Anda di halaman 1dari 4

RAJA BERSIONG?

Pada zaman dahulu kerana mendapat pengaruh daripada siam dan ada
sesetengah daripadanya berketurunan siam. Salah seorang raja yang memerintah
yang memerintah di situ ialah Raja Ong Maha Perita Daria, raja ini juga dikenali
sebagai Raja Bersiong. Raja Bersiong merupakan seorang raja yang sangat zalim
pada zaman pemerintahannya. Rakyat dikatakan selalu hidup dalam ketakutan
disebabkan pemerintahannya yang zalim itu. Golongan pemerintah dan pengawal
Raja Bersiong amat setia kepada baginda kerana mereka akan menyeksa atau
membunuh sesiapa sahaja yang melakukan kekacauan di kawasan tersebut.
Disebabkan baginda seorang raja yang digeruni, tidak kisahlah jika
perluasan kuasanya semakin meluas dari semasa ke semasa. Kebanyakan
kawasan Lembah Bujang merupakan daerah di bawah naungan baginda.
Disebabkan baginda sangat tamak, baginda berasa tidak puas hati dengan
kawasan naungan baginda sekarang, baginda mahu meluaskan lagi taklukannya.
Tetapi hasratnya itu dihalang oleh panglima-panglima baginda, mereka
mengatakan bahawa Raja Bersiong sudah tua dan tidak akan berdaya untuk
mempertahankan kawasan naungan yang terlalu banyak. Jadi, apabila baginda
sedar dengan kelemahannya, maka baginda pun pulang dan berehat sahaja di
istana.
Di istana, baginda tidak mempunyai banyak kerja yang perlu dilaksanakan,
hanya makan dan tidur sahaja. Baginda merupakan penggemar tetap masakan
kari dan kari yang menjadi kegemarannya ialah masakan kari sayur bayam yang
pedas dan kaya dengan rempah ratus. Setiap hari semasa raja masih nyenyak
tidur, kedua-dua tukang masaknya akan bangun untuk menyiapkan santapan
untuk raja termasuk makanan kegemarannya itu. Sekiranya raja bangun dari
tempat beradu baginda dan mahu segera menyantap makanan tetapi makanan
belum tersedia maka kedua-duanya akan dimarahi dan dihukum oleh raja
tersebut.

Hendak dijadikan cerita, pada suatu hari Raja Bersiong dan semua hulu
balang baginda keluar untuk memburu di dalam hutan. Di istana pula, kedua-dua
RAJA BERSIONG?

tukang masaknya berasa bimbang kerana raja dan semua hulu balang belum
pulang termasuklah para pengawal. Mereka bagaimanapun sibuk menyediakan
masakan untuk raja sebelum mereka semua pulang. Salah seorang daripada
tukang masak tersebut suka berkhayal. Dia yang ditugaskan untuk memasak kari
dan disebabkan sibuk memikirkan keselamatan rajanya itu pisau yang digunakan
untuk menghiris terung terhiris jarinya sendiri. Beberapa titis darah daripada
jarinya yang terluka itu telah termasuk ke dalam periuk yang berisi kuah kari.
Dalam keadaan kelam-kabut itu, mereka terdengar bunyi trumpet
menandakan raja telah pulang dengan hulu balangnya. Dengan rasa cuaknya,
tukang masak tersebut terpaksa membatalkan niatnya untuk memasak kari lain
untuk santapan raja. Maka, dia berharap agar raja tidak merasa sesuatu yang
berlainan dalam masakan yang sudah dicemari oleh darahnya itu.
Setelah hampir setengah kekenyangan baginda menyantap makanan
tersebut, barulah baginda sedari bahawa terdapat kelainan rasa pada kuah kari
yang dimasak pada kali ini. Rasanya berlainan sama sekali kerana masakan kari itu
tidak sama rasanya dengan kuah kari lain pada hari-hari biasa. Lalu, baginda
bertitah untuk memanggil kedua-dua tukang masak di istana tersebut. Kedua-dua
tukang masak itu pun pergilah mengadap raja selepas itu. Setelah kedua-dua
tukang masak memberi hormat kepada baginda, maka baginda pun bertanya.
Tanpa berdalih lagi, tukang masak itu dengan gugup gaya percakapan
mengaku sahaja kesalahannya. Dia tahu tiada guna kalau dia berbohong kepada
raja, seharusnya dia berterusterang dan berharap mendapat keampunan
daripadanya.
Selepas itu Raja Bersiong menitahkan untuk kedua tukang masaknya
memasukkan lebih banyak darah di dalam setiap masakan yang akan disantap
olehnya pada hari-hari kemudian. Mulai daripada hari itu rakyat kedah dan hulu
balangnya semakin gerun terhadap raja bersiong. Baginda meyuruh mereka
meletakkan darah musuh-musuh baginda yang ditangkap dan dikurung di dalam
penjara ke dalam resepi santapannya. Begitulah ceritanya, betapa seorang raja
sanggup untuk meminum darah daripada sejenisnya sendiri. Bermula pada hari
itulah, Raja Bersiong tidak dapat hidup jika baginda tidak dilimpahkan atau
dihidangkan dengan darah manusia. Semua orang tahanan di istana habis
RAJA BERSIONG?

dibunuh untuk memenuhi kehendak baginda bagi mendapatkan darah manusia


yang segar.
Setelah mengetahui bekalan untuk mendapatkan darah tidak mencukupi,
baginda telah menyuruh pengawal-pengawal untuk keluar menculik budakbudak
yang tidak bersalah untuk dijadikan korban. Darah manusia yang diminum oleh
baginda sangat banyak hingga menyebabkan gigi taring atau siong tumbuh
memanjang. Baginda berasa bangga memiliki gigi sebegitu dan menyebarkan
berita itu ke seluruh negeri, yang sekiranya baginda meminum darah manusia lagi
akan membuatkan gigi-gigi siong itu akan bertambah Panjang. Raja bersiong
dengan bongkaknya merasakan bahawa hormat kepada bagindan dan musuh juga
turut takut kepadanya.
Tukang masak yang berasa bertanggungjawab atas sikap yang tiada
berperikemanusiaan Raja Bersiong itu, bercadang untuk memasukkan racun ke
dalam masakan untuk dihidang kepada raja untuk menamatkkan kekejaman
baginda. Namun rancangannya gagal apabila angjing buruan Raja Bersiong
tertumpahkan masakkannya dan memakannya. Dalam beberapa minit, Anjing
buruannya menggelepar kesakitan dan mati. Tukang masak itu ditangkap, diseksa
dan lehernya dipenggal atas perintah Raja Bersiong.
Ramai yang cuba menentang Raja Bersiong termasuklah golongan nelayan.
Pada suatu hari sekumpulan nelayan cuba menyerang Raja Berisong . Namun
usaha mereka gagal setelah dibunuh oleh pengawal raja dan salah seorang
menjadi korban dan serangan tersebut adalah adik kepada Menteri Raja Bersiong.
Beliau tidak menyangka perkara ini akan terjadi kerana semasa peristiwa itu
berlaku beliau berada di luar negeri. Setelah pulang ke negeri Kedah, barulah
beliau mengetahui perkara sebenar melalui keluarganya. Beliau amat marah dan
sedih dengan apa yang berlaku kepada adiknya. Selama ini beliau seorang yang
patuh kepada Raja Bersiong tetapi khidmatnya dibalas dengan nyawa adiknya.
Akhirnya Menteri tersebut bernekad untuk melawan kejahatan Raja
Bersiong. Suatu hari, ketika raja bersiong pergi memburu dengan anjing-anjing
buruannya. Menteri tersebut menjalankan rancangan yang telah dirancang
olehnya. Oleh disebabkan Menteri tersebut adalah orang yang berpengaruh dan
terkenal dalam kalangan orang istana, rancangan beliau telah mendapat
sokongan dari menteri-menteri yang lain dan tentera Raja bersiong. Mereka
RAJA BERSIONG?

beramai-ramai pergi ketempat Raja Bersiong memburu dan mengepung Raja


Bersiong. Raja Bersiong mengarahkan untuk pengawalnya mempertahakan
beliau. Namun, tiada seorang yang memihak kepadanya. Akhirnya, baginda mula
berasa takut dan terus melarikan diri ke dalam hutan yang tebal itu dan sempat
untuk cabut gigi taringnya itu di Baling, Kedah. Kemudian Raja Bersiong berlari
sehingga ke Negeri Perak dan berehat dan akhirnya meninggal di Kota Raja
Bersiong, Ijor ketika menjadi pelarian ketika diburu oleh rakyatnya sendiri.

Anda mungkin juga menyukai