Anda di halaman 1dari 2

Pekerja yang bodoh

Di sebuah kampung, ada seorang pedagang yang kaya dan kedekut. Dia juga
mempunyai seorang hamba sebagai pekerjanya. Pada suatu hari, peniaga itu
memanggil hambanya. Abu, engkau pergi ke ladang pokok kelapa dan tebang pokok
kelapa seperti pekerja-pekerja yang lain, katanya kepada hambanya.
Dia pun membawa kereta lembunya ke ladang pokok kelapa. Di sana beberapa
orang pekerja sedang menebang pokok dengan menggunakan kapak dan beberapa
orang lagi cuba meletakkan pokok yang ditumbang ke dalam kereta lembu.
kenapa semua orang bodoh seperti ini, kalau letak kereta lembu di bawah
tempat pokok kelapa dijatuhkan, dapatlah senangkan kerja kita , katanya Abu. Dia juga
memilih pokok yang tinggi dan ingin menebang di depan pekerja-pekerja yang lain
untuk membuktikan kepintarannya. Dia pun bermula menebang pokok yang dipilihnya
dengan

menggunakan

kapak.

Setelah

menebang

setengah

pokok,

dia

pun

mengerakkan kereta lembunya di bawah tempat yang pokok akan dijatuhkan. Pekerjapekerja yang lain pun berasa hairan dengan perlakuan Abu.
Selepas beberapa minit pokok yang ditebang oleh Abu telah jatuh terhempas ke
atas kereta lembunya. Maka, kereta lembu pun terderai lalu lembu juga menjadi
mangsa. Dia pun terkejut dan tidak dapat mencari kesilapan yang dilakukannya. saya
dapat menebang pokok dengan betul, kereta lembulah yang tidak kuat, ingatlah Abu

dalam hatinya. Setelah balik ke rumah majikannya, Abu lalu menceritakan perkara yang
telah telah berlaku. aduhai, engkau ini kenapa bodoh seperti ini, pedagang pun
memarahi dan menyesal tentang hambanya.
Beberapa bulan kemudian, kampung itu telah mengalami situasi kehabisan
minyak tanah. Pedagang itu telah merancang untuk menyembunyikan 25 tong minyak
tanah yang ada padanya supaya dapat keuntungan. Lalu dia memanggil Abu dan
mengarahkan dia untuk memindahkan kesemua tong minyak tanah dalam kedainya ke
kebun serta mengarahkanya untuk menanam minyak tanah dalam tanah kebunnya.
Abu juga mengikuti arahan majikannya. Dia menggali lubang yang besar dan
mengguling setiap tong minyak tanah ke tempat menggali lubang. Dia juga
menuangkan minyak tanah dalam tong ke dalam lubang yang digali. Setelah habis
menuang minyak, Abu telah berfikir nak buat apa dengan semua tong ini, dalam
hatinya. Lalu Abu mengejutkan majikannya dari ketiduran, tuan tak kata apa nak buat
dengan tong ini, tanya kepada majikannya. Pedagang pun telah memahami perbuatan
hambanya dan lalu menghalau keluar Abu dari rumahnya.

Anda mungkin juga menyukai