Anda di halaman 1dari 1

Skrip ini meceritakan tentang seorang tukang masak Raja Bersiong, Terhiris jarinya

ketika hendak menyiapkan masakan dan darahnya tertumpah kedalam masakkannya. Oleh
kerana dia takut dengan kehadiran Raja Bersiong yang sudah tiba di istananya. Niat tukang
masak untuk memasak semula terbatal apabila dia terbayang sikap kejam Raja bersiong yang
akan menghukumnya sekiranya santapannya dihidangkan dengan lambat. Tukang masak itu
terpaksa menghidangkan masakkannya yang bercampur dengan darah kepada Raja Bersiong.
Setelah Raja Bersiong hampir kekenyangan, baginda merasakan makananya rasa lebih sedap
daripada hari-hari sebelumnya. Baginda segera menyoal Tukang masaknya sekiranya ada bahan
asing yang diletakkannya dalam masakkannya. Tanpa berdolak dalih Tukang masaknya
berterus-terang tentang apa yang telah berlaku. Raja bersiong mengarahkan agar Tukang
masaknya untuk terus meletakkan lebih banyak darah daripada musuh-musuh baginda yang
ditangkap dan dikurung di dalam penjara pada setiap hidangan yang akan disantapnya pada
hari-hari seterusnya.
Bermula hari itu Raja Bersiong menjadi ketagih untuk meminum darah daripada
sejenusnya sendiri sehinggakan semua orang tahanan di istana habis dibunuh untuk memenuhi
kehendaknya. Setelah mengetahui bekalan untuk mendapatkan darah tidak mencukupi, Raja
bersiong mengarahkan pengawal-pengawalnya untuk menculik budak-budak tidak bersalah
untuk dijadikan korban sehinggakan gigi-gigi siongnya bertambah Panjang setelah meminum
banyak darah. Suatu hari, tukang masak yang rasa bertanggungjawab atas sikap Raja Bersiong
yang tiada sikap berperikemanusiaan, bercadang untuk menamatkan riwayat Raja Bersiong
dengan meracun makanannya. Namun, rancangannya telah gagal apabila makananya berisi
racun itu tertumpah dan anjingnya mati apabila memakan makananya. Hayat tukang masak itu
berakhir setelah disiksa untuk memberitahu kebenarannya oleh Raja Bersiong. Berita
keberanian tukang masak itu, telah tersebar dalam Kalangan penduduk Lembah Bujang. Selepas
itu, Ramai yang cuba menentang Raja Bersionhg termasuklah golongan nelayan.
Pada suatu hari, sekumpulan nelayan cuba menyerang Raja Bersiong. Namun usaha
mereka gagal setelah dibunuh oleh pengawal raja dan salah seorang menjadi korban dan
serangan tersebut adalah adik kepada Menteri Raja Bersiong. Menteri tersebut berasa sedih,
marah dan bernekad untuk melawan kejahatan Raja bersiong apabila beliau mengetahui
kesetiaanya telah dikhianati dengan nyawa adiknya. Oleh disebabkan Menteri itu merupakan
seorang Menteri yang berpengaruh, rancangan beliau telah mendapat sokonga dari Menteri-
menteri lain dan tentera Raja Bersiong sendiri. Mereka beramai-ramai pergi ketempat Bersiong
memburu dan mengepung Raja Bersiong. Akhirnya baginda mula berasa takur dan terus
melarikan diri ke dalam hutan tebal itu dan sempat cabut gigi taringnya itu di Baling,Kedah.
Kemudian Raja Bersiong berlari sehingga ke Negeri Perak dan berehat dan akhirnya meninggal
di Kota Raaja bersiong, Ijor ketika menjadi pelarian ketika diburu ole

Anda mungkin juga menyukai