Anda di halaman 1dari 2

RANCANGAN LATIHAN KEMAHIRAN/ AMALI

Mata Pelajaran : Permainan (MPU 3041)


Semester : Dua (PISMP) Minggu : 13
Tarikh : 26/4/2016 Tahun : Lima
Hari : Selasa Bilangan Murid : 18 orang
Masa : 0800-0830 (30 minit) Tempat : Padang Hoki
Sub-tajuk : Menolak dan menahan

Hasil Pembelajaran: Di akhir pembelajaran, murid dapat:

1. Psikomotor:
a) Murid-murid dapat melakukan teknik menolak dan menahan
bola hoki dengan menggunakan tolakan biasa dalam garis
lurus pada jarak 5 meter dengan 5 kali percubaan secara statik.
b) Murid-murid dapat melakukan teknik menolak bola hoki dengan
melepasi halangan menggunakan tolakan biasa pada jarak 5
meter dengan 5 kali percubaan secara pergerakan dinamik.
c) Melakukan kemahiran menahan dengan postur tubuh,
koordinasi kaki dan tangan yang betul dan tepat menggunakan
stik hoki.

2. Kognitif:
a) Pelajar dapat menyatakan teknik atau gaya yang betul dalam
kemahiran menolak bola hoki.
b) Mengetahui undang-undang dan peraturan-peraturan asas
dalam permainan hoki.
3. Afektif:
a) Menunjukkan kesungguhan untuk belajar semasa menjalani
aktiviti menolak dan menahan.
b) Mengamalkan sikap bekerjasama dalam membantu rakan-
rakan mempelajari kemahiran menolak dan menahan serta
menitikberatkan ciri keselamatan semasa aktiviti.

1
c) Mengemas dan menyimpan semula alatan yang digunakan di
tempat yang betul.
d) Membina keyakinan diri dan rasa seronok semasa melakukan
kemahiran menolak bola hoki.
e) Memupuk minat untuk bermain permainan hoki

Kemahiran berfikir : Menganalisis dan membanding beza


Penerapan nilai : Kerjasama, tanggungjawab, mematuhi arahan

Pengalaman sedia ada murid: Pelajar pernah menyaksikan perlawanan hoki secara langsung
atau melalui media massa serta membaca berita
berkenaan sukan hoki dalam akhbar.

Pendekatan/Bahan/Sumber1. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran:


Kaedah demonstrasi
Kaedah pembelajaran masteri
Kaedah pembelajaran koperatif

2.Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran:

Stik hoki (20) Skital (20)


Bola hoki (20)

Anda mungkin juga menyukai