Anda di halaman 1dari 11

More shazayu185@gmail.

com Dashboard Sign Out

! Arnamee Blogspot .
Blog untuk perkongsian nota agama, isu semasa, tentang penulisan, fotografi dan lirik lagu .

Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun
berkongsi artikel blog ini. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-
Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini


boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan
ke arnamee (at) gmail.com.

Namun jika ada sebarang pendapat, pembetulan, penambaikan atau pertanyaan


boleh saja tinggalkan di ruangan komen. Salah silap harap ditegur dan dimaafkan.
Juga untuk artikel atau perkongsian yang hampir sama atau diambil terus daripada
anda (jika didapati tidak sesuai/tidak wajar/tidak kreditkan nama anda beritahu
semula ya). Mohon dihalalkan dan diredhakan untuk semuanya. Terima kasih.

Nota RPK, RSM, Tips lulus ujian memandu &


Pengalaman ambil lesen kereta manual (Test JPJ)

Ini adalah pengalaman saya mengambil lesen D (kereta). Sebelum kita sentuh
format baru (sekarang) yang saya ada sertakan di bawah, saya ingin kongsikan juga Facebook Page
pengalaman saya ambil lesen kereta sekitar tahun 2010. Tak jauh beza, samanya
ada ujian komputer, dan ujian jalan raya dan bukit. Cuma sekarang lain sikit sebab
ada RPK, RSM, S, Z semua itu. Oh ya, sebelum itu kalau tips atau cara saya Anem Arnamee
kongsi di sini lain apa anda belajar, jangan ikut sangat. Tanya cikgu dulu, ikut
cara cikgu anda. Baiklah kita mulakan.

PENGALAMAN SAYA Cari apa ya di sini?

Search
Saya ambil masa 2 tahun dan berbelas jam belajar dalam usaha untuk mendapatkan
lesen P. Saya sampai melibatkan 2 sekolah memandu. 2 cikgu. Beberapa kali test
JPJ hanya kerana saya gagal bahagian bukit 5 kali! Setiap kali ulang, akan ambil
Terbaru
pra-ujian lagi, dan setiap kali itu abah suruh belajar lagi (pastinya akan perlukan duit
Cantiknya Mural (Grafiti) di Pekan
lagi). Ya, itu bahagian sedih yang tak boleh saya lupakan. Banyak perlu dikeluarkan Bagan Datuk, Perak!
untuk saya. Mujur lulus juga akhirnya. Alhamdulillah. Terima kasih untuk mak dan Gambar: Facebook Bagan Datuk KiniDaerah
Bagan Datuk terletak di...
abah serta semua cikgu-cikgu yang sabar dengan saya. Terutama Institut
Read more
Memandu Intan (IMI), Teluk Intan.
Lirik lagu Mamak Maju, Service
Kenapa sampai 2 kali? Sebab kebetulan keluarga saya berpindah tempat tinggal. Laju (OST Ejen Ali The Movie)
Selangor ke Perak. Setelah gagal di Selangor, berbulan juga saya mula ambil kelas "Order? Nasi Goreng Kampung Telur
Mata...Tapi tak nak...
semula di Perak. Nak dapat keyakinan balik. Gitu.
Read more

Semasa di Selangor, cikgu yang mengajarnya adalah lelaki muda yang sangat tegas Lirik lagu Kita Jaga Kita -
dan yakin dengan saya. Dia pernah cerita, kepentingan dan semangat seorang Altimet x Cuurley x Malik
makcik ini, yang dah kehilangan suami baru mula belajar bawa kereta, dia ulang 50 Abdullah (OST Ejen Ali The
Movie)
kali ujian! Dan akhirnya berjaya. Ada dia cerita lain, ada warga emas sekali saja lulus
Lagu Kita Jaga Kita merupakan lagu tema utama
ujian jalan raya, sebab kesungguhannya mahu lulus. Ejen Ali: The Movie. Ia...
Read more
Memang dia sangat suka bercerita. Semangat-semangat itu memang saya ambil,
cuma dekat bahagian bukit saya gugup pula. Allah. Punya yakin jejaka muda ini, dia Program Cuti Sekolah 2019:
Karnival RKH yang macam-
siap tertidur (saya rasa dia acah saja) masa perjalanan saya dari Selayang ke macam ada!
Puchong (dari rumah ke sekolah memandu) dahlah waktu tu memang pengalaman Program Cuti Sekolah 2019: Karnival
bawa kereta tak berapa nak ada (Abah pernah ajar saya dengan sabar, namun RKH | Rumah Kasih Harmoni...
tetaplah saya tak mahir) selain kelemahan saya adalah mengingat jalan. Keyakinan Read more

cikgu muda tu antara semangat buat saya lulus di jalan raya! (Jalan raya sajalah
(Review) Nikina: Novel
tapi..hmm) Nadia Khan
"Buku pertama Fixi saya baca
Di Perak, saya diajar cikgu lelaki lebih kurang usia abah saya, sangat lembut, tenang ialah Kelabu!" Banyak kali saya...
dan penyabar. Dia ajar macam anak-anak. Alhamdulillah untuk kedua-dua peluang Read more

berguru dengan mereka tersebut.


Iman Mutiara 2019 - Nazrey &
Na-Ae Sarang (Mahligai Kasih) -
Tapi seperti yang kita tahu, gagal salah satu bahagian TIDAK akan gagal semua, UNIC
cuma saya gagal bukit di Selangor, saya kena ULANG sebab dah berbulan, Dua lagu nasyid yang telah dirakam
semula (remake) ini sangat...
baru saya mula balik ambil lesen ujian di Perak. Apapun alhamdulillah akhirnya
Read more
berjaya juga.
Lirik lagu Meluruh - Alyah (OST
Perkongsian @imraaannnnn melalui twitter ini bagus. Cuma untuk rekod: saya Cemburu Seorang Perempuan)
dapat anggota JPJ perempuan, alhamdulillah beliau okay! Boleh klik Penyanyi yang mempunyai vokal yang indah
dan tersendiri; Datin Alyah...
lanjut pada perkongsian beliau di twitter untuk baca mereka pendapat yang lain juga.
Read more
Recent Posts Widget

Tips nak lulus test JPJ :

- kena confident
- beri salam masa masuk kereta Terima Kasih
- jadi peramah dengan JPJ tu Followers (1879) Next
- kau layan je apa JPJ tu cakap and jangan lagak pandai
- bawak kereta kena smooth je jngn gelabah

Kalau kau dapat JPJ perempuan, nasiblah sebab peluang kau


nak lulus tu tipis
— prnce pnyu (@imraaannnnn) January 31, 2018
Follow

*****
Seminggu yang paling
KEADAAN TELAH BERUBAH
Lirik lagu Mengantuknya
Mumia - Didi & Friends
Format masa zaman saya dulu: Hadiri ceramah + Ujian berkomputer (untuk dapat (Sleepy Mummy)
lesen L) + Ujian jalan raya: bukit, litar & 3 penjuru (Lulus baru dapat lesen P)

Format sekarang: Hadiri ceramah + Ujian berkomputer (untuk dapat lesen L) + Nota RPK, RSM, Tips lulus
RPK, RSM, Jalan raya: (Bukit, Parking, Sisi 3, Z & S). - (Lulus baru dapat lesen P) ujian memandu &
Pengalaman ambil lesen
kereta manual (Test JPJ)
(Mungkin nota anda tak sama dengan senarai seperti dalam gambar di bawah,
rujuk pada nota asal anda.)
Bacaan Selawat Nabi
dalam Rumi

Menghadapi pemergian &


kehilangan orang
tersayang pergi
selamanya
Template Kad Kahwin
Percuma Download (Free)

Iklan

Nota RPK (Klik gambar untuk lebih jelas)

Nota RSM Kereta (Klik gambar untuk lebih jelas)

Nah! Ini blog yang berguna untuk tips, soalan dan apa sahaja
berkaitan lesen memandu oleh Cikgu Yap: http://driving-
school.com.my

Daftar, ceramah & Ujian berkomputer


Saya daftar dengan sekolah memandu itu sendiri. KPP 01: kenalah dengar ceramah
(dengar ja baik-baik, dapat penceramah lucu, memang seronok, tak ngantuk).
Seronok juga jika jumpa kawan baru. Dan kemudian ujian berkomputer (ini kalau
baca, ingat dan faham mudah saja. Ulang saja banyak kali baca, cuba fahamkan,
sebut (sendiri, bagi ingat), buat latihan, insya-Allah boleh). Soalan ujian ini selalu
berulang, cuma kena teliti berbalik-baliknya itu. Terutama bab sistem kejara itu.
Pusing-pusing tang tu juga.

-- Ujian komputer lesen memandu (latihan): http://jpjkpptest.com/

Kelas memandu
Adalah normal kalau dapat cikgu yang bising, berleter atau sesekali marah. Untuk
kepentingan kita juga. Dan matlamatnya sama dengan kita, nak kita lulus. Ya, kita
Twitter
memang ada hak nak tukar, jadual pun, cuma kalau boleh belajar terima arahan
dulu. Dengar cakap cikgu ni berkat. Macam saya, memang cikgu itu akan ambil dan Tweets by @arnamee
hantar ke tempat belajar. Balik pun. Pengalaman saya, cikgu itu hantar semula ke
tempat kerja (sebab saya sudah bekerja waktu itu). Tiada masalah. Mereka baik-baik
saja. Alhamdulillah untuk semuanya.

Cikgu suka sebut benda yang pelajar lain selalu gagal. Cikgu pertama dulu dia suka
sebut:

"Kita kena perasan apa berlaku di sekeliling kita. Depan. Belakang. Tepi. Nampak tak
orang depan buat apa? Kalau dia brek (lampu brek mereka nyala), kita brek / sedia
nak brek. Sedia nak brek maksudnya perlahankan kereta."

Cikgu kedua saya pula, dia tahu kelemahan saya bukit, itulah latihan dia duk suruh
saya ulang-ulang. Pusing-pusing. Dia siap tanya saya boleh atau tak. Penyabar
betul.

Kalau rasa tak yakin atau tak cukup kelas, mohonlah tambah (kena tambah duit
juga). Tapi lebih baik tambah kelas, berbanding tak cukup latihan dan gagal.
Sakitnya tu di sini (daripada pengalaman saya ni).
https://banban8.blogspot.com/?m=1

QT1 (Latihan amali / pra-ujian) Banban 5 months ago


Jom follow my blog.tq..nt sy follow
Kena kalau orang dah biasa bawa, mungkin dia tak ambil pun. Jimat. QT1 Cikgu
blik
akan menilai kita ala-ala ujian sebenar. Kira trial namanya. Saya ambil dan waktu
aqlcnhtc 4 months ago
itulah kita tahu kelemahan kita apa. Mungkin kita gopoh sangat, ada terlupa atau
Assalamualaikum....
nervous sangat. Paling penting jangan over confident, elakkan riak. Insya-Allah okay maaf sebagai perkongsian dan kesedaran
punya! bersama...

pertama sekali marilah kita bersama


Nota: memurnikan semula syahadah kita...dimana
kita bersaksi Allah adalah tuhan Kita,
*Sebelum menghidupkan enjin pastikan gear kereta berada Muhammad nabi
dalam keadaan free gear. Kemudian hidupkan enjin.
StudioAJ 3 months ago
*Jangan amalkan pengunaan gear 2 semasa kereta baru nak Assalam, Terbaik blog awak, ramai
bergerak atau bergerak terlalu perlahan. Boleh juga guna tapi betul yang datang. Sudi sudi lah singgah ke
lining clutch cepat rosak sebab masa kereta begerak terlalu https://daristudioaj.blogspot.com ye

perlahan anda guna gear 2 anda terpaksa guna clutch bagi Salam 2 months ago

mengelakkan mati enjin. https://belogsjm.blogspot.com/2019/


10/arnamee-blogspot-
Tips naik bukit: httpsarnameeblogspotcom.html
1. Kena pandai seimbangkan minyak dan cluctch. Sampai bukit,
 Cbox  
minyak kene tekan sampai 2000 rpm atau jarum meter tu at least
name 
kat angka 3, baru turunkan handbrake, dan bergeraklah
 message 
perlahan-lahan.

Kegemaran
Atau- Naik bukit sesuai guna gear apa? Paling sesuai adalah
gear 3 tapi kena pecut dari bawahlah, bila RPM dah drop tukar ke Hans Hanis
Review Filem Ratu Ilmu Hitam
gear 2, bila makin semput sebab mendaki bukit guna enjin kancil
boleh drop ke gear 1. (Antara sumber: Cara memandu kereta manual)
Cik Renex
Hari Terbuka TUDM Kuantan
Pahang 2019
Ujian JPJ
Bermulalah saat-saat mendebarkan, daftar kehadiran, ambil nombor giliran. Dia akan WN Azriq
Puisi Olav H. Hauge
panggil kita. Jadi kita bersedialah untuk menaiki kenderaan. Kenalkan diri dan kena
check kereta. (Masa saya dulu tiada RPK, jadi kami terus masuk kereta dan sebut
Iza Hafizah
satu-satu macam yang dipanggil RSM sekarang ni.) Daniel nak masuk tadika dah!!

Pengalaman saya masa dengan JPJ Lelaki, encik ini lebih tenang dan sukar diduga. Meghah (Aien)
Berbanding JPJ perempuan, dia selesa cara pemanduan atau tak, dia akan nampak ARUNGAN JIWA
di muka. Saya selalu diperdengarkan yang pegawai lelaki kita kena ambil hatilah,
perempuan kadang garanglah. Tapi dengan saya alhamdulillah, encik itu sangat Faarihin Talip
Deactivate Facebook
profesional. Yang perempuan pun sama, malah bertolak-ansur pula memberi
markah. Saya tak mahir berbual, jadi dalam kereta memang senyap sunyi sahaja.
Siti Yang Menaip
Cukuplah kita menghulurkan senyum dan menghormati mereka. Oreo Red Velvet Limited Edition
Baru Yang Sedap
Berdebar juga kalau dia tiba-tiba disuruh berhenti tepi, maksudnya kita gagal. Tapi
alhamdulillah selesai. Bila teringat balik, macam robot pun ada! Tegak dan buat saja Zalwana Jay
macam dalam kelas memandu, bayangkan punya berdebar! Haha. A tiring sunday and bathroom
writing

Masa parking saya memang ambil masa lama, terutama bab nak pusing stereng
Syaheeda Hamdani
berapa darjah, mujurlah ingat tapi tetaplah lama. Pengawai yang bertugas memang Solitud
baik hati. Saya lebih beberapa saat, dia pertimbangkan lagi. Sedikit senang mestilah
3 penjuru. Dekat bukit saya gagal sebab asyik melebihi garisan belakang bila Ini blog mida
berundur. Kerana saya lambat tekan minyak. Tak yakin agaknya. Padahal kaki kena 2019 Recap
pandai balancekan antara clutch dan minyak. Bagi bunyi enjin sedap. Ada yang saya
gagal bukit, sebab mati enjin. Kena relaks, tapi itu yang saya kurang waktu itu. Kalau Hafiz Hafizol
3H2M Melawat Tempat Menarik di
tak relaks dan fokus kita akan mudah lepaskan kaki, itu kena pandai kawal emosi. Langkawi : Kilim Geoforest Park
Mangrove Tour
Apapun yang penting yakin. Litar tak sama dengan ujian komputer, mana boleh guna
teknik hafaz ni. Nik Athirah
Tonton Online: Maharaja Lawak
Mega 2019 (MLM 2019) (Live)
Selepas selesai, kita akan ke litar. Jangan lupa, turun kereta pun ada etikanya.
Jangan lepas selesai semua terus ja keluar dahlah. Cakap terima kasih dekat
Nisa Afina
pegawai. Update

Enol Ma
Pada Suatu Hari Aku Tidak
Mengendahkan

Anatomi Jiwa
Di Bawah Lampu Malam Hujung
Minggu (viii) : Perasaan, Waktu,
dan Manusia.

Blog Jamilah
Kisah Tiada Tajuk #1
Farhana Abdullah
Temporary Pain

AinNur Haris
Manusia Yang Tidak Bersifat
Manusiawi

Aliff Awan
Sebelum Instagram dan Twitter
Mati

Eira Rahim
::Skyscraper~Film Review::

REZEKI Qurratul Ain

Akhirnya kata, rezeki itu kita semua ada. Cuma bahagian saja berbeza. tiada jalan Cik Kyra
mudah untuk berjaya dan diredhai-Nya. Jika kita lulus, bersyukurlah dan jadilah 7 TIPS JAGA KESIHATAN KULIT
pemandu yang baik. Alhamdulillah. Dan jika gagal, jangan putus asa kerana kita
manusia yang tak akan mudah mengalah mencuba. Kadangkala lambat sedikit, Ainunl Muaiyanah
Perbualan Tengah Hari Dengan
bukannya belum berjaya. Jadi sabar. Cuba lagi. Adalah tu hikmahnya. Selamat maju
WNA
jaya dan semoga berjaya!
Ellailain
Perkongsian: Rezeki Allah

Cahaya Nurish
KPP02:
Izinkan Aku
Mengenal kereta iaitu belajar RPK (Rutin Pemeriksaan Kenderaan) & RSM(Rutin
Selamat Memandu)

Bacaan:
RPK DAN RSM: IM SINAR Amanz
TikTok Kini Diharamkan Dari
Dipasang Pada Peranti Anggota
Tentera Amerika Syarikat

Ini Sains, Beb!


The Website Builders Diaries |
Create Your Own Website Free

SoofiMedia
A Tutorial to Essay Writing
Ujian kpp 02: Litar Kereta: Support

iLuvislam
Cermin Diri Dengan Sifat Rendah
Car Section 2 Test
Hati

Apemazing!
Buka UiTM Kepada Bukan
Bumiputera Atau Reformasi
Pendidikan Menyeluruh?

Link: Pengalaman-pengalaman menarik yang boleh dibaca:


- Praktikal bahagian 2 - PPC AMSA
- Alin Alina untuk Nota RPK & RSM
- Pengalaman ini agak lengkap (bab ujian di litar) : fatihahsyam.blogspot.my
- Ulangkaji parking sisi, 3 penjuru, Z, S & Bukit: airia98.blogspot.my
- Cerita Ujian JPJ - nineteencapri.blogspot.my
- Ujian kereta (blog sekolah memandu)
- dotdotmissme.blogspot.com (Lebih kurang tahun saya).
- http://cikepal06.blogspot.my
- fa-hanana.blogspot.my (Kata-kata semangat nak ambil lesen).

Tips lulus ujian memandu JPJ / ambil lesen: - Baca untuk


bahagian kena ingat, jangan hafal, baca sampai habis dan
fahamkan. Jika boleh buat latihan sendiri dulu di rumah
(berlatih): kalau sekarang RPK & RSM tu, haa buat. Berlatih dulu.
- Kalau memandu, belajar sungguh, fokus cikgu ajar insya-Allah
berkat. Jangan lupa baca doa penerang hati sebelum ujian dan
yakin dengan diri.
- Minta restu mak ayah / ahli keluarga. Jangan baca atau dengar
banyak pengalaman gagal (maaf kalau dah terbaca ni), kalau
baca pun jangan cepat jatuh, sebab pengalaman kita semua
berbeza sebab kelebihan kita dan cikgu mengajar kita lain-lain.
Kita pasti ada kekuatan kita sendiri. Kadang orang cuma usik
saja, biarlah. Yang penting apa dalam hati kita. Kita nak berjaya.
- Buat yang terbaik dan jangan terlalu yakin namun jangan terlalu
takut. Tiada apa yang nak ditakutkan. Di jalan, berserahlah. Ahli
keluarga kita dan kawan-kawan mampu bawa kereta dengan
baik. Mesti kita juga boleh!
- Dan pegawai JPJ tidaklah menakutkan. Muka acah garang dan
bagi kita serius. Namun mereka tak makan orang. Saja tu.
Cukuplah kita menghormati mereka. Tenang-tenang saja, insya-
Allah boleh. Mulakan dengan bismillah.
Akhir kata, mesti seronok nanti dapat bawa kereta sendiri dan
tak susahkan sesiapakan? Boleh bawa yang tersayang jalan-
jalan. Jadi, bersemangatlah. Insya-Allah boleh! Jika tidak, jangan
pernah berhenti jadi berani! Cubalah sampai berjaya nanti.

Kalau tips atau cara saya kongsi di sini lain apa anda belajar, jangan ikut
sangat. Tanya cikgu dulu, ikut cara cikgu anda.
Sekian, selamat berjuang semuanya! Moga dipermudahkan.
Insya-Allah.

Hmm saya ni, pernah gagal pun nak bagi tips, tapi itulah kalau boleh kita nak semua orang lulus dan tak ulang silap sama,

tenang-tenang saja, insya-Allah boleh tu. :)

By : Anem Arnamee | Permalink |

Kategori: ambil lesen, kenangan, lesen kereta, memori, pengalaman, pengalaman


ambil lesen kereta, pengalaman ambil lesen L, pengalaman ambil lesen P, peribadi,
RPK, RSM, Tips, Tips lulus ujian memandu, Ujian JPJ

MUNGKIN BERKAITAN:

Rancangan My Cara Tulis Resume & Kenangan 2017 Selamat Tinggal


Doctors Di Astro Tips Lulus Temu... Terfaktab

46 yang menasihati Related Posts Widget

1. Anonymous8:45 AM

kalau gagal tu an, kena ulang tu bayar ke?

Reply
Replies
1. Anem Arnamee9:54 AM

Ya. Ulang JPJ kena bayar (hampir RM 200). Kena tanya institut
memandu berapa sebab mungkin sekarang dah lain. Dan nak
ambil kelas lagi pun kena bayar (dalam puluh begitu).

Reply

2. Arif Farhan1:27 AM

saya berterima kasih kepada anda kerana info sangat berguna . Terima
kasih

Reply
Replies
1. Anem Arnamee9:49 PM

Sama-sama. Selamat maju jaya!

Reply

3. pinky cheetosh5:36 PM

Waktu qti, rpk dengan rsm ada ke?

Reply
Replies
1. Anem Arnamee9:45 PM

Kena rujuk cikgu yang mengajar.

Reply

4. Hamid8:07 PM

JPJ kerja byk lambat. Mana-mana pejabat pun sama. Kena tunggu
lama di sana.

Reply

5. R.S7:11 AM

Kak nak tanya sikit. Ujian QTI nie kan kak bayar berapa?

Reply
Replies
1. Anem Arnamee4:54 PM

Selalunya termasuk dalam harga ambil lesen semua sekali.


Namun boleh tanya tempat adik belajar unuk lebih maklumat.
Bergantung.

Reply

6. ndz dee1:10 PM

Assalamualikum. Saya nak tnya. Saya belajar memandu di Perak tetapi


saya gagal test jpj di litar. So saya kena repeat tetapi saya nak ubah
tempah belajar memandu di Melaka sbbnya saya belajar di Melaka.
Saya dah nak msuk sem baru. Kalau nak tunggu cuti balik perak nnti
memakan masa. saya takut lupa. Agaknya mcm mana eh? Dia ajar kita
litar je kan? So klau jpj nnti kita bhagian no pelajar yg repeat lah.??

Reply
Replies
1. Anem Arnamee1:42 PM

Waalaikummussalam. Belajar tu ikut bayaran kita. Jika kita dah


arif bahagian jalan, ambil saja kelas litar dan dia akan ajar yang
kita bayar itu. Boleh sambung di mana pun. Kalau syarikat sama
cawangan saja lain, lagi mudah. Jika lain syarikat pun tak apa.
Nyatakan saja bahagian kita nak belajar.

Kalau dah ujian JPJ, ada tempoh jarak dengan ujian seterusnya.
Untuk kita boleh ulang bahagian yang gagal sahaja. Melebihi
tempoh kena ulang semua.

Boleh tanya cikgu memandu / orang di syarikat itu, jika anda jika
keliru dengan jawapan saya. Sebab masa saya ambil ini dah
lama dulu. Wallahua'lam.
Reply

7. Zakwan12:03 AM

Klau enjin mati time s dan z kire gagal ke ?

Dan klau hujung s dan z tu kene berhenti sebelom line tu eh ?

Reply
Replies
1. Anem Arnamee2:58 AM

- Perlu elakkan enjin mati.


- Tak boleh langgar garisan.

Penerangan lanjut boleh rujuk sini: Latihan ujian memandu.

Reply

8. syahidatul izzati ismail9:08 AM

Assalammualaikum wtb, inshaa allah isnin ni23/07/2018 Jpj DOAkan


scha yahh

Reply
Replies
1. Unknown11:15 AM

SHA DA LULUS KE

Reply

9. MuhdEzuddin7:21 PM

Gagal test kat jalan raya je perlu ke ulang rpk and bahagian ii semua
tu?

Reply
Replies
1. Anem Arnamee11:24 PM

Jika yang lain lulus, tak perlu. Ulang yang gagal sahaja. Namun
ada tempoh, jika lebih tempoh, perlu ulang semua.

Reply

10. Eqin J11:08 PM

Thank you for the tips. Berdebarnya nk jpj ni 😅

Reply

11. Anonymous10:46 PM

Thank you so much untuk perkongsian dalam blog ni. Very helpful!

Reply

12. Unknown10:42 PM

Saya budak baru belajar...drive belajar kereta baru 2 kali sabtu

Reply
Replies
1. Anem Arnamee11:27 PM

All the best, ya! :)

Reply

13. Unknown10:52 AM

Tima kasih atas perkogsian,umo skang 27,ank dah 2 bru nak amek
lesn,😢😢today kpp3,sy masih blur parking,doakan sy,,

Reply
Replies
1. Anem Arnamee11:25 PM
Sama-sama. Semangat begini yang kita perlukan. Semoga
dipermudahkan ya.

Reply

14. Anonymous2:05 AM

Doakan saya test jpj hari kmis ni . Sya merupakn calon rayuan sbb
lesen dh expired . Nekad ambil semula lesen kali ni

Reply
Replies
1. Anem Arnamee7:40 AM

Ameen. Semoga berjaya!

2. Anonymous1:25 AM

Aminn . Thnk you ��������

Reply

15. Nur Haziqah12:18 AM

Nak tanya.. kan kita dh buat rpk ngn rsm.. lepas tu.. masa ujian jalan
raya tu kena ckp jgk ke rsm tu?

Reply
Replies
1. Anem Arnamee7:43 AM

Ikut masa kita latihan cikgu cakap macam mana. Jika buat lagi
pun tak ada masalah. Namun jika ragu-ragu, rujuklah cikgu kita.

Reply

16. Unknown6:36 PM

Terima kasih tips-tips nya

Reply

17. Unknown8:36 PM

saya belajar dgn pkcik ramli..sgt pyabar..utk org ipoh..ni tiponnya


0195133716..sy bernasib baik sekali je ambik dgn jpj..alhamdulilah
berkat pkcik ramli yg sabar baik byk dan tip..

Reply

18. Unknown11:30 AM

Nak Tanya . Saya Lulus rpk rsm dengan . Dengan jalan Raya . Saya
cuma gagal Dalam litar Saja sebab terlanggar garisan kuning . Kalau
nak ulang balik . Kena ulang semua sekali ke ?

Reply

19. Unknown8:35 AM

Thanks info yang bermanfaat

Reply

20. Anem Arnamee10:29 PM

Untuk unknown yang tanya di atas, tidak. Kena ulang litar sahaja. Tapi
ada tempohnya. Jika terlalu lama, kena ulang semua.

Reply

21. Unknown6:15 PM

Assalakualaikum nak tanya ? saya pun dalam keadaan spt awak iaitu
saya amek lesen di penang dan perlu pindah di kl . Masa di penang
saya dh habis smua prosedur L dan jpj . Tetapi saya gagal ujian litar
dan minggu hadapan sya perlu pindah KL . Jadi soalan sya ialah boleh
tak kalau saya nk buat ujian jpj litar sahaja di sekolah memandu yg baru
?

Reply
22. Unknown3:03 PM

Assalammualaikum , QTI sya hari ni , dah pun lepas tetap gagal


bahagian litar dan dpt pulak pegawai yg strict habis , ujian jalan raya
pun sya gagal sbb sya tak perasan ada org takeover . Dan dilabel pulak
" org bahaya " huhu . Terima kasih sbb info awak , ingat kan dah tak
boleh lulus klau asyik pegawai yg sama sje

Reply

23. Siti Rohani Md Yusuf4:23 PM

salam saya nak tnya. sya dh pegi kelas 6 jam dan lulus ujian undang2
untuk pandu kereta manual. tapi skrang sya rasa sya nak tukar auto.
mcm mna ya? biasanya boleh ke mcm tu?

Reply

24. Anonymous4:34 PM

Saya baru belajar memandu. Sy punya masalah adalah tak berapa


mahir dkt clutch.Cikgu mmg bising habis la tp ni first time memandu tu
yg nervous �� ada tipa tak supaya kaki bila dkt clutch tak lepas
habis,means kita lepas slow2. sy punya problem dkt bukit jugak bila nk
turun tu nk angkat handbrake ya allah takut rasanya ��

Reply

25. Anonymous3:10 PM

Kalau gagal dalam litar,rpk dan rsm kena ulang tak?

Reply

26. Unknown6:24 PM

Terima kasih atas suntikan semangat yg dilontarkan. Kini, saya rasa


lebih bersemangat utk menghadapi jpj esok. Doakan kejayaan buat
saya. Insya Allah, ada rezeki jika kita tidak berputus asa.

Reply

27. Unknown8:55 AM

Sy dh lme x dtg ujian litar ni..Jd ape perlu sy buat kalau nak sambung ?

Reply

28. Anem Arnamee9:51 PM

Perlu bertanya pusat memandu semula. :)

Reply

29. Arizz1:21 PM

Asalamualaikum sy nk tnya waktu bila nk kena hon and angkt tgn..

Reply

30. Unknown2:51 PM

Terima kasih 😁 anda telah meningkat kan semangat saya untuk amek
ujian nanti .

Reply

31. ONE SHAH6:15 PM

kalau dh buat qti berapa lama nk tunggu ambil ujian jpj

Reply

32. Anem Arnamee11:49 AM

Selepas QTI, booking tarikh dengan orang sekolah memandu, nanti dia
bagi tarikh untuk ujian JPJ tu. All the best ya!

Reply

33. Unknown2:44 PM

Assalam sya nak Tanya pasal naik bukit..klau kli pertama sya btul2 dah
brhnti PDA grisan kuning tu..tp bla nak trus jln tiba2 enjin mati. .pstu
kena brhnti semula ka jln trus tnpa brhnti???
Reply

Add comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.

Enter your comment...

Comment as: shazayu185@g Sign out

Publish Preview Notify me

Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥

Anda mungkin juga menyukai