maksud AGO (Rujuk huraian konsep)

ii. Pelajar memberikan pelbagai sebab tentang kerjaya


pilihan mereka.

iii. Guru menekankan bahawa setiap individu mempunyai


minat dan kepentingan dalam memilih kerjaya masing-
masing

31
Rumusan

Guru menegaskan akan kepentingan AGO dalam membuat sesuatu


keputusan bagi mengelakkan berlakunya kesilapan.

Sebagai rumusan, guru bertanyakan soalan-soalan berikut kepada


pelajar:

i. Maksud AGO
ii. Kepentingan AGO dalam kehidupan
iii. Kesan tidak melakukan AGO dalam kehidupan
iv. Kepentingan mengetahui AGO orang lain
v. Kesan tidak mempunyai objektif dalam kehidupan

1. Dengan menggunakan AGO, senaraikan bidang kerjaya yang


LATIHAN memerlukan pengetahuan luas tentang bearing dan arah.
TAMBAHAN 2. Negeri jajahan takluk Melaka menghantar ufti kepada Kerajaan
Negeri Melaka. Bincangkan AGO keadaan pada masa itu.

32
Bidang Kerjaya

Doktor

Penganalisis Komputer

Arkitek/ Jurutera/ Kontraktor

Guru/ Pensyarah

Renjer hutan/ Jurupandu arah/

33
Angkasawan

Chef/ Tukang masak

Pengimpal

Pakar bedah

Doktor gigi

34
7.6 PLANNING

35
PELAJARAN 6
ALAT BERFIKIR Planning
Pelajar dapat :
i. Menggunakan PMI, CAF, C&S, AGO dan alat-alat lain
dalam membuat planning.
OBJEKTIF
ii. Mengaplikasi planning dalam kehidupan seharian.
iii. Menghasilkan program yang baik dan berkesan.
iv. Menangani isu dengan lebih berkesan.
i. Contoh kertas kerja
ALAT BANTU ii. Kertas A4
MENGAJAR iii. Kertas mahjong
iv. Marker pen

Pengenalan
Planning bermaksud perancangan. Planning merupakan satu
proses berfikir ke hadapan untuk melihat bagaimana seseorang
boleh melakukan sesuatu. Planning perlu dirangka dengan teliti
supaya program yang dirancang berjalan dengan lancar. Dalam
membuat planning kita perlu menggunakan alat seperti PMI,
CAF, C&S, AGO dan lain-lain. Semakin besar program atau isu
yang hendak dilaksanakan, semakin teliti planning yang perlu
dilakukan.
HURAIAN KONSEP
Matlamat
Pelajar dapat membuat planning dengan teliti dalam kehidupan
seharian mereka

Fokus Guru
i. Guru memberikan penekanan bahawa dalam membuat
planning perlu mengaplikasikan alat-alat pemikiran
seperti PMI, CAF, C&S dan AGO.
ii. Planning dapat membantu pelajar bertindak dengan
lebih sistematik.

36
iii. Setiap perkara yang dilakukan perlu didahului dengan
planning.

Prinsip
i. Mempunyai matlamat (AGO) penting bagi menjayakan
planning.
ii. Perlu mengambil kira semua faktor (CAF) dalam
membuat planning.
iii. Sentiasa bersedia dengan planning yang lain (alternatif)
jika perancangan pertama tidak berjaya.
iv. Kualiti planning mempengaruhi kesan dan akibat pada
masa akan datang (C&S).
v. Mesti tersusun, mudah dan munasabah untuk
dilaksanakan.
vi. Kaji dengan teliti dan kumpul seberapa banyak maklumat
sebelum membuat planning.
vii. Penggunaan C&S, AGO, PMI dan CAF dapat
memantapkan planning.

Set Induksi
Guru meminta pelajar mengemukakan strategi untuk
memenangi pertandingan kelas terbaik.
(Guru meminta pelajar menggunakan AGO, CAF dan PMI dalam
embuat membuat strategi untuk memenangi kelas terbaik)

LANGKAH
Aktiviti
PENGAJARAN
i. Bagaimana anda membuat planning untuk memenangi
pertandingan kelas terbaik.
ii. Guru mengaitkan pembelajaran yang lepas tentang
perlunya AGO, CAF dan PMI dalam membuat planning
yang berkesan
iii. Guru menyatakan kepentingan planning dalam
kehidupan seharian (If you fail to plan, you plan to fail).

37
Rumusan
Sebelum membuat rumusan guru bertanyakan soalan berikut
kepada pelajar :
i. Apakah yang anda faham tentang planning?
ii. Bagaimanakah cara untuk menghasilkan planning yang
baik?
iii. Jelaskan kepentingan planning dalam menyelesaikan
sesuatu perkara?
Guru membuat pengukuhan tentang pelajaran pada hari ini
dengan menyatakan kepentingan planning dalam kehidupan.

1. Unit Homeroom MRSM akan mengadakan Pesta Pasar


Malam. Setiap homeroom diminta merancang aktiviti
jualan tersebut dengan menggunakan C&S, AGO, PMI
dan CAF
LATIHAN
2. Sebagai seorang pelajar, bagaimanakah anda
TAMBAHAN
merancang kerjaya selepas tamat belajar? Gunakan
alat-alat AGO, CAF dan C&S.
3. Anda diminta menghasilkan satu Projek Sains. Lakukan
planning dengan menggunakan AGO, CAF dan C&S.

38
7.7 FIP (FIRST IMPORTANT PRIORITIES)

39
PELAJARAN 7
ALAT BERFIKIR FIP – First Important Priorities
Pelajar dapat:
i. mengenal pasti perkara yang perlu diberikan keutamaan.
OBJEKTIF
ii. menentukan perkara yang perlu didahulukan dalam
sesuatu situasi.
ALAT BANTU i. Lagu “Money, Money, Money” daripada Abba.
MENGAJAR
Pengenalan
FIP ialah First Important Priorities yang bermaksud keutamaan
yang mesti didahulukan.
Tujuan melakukan FIP ialah untuk mengarahkan pemikiran
kepada perkara-perkara yang penting dan mesti diberi
keutamaan kerana:
i. Sesetengah perkara mungkin lebih penting daripada
yang lain.
ii. Sesetengah faktor mungkin lebih penting daripada yang
lain.
iii. Sesetengah objektif mungkin lebih penting daripada yang
lain.
HURAIAN KONSEP iv. Sesetengah akibat mungkin lebih penting daripada yang
lain.

Matlamat
Untuk mengarahkan pemikiran pelajar kepada perkara yang
perlu diberi keutamaan.

Fokus Guru
i. Sebelum FIP dibuat, proses PMI, CAF, AGO, C&S
mestilah dilakukan terlebih dahulu.
ii. FIP berbeza antara individu mengikut keperluan dan
keadaan kerana keutamaan kepada seseorang itu
mungkin dianggap tidak penting oleh orang lain.

40
iii. Tujuan FIP ialah supaya pelajar membuat pilihan yang
terbaik dan tepat daripada senarai idea yang ada.

Prinsip
i. Kita mesti berusaha menyenaraikan seberapa banyak
idea yang difikirkan penting kemudian lakukan FIP.
ii. Keutamaan seseorang adalah berbeza dengan individu
yang lain walaupun dalam situasi yang sama.
iii. Kita harus mengetahui dengan tepat mengapa kita telah
memilih sesuatu pilihan sebagai keutamaan.
iv. Kita hendaklah menyisihkan pilihan yang tidak penting
bagi memudahkan proses membuat keutamaan dalam
pilihan.

Set Induksi
i. Guru memperdengarkan lagu “Money, Money, Money”
kepada pelajar.
ii. Guru mendapatkan maklum balas daripada pelajar
tentang lagu yang didengar.
iii. Guru bertanya kepada pelajar jumlah wang saku yang
diterima daripada ibu bapa pada setiap bulan dan apa
yang digunakan dengan wang yang diberi.
LANGKAH iv. Guru menerangkan kepada pelajar agar membelanjakan
PENGAJARAN wang yang diberi mengikut keutamaan.

Huraian Konsep
i. Guru menerangkan konsep FIP (Sila rujuk Huraian
Konsep FIP).

Aktiviti
i. Guru memberi suatu situasi kepada pelajar dan meminta
pelajar menyatakan FIP tentang situasi tersebut.

41
Situasi
Rumah anda terbakar dan anda berada di dalamnya. Anda
hanya ada masa untuk menyelamatkan satu daripada perkara
berikut:
a. Telefon bimbit
b. Kenderaan
c. Ahli keluarga
d. Binatang kesayangan
e. Barang kemas
f. Komputer
Yang mana satukah akan anda selamatkan?

ii. Pelajar menyatakan pendapat mereka mengikut konsep


FIP dengan menyatakan sebabnya mengapa sesuatu
perkara itu menjadi keutamaan.

Rumusan
i. Sebagai rumusan untuk pelajaran pada hari itu guru
bertanya perkara-perkara berikut kepada pelajar:
a. Apakah maksud FIP?
b. Mengapakah kita perlu melakukan PMI, CAF, AGO dan
C&S sebelum membuat FIP?
c. Apakah kepentingan membuat FIP dalam kehidupan?
ii. Guru membuat pengukuhan tentang pelajaran pada hari itu
dengan menyatakan kepentingan membuat FIP dalam
kehidupan.

1. Anda ditugaskan untuk menyelamatkan 3 orang pelajar


yang sesat di dalam hutan belantara. Anda diberikan masa
LATIHAN 24 jam bagi melaksanakan tugas tersebut. Pilih tiga
TAMBAHAN daripada peralatan berikut bagi membantu tugas anda dan
terangkan cara menggunakannya.
i. Lampu suluh
ii. Mancis api

42
iii. Sebatang buluh
iv. Segulung benang
v. Sebilah pisau
vi. Sehelai kain sarung

2. Pemilihan tempat pengajian ke IPTA / IPTS berdasarkan


faktor-faktor berikut:
i. Menyambung warisan/ legasi keluarga
ii. Nama yang terkenal
iii. Dekat dengan keluarga
iv. Persekitaran menarik
v. Pengaruh rakan sebaya
vi. Yuran pengajian
vii. Prospek kerjaya
viii. Pilihan majoriti komuniti setempat
ix. Pensyarah yang berkaliber
x. Kursus yang ditawarkan

Lakukan FIP dan nyatakan mengapakah pilihan itu dibuat?

3. Anda bercita-cita menjadi pelajar terbaik dengan


memperoleh PNG 4.0 dalam peperiksaan akhir setiap
semester. Apakah yang akan anda lakukan untuk
mencapai keputusan tersebut?
Senaraikan tiga tindakan anda mengikut keutamaan dan
berikan sebab.
i. Membuat dan melaksanakan jadual belajar
ii. Belajar secara berkumpulan
iii. Tidak mudah berputus asa
iv. Sentiasa bermotivasi
v. Rajin bertanya kepada guru
vi. Banyak membuat latihan dan bertukar-tukar soalan
dengan rakan sebaya
vii. Sentiasa berdoa dan mendapat keberkatan-Nya.

43
7.8 APC (ALTERNATIVES, POSSIBILITIES, CHOICES)

44
PELAJARAN 8
ALAT BERFIKIR APC – Alternatives, Possibilities, Choices
Pelajar dapat:
i. menyenaraikan APC selain daripada pilihan idea yang lain.
OBJEKTIF ii. mencari pilihan atau kemungkinan-kemungkinan selain
daripada yang sedia ada.
iii. mengimbangi antara perkara yang ‘rigid’ dan ‘fleksibel’.

Pengenalan
APC (Alternatives, Possibilities, Choices) yang bermaksud
alternatif, kemungkinan dan pilihan. APC mengarahkan
perhatian kepada alternatif, pilihan atau kemungkinan-
kemungkinan lain yang ada selain daripada yang jelas
kelihatan.

APC dilakukan untuk mengimbangi tindakan berdasarkan


kepada emosi dan kebiasaan. CAF memberikan tumpuan
kepada faktor-faktor yang sedia ada manakala APC memberi
fokus kepada idea-idea lain yang tertinggal. Melalui APC,
tindakan yang diambil mungkin berubah atau tidak berubah.
HURAIAN KONSEP

Matlamat
Melalui APC kita mempunyai alternatif, kemungkinan-
kemungkinan dan pilihan dalam membuat keputusan.

Fokus Guru
APC adalah proses sengaja mencari pilihan alternatif selain
pilihan yang sedia ada.
i. Kita hendaklah melakukan APC secara berterusan
sehingga mendapat keputusan yang paling tepat dan
terbaik.
ii. Keputusan boleh berubah atau tidak berubah walaupun
setelah melalui proses APC.

45
iii. Keterangan yang baik dan nyata hanya boleh diketahui
setelah melakukan APC.
iv. APC perlu dilakukan sehingga kita berpuas hati dengan
segala pilihan yang ada.
v. Dalam membuat keputusan kita perlu mengambil kira APC
orang lain.

Prinsip
i. Kita hendaklah melakukan APC secara berterusan
sehingga mendapat keputusan yang paling tepat dan
terbaik.
ii. Keputusan boleh berubah atau tidak berubah walaupun
setelah melalui proses APC.
iii. Keterangan yang baik dan nyata hanya boleh diketahui
setelah melakukan APC.
iv. APC perlu dilakukan sehingga kita berpuas hati dengan
segala pilihan yang ada.
v. Dalam membuat keputusan kita perlu mengambil kira APC
orang lain.

Set Induksi
i. Guru meminta semua pelajar memegang hidung masing-
masing. Pelajar diminta menunjukkan cara lain untuk
memegang hidung selain kebiasaan.
ii. Guru menegaskan bahawa terdapat pilihan lain untuk
LANGKAH melakukan sesuatu perkara selain daripada cara yang jelas
PENGAJARAN kelihatan.

Huraian Konsep
i. Guru menerangkan konsep APC (Sila rujuk huraian
konsep).

46
Aktiviti
i. Guru memberi satu peristiwa iaitu:
Situasi 1
“Sebuah kereta dijumpai tersadai di tepi lebuh raya dan
pemandunya telah meninggal dunia.”
ii. Pelajar diminta untuk melakukan APC terhadap situasi 1 di
atas.
iii. Guru berbincang dengan pelajar tentang APC mer
terhadap situasi 1.
iv. Guru memberi situasi kedua kepada pelajar dan pelajar
diminta membuat APC terhadap situasi tersebut.
Situasi 2
“Kemudahan jalur lebar telah disalahgunakan oleh
sebahagian pelajar. Anda mendapati kawan anda melayari
laman sesawang yang tidak bermoral.”
Apakah APC anda dalam situasi di atas.
v. Pelajar menyatakan APC terhadap situasi tersebut.

Rumusan
i. Sebagai rumusan untuk pelajaran pada hari itu guru
bertanya perkara-perkara berikut kepada pelajar:
a. Apakah tujuan melakukan APC?
b. Mengapakah APC boleh mempengaruhi sesuatu
keputusan?
c. Bagaimanakah proses APC dilakukan?
d. Apakah keistimewaan APC dalam membuat
keputusan?
e. Bagaimanakah kita boleh tahu pilihan mana yang
terbaik?
f. Bilakah kita berhenti mencari kemungkinan-
kemungkinan lain?
ii. Guru mengingatkan pelajar, APC perlu dilakukan dalam
membuat keputusan untuk memastikan tindakan yang
diambil tepat dan terbaik.

47
1. Sebilangan pelajar MRSM calon Program Pelajar
Cemerlang gagal dalam sesi temu duga untuk
mendapatkan biasiswa melanjutkan pelajaran. Lakukan
APC terhadap punca kegagalan mereka.

LATIHAN
2. Kenaikan suhu dunia memberi kesan yang buruk terhadap
TAMBAHAN
muka bumi. Antara kesan-kesan buruk yang berlaku ialah
banjir, kemarau, hakisan dan lain-lain.
Lakukan APC terhadap tindakan untuk mengatasi masalah
itu ?

48
7.9 DECISIONS

49
PELAJARAN 9
ALAT BERFIKIR Decisions
Pelajar dapat:
i. menggunakan alat pemikiran seperti CAF, AGO, FIP, APC
dan C&S untuk membuat keputusan.
ii. memberi keutamaan kepada penggunaan FIP dan APC
OBJEKTIF
dalam membuat keputusan yang tepat.
iii. mampu membuat keputusan yang mempunyai kesan positif
terhadap diri sendiri.

Pengenalan
Decisions adalah membuat keputusan. Dalam membuat
Decisions semua alat pemikiran digunakan (PMI, CAF, C&S,
FIP, APC dan AGO) terutama FIP dan APC. Penggunaan alat-
alat berfikir tersebut mampu meluaskan pandangan seseorang
dan memudahkan mereka membuat keputusan dengan tepat.

Matlamat:
Mengaplikasikan semua alat berfikir yang telah dipelajari untuk
HURAIAN KONSEP
membuat keputusan dengan tepat.

Prinsip:
i. Kita bertanggungjawab dengan keputusan yang dibuat.
ii. Kita mesti yakin dengan setiap keputusan yang dibuat
adalah terbaik.
iii. Setiap keputusan memerlukan pengorbanan.
iv. Penggunaan CAF, C&S, AGO, FIP dan APC dapat
membantu memudahkan proses membuat keputusan.
Set Induksi
i. Guru memberikan satu situasi / senario
LANGKAH
Anda telah mendapat tiket secara percuma untuk pergi ke
PENGAJARAN
Legoland. Dalam masa yang sama anda akan
menghadapi peperiksaan akhir tahun.

50
ii. Guru bertanya kepada pelajar keputusan mereka
sekiranya mereka berada dalam situasi tersebut.
iii. Pelajar diminta menyatakan keputusan mereka.
iv. Guru mengenal pasti sama ada keputusan yang diambil
pelajar menggunakan alat berfikir yang telah dipelajari
atau tidak.
v. Guru mengaitkan jawapan/ keputusan pelajar dengan tajuk
pada hari itu.

Huraian Konsep
i. Guru menerangkan konsep Decisions (Sila rujuk huraian
konsep).

Aktiviti
i. Guru memberi situasi seperti yang berikut kepada pelajar:
Situasi 1
Rakan baik anda meminta anda menemaninya pergi ke
bandar (outing). Anda berasa tidak ada keperluan untuk
pergi ke bandar. Anda diminta membuat Decisions
terhadap situasi tersebut.
ii. Guru mendengar Decisions yang dibuat oleh pelajar
tentang situasi tersebut.

iii. Guru memberi situasi kedua kepada pelajar dan mereka


diminta membuat Decisions atas situasi tersebut dengan
menggunakan CAF, C&S, AGO, FIP dan APC.
Situasi 2
Anda tersenarai sebagai peserta Ekspedisi ke Taman
Negara dan dalam masa yang sama keluarga anda akan
bercuti ke luar negara. Bagaimanakah anda membuat
keputusan? Gunakan alat-alat pemikiran yang sesuai untuk
membuat Decisions.

51
iv. Guru menilai jawapan yang diberi oleh pelajar.

Rumusan
i. Guru membuat pengukuhan tentang pelajaran pada hari
itu.
ii. Guru menyatakan bahawa sebelum membuat keputusan
pelajar boleh menggunakan CAF, C&S, AGO, FIP dan
APC.
iii. Penggunaan alat ini dapat membantu memudahkan
proses membuat keputusan.

1. Seorang pelajar diberi pilihan sama ada ingin belajar di


sekolah berasrama atau tidak. Apakah keputusan yang
perlu diambil oleh pelajar tersebut?
Lakukan CAF, FIP, AGO, APC dan C&S untuk pelajar itu.
LATIHAN
TAMBAHAN 2. Seorang pengawal keselamatan yang sedang meronda
pada sebelah malam nampak cahaya lampu dalam sebuah
gudang. Beliau harus membuat keputusan. Apakah yang
perlu dilakukan?

52
7.10 OPV (OTHER PEOPLE’S VIEW)

53
PELAJARAN 10 (40 minutes x 2)
ALAT BERFIKIR OPV – Other People’s View
Pelajar dapat:
i. menggunakan OPV dalam pelbagai situasi kehidupan.
OBJEKTIF ii. mengenal pasti pemikiran atau perasaan orang lain
dengan menggunakan PMI, CAF, C&S, AGO, FIP dan
APC.
ALAT BANTU i. 5 kad peranan (ibu bapa, pihak maktab, rakan sebaya,
MENGAJAR pembuli, mangsa buli)
Pengenalan
OPV (Other People’s View): Pandangan atau pendapat orang
lain (secara individu atau kelompok).
OPV boleh digunakan bersendirian atau digabungkan dengan
alat pemikiran yang lain seperti PMI, CAF, C&S, AGO, FIP dan
APC
Setelah melakukan OPV seseorang akan lebih terbuka untuk
menerima pandangan atau pendapat orang lain serta sanggup
mengenepikan pandangan atau pendapat sendiri untuk
mendapatkan pandangan yang lebih baik.

Matlamat
HURAIAN KONSEP
Menggalakkan pelajar memberi perhatian kepada pandangan
atau pendapat orang lain.

Fokus Guru
OPV boleh diaplikasikan bersama dengan alat pemikiran yang
lain seperti PMI, CAF, C&S, AGO, FIP dan APC.
i. Setiap individu mempunyai pandangan yang berbeza
walaupun situasi yang dihadapi adalah sama.
ii. Kita hendaklah mengambil kira pandangan atau
pendapat orang lain dalam membuat keputusan.
Pengetahuan sedia ada:
PMI, CAF, C&S, AGO, FIP dan APC

54
Prinsip

i. Kita perlu bersifat terbuka untuk menerima pandangan


orang lain walaupun kita tidak bersetuju.
ii. Setiap individu mempunyai pandangan yang berbeza.
iii. Perbezaan latar belakang seseorang mempengaruhi
OPV mereka walaupun dalam situasi yang sama.
iv. Kita boleh melihat dan meneliti persamaan dan
perbezaan pandangan.
Set Induksi
Guru menceritakan sekumpulan lima orang buta dibawa untuk
mengenali seekor gajah. Mereka dibawa ke lima bahagian yang
berlainan iaitu:
i. Belalai
ii. Perut
iii. Telinga
iv. Kaki
v. Ekor
Setiap mereka diminta menggambarkan persepsi masing-
masing tentang seekor gajah. Bagaimanakah pandangan
LANGKAH mereka?
PENGAJARAN
Aktiviti
i. Guru menerangkan konsep OPV (rujuk Huraian Konsep)
ii. Guru memberi satu situasi kepada pelajar dan meminta
pelajar membuat OPV berdasarkan situasi tersebut.

Situasi 1
Sekumpulan pelajar telah dikenakan tindakan tatatertib
(dibuang maktab) oleh Jawatankuasa Disiplin dan
Rayuan Maktab (JDRM) kerana didapati melakukan
kesalahan membuli.
Pelajar diminta memainkan peranan sebagai:

55
i. Ibubapa.
ii. Pihak Maktab.
iii. Rakan sebaya.
iv. Pembuli.
v. Mangsa buli
Pelajar akan memainkan peranan yang diberi dan membuat
OPV kepada peranan masing-masing di hadapan kelas.

Rumusan
Sesetengah pandangan dipengaruhi oleh kepentingan peribadi
dan emosi. Setiap keputusan mestilah mengambil kira
pandangan orang lain supaya kita dapat menilai situasi semua
pihak.

1. Bincangkan masalah kebersihan di kawasan asrama.


Lakukan OPV terhadap situasi tersebut dari kacamata:
i. Pelajar.
ii. Pekerja kebersihan.
LATIHAN iii. Ibu bapa.
TAMBAHAN iv. Pihak pengurusan maktab.

2. Seorang pelajar gagal mendapatkan tiket bas untuk pulang


berhari raya. Lakukan OPV terhadap pihak yang terlibat
untuk membantu pelajar tersebut.

56
8.1 PRA UJIAN

MASA : 20 minit

NAMA :

KELAS :

HOMEROOM :

Sila beri pandangan dan komen anda tentang setiap situasi berikut:

1) Pemilihan pelajar ke Tingkatan 1 di MRSM bukan berdasarkan keputusan 5A

2) Siapakah idola anda? Nyatakan sebab-sebab anda memilih beliau.

57
8.2 PASCA UJIAN

MASA : 20 minit

NAMA :

KELAS :

HOMEROOM :

Sila beri pandangan dan komen anda tentang setiap situasi berikut:

1) Pemilihan pelajar ke Tingkatan 1 di MRSM bukan berdasarkan keputusan 5A

2) Siapakah idola anda? Nyatakan sebab-sebab anda memilih beliau.

58
9.0 RUJUKAN

Kemahiran Berfikir. (2012). Bahagian Pendidikan Menengah MARA.

NOTA:
Guru boleh merujuk kepada Internet untuk maklumat tambahan dan terkini berkaitan
Kemahiran Berfikir. Antara laman web yang boleh dilayari ialah:
www.edwarddebono.com
www.mindtools.com
http://guabama.wordpress.com/category/kemahiran-berfikir/

59
60
61

Anda mungkin juga menyukai