Anda di halaman 1dari 8

MEMPEROLEHI MAKLUMAT MELALUI :

EKSPERIMEN

Eksperimen
Proses mendapat pengetahuan & maklumat melalui pengalaman secara langsung. Maklumat yang diperolehi lebih bermakna kerana pelajar menjalankan sendiri prosedur yang terancang dan teratur, membuat pengamatan, mencatat pemerhatian, melihat perubahan, mengumpulkan data-data serta membuat kesimpulan yang bersesuaian dengan konsep, hukum, teori dsb.

Samb..
Eksperimen melibatkan proses serentak pelbagai deria & kemahiran (generik, sosial, belajar dsb) yang memberikan kefahaman dan keberkesanan yang tinggi. Pencarian maklumat melalui eksperimen memerlukan pelajar menguasai proses yang terlibat seperti membuat persediaan, pemerhatian , mengumpul data, menganalisis data serta perbincangan & rumusan dapatan. Proses ini memberi peluang kpd pelajar menguji idea, berbincang, berhujah, menerangkan kejadian serta berkomunikasi dgn ramai individu

Membuat Persediaan Merupakan proses asas yang sangat penting. Perlu membuat pembacaan berkaitan maklumat yang ingin dikaji serta memahami tujuan & prosedur yang terlibat. Membuat tinjauan kajian terdahulu serta persoalanpersoalan yang ingin dikaji. Perlukan banyak membuat rujukan serta mempunyai kefahaman teori yang berkaitan bidang yang dikaji

Membuat Pemerhatian Membuat pemerhatian terhadap subjek . Maklumat diperolehi apabila berlaku perubahan & perbezaan yang dilihat serta kesan akibat yang mungkin terhasil. Pemerhatian untuk penilaian boleh dilakukan terhadap perkara spt sikap, t/laku, komunikasi dsb. Pemerhatian juga boleh dilakukan terhadap sesuatu proses yang bertahap-tahap.

Mengumpul Data Membuat catatan serta mengenalpasti masalahmasalah yang berlaku atau perubahan-perubahan yang telah berlaku. Mengumpul data dari sumber primer (temuduga pakar, pemerhatian dsb) & sekunder (laporan, tesis, buku dsb) Seterusnya data yang terkumpul akan disusun dan diproses menggunakan pelbagai kaedah Bagi memastikan data dikumpul berkualiti maka perlu menilai kesahan dan kebolehpercayaan data tersebut.

Mengumpul Data Kesahan sejauh mana data benar seperti yang dikehendaki dan mengukur apa yang sepatutnya Kebolehpercayaan Sejauh mana data itu tepat dan tekal (konsisten) walaupun dikumpul berterusan Instrumen yang boleh digunakan spt soal selidik, komen, refleksi, temubual dsb.

Menganalisis Data Boleh dilakukan secara kualitatif & kuantitatif. Data perlu diproses dan dipersembahkan dengan kaedah yang bersesuaian untuk memudahkan pemahaman. Setelah keputusan diperolehi maka boleh dibuat perbincangan, cadangan dan kesimpulan tentang dapatan yang diperolehi. Seterusnya penambahbaikan perlu dilakukan agar maklumat akhir yang diperolehi akan dapat memberi sumbangan kepada ilmu pengetahuan.

Anda mungkin juga menyukai