Anda di halaman 1dari 34

EBook

Wayang
Kulit

NBella A.R
1
Isi Kandungan
• Pengenalan
• EBook
– Definisi Ebook
– Jenis Ebook
– Perbandingan antara Ebook
– Penulisan iLmiah Ebook
• Tema
• Boneka
– Definisi Boneka
– Jenis Boneka
– Pilihan Boneka
• Wayang Kulit
– Definisi Wayang Kulit
– Sejarah Wayang Kulit
– Tokoh
– Jenis Wayang Kulit
– Watak Wayang Kulit
– Contoh Karya Wayang Kulit
• Sumber iDea
• Reka Letak Ebook
• Kajian Warna
• Karya Akhir Ebook
• Refleksi

2
Wayang Kulit
Penghargaan

Alhamdulillah, dengan limpah kurniaanNYA telah dapat kami laksanakan


tugasan ini dengan sempurna. Walaupun terdapat sedikit permasalahan
semasa melaksanakan tugasan ini,akan tetapi ia diteruskan dengan usaha
dan bantuan individu disekeliling bagi proses tersebut. Dikesempatan ini
kami ingin mendedikasikan ucapan terima kasih kepada pensyarah
pembimbing kami Puan Zarina bt Abu Bakar yang telah memberikan tunjuk
ajar dan meluangkan masa serta berkongsi maklumat tentang tugasan ini.
Alhamdulillah dengan bantuan beliau, tugasan ini dapat dilaksanakan
menepati kreteria yang diperlukan. Selain itu, tidak ketinggalan juga ucapan
terima kasih kepada rakan sekelas yang bersama-sama mencari bahan dan
berkongsi ilmu dalam memperoleh maklumat yang bertepatan dengan
kehendak tugasan. Segala usaha dan bantuan yang diberikan amat dihargai.
Secara amnya, ucapan terima kasih ini diberikan kepada semua individu
yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan
tugasan ini dan semngat serta dorongan yang tidak jemu diberikan amat
dihargai ke akhirnya.

Sekian, terima kasih

3
Wayang Kulit
Pengenalan
Sejajar dengan kemajuan dunia pada masa kini, Industri penerbitan juga sentiasa
berubah selari dengan perkembangan teknologi. Daripada penghasilan dalam kuantiti
yang sedikit menerusi tulisan tangan yang mengambil masa yang lama untuk disiapkan
bagi sesebuah judul, produk penerbitan kini dapat dihasilkan dengan mudah dalam
masa yang lebih singkat. Penggunaan mesin-mesin cetak pada ketika dulu telah banyak
membantu di dalam industri penerbitan ini. Namun, produk penerbitan kini berdepan
dengan revolusi baharu dengan perkembangan teknologi pendigitalan yang mengubah
bentuk maklumat. Produk penerbitan tidak lagi hanya hadir dalam bentuk cetakan.
Bagi Hoss (2010), platform penerbitan semakin berkembang maju dengan
munculnya penerbitan digital, termasuk buku elektronik (E-Book) yang menjadi suatu
norma. Ini kerana pembangunan maklumat dan teknologi rangkaian menyebabkan cara
bacaan tradisional tidak lagi dapat memuaskan keperluan bacaan pembaca.

Buku elektronik (E-Book, buku digital) atau di dalam bahasa Inggerisnya lebih
dikenali sebagai e-book, adalah merupakan buku yang dihasil atau diterbitkan dalam
bentuk elektronik dan digital di mana ia mengandungi teks, imej-imej, serta
mengandungi elemen-elemen multimedia tertentu (seperti audio, video dan animasi)
yang boleh dimuat turun atau dibaca dengan menggunakan komputer atau peranti-
peranti pembaca E-Book tertentu yang bersesuaian Buku-buku dalam format elektronik
ini, ada antaranya boleh dimuat turun atau diperolehi secara percuma menerusi laman
web tertentu di Internet. Terdapat juga E-Book yang hanya boleh diperolehi menerusi
langganan terus daripada penerbit dan ada juga yang disediakan khusus untuk diakses
secara terkawal untuk kelompok pengguna tertentu oleh pihak perpustakaan yang
menyediakan perkhidmatan ini

Wayang Kulit 4
Definisi
Istilah E-Book mempunyai pelbagai definisi. Berdasarkan ulasan persuratan,
definisi yang diberikan umumnya melihat E-Book dari aspek perkakasan, perisian, dan
kandungannya boleh juga dibahagikan kepada empat perspektif utama, iaitu kandungan
atau format fail, media, peranti, dan cara penyampaian atau penghantaran. Ada yang
melihat E-Book sebagai teks yang tersedia dalam format elektronik seperti dokumen
Word, HTML dan XML (Ormes 2002; Hawkins 2000) manakala ada yang
mengaitkannya dengan pertukaran daripada teks bercetak kepada bentuk digital bagi
membolehkannya dibaca di atas skrin komputer atau alat mudah alih (Computer User
2002, Noorhidawati & Gibb 2008).
Beberapa sarjana seperti Clister (1999) dan Lynch (2001) pula memberikan
definisi dengan mengaitkannya denganperanti atau kelengkapan membaca elektronik.
Definisi yang paling mudah merujuk E-Book sebagai versi digital buku yang diterbitkan .
Ini hampir sama dengan yang dimaksudkan oleh Norshuhada et al (2003) yang
menyatakan bahawa “buku berkertas yang ditukarkan kepada format digital yang
lazimnya melalui proses pendigitalan yang membolehkannya dipaparkan di skrin
komputer, disebut sebagai E-Book.” Ini merupakan definisi umum yang melihat
kandungan e-buku cenderung merupakan penerbitan semula buku asal yang
berasaskan cetakan kepada digital. Bagi Abbot dan Kelly (2004), walaupun e-buku
mungkin hanya versi elektronik penerbitan bercetak, terdapat ciri-ciri lain yang unik
pada medium digitalnya seperti keupayaan mengemaskinikan kandungan secara
berterusan, bergabung dengan komponen multimedia dan interaktif, hipertautan pada
laman web berkaitan, dan kemampuan carian yang canggih.
Adobe Systems (2001) pula mendefinisikan E-Book sebagai bahan bacaan
digital yang dilihat pada komputer meja atau komputer riba atau peranti mudah alih
dengan kapasiti penyimpanan yang besar dan kemampuan untuk memuat turun judul
baharu melalui hubungan rangkaian

5
Wayang Kulit
Bagi Connaway (2003),E-Book “mengemulasikan karateristik asas buku
tradisional dalam format elektronik di samping memanfaatkan teknologi Internet bagi
menjadikannya mudah dan berkesan untuk digunakan”, malah membolehkannya dilihat
pada pelbagai jenis monitor, alatan atau komputer peribadi. Namun, istilah tersebut juga
merangkumi multimedia, sistem hiperteks atau hipermedia serta diperluas bagi
melibatkan judul-judul buku yang tersedia dalam talian, yang boleh dibaca sebai e-mel,
boleh diakses dengan peranti bacaan elektronik mudah alih atau fail yang boleh dimuat
turun ke komputer (Carvajal 1999; Clister 1999; Allen 2000). Oleh itu, definisi Roa
(2003: 86-87) dilihat merangkumi semua yang diperkatakan, iaitu “teks dalam bentuk
digital atau buku yang ditukarkan kepada bentuk digital, atau bahan bacaan digital atau
buku dalam format fail komputer atau fail perkataan dan imej berelektronik yang
dipaparkan pada komputer atau perantimudah alih atau diformatkan untuk dipaparkan
pada pembaca E-Book itu sendiri.

Namun, Lynch (2003) merasakan bahawa adalah perlu bagi membezakan idea
e-buku atau buku digital dengan perkakasan membaca buku (book-reading appliance).
Bagi beliau, E-Book merupakan struktur besar koleksi bit yang boleh dipindahkan
kepada CD-ROM atau media penyimpanan lain atau dihantar melalui talian rangkaian
dan direka untuk dilihat pada beberapa perkakasan dan perisian dari terminal kepada
pelayar web pada komputer peribadi kepada perkakasan membaca. Perkakasan
membaca pula merupakan tambahan baharu kepada spektrum peranti yang boleh
digunakan untuk melihat E-Book yang lazimnya melibatkan produk elektronik mudah
alih.

6
Wayang Kulit
Oleh yang demikian, spesifikasi dalam istillah E-Book adalah tidak terhad pada
satu medium sahaja. Abbot dan Kelly (2004), Hawkins (2000) dan Crawford (2000)
memberikan beberapa definisi E-Book. Antaranya seperti Hawkins (2000)
membahagikannya pada empat jenis―downloadable e-books, dedicated e-book
readers, print-on-demand books, dan web-accesible e-books―berdasarkan
ketersediaan kandungan dan pengaksesannya. Crowford (2000) pula mengenal pasti
sembilan jenis e-buku berdasarkan format proprietari, standard, bentuk sedia,
kepanjangan kandungan dan akses, iaitu peranti E-Book proprietari, E-Book terbuka,
E-Book domain terbuka/ E-Book percuma, pseudobooks, instabook, not quite a book,
penerbitan sendiri, E-Book sebelum web, dan buku lanjutan (extended books).
Pengkategorian yang dilakukan oleh Abbot dan Kelly (2004) lebih ringkas, iaitu E-Book
berperanti (e-books on hand held devices), dan E-Book dalam talian.

7
Wayang Kulit
Jenis-jenis Ebook
• E-Jurnal • E- Berita
Berita yang di paparkan secara online
Jenis E-Book dari jurnal ini selalunya di
juga merupakan sebahagian dari jenis-
hasilkan untuk membuat kajian terhadap
jenis E-Book. Antara maklumat yang
sesuatu isu, masalah, pandangan ataupun
terkandung di dalamnya adalah
pendidikan. Jurnal ini boleh di akses
memaparkan isu-isu semasa dan
melalui internet dan kebiasaannya
laporan daripada berita-berita yang
menggunakan format PDF.
terkini. Maklumat ini boleh diakses
secara percuma

8
Wayang Kulit
E-Novel E-Majalah
Pembacaan E-Book jenis novel ini sama
E-Book dari jenis ini agak sama dengan
seperti pembacaan novel yang sebenar.
e-book dari jenis berita. Akan tetapi
Yang membezakannya adalah majalas online lebih banyak memaparkan
pembacaannya menggunakan alat tentang hiburan, trenda semasa dan
eletronik..Terdapat novel yang boleh di pembaca yang bercorak rencana.
akses secara percuma dan juga novel
yang perlu di bayar untuk membacanya.

9
Wayang Kulit
Buku iLmiah Ekomik
Ekomik merupakan komik elektronik
Buku ilmiah elektronik ini dibaca dalam
yang boleh di langgan menerusi laman
laman sesawang. Buku ini tidak
sesawang. Siri cerita akan di kemaskini
perubahan dengan buku asli cuma
dengan sendiri dan pembaca boleh muat
perbezaannya ia boleh di akses dimana
turun dengan percuma. Selain itu, komik
sahaja dengan kemudahan sistem
terkini dapat di akses secara percuma
internet.
sebagai tanda percubaan.

10
Wayang Kulit
Penulisan iLmiah
Ebook merupakan sebuah buku elektronik yang di akses pada masa kini secara
percuma dan online. Kemajuan dan kemodenan teknologi memberi ruang dan peluang
untuk manusi a melakukan tugasan dengan mudah, pantas dan cekap. Segala urusan
kehidupa dapat dijalankan secara atas talian dan maklumat diakses dimana sahaja.
Malahan ia dapat membantu setiap golongan sehingga ke peringkat atasan seperti
urusa pentadbiran negara, kenali pentadbir negara dan sebagainya.

Sejajar dengan tugasan projek multimedia Pendidikan Seni Visual, saya telah membuat
pembacaan dan kajian mengenai Ebook dan kelemahan serta kebaikian yang dapat
diperoleh oleh pembaca. Selain itu juga, proses penghasilan juga dilakukan bagi
mengetaahui proses sebelum bahan bacaan tersebut di muat naik ke laman sesawang.
Dengan adanya tugasan ini, saya dapat merasai sendiri pengalaman membina Ebook
dan di muat turun ke laman sesawang dengan menggunakan pellbagai perisian yang
sesuai.
Ebook adalah satu teknologi yang canggih dan mudah dimana setiap individu dapat
mengekses maklumat di serata dunia. Sepanjang pembacaan dilakukan, saya
mendapati terdapat beberapa kelibihan dan kelemahan yang diperoleh pembaca buku
elektronik ini. Antaranya seperti maklumat mudah di akses, maklumat yang menyeluruh,
maklumat daripada seluruh dunia, pembelajaran lebih mudah dan cepat dan
sebagainya. Akan tetapi kecanggihan dunia iT juga perlu selari dengan kemajuan
negara. Bagi pendapat saya, Malaysia merupakan negara maju tetapi tahap
pencapaian internet tidak memenuhi kehendak rakyat.Ini kerana, jika Ebook menjadi
panduan utama masyarakat, maka bagi kawasan yang tidak mempunyai internet, tahap
mengakses tidak tercapai malahan ia tidak mampu dicapai. Selain itu, kebanyakan
maklumat yang berada di internet mudah di manipulasi dan di godam kerana ia tidak
mempunyai kod keselamatan yang sempurna. Akan tetapi jika ia diletakkan, tahap untuk
mengakses menjadi rumit dan terhad. Rentetan itu, penggunaan Ebook dalam kalangan
masyarakat menurun dan ia tidak menjadi rujukan utama sepertimana yang
dikehendaki.

11
Wayang Kulit
Penulisan iLmiah
Walau bagaimanapun, penggunaan Ebook masih digunakan bagi golongan atasan
sebagai sumber utama. Ini kerana ia mudah di akses dan tugasan seharian menjadi
mudah. Bagi para pendidik dan murid, Ebook memberikan kemudahan yang sangat
meluas dan menyeluruh kerana dengan bantuan iCT, proses pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih seronok dan secara langsung cinta akan membaca dapat di
pupuk dengan jaya. Sebagai seorang pendidik, pengalaman membuat Ebook
menjadikan saya lebih peka akan keperluan murid kerana fokus utama adalah
menghasilkan Ebook yang mudah di akses dan fleksibal dalam apa jua keadaan
tempat. Dengan ini, sesiapa saja boleh menggunakan Ebook saya sebagai rujukan dan
panduan untuk sessi pengajaran dan pembelajaran. Gabungan pelbagai teknik dan
penggunaan warna yang menarik serta susunan juga memainkan peranan yang penting
untuk para pembaca mengakses buku saya di laman sesawang kelak. Oleh demikian,
pengalaman menghasilkan Ebook dan penggunaan perisian yang menyeluruh telah
membuka mata saya akan kepentingan multimedia dalam kehidupan seharian dan
proses pengajaran dan pembelajaran kelak.

Sekian, terima kasih

12
Wayang Kulit
Ebook
Wayang Kulit

13
Wayang Kulit
Definisi Boneka
DEFINISI BONEKA

• Boneka adalah satu bentuk ekspresi pengkarya yang unik dan berfungsi.
Boneka mempunyai nilai estetik yang tersendiri dan ia merupakan karya
berbentuk 3Dimensi. Boneka berasala daripada perkataan Bahasa Portugis
iaitu “Becca”. Hasil karya berebntuk boneka ini telah wujud pada 3000-2000M
lagi. Pada zaman tersebut, boneka dihasilkan daripada tanah liat, tulang-
belulang dan serpihan kain. Boneka juga pada asal kewujudan ia telah
mempunyai fungsi dimana bagi masyarakat Yunani dan Romawi Kuna,
mereka menggunakan boneka dalam upacara keagamaan manakala bagi
masyarakat Mesir pula, karya ini berfungsi sebagai alat pengganti korban
yang dahulunya adalah manusia. Selain itu juga, boneka berperanan sebagai
alat permainan kepada kanak-kanak. Akan tetapi ada sebahagian masyarakat
menggunakan permainan kanak-kanak ini sebagai alat untuk upacara ritual,
sihir dan pemujaan roh.
• Oleh yang demikian, setiap boneka mempunyai ceritera yang tersendiri
kerana setiap di antara penghasilan tersebut mempunyai watak dan peranan
yang tersendiri. Ia dimainkan secara sentuhan atau arahan bagi tujuan
penyampaian mesej si pengkarya atau si tukang lakon. Si pelakon akan
menghidupkan watak yang di inginkan sama ada melalui dialog ataupun
pergerakan tubuh boneka tersebut. Ini telah di perakui melalui Kamus Dewan
Bahasa Edisi Empat yang mentafsirkan bahawa boneka adalah anak patung
kanak-kanak yang menyerupai orang atau patung orang yang dimainkan
sama ada menggunakan tali, lidi atau pergerakan sarung tangan. Hal ini
bergantung kepada situasi dan gambaran ekspresi pengkarya terhadap
hasilan karya mereka.

Wayang
WayangKulit
Kulit
JENIS BONEKA
Jenis-Jenis Boneka

BONEKA JARI BONEKA TALI


BONEKA TANGAN

Ia merupakan boneka Ia diperbuat daripada


Ia dikenali sebagai “Papet”.
yang dibuat bersesuaian paper mache, POP atau
Boneka akan digerakkan
dengan jari dan berbentuk kayu. Setelah itu, ia
mengikut gerak tangan
kecil digerakkan dengan tali
yang disarungkan
tangsi yang terdapat pada
setiap bahagian anggota
boneka

WAYANG KULIT
Diperbuat daripada kertas putih nipis dan dilukis
mengikut motif yang diperlukan. Setiap bahagian
badan diletakkan lidi dan digerakkan serta ia
dimainkan di belakang skrin putih bersama
lampu.

BONEKA KERTAS
Diperbuat daripada kertas tebal yang dibentuk
mengikut kiub dan berbentuk 3D.

PATUNG
Boneka yang lengkap dengan tubuh badan dan
sempurna. Seperti patung barbie, bear dan lain-lain

Wayang
WayangKulit
Kulit
Pilihan Boneka TEMA

Pemilihan tema Ebook saya ialah Boneka Wayang Kulit. Pemilihan ini disebabkan
oleh keunikan warisan wayang kulit itu sendiri. Wayang kulit mempunyai nilai
estetik yang tinggi kerana motif yang digunakan serta tema setiap wayang kulit
mengikut watak yang dibina. Selain itu, ia mempunyai nilai kebudayaan dan identiti
sesebuah masyarakat selain daripada berfungsi sebagai alat hiburan masyarakat
tersebut. Oleh demikian, ia dipilih sebagai tugasan projek saya pada semester ini.

Watak wayang kulit

Wayang
WayangKulit
Kulit
Sejarah Wayang Malaysia
• Wayang kulit Melayu dipercayai dibawa dari Tanah Jawa ke Kemboja oleh
seorang Putera yang digerlar Jaya Vernam II. Beliau amat tertarik kepada
falsafah dan persembahan wayang kulit dan membawa ke Kemboja sebagai
usaha menjalinkan hubungan dengan pihak Jawa dan Kemboja. Sehubungan
itu, rupa bentuk dan cara persembahan wayang kulit kemboja telah berubah
dan amat berbeza daripada wayang kulit Jawa. Semua watak dan cerita
wayang kulit Kemboja diasaskan kepada cerita Ramayana. berkemungkinan
di sinilah bermulanya asas bagi wayang kulit Siam dan wayang kulit Melayu.
Walaupun terdapat beberapa persamaan dari segi cerita dan rupa bentuk
patung wayang, namun wayang kulit berkenaan telah diubahsuai mengikut
budaya dan selera masyarakat tempatan. Begitu juga dengan patung wayang
kulit yang telah diubahsuai.

Wayang
WayangKulit
Kulit
Sejarah Wayang Malaysia
SEJARAH WAYANG KULIT MALAYSIA

• Begitu juga dengan patung wayang kulit yang telah diubahsuai. Bukti

perubahan ini dapat dilihat menerusi patung wayang Jawa lebih ramping dan

lampai berbanding dengan wayang Melayu yang kelihatan lebih gagah dan

tegap. Kedua-dua tangan patung wayang kulit Jawa dapat digerakkan, tetapi

patung wayang Melayu hanya dapat digerakkan sebelah tangannya sahaja.

Begitu juga dengan patung wayang Kemboja yang kelihatan lebih besar dan

memerlukan beberapa orang dalang untuk membantu dalam persembahan.

Dapat dikatakan bahawa setiap wayang kulit dari pelbagai negara mempunyai

ciri dan fungsi tersendiri. Kemungkinan inilah yang menyebabkan wayang kulit

menjadi satu persembahan tetater tradisional di kebanyakan negara Asia

Tenggara.

Wayang kulit Malaysia

Wayang kulit Kemboja

Wayang
WayangKulit
Kulit
Tema
• Di awal abad ke-9, wayang kulit Melayu yang berasaskan cerita Ramayana
kerap dimainkan di Patani, Kelantan, Kedah dan Perak. Dalang wayang kulit
dari utara Semenanjung mengembara dan mengadakan persembahan di
Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan di kawasan-kawasan pantai timur
negeri Johor. Pada pertengahan abad ke-9, sebilangan besar dalang wayang
kulit hidup subur dan telah sekian lama kukuh bertapak menjadi tradisi dan
budaya dalam masyarakat Melayu Kelantan. Falsafah yang dibawa dalam
persembahan wayang kulit dipercayai diasaskan pada pemahaman agama
Islam yang mendalam.
• Peranan "Dalang" sebagai dukun atau bomoh dalam masyarakat merupakan
salah satu asas pengekalan tradisi ini di Kelantan. Dipercayai kekuatan spiritual
dalam penyelenggaraan wayang kulit dapat menimbulkan malapetaka atau
bahaya. Dialog persembahan wayang kulit juga telah diadun dan diubahsuai ke
dalam longhat setempat (longhat Kelantan dan Patani). Faktor ini telah
menyebabkan persembahan wayang kulit tidak kekal dan sesetengahnya
diubahsuai mengikut kehendak dan selera masyarakat setempat.

Wayang
WayangKulit
Kulit
Tema
• Dalam proses perkembangannya wayang kulit telah banyak melalui
perubahan. Setelah melalui pelbagai zaman, wayang kulit dapat
menyesuaikan dirinya secara bebas dan kreatif. Wayang kulit bermula sebagai
alat yang ada kaitannya dengan upacara penyebaran agama, tetapi
kemudiannya digunakan sebagai alat pendidikan dan penerangan. Pada
kesempatan ini nilai-nilai pendidikan dan pembangunan keluarga disampaikan.
Nilai-nilai pembangunan masyarakat sebenarnya didasarkan pada hakikat
bahawa keluarga menjadi agen pembentukan masyarakat. Inilah antara faktor
mengapa wayang kulit sehingga kini menjadi salah satu tradisi kesenian
negara.

Wayang
WayangKulit
Kulit
Tokoh

HAJI MARGONO
SITIR 

Seorang dalang wayang kulit yang pernah menerima Hadiah Penghargaan


Penggerak Budaya Johor (1991). Beliau bukan sahaja terkenal sebagai guru
wayang kulit dan gamelan beliau juga berjasa dalam mempopularkan angklung
di Batu Pahat  dan tempat-tempat lain. Beliau sendiri dengan cermat dan halus
membuat peralatan muzik tersebut. Permainan wayang kulit dan kuda kepang
di Johor masih membawakan unsur-unsur serapah dan jampi dan Pak
Margono masih terikat dengan ritual ini.

(Sumber: Ungku Mohd. Zaman Mohd. Tahir. 2005. Johor Mengabadikan Baktimu)

Wayang
WayangKulit
Kulit
Tokoh

CHE’ MAT JUSOH

Beliau yang terkenal dalam kalangan peminat permainan tradisional sebagai

Che’ Mat Raja Rebab ini telah berjaya membuat perubahan terhadap sistem

penjarian menggunakan note muzik dan mencipta rebab baharu mengguna

kaedah baharu.

Che’ Mat Jusoh, 62, mendakwa beliau satu-satunya pemain rebab yang masih

ada yang boleh menguasai lagu-lagu lama yang orang lain tidak dapat

memainkannya lagi.

Che’ Mat Jusoh memulakan kerjayanya dengan Universiti Sains Malaysia (USM)

pada November 1978 dan kemudiannya dilantik sebagai Jurulatih Kebudayaan

pada tahun 1979 sehinggalah bersara pada tahun lalu setelah 37 tahun berjuang

sebagai seorang seniman yang mengajar begitu ramai mahasiswa sama ada

dalam kuliah rasmi mahu pun sebagai pengajar ko-kurikulum. Kini dilantik secara

kontrak di Pusat Pengajian Seni USM.

Wayang
WayangKulit
Kulit
Tokoh

HAMZAH AWANG AMAT (Pak


Hamzah)

Penerima Anugerah Seniman Negara Pertama ini dilahirkan pada tahun


1940 di Kampung Kebakat, Kelantan. Hamzah Awang Amat atau lebih
dikenalisebagai Pak Hamzah meminati wayang kulit semenjak berusia
belasan tahun melalui pemerhatian kesenian ini di sekitar kampungnya.
Kewibawaan Pak Hamzah bukan sahaja sebagai seorang pemain mahupun
pembuat alat persembahan wayang kulit, malah beliau telah berupaya
mengangkat seni wayang kulit ke peringkat antarabangsa. Selain daripada
itu, penglibatan beliau sebagai tenaga pengajar di institut pengajian tinggi
telah berjaya menghasilkan metodologi pengajaran seni muzik wayang kulit
Kelantan yang amat efisyen, sistematik dan komprehensif.
Pada tanggal 1 Januari 2001, Hamzah Awang Amat telah kembali ke
rahmatullah dengan mewasiatkan wayang kulit ini kepada kita, generasi
baru yang akan meneruskan perjuangan beliau. Semoga Allah mencucuri
rahmat ke atasnya. Al Fatihah.

Wayang Kulit
Wayang Kulit
Jenis-Jenis Wayang
Terdapat EMPAT JENIS WAYANG KULIT
di Semenanjung Malaysia:

1.        Wayang kulit Kelantan


Disampaikan dalam bahasa Melayu loghat
Kelantan.  Dipercayai mempunyai pengaruh
Petani di selatan Thai.  Paling popular di
Kelantan.

2.        Wayang kulit Melayu


Disampaikan dalam bahasa Melayu.  Dipercayai
mempunyai pengaruh Jawa.  Popular di negeri-
negeri Pantai Timur 

3.        Wayang Purwa


Disampaikan dalam bahasa Jawa dengan
diselitkan bahasa Melayu tempatan.  Didapati di
bahagian selatan Pantai Barat Semenanjung
Malaysia.  Popular di negeri Johor .

4.        Wayang Gedek


Disampaikan dalam bahasa Thai dan bahasa
Melayu tempatan.  Dipercayai mempunyai
pengaruh Nang Talung dari Thai Selatan.  Popular
di negeri Kedah dan Perlis

Wayang
WayangKulit
Kulit
Karya
norma masyarakat

23

Wayang
WayangKulit
Kulit
Sumber iDea

1
3

26
Wayang Kulit
Kajian Reka Letak

27
Wayang Kulit
Kajian Warna 1

28
Wayang Kulit
Kajian Warna 2

29
Wayang Kulit
Kajian Warna 3

30
Wayang Kulit
Karya Akhir

31
Wayang Kulit
Refleksi
Alhamdulillah dengan keizinan yang Maha Esa, dapat saya sempurnakan
tugasan projek multimedia Pendidikan Seni Visual 3093 dengan jaya. Tugasan ini
memerlukan saya untuk membuat kajian mengenai buku elektronik dan perisian-
perisian suntingan video serta audio. Selain itu, ia juga menguji tahap kemahiran saya
dalam teknologi maklumat dan penggunaan laman sesawang dengan pelbagai perisian.

Sehubungan itu, saya telah membuat serba sedikit pembacaan dan rujukan
internet bagi mendapatkan maklumat para ilmuwan, golongan bijak pandai iT dan video
penghasilan mengenai buku elektronik ini. Proses ini memakan masa yang agak
panjang kerana maklumat yang di ingini tidak diperoleh dengan tepat dan kebanyak
maklumat daripada bahasa asing. Sepanjang proses berlangsung, saya merasa putus
asa dan bosan kerana maklumat yang seharusnya mudah untuk diperoleh menjadi
sukar. Ini kerana , saya berpendapat maklmumat yang di muat naik dalam laman
sesawang mudah di tiru dan di manipulasi mengikut kehendak penulis. Dengan ini, fakta
maklumat tersebut hilang keaslian dan pelbagai istillah diberikan. Namun, saya dapat
atasinya dengan bantuan maklumat yang diberikan oleh pensyarah pembimbing dan
rakan sekelas.

Selain itu, saya juga mengalami masalah dalam menggunakan perisian


suntingan. Saya merasakan perisian Adobe Photoshop rumit dan terlalu tektikel. Oleh
demikian, melalui rujukan internet iaitu youtube dan pengalaman sedia ada, saya telah
menggunakan dua perisian microsorfword dan power point untuk menyunting segala
bentuk Ebook termasuk muka hadapan buku. Banyak panel-panel microsorf saya jarang
gunakan dan tidak mengetahui fungsinya telah saya pelajari sepanjang proses
penghasilan Ebook dilaksanakan. Segala suntingan imej dan text saya gunakan kedua
perisian ini. Walaupun pada dasar ia terhad akan tetapi ia memudahkan dan
mempercepatkan tugasan saya. Secara dasar ia kelihatan tidak profesional namun
hasilan kerja ini membuatkan hati saya bangga dengan karya akhir yang sempurna.

32
Wayang Kulit
Refleksi
Tugasan kali ini membuat saya membuka mata akan kepentingan kemahiran ICT/
multimedia dalam kehidupan seharian serta bidang yang saya ceburi kini iaitu
Pendidikan Seni Visual. Tanpa kemahiran yang tinggi dan mahir, saya gagal
menyempurnakan tugasan dengan sempurna dan profesional. Walaupun perisian yang
saya gunakan telah membantu saya akan tetapi saya perlu tingkatkan ilmu supaya tida
berada di takuk yang lama sepanjang masa. Kesannya bukan sahaja dalam masa
pendek malahan pada masa hadapan kelak ia amat membantu dalam pengurusan
pengajaran dan pembelajaran. Tidak rugi jika menuntut ilmu kerana ilmu itu jambatan
kejayaan. Malalui pengalaman tugasan ini, saya sedar akan kelemahan dan kebidihan
diri serta kecetekan ilmu yang dimiliki walaupun semester yang dilalui telah hampir
tamat. Namun, buat penghargaan diri, saya bangga kerana walaupun saya tidak
mampu untuk menggunakan perisian canggih akan tetapi hasilan kerja sendiri dan
hasilan karya akhir amat membanggakan diri dan saya amat berpuas hati. Oleh
demikian, perkongsian ilmu yang di miliki dikongsi bersama dengan rakan supaya saya
berharap saya akan lebih pandai di masa kelak.
Akhir kalam, ribuan ucapan terima kasih ditujukan kepada diri sendiri kerana berjaya
mencari idea dan menyelesaikan masalah dengan sendiri serta kepada pensyarah
pembimbing saya menghargai pandangan dan kritikan yang telah diberikan. Ini keran,
tanpa pensyarah pembimbing, saya tidak akan berganjang ditakuk yang lama dan
ruang serta peluang yang diberikan untuk meneroka dunia multimedia dengan sendiri
amat saya hargai dan terima kasih atas segalanya. Segala yang terlibat secara
langsung mahupun tidak langsung saya dahulukan dengan ucapan terima kasih dan
jasa kalian amat dihargai.
Sekian.

33
Wayang Kulit
Rujukan

Buku
Bok Kai Wa, Ibrahim Syed.(1998). Pendidikan Seni SPM.
Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka
Buku Sumber Pendidikan Seni Visual Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah 2003. Kuala Lumpur : Pusat
perkembangan Kurikulum.

Kathleen Chee.(2001). Fokus Pendidikan Seni. Kuala


Lumpur : Penerbitan Pelangi.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1998). Buku Sumber
Guru Pendidikan Seni Visual,KBSR. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka

Laman Sesawang
http://www.ywj.gov.my/ dilayari pada 12.8.2015
http://news.usm.my/ dilayari pada 23.8.2005

34
Wayang Kulit

Anda mungkin juga menyukai