Anda di halaman 1dari 6

KEPENTINGAN BLOG

DALAM PENDIDIKAN
Friday, August 13, 2010

Penutup :
Blog seharusnya diketengahkan sebagai satu bentuk
pendidikan yang baru di negara kita. Kepentingan blog
dalam institusi pendidikan memang jelas terbukti. Pihak
yang berwajib harus menjalankan peranan mereka agar
mutu pendidikan di negara kita dapat ditingkatkan. Ibu
bapa haruslah sentiasa peka dalam pendidikan anak-anak
mereka. Setiap kebaikan dan keburukan boleh ditentukan
oleh diri sendiri. Jadi, keburukan sesuatu perkara adalah
kecil berbanding kepentingan yang dibawa dalam sesuatu
perkara.(204496)
Posted by Kumpulan 18 at 7:01 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
 Blog juga, boleh menjadi laman untuk menyebarkan
sebarang maklumat berkaitan sekolah tempat mereka
bertugas. Melalui blog juga, guru boleh mendapatkan
teknik-teknik pengajaran yang lebih baik dan boleh
dipraktikkan kepada pelajar mereka. Selain itu, guru
dapat bertukar informasi dan pengetahuan dengan guru-
guru lain melalui tulisan dalam blog.(204592)
Posted by Kumpulan 18 at 6:54 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Kepentingan blog kepada guru :
 Guru boleh membuat sebarang pengumuman
berkaitan mata pelajaran yang diajar. Guru juga boleh
memberikan sesuatu tugasan berkaitan mata pelajaran
melalui tulisan dalam blog sekiranya tidak dapat hadir
semasa pembelajaran di sekolah. Melalui cara ini,
proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan
tanpa sebarang masalah dari segi masa selain dapat
meningkatkan kualiti pendidikan yang sedia ada di
negara kita.(206717)
Posted by Kumpulan 18 at 6:49 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Selain itu,blog turut mempunyai kelebihan lain seperti :
1. Menggalakkan perkembangan bahasa

terutamanya bahasa Inggeris melalui pemaparan


tulisan dalam blog yang ditulis.
2. Membolehkan pelajar membiasakan diri dengan

aplikasi komputer termasuklah seni kemahiran reka


digital, mencipta blog serta kod ccs.
3. Boleh mengkritik bentuk penulisan dan idea yang

bercanggah di ruang komen.(198980)


Posted by Kumpulan 18 at 6:43 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

 Blog juga boleh


mempercepatkan proses pendidikan berasaskan kadar
kebolehan pelajar. Melalui blog, pelajar tidak cepat
bosan untuk belajar blog merupakan satu bentuk
teknologi pembelajaran yang baru.Cara pembelajaran
yang interaktif ini, membuatkan pelajar lebih gemar
untuk belajar semasa berada di rumah dan tidak
membuang masa mereka dengan membuat perkara
yang tidak berfaedah.(205189)
Posted by Kumpulan 18 at 6:35 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
 Blog juga boleh melatih pelajar menulis dalam
pelbaga bahasa yang mereka sukai. Setiap info yang
ditulis dalam blog bleh dikritik dan menjadikan pelajar
yang menulis dalam blog lebih matang dari segi
penulisan. Pelajar akan lebih tertarik untuk memaparkan
hasil penulisan dan karya mereka ke dalam blog bagi
menjadi tatapan umum.(207255)
Posted by Kumpulan 18 at 6:29 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

 Blog membolehkan pelajar


berkomunikasi secara global. Pelajar sekolah boleh
berkenalan dengan pelajar dari seluruh pelosok dunia
dan dapat menambahkan ilmu pengetahuan mereka
yang telah sedia ada. Selain itu, mereka juga dapat
mengetahui teknk belajar yang lebih berkesan melalui
rakan-rakan dari negara yang berlainan. Kebaikan ini
membolehkan minda pelajar lebih terbuka dengan
keadaan dunia luar dan dapat memgetahui sesuatu
berita dari sumber yang betul, bukannya melalui khabar
angin.(198980)
Posted by Kumpulan 18 at 6:24 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, August 12, 2010

 Dapat memperkenalkan teknologi terkini kepada


pelajar. Blog merupakan satu kaedah pembelajaran
yang baru dan harus digunakan secara meluas sebagai
alat bantuan pembelajaran kepada guru selain
menjimatkan masa untuk mengajar. Sebarang maklumat
yang baru dan berfaedah dapat diakses secara terus
melalui blog yang dibuat oleh guru. Pelajar tidak perlu
lagi untuk membuat ulangkaji secara bersendirian
tanpa memperolehi maklumat yang lengkap.(204489)
Posted by Kumpulan 18 at 9:26 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
 Pelajar dapat menjimatkan masa untuk berbincang di
luar waktu sekolah. Melalui blog, pelajar tidak perlu
berjumpa untuk membincangkan sesuatu tugasan yang
diberikan oleh guru. Selain itu, perkongsian pendapat
dan sebarang masalah tentang sesuatu mata pelajaran
boleh diutarakan. Pelajar tidak perlu lagi keluar dari
rumah untuk mengadakan sesuatu perbincangan. Masa
dan tenaga dapat dijimatkan selain memperolehi ilmu
pengetahuan yang lebih banyak dan mendalam.(204515)
Posted by Kumpulan 18 at 9:16 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
 Dapat meningkatkan minat belajar kepada para
pelajar. Remaja merupakan golongan yang gemar untuk
mencuba sesuatu yang baru dan lebih suka belajar di
luar bilik darjah. Melalui blog, pelajar tidak mudah jemu
untuk belajar dan membaca. Hal ini kerana, mereka
boleh melayari internet sekiranya telah penat belajar.
Konsep pembelajaran seperti ini membuatkan pelajar
lebih gemar belajar walaupun di luar waktu
sekolah.(206770)
Posted by Kumpulan 18 at 9:05 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
kepentingan blog kepada pelajar:

1. Mendorong pelajar untuk berkongsi sesuatu


maklumat dengan pelajar di sekolah-sekolah lain.
Melalui blog, pelajar dapat berkongsi pengetahuan,
pengalaman, perasaan, pendapat dan lain-lain
dengan menggunakan tulisan, gambar, mahupun
maklumat berbentuk video. Blog merupakan laman
untuk mencoretkan idea yang terpendam selain
menjadi laman untuk berkarya. Idea dan karya yang
baik boleh diiktiraf agar pelajar lebih terdorong
untuk meluahkan apa yang ada dalam pemikiran
mereka. Penghargaan tidak hanya berbentuk
material bahkan, boleh juga berbentuk pujian serta
kritikan yang membina.(204199)
Posted by Kumpulan 18 at 8:53 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
kepentingan blog dalam pendidikan
Apa maksud blog? (198980)

Blog merupakan satu portal online yang digunakan untuk


menyatakan pendapat peribadi tentang pelbagai perkara.
Konsep blog seakan-akan sebuah diari harian. Blog
sangat mudah digunakan dan diuruskan tanpa perlu
memiliki pengetahuan teknikal yang mendalam tentang
komputer. Laman sosial dan blog dikatakan telah
memberikan pelbagai keburukan kepada golongan remaja
terutamanya pelajar sekolah. Walaubagaimanapun,
keburukan dan kebaikan dalam sesuatu perkara
ditentukan oleh diri sendiri. Apa yang pasti, blog
mendatangkan banyak kebaikan berbanding keburukan
terutamanya kepada guru dan pelajar.

Anda mungkin juga menyukai