Anda di halaman 1dari 25

1.0 Pengenalan Komunikasi merupakan perkara yang terpenting dalam kehidupan seorang manusia.

Komunikasi juga merupakan satu talian yang menghubungkan antara seorang individu dengan individu yang lain sama ada dalam kelompok yang kecil ataupun besar. Pelbagai cara komunikasi dapat di aplikasikan dalam kehidupan kita. Salah satu daripadanya ialah komunikasi melalui surat. Komunikasi ini merupakan komunikasi bertulis iaitu pendapat atau idea yang dilambangkan dengan tulisan untuk dibaca dan digunakan pada masa akan datang. Cara ini boleh dilakukan secara sponton ataupun secara terancang. Selain itu, komunikasi jenis ini juga melibatkan beberapa faktor yang perlu diberi perhatian seperti isi yang ingin disampaikan, cara penulisan, laras bahasa, persembahan dan sebagainya. Oleh itu, bahasa merupakan perkara yang terpentiing dalam komunikasi jernis bertulis ini. ini kerana, kesalahan yang akan dibuat akan kelihatan dengan jelas dan kemungkinan besar isi yang ingin disampaikan tidak dapat difahami dengan sepenuhnya. Seorang penulis juga hendaklah peka dengan penggunaam bahasa yang digunakan dalam teks ataupun surat supaya kumpulan sasaran tersebut dapat memahami serta kecacatan dalam sesebuah majlis tidak akan berlaku. Selain itu, pengolahan ayat juga hendaklah diambil kira kerana penggunaan bahasa yang sempurna, struktur teks, format teks, panggilan hormat dan sebagainya mempengaruhi kelancaran sesebuah majlis tersebut. Sebuah teks yang baik juga dapat di nilai berdasarkan teks yang menarik dan berkesan. Selain itu juga, fakta yang kuat juga hendaklah dititikberatkan dalam sesebuah komunikasi bertulis ini. Ini kerana fakta tersebut melambangkan kekuatan teks dan kebolehpercayaan yang tinggi penonton kepada hujah pembaca tersebut. Fakta yang disampaikan mestilah jelas, bermutu, logik dan sebagainya supaya maklumat yang disampaikan mendapat kesan kepada pendengar. Sehubungan dengan itu, tajuk, tema, isi kandungan teks hendaklah jelas dinyatakan supaya tidak lari dari tema yang telah ditetapkan. Secara keseluruhannya, komunikasi bertulis juga amat penting dalam kehidupan supaya bahan ini dapat dirujuk semula untuk mendapatkan kesahan pada masa akan datang.

1.1 Pengenalan Surat Rasmi Surat rasmi merupakan perkara penting yang dilakukan oleh

semua organisasi. Surat rasmi merupakan surat yang ditulis untuk urusan rasmi kepada jabatan-jabatan kerajaan, badan berkanun, jabatan swasta dan seangkatannya serta ia melambangkan hasrat yang ingin disampaikan oleh seseorang individu kepada pihak tersebut. Surat rasmi merupakan teks yang berformat kerana gaya penulisannya hendaklah mematuhi peraturan yang ditentukan. Surat rasmi juga merupakan maklumat penting yang boleh di dokumentasikan dan boleh berulang kali di rujuk untuk dibuat rujukan. Kebiasaannya isi kandungan surat rasmi berbentuk aduan, pemberitahuan, jemputan, permohonan dan

sebagainya. Surat rasmi ini akan disampaikan kepada penerimanya dengan cara kiriman.

1.3 Pengenalan Teks Ucapan Teks ucapan merupakan salah satu cara untuk berkomunikasi. Teks ucapan ialah komunikasi yang melibatkan satu hala sahaja iaitu antara pngucap dan pendengar. Kebiasaanya, teks ucapan disampaikan di majlis-majlis formal nahupun tidak formal. Antaranya seperti majlis perasmian, perpisahan, perhimpunan, keraian dan sebagainya.

Sehubungan itu, sis kandungan ucapan hendaklah bersesuaian dengan majlis tersebut. Selain itu, ucapan meruapakan satu hasrat dan perasaan yang lahir daripada seseorang individu atau organisasi untuk disampaikan kepada khalayak umum. Ucapan juga merupakan salah satu

penghargaan yang ditujukan kepada seorang individu ataupun sebuah organisasi yang telah berjasa kepada pihak penganjur tersebut. Sehubungan itu, teks ucapan yang baik merupakan teks ucapan yang mempunyai nilai penghargaan yang tinggi dan maklmumat yang ingin disampaikan mendatangkan kesan positif kepada penonton yang mendengarnya.

1.3.1

Jenis Ucapan i) Ucapan Rasmi

Terdapat dua jenis ucapan iaitu ucapan berbentuk rasmi dan ucapan berbentuk tidak rasmi. Ucapan rasmi biasanya tedapat pada majlis-majlis formal yang dihadiri individu-individu kenamaan. Bagi ucapan jenis ini, penyampainya juga merupakan individu kenamaan tersebut seperti Raja-raja, Perdana Menteri, ketua-ketua jabatan, dan sengkatan dengannya. Dalam situasi ini, kebiasaannya teks ucapan akan disediakan dan teks ucapan ini hendaklah bersesuaian dengankonteks yang telah disediakan. Dalam majlis ini juga teks ucapan yang terancang digunakan sepenuhnya tanpa mengubah isi kandungannya. Teks ini juga merupakan skrip yang telah disediakan oleh pihak yang berkenaan dengan persetujuan pengucap tersebut.

ii) Ucapan tidak Rasmi. Bagi uacapan tidak rasmi pula, kita dapat lihat pada majlis seperti keraian seperti majlis ulang tahun, perkahwinan dan sebagainya. Ucapan jenis ini akan menggunakan bahasa yang lebih mudah difahami serta ia tidak terikat dengan mana-mana prosedur yang formal. Ucapan tidak rasmi juga boleh diucapkan dengan pelbagai jenis luahan seperti sedih, gembira, berjenaka dan sebagainya. 1.3.2 Ciri-ciri Ucapan i) Bahasa yang mudah untuk difahami. Penggunaan bahasa yang digunakan oleh pengucap hendaklah mudah untuk difahami oleh kumpulan sasaran. Bahasa yang mudah bermaksud bahasa yang tidak menggunakan bahasa sastera seperti kiasan, istillah, berbunga-bunga dan sebagainya. ii) Isi yang bermakna Ucapan yang diberikan hendaklah memenuhi kehendak majlis dan isi kandungan ucapan mestilah sesuai dengan tahap keupayaan dan penerimaan pendengar. Selain itu, faktor pendidikan juga haruslah diperlihatkan supaya ucapan yang akan dilakukan dapat di fahami oleh pendengar. Pengucap mestilah mempunyai suara yang jelas dan dapat berucap dengan terang supaya ia dapat mempengaruhi penonton serta mahir dalam memvariasikan nada suara tersebut. Selain itu, cara mempersembahkan ucapan hendaklah yakin dan bersungguh-sungguh supaya perjalanan pengucapan tersebut berjalan dengan lancar . iv) Format Pada permulaan kata, pengucap mestilah menggunakan

panggilan hormat ke atas tetamu kenamaan yang di jemput oleh pihak penganjur. Selain itu, pangkat setiap tetamu hendaklah disebut mengikut urutan yang betul. Selain itu, pengucap juga hendaklah membuat kesimpulan selepas ucapan tersebut berakhir dan ucapan penghargaan mestilah ditujukan kepada pihak-pihak yang berkenaan.

1.4 TEKS UCAPAN : MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN MINGGU ANTI DADAH PERINGKAT SEKOLAH SEMPENA HARI ANTI DADAH PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2013.
Yang Berbahagia, Puan Zuraidah bt Haji Muhamed, Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah, Daerah Manjung.

Yang Berusaha, En. Muhd Suod b. Mat Thani, Pegawai Pelajaran Daerah Manjung. Ipoh, Perak.

Yang Berusaha, Dif-dif jemputan, Penolong-Penolong kanan, Guru-guru, tuan-tuan dan puan-puan, Serta pelajar-pelajar yang saya kasihi sekalian.

Assalamualaikum , selamat sejahtera dan salam 1Malaysia.

Alhamdulillah dengan limpah kurnian- NYA dapat kita bersama-sama berkumpul pada pagi ini untuk meraikan Majlis Sambutan Minggu Anti Dadah peringkat sekolah sempena hari anti dadah peringkat kebangsaan bagi tahun 2013 ini. Saya selaku pengetuan di sekolah ini amatlah berbesar hati dengan kehadiran tuan puan dalam menjayakan program ini pada kali yang ke 5 bagi sekolah kami. Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua agensi-agensi kerajaan yang telah sudi melibatkan diri dan membantu 6

pihak sekolah dalam menjayakan program pada minggu ini. Sekalung penghargaan yang tidak terhingga kepada Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah kebangsaan yang sudi hadir pada hari ini walaupun kita sedia maklum yang beliau sangat sibuk dalam aktiviti hariannya. Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan puan yang sanggup hadir memeriahkan majlis pada pagi ini walaupun hari ini merupakan hari bekerja tuan puan serta ucapan syabas ingin diberikan kepada pelajar-pelajar sekolah ini kerana telah bersama-sama membanting tulang dalam mengadakan pelbagai program dan aktiviti supaya majlis pada hari ini berjalan dengan jayanya. Syabas sekali lagi diucapkan kepada anda semua yang telah membantu menjayakan program ini sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Tuan,puan dan pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian, Sepertimana yang kita sedia maklum, sambutan hari anti dadah kebangsaan akan diadakan pada setiap 19 febuari setiap tahun. Alhamdulillah, untuk pengetahuan semua, sekolah kami telah mengadakan sambutan hari anti dadah ini sebanyak 5 kali. Tahun ini merupakan tahun yang ke-5 dan saya amat bersyukur kerana program ini disambut baik oleh semua pihak termasuk masyarakat setempat yang membantu bersama-sama memerangi dadah dikawasan persekitaran mereka. Tuan,puan dan pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian, Setiap program yang di anjurkan mempunyai matlamat dan objektif yang ingin dicapai dan mendatangkan impak yang positif kepada golongan sasaran tersebut. Oleh itu matlamat majlis ini ialah supaya pelajar-pelajar di sekolah ini sedar akan kemudaratan yang akan mereka hadapi jika mereka memilih dadah sebagai teman akrab dalam kehidupan mereka. Selain itu juga, kami di pihak sekolah ingin memberi pengetahuan kepada pelajar-pelajar sekolah ini akan impak kesihatan yang akan mereka tanggung sepanjang hayat jika mereka tidak berhenti mengambil barang ini serta memberikan pendedahan kepada mereka tentang kepentingan amalan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian. Ini kerana,saya merasakan, pelajar-pelajar pada zaman kini mudah untuk

terjerumus dengan perkara-perkara seperti ini kerana barangan seperti dadah mudah untuk didapati dimana jua keberadaan kita. Oleh yang demikian, perkara ini sangat membimbangkan saya dan pihak sekolah kerana pelajar-pelajar yang terlibat dengan keadaan ini akan mendatangkan permasalahan apabila mereka berada di sekolah. Sehubungan dengan itu, saya amat berhaap program seperti ini dapat memberi kesedaran kepada pelajar tentang bahayanya mengamalkan kehidupan seperti seorang penagih dadah.

Tuan,puan dan pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian, Selain daripada itu, objektif program ini adalah untuk memastikan pelajarpelajar sekolah ini dapat menjalani kehidupan yang sihat dan cergas serta memiliki fikiran yang cerdas untuk melahirkan modal insan yang cemerlang pada masa akan datang. Untuk pengetahuan semua, pihak sekolah juga menerapkan pendedahan ini kepada semua peringkat pelajar sama ada dari menengah rendah hinggalah ke menengah tinggi supaya pelajar-pelajar ini dapat menjauhkan diri daripada dadah dan secara langsung mempraktikkan amalan gaya hidup sihat sepanjang hayat mereka. Sejajar dengan objektif dan matlamat program ini, pihak sekolah telah sebulat suara memilih tema iaitu Dadah terhindar, Pelajar Pintar dan secara langsung ia dapat memotivasikan para pelajar. Tuan,puan dan pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian, Sehubungan dengan itu, pihak sekolah telah merangka pelbagai aktiviti sepajang minggu ini sebelum tibanya hari kemuncak program ini iaitu majlis besar pada hari ini. Sepanjang minggu ini, pelbagai aktiviti telah diadakan oleh pihak sekolah untuk menarik minat para pelajar melibatkan diri dalam aktiviti sihat seperti ini. Antaranya ialah, kami pihak sekolah telah bekerjasama dengan Klinik Kesihatan Daerah kawasan Manjung untuk membuat ujian air kencing kepada semua pelajar mengikut peringkat-peringkat mereka. Alhamdulillah pihak kesihatan bersetuju dan mereka telah menjalankan aktiviti ini selama 3 hari berturut-turut. Alhamdulillah, keputusan yang saya dan pihak sekolah perolehi adalah positif. Pelajar sekolah ini bersih daripada dadah dan dengan bangganya

saya ingin mengucapkan syabas kepada para pelajar sekalian keran telah berjaya melindungi diri dari terjerumus ke lorong yang gelap ini. Selain daripada itu, terdapat pelbagai aktiviti yang lain seperti pertandingan koir mengikut kelas, pertandingan mendeklamasi sajak,

pertandingan membina arca stabail bagi menengah atas dan sebagainya. Aktiviti ini telah dijalankan selama seminggu dan sasaran yang telah kami sasarkan adalah semua pelajar. Ini kerana pihak sekolah ingin melahirkan golongan

pelajar yang proaktif, kreatif serta inovatif dalam membina kehidupan yang lebih cemerlang dan gemilang. Seperti mana yang anda lihat di sebelah kiri saya terdapat satu binaan arca stabail yang besar dan berbentuk suntikan di tangan ini merupakan aktiviti yang terbesar yang kami lakukan bersama-sama 20 orang guru serta 150 orang pelajar serta aktiviti ini telah mengambil masa selama 3 minggu sebelum majlis besar pada hari ini dijalankan. Dengan usaha yang gigih daripada pihak guru serta penglibatan pelajar yang memberansangkan, usaha melaksanakan projek ini akhirnya tercapai. Aktiviti ini dijalankan atas sebab ingin memotivasikan para pelajar tentang kemudaratan dadah dan ia simbol anti dadah pada tahun ini. Terima kasih dan syabas saya ucapkan kepada semua yang telah membanting tulang untuk menyempurnakan arca terbesar ini. Tuan,puan dan pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian, Selain itu juga, aktiviti sukan tara telah diadakan bagi peringkat yang lebih kecil iaitu melibatkan para pelajar dari menengah rendah. Ini kerana, pihak sekolah ingin menerapkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan pelajar kami serta memberikan pendedahan kepada mereka untuk lebih aktif dalam bidang sukan. Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti lari 100 meter, bawa bola dengan sudu, lari dalam guni, tarik tali dan sebagainya. Aktiviti seperti ini juga dapat memupuk semangat setia kawan dan kerjasama berpasukan serta

menghindarkan penyakit obesiti dalam kalangan pelajar sekolah. Dengan adanya aktiviti seperti ini, para pelajar akan terhindar dari melakukan aktiviti yang tidak sihat seperti melepak, melayari internet di pusat-pusat komunikasi, merokok dan sebagainya. Selain itu, di peringkat bawahan ini, pihak sekolah telah mengadakan aktiviti pertandingan mewarna poster yang di sertai oleh semua pelajar 9

menengah rendah. Aktiviti ini bertujuan untuk melahirkan pelajar yang berfikiran kreatif dan inovatif dalam membina sesuatu yang menarik serta berguna untuk masa akan datang. Kesan daripada itu, kita dapat lihat, pembelajaran yang berlaku ke atas pelajar akan lebih menarik perhatian mereka dan peningkatan kecemerlangan dapat dikecapi dengan mudah kerana golongan ini sangat suka akan aktiviti yang berbentuk hiburan. Tuan,puan dan pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian, Untuk pengetahuan semua, sekolah kami juga telah mengadakan aktiviti bersama masyarakat setempat yang telah diadakan semalam dari 8.00 pagi hinggalah ke pukul 1 petang. Aktiviti ini telah melibatkan ibu bapa para pelajar, masyarakat setempat dan para guru sekolah ini sendiri. Pelbagai aktiviti telah di aturkan. Antaranya ialah seperti pemeriksaan kesihatan secara sempurna. Ceramah kecemerlangan ibu bapa dalam membanteras gejala dadah, aktiviti sukan, pertandingan memasak makanan sihat, dan sebagainya. Aktiviti ini dijalankan atas tujuan ingin merapatkan hubungan silatul rahmi di antara ibu bapa, guru dan pelajar sekolah kami. Aktiviti ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang cara untuk bersosial dan menerapkan unsur penghormatan kepada individu di sekeliling mereka supaya para pelajar ini dapat menjadi role model kepada masyarakat di hari yang mendatang kelak. Dengan adanya aktiviti kemasyarakatan ini, tanggungjawab membanteras gejala dadah dalam kalangan pelajar dapat dilaksanakan dengan mudah. Ini kerana, masyarakat sekeliling dapat menjadi mata dan telinga pihak sekolah sekira berlakunya gejala ini dalam kalangan pelajar sekolah kami. Alhamdulillah, penyertaan yang datang amat menggalakkan dan secara langsung program minggu hari anti dadah ini berjaya mendekatkan semua golongan masyarakat dengan pihak agensi kerajaan serta impak yang terhasil adalah positif. Sekalung penghargaan dan syabas diucapkan kepada semua. Tuan,puan dan pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian, Keseronokkan program ini tidak berakhir begitu sahaja. Pihak sekolah dengan kerjasama agensi polis telah menjalankan satu aktiviti yang menarik iaitu mengenalpasti jenis-jenis dadah dan juga kami telah mengadakan satu lawatan sehari bersama Ketua Jabatan Polis Manjung untuk melawat penjara kecil yang 10

terdapat di balai polis berkenaan. Atas persetujuan dan kebenaran yang telah diberikan, pihak sekolah telah menghantar 25 pelajar dan 5 orang guru untuk menghadiri lawatan tersebut. Untuk pengetahuan semua, semasa lawatan dijalankan, pihak polis telah memberi beberapa tips untuk kita masyarakat sekeliling mengenalpasti bentuk-bentuk dan jenis-jenis dadah yang biasa digunakan oleh para pelajar ini. Selain itu juga, pihak polis telah membenarkan para pelajar sekolah kami merasai sendiri keadaan ketika berada di dalam penjara serta berkongsi tentang tindakan-tindakan yang akan dikenakan kepada seorang penagih dadah sekiranya disabitkan kesalahan. Pelbagai ilmu telah dikongsikan dan pengalaman ini telah memberi impak yang positif dalam kalangan pelajar kami. Tuan,puan dan pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian, Setelah seminggu program ini diadakan, saya bagi pihak sekolah amat berbangga dengan kesan positif yang telah kami perolehi daripada para pelajar,guru dan masyarakat sekeliling yang telah menjadikan program ini sebagai satu medan untuk memerangi gejala dadah dalam kalangan pelajar sekolah. Secara peribadinya saya merasakan gejala dadah ini dapat dibanteras dengan jaya sekitaranya program-program seperti ini dapat dilaksanakan setiap tahun dan sambutan yang menggalakkan diberi oleh semua pihak. Justeru, saya menyeru kepada semua yang hadir pada pagi ini dapat bersama-sama memikul tanggungjawab ini untuk melahirkan modal insane yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Ingatlah, para pelajar ini merupakan anak-anak yang bakal mewarisi pemimpin pada masa akan datang. Jika tanaman yang kita tanam tidak dijaga dengan rapi, nescaya hasil yang kita tuai dan perolehi di hari kelak akan membinasakan diri kita sendiri. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Tuan,puan dan pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian, Di kesempatan ini, saya sekali lagi ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada tetamu kehormat, dif-dif jemputan, agensi-agensi kerajaan yang sudi bekerjasama dan hadir dalam majlis yang telah dianjurkan oleh pihak kami ini. Budi baik tuan,puan amatlah kami sanjungi dan kenang sampai bila-bila.

11

Dengan ini, marilah kita bersama-sama berganding bahu dalam membentuk modal insan yang berkualiti dan menjadikan generasi muda ini bebas dari sebarang pemasalahan sosial. Akhir kalam, pihak sekolah akan terus berusaha untuk membendung gejala ini hingga ke akar umbi dengan bertemakan Dadah terhindar, Pelajar Pintar.

Wassalam. Sekian, terima kasih.

12

2.0 Definisi pola keselarasan vokal. Sistem pola keselarasan vokal ini merupakan satu sistem yang mengkaji kesesuai dua huruf vokal yang terdapat pada suku kata dasar bahasa Melayu. Keselarasan pola ini dilihat pada huruf vokal yang berkedudukan pra akhir suku kata dan pada suku kata akhir tertutup. Selain itu, ia juga dinilai melalui keselarasan huruf vokal di antara kata dasar, kata dasar mestilah berakhir dengan suku kata tertutup dan perkataan yang lebih dari dua suku kata hanya akan dinilai daripada dua suku kata terakhir sahaja. Oleh itu, kita hendaklah mengenal pasti perkataan dan pola yang terlibat dalam membuat keselarasan vokal ini. Sehubungan itu, berikut merupakan 18 pola keselarasan huruf vokal yang harus di ketahui bagi memudahkan penilaian dibuat.

BIL

SUKU KATA PRA AKHIR

SUKU KATA PRA AKHIR TERTUTUP a i u a i u a e (t) o a i u a e (t) o a i u

CONTOH PERKATAAN Kalam Balik Tahun Banteras Bersih Jemput Dewan Gelek Esok Bimbing Ingin Sibuk Program Objektif Lorong Mudarat Suntik Pupuk

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18

a a a e (p) e (p) e (p) e (t) e (t) e (t) i i i o o o u u u

Rajah 2.1 : Pola keselarasan vokal 13

Selain daripada itu, terdapat beberapa kaedah lain yang boleh memudahkan untuk kita membuat pengelasan pola tersebut. Berikut terdapat empat kaedah yang mudah untuk difahami.

Rajah 2.2 : Sistem Keselarasan Huruf Vokal Rajah di atas menunjukan perhubungan satu pola dengan pola yang lain dan oleh yang demikian, terdapat empat pecahan yang dapat buat berdasarkan kesinambungan pola tersebut. i) Bentuk segi tiga yang pertama (garisan biru)

Segi tiga yang pertama menjelaskan kepada kita tentang vokal yang mempunyai hubungan dengan vokal yang lain bagi membentuk sistem pola yang pertama. Pola tersebut ialah : ai iu ua a-u u-i i-a e taling o o- e taling

14

ii)

Bentuk bulatan kuning

Bagi bulatan yang bewarna kuning tersebut, vokal itu boleh di hubungkan dengan dirinya sendiri. Contohnya seperti a-a, i-I, u-u, e taling- e taling dan akhir sekali vokal o-o. iii) Tiga segi di tengah

Seterusnya kita lihat pada garisan tiga segi yang berada di tengah tiga segi besar tersebut. Garisan tersebut menunjukkan penggunaan dan hubungan antara huruf vokal e taling dan o. Bagi vokal ini, mereka tidak boleh digabungkan dengan huruf vokal yang lain selain dari vokal a. Penjelasannya dapat dilihat pada anak panah yang berada pada vokal e taling dan o tersebut. iv) E pepet

Huruf vokal yang terakhir ialah vokal e pepet. Vokal ini tidak boleh dihubungkan dengan vokal e taling dan o. Vokal e pepet hanya boleh dihubungkan dengan vokal a,i, dan u. Dengan penggabungan ini akan terbentuklah pola tersebut.

15

3.0 Jadual Pola Keselarasan Vokal Berdasarkan Teks Ucapan

BIL

PERKATAAN

KATA DASAR

JENIS POLA

JUMLAH POLA / PERATUSAN

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28

Pengarah Dadah Daerah Berusaha Pelajaran Kanan Pelajar Selamat Salam Dapat Amat Hadir Dalam Sangat Syabas Berjalan Akan Sebanyak Masyarakat Kawasan Matlamat Mendatang Sasaran Ialah Akrab Sepanjang Hayat Barang

Arah Dadah Daerah Usaha Ajar Kanan Ajar Selamat Salam Dapat Amat Hadir Dalam Sangat Syabas Jalan Akan Banyak Masyarakat Kawasan Matlamat Datang Sasar Ialah Akrab Panjang Hayat Barang

a-a a-a a-a a-a a-a a-a a-a a-a a-a a-a a-a a-a a-a a-a a-a a-a a-a a-a a-a a-a a-a a-a a-a a-a a-a a-a a-a

60 = 29 %
16

29 30 31 32 33 34 35 36 37 38 39 40 41 42 43 44 45 46 47 48 49 50 51 52 53 54 55 56 57 58 59 60

Amalan Zaman Didapati Mendatang Permasalahan Berharap Mengamalkan Adalah Menjalani Sejajar Sajak Atas Terdapat Tangan Kalangan Semangat Kawan Bawahan Perhatian Semalam Cermah Memasak Makanan Merapatkan Jawab Menggalakkan Anak Bakal Tanaman Pepatah Kalam Akar

Amal Zaman Dapat Datang Masalah Harap Amal Adalah Jalan Jajar Sajak Atas Dapat Tangan Kalang Semangat Kawan Bawah Perhatian Malam Ceramah masak Makan Rapat Jawab Galak Anak Bakal Tanam Patah Kalam Akar

a-a a-a a-a a-a a-a a-a a-a a-a a-a a-a a-a a-a a-a a-a a-a a-a a-a a-a a-a a-a a-a a-a a-a a-a a-a a-a a-a a-a a-a a-a a-a a-a 17

60 = 29 %

Jadual 1 Pola Keselarasan Vokal ( a-a )

BIL

PERKATAAN

KATA DASAR

JENIS POLA

JUMLAH POLA/ PERATUSAN

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18

Kasih Membanting Baik Hadapi Mengambil Penagih Selain Melahirkan Mempraktikkan Menarik Pertandingan Stabail Proaktif Kreatif Inovatif Akhirnya Mewarisi Berganding

Kasih Banting Baik Hadapi Ambil Tagih Lain Lahir Praktik Tarik Tanding Stabail Aktif Kreatif Inovatif Akhir Waris Ganding

a-i a-i a-i a-i a-i

18 = 9 %

a-i a-i a-i a-i a-i a-i a-i a-i a-i a-i a-i a-i a-i

Jadual 2 Pola Keselarasan Vokal ( a-i )

BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11

PERKATAAN Majlis Sambutan Tahun Sekalung Maklum Sanggup Langsung Termasuk Anjurkan Tanggung Menjauhkan

KATA DASAR Majlis Sambut Tahun Kalung Maklum Sanggup Langsung Masuk Anjur Tanggung Jauh

JENIS POLA a-u a-u a-u a-u a-u a-u a-u a-u a-u a-u a-u

JUMLAH POLA/ PERATUSAN

14 = 7 %
18

12 13 14

Aturkan Silatul Sanjungi

Atur Silatul Sanjung

a-u a-u a-u

Jadual 3 Pola Keselarasan Vokal ( a-u ) BIL 1 2 3 4 5 6 7 88 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 PERKATAAN Membanteras Dengan Peringkat Sekolah Besar Kesempatan Telah Memeriahkan Setempat Memerangi Tersebut Sedar Teman Pendedahan Tentang Kepentingan Terjerumus Kesedaran Cergas Cerdas Cemerlang Menerapkan Menengah Rendah Kencing Gelap Kelas Sebelah Berbentuk Terbesar Sebab Kecil KATA DASAR Banteras Dengan Peringkat Sekolah Besar Sempat Telah Meriah Tempat Perang Sebut Sedar Teman Dedah Tentang Penting Jerumus Sedar Cergas Cerdas Cemerlang Terap Tengah Rendah Kencing Gelap Kelas Belah Bentuk Besar Sebab Kecil JENIS POLA e(p) a e(p)-a e(p)-a e(p)-a e(p)-a e(p)-a e(p)-a e(p)-a e(p)-a e(p)-a e(p)-a e(p)-a e(p)-a e(p)-a e(p)-a e(p)-a e(p)-a e(p)-a e(p)-a e(p)-a e(p)-a e(p)-a e(p)-a e(p)-a e(p)-a e(p)-a e(p)-a e(p)-a e(p)-a e(p)-a e(p)-a e(p)-a JUMLAH POLA/ PERATUSAN

41 = 20 %
19

33 34 35 36 37 38 39 40 41

Melepak Kesan Petang Kelak Melentur Rebungnya Kenang Terus Membendung

Lepak Kesan Petang Kelak Lentur Rebung Kenang Terus Bendung

e(p)-a e(p)-a e(p)-a e(p)-a e(p)-a e(p)-a e(p)-a e(p)-a e(p)-a

Jadual 4 Pola Keselarasan Vokal e(p)-a

BIL 1 2 3 44 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24

PERKATAAN Limpah Melibatkan Pihak Tidak Setiap Persekitaran Impak Kesihatan Demikian Membimbangkan Terlibat Insan Terhindar Pintar Minat Gemilang Lihat Bidang Menghindarkan Peningkatan Bersosial Memikul Terbilang Biar

KATA DASAR Limpah Libat Pihak Tidak Tiap Kitar Impak Sihat Kian Bimbang Libat Insan Hindar Pintar Minat Gemilang Lihat Bidang Hindar Tingkat Sosial Pikul Bilang Biar

JENIS POLA i-a i-a i-a i-a i-a i-a i-a i-a i-a i-a i-a i-a i-a i-a i-a i-a i-a i-a i-a i-a i-a i-a i-a i-a

JUMLAH POLA/ PERATUSAN

24 = 11 %

Jadual 5 Pola Keselarasan Vokal ( i-a ) 20

BIL 1 2 3 4 5 6 7 8

PERKATAAN Ingin Positif Memilih Fikiran Klinik Gigih Sekeliling Pemimpin

KATA DASAR Ingin Positif Pilih Fikir Klinik Gigih Keliling Pimpin

JENIS POLA i-i

JUMLAH POLA/ PERATUSAN

8= 4 %

i-i i-i i-i i-i i-i i-i i-i

Jadual 6 Pola Keselarasan Vokal ( a-a )

BIL 1 2 3 4 5

PERKATAAN Sibuk Kehidupan Hidup Mengikut Hiburan

KATA DASAR Sibuk Hidup Hidup Ikut Hibur

JENIS POLA i-u i-u i-u i-u i-u

JUMLAH POLA/ PERATUSAN

5 = 2.3%

Jadual 7 Pola Keselarasan Vokal ( i-u )

BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

PERKATAAN Tuan Puan Mengucapkan Tulang Kemudaratan Mudah Sebulat Kemuncak Membuat Sukan Berpasukan Pusat

KATA DASAR Tuan Puan Ucap Tulang Mudarat Mudah Bulat Puncak Buat Sukan Sukan Pusat

JENIS POLA u-a u-a u-a u-a u-a u-a u-a u-a u-a u-a u-a u-a

JUMLAH POLA/ PERATUSAN

12 = 6%
21

Jadual 8 Pola Keselarasan Vokal ( u-a )

BIL

PERKATAAN

KATA DASAR

JENIS POLA

JUMLAH POLA/ PERATUSAN

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Suntikkan Kumpul Untuk Syukur Sehubungan Berturut Memupuk Pukul Unsur Buluh

Suntik Kumpul Untuk Syukur Hubung Turut Pupuk Pukul Unsur Buluh

u-i u-u u-u u-u u-u u-u u-u u-u u-u u-u

10 = 5 %

Jadual 9 Pola Keselarasan Vokal ( u-u )

BIL

PERKATAAN

KATA DASAR

JENIS POLA

JUMLAH POLA/ PERATUSAN

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11

Oleh Program Seorang Modal Penghormatan Objektif Perolehi Penolong Golongan Lorong Merokok

Oleh Program Orang Modal Hormat Objektif Oleh Penolong Golong Lorong Merokok

o-e(t) o-a o-a o-a o-a o-e(t) o-e(t) o-o o-o o-o o-o

11 = 5 %
22

Jadual 10 Pola Keselarasan Vokal ( o-o ), (o-e taling), o-a

3.1 Analisis Jadual Pola keselarasan Vokal Berdasarkan kesemua jadual di atas, hasil dapatan telah menunjukkan penggunaan pola keselarasan vokal amat penting kerana penghubungan vokal tersebut menjadikan sesuatu perkataan dapat disebut dengan sebutan yang betul serta penghasilan bunyi akan berlaku. Dapatan analisis juga menunjukkan, kesemua 18 pola keselarasan vokal terkandung di dalam teks ucapan tersebut. Selain itu, kesemua pola ini di analisis berdasarkan pila suku kata tertutup. Setelah analisis dibuat, penggunaan pola yang paling banyak digunakan ialah pola hurf vokal a-a. Kebanyakan kata dasar terhasil daripada pola ini. peratusan juga menunjukkan pola a-a mempunyai peratusan sebanyak 29% daripada kesemua 209 patah perkataan yang telah di analisis di atas. Selain itu, jumlah kedua yang banyak di analisis ialah pola vokal e (pepet)- a. Kebanyakkan perkataan kata dasar yang berhubung dengan pola ini mempunyai suku kata yang lebih daripada dua patah perkataan. Contohnya seperti cemerlang, gemilang,, dan sebagainya.bagi pola ini peratusan yang telah diperolehi sebanyak 20%. Selain itu, terdapat juga penggunaan pola vokal e(pepet)-I,dan e(pepet)-u tetapi jumlahnya amatlah sedikit. Seterusnya, terdapat pola yang mempunyai nilai peratusan yang sama iaitu pola vokal i-a dan a-u. Peratusan bagi pola ini ialah 7% kerana penggunaannya sangat terhad. Jumlah kedua-dua pola ini sebanyak 30 patah perkataan daripada 209 patah perkataan. Analisis juga menunjukan bahawa penggunaan pola vokul i-u amatlah sedikit berbanding dengan pola yang lain. Pola ini menunjukkan peratusan sebanyak 2% daripada 209 patah perkataan. Berkemungkinan besar, perkataan bagi pola i-u ini adalah terhad dan kata dasar yang digabungkan dengan vokal ini sukar untuk didapati. Situasi ini sama seperti pola e(taling)-o dan e(taling)e(taling). Keberhasilan untuk menemui pola ini dalam teks diatas amatlah sukar kerana pola ini hanya boleh digabungkan dengan diri sendiri dan vokal o sahaja. Secara keseluruhannya, kebanyakan perkataan yang terkandung di dalam teks ucapan adalah perkataan yang mempunyai kata dasar yang sama serta keberhasilan untuk mendapatkan variasi kesemua pola amatlah sedikit. Ini kerana bukan semua 18 pola dapat digunakan ke atas semua kata dasar perkataan suku kata tertutup. Kebanyakan pola terhasil daripada pola vokal a-a. Ini kerana, pola a-a sahaja yang banyak digunakan untuk menghasilkan perkataan dan pola huruf vokal a ini boleh digabungkan dengan mana-mana 23

vokal yang lain. Selain itu juga, terdapat beberapa perkataan terhasil daripada pola kekecualian yang kata dasarnya berasal dari kata pinjaman bahasa asing. Oleh itu, untuk menganalisis pola keselarasan vokal ini, pemahaman dan penggabungan huruf vokal tersebut hendaklah diteliti dengan betul supaya tidak akan berlakunya pertindihan diantara pola keselarasan vokal dengan pola kekecualian huruf vokal.

24

Rujukan

Siti Hajar Abdul Aziz. (2008). Bahasa Melayu 1. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, Abdul Hamidd Mahmood. (2011). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan. (Edisi Ke-4). ( 2005). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

25

Anda mungkin juga menyukai