Anda di halaman 1dari 7

1

Ucapan Alu-aluan
Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Darul Aman


Assalamualaikam Warahmatullahi Wabarokatuh, salam sejahtera dan salam satu Malaysia.

Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya jua saya
berpeluang mencoret kata diruang ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada
seluruh jawatan kuasa program, kerana telah berjaya merancang dan melaksanakan tugas
dengan baik sehingga program ini berjalan dengan jayanya. Tahniah juga kepada semua
peserta Bina Insan Guru (BIG), kursus PISMP Semester 1, ambilan Jun 2013, yang
diadakan di Dewan Sri Banai, Kampus Darulaman, Jitra, Kedah. Program ini adalah aktiviti
yang wajib dijalankan oleh pelajar-pelajar PISMP semester 1 yang mengambil kursus Gerko,
seperti yang terkandung dalam sukatan pelajaran.
Melalui program ini, saya berharap semua pelajar mengambil peluang untuk menimba
seberapa banyak pengalaman untuk memantapkan diri sebagai seorang bakal guru. Para
pelajar perlu melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran yang berguna selaras dengan
hasrat kerajaan untuk melahirkan guru yang serba boleh, kreatif, dan inovatif. Selain itu,
program ini adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, iaitu melahirkan
masyarakat berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan memiliki sahsiah
yang seimbang dan sepadu. Bakal guru perlu didedahkan dengan program seperti ini untuk
memupuk semangat perpaduan dan kerjasama, di samping melahirkan individu yang sihat
dari segi intelek, jasmani, emosi, rohani, dan fizikal.
Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan jutaan terima kasih
kepada semua pensyarah pembimbing di Unit Ko-Kurikulum (Gerko) di atas segala panduan
dan tunjuk ajar kepada para peserta dalam menjayakan BIG pada kali ini. Tidak lupa juga,
saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang terlibat secara langsung ataupun
tidak langsung dalam memastikan kelancaran program ini. Semoga kerjasama ini dapat
diteruskan pada masa-masa mendatang.

Sekian, terima kasih.

t.t. Haji Mohd. Mustaffa Bin Ahmad
Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman









2


UCAPAN PENGERUSI

Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Assalamualaikum w.t.h. dan salam sejahtera
Bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izinnya jua Program Bina
Insan Guru (BIG) dijalankan dengan jayanya. Sesungguhnya, untuk melaksanakan program
seperti ini memerlukan kerjasama dan komitmen daripada semua pihak.
Guru adalah penyumbang utama modal insan negara. Kerajaan berhasrat adalah untuk
melahirkan modal insan kelas pertama, yang akan menjadi pelopor kepada pembangunan
dan kemajuan negara suatu hari nanti. Justeru, adalah penting pelajar-pelajar guru
didedahkan dengan program seperti ini untuk melahirkan seorang guru yang bukan sahaja
sihat dari segi intelek, rohani, jasnani, emosi dan fizikal, tetapi juga mempunyai semangat,
daya tahan, dan komitmen yang tinggi dalam menghadapi sebarang cararan.
Saya berharap rakan-rakan bakal guru sekalian, mengambil peluang ini untuk meningkatkan
hubungan silaturahim, saling bekerjasama, tolong-menolong, dan memupuk perpaduan
yang erat sesama kita. Ambillah peluang ini untuk menimba pengalaman Bina Insan Guru
(BIG), serta melepaskan segala tekanan yang ada.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Hj
Mustaffa Bin Ahmad, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Tuan Hj Salim
Bin Awang Ngah, Ketua Unit KoKurikulum, Puan Noorasyikin BT. Ismail serta pensyarah-
pensyarah di Unit Kokurikulum, di atas segala bantuan, teguran dan nasihat sepanjang saya
menguruskan program ini. InsyaAllah, segala bimbingan dan nasihat yang berguna ini akan
saya gunakan untuk memperbaiki segala kelemahan yang ada.

Sekian, terima kasih,
t.t. MOHD. FADZLI BIN ZAKARIA
Pengerusi
Bina Insan Guru (BIG) Fasa 1 / Siri 2
PISMP Sem 1 Ambilan Jun 2013










3

PENGENALAN
Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dilaksanakan
oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) yang wajib diikuti oleh setiap pelajar Program
Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Selain itu, program ini juga merupakan
satu wahana ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang unggul,
berilmu, berkemahiran serta mempunyai sahsiah yang tinggi seperti yang
dihasratkan oleh kerajaan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan
Falsafah pendidikan Guru.
Proses pembinaan insan guru terbina berlandaskan kepada aspek kesedaran
bahawa profession perguruan adalah mulia. Insan guru dilihat sebagai golongan
yang dapat membina generasi yang cemerlang di samping menjadi role model
kepada masyarakat.
Justeru, guru memerlukan kekuatan dan kemantapan dalam diri mereka dari
semua aspek sama ada jasmani, emosi, rohani atau intelek. Sebagai insan yang
bergelar guru juga adalah suatu kewajipan untuk menampilkan peribadi dan jati diri
yang baik di samping meningkatkan kualiti dan keterampilan diri. Oleh itu, pengisian-
pengisian positif , penerapan nilai-nilai murni dan pengamalannya juga perlu dalam
diri guru agar ia menjadi contoh dan ikutan kepada anak didik khususnya dan
masyarakat amnya dalam mengharungi cabaran pada era globalisasi.
Sesungguhnya, Bina Insan Guru seharusnya menjadi elemen yang berkesan
untuk menjadikan warga bakal pendidik menjadi insan yang sentiasa bersedia untuk
berkhidmat dan berbakti kepada nusa, bangsa dan juga negara.













4

MATLAMAT
Program Bina Insan Guru (BIG) bermatlamat melahirkan guru-guru yang
mempunyai akhlak yang mulia, nilai-nilai kerohanian dan keguruan yang mantap,
daya ketahanan yang tinggi serta aura sebagai seorang guru yang berkualiti dan
profesional sejajar dengan prinsip Rukun Negara, Falsafah pendidikan Kebangsaan
dan Falsafah Pendidikan Guru. Di samping itu, program ini juga merupakan suatu
usaha berterusan sepanjang program pendidikan keguruan berasaskan kesedaran
bahawa profesion keguruan adalah mulia dan guru merupakan arkitek yang
membina bangsa.

OBJEKTIF
Setelah tamat program ini, para pelatih guru PISMP diharapkan akan dapat
mencapai objektif berikut:
3.1. Membina dan membentuk profesionalisme guru permulaan .
3.2. Membina dan membentuk sahsiah guru permulaan .
3.3. Membina dan membentuk kepimpinan guru permulaan .
3.4. Meningkatkan kemahiran berfikir pada aras yang tinggi dalam
menganalisis masalah untuk membuat keputusan yang jitu bagi
penambahbaikan secara berterusan.
3.5. Memupuk gerak balas secara positif tidak kira dalam apa jua keadaan
sekalipun.
3.6. Dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi mengikut persekitaran
dan kepelbagaian budaya dalam sesuatu komuniti.
3.7. Meningkatkan sifat kepimpinan dengan kemahiran mengurus dan
mengorganisai sesuatu program dengan baik.
3.8. Meningkatkan daya ketahanan dan kekuatan individu dari aspek fizikal,
mental, emosi, rohani dan sosial.
5

UNIT KOKURIKULUM
IPG KAMPUS DARULAMAN
06000 JITRA, KEDAH DARUL AMAN
JAWATANKUASA PELAKSANAAN BIG FASA 1 (PERKHEMAHAN 1)
PISMP GSTT AMBILAN JUN 2013
SIRI
BIG/TARIKH/TEMPAT

KUMPULAN/PROGRAM/MENTOR

FASILITATOR/JURULATIH


Fasa 1, Siri 2/ 2013
23-26 September
2013
Kem Sri Banai,
Tasik Darulaman,
Gua Kerbau, Kodiang

PISMP PSV
(EN. PUTRA ABDUL RAHMAN B.
IBRAHIM)

PISMP BAHASA INGGERIS
( EN RAMLI B. ABU MANSOR)

PISMP PJK
(TN HAJI ABDULLAH B. MAT)
KOMANDAN KEM
En.Ahmad Sharani B. Abdul
Seliban

KETUA JURULATIH
Tn. Hj.Abdul Rahim
B.Abdullah

JURULATIH DARAT
En. Putra Abdul Rahman B.
Ibrahim
Tn Haji Abdullah B. Mat

JURULATIH AIR
Encik Yusainy B. Azizan
Puan Noorasikin bt Ismail

KEBAJIKAN &
KESELAMATAN
En Ramli B. Abu Mansor

KEROHANIAN & MORAL
En. Mohd Hafni B. Abdul
Halim

LDK
En. Nor Suhaidi. B. Ramly

KUATERMASTER
MAKANAN
En.Mohd Nasir B. Hamid

PERALATAN/LOGISTIK
En.Mohd Naim B. Abdul
Halim

PEMANTAU
Pn Nooraskin Bt Ismail




6

JAWATANKUASA PELAKSANA BIG (FASA 1/SIRI 2/2013)
AJK TERTINGGI

Pengerusi : Mohd Fadzli Bin Zakaria (PSV)
Naib Pengerusi : Sivah A/L Govindhaswamy (PSV)
Setiausaha : Cheng Chee Ling (PJK)
Naib Setiausaha : Phan Mei Sim (PJK)
Bendahari : Gowry A/P Sellan (BI)
Naib Bendahari : Saw Yi Ning (PJK)

JAWATANKUASA KERJA
AJK BUKU PROGRAM : Cheok Li Ching (PJK)
: Raajemalarr A/P Muirthy (PSV)
: Lim Kah Yan (BI)

AJK MAKANAN : Prema A/P Rajachandram (PSV)
: Surizaini Binti Mohd Zin (PSV)
: Cheah Sheah Fen (PJK)
: Gayaterie A/P Lethumanan (PSV)

AJK AKTIVITI : Shamsul Bin Zain (PSV)
: Ainur Rushaida Bt Roslan (PSV)
: Nabilah Binti Abdul Rahman (PSV)
: Chow Hoong Yew (PJK)
: Chew Soon Choy (PJK)
: Lee Mei Ling (PJK)

7

AJK PERALATAN/BAHAN : Sukri Bin Saree (PSV)
: Lee Ye Fui (PJK)
: Ling Hong Chin (PJK)
: Chen Pei Shi (BI)
: Kerk Wen Jing (BI)

AJK PENGANGKUTAN : Lee Tze Haan (BI)
:Chean Tze Soon (PJK)

AJK TUGAS-TUGAS KHAS : Ramli Bin Ahmad (PSV)
: Nur Dalila Asra Bt Hamzah (PSV)

AJK DOKUMENTASI : Nurul Fauzan Bt. Mat Noh (PSV)
: Tan Shu Kun (BI)

AJK KEROHANIAN & MORAL : Noor Azura Binti Ahamd (PSV)
: Raghini A/P Rajendran (PSV)

AJK KEBAJIKAN : Tan Sok Hoon (PJK)
: Kirushnaveni A/P Muniandy (BI)

AJK KESELAMATAN : Kishan Raj A/L Gunasekaran (PSV)
: Gan Pei Pei (PJK
AJK PERSIAPAN TEMPAT DAN PERKHEMAHAN:
Raja Dzirhazmee Bin Raja Mahadzir (PSV)
Tan Fei Pin (BI)
Wong Wei Jen (PJK)

Anda mungkin juga menyukai