Anda di halaman 1dari 128

Siri Hindari Amalan Khurafat

Akibat
Membela
Toyol

Nir Shahmir

© PUSTAKA EWAN
PUSTAKA EWAN
57-1, Jalan Pendidikan 3,
Taman Universiti,
81300 Skudai,
Johor Bahru, Johor.
Tel.: 019-3817468

© PUSTAKA EWAN
Cetakan Pertama 2013

Semua hak cipta terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku


ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang
boleh dipergunakan lagi atau diubah suai dalam sebarang
bentuk atau cara, sama ada secara elektronik, mekanikal,
penggambaran semula, perakaman atau sebaliknya tanpa
mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada
PUSTAKA EWAN.

Perpustakaan Data Pengkatalogan


Negara Malaysia -dalam-Penerbitan

Nir Shahmir
Akibat membela toyol / Nir Shahmir.
(Siri hindari amalan khurafat)
ISBN 978-967-377-045-8 (set)
ISBN 978-967-377-046-5
1. Malay fiction. I. Judul. II. Siri.
899.2333


KANDUNGAN

1. Lelaki Pemalas--------------------------------------- 5

2. Bertindak Nekad---------------------------------- 18

3. Mimpi Din Bajur------------------------------------- 32

4. Mencari Toyol---------------------------------------- 46

5. Helah Din Bajur------------------------------------ 60

6. Rancangan Bermula----------------------------- 73

7. Malam Debaran------------------------------------- 86

8. Tuntut Habuan---------------------------------------- 100

9. Rahsia Terbongkar------------------------------ 114



BAB : 1

Lelaki Pemalas

P
agi itu suasana tenang dan cuaca menyenang-
kan. Matahari pula mula memancarkan cahaya ke
serata alam. Bagaimanapun, wajah perempuan
yang berusia 31 tahun itu tidak ceria dan menyenang-
kan. Sebaliknya, masam sahaja. Pada saat itu dia sedang
memikirkan banyak masalah yang melanda keluarganya
yang dianggap serba kekurangan dan dalam keadaan
terdesak.
Apabila melihatkan suaminya keluar dari bilik air
dan terus duduk di atas kusyen di ruang tamu, perem-
puan itu lalu berkata, “Bang! Barang-barang keperluan
di rumah kita banyak sudah habis. Abang kena beli
beras, gula, cili, dan garam. Kalau tidak, tidak ada apa-
apa yang Maimon boleh memasak.”
“Takkan habis langsung, Maimon? Sekarang ini


mana abang ada wang hendak membelinya!” jawab
suami Maimon dengan wajah masam.
“Tapi, abang kena usahakan juga. Takkan abang
tidak mahu membuat sebarang kerja yang boleh menda-
patkan wang?” tanya Maimon dengan wajah serius.
“Kerja apa yang kamu maksudkan, Maimon? Beri-
tahu abang?” tanya Din Bajur dengan suara agak keras
sedikit.
“Macam-macam pekerjaan abang boleh lakukan.
Menebas kebun orang, menjadi tukang cuci kereta atau-
pun kerja membina rumah di kawasan perumahan yang
baru,” jelas Maimon memberikan pendapat.
Wajah Din Bajur semakin masam apabila men-
dengarkan kata-kata itu. Dia berasa kurang senang
kerana isterinya sendiri cuba mengajarnya dalam soal
mencari pekerjaan dan juga wang. Namun ketika itu lelaki
yang berusia 38 tahun itu tidak dapat berkata apa-apa.
Dia merasakan, apa sahaja pekerjaan yang dilakukannya
di masa-masa lalu seperti tidak kena sahaja.
“Abang, Walaupun susah dan payah, abang kena
buat kerja juga! Hanya itu saja jalan untuk abang menda-
patkan wang. Kalau tidak, anak-anak kita tidak makan.
Mereka boleh kelaparan. Sanggupkah abang melihat
anak-anak abang macam itu?” tanya Maimon dengan
tegasnya.


Ketika itu Din Bajur merasakan dirinya tercabar
oleh desakan isterinya. Sebagai suami tentu dia berasa
malu. Dengan keras dia berkata, “Hei, Maimon! Kamu
jangan terlalu memaksa abang. Bukan semua kerja se-
suai dengan abang!”
“Abang tidak boleh terlalu memilih pekerjaan. Buat
apa saja kerja yang baik, asalkan boleh mendapatkan
wang yang halal,” Maimon cuba memberanikan diri me-
nasihati suaminya yang mempunyai sifat malas dan ter-
lalu memilih pekerjaan.
Din Bajur tidak mahu lagi bertengkar dengan
isterinya. Dia terasa malu kalau didengar oleh jiran-
jiran. Nanti mereka akan mengata, dia suami yang tidak
bertanggungjawab dan tidak pandai mencari wang se-
hingga anak-anak dan keluarganya sampai kebuluran
kerana tidak makan.
Setelah berfikir sejenak, Din Bajur membuat
keputusan watak pergi meninggalkan rumah. Dia sedang
memikirkan, apakah pekerjaan yang hendak dilakukan-
nya nanti?
Semasa menunggang motosikalnya yang sudah
buruk, dibelinya dengan harga dua ratus ringgit, Din
Bajur memikirkan, di manakah dia boleh mendapat
pekerjaan?
“Siapakah yang sanggup menerima aku bekerja


dengan mereka?” tanya Din Bajur kepada dirinya.
Ketika itu ada juga niat dalam hati Din Bajur hendak
melakukan kerja-kerja yang menyalahi undang-undang.
seperti mencuri, menyamun dan juga menjadi peragut.
Namun, dia bimbang juga kalau dia akan tangkap. Pasti
dia akan merengkuk di dalam penjara beberapa tahun
lamanya.
“Aku tidak sanggup menerima nasib seperti ini,”
kata Din Bajur dalam hati. Dia sedar kalau dia telah men-
jadi banduan pasti seluruh penduduk kampung akan
menghina dirinya.
Dia pernah membaca suatu berita dalam sebuah
akhbar tempatan, seorang pemuda telah menyamun
beg duit seorang wanita. Akibat perbuatannya itu,
orang ramai telah menangkapnya. Dia tentu tidak mahu
menerima nasib seperti itu.
Semasa merayau dari satu tempat ke satu tempat,
Din Bajur ternampak sebuah kilang papan. Dia berfikir
mungkin dia boleh mendapat pekerjaan di situ, walau-
pun sebagai pengangkat kayu.
“Tentu pengurus kilang akan menerima aku bekerja
di situ,” kata Din Bajur dengan penuh harapan.
Ternyata harapan Din Bajur tidak mengecewakan.
Setelah dia bertemu pengurus kilang dan menyatakan
keinginannya, pengurus itu sedia menerimanya bekerja


di kilang papan itu. Kebetulan pihak kilang memerlu-
kan beberapa orang pekerja baru untuk meningkatkan
pengeluaran syarikat.
Sungguh senang hati Din Bajur kerana dirinya di-
terima bekerja. Dia mengharapkan akan bekerja tetap
di situ sehingga bersara. Kali ini dia betul-betul hendak
menjadi pekerja yang baik dan menyenangkan hati pihak
majikan.
Tiba-tiba, dia mendengar pengurus kilang itu ber-
kata, “Saya mahu kamu bekerja dengan baik. Jangan
melakukan banyak kesalahan sehingga kamu menerima
tindakan disiplin dan dibuang kerja.”
Din Bajur menarik nafas mendengarkan kata-kata
itu. Dia berasa tidak sedap hati, namun dia cuba men-
tenteramkan perasaannya. Beberapa minit kemudian,
Din Bajur mula membuat pekerjaannya. Dia disuruh
mengangkat kayu-kayu dan papan yang sudah diproses
untuk disusunkan di suatu tempat.
Oleh sebab sudah terlalu lama Din Bajur tidak
membuat pekerjaan yang berat membuatkan dia terasa
susah semasa melakukannya. Namun, dia tetap melaku-
kannya juga kerana tidak mahu pengurus kilang
menganggap dia seorang yang pemalas.
Hari itu Din Bajur mampu melakukan kerja-kerja-
nya itu sehingga pukul lima petang. Dia pulang dengan


senang hati kerana dia boleh berehat setelah berada di
rumah nanti.
Maimon berasa lega dan senang hati kerana
suaminya telah bekerja. Dia mengharapkan selepas ini
tentu keluarganya boleh hidup senang sedikit kerana se-
tiap bulan suaminya akan mendapat bayaran gaji tetap.
Namun pada keesokan harinya, Din Bajur terasa
seluruh badannya sakit-sakit. Malah, dia hendak bangkit
dari tempat tidurnya juga susah. Dia merasakan ping-
gangnya bagaikan hendak patah.
Tidak lama selepas itu dia mendengar isterinya
bertanya, “Abang! Pagi ini abang tidak pergi bekerja?
Bukankah hari sudah semakin siang?”
Din Bajur susah hati memikirkan kata-kata isterinya
lalu dia menjawab, “Badan abang sakit-sakit dan abang
rasa pinggang abang macam hendak patah, Maimon.
Mungkin abang tidak boleh pergi kerja hari ini.”
Maimon terperanjat dan berasa tidak sedap hati.
Dia berkata, “Mana boleh macam itu, bang? Abang baru
bekerja sehari. Tentu pengurus tempat abang bekerja
akan marah!”
“Tapi, kalau keadaan abang macam ini, takkan
abang boleh melakukan pekerjaan, Maimon. Di kilang
itu abang kena mengangkat kayu dan papan. Semuanya
berat!” kata Din Bajur berterus terang.


“Kalau begitu, abang kena beritahu pengurus ki-
lang akan hal ini. Abang tidak boleh berdiam diri saja.
Tentu pengurus itu menyangka abang malas hendak
bekerja lagi. Saya bimbang abang boleh di buang kerja,”
jelas Maimon menyatakan kebimbangannya. Kini, hara-
pannya hendak melihat hidup keluarganya akan berubah
menjadi senang sedikit bagaikan hampir musnah.
Tetapi, Din Bajur tidak dapat melakukan saranan
isterinya itu kerana badannya sakit-sakit serta ping-
gangnya seperti hendak patah. Dia terus baring di tem-
pat tidurnya. Dia merasa malas serta payah dia hendak
bangkit.
Maimon semakin susah hati memikirkannya. Ketika
itu dia hanya mampu merebus pisang abu untuk men-
jadi sarapan pagi untuk anak-anak dan keluarganya. Dia
tidak sanggup membiarkan anak-anaknya kelaparan.
“Apalah nasib aku dan anak-anak?” kata Maimon
dalam hati dengan wajah sedih.
Ketika itu, Maimon terfikir tidak akan setiap hari
anak-anaknya terpaksa makan pisang rebus. Walaupun
boleh mengenyangkan, namun pasti menjemukan.
Pada hari kedua juga, Din Bajur tidak dapat pergi
bekerja. Badannya masih sakit-sakit dan kesakitan ping-
gangnya masih belum reda. Oleh sebab itu, Din Bajur
terus berbaring dan berehat di tempat tidurnya. Untuk


menghilangkan rasa bosannya, sesekali dia bangkit dan
pergi duduk berehat sejenak di kusyen di ruang tamu.
Keadaan suaminya itu benar-benar membimbang-
kan Maimon. Dia tidak dapat berkata apa-apa lagi. Tidak
mungkin dia sanggup memaksa suaminya pergi be-
kerja dalam keadaan sedemikian rupa. Bagaimanapun,
ibu kepada lima orang anak itu berharap semoga esok
suaminya mampu bekerja.
Disebabkan di rumahnya tidak ada lagi beras un-
tuk dimasak, Maimon terpaksa meminjam sedikit beras
daripada seorang jirannya. Malah, dia turut meminjam
sedikit garam dan cili.
“Kalau ada wang, saya akan ganti semula barang-
barang yang saya pinjam ini,” kata Maimon kepada jiran-
nya itu.
Jiran itu pula benar-benar berasa simpati. Dia
merasa jika suami Maimon rajin bekerja tentu ahli ke-
luarganya tidak hidup susah dan serba kekurangan.
Bagaimanapun, dia tidak berani menasihati Din
Bajur dalam perkara itu.
Kesusahan hidup isteri dan anak-anak Din Bajur
turut mendapat simpati daripada seorang anak lelaki
jiran itu. Namanya, Fakhrul. Pelajar tingkatan empat. Dia
juga tahu akan sifat buruk yang ada dalam diri lelaki ber-
nama Din Bajur itu.


“Ingat! Kalau sesiapa hendak hidup senang dan
menjadi orang yang berjaya mestilah rajin. Jika malas
pasti selama-lamanya akan hidup susah dan menderi-
ta!”
Fakhrul ingat lagi kata-kata guru kelasnya. Tujuan
guru itu berkata sedemikian kerana tidak mahu semua
pelajarnya mempunyai sifat malas di dalam diri. Bagi-
nya, pelajar seperti itu bukan sahaja akan merugikan diri
sendiri. Malah, boleh menyusahkan ibu bapa, masyarakat
ramai dan juga negara.
Kadang kala Fakhrul berasa kesal dan geram
kerana melihat lelaki yang dipanggilnya abang Din itu
sanggup duduk berjam-jam lamanya di warung kopi
dengan hanya meminum secawan kopi.
“Ini semua hanya membuang masa saja. Kalau
Abang Din buat kerja-kerja yang berguna tentu isteri
dan anak-anaknya pasti boleh menjadi senang,” kata
pemuda itu dalam hati. Dia tidak mahu melihat isteri
jirannya itu asyik mengharapkan belas kasihan daripada
orang lain.
Pada pagi itu, Fakhrul melihat jirannya itu menung-
gang motosikal menuju ke suatu arah. Fakhrul tidak
berani menegur, dia hanya memandang sahaja. Dia
yakin, Abang Din hendak mencari ataupun melakukan
sesuatu pekerjaan.


Sebenarnya, ketika itu Din Bajur hendak ke kilang
papan itu. Dia mahu melakukan pekerjaannya untuk hari
kedua. Hari itu, Din Bajur merasakan keadaan dirinya
agak sihat sedikit.
Namun apabila masuk ke kawasan kilang, Din Bajur
berasa tidak sedap hati kerana dia melihat wajah
pengurus kilang masam sahaja. Din Bajur tahu pengu-
rus itu sedang marah dan dia mesti menjelaskan sebab-
sebab dia tidak datang bekerja selama dua hari.
Namun, alasan yang diberikan tidak dapat diteri-
ma oleh pengurus kilang itu. Dia berkata, “Kalau kamu
sakit, kenapa kamu tidak beritahu saya lebih awal. Hari
ini kamu datang, adakah kamu bawa surat pengesahan
doktor?”
Din Bajur tidak dapat menjawab kerana dia tidak
pergi membuat pemeriksaan doktor di klinik ataupun di
hospital. Oleh sebab itu, dia tidak dapat menunjukkan
sebarang surat.
“Kalau macam ini, saya anggap kamu tidak ada ke-
sungguhan hendak bekerja di kilang ini. Baru satu hari
bekerja kamu tidak datang lagi. Kamu kata kamu sakit,
tapi tidak ada sebarang bukti pengesahan,” kata pengu-
rus kilang dengan wajah serius.
Din Bajur berasa sedih, kesal dan geram apabila
dia mendapat tahu, pihak pengurusan kilang tidak lagi


memerlukan dirinya di situ. Dia diberhentikan kerja pada
hari itu juga.
Dalam keadaan lemah serta tidak bersemangat
Din Bajur terpaksa pulang dengan wajah sugul. Dia tidak
menduga nasibnya amat malang dan buruk. Timbul juga
perasaan marah dan dendam dalam hati Din Bajur
kerana dirinya dibuang kerja tanpa diberikan peluang
untuk kali kedua.
Setelah meninggalkan kawasan kilang, Din Ba-
jur tidak terus pulang. Sebaliknya, dia menunggang
motosikal terus menuju ke warung Pak Talib yang selalu
dikunjunginya. Sepanjang perjalanan wajahnya masam
dan serius. Seolah-olah tidak ada kegembiraan dalam
hatinya ketika itu.
“Kenapa kamu masam saja, Din? Tentu kamu ada
masalah?” tanya Pak Talib berasa sangsi. Dia meletak-
kan secawan kopi yang dipesankan oleh pelanggannya
itu di atas meja.
“Saya di buang kerja di kilang papan, Pak Talib,”
beritahu Din Bajur sedih.
“Eh, bila kamu bekerja? Tiba-tiba kena buang
pula?” tanya peniaga warung itu kehairanan. Dia me-
mandang muka pelanggannya itu dalam-dalam.
“Saya mula bekerja hari Isnin, Pak Talib. Hari Selasa
dan Rabu, badan saya sakit-sakit. Saya ambil cuti. Hari


ini bila saya hendak pergi bekerja, pihak kilang berhen-
tikan saya. Geram hati saya dibuatnya,” jelas Din Bajur
sambil melepaskan sebuah keluhan berat.
Pak Talib telah mengetahui perkara sebenarnya.
Dia merasakan Din Bajur memang patut dibuang kerja
kerana dua hari tidak hadir dan tidak memberitahu pihak
majikan sebab-sebabnya. Pada pendapatnya, Din Bajur
terlalu mengambil mudah dalam soal mengikuti pera-
turan ataupun undang-undang bekerja di kilang ataupun
mana-mana syarikat.
“Kalau dia bekerja di warung aku ini, mungkin aku
boleh maafkan,” kata Pak Talib dalam hati.
Ketika itu Fakhrul turut berada dalam warung
bersama seorang kawannya, Ikhram. Sambil menikmati
makanan dia mendengar apa yang dikatakan oleh jiran
keluarganya itu. Dia berasa simpati.
“Susah betul Pak Din hendak hidup senang. Ada
saja masalah yang dihadapinya,” kata Fakhrul perlahan-
lahan kepada kawannya itu.
Ikhram turut berasa simpati, namun dia tidak ber-
kata apa-apa. Baginya, mungkin pada masa itu Pak Din
Bajur sedang menghadapi ujian Tuhan.
Ketika itu ada sesuatu yang hendak ditanyakan
oleh Fakhrul kepada lelaki yang dianggap bernasib


malang itu. Bagaimanapun, dia tidak berani kerana
bimbang Din Bajur akan marah pula. Mungkin lelaki itu
akan mengatakan, dia penyibuk pula kerana hendak
mengetahui masalah yang sedang dihadapi oleh orang
lain.
Setelah Din Bajur pulang rumah, isterinya turut be-
rasa sedih, kesal serta kecewa apabila mengetahui apa
yang berlaku. Maimon merasa, bertimpa-timpa malang
melanda keluarganya.
“Abang! Jangan berputus asa. Tentu abang boleh
mencari pekerjaan di tempat lain. Maimon yakin, ada
orang memerlukan tenaga abang di syarikat mereka,”
kata Maimon berharap. Wajahnya amat sedih pada masa
itu.
Din Bajur menunduk lemah memikirkan kata-kata
isterinya. Pada masa itu dia merasakan hidup ini terlalu
sukar dan penuh dengan ujian serta cabaran.


BAB : 2

Bertindak Nekad

S
udah empat jenis pekerjaan yang telah dilakukan
olehnya, namun tidak ada yang kekal. Malah, tidak
menyenangkan. Mulanya, sebagai pekerja di kilang
papan. Oleh sebab dua hari berturut-turut tidak hadir
bekerja kerana badannya sakit-sakit dan tidak mem-
punyai surat pengesahan doktor, pihak majikan telah
membuangnya serta merta.
Setelah itu, dia dapat bekerja pula di syarikat men-
cuci kereta. Namun, tidak kekal juga kerana hanya dua
hari sahaja dia boleh bertahan. Keadaan ini berlaku
kerana dia cuba bekerja dengan bersungguh-sungguh
kerana mahu menjadi pekerja yang baik dan menye-
nangkan hati majikan.
Bagaimanapun, dia tidak berpuas hati kerana
pihak majikan mungkir janji kerana bayaran upah yang


diharapkannya tidak seperti yang dijanjikan. Dia telah
bertengkar dengan pengurus syarikat mengenai per-
kara itu hingga dia terpaksa membuat keputusan nekad
tidak mahu bekerja lagi sebagai pencuci kereta.
Tanpa berputus asa dia berusaha mencari peker-
jaan lain pula. Atas kesungguhannya mencari, dia berpe-
luang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah
syarikat berkaitan. Dengan bersenjatakan sebatang cota
dia ditugaskan menjaga sebuah gudang penuh dengan
getah-getah keping.
Tanpa diduga, pada suatu malam datang sekum-
pulan lelaki cuba merompak gudang getah itu. Mereka
datang dengan membawa sebuah lori kecil. Oleh sebab
bimbangkan keselamatan diri, dia segera menghubungi
pihak polis. Setelah itu dia segera melarikan diri kerana
bimbang dirinya akan dicederakan oleh kumpulan
perompak itu.
Keesokannya, dia tidak datang lagi pergi men-
jalankan tugas sebagai pengawal keselamatan. Fikirnya,
lebih baik dia berhenti bekerja daripada nyawanya
terancam. Dia sedar bukan senang hendak menjaga
barang-barang berharga yang terlalu banyak. Kumpu-
lan perompak sentiasa mahu merompaknya.
Tanpa lemah semangat, dia cuba mencari peker-
jaan lain. Atas kesungguhannya, dia diterima bekerja


di sebuah restoran. Bukan sebagai pekerja pembantu,
tetapi menjadi pembuat roti canai. Disebabkan tidak
tahu membuatnya, dia telah diajar dan dilatihkan oleh
seorang pekerja selama sehari suntuk. Gaji yang dita-
warkan agak lumayan. Tiga puluh ringgit sehari.
Dia merasakan gaji yang diterimanya agak lumayan
dan jika dia kekal bekerja di restoran itu pasti hidup ke-
luarganya boleh menjadi senang. Apabila habis bekerja
dia boleh membawa pulang lebihan makanan untuk di-
makan anak-anak dan isterinya.
Bagaimanapun, setelah dua hari bekerja sebagai
pembuat roti canai dia berasa seperti terseksa pula. Hal
ini kerana selama sehari suntuk bekerja, dia terpaksa
membuat lebih lima ratus keping roti canai. Selama dua
hari ini, dia telah membuat roti canai sebanyak lebih
seribu keping.
Pada hari ketiga semasa hendak pergi bekerja
seperti biasa, dia terasa kedua-dua tangannya sakit-
sakit. Malah, kadangkala dia terasa macam hendak ter-
cabut pula daripada badan. Oleh sebab itu dia terpaksa
meminta cuti rehat selama sehari.
Keesokan harinya, kedua-dua tangannya masih
sakit lagi. Tentu dia tidak mampu menebar dan membuat
roti canai sebanyak lima ratus keping. Mungkin lima pu-
luh keping pun dia juga tidak mampu melakukannya.


Melihatkan keadaan pekerjanya itu, pengurus
restoran berasa kurang senang. Pada hari itu juga dia
membuat keputusan memberhentikan lelaki yang baru
bekerja selama dua hari di restoran itu. Pengurus itu
yakin dia boleh mendapat pembuat roti canai yang lebih
baik dan berpengalaman.
Dengan wajah sugul, dia terpaksa pulang dengan
perasaan hampa serta kesal. Kini, dia tidak pasti di
manakah lagi dia boleh meminta pekerjaan yang tidak
terlalu membebankan dirinya?
“Din! Kenapa kamu hari ini? Saya lihat kamu sugul
saja seperti sedang menghadapi masalah amat berat?”
tanya Pak Talib kepada pelanggan yang baru masuk
warungnya.
Din Bajur terpaksa memberitahunya. Peniaga
warung itu berasa simpati setelah mengetahui hal yang
sebenar. Dia sedar pelanggannya itu selalu tidak ber-
nasib baik dalam soal pekerjaan. Selalu sahaja tidak
kekal. Ada sahaja masalah yang timbul.
Pak Talib pula tidak mampu hendak mengambil
lelaki itu bekerja sebagai pembantu di warungnya itu
kerana perniagaan yang dilakukannya secara kecil-
kecilan sahaja.
Apabila melihat Din Bajur hendak beredar mening-
galkan warungnya itu, Pak Talib tiba-tiba bertanya, “Ke


mana kamu hendak cari kerja lagi, Din?”
“Saya pun tidak tahu, Pak Talib,” kata Din Bajur
dengan suara lemah bagaikan tidak ada semangat.
Setelah berada di rumah, Din Bajur asyik ter-
menung sahaja memikirkan nasib dirinya. Ketika itu dia
merasakan dirinya malang lebih teruk daripada nasib
Lebai Malang yang tersebut dalam cerita-cerita rakyat
yang terkenal itu.
Isteri Din Bajur juga tidak dapat berkata apa-
apa lagi memikirkan keadaan diri suaminya. Dia se-
dar, suaminya seperti tidak serasi dengan semua jenis
pekerjaan.
“Suami aku ada tuah, tapi mungkin tidak ada na-
sib,” kata Maimon dalam hati.
Apabila isterinya bertanyakan tentang peker-
jaan yang hendak dicari selepas ini, Din Bajur berkata,
“Jangan bertanya tentang itu, Maimon. Hari ini abang
benar-benar hendak berehat. Jangan cuba membenak-
kan fikiran abang!”
Maimon terpaksa akur. Dia tidak mahu melihat
suaminya marah-marah. Hari itu dia merancang me-
masak nasi berlaukkan jantung pisang masak lemak.
Dua biji telur ayam pemberian jirannya petang semalam
akan digoreng menjadi telur dadar.


Bagi Maimon, semua makanan itu amat berselera
untuk anak-anak serta keluarganya. Ketika itu, dia tidak
mempunyai pilihan lain kerana sudah agak lama suami-
nya sebagai ketua keluarga tidak memberinya wang un-
tuk membeli barang-barang keperluan untuk dimasak.
Tidak lama selepas itu, Din Bajur melihat isterinya
melangkah ke ruang dapur. Dia tahu apa yang hendak
dilakukan oleh isterinya ketika itu. Dia pula masih duduk
termenung di ruang tamu.
Apabila terasa bosan duduk di kusyen, Din Bajur
pergi merehatkan diri, berbaring di atas lantai beralas-
kan tikar mengkuang. Fikirannya benar-benar bingung
ketika itu.
Disebabkan fikirannya bertambah bingung, Din
Bajur membuat keputusan pergi meninggalkan rumah.
Ketika itu dia merasakan keadaan di dalam rumahnya
seperti neraka. Panas dan panas. Boleh membakar
otaknya.
“Kalau di luar rumah mungkin fikiran aku boleh
aman sedikit,” kata Din Bajur kepada dirinya.
Tidak lama selepas itu, Din Bajur betul-betul pergi
meninggalkan rumah. Isterinya tidak dapat mengha-
langnya. Malah, pada saat itu Maimon sebagai isteri
mengharapkan suaminya mempunyai rancangan untuk
mencari pekerjaan lain.


Dia percaya kali ini ada tuah suaminya.
Dengan menunggang motosikal buruk, Din Bajur
merayau-rayau ke beberapa tempat dalam kampung itu.
Bagaimanapun, dia tidak pasti ke manakah tujuannya
yang sebenar?
“Aku tidak boleh ke warung Pak Talib. Aku rasa malu
kerana dia selalu bertanya, adakah aku sudah mendapat
pekerjaan yang baru?” kata Din Bajur kepada dirinya.
Semasa menunggang motosikal di suatu kawasan
sunyi dan terpencil, Din Bajur terfikirkan sesuatu. Kali ini
dia merasakan terpaksa melakukan sesuatu yang diang-
gap menyalahi undang-undang dan pasti dibenci dan
menjadi kemarahan orang ramai.
“Aku tidak ada cara lain lagi,” kata Din Bajur dalam
hati. Dia sedar akibat buruk perbuatan yang akan dilaku-
kannya nanti.
Keputusan Din Bajur sudah muktamad. Ketika itu
dia sedang terfikirkan diri seseorang. Dia yakin kalau dia
berani melakukannya pasti akan menghasilkan sesuatu
yang menguntongkan.
Tanpa berlengah lagi, Din Bajur segera menung-
gang motosikal ke suatu arah. Dia merancang hendak
ke sebuah rumah batu, kira-kira seratus meter dari
kawasan sunyi itu.


Sebenarnya, rumah batu itu dihuni oleh sepasang
suami isteri yang sudah tua. Pemilik rumah itu seorang
pesara guru. Dengan wang pencen yang diterimanya
semasa bersara telah digunakan untuk membina rumah
yang agak besar dan cantik itu.
Ketika itu Din Bajur terfikir, pasti pesara guru itu
banyak menyimpan wang di dalam rumah.
“Sekurang-kurangnya seribu ringgit,” kata Din
Bajur di dalam hati.
Bagi Din Bajur, kalau dia memperoleh wang seba-
nyak itu memang mewah dia dalam beberapa hari.
Malah, dia boleh membeli pelbagai jenis makanan untuk
ahli keluarganya.
“Apa yang aku lakukan ini satu kesalahan besar.
Tapi, aku terpaksa melakukannya kerana aku dan ke-
luarga betul-betul terdesak,” kata Din Bajur dengan wa-
jah hampa serta kesal.
Sedang leka memikirkan perkara itu, Din Bajur me-
lihat dia telah sampai di rumah batu yang ditujui. Dia
mendapati keadaan rumah baru itu senyap dan sunyi
sahaja. Seperti tiada orang yang tinggal.
“Pasti ada orang di dalam,” kata Din Bajur yakin.
Tanpa berlengah lagi, Din Bajur menghampiri pintu
rumah. Ketika itu dia telah memegang sehelai sapu


tangan untuk menutup sebahagian mukanya kerana
tidak mahu dirinya dikenali.
Setelah berdiam sejenak, Din Bajur mengetuk pin-
tu. Bagaimanapun, tiada sebarang suara bertanya dari
di dalam rumah.
Din Bajur tidak berputus asa. Dia mengetuk sekali
lagi. Tiba-tiba, dia terdengar suara orang bertanya,
“Siapa yang datang?”
Din Bajur berasa senang hati. Dia tahu yang ber-
tanya itu ialah tuan rumah. Lelaki yang merupakan pe-
sara guru. Dalam diam-diam dia memikirkan pasti ran-
cangannya pada hari itu akan berhasil.
“Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke
pangkal lengan,” kata Din Bajur dalam hati. Dia sudah
nekad mahu melakukannya.
Din Bajur masih ingat apa yang ditanyakan oleh
tuan rumah. Dia lalu menjawab, “Saya datang kerana
hendak memberitahu sesuatu kepada tuan!”
“Apa yang kamu hendak beritahu? Katakanlah?”
desak tuan rumah. Dia belum lagi membuka pintu ru-
mah.
“Bukanlah pintu ini dahulu. Saya mahu tuan kenal
siapa saya,” jelas Din Bajur.


Tuan rumah itu tidak berasa sangsi. Dia segera
membuka daun pintu. Ketika itu, Din Bajur telah menu-
tup separuh mukanya dengan sapu tangan. Hanya mata
dan kepalanya terbuka.
Apabila pintu terbuka luas, Din Bajur segera masuk
ke dalam rumah dan menerpa kearah tuan rumah yang
sudah tua. Din Bajur berani bertindak seperti itu kerana
dia yakin, lelaki itu hanya tinggal berdua bersama
isterinya.
Lelaki tua itu terkejut besar dan dia cuba menjerit
meminta pertolongan. Namun, dia tidak dapat melaku-
kannya kerana lelaki yang menceroboh itu telah meme-
gangnya dengan kuat serta menutup mulutnya dengan
kain.
Isteri lelaki tua itu melihat apa yang berlaku.
Dengan perasaan cemas dia bertanya, “Siapa kamu?
Kenapa kamu berani menceroboh rumah kami?”
Din Bajur memandang perempuan tua itu. Oleh
sebab, dia bimbang perempuan tua itu akan menjerit
meminta pertolongan daripada penduduk-penduduk
kampung, Din Bajur segera memberikan amaran sambil
menghunus sebilah pisau ke leher lelaki tua, “Jangan
buat kecoh! Kalau rancangan saya gagal, suami mak cik
akan mendapat susah!”


Perempuan tua itu menjadi cemas dan bimbang.
Demi keselamatan suaminya dia berkata, “Jangan cede-
rakan suami saya. Ambillah apa yang kamu inginkan di
dalam rumah ini. Setelah itu segera pergi dari sini!”
“Cepatkan serahkan wang kepada saya. Kalau
boleh saya tidak mahu apa-apakan pak cik dan mak cik!”
jawab Din Bajur.
Perempuan tua itu hanya memikirkan nyawa di-
rinya bersama suami adalah lebih penting. Tanpa ber-
lengah lagi, dia mengambil wang kertas sebanyak seribu
ringgit lalu diserahkannya kepada lelaki yang menutup
separuh mukanya.
“Cepat pergi dari sini. Kalau tidak, penduduk-
penduduk kampung akan datang menangkap kamu,”
kata perempuan tua dengan tegas.
Din Bajur benar-benar berasa gembira. Setelah
menerima wang itu dia segera melepaskan mangsanya
dan cepat-cepat berlari meninggalkan tempat itu. Dia
mendapatkan motosikal buruk yang disoroknya di suatu
kawasan semak.
Kejayaan rancangan jahatnya itu menggembirakan
Din Bajur. Kini, dia tidak memikirkan lagi hendak men-
cari pekerjaan. Sebaliknya, dia merasakan menyamun
dan mencuri lebih memudahkannya untuk mendapatkan
wang.


“Aku tidak payah lagi membuat kerja-kerja berat
dan susah. Hari ini tidak sampai sejam, aku boleh dapat
wang seribu ringgit,” kata Din Bajur kepada dirinya.
Sejak itu, Din Bajur semakin seronok hendak
melakukan pekerjaan yang salah dan dianggap seba-
gai kes jenayah itu. Bagaimanapun dia sedar, pihak polis
sentiasa memburu sesiapa sahaja yang terlibat melaku-
kan kerja-kerja menyamun dan merompak. Begitu juga
mencuri dan meragut.
Setelah membeli beberapa jenis makanan, Din
Bajur segera membawanya pulang. Dia cuba menggem-
birakan isteri dan anak-anaknya dengan makanan-ma-
kanan yang dibelinya menggunakan wang yang haram.
“Bang! Banyak makanan ini? Mana abang dapat
wang membelinya?” tanya Maimon berasa sangsi.
Din Bajur tidak akan berterus terang. Dia akan
merahsiakan perkara itu. Untuk menyakinkan isterinya
dia berkata, “Abang tolong orang kampung buat kerja.
Tentulah mereka beri abang upah!”
“Kerja apa, bang?” Maimon seperti hendak me-
nyoal siasat pula.
Din Bajur berasa kurang senang lalu berkata,
“Makan saja makanan-makanan yang abang beli ini,
Maimon. Jangan banyak tanya pula!”


Air muka Maimon berubah mendengarkan kata-
kata itu. Dia berasa ragu-ragu dan yakin suaminya cuba
merahsiakan cara dia boleh mendapatkan wang yang
banyak.
Kemudian Maimon terdengar suaminya berkata
lagi, “Kamu patut bersyukur kerana hari ini abang mam-
pu membawa pulang banyak makanan. Tentu kamu dan
anak-anak kita tidak akan kelaparan. Tidak seperti di
hari-hari yang lalu.”
Ketika itu, Maimon mahu mengatakan, apa guna-
nya kalau mereka sentiasa mempunyai banyak maka-
nan, tetapi diperoleh secara haram. Malah, dia tahu ber-
dosa besar orang yang makan daripada hasil wang yang
diperoleh secara tidak sah seperti mencuri, menyamun
ataupun merompak.
Namun, Maimon tidak berani menjelaskan perkara
itu kepada suaminya. Dia yakin suaminya akan menjadi
marah pula nanti.
Dalam diam-diam, Maimon berdoa dalam hati. Dia
berharap kepada Tuhan agar suaminya tidak melaku-
kan pekerjaan yang tidak baik dan menyalahi uindang-
undang. Dia tidak sanggup makan makanan yang dibeli
daripada wang haram. Dia sedar akan akibatnya.


“Aku sanggup lapar daripada makan makanan
seperti itu,” kata Maimon kepada dirinya. Kemudian, dia
memandang anak-anaknya dengan perasaan sayu. Dia
mahu anak-anaknya makan makanan yang halal.


BAB : 3

Mimpi
Din Bajur

K
ira-kira dua minggu berlalu Din Bajur bergaya
seperti orang kaya. Dalam saku seluarnya sen-
tiasa ada wang. Tiada sesiapa pun mengetahui,
wang itu diperolehnya dengan menyamun seorang lelaki
tua, pesara guru.
Sejak mempunyai banyak wang, isteri dan anak-
anak Din Bajur tidak pernah kehabisan ataupun kekura-
ngan makanan. Kini, ahli keluarga penduduk kampung
itu tidak pernah berwajah muram ataupun susah hati.
Din Bajur juga kerap pergi ke bandar untuk ber-
hibur dan mencari keseronokan. Jika isterinya bertanya
Din Bajur mengatakan dia mahu mencari projek-projek
besar.
“Kalau nasib abang bertuah, kita sekeluarga boleh


menjadi kaya-raya,” kata Din Bajur untuk menyenangkan
hati isterinya.
Ternyata kata-kata itu sungguh menggembira-
kan Maimon. Dia percaya segala yang dikatakan oleh
suaminya. Dia tidak pernah terfikir kata-kata suaminya
hanya dusta dan cakap-cakap kosong.
Bagi Din Bajur, wang seribu ringgit agak banyak.
Namun, dia tidak sedar lama-kelamaan duit itu akan
habis juga.
Apabila hal ini betul-betul berlaku dan telah mem-
buatkan Din Bajur menjadi susah hati. Dia sedar jika
saku seluarnya tidak ada wang lagi, bukan sahaja is-
teri dan anak-anaknya susah kerana tidak ada makanan
yang hendak dimakan. Malah, dia sendiri tidak boleh lagi
berhibur dan berseronok di bandar.
Cara untuk mengatasi perkara itu ialah Din Bajur
terpaksa menyamun lagi. Kali ini siapa pula penduduk
kampung yang akan menjadi mangsanya. Bagaimanapun,
kini Din Bajur akan lebih berhati-hati kerana dia bimbang
akan ditangkap polis.
Dia pernah mendengar penduduk kampung ber-
kata, “Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh
ke tanah juga.”
Din Bajur berasa tidak sedap hati memikirkan


peribahasa itu kerana mungkin boleh berlaku ke atas
dirinya. Dia sedar kalau polis dapat menangkapnya pasti
dia boleh merengkuk di dalam penjara.
Pada suatu malam, Din Bajur dalam keadaan ter-
desak. Dia benar-benar ketiadaan wang. Setelah berfikir
semasak-masaknya, dia membuat keputusan untuk me-
nyamun ataupun mencuri. Sudah nekad keputusannya.
Semasa berjalan dalam gelap, tiba-tiba dia melihat
seorang perempuan sedang menunggang basikal. Dia
yakin perempuan yang tidak dikenalinya itu baru pulang
dari pekan dan sedang menuju ke rumahnya.
“Inilah peluang untuk aku bertindak. Mana tahu
perempuan itu ada membawa wang yang banyak,” kata
Din Bajur kepada dirinya.
Tanpa berlengah lagi Din Bajur segera bersembunyi
di suatu tempat. Dia akan menunggu sehingga perem-
puan itu sampai dan dia akan bertindak menerkam se-
cara mengejut.
Beberapa minit kemudian, perempuan muda yang
sedang menunggang basikal menjadi cemas tidak ter-
kata kerana terkejut besar apabila seorang lelaki yang
menutup sebahagian mukanya dengan sapu tangan
muncul secara mengejut. Perempuan itu cemas kerana
lelaki tersebut mengacu sebilah pisau.


“Cepat serahkan semua wang yang ada pada kamu!
Kalau tidak nyawa kamu akan terancam!” kata Din Bajur
memberi amaran.
Oleh sebab amat cemas dan ketakutan, perempuan
itu menyerahkan beg tangan yang dibawanya. Ketika itu
dia lebih memikirkan keselamatan diri daripada wang
ringgitnya.
“Ambillah, pak cik! Tapi, jangan apa-apakan saya!”
rayu perempuan itu bersungguh-sungguh. Ketika itu
seluruh tubuhnya menggeletar.
Setelah memeriksa beg itu, Din Bajur mendapati
ada wang kertas sebanyak lima ratus ringgit. Kesemua
wang itu diambilnya dan beg tangan perempuan itu
dipulangkan semula.
Dengan wajah gembira dan puas, cepat-cepat Din
Bajur pergi dari situ. Dia bimbang kalau-kalau ada orang
lain melihat apa yang dilakukannya ketika itu.
Perempuan itu pula masih mahu menyelamatkan
wangnya yang diambil tanpa kerelaan. Apabila melihat-
kan beberapa orang penduduk kampung berjalan tidak
berapa jauh dari arahnya, dia segera menjerit me-
minta pertolongan. Dia memberitahu dia baru sahaja di
samun.
Apabila penduduk kampung itu mendengar suara


jeritan perempuan itu, mereka segera menghampiri
perempuan berkenaan. Mereka benar-benar mahu me-
mastikan keadaan perempuan itu.
“Pak cik! Lihat di sana! Lelaki itu telah menyamun
wang saya. Tolong saya, pak cik!” rayu perempuan itu
dengan wajah sedih.
Penduduk kampung itu berasa simpati dan mereka
bersungguh-sungguh mengejar lelaki yang dikatakan
tadi. Walaupun, berada dalam keadaan gelap mereka
terus mengejar.
Usaha-usaha semua penduduk kampung itu berha-
sil. Mereka berjaya menangkap lelaki yang tidak dikenali
itu dan memukulnya bersungguh-sungguh.
Oleh sebab kawasan itu amat gelap, penduduk
kampung tidak dapat melihat wajah penyamun itu
dengan jelas.
“Tangkap dia! Kita bawa dia ke balai polis!” kata
salah seorang penduduk kampung itu dengan keras. Ke-
tika itu dia telah berjaya merampas sejumlah wang yang
baru disamun.
Din Bajur terlalu cemas apabila mendengarkan
kata-kata itu. Dia tidak sanggup ditangkap dan menjadi
tawanan pihak polis. Oleh sebab itu, dia bersungguh-
sungguh meronta-ronta dan, dapat juga dia melepaskan


diri. Dalam beberapa saat sahaja dia telah hilang dalam
kawasan gelap itu.
Ketika itu Din Bajur terasa kerana dipukul oleh
penduduk kampung tadi. Dalam hati dia menyumpah
kerana memikirkan nasib malangnya.
“Aku yakin mereka tidak mengenali aku sebab
keadaan terlalu gelap,” kata Din Bajur kepada dirinya.
Apabila memikirkan keadaannya itu, Din Bajur
menjadi serba-salah hendak pulang ke rumah. Dia yakin
isterinya akan mengemukakan pelbagai pertanyaan se-
hingga terbongkar rahsia sebenar perbuatannya.
“Tapi, di manakah aku hendak tidur malam ini?”
tanya Din Bajur kepada dirinya. Ketika itu dia berada di
suatu tempat yang agak terang sedikit keadaannya.
Timbul niat Din Bajur hendak bermalam di bangu-
nan surau itu. Tetapi dia bimbang pula memikirkan
makhluk-makhluk ghaib yang akan muncul dan datang
mengganggunya.
“Apa yang aku fikirkan ini boleh berlaku,” kata Din
Bajur dalam hati.
Setelah berfikir, Din Bajur tidak jadi bermalam di
surau. Sebaliknya, dia tetap akan pulang. Ketika itu dia
telah memikirkan, apakah alasan yang patut diberikan


kepada isterinya apabila melihat keadaan dirinya sede-
mikian.
Apabila masuk kedalam rumah, Din Bajur segera
menuju ke bilik. Kalau boleh dia tidak mahu mendengar
isterinya bertanya.
Bagaimanapun, Maimon berasa sangsi apabila
melihat keadaan suaminya pada malam itu. Ada sesuatu
yang dibimbanginya.
“Saya lihat muka abang bengkak dan berdarah?
Apa yang berlaku sebenarnya?” tanya Maimon dengan
wajah serius.
Din Bajur tidak mahu isterinya memikirkan hal-
hal yang tidak baik tentang dirinya. Dia lalu menjawab,
“Sebenarnya, abang menolong penduduk kampung me-
nangkap pencuri. Semasa abang dapat menangkapnya
terjadi pergaduhan. Sekarang pencuri itu telah diserah-
kan kepada pihak polis!”
Maimon mempercayai kata-kata suaminya. Dia pun
membantu suaminya itu membersihkan luka dan darah
yang mengalir di muka. Din Bajur pula berasa lega kera-
na isterinya mempercayai kata-katanya.
“Kalau isteriku tahu hal yang sebenar, tentu aku
malu besar,” kata Din Bajur dalam hati.


Malam itu, Din Bajur tidak boleh melelapkan mata.
Dia asyik memikirkan nasib malangnya pada malam itu.
Hati kecilnya tertanya-tanya, apakah dia patut menerus-
kan pekerjaan yang menjadikan kemarahan orang ramai
itu?
“Malam ini teruk aku kena pukul. Pasti aku akan
menerima nasib yang sama pada masa-masa akan
datang,” kata Din Bajur kepada dirinya.
Setelah berfikir, Din Bajur membuat keputusan
tidak mahu menyamun lagi. Dia akan memikirkan cara
lain pula yang boleh memudahkannya mendapatkan
wang yang banyak.
Malam itu, Din Bajur benar-benar tidak boleh
melelapkan mata. Dia asyik memikirkan masalah yang
sedang dihadapinya. Beberapa kali dia berusaha mele-
lapkan mata, tetapi gagal.
Semasa jarum jam dinding hampir menunjukkan ke
angka tiga, baru Din Bajur terlena dengan nyenyak. Dia
tidak mengetahui lagi apa-apa yang berlaku di perseki-
tarannya. Isterinya yang tidur di sebelah beberapa kali
berdengkur kerana dia dapat melelapkan mata lebih
awal.
Tanpa diduga, dalam tidurnya itu Din Bajur telah
bermimpi. Seekor makhluk ganjil, bermata bulat besar


serta mempunyai tanduk seperti kambing biri-biri da-
tang kepadanya.
“Aku tahu, kamu mahu mencari wang yang banyak.
Tapi, tidak mungkin kamu akan memperolehnya kalau
kamu melakukannya dengan cara yang betul!” kata
makhluk ganjil sambil mengilai. Gigi-giginya tajam.
“Bolehkah kamu menolong aku?” tanya Din Bajur
dalam mimpi itu.
“Ya, aku datang memang mahu menolong kamu.
Tapi, kamu kena laksanakan apa yang aku katakan nan-
ti,” jelas makhluk ganjil itu.
“Katakanlah. Aku benar-benar mahu mendengar-
nya,” kata Din Bajur dalam mimipnya itu.
“Tidak jauh dari kampung ini terdapat sebuah hu-
tan. Kamu pergi ke sana hingga ke tengah hutan. Di
sana nanti kamu akan bertemu seorang perempuan tua
yang panjang hidungnya.”
“Adakah perempuan tua itu boleh menolong aku
untuk mendapat banyak wang?”
“Ya, pergilah kamu menemuinya. Pasti kamu tidak
akan kecewa!” kata makhluk ganjil itu sambil mengilai
panjang. Setelah itu, makhluk itu terus ghaib meng-
hilangkan diri.


Serta-merta Din Bajur terjaga daripada tidur dan
dia masih ingat mimpinya sebentar tadi. Pada masa itu
dia mendapati isterinya masih tidur dengan nyenyak. Dia
tidak mahu mengejutkannya.
“Seekor makhluk ganjil menyuruh aku pergi ke
tengah hutan sana? Katanya, di kaki sebuah gunung
ada seorang perempuan tua boleh menolong aku
mendapatkan banyak wang?” tanya Din Bajur kepada
dirinya sendiri.
Din Bajur percaya makhluk ganjil yang wajahnya
amat menakutkan itu berkata benar dan tidak akan
mempedayakannya. Setelah berfikir sejenak, Din Bajur
membuat keputusan untuk pergi ke tengah hutan pada
keesokan harinya.
“Tapi, aku kena rahsiakan perkara ini daripada
diketahui oleh isteri dan anak-anak aku serta, semua
penduduk kampung. Kalau rahsia ini diketahui ramai
tentu rancangan aku ini akan gagal dan tidak akan men-
jadi kenyataan,” kata Din Bajur kepada dirinya.
Keputusan Din Bajur pada masa itu sudah muk-
tamad. Sejak mimpi itu, dia tidak boleh lagi melelap-
kan mata kerana asyik memikirkan peluangnya untuk
mendapatkan wang yang banyak.
Kemudian hati kecilnya tertanya-tanya, “Siapakah
perempuan tua berhidung panjang itu sebenarnya?”


“Apakah dia ahli sihir ataupun perempuan tua per-
tapaan?” tanya hati kecil Din Bajur.
Keesokannya, pagi-pagi lagi Din Bajur telah
bangun. Namun, dia tidak ada niat hendak melakukan
sembahyang Subuh. Dia dan isterinya tidak mendalami
ajaran Islam yang boleh menyelamatkan manusia ke
jalan yang benar dan selamat.
Pagi itu, Maimon telah menyediakan sarapan ubi
rebus bersama kopi. Din Bajur dan anak-anak minum
dengan berselera. Sambil mengunyah makanan, Din
Bajur sedang memikirkan adalah, dia patut menjelaskan,
ke manakah dia akan pergi pagi itu?
“Tetapi, aku tidak boleh berterus terang hal yang
sebenarnya. Aku mesti melakukan tipu muslihat agar
isteri aku mempercayainya,” kata Din Bajur dalam hati.
Ketika isterinya sama-sama mengunyah ubi rebus
dan meneguk air kopi, Din Bajur lalu berkata, “Maimon!
Abang hendak beritahu sesuatu kepada kamu.”
Isteri Din Bajur berasa ragu-ragu lalu dia bertanya,
“Apa yang abang hendak katakan? Tentu Maimon mahu
mendengarnya?”
“Maimon! Pagi ini abang hendak ke hutan. Mung-
kin abang hendak berburu binatang dengan mengguna-
kan buluh runcing. Kalau abang tidak pulang sehingga


menjelang malam, ini bermakna abang terpaksa tidur di
dalam hutan. Mungkin esok abang akan pulang dengan
membawa binatang buruan,” beritahu Din Bajur dengan
tipu helahnya.
Hati Maimon benar-benar bimbang memikirkan
rancangan suaminya. Dia sedar, suaminya tidak pernah
berburu binatang di dalam hutan. Namun, pada hari itu
suaminya tiba-tiba mahu melakukannya pula.
“Tapi, abang tidak biasa memburu binatang? Saya
bimbangkan keselamatan abang. Di dalam hutan ter-
dapat banyak binatang buas?” tanya Maimon dengan
wajah serius.
“Abang terpaksa melakukannya kerana abang su-
kar mendapat pekerjaan sekarang ini. Kalau abang tidak
membuat sebarang kerja tentu keluarga kita semakin
susah pada masa akan datang,” jelas Din Bajur.
Melihatkan kesungguhan suaminya itu, Maimon
tidak dapat menghalang lagi. Dia yakin suaminya benar-
benar hendak pergi memburu binatang dalam hutan.
Cuma dia hanya mampu berpesan sekali lagi, “Sen-
tiasa berhati-hati semasa berada di dalam hutan, bang.
Saya tidak mahu terjadi sesuatu yang buruk ke atas diri
abang. Kalau abang tidak ada lagi, tentu hidup saya dan
anak-anak bertambah susah!”


“Jangan bimbang, Maimon. Tahulah abang menjaga
diri semasa berburu binatang,” jelas Din Bajur. Dia sedar
telah berbohong. Namun, apa yang dilakukannya kerana
dia tidak mahu rancangannya gagal.
Maimon terpaksa akur. Kali ini dia merasakan,
suaminya benar-benar hendak pergi mencari rezeki un-
tuk menyenangkan keluarga. Sebagai isteri dia sentiasa
mendoakan kejayaan suaminya.
“Tapi, benarkah suamiku hendak berburu?” tanya
Maimon dalam hati. Dia khuatir kalau-kalau suaminya
mempunyai rancangan lain pula.
Tidak lama selepas itu, Din Bajur telah pergi
meninggalkan rumah. Dia membawa sebilah parang
sebagai senjata. Dia turut membawa bekalan makanan
serta minuman untuk menghilangkan rasa lapar dan
dahaga semasa berada di dalam hutan nanti. Ketika itu
keadaannya betul-betul seperti orang hendak berburu
binatang.
Maimon dan anak-anaknya yang berdiri di muka
pintu daun hanya mampu memandang suami dan ayah
mereka pergi menuju kawasan hutan. Mereka berharap
ketua keluarga mereka itu akan pergi dan pulang dalam
keadaan selamat. Tidak akan berlaku sebarang perkara
tidak diingini.


Din Bajur pula semasa melangkah dia asyik me-
mikirkan kata-kata makhluk ganjil dalam mimpinya
malam tadi.
“Aku harap, makhluk ganjil itu tidak mempedaya-
kan aku. Pasti aku akan menemui perempuan tua yang
berada di kaki gunung itu,” kata Din Bajur kepada di-
rinya.
Ketika itu dia tidak sabar-sabar lagi hendak men-
dapatkan wang yang banyak. Bagaimanapun hati kecil-
nya berkata-kata, tidak mungkin perempuan tua itu ada
menyimpan banyak harta karun di dalam hutan.


BAB : 4

Mencari Toyol

D
alam hutan itu Din Bajur sentiasa cemas dan
ketakutan. Dia mendengar suara ghaib ber-
kata kepadanya agar tidak meneruskan niatnya.
Suara ghaib itu menyuruhnya pulang sahaja dan me-
lupakan keinginannya untuk mendapatkan banyak
wang.
“Apa gunanya kamu akan mendapat banyak wang,
tapi dengan cara yang salah dan menjadi kemurkaan
Tuhan!”
Dengan wajah pucat lesi, Din Bajur tercari-cari
suara ghaib itu. Namun, tidak kelihatan. Dia yakin, ada
penduduk kampung sedang bersembunyi di sebalik
pokok dan cuba menakutkannya dengan menyamar
seperti hantu jembalang.
Bagaimanapun, puas dia melihat ke beberapa


tempat dan sekelilingnya, masih tiada sesiapa pun
dilihatnya.
Din Bajur berkata-kata di dalam hati, “Tidak mung-
kin aku akan ikut kata-kata itu. Hanya ini peluang untuk
aku mendapatkan wang yang banyak!”
Dengan bersemangat Din Bajur meneruskan lang-
kah kakinya. Dia berjalan agak pantas supaya cepat
sampai.
Apabila sampai di suatu tempat sekali lagi dia men-
dengar suara ghaib itu berkata, “Ikut apa yang saya
katakan tadi. Kamu akan menyesal kalau masih hendak
meneruskan rancangan kamu ini!”
Ketika itu dalam diri Din Bajur telah dikuasai oleh
perasaan tamak haloba. Malah, dia benar-benar hendak
memiliki wang yang banyak agar keluarganya termasuk
dalam golongan orang yang kaya-raya.
Dengan perasaan kurang senang, dia berkata,
“Wahai suara ghaib! Hidup saya dan keluarga sentiasa
susah. Kadang kala kami tidak ada makanan hendak
makan, sampai anak-anak saya kebuluran. Tiada se-
siapa yang sanggup menolong semasa kami susah.
Inilah peluang untuk kami hidup senang!”
“Kamu dan keluarga akan selamat kalau kamu ikut
kata-kata saya. Tapi, kamu dan keluarga akan menerima


akibat buruk kalau memiliki wang yang banyak itu!” kata
suara ghaib itu mengingatkan.
Din Bajur tidak menghiraukan kata-kata peringatan
itu. Dia merasakan ada orang tidak mahu melihat dia
dan keluarganya hidup dalam kesenangan.
Dia Bajur semakin mempercepat langkah kakinya
agar cepat sampai. Ketika itu dia tidak lagi mendengar
suara ghaib berkata-kata. Hatinya berasa lega.
Kira-kira lima ratus meter dia berjalan di dalam hu-
tan itu, tiba-tiba sekali lagi dia mendengar suara ghaib
berkata-kata sambil mengilai seperti hantu, “Teruskan
perjalanan kamu hingga ke tengah hutan. Tentu kamu
akan menemui perempuan tua berhidung panjang.
Perempuan tua itu akan menolong kamu untuk men-
dapatkan banyak wang!”
Kali ini Din Bajur berasa senang hati mendengar-
nya. Namun, dia berasa ragu-ragu kerana suara ghaib
yang baru didengarnya tidak sama dengan suara ghaib
yang berkata-kata semasa dia baru masuk dalam
hutan.
Bagaimanapun, Din Bajur tidak menghiraukan se-
mua itu. Kini dia hanya memikirkan hendak menemui
perempuan tua yang dikatakan boleh memberikannya
wang-wang yang diharapkan.


“Pasti sebentar lagi aku akan sampai di kaki
gunung,” kata Din Bajur yakin.
Apa yang diharapkan oleh Din Bajur betul-betul
menjadi kenyataan. Tidak lama selepas itu, dia melihat
sebuah gunung terbentang luas serta tinggi menjulang
di hadapannya. Namun banyak pokok hutan di kaki gu-
nung berkenaan.
“Pasti sebentar lagi aku akan bertemu perempuan
tua itu,” kata Din Bajur dengan penuh harapan. Kaki-
kakinya semakin cepat melangkah.
Sampai juga Din Bajur di tempat yang dituju. Dia
berasa lega. Kemudian, dia bersungguh-sungguh men-
cari perempuan tua berhidung panjang di beberapa
tempat, namun tidak menemuinya.
Tiba-tiba, dia terdengar suatu suara ghaib ber-
tanya, “Ke manakah kamu hendak pergi sebenarnya?”
“Saya ke sini kerana hendak bertemu seorang
perempuan tua yang tinggal di kaki gunung,” jawab Din
Bajur dengan lantang.
“Pergilah kamu ke arah sana. Tentu kamu akan
menemuinya,” kata suara ghaib itu.
Dada Din Bajur berdebar-debar. Dia yakin suara
ghaib itu ialah makhluk-makhluk ghaib yang menjadi
pembantu kepada perempuan tua itu.


Setelah bersungguh-sungguh mencarinya, tidak
lama selepas itu Din Bajur melihat seorang perempuan
tua berhidung panjang sedang duduk di dalam sebuah
gua. Din Bajur yakin, itulah perempuan tua yang ingin
ditemuinya.
Ketika hendak memasuki gua tersebut, Din Bajur
terperanjat besar kerana dia melihat beberapa orang
budak kenit muncul dan cuba menyerangnya. Budak-
budak kenit itu dilihatnya amat kecil dan ketinggiannya
kira-kira sejengkal.
“Adakah mereka ini toyol?” tanya Din Bajur didalam
hati. Dia melihat badan semua budak kenit itu berwarna
hijau dan gigi-giginya tajam.
Oleh disebabkan perasaan cemas kerana budak-
budak kenit itu mahu menyerangnya, cepat-cepat Din
Bajur berkata, “Nenek tua! Tolong saya. Cucu-cucu
nenek ini mahu menyerang saya!”
Perempuan tua itu menoleh memandang penduduk
kampung yang tidak dikenali itu. Kemudian kedengaran
dia berkata, “Cucu-cucu nenek! Jangan apa-apakan
tetamu nenek yang baru sampai itu. Benarkan dia masuk
ke dalam gua ini!”
Sebenarnya, budak-budak kenit itu ialah toyol be-
laan perempuan tua berhidung panjang itu. Perempuan


tua itu menganggap semuanya sebagai cucunya yang
berjasa serta berbakti.
Din Bajur mula berasa lega kerana budak-
budak kenit itu tidak lagi menyerangnya. Dia merasakan
makhluk-makhluk ganjil itu benar-benar menuruti kata-
kata perempuan tua itu.
Dengan memberanikan dirinya, Din Bajur segera
masuk ke dalam gua itu dan terus ke hadapan perem-
puan tua berkenaan.
Belum sempat Din Bajur memberitahu tujuannya
ke situ, dia mendengar perempuan tua itu menjelaskan,
“Nenek tahu tujuan kamu ke sini.”
“Nenek sudah tahu? Baguslah, tentu nenek boleh
berikan wang yang banyak kepada saya,” kata Din
Bajur.
“Sebenarnya, nenek tidak dapat memberikan kamu
wang. Tapi, nenek akan beri kepada kamu salah satu
cucu nenek untuk membantu memenuhi hajat kamu itu,”
jelas perempuan tua.
Din Bajur berasa sangsi lalu dia bertanya, “Apa
maksud, nenek? Adakah nenek mahu berikan seorang
budak kenit ini pada saya?”
“Ya, benar! Sebenarnya cucu-cucu nenek ini ialah


toyol. Mereka boleh mencari wang yang banyak untuk
kamu,” jelas perempuan tua.
Din Bajur berasa tidak sedap hati mendengarnya.
Dia sedar kegunaan toyol itu. Dia pernah mendengar
ada orang tertentu memelihara toyol untuk tujuan men-
curi wang penduduk kampung. Kini, perempuan tua itu
mahukan dia melakukan perkara yang sama.
“Memang aku boleh mendapat wang. Tapi……,”
Din Bajur tidak dapat meneruskan kata-katanya. Dia
menjadi serba salah pula sama ada hendak menerima
tawaran perempuan tua itu ataupun tidak.
“Macam mana sekarang? Apakah kamu sedia ter-
ima tawaran nenek ini?” tanya perempuan tua itu ingin
kepastian.
Dengan wajah masam sedikit, Din Bajur berkata,
“Sangkaan saya, nenek akan memberikan wang yang
banyak kepada saya. Bukannya memberikan toyol ke-
pada saya!”
“Kalau kamu tidak mahu tidak mengapa. Nenek
tidak memaksa,” jelas perempuan tua itu.
Din Bajur berasa serba-salah hendak membuat
keputusan. Ketika itu dia berfikir, sekiranya dia tidak
mahu menerima toyol itu dan terus pulang sudah tentu
hidupnya bersama keluarga tidak akan berubah.


“Mungkin lebih susah lagi,” kata Din Bajur dalam
hati.
Dalam keadaan serba salah hendak membuat
keputusan, tiba-tiba dia mendengar suara ghaib ber-
kata, “Jangan tolak tawaran ini. Tidak ada jalan lain lebih
mudah untuk kamu menjadi kaya!”
Din Bajur tidak menafikan kata-kata itu. Dia mera-
sakan ada kebenarannya. Dia sedar hanya dengan
melakukan cara yang salah saja dia boleh menjadi kaya-
raya.
“Kalau cara yang betul, aku kena bekerja kuat dan
bersabar ataupun berniaga hingga berjaya. Baru boleh
memiliki wang yang banyak,” kata Din Bajur dalam hati.
“Bagaimana sekarang? Adakah kamu mahu
menerima tawaran nenek?” tanya perempuan tua itu.
Ketika Din Bajur tidak ada pilihan lain lalu dia men-
jawab, “Ya, saya menerima tawaran nenek!”
“Bagus! Nenek akan beri kepada kamu seorang
cucu nenek itu. Tapi, ada syarat-syaratnya,” jelas perem-
puan tua tersebut.
Din Bajur berasa tidak sedap hati. Malah, dia juga
berasa bimbang. Dia tertanya-tanya, apakah syarat-
syarat yang akan dikenakan oleh perempuan tua itu


kepadanya nanti? Dia bimbang sekiranya dia tidak mam-
pu hendak menunaikannya.
“Jelaskanlah, nenek. Saya hendak tahu juga, apa-
kah syarat-syarat itu?” desak Din Bajur dengan wajah
serius.
“Sekarang, kamu duduk bersila di hadapan nenek.
Nenek akan beritahu syarat-syaratnya,” kata perempuan
tua itu dengan tenang.
Din Bajur segera melakukannya. Dia duduk ber-
sila dan memandang perempuan tua itu dengan penuh
harapan. Ketika itu dia melihat beberapa orang toyol
sedang berkumpul di suatu tempat, di belakang tuan-
nya itu. Semuanya menyeringai memandangnya sambil
menunjukkan gigi-gigi yang tajam.
Selama ini, Din Bajur tidak pernah terfikir, dia akan
menemui makhluk-makhluk ganjil seperti itu. Malah, kini
dia akan membelanya.
“Ini semua kerana aku hendak menjadi kaya. Tidak
mungkin aku sanggup hidup susah lagi,” kata Din Bajur
kepada dirinya.
Sebentar kemudian dia mendengar perempuan tua
itu memanggil, “Cucu nenek, Yipok! Mari kamu ke sini!”
Din Bajur melihat salah seorang toyol itu meng-
hampiri perempuan tua dan duduk di atas pangkuannya.


Perempuan tua itu mengusap kepala toyol yang botak
itu dengan lembut.
“Sekarang nenek serahkan kamu kepada penduduk
kampung ini. Mulai hari ini dia telah menjadi tuan kamu
yang baru. Ikutlah apa saja arahannya,” kata perem-
puan tua itu kepada toyol itu.
“Baik, nenek! Cucu ikut cakap nenek. Cucu akan
patuh kata-kata tuan baru,” jawab toyol itu.
Din Bajur memandang toyol tersebut. Kini dia tahu,
makhluk yang dianggapnya budak kenit itu akan menjadi
budak suruhannya. Bagaimanapun, apa yang dia tahu,
toyol biasanya melakukan kerja-kerja mengambil wang
milik penduduk kampung secara tidak sah. Tanpa ke-
benaran.
“Sekarang nenek telah serahkan kepada kamu
toyol yang boleh menolong kamu untuk mempunyai
wang yang banyak. Tentu kamu berasa gembira. Tapi,
kamu kena dengar akan syarat-syarat ini!” jelas perem-
puan tua itu.
Din Bajur berasa tidak sedap hati. Dia tahu, pasti
syarat-syarat itu tidak mudah untuk dia melakukannya.
Bagaimanapun, dia terpaksa mendengar penjelasan
perempuan tua itu.
“Sekarang Yipok telah menjadi budak suruhan


kamu. Syarat yang nenek hendak beritahu, setiap hu-
jung bulan pada malam Jumaat, kamu kena menghantar
seekor kambing panggang untuk nenek. Sekiranya kamu
gagal laksanakan, nenek akan panggil Yipok pulang ke
sini semula,” jelas perempuan tua itu.
Din Bajur berasa senang hati. Dia yakin, dapat menu-
naikan kehendak perempuan tua itu. Bagaimanapun,
dia yakin perempuan tua itu belum menyatakan syarat-
syarat yang sebenarnya.
“Itu saja yang nenek hendak beritahu sebelum saya
membawa Yipok pergi dari sini?” tanya Din Bajur.
“Tidak! Sebenarnya, ada satu lagi syarat yang kamu
kena lakukan,” jelas perempuan tua.
“Apakah syarat itu? Katakanlah, nenek?” desak Din
Bajur benar-benar hendak mengetahuinya.
Setelah tertunduk sejenak, perempuan tua itu
mengangkat kepala lalu dia menjawab, “Ingat! Dalam
masa sebulan, kamu kena beri kepada Yipok menghisap
darah kamu melalui ibu jari kaki kanan sebanyak dua
kali.”
Din Bajur berasa tidak sedap hati mendengarnya.
Dia tahu, syarat itu memang sukar dapat dilaksanakan-
nya kerana boleh mengancam nyawanya sendiri.


“Kalau selalu darah aku dihisapnya, pasti tubuh
aku boleh menjadi kurus kering,” kata Din Bajur dalam
hati. Dia berasa serba salah.
Tiba-tiba, dia bertanya, “Nenek! Bolehkah saya
gantikan dengan darah orang lain?”
“Boleh! Tapi, mesti ahli keluarga kamu. Pertama
sekali isteri kamu. Selepas itu anak kamu yang pertama
ataupun kedua dan seterusnya!” jelas perempuan tua.
Din Bajur masih bimbang memikirkan perkara itu.
Kalau boleh dia tidak mahu dirinya ataupun ahli keluar-
ganya menjadi mangsa toyol itu. Dia tentu sedang me-
mikirkan jalan yang selamat.
Kemudian dia bertanya lagi, “Wahai nenek! Tentu
saya tidak mahu diri saya sendiri dan keluarga menja-
di mangsa cucu nenek ini. Bolehkah saya memberinya
hisap darah ibu jari kaki perempuan-perempuan muda
ataupun budak-budak yang saya culik?”
“Tidak boleh! Oleh sebab kamu dan keluarga akan
mendapat banyak wang, tentu kamu dan keluarga kena
berkorban kepada cucu nenek ini yang telah berjasa
kepada kamu semua,” jelas perempuan tua itu dengan
tegas.
Din Bajur masih berasa serba salah. Kini dia tidak
tahu lagi sana hendak menyelamatkan dirinya dan


keluarganya dalam perkara itu.
“Bagaimana, sekarang? Bolehkah kamu laksana-
kan syarat-syarat ini? Kalau kamu tidak sanggup tentu
nenek tidak dapat menolong kamu lagi,” kata perem-
puan tua itu mengingatkan.
Din Bajur terlalu susah hati. Kalau dia tidak dapat
membawa pulang toyol itu tentu peluangnya hendak
mendapat banyak wang tidak akan menjadi kenyataan.
“Hanya ini peluang aku yang ada. Kalau aku tolak,
pasti aku akan menyesal seumur hidup,” kata Din
Bajur dalam hati. Ketika itu dia terbayang-bayangkan
toyol bernama Yipok itu menyerahkan wang curian yang
banyak kepadanya.
“Adakah kamu nasih tidak dapat menerima syarat-
syarat nenek tadi?” tanya perempuan tua itu sekali lagi.
Dengan hati yang berat Din Bajur menjawab,
“Saya…saya terpaksa terima syarat-syarat nenek. Saya
tidak ada pilihan lain!”
Dalam hati rupa-rupanya Din Bujur telah terfikir,
kalau dia telah mendapat wang banyak, dia akan mem-
binasakan toyol yang diserahkan kepadanya itu. Dengan
ini, dia ataupun ahli keluarganya tidak lagi terpaksa me-
nyerahkan ibu jari kaki kanan mereka kepada toyol itu
untuk menghisap darah.


“Bagus kerana kamu bersetuju dengan syarat-
syarat nenek. Tapi, ingat! Kalau kamu mungkir janji,
kamu akan menerima akibat buruk!” kata perempuan
tua itu dengan keras.
Din Bajur berasa tidak sedap hati memikirkan kata-
kata itu. Dia tidak tahu apa akan terjadi ke atas dirinya
kalau dia betul-betul melakukan rancangan yang sedang
bermain-main dalam fikirannya.


BAB : 5

Helah
Din Bajur

M
alam itu juga dia membawa pulang Yipok. Toyol
itu pula begitu setia mengikutinya dan akan
menuruti apa sahaja arahan yang akan diberi-
kan nanti.
Namun, apabila sampai di kampung dia berasa
serba salah pula hendak membawa toyol itu ke rumah.
“Kalau isteri dan anak-anakku melihat apa yang
aku bawa pulang pasti mereka terperanjat dan ketaku-
tan,” kata Din Bajur dalam hati.
Din Bajur sedar, selama ini isteri dan anak-anaknya
tidak pernah melihat toyol. Malah, dia bimbang pula
kalau-kalau isteri dan anak-anaknya tidak membenarkan
toyol itu tinggal bersama-sama mereka di rumah itu.
“Macam mana sekarang? Di manakah aku hendak


sembunyikan toyol ini?” tanya Din Bajur dalam hati.
Apabila melihatkan tuan barunya itu dalam keadaan
serba salah, toyol itu lalu bertanya, “Kenapa tuan susah
hati?”
Din Bajur memandang toyol itu lalu menjawab,
“Sebenarnya, saya sedang berfikir, di mana saya hendak
sembunyikan kamu? Kalau saya bawa pulang tentu isteri
dan anak-anak saya menjadi cemas dan ketakutan.”
“Jangan bimbang. Tubuh saya kecil. Kalau saya
berada di rumah tuan, isteri dan anak-anak tuan tidak
mudah melihat saya. Saya lebih cekap daripada tikus.
Lubang kecil pun saya boleh masuk,” jelas toyol itu.
“Benarkah? Kalau begitu, sekarang juga saya akan
membawa kamu pulang. Setelah berada di rumah saya
nanti, kamu jangan sekali-kali muncul di hadapan isteri
dan anak-anak saya,” kata Din Bajur mengingatkan.
Toyol itu akan menuruti kata-kata tuannya. Kini, dia
bukan sahaja akan setia kepada tuan barunya itu. Malah,
dia terpaksa akur kepada kehendak tuannya yang asal,
iaitu perempuan tua yang tinggal di kaki gunung.
Setelah mendengar pengakuan toyol itu, baru Din
Bajur berani membawanya pulang. Oleh sebab ketika itu
malam amat gelap, begitu mudah dia dapat membawa
pulang ‘budak kenit’ itu. Apalagi, semasa dia berjalan


pulang belum lagi bertembung dengan penduduk kam-
pung.
Apabila semakin hampir sampai di rumah, Din
Bajur berasa tidak sedap hati. Dia melihat beberapa kali
isterinya memandang keluar tingkap. Dia tahu, isterinya
dalam keadaan resah serta bimbang kerana dia belum
pulang.
“Mungkin isteri dan anak-anak amat mengharap-
kan aku membawa pulang binatang buruan,” kata Din
Bajur kepada dirinya.
Din Bajur tidak segera menunjukkan diri. Dia terus
berada dalam gelap agar tidak dapat dilihat oleh isteri-
nya. Kemudian, dia berkata kepada toyol yang ada ber-
samanya, “Pergilah kamu bersembunyi di mana-mana
saja, di rumah saya itu. Jangan kamu tunjukkan diri ke-
pada isteri dan anak-anak saya. Saya mahukan kamu
berada di rumah saya tanpa diketahui oleh sesiapa pun.
Termasuk semua penduduk kampung!”
“Baiklah, tuan. Saya juga mesti menjaga keselama-
tan diri. Kalau penduduk kampung melihat saya, pasti
mereka akan menangkap saya,” jelas toyol itu.
“Bagus! Tentu saya tidak menghadapi masalah
membela kamu. Yang pastinya kamu akan memberi
banyak wang kepada saya,” kata Din Bajur dengan
penuh harapan.


Din Bajur tidak mahu bertindak terburu-buru, me-
nyuruh toyol itu pergi mencuri wang penduduk kampung
pada malam itu juga. Dia terpaksa bersabar dan akan
melakukannya pada masa yang sesuai.
Setelah toyol pergi meninggalkannya dan bersem-
bunyi di suatu tempat dalam rumah, Din Bajur segera
menuju ke pintu rumah. Kemudian, barulah Maimon
berasa lega kerana melihat suaminya telah pulang. Ba-
gaimanapun, ada kesangsian dalam hatinya ketika itu.
Belum sempat suaminya masuk, Maimon pun ber-
tanya, “Bang! Mana binatang yang abang buru dalam
hutan? Sampai malam baru abang pulang, takkan tidak
mendapat seekor pun?”
Din Bajur tidak akan berterus terang. Dia terpaksa
berbohong agar rancangannya tidak diketahui oleh
sesiapa pun.
“Maimon! Jangan banyak bertanya. Sekarang
abang terlalu penat. Abang hendak pergi bersihkan
badan dan selepas itu abang hendak berehat!”
“Tapi, saya hendak tahu juga. Apa yang abang
lakukan dalam hutan itu? Sampai malam abang berburu,
apa yang abang dapat?” tanya Maimon yang berasa
kurang senang. Dia bimbang suaminya melakukan se-
suatu pekerjaan yang boleh membahayakan diri.


Kali ini Din Bajur tidak menjawab kerana tidak mahu
rancangannya yang sebenar akan terbongkar. Dia ya-
kin malam itu isterinya tidak akan melihat toyol yang
dibawanya pulang. Begitu juga anak-anaknya tidak akan
melihat makhluk ganjil itu.
Setelah membersihkan badannya di bilik air, Din
Bajur pergi melihat makanan yang di dapur. Dia percaya
isterinya masak pada hari itu. Di dalam tudung saji usang
tersedia nasi bersama lauk pauk iaitu pucuk ubi masak
lemak dan ikan keli goreng. Oleh sebab sangat lapar Din
Bajur makan dengan berselera. Sampai dua kali dia me-
nambah nasi serta lauk.
Semasa mengunyah nasi, Din Bajur memandang di
sekelilingnya. Dia mahu memastikan, di manakah toyol
yang baru dibawa pulang berada? Dia sedar toyol itu
terlalu kecil. Tentu tidak mudah isteri dan anak-anaknya
melihatnya.
Bagaimanapun, pada malam itu Maimon berasa
tidak sedap hati. Dia merasakan ada sesuatu yang ganjil
telah memasuki rumah itu. Dia memandang ke beberapa
tempat, namun tiada apa-apa yang mencurigakan.
Oleh sebab bimbang akan terjadi sesuatu yang
tidak diingini di dalam rumah itu, Maimon pun bertanya
kepada suaminya, “Bang! Apakah abang ada membawa


pulang sesuatu di dalam rumah ini yang Maimon tidak
tahu?”
Dada Din Bajur berdebar-debar apabila men-
dengar pertanyaan itu. Dia bertanya di dalam hati,
adakah isterinya telah melihat kelibat toyol yang dibawa
pulang?
“Kalau isteriku melihatnya tentu rosak rancangan
aku,” kata Din Bajur berasa bimbang.
Din Bajur tetap tidak akan berterus terang. Dia lalu
bertanya, “Kenapa kamu bertanya begitu pula, Maimon?
Apa yang kamu nampak?”
Maimon memandang tajam muka suaminya lalu
dia berkata, “Saya tidak nampak apa-apa, bang. Tapi,
malam ini perasaan saya rasa lain sangat. Macam ada
sesuatu yang tidak baik telah masuk ke rumah kita ini.”
Din Bajur berasa tidak sedap hati. Untuk menghi-
langkan perasaan syak wasangka dalam hati isterinya
itu, dia segera menjawab, “Mungkin perasaan kamu
saja, Mon. Jangan fikir yang bukan-bukan!”
“Bang! Maimon bimbang kalau-kalau penunggu
hutan ikut abang kerana pulang lewat malam!” jelas
Maimom dengan wajah serius.
Din Bajur cuba tergelak kecil dan menjawab, “Tidak


mungkin, Maimon. Kamu jangan terlalu memikirkan hal
itu. Tidak mungkin apa yang kamu katakan itu boleh ber-
laku!”
Maimon tidak dapat berkata apa-apa lagi. Bagai-
manapun, perasaan bimbang serta syak wasangka
masih bermain-main dalam hatinya.
Malam itu, Din Bajur tidur nyenyak kerana dia
terlalu penat menemui perempuan tua yang tinggal di
tengah kawasan hutan itu. Dia tidak mengetahui apa-
apa lagi yang berlaku di sekitarnya. Termasuk keadaan
toyol yang berada di rumah itu.
Bagaimanapun, Maimon pula tidak dapat melelap-
kan mata. Beberapa kali dia cuba melakukannya, namun
gagal. Ketika itu dia merasakan ada sesuatu yang tidak
baik telah masuk rumahnya.
Sesekali dia terdengar bunyi sesuatu yang men-
curigakan. Seperti tikus-tikus sedang berkeliaran dalam
rumah itu untuk mencari makanan.
“Selalunya malam-malam tidak pernah berlaku
seperti ini?” kata Maimon kepada dirinya.
Sebenarnya, pada masa itu toyol yang dibawa pu-
lang oleh Din Bajur sedang mengintai di suatu tempat.
Toyol itu mahu melihat tuan barunya itu tidur bersama is-
terinya di atas katil beralaskan tilam yang sudah usang.


Toyol itu juga telah mengetahui bahawa di dalam
rumah itu terdapat lima orang anak kepada pasangan
suami isteri itu. Namun, toyol itu tidak mahu menggang-
gu mereka, walaupun semuanya sedang tidur nyenyak.
“Aku dibawa ke sini bukan untuk mengganggu
mereka. Kerja aku untuk mengambil wang penduduk
kampung kalau disuruh oleh tuan baru aku,” kata toyol
itu dalam hati.
Sebentar kemudian, toyol berasa cemas kerana
dia melihat isteri tuannya bangkit dari tempat tidur dan
mahu keluar dari bilik. Cepat-cepat toyol itu bersembunyi
di suatu tempat, di sebalik sebuah almari kerana tidak
mahu dirinya dilihat oleh perempuan tersebut.
“Kalau perempuan itu melihat diri aku pasti dia
akan menjerit cemas. Tentu selepas ini aku tidak dapat
lagi tinggal di rumah ini dan menjalankan kehendak tuan
baruku.” Kata toyol itu berasa bimbang.
Sebenarnya, Maimon bangun kerana dia mahu me-
mastikan apakah di dalam rumah itu terdapat tikus-tikus
berkeliaran mencari makanan?
“Itu yang aku dengar, sehingga tidak boleh mele-
lapkan mata,” kata Maimon kepada dirinya.
Dia menghidupkan semua lampu. Dia mahu me-
mastikan benarkah apa yang difikirkannya berlaku?


Dia memeriksa di bawah katil dan di belakang almari
pakaian serta almari solek, namun tidak melihat tikus-
tikus merayau di situ.
Setelah itu, Maimon melangkah keluar dari bilik un-
tuk memastikan, sekiranya ternampak tikus-tikus berke-
liaran di tempat-tempat lain di dalam rumah itu. Namun,
dia hampa. Tidak ada seekor pun yang dilihatnya.
Ketika itu toyol yang berada di dalam rumah itu
bersembunyi di sebalik tong papan. Tempat mengisi
barang-barang alat pertukangan. Toyol itu tidak mahu
dirinya dilihat pada malam itu.
Tidak lama selepas itu, Din Bajur terjaga dari tidur.
Dia melihat isterinya tidak ada di dalam bilik dan dida-
patinya keadaan dalam rumah terang benderang
dengan cahaya lampu elektrik. Dia menyangkakan,
isterinya pergi ke bilik air, ke dapur ataupun tandas.
Sudah beberapa minit berlalu, namun Din Bajur
berasa sangsi kerana isterinya tidak kembali semula ke
bilik itu.
“Apa yang sedang isteriku lakukan? Dia ke bilik air
ataupun ke dapur? Ataupun ke tandas?” tanya Din Bajur
di dalam hati.
Tiba-tiba, Din Bajur berasa bimbang kalau-kalau
isterinya telah melihat toyol yang berada di dalam


rumah itu dan mahu menangkapnya.
“Kalau toyol itu berjaya ditangkap, tentu rosak ran-
cangan aku selama ini. Sampai bila-bila aku tidak ada
peluang hendak menjadi kaya,” kata Din Bajur berasa
bimbang.
Cepat-cepat penduduk kampung itu bangkit dari
tempat tidurnya dan tergesa-gesa keluar dari bilik. Dia
mahu memastikan adakah isterinya telah berjaya me-
nangkap toyol yang menjadi budak suruhannya?
Setelah berada di luar, Din Bajur dapat melihat apa
yang sedang dilakukan oleh isterinya. Dia berasa tidak
sedap hati dan bertanya, “Apa yang kamu cari, Maimon?
Ada barang yang hilang?”
Maimon terperanjat sedikit dan menoleh. Dia tidak
menduga suaminya terjaga dari tidur dan keluar dari
bilik untuk mencarinya.
“Saya dengar bunyi tikus merayau-rayau dalam
rumah ini, bang. Sebab itulah saya cuba pastikan, di
manakah tikus itu berada dan mahu menangkapnya,”
jelas Maimon.
Din Bajur berasa tidak sedap hati. Dia yakin di
dalam rumahnya tidak ada tikus. Dia tahu, bunyi yang
didengar oleh isterinya ialah toyol yang disembunyikan-
nya di dalam rumah itu.


“Aku harap, isteri aku tidak melihatnya,” kata Din
Bajur di dalam hati. Dia memandang sekeliling kalau-
kalau ternampak makhluk ganjil itu, Bagaimanapun
tiada. Dia berasa lega.
Tidak lama selepas itu, Din Bajur dan isterinya telah
masuk tidur semula. Ketika itu jarum jam di dalam bilik
itu telah menunjukkan, pukul tiga pagi.
Lama lagi hari akan siang.
Ketika berusaha melelapkan mata, Din Bajur mem-
buat keputusan malam esok dia akan mengarahkan
‘budak suruhannya’ itu pergi mencuri wang penduduk
kampung. Kini, dia mahu memulakan rancangannya.
Keesokan harinya, Din Bajur berasa lega kerana
toyol itu belum mahu lagi menghisap darah ibu jari kaki
kanannya. Dia ingat lagi, kata-kata pesanan perempuan
tua yang tinggal di kaki gunung. Setiap bulan dia kena
memberi toyol itu menghisap darah sebanyak dua kali
agar tidak kelaparan.
“Kalau aku tidak lakukan pesanan itu, akan terjadi
sesuatu yang tidak diingini ke atas diriku dan keluarga,”
kata Din Bajur berasa bimbang. Dia yakin perempuan
tua itu benar-benar akan melakukannya.
Kini, Din Bajur tidak sabar-sabar lagi menunggu
malam. Dia sedang memikirkan, siapakah penduduk


kampung yang bakal menjadi mangsanya yang perta-
ma?
“Ramai juga penduduk kampung ini yang hidup
senang. Mereka pasti menyimpan banyak wang di dalam
rumah,” kata Din Bajur yakin.
Setelah berfikir semasak-masaknya, Din Bajur ter-
ingat seorang penduduk kampung bernama Haji Darus.
Dia tahu Haji Darus itu memiliki banyak kebun getah
serta rumah sewa. Malah, dia mendapat tahu, sudah
tiga kali Haji Darus pergi menunaikan fardhu haji ber-
sama isterinya.”
“Malam ini aku akan menyuruh toyol belaan aku
pergi mencuri wang di rumah orang kaya itu,” kata Din
Bajur kepada dirinya.
Apabila menjelang malam, Din Bajur tidak ter-
buru-buru melakukan rancangannya itu. Sebaliknya, dia
menunggu masa yang sesuai.
“Aku akan lakukannya setelah isteri dan semua
anakku masuk tidur. Aku tidak mahu mereka melihat apa
yang aku lakukan,” kata Din Bajur kepada dirinya.
Sungguh malang diri Din Bajur. Walaupun dia
mengaku beragama Islam, namun dia tidak bersungguh-
sungguh mengikuti ajaran agama itu. Dia jarang me-
nunaikan sembahyang lima waktu.


Pada malam itu, ramai penduduk kampung sem-
bahyang berjemaah di masjid. Namun, Din Bajur tidak
ada keinginan hendak melakukannya. Malah, di rumah
sendiri pun dia jarang bersembahyang.
Oleh sebab lemah imannya, Din Bajur tidak berasa
berdosa dan bersalah kerana menggunakan toyol untuk
mencuri wang di rumah penduduk-penduduk kampung.
Sebaliknya, dia berasa bangga pula kerana akan menda-
pat banyak wang untuk kesenangan hidupnya.
Din Bajur terus menunggu isteri dan anak-anaknya
masuk tidur. Ketika itu dia baring di ruang tamu. Pada
malam itu, dia tidak berselera hendak makan dan mi-
num. Sebaliknya, dia hanya memikirkan tentang cara
mendapatkan banyak wang.
“Tidak lama lagi aku akan menjadi orang kaya,”
kata Din Bajur kepada dirinya. Malam itu wajahnya
benar-benar ceria.


BAB : 6

Rancangan
Bermula

S
alah seorang anak Din Bajur bernama Armin.
Usianya sepuluh tahun dan belajar di tahun em-
pat di sebuah sekolah rendah. Malam itu, Armin
baru masuk tidur bersama seorang abang dan tiga lagi
adiknya. Malah, Armin telah pun melelapkan mata.
Bagaimanapun, tidak lama selepas itu tiba-tiba
budak lelaki itu terjaga kerana dia terasa hendak buang
air kecil. Oleh sebab tidak berasa takut, Armin pergi ke
tandas tanpa mengharapkan sesiapa pun menemani-
nya.
Sudah sepuluh tahun lamanya dia tinggal di rumah
itu, tidak pernah lagi dia melihat dan bertemu hantu
jembalang. Malah, kalau dia ke masjid ataupun ke mana-
mana pada waktu malam, dia tidak pernah ternampak
makhluk-makhluk yang menakutkan.


Semasa Armin bangun dari tempat tidurnya, dia
melihat abang dan adik-adiknya sudah tidur nyenyak.
Ketika itu, Armin terfikir, kalau dia mengejutkan mereka
pasti tiada sesiapa pun akan terjaga.
Ketika itu, Armin benar-benar hendak membuang
air kecil. Tanpa berlengah lagi dia segera melangkah ke-
luar dari bilik dan membuka lampu. Serta-merta keadaan
di situ menjadi terang-benderang.
Tiba-tiba, budak lelaki itu menjadi cemas tidak ter-
kata kerana dia ternampak satu makhluk ganjil yang
amat menakutkannya. Dilihatnya, makhluk yang berba-
dan kenit itu berkepala botak, matanya merah menyala
dan gigi-giginya tajam.
Armin tertanya-tanya dalam hati, “Apakah makhluk
itu toyol?”
Oleh sebab terlalu takut Armin telah menjerit kuat
dan berlari ke bilik ibu bapanya. Ketika berlari, budak
lelaki itu terkencing dalam seluar. Dia tidak sempat ke
tandas.
“Ayah! Emak! Armin nampak toyol! Armin nampak
toyol!”
Suara jeritan itu membuatkan semua yang berada
di dalam rumah itu terjaga. Mereka segera keluar dari
bilik untuk mengetahui perkara yang berlaku. Ketika itu


dada masing-masing penuh debaran kerana memikirkan
hal-hal yang buruk-buruk sahaja.
“Abang! Saya dengar macam suara Armin menjerit?
Apa yang berlaku kepadanya?” tanya Maimon kepada
suaminya dengan wajah cemas.
Din Bajur tidak berkata apa-apa. Dia bimbang jika
anak lelakinya itu melihat toyol yang baru dibawa pu-
lang.
“Kalau betul apa yang aku fikirkan, mungkin rahsia
aku akan pecah,” kata Din Bajur dalam hati,
Cepat-cepat Din Bajur itu keluar dari bilik dan ber-
tanya, “Kenapa kamu menjerit ketakutan, Armin?”
“Ayah! Sebentar tadi, Armin ternampak toyol bera-
da dalam rumah kita!” jelas budak lelaki itu bersungguh-
sungguh.
“Mana toyol itu, Armin? Tunjuk kepada ayah!”
“Armin lihat di sana tadi, ayah. Tapi, sekarang ia
sudah hilang!” jelas Armin sambil menunjuk ke suatu
arah. Wajahnya pucat lesi.
Maimon turut mendengar apa yang dikatakan oleh
anak lelakinya. Dia benar-benar berasa bimbang dan
susah hati memikirkan perkara itu.
“Takkan rumah kita ada toyol, Armin?” tanya
Maimon pula.


“Benar, emak! Armin kenal betul rupa toyol!”
Kini, Maimon merasakan apa yang dibimbang-
kannya menjadi kenyataan. Rupa-rupanya, bunyi yang
didengarnya bukannya tikus. Tetapi, seekor toyol.
“Setahu saya, kalau toyol masuk ke rumah tentu
hendak mengambil wang. Tapi, kita bukan orang senang,
bang? Mana ada wang yang hendak diambilnya?” tanya
Maimon kepada suaminya dengan sangsi.
Din Bajur tidak menafikan kata-kata isterinya. Ada
benarnya. Bagaimanapun, dia sendiri sedar, toyol itu
bukan mahu mengambil wang dalam rumahnya. Seba-
liknya, toyol itu hanya menunggu arahan daripadanya
untuk mengambil wang daripada rumah orang lain.
“Aku harap isteri aku tidak tahu akan hal ini,” kata
Din Bajur dalam hati.
“Mungkin orang yang membela toyol itu menyang-
kakan kita ada menyimpan banyak wang, Maimon. Sebab
itu disuruh toyol belaannya mengambil wang di rumah
kita,” jelas Din Bajur membuat helah.
Maimon dapat menerima alasan itu. Namun, dia
berasa ragu-ragu apabila melihatkan reaksi suaminya.
Dia tiba-tiba bertanya, “Saya lihat, abang seperti tidak
cemas apabila mengetahui toyol telah masuk ke dalam
rumah kita? Sepatutnya, abang cemas dan bersungguh-
sungguh mencari toyol itu dan menangkapnya?”


Din Bajur terkejut juga. Dia tidak menduga isterinya
akan bertanya seperti itu. Untuk menghilangkan rasa
sangsi dalam hati isterinya, Din Bajur berkata, “Macam
mana abang nak cemas, Maimon. Armin kata, dia nam-
pak toyol. Tapi, sekarang makhluk ganjil itu tidak keliha-
tan. Abang ragu-ragu pula, adakah betul Armin melihat
toyol sebentar tadi?”
“Takkan abang tidak percaya kata-kata anak sen-
diri?” tanya Maimon dengan wajah serius.
“Betul, ayah! Armin lihat memang toyol telah masuk
rumah kita!” kata Armin itu cuba menyakinkan.
Din Bajur cuba menunjukkan kesungguhannya. Dia
berpura-pura membuka pintu hadapan rumah untuk
memastikan, kalau-kalau ternampak toyol yang dikata-
kan oleh anaknya, Armin. Namun, malam terlalu gelap.
Dia tidak nampak apa-apa pun.
“Jangan bimbang! Ayah yakin toyol itu takkan berani
datang ke sini lagi,” jelas Din Bajur untuk menyenangkan
hati anak-anak dan isterinya.
Pada saat itu, Din Bajur merasakan dia telah
melakukan tindakan yang betul untuk merahsiakan
rancangannya.
“Kalau rahsia ini terbongkar hancur harapan aku
untuk mendapat wang yang banyak,” kata Din Bajur
dalam hati.


Setelah menutup pintu itu semula, Din Bajur ber-
kata kepada isteri dan anak-anaknya, “Masuk tidur se-
mula. Ayah akan pastikan toyol itu takkan datang lagi
mengganggu kita sekeluarga.”
Sebenarnya, Din Bajur terpaksa berkata seperti itu
dengan harapan semua ahli keluarganya cepat tidur dan
cepat lena. Kalau tidak, pasti rancangan yang telah dia-
tur pada malam itu akan gagal.
“Kalau tidak dapat dilakukan, tentu malam ini aku
takkan mendapat wang,” kata Din Bajur berasa bim-
bang.
Sebelum masuk tidur, Armin pergi menyalin selu-
arnya kerana dia tidak sempat buang air kecil di tandas
sebentar tadi. Setelah itu, dia bersama adik-beradiknya
yang lain terus masuk tidur.
Maimon juga telah masuk ke biliknya. Kini rasa
mengantuknya berkurangan kerana memikirkan anca-
man toyol dan makhluk-makhluk jahat. Dia mengharap-
kan selepas ini tidak akan berlaku sebarangan ancaman
yang membimbangkan.
Bagaimanapun, beberapa minit berlalu Maimon be-
rasa ragu-ragu kerana suaminya tidak masuk ke bilik dan
menyambung semula tidur. Kemudian, Maimon bangkit
dari tempat tidurnya dan keluar dari bilik untuk memasti-
kan, apakah yang sedang dilakukan oleh suaminya?


“Bang! Kenapa abang tidur di tempat rehat itu?
Kenapa tidak masuk dalam bilik?” tanya Maimon perla-
han-lahan.
Din Bajur terkejut sedikit. Dia memandang isterinya
dengan perasaan kurang senang. Sangkaannya isteri-
nya sudah terlena dan tidak akan datang mencarinya
di situ.
“Maimon! Abang terpaksa tidur di sini. Abang kena
menjaga keselamatan rumah agar toyol tadi takkan da-
tang lagi masuk rumah kita,” jelas Din Bajur memberikan
alasan. Dia menyuruh isterinya masuk dan tidur semula.
Maimon dapat menerima kata-kata suaminya. Dia
masuk dan pergi ke katil lalu baring di situ.
Kira-kira sejam kemudian, Din Bajur mendapati
isterinya benar-benar telah tidur dengan lena. Begitu
juga semua anak-anaknya. Ketika itu, Din Bajur berasa
lega kerana dia sudah boleh melakukan rancangannya.
“Pasti toyol itu sentiasa berada di sekitar rumah
aku,” kata Din Bajur di dalam hati. Dia memandang
sekeliling, namun tidak pula melihat makhluk ganjil
tersebut.
Secara senyap-senyap penduduk kampung itu
keluar dari rumah dan berdiri dalam kawasan gelap.
Kemudian, perlahan-lahan dia berkata, “Yipok! Di mana


kamu? Tentu kamu dengar suara saya memanggil nama
kamu?”
Namun, toyol yang diharapkan oleh Din Bajur tidak
muncul. Tanpa berputus asa, Din Bajur memanggil toyol
itu beberapa kali.
Tiba-tiba, Din Bajur terperanjat kerana dia merasa-
kan ada seseorang memegang bahagian betis kaki
kirinya. Cepat-cepat Din Bajur memandangnya. Dia
melihat yang memegang itu ialah toyol miliknya.
“Bagus, Yipok! Kamu datang tepat pada masanya.
Sekarang sudah tiba masanya kamu melakukan ranca-
ngan saya malam ini,” kata Din Bajur kepada toyol itu.
“Tuan! Saya sedia lakukan. Katakanlah, rumah
siapakah tuan mahu saya pergi mengambil wang?”
tanya toyol itu.
“Yipok! Di kampung ini ada seorang penduduk kam-
pung bernama Haji Darus. Dia banyak harta kekayaan-
nya. Sekarang kamu pergi ke rumahnya dan mengambil
sedikit wang!”
Toyol itu menurut arahan yang diberikan. Walau-
pun, ia tidak mengenali semua penduduk di kampung
itu, namun ia boleh mencari mangsa-mangsanya
dengan mudah. Tanpa berlengah lagi, ia segera beredar
dari situ dan menghilang dalam kawasan gelap dan tidak
kelihatan lagi.


Din Bajur berasa senang hati. Dia yakin makhluk
ganjil itu mampu melaksanakan kehendaknya yang
diatur dengan rapi.
“Sekurang-kurangnya Yipok akan membawa pu-
lang kira-kira tiga ribu ringgit malam ini,” kata Din Bajur
dengan penuh harapan.
Din Bajur terus berada dalam gelap. Dia percaya
sejam kemudian toyol itu akan pulang dan membawa
wang yang banyak.
Toyol itu telah pergi ke rumah Haji Darus. Ia tidak
menghadapi masalah untuk mencarinya. Seolah-olah,
toyol itu mempunyai kuasa luar biasa untuk menge-
nali penduduk-penduduk kampung yang bakal menjadi
mangsanya.
Ketika itu, keadaan malam amat gelap dan ramai
penduduk kampung telah masuk tidur. Toyol yang se-
dang menjalankan kehendak Din Bajur semakin meng-
hampiri rumah Haji Darus.
Tidak berapa jauh dari rumah Haji Darus terdapat
sebuah keluarga Cina. Mereka telah lama menjadi jiran
keluarga Haji Darus. Ketua keluarga Cina itu bernama
Chan Seng Tong. Dia menjalankan perniagaan kedai
runcit.
Tanpa diduga pada malam itu seekor anjing yang


dibela oleh Chan Seng Tong telah melihat seekor makhluk
ganjil cuba memasuki rumah Haji Darus melalui sebuah
lubang kecil. Apalagi, anjing itu telah menyalak panjang
membuatkan malam itu amat bising.
Apa yang terjadi menghairankan Chan Seng Tong.
Begitu juga isterinya. Mereka tertanya-tanya, kenapa
anjing yang selalu menjaga keselamatan kawasan rumah
mereka menyalak panjang malam itu?
“Apakah ada orang hendak mencuri di kedai kita,
bang?” tanya isteri peniaga itu berasa bimbang.
“Mungkin juga, Mai Ong,” duga Chan Song Teng.
Tanpa berlengah Chan Seng Tong pergi mem-
buat intipan kalau-kalau ada orang masuk ke kawasan
rumahnya. Dia membawa lampu suluh serta sebilah
senjata menyerupai pedang.
Seorang anak lelaki Chan Seng Tong yang beru-
sia lima belas tahun turut mengekori bapanya. Dia akan
membantu bapanya, jika ada musuh cuba bertindak.
“Bapa! Kenapa Lessi asyik menyalak ke arah ru-
mah Pak Haji Darus? Mungkin dia nampak, ada orang
hendak mencuri di rumah jiran kita itu.” beritahu Chan
Wong Hai kepada bapanya.
Chan Seng Tong hairan juga. Dia melihat cara an-
jingnya itu menyalak, seolah-olah tidak ada sesiapa pun


datang menceroboh ke kawasan tempat tinggal keluar-
ganya.
“Mungkin betul apa yang kamu katakan, Wong Hai.
Mari kita ke rumah Haji Darus. Kalau betul ada orang
hendak mencuri di rumah itu, kita boleh membantu ke-
luarga jiran kita itu,” cadang Chan Seng Tong
Tanpa membuang masa anak-beranak itu segera
ke rumah jiran mereka itu. Mereka berjalan agak pan-
tas. Ketika itu anjing peliharaan Chan Seng Tong masih
menyalak dan keadaan wajahnya anat garang. Sesiapa
sahaja akan diterkamnya kalau berani menghampiri.
Pada masa itu toyol itu telah masuk ke dalam ru-
mah Haji Darus. Seluruh tubuhnya menggeletar ketaku-
tan kerana anjing itu telah menyalak apabila melihatnya
cuba masuk ke dalam rumah itu.
Toyol itu merasakan, rancangannya pada malam itu
hampir gagal kerana gangguan seekor anjing. Setelah
berada di dalam rumah itu, ia tidak segera mencari di
manakah wang yang disimpan dalam rumah itu? Seba-
liknya, ia bersembunyi sejenak kerana mahu meredakan
perasaan takutnya.
Tidak lama selepas itu, isteri Haji Darus yang se-
dang tidur di dalam bilik utama telah terjaga kerana
terdengar salakan anjing. Hati kecilnya tertanya-tanya,


kenapakah anjing itu menyalak di tengah malam?
“Itu tentu anjing kepunyaan Tauke Seng Tong.
Mungkinkah ada orang mahu mencuri di kedainya? Boleh
jadi juga?” tanya Hajah Zakiah kepada dirinya. Dia turut
bimbang kalau-kalau ada orang berniat mahu mencuri di
dalam rumahnya juga pada malam itu.
Oleh sebab bimbang memikirkan perkara itu, Hajah
Zakiah segera mengejutkan suaminya yang sedang tidur
di sebelahnya. Setelah digoyang bahu suaminya bebera-
pa kali, Haji Darus terjaga dari tidur.
“Kenapa kamu kejutkan abang, Zakiah?” tanya Haji
Darus yang masih dalam keadaan mengantuk. Beberapa
kali dia menguap.
“Mungkin ada orang hendak mencuri di kawasan
ini, bang haji. Zakiah dengar anjing Tauke Seng Tong
asyik menyalak saja. Tidak henti-henti!” beritahu Hajah
Zakiah dengan wajah serius.
Apabila mendengarkan penjelasan itu membuat-
kan mata Haji Darus terbuka luas. Kini, dia tidak rasa
mengantuk lagi. Dia cepat-cepat mengambil senapang
patah yang disimpannya di dalam bilik itu juga.
Setelah itu, Haji Darus segera bergegas keluar dari
bilik. Dia benar-benar mahu melihat, kenapakah anjing
Chan Seng Tong menyalak panjang? Apabila pintu


hadapan rumahnya dibuka, dia melihat peniaga kedai
runcit itu datang ke rumahnya bersama anak lelakinya.
“Seng Tong! Adakah kedai kamu dimasuki pencuri?
Saya dengar anjing kamu menyalak panjang?” tanya Haji
Darus.
“Tidak, pak haji! Kedai saya tidak dimasuki pencuri.
Saya ke sini kerana sangkakan rumah pak haji dimasuki
pencuri? Sebab anjing saya menyalak panjang dan me-
mandang ke rumah pak haji,” jawab Chan Seng Tong
kehairanan.
“Eh, rumah saya tiada apa-apa yang berlaku?
Tidak ada pencuri?” jelas Haji Darus. Dia kehairanan
kerana mendapat tahu, anjing peniaga itu menyalak ke
arah rumahnya.
Kedua-dua penduduk kampung itu berasa susah
hati. Mereka belum dapat memastikan, apakah yang
terjadi sebenarnya?


BAB : 7

Malam Debaran

S
udah sepuluh minit, Chan Seng Tong dan anak
lelakinya pulang. Tetapi, suara anjing menyalak
masih kedengaran, memecah kesepian malam.
Haji Darus berasa ragu-ragu, dan tertanya-tanya, sebab
anjing itu menyalak.
“Tentu ada sebab-sebabnya?” kata Haji Darus da-
lam hati.
Penduduk kampung berusia enam puluh tahun itu
berasa bimbang juga sekiranya ada orang yang sedang
bersembunyi di dalam gelap sehingga sukar dia melihat-
nya. Dia percaya apa yang difikirkannya boleh berlaku.
“Sekarang ramai orang mahu hidup senang dengan
melakukan kerja-kerja yang hina dan tidak bermoral,”
kata Haji Darus di dalam hati. Baginya, orang seperti ini
kalau mereka banyak wang pun tidak ada keberkatan.


Sebentar kemudian, Haji Darus terfikirkan sesuatu.
Dia segera masuk ke dalam bilik untuk melihat peti sim-
panan wangnya. Dia mengharapkan, tidak ada sebarang
perkara tidak diingini berlaku.
Apabila pintu peti itu terbuka Haji Darus kelihatan
tenang. Dia merasakan semua wang yang disimpan da-
lam peti itu tentu cukup semuanya.
“Kalau pencuri masuk dalam rumah aku dan mahu
mengambil wang dalam peti ini, tentu ada kesan dipecah-
kan. Tapi, aku lihat, peti ini dalam keadaan baik. Tidak
ada rosak sedikit pun,” kata Haji Darus kepada dirinya.
Bagaimanapun, Haji Darus tiba-tiba berasa tidak
sedap hati kerana terfikirkan sesuatu. Dia segera
mengeluarkan semua wang yang ada kerana hendak
mengiranya, apakah cukup semuanya?
Hajah Zakiah berasa sangsi apabila melihat keadaan
suaminya pada masa itu. Dia lalu bertanya, “Kenapa
abang mengira semua wang itu? Apakah abang menge-
syaki sesuatu telah berlaku?”
“Abang tiba-tiba saja berasa tidak sedap hati,
Zakiah. Abang khuatir kalau-kalau wang simpanan ini
berkurangan pula,” jelas Haji Darus. Dia ingat lagi, ba-
ru-baru ini dia telah memasukkan wang di dalam peti itu
sebanyak sepuluh ribu ringgit. Semua wang itu adalah


hasil menjual getah-getah keping serta bayaran sewa
rumah yang diterimanya.
Hajah Zakiah tidak berkata apa-apa. Dia juga
berminat hendak mengetahui, apakah wang simpanan
suaminya cukup semuanya? Dia melihat suaminya ber-
sungguh-sungguh mengira semua wang itu.
Kemudian, Hajah Zakiah mendengar suaminya
bagaikan orang terperanjat besar dan mengeluh. Dia
kehairanan dan bertanya, “Kenapa, bang? Apa yang
berlaku?”
“Wang yang abang simpan kurang tiga ribu ring-
git, Zakiah? Sebenarnya, abang simpan dalam peti ini
sebanyak sepuluh ribu ringgit!” jelas Haji Darus dengan
perasaan susah hati serta kesal.
“Takkan boleh hilang, bang haji? Saya lihat, peti
itu tidak ada kesan dibuka orang? Takkan ada pencuri
masuk ke dalam rumah dan membukanya dengan meng-
gunakan anak kunci yang abang sembunyikan?” tanya
Hajah Zakiah dengan wajah serius.
“Inilah yang abang hairankan, Zakiah. Patutlah
anjing Seng Tong menyalak malam ini. Memang ada
pencuri masuk ke rumah kita,” jelas Haji Darus.
Hajah Zakiah terfikirkan sesuatu lalu dia berkata,
“Mungkin toyol yang melakukannya, bang? Setahu saya,


anjing boleh melihat toyol kalau berjalan pada waktu
malam.”
Haji Darus dapat menerima pendapat isterinya. Dia
merasakan begitu juga. Dalam hati kecilnya tertanya-
tanya, kalau betul toyol telah mencuri wang dalam peti
simpanan itu, siapa yang membelanya.
Haji Darus tahu, toyol tidak akan datang mencuri
wang simpanan penduduk kampung kalau tidak ada
orang tertentu yang menyuruhnya. Orang itu dianggap
sebagai tuan pemilik toyol.
Kini, Haji Darus tidak boleh duduk diam kerana
wang simpanannya telah kehilangan sebanyak tiga ribu
ringgit. Dia terniat hendak ke balai polis untuk mem-
buat laporan. Bagaimanapun, disebabkan di luar ru-
mah masih gelap Haji Darus berasa serba salah untuk
melakukan rancangannya itu.
Hajah Zakiah mencadangkan agar suaminya mene-
lefon pihak polis dan memberitahu tentang kecurian yang
berlaku. Namun, Haji Darus berasa serba salah pula.
“Kalau pihak polis bertanya, takkan abang hendak
beritahu, kita syak toyol yang melakukannya?” jelas Haji
Darus sambil menarik nafas.
“Kita tidak perlu beritahu, bang. Biar pihak polis
menjalankan siasatan. Orang ataupun toyol yang


melakukannya pasti akan diketahui setelah pihak po-
lis menjalankan siasatan bersungguh-sungguh!” jelas
Hajah Zakiah.
Haji Darus merasakan apa yang dikatakan oleh
isterinya ada benarnya. Tanpa berlengah lagi, dia tele-
fon yang diletakkan di dalam rumah itu. Beberapa minit
kemudian, dia telah menghubungi pihak polis dan mem-
beritahu tujuannya yang sebenar.
Ternyata pihak polis mengambil berat tentang
laporan yang baru mereka terima. Mereka mendapat
tahu seorang penduduk di Kampung Seri Balam bernama
Haji Darus dan keluarga telah menjadi mangsa samun di
rumah mereka. Oleh sebab laporan itu diterima pada
waktu tengah malam, pihak polis berjanji akan datang
melakukan siasatan pada keesokan harinya.
Walaupun pihak polis tidak dapat datang pada
malam itu, namun Haji Derus tidak boleh duduk diam.
Bermacam-macam perkara bermain dalam fikirannya
pada masa itu. Hati kecilnya masih tertanya-tanya, sia-
pakah sebenarnya yang telah mengambil dan mencuri
wang tiga ribu ringgit di dalam peti simpanan di bi-
liknya?
“Pencuri ataupun toyol?” tanya Haji Darus dalam
hati.


Pada malam itu juga Haji Darus telah pergi ke
rumah lelaki Cina yang menjadi jirannya itu. Ketika itu
banyak yang hendak ditanyakannya kepada lelaki Cina
itu.
“Kenapa pak haji datang ke sini? Rumah pak haji
dimasuki pencuri?” tanya Chan Seng Tong dengan wajah
serius.
“Seng Tong! Wang simpanan saya hilang. Saya
tidak pasti, siapa yang mengambilnya. Pencuri ataupun
toyol!”
Chan Seng Tong terkejut juga mendengar berita
itu. Dia seperti tidak apabila Haji Darus menyebut per-
kataan toyol.
“Pak haji syak toyol telah masuk ke rumah pak haji
dan mengambil wang di dalam peti simpanan?” tanya
Chan Seng Tong dengan wajah serius.
“Ya! Saya syak toyol kerana peti simpanan wang itu
tidak ada kesan dipecah ataupun dibuka dengan kuat.
Sebab itulah saya syak toyol yang melakukannya,” jelas
Haji Darus dengan tegasnya.
Chan Seng Tong susah hati juga apabila memikir-
kan perkara itu. Fikirnya, kalau toyol boleh mencuri wang
di dalam rumah jirannya itu, pasti pada masa yang lain
toyol yang sama akan datang mencuri wang simpanan di
dalam rumahnya pula.


Apabila Chan Seng Tong menyatakan kebimbangan-
nya itu, Haji Darus menjelaskan, “Kamu jangan bimbang,
Seng Tong. Setahu saya toyol tidak akan masuk rumah
orang bukan Islam!”
Chan Seng Tong berasa lega sedikit kerana dia dan
keluarganya mungkin tidak akan menjadi mangsa anca-
man toyol. Namun, ada kesangsian dalam dirinya lalu
dia bertanya, “Kenapa begitu pula, Pak haji? Tentu ada
sebabnya?”
“Saya pun tidak pasti, Seng Tong. Saya hanya
dengar cakap-cakap orang ramai mengenai perkara
ini,” jelas Haji Darus.
Ketika itu Haji Darus terfikirkan sesuatu lalu dia ber-
kata, “Mungkin anjing kamu telah melihat toyol itu masuk
ke rumah saya. Sebab itulah ia menyalak panjang.”
“Saya fikir begitu juga, pak haji. Sebab itulah saya
suka bela anjing. Boleh menjaga keselamatan rumah
kita,” jelas Chan Seng Tong.
Haji Darus tidak menafikan kata-kata jirannya itu.
Bagaimanapun, dia tidak akan menjelaskan, kenapakah
orang Melayu tidak membela anjing?
Din Bajur pula pada malam itu terus tertunggu-
tunggu kepulangan toyol yang sedang menjalankan


rancangannya. Dia yakin, sebentar lagi toyol itu akan
pulang dengan membawa wang yang banyak.
Ketika itu Din Bajur terus berada dalam gelap. Dia
tidak mahu masuk ke dalam rumah dan yakin, isteri
serta semua anaknya sudah terlena. Mereka tidak akan
mengetahui apa yang sedang dilakukannya pada malam
itu.
Tidak lama selepas itu Din Bajur berasa gembira
kerana melihat toyol yang dinantikannya itu telah mun-
cul dan menghampirinya. Din Bajur melihat toyol itu
membawa satu buntil. Din Bajur tahu, di dalamnya pasti
mengandungi wang yang diharapkannya.
Tidak sabar-sabar lagi Din Bajur hendak mengam-
bil buntil yang berisi wang itu. Bagaimanapun, toyol itu
cuba menghalangnya.
Din Bajur terperanjat dan wajahnya menjadi
masam. Dia tidak menduga toyol itu akan bertindak
sedemikian rupa.
“Yipok! Kenapa kamu tidak mahu serahkan semua
wang itu kepada saya? Bukankah saya ini tuan kamu
yang baru?” tanya Din Bajur dengan wajah serius.
Dia merasakan, toyol itu tidak setia kepadanya.
“Saya akan serahkan semua wang ini kepada tuan.
Tapi, tuan kena berjanji,” jelas toyol itu mengingatkan.


“Apakah maksud kamu, Yipok? Katakan kepada
saya?” tanya Din Bajur. Dia memandang tajam muka
toyol itu.
“Tengah malam ini saya mahukan habuan saya.
Nenek tua pernah beritahu tuan akan hal ini,” jelas toyol
itu. Ia menyeringai menunjukkan gigi-giginya yang tajam
serta menyeramkan.
Din Bajur menjadi susah hati. Dia tahu habuan yang
dikehendaki oleh makhluk ganjil itu. Mahu tidak mahu dia
terpaksa menunaikannya. Dia sedar sesuatu yang buruk
akan menimpa dirinya dan keluarganya kalau dia tidak
melaksanakan.
Melihat tuan barunya tidak menjawab, toyol itu
berkata, “Tentu tuan dapat berikan habuan yang saya
harapkan.”
Din Bajur masih tidak dapat memberikan jawapan.
Ketika itu dia terbayang-bayangkan toyol itu sedang
menghisap darah ibu jari kaki kanannya. Amat ngeri apa-
bila dia memikirkannya.
Kalau selalu begini, bukan saja badan aku boleh
menjadi kurus. Malah, aku juga akan cepat menemui
ajal,” kata Din Bajur kepada dirinya. Dia sedar kalau dia
tidak sanggup melakukan pasti toyol itu tidak akan setia
kepadanya lagi.


Kini, toyol itu seperti tidak sabar-sabar lagi
menerima habuannya. Apabila memikirkan darah-darah
manusia yang menyelerakan, ia berkata, “Ambillah
semua wang ini. Malam ini saya hanya mahukan habuan
saya!”
Din Bajur tidak berkata apa-apa. Dia segera
mengambil buntil yang berisi wang itu kerana tidak
sabar-sabar hendak mengetahui jumlahnya.
Kemudian, dia melihat toyol itu pergi beredar dari
situ. Namun, Din Bajur tidak pula bertanya ke manakah
dia hendak pergi sebenarnya?
Cepat-cepat penduduk kampung itu masuk ke da-
lam rumah. Kemudian dia menyorokkan buntil itu di be-
lakang sofa di ruang tengah rumah. Dia tidak mahu isteri
dan anak-anaknya melihat bahawa dia telah mendapat
wang yang banyak pada malam itu.
Apabila melihatkan isteri dan anak-anaknya su-
dah tidur nyenyak, Din Bajur segera mengeluarkan
wang-wang itu dan bersungguh-sungguh mengiranya.
Semuanya wang kertas lima puluh ringgit. Dikiranya
sehelai demi sehelai.
Din Bajur mengetahui semua wang itu adalah se-
banyak tiga ribu ringgit. Baginya terlalu banyak. Dia
memuji-muji kelincahan toyol itu.


“Tidak sia-sia aku menerimanya menjadi budak su-
ruhan aku yang setia,” kata Din Bajur kepada dirinya.
Pada pendapatnya, kalau selalu beg itu dia boleh men-
jadi kaya-raya dalam masa yang singkat.
Tidak lama selepas itu, penduduk kampung itu men-
dengar loceng usang di rumah itu berbunyi dua kali. Ini
menandakan hari semakin larut malam dan pada masa
itu sudah pukul dua pagi.
Tiba-tiba sahaja Din Bajur terasa amat mengantuk
dan benar-benar hendak masuk tidur. Din Bajur ke-
hairanan juga. Walaupun wang begitu banyak di
tangannya, namun dia seperti tidak gembira memikir-
kannya ketika itu.
“Mungkinkah sudah sampai masanya, aku terpak-
sa menyerahkan ibu jari kaki kanan aku untuk toyol itu
menghisap darah?” tanya Din Bajur dalam hati.
Oleh sebab bimbang memikirkan perkara itu, Din
Bajur membuat keputusan tidak mahu menunaikan ke-
hendak toyol tersebut.
“Aku akan katakan kepadanya, malam ini badan
aku tidak berapa sihat kerana berembun pada malam
hari. Tentu dia percaya,” kata Din Bajur kepada dirinya.
Ketika itu dia merasakan matanya semakin mengantuk
dan benar-benar hendak tidur.


Dalam keadaan sedemikian rupa, Din Bajur sempat
berfikir, di manakah dia hendak tidur pada malam itu. Dia
tentu tidak mahu, makhluk ganjil itu mengganggu isteri
dan anak-anaknya.
Din Bajur membuat keputusan baring di ruang
tengah rumah. Dia yakin isterinya tidak sedar apa yang
berlaku ke atas dirinya pada malam itu.
Baru beberapa minit berbaring di situ, Din Bajur
telah terlena. Dia tidak mengetahui, apa-apa lagi yang
berlaku di sekitarnya. Ketika itu, toyol itu melihat tuan
barunya itu yang sedang bersembunyi di suatu tempat.
Secara senyap-senyap dia menghampirinya. Matanya
yang bulat dan merah menyala, memandang tajam ke
arah ibu jari kaki kanan manusia yang bakal menjadi
mangsanya..
Pada saat itu beberapa kali makhluk ganjil itu
menjelirkan lidahnya dan menelan air liur kerana me-
mikirkan keenakan darah manusia yang akan dihisapnya
sebentar lagi.
Din Bajur pula semakin nyenyak tidur. Sampai dia
bermimpi telah menjadi orang kaya yang banyak wang.
Tiba-tiba, dia terasa kaki kanannya sakit. Serta-merta
dia terjaga dari tidur.


Melihatkan apa yang berlaku Din Bajur benar-
benar terperanjat dan cemas. Dia melihat toyol yang
menjadi budak suruhannya sedang menghisap ibu jari
kaki kanannya. Sebab itu dia merasa sakit.
Cepat-cepat penduduk kampung itu menarik kaki
kanannya itu dengan kuat. Dia cuba menunjukkan ke-
marahannya.
Bagaimanapun, Din Bajur cuba berkata dengan
lembut, “Yipok! Malam ini badan saya tidak berapa
sihat!”
Toyol itu berasa kurang senang. Dia berkata sam-
bil menyeringai, “Saya tidak peduli. Malam ini saya telah
lakukan kehendak tuan. Sekarang saya amat lapar dan
mahukan makanan!”
Din Bajur menjadi cemas mendengarkan kata-kata
itu. Dia tetap dengan keputusannya. Kemudian dia men-
dengar toyol itu berkata, “Kalau tuan tidak dapat laku-
kan, saya akan hisap darah di ibu jari kaki isteri tuan.
Kalau tidak, badan saya akan menjadi lemah tidak ber-
maya!”
Din Bajur bertambah cemas. Dia tidak akan mem-
benarkan toyol itu melakukannya. Dia amat sayangkan
isterinya dan tidak mahu isterinya diapa-apakan.
“Tidak! Saya takkan benarkan. Jangan ganggu
isteri saya!” kata Din Bajur dengan keras.


Namun, toyol itu tetap hendak melakukan juga. Ke-
tika itu ia benar-benar kelaparan. Ia merasakan telah
menjalankan tugasnya dengan baik. Oleh itu, ia mesti
mendapat habuannya.


BAB : 8

Tuntut Habuan

M
alam itu toyol itu benar-benar mengamuk dan
menjadi ancaman. Ia tersangat marah kerana
tuan barunya mungkir janji. Oleh sebab diri-
nya hendak dibinasakan dengan sebilah keris yang
dikatakan beracun, toyol itu membuat keputusan pergi
menemui tuannya yang asal pada malam itu juga.
Dengan wajah sedih, hampa, kesal dan marah toyol
itu meredah kegelapan malam. Menuju ke kawasan gu-
nung di tengah-tengah hutan. Tempat perempuan tua
itu bertapa. Ketika itu, toyol itu berasa terlalu kesal atas
apa yang berlaku.
Apabila sampai di sebuah gua di kaki gunung, toyol
itu segera memasukinya. Ketika itu kelopak mata dan
pipinya sudah basah oleh air mata. Tidak lama selepas


itu, ia telah berada di hadapan perempuan tua ter-
sebut.
Baru sahaja toyol itu hendak menyatakan sesuatu,
ia mendengar perempuan tua itu berkata, “Nenek tahu,
apa yang berlaku sebenarnya. Nenek berasa kasihan
kepada kamu. Manusia itu tidak boleh dipercayai dan
dia patut menerima hukuman daripada nenek!”
“Benar, nenek! Manusia itu telah mungkir janji.
Cucu telah melakukan kehendaknya. Tapi, dia tidak
memberikan habuan yang pernah dijanjikannya,” kata
toyol itu dengan wajah sedih.
Bagaimanapun, perempuan tua itu tidak mahu
bertindak terburu-buru. Sebaliknya, dia berkata, “Cucu!
Pergilah kamu kepada tuan baru kamu itu semula. Nenek
akan memberikan peringatan kepadanya agar dia tunai-
kan janjinya!”
“Manusia itu tentu tidak mahu melakukannya,
nenek!” kata toyol itu berasa bimbang.
“Ikut cakap nenek ini, cucu. Dia tentu akan menu-
ruti kata-kata nenek,” kata perempuan tua itu dengan
tegasnya.
Oleh sebab perempuan tua itu bersungguh-sung-
guh mendesak, toyol itu terpaksa akur. Dia segera ke-
luar dari gua dan beredar pergi. Sekali lagi ia meredah


kegelapan malam dan kembali ke Kampung Seri Balam
semula.
Ketika itu Din Bajur berasa lega dan senang hati
kerana toyol itu tidak kelihatan lagi. Dia merasakan, toyol
itu terlalu kecewa dan merajuk kerana tidak mendapat
habuan yang diharapkan.
“Mungkin selepas ini aku kena mencari toyol di
tempat lain pula. Kalau tidak, selama-lamanya aku tidak
akan menjadi kaya,” kata Din Bajur di dalam hati.
Bagaimanapun, tidak lama selepas itu Din Bajur
terkejut dan berasa kurang senang kerana melihat toyol
itu muncul secara tiba-tiba. Dia percaya makhluk ganjil
itu mahukan habuannya sekali lagi.
“Kenapa kamu datang semula? Saya takkan beri
apa yang kamu mahukan!” kata Din Bajur dengan te-
gasnya.
Tiba-tiba, kedengaran suara ghaib berkata, “Din
Bajur! Kamu jangan mungkir janji! Nanti kamu akan
binasa. Kamu dan keluarga akan menyesal!”
Din Bajur menjadi cemas tidak terkata. Dia tahu
yang berkata-kata itu ialah perempuan tua yang bertapa
di dalam gua di kaki gunung itu.
Hal ini membuatkan Din Bajur menjadi cemas dan


susah hati. Dia bimbang perempuan tua yang mempu-
nyai ilmu jahat itu betul-betul melakukan apa yang dika-
takannya.
“Tapi, malam ini badan saya tidak berapa sihat!”
kata Din Bajur memberikan alasan.
“Kamu kena lakukan juga. Kalau tidak, Yipok men-
jadi lemah kerana kelaparan!” kata suara ghaib itu.
Din Bajur benar-benar susah hati. Dia tentu tidak
sanggup dibinasakan oleh perempuan tua itu. Dia juga
tidak sanggup melihat isterinya menjadi mangsa toyol
itu. Begitu juga anak-anaknya.
Setelah suara perempuan tua itu mendesak be-
berapa kali, Din Bajur terpaksa melakukannya. Dia
segera baring atas lantai dan menjulurkan ibu jari kaki
kanannya untuk dihisap oleh toyol yang berada tidak
berapa jauh darinya.
Apabila melihat keadaan tuan barunya itu, toyol itu
segera menghampiri. Dia memandang ibu jari kaki kanan
penduduk kampung itu dan tidak sabar-sabar lagi hen-
dak menghisapnya.
Kemudian, Din Bajur terasa sakit. Dia melihat toyol
itu sedang menghisap ibu jari kaki kanannya dengan
gelojoh.
Din Bajur bersungguh-sungguh menahan


kesakitan. Dia sedar makhluk ganjil itu terlalu berselera
menghisap darahnya.
Oleh sebab tidak dapat lagi menahan kesakitan,
Din Bajur berkata dengan keras, “Cukuplah! Berapa
banyak kamu hendak hisap darah saya? Nyawa saya
boleh terancam!”
Toyol itu terpaksa melepaskan ibu jari kaki tuannya
itu. Kini dia berasa puas kerana telah mendapat habuan-
nya dan tidak lapar lagi.
Dalam keadaan menahan kesakitan, Din Bajur ber-
kata, “Ingat! Kamu telah menerima habuan. Oleh itu,
kamu mesti setia kepada saya dan lakukan apa saja
yang saya suruh!”
Toyol itu menyeringai mendengarkan kata-kata
tuan barunya itu. Ia akan setia dan sedia pergi men-
curi wang penduduk kampung selepas ini nanti. Ba-
gaimanapun, ia tetap mahukan habuan-habuan yang
dijanjikan.
Malam itu, Din Bajur tidak boleh lagi melelapkan
mata hingga menjelang pagi. Dia masih berusaha me-
nahan kesakitan. Oleh sebab ibu jari kaki kanan itu luka
dan masih mengeluarkan darah akibat gigitan toyol, Din
Bajur telah membasuhnya dan membalutnya dengan
kain. Pada masa itu di rumahnya tiada ubat ataupun
minyak untuk luka.


Keesokannya, isteri Din Bajur terperanjat dan ke-
hairanan kerana melihat salah satu ibu jari kaki suami-
nya berbalut. Dia menyangkakan, mungkin ibu jari kaki
suaminya itu terkena gigitan lipan ataupun serangga-
serangga berbisa.
“Abang! Kenapa ibu jari kaki abang itu? Saya lihat,
berbalut? Adakah digigit lipan?” tanya Maimon dengan
wajah serius.
Din Bajur terpaksa merahsiakannya. Dia tentu tidak
akan memberitahu, ibu jari kaki kanannya luka kerana
digigit dan dihisap oleh toyol.
“Kalau isteri aku tahu hal yang sebenar, pasti dia
cemas dan ketakutan,” kata Din Bajur kepada dirinya.
Pada pagi itu walaupun dia masih menahan ke-
sakitan, namun ada perasaan puas dan gembira di da-
lam diri Din Bajur. Hal ini kerana dia telah memiliki wang
sebanyak tiga ribu ringgit. Ketika itu Din Bajur tidak
berasa bersalah serta simpati kepada Haji Darus yang
menjadi mangsanya yang pertama.
Sejak itu Din Bajur memikirkan, selepas ini siapa
pula yang bakal menjadi mangsanya yang kedua. Dalam
diam-diam dia sedang memikirkan beberapa orang kaya
yang tinggal di kampung itu.


“Mereka semua tentu akan menjadi mangsa aku
suatu hari nanti,” kata Din Bajur kepada dirinya.
Tidak lama selepas itu, Din Bajur melihat isterinya
menghampirinya. Dengan wajah muram dia berkata,
“Abang! Kaki abang sakit. Tentu abang tidak boleh mem-
buat sebarang kerja. Tapi, barang-barang makanan di
rumah kita telah habis. Macam mana saya hendak me-
masak?”
Din Bajur kelihatan tenang apabila mendengarkan
kata-kata itu. Tiba-tiba, dia menghulurkan wang kertas
lima puluh ringgit kepada isterinya itu.
“Ambil wang ini. Suruh anak-anak kita pergi ke ke-
dai untuk membeli barang-barang makanan. Suruh juga
anak kita itu beli roti dan majerin kerana abang lapar,”
jelas Din Bajur sambil menyerahkan wang kertas itu.
Maimon terkejut dan kehairanan juga. Sama sekali
dia tidak menduga suaminya akan memberinya wang
lima puluh ringgit pagi itu. Dalam hati dia berasa ragu-
ragu dan tertanya-tanya, dari mana suaminya mendapat
wang itu sedangkan suaminya tidak melakukan seba-
rang pekerjaan.
“Mana abang dapat wang ini? Banyak?” tanya
Maimon dengan pandangan mata yang tajam.
“Jangan banyak soal, Maimon. Lakukan apa yang


abang katakan tadi,” kata Din Bajur dengan tenang.
“Tapi, saya ragu-ragu memikirkan wang yang
abang berikan ini?” jelas Maimon tetap hendak menge-
tahuinya.
Din Bajur tidak akan berterus terang. Dia tahu
isterinya tidak akan menerima wang itu sekiranya
mengetahui wang itu telah dicuri oleh toyol belaannya
dari rumah Haji Darus.
“Isteri aku tidak akan merelakan perbuatan aku
membela toyol,” kata Din Bajur dalam hati. Dia mera-
sakan lebih baik dia membuat bermacam-macam helah
daripada dia berterus terang.
Setelah suaminya mendesak beberapa kali, Maimon
terpaksa akur. Dia menemui anak lelakinya yang berusia
sepuluh tahun dan menyuruhnya ke kedai runcit untuk
membeli beberapa jenis barang.
Semasa melihat anaknya itu mengayuh basikal
lama, menuju ke sebuah kedai Maimon berkata-kata da-
lam hati, “Aku syak suamiku mendapat wang dengan cara
tidak baik. Takkan suamiku sanggup mencuri pula?”
Ketika itu Maimon ada niat hendak bertanya lagi.
Dia mahu mengatakan jika mereka makan makanan yang
dibeli menggunakan wang yang diperoleh secara haram,
tentu berdosa besar. Namun, apabila melihatkan wajah


suaminya serius dia tidak berani meneruskan niatnya.
Hari itu Din Bajur berasa senang hati kerana anak-
anak dan isterinya mempunyai banyak makanan. Tidak
seperti selalu, mereka hanya makan ubi ataupun pisang
rebus sahaja.
“Ini semua kerana rancangan yang aku jalankan.
Kalau tidak, keluarga aku takkan berubah sampai bila-
bila,” kata Din Bajur dalam hati.
Bagaimanapun, Din Bajur susah hati memikirkan
luka di ibu jari kaki kanannya. Dia bimbang, luka itu tidak
mudah sembuh. Sebaliknya, akan merebak dan mem-
busuk.
“Apa guna kalau aku banyak wang, tapi tidak boleh
berjalan,” kata Din Bajur dalam hati.
Oleh sebab benar-benar bimbang memikirkan hal
itu, Din Bajur meminta isterinya membawanya ke hos-
pital.
Dalam keadaan serba salah, Maimon bertanya,
“Mana kita ada wang hendak sewa teksi untuk hantar
abang ke hospital? Kalau abang menerima rawatan di
sana tentu dikenakan bayaran,” Maimon menyatakan
pendapatnya.
“Lakukan apa yang abang suruh, Maimon. Abang
yang bayar nanti. Bukannya kamu!” kata Din Bajur
dengan tegas.


Maimon berasa kurang senang. Dia merasakan,
suaminya bercakap seperti orang yang angkuh. Seolah-
olah mempunyai banyak wang.
“Kalau suami aku menyamun rumah penduduk
kampung, dia boleh mendapat wang beribu-ribu ring-
git?” kata Maimon dalam hati. Dia berharap, suaminya
tidak akan melakukan kerja-kerja yang buruk itu.
“Mungkin aku terpaksa mengintip, apakah rahsia
suami aku yang sebenar?” kata Maimon dalam hatinya.
Sebenarnya, Maimon tidak suka kalau suami atau-
pun anak-anaknya terlibat dalam perkara yang tidak
baik. Terutamanya, dalam perbuatan jenayah. Baginya,
hal-hal seperti itu boleh memalukan keluarga.
Maimon tidak akan lupa sebelum berkahwin dia dan
ahli keluarganya telah mengalami suatu pengalaman
yang pahit. Seorang adik lelakinya yang berusia tujuh
belas tahun telah terlibat dalam satu perbuatan jenayah,
iaitu menyamun seorang perempuan yang menjual ba-
rang-barang kemas.
Akibat perbuatan itu adik lelakinya itu telah diber-
kas oleh pihak polis. Setelah dibicarakan oleh pihak
mahkamah adiknya itu didapati bersalah dan menerima
hukuman penjara tiga tahun.
Apa yang terjadi benar-benar memalukan ke-
luarga. Ibu bapanya menerima tekanan yang hebat


daripada penduduk-penduduk kampung kerana tidak
pandai mendidik anak. Maimon berasa sedih dan malu.
Namun, dia tidak dapat berbuat apa-apa. Hanya mampu
menangis sahaja.
“Sebab itulah aku tidak mahu ahli keluargaku
seperti itu juga,” kata Maimon dalam hati.
Kira-kira sejam kemudian, Maimon telah memba-
wa suaminya itu ke hospital. Mereka disertai oleh anak
lelakinya yang berusia sepuluh tahun. Manakala, anak
perempuannya yang berusia tiga belas tahun disuruh
menjaga adik-adiknya yang masih kecil di rumah.
Beberapa penduduk kampung yang tinggal ber-
hampiran berasa sangsi apabila melihat Din Bajur ber-
sama isteri dan anak lelakinya menaiki sebuah teksi.
Mereka tertanya-tanya sesama mereka, ke manakah Din
Bajur dengan keluarga hendak pergi sebenarnya?
“Selama ini Din Bajur tidak pernah seperti itu?
Hari ini dia mampu menyewa sebuah teksi untuk pergi
ke tempat yang hendak dikunjungi bersama isteri dan
anak,” jelas seorang penduduk kampung.
“Benar kata kamu, Hamid. Hari ini Din Bajur macam
banyak wang pula,” kata seorang lagi penduduk kam-
pung akan pendapatnya.
“Apakah dia sudah dapat pekerjaan baru, Zubir?
Beberapa kerja yang dilakukannya sebelum ini tidak


kekal,” tanya penduduk kampung ketiga pula dengan
rasa sangsi.
“Mungkin juga, Osman. Tapi, saya yakin, dia takkan
kekal dengan pekerjaan barunya itu,” kata penduduk
kampung bernama Zubir itu.
Sedang mereka berbual-bual, seorang penduduk
kampung bernama Jidin berjalan tidak berapa jauh dari-
pada mereka.
Tiba-tiba, penduduk kampung itu menghampirinya
dan menjelaskan sesuatu, “Saya baru mendengar berita
yang membimbangkan!”
Semua yang berada di situ memandang Jidin yang
baru sampai itu dengan penuh minat. Seorang daripada
mereka bertanya, “Berita apa, Jidin?”
“Malam tadi, rumah Haji Darus dimasuki pencuri.
Wang simpanannya sebanyak tiga ribu ringgit hilang. Haji
Darus syak toyol yang mengambilnya!”
Semua yang ada di situ terkejut dan sangsi. Sela-
ma ini mereka tidak pernah mendengar sebarang cerita
tentang toyol datang mencuri wang di rumah penduduk
kampung. Tiba-tiba, pada hari itu mereka baru men-
dengarnya.
Tiba-tiba, seorang lagi penduduk kampung ber-
kata, “Saya macam tidak percaya berita ini, Jidin. Di
kampung kita ada toyol ke?”


“Tapi, Haji Darus kata macam itu. Katanya, kalau
pencuri yang melakukannya tentu peti simpanan wang
dipecahkan. Tapi, peti itu tidak rosak. Hanya wangnya
yang hilang,” jelas Jidin.
Mereka terus bercakap tentang toyol. Ada yang
berasa bimbang dan ada yang berasa sangsi. Mereka
yang berasa bimbang kerana mereka sedar, mungkin
selepas ini rumah mereka pula akan dimasuki toyol
untuk mencuri wang-wang yang mereka simpan.
Golongan yang berasa sangsi pula kerana mereka
belum pernah lagi melihat toyol. Pada pendapat mereka,
tidak mudah makhluk ganjil itu muncul di kampung itu. Ada
yang mengesyaki, salah seorang anak Haji Darus yang
berniat jahat telah mencuri wang itu dengan mengambil
kunci pembuka peti simpanan secara rahsia.
Pada hari itu ramai penduduk kampung bercakap
tentang fasal toyol yang telah memasuki rumah Haji
Darus. Cerita-cerita menarik seperti itu membuatkan
ramai penduduk kampung telah datang dan mahu men-
dengar penjelasan lebih terperinci daripada mulut Haji
Darus sendiri.
Pihak polis juga telah datang untuk menjalankan
siasatan. Bagi mereka, sekiranya betul makhluk ganjil itu
yang melakukan, memang sukar mereka untuk mencari
sebarang bukti untuk membuat dakwaan. Bagaimanapun,


mereka tetap juga membuat siasatan kerana itu adalah
tugas mereka sebagai penjaga keamanan dan kesela-
matan rakyat jelata dan juga negara.


BAB : 9

Rahsia Terbongkar

K
edua-dua pemuda itu turut berminat hendak
mengetahui lebih lanjut lagi tentang toyol yang
mencuri wang di dalam rumah Haji Darus. Bagi
mereka perkara yang berlaku memang menarik dan
tidak selalu dapat mendengarnya.
“Tapi, siapakah yang membela toyol itu, Ikhram?
Kalau tidak ada orang yang membelanya takkan toyol
itu boleh muncul di kampung ini untuk mencuri wang?
Setahu saya, toyol tidak perlukan wang seperti manusia.
Kalau dia wang yang banyak, takkan dia boleh membeli
barang-barang di mana-mana saja!”
Anak muda bernama Ikhram itu memandang
kawannya dan berkata, “Fakhrul! Betul apa yang kamu
katakan. Toyol itu tentu menjalankan kehendak tuannya.
Sekarang ramai orang mahu mendapat banyak wang se-


cara mudah. Mereka malas hendak bekerja!”
Apabila memikirkan perkara itu, timbul keinginan
Fakhrul hendak menyiasat. Ketika itu dia dapat mem-
bayangkan, rupa serta bentuk toyol. Malah, dia geli hati
pula kerana dirasakannya tubuh dan wajah toyol amat
melucukan.
“Mungkin aku tidak berapa takut kalau melihat
toyol. Tapi, melihat hantu jembalang aku memang tidak
berani,” kata Fakhrul di dalam hati.
Setelah berfikir sejenak, Fakhrul berkata, “Ikhram!
Sanggupkah kamu menyiasat perkara ini?”
Ikhram tergelak kecil apabila mendengarkan
cadangan kawannya itu. Dia merasakan rancangan itu
berbahaya juga. Dia bimbang serangan toyol boleh
membawa maut kepada sesiapa sahaja yang bakal men-
jadi mangsa.
“Apakah kamu hendak menjadi pemburu toyol,
Fakhrul?” tanya Ikhram sambil tertawa kecil. Dia mera-
sakan, kawannya itu cuba menunjukkan keberaniannya.
“Ikhram! Apa yang saya cadangkan ini kerana saya
hendak tahu, siapa yang membela toyol itu sebenarnya.
Adakah penduduk kampung ini ataupun penduduk kam-
pung lain,” jelas Fakhrul.
Setelah bersungguh-sungguh Fakhrul mempenga-
ruhi Ikhram, Ikhram bersetuju juga. Namun, pemuda itu


tidak sanggup menjalankan siasatan sehingga di dalam
hutan dan juga rumah-rumah usang yang sudah berta-
hun-tahun lamanya ditinggalkan pemiliknya.
Pihak polis pula pada hari itu gagal menemui seba-
rang bukti toyol telah memasuki rumah Haji Darus dan
mengambil wang sebanyak tiga ribu ringgit dalam peti
simpanan yang diletakkan dalam bilik ketua keluarga itu
sendiri.
“Sebagai pegawai penyiasat, saya yakin tidak ada
pencuri dari luar yang telah memasuki rumah ini. Pihak
polis mendapati, tidak ada sebarang cap jari yang men-
curigakan ditemui,” jelas seorang pegawai polis kepada
Haji Darus dan keluarganya.
Kemudian pegawai polis itu memandang isteri dan
anak-anak Haji Darus. Dia bertanya, “Apakah kamu se-
mua tidak mengambil wang dalam peti simpanan itu se-
cara senyap? Lebih baik mengaku. Kalau didapati terlibat
melakukannya setelah pihak polis menjalankan siasatan
mereka, akan menerima hukuman amat berat!”
Isteri dan semua anak Haji Darus bersungguh-
sungguh mengatakan bahawa mereka tidak mengam-
bil wang itu dan tidak sanggup mengkhianati keluarga
sendiri. Mereka beria-ia mengatakan bahawa memang
toyol yang telah mengambil wang itu kerana melaksana-
kan suruhan tuan yang membelanya.


“Pihak polis mesti siasat hal ini, tuan. Saya bim-
bang, orang yang membela toyol itu akan menyuruh
makhluk ganjil itu mencuri wang di rumah kami pada
masa akan datang!” desak Hajah Zakiah.
Pegawai polis itu tidak berkata apa-apa. Dia ber-
azam pihaknya akan menyiasat kes itu sehingga ber-
jaya membongkar rahsia yang sebenarnya. Mereka
pasti tidak mampu menangkap dan memberkas makhluk
ganjil itu. Bagaimanapun, mereka pasti dapat menang-
kap orang yang membela toyol untuk mencuri wang
penduduk kampung.
“Lambat-laun pihak polis mampu menangkap pem-
bela toyol itu,” kata pegawai polis yakin.
Penyiasatan pihak polis tentang kehilangan wang
di rumah Haji Darus membimbangkan Din Bajur apabila
mengetahui perkara itu. Dia sedar, dirinya bersalah dan
terlibat dalam kes itu.
“Kalau pihak polis bersungguh-sungguh me-
nyiasatnya, pasti mereka akan mengetahui aku sendiri
yang terlibat,” kata Dinasour berasa bimbang serta
susah hati.
Kini, Din Bajur merasakan dia perlu lebih berhati-
hati melakukannya. Dia tidak mahu penduduk kampung
mengetahuinya. Apatah lagi, pihak polis. Setelah berfikir
sejenak, Din Bajur membuat keputusan, dia tidak akan


menjalankan rancangannya selama dua minggu.
“Aku mahu penduduk kampung tidak bercakap lagi
mengenai kehilangan wang di rumah Haji Darus,” kata
Din Bajur kepada dirinya.
Ketika itu keputusan Din Bajur sudah muktamad.
Ternyata dia lebih memikirkan tentang keselamatan
dirinya.
Malam itu, ketika Din Bajur dan ahli keluarga se-
dang tidur nyenyak, toyol itu telah merayau-rayau di da-
lam rumahnya. Ia mahu melihat apa yang terdapat di
situ. Ia terasa bosan menunggu kerana tuan barunya
tidak memberikan sebarang arahan untuk dilakukannya.
Melalui lubang yang amat kecil, ia dapat memasuki
bilik tuannya. Ia melihat tuannya itu tidur nyenyak ber-
sebelahan dengan isterinya. Ketika itu ia terfikirkan se-
suatu.
“Mungkin malam ini aku boleh hisap darah di ibu
jari kaki kanan isteri tuan aku itu,” kata toyol itu kepada
dirinya.
Apabila yakin dengan keputusannya, ia segera
menghampiri mangsanya. Ia melihat ibu jari kaki isteri
tuannya dengan berselera. Namun semasa hendak
menghisapnya, toyol itu berasa bimbang pula. Fikirnya,
kalau perempuan itu menjerit kesakitan pasti tuannya


akan terjaga dan melihat apa yang sedang dilakukan-
nya.
“Pasti tuan aku sangat marah dan akan membi-
nasakan aku,” kata toyol itu berasa bimbang dan serba
salah.
Tanpa berlengah toyol itu segera keluar dari bilik
melalui lubang tadi. Setelah berada di luar, ia memikir-
kan pula, apa yang patut dilakukannya. Kemudian, ia
melihat bilik yang lain. Ia yakin di situ anak-anak tuannya
sedang tidur.
“Aku akan masuk bilik itu. Aku hendak lihat anak-
anak tuan aku tidur,” kata toyol itu kepada dirinya.
Toyol itu melihat terdapat sebuah lubang kecil.
Ia segera memasukinya. Sebenarnya, makhluk ganjil
itu boleh memasuki mana-mana lubang sekali pun,
walaupun amat kecil. Toyol ada kuasa semula jadi untuk
mengecilkan dirinya.
Setelah berada di dalam bilik itu, toyol itu melihat
beberapa orang anak tuannya sedang tidur dengan
nyenyak. Ketika itu ia berfikir, tentu ia boleh menghisap
darah daripada salah seorang anak-anak tuannya itu.
Namun, makhluk ganjil itu tidak bertindak terburu-
buru. Hal ini kerana ia melihat di dalam bilik tersebut
terdapat banyak permainan kanak-kanak. Ada anak


patung, beberapa biji bola, basikal dan kereta kecil serta
senjata mainan.
Semasa toyol itu leka bermain alat permainan
kanak-kanak itu tiba-tiba ia terlanggar basikal mainan
hingga tumbang ke lantai. Bunyi basikal tumbang mem-
buatkan seorang anak Din Bajur terjaga.
Apabila budak itu membuka matanya, dia amat
terperanjat dan menjadi cemas kerana melihat seekor
makhluk ganjil yang amat menakutkannya.
Dalam keadaan seluruh tubuhnya menggigil, dia
cuba mengejutkan adik-beradiknya yang sedang tidur.
“Abang, bangun! Cepat bangun, bang!” kata budak
itu sambil menggoyangkan bahu kiri abangnya.
Setelah beberapa kali budak itu mengejutkan
abangnya, abangnya terus terjaga. Ketika itu, budak itu
mendapati makhluk ganjil yang dilihatnya tadi tidak ke-
lihatan lagi.
“Atan! Kenapa kamu kejutkan abang? Apa yang
berlaku?” tanya budak lelaki yang baru terjaga dari ti-
dur itu.
“Abang! Sebentar tadi, Atan nampak makhluk ganjil
yang amat menakutkan!” beritahu budak itu.
“Makhluk ganjil apa, Atan? Kamu nampak hantu
jembalang?” tanya abang Atan dengan wajah serius.


“Tidak, bang! Badannya kenit dan kepalanya botak.
Mungkin toyol agaknya. Tapi, sekarang ia telah hilang,
melalui lubang kecil itu!” kata Atan sambil menuding jari
telunjuk tangan kanannya ke suatu arah.
Zamrin, abang Atan susah hati memikirkan perkara
itu. Dia yakin, seekor toyol telah memasuki rumah kelu-
arganya. Oleh sebab bimbang memikirkan sesuatu yang
buruk menimpa ahli keluarganya, Zamrin mengejutkan
adik-adiknya yang lain dan sama-sama pergi menemui
ibu bapa mereka.
Pada masa itu, Din Bajur dan isterinya sedang
nyenyak tidur. Mereka tiba-tiba terjaga kerana men-
dengar bunyi bising, ketukan pintu bilik itu. Mereka men-
dengar suara anak-anak mereka memanggilnya, “Ayah!
Emak! Cepat buka pintu!!”
Din Bajur benar-benar kehairanan. Dia tertanya-
tanya apa yang terjadi kepada diri anak-anaknya itu
hingga mereka menjadi cemas.
“Kenapa kamu semua? Cemas nampaknya?” tanya
Din Bajur setelah membuka daun pintu.
“Atan beritahu, dia nampak toyol masuk rumah kita,
ayah!” jelas Zamrin bersungguh-sungguh.
“Benar, ayah! Wajahnya amat menakutkan!” beri-
tahu Atan pula.


Din Bajur menjadi susah hati. Dia tidak terkejut
mendengar berita yang disampaikan. Dia sedar makhluk
ganjil itu adalah belaannya sendiri untuk mencuri wang
penduduk kampung. Untuk menutup rahsia perbuatan-
nya, Din Bajur berpura-pura pergi ke bilik anak-anaknya.
Seolah-olah dia mahu mencari dan menangkap toyol
itu.
Maimon turut cemas dan bimbang memikirkan
ancaman toyol. Dia sama sekali tidak menduga rumah
kediaman keluarganya telah dimasuki makhluk ganjil
yang menakutkan.
“Kenapa rumah aku pula yang menjadi sasaran
toyol? Dalam rumah ini bukannya ada banyak wang
serta barang-barang berharga?” tanya Maimon dalam
hati. Wajahnya serius pada masa itu.
Setelah berfikir sejenak, Maimon terfikirkan se-
suatu. Apabila suaminya datang semula kepadanya,
Maimon pun bertanya, “Abang! Kenapa ini semua boleh
terjadi? Tentu abang tahu sebabnya?”
Din Bajur berasa tidak sedap hati mendengar per-
tanyaan isterinya. Dia bimbang isterinya menyimpan
perasaan syak wasangka terhadap dirinya.
“Apa maksud kamu, Maimon? Mana abang tahu
tentang toyol itu?” tanya Din Bajur dengan dada
berdebar-debar.


“Tapi, Maimon yakin abang ada simpan sesuatu
rahsia tentang toyol itu, kenapa toyol itu boleh masuk ke
rumah kita?” jelas Maimon.
Dengan wajah serius, Din Bajur bertanya, “Kamu
syak abang membela makhluk ganjil itu, Maimon?”
“Maimon tidak syak, bang. Maimon hanya bertanya
saja?” jawab Maimon.
Din Bajur menjadi serba salah. Dia tidak menduga
isterinya akan mengesyaki dia membela toyol. Namun,
dia akan berusaha menafikannya.
“Maimon! Abang tidak berani buat kerja-kerja
bahaya dan bodoh seperti itu. Takkan abang sanggup
membela toyol pula!”
“Tapi, Maimon lihat, sekarang abang banyak wang?
Mampu beli macam-macam makanan? Mana abang
dapat wang itu?”
“Tentulah abang buat kerja, Maimon. Takkan abang
hendak mencuri dan menyamun pula?” jawab Din Bajur
dengan keras.
Maimon tidak sanggup berbalah dengan suaminya.
Dia tentu tidak mahu dikatakan sebagai isteri yang der-
haka terhadap suami. Dia pergi ke bilik anak-anaknya.
Semua anaknya ikut bersama. Pada masa itu Maimon


masih memikirkan tentang ancaman toyol yang boleh
membahayakan diri anak-anaknya.
Keesokannya, jiran-jiran telah mengetahui rumah
keluarga Din Bajur telah dimasuki toyol. Bagi mereka
kemunculan makhluk ganjil itu tentu akan menakutkan
penduduk tempatan. Terutamanya golongan kanak-ka-
nak serta kaum perempuan. Pada saat-saat itu pelbagai
prasangka buruk timbul di dalam hati semua jiran-jiran
yang mendengarnya..
“Kenapa toyol masuk ke rumah Din Bajur? Bukan
ada wang di dalam rumah itu?” tanya salah seorang
jiran dengan rasa sangsi.
“Takkan Din Bajur bela toyol pula?” kata seorang
lagi jiran mula menyimpan perasaan syak wasangka
dalam dirinya.
“Mana tahu, dia punya niat macam itu, Kadir,” jelas
jiran yang pertama tadi.
Sejak itu, beberapa orang jiran membuat ran-
cangan hendak melakukan intipan untuk memastikan
sama ada betul ke Din Bajur telah membela toyol secara
rahsia. Mereka tentu tidak boleh membiarkan perbuatan-
perbuatan yang boleh mengancam kehidupan penduduk
kampung itu terus berlaku.
Ikhram dan Fakhrul turut berminat hendak mengin-


tip bersama apabila mereka mengetahui rancangan
penduduk kampung itu. Bagi pemuda itu, inilah peluang
untuk mereka memburu dan menangkap toyol.
“Kalau kita dapat menangkapnya, saya hendak
serahkan kepada pihak Muzium Negara untuk mem-
pamerkannya kepada orang ramai,” kata Fakhrul cuba
berseloroh.
Ikhram tertawa mendengarnya. Dia yakin kalau
mereka benar-benar dapat melakukannya pasti ratu-
san ribu orang akan datang ke Muzium Negara untuk
menyaksikannya. Tentu nama mereka juga turut dikenali
ramai sebagai pemburu toyol.
Sejak malam itu, sekitar tempat tinggal Din Bajur
dan keluarga telah datang beberapa orang penduduk
kampung untuk melakukan intipan. Ikhram dan Fakhrul
turut datang juga dan bersembunyi di kawasan gelap.
Semua yang datang ke situ bukan sahaja mahu me-
nangkap toyol. Malah, ada yang merancang hendak
membinasakannya agar tidak mencuri wang penduduk
kampung.
Rupa-rupanya, perbuatan penduduk-penduduk
kampung itu diketahui oleh toyol yang dibela oleh Din
Bajur. Ia dapat melihat beberapa orang yang bersem-
bunyi dalam kawasan gelap. Oleh sebab bimbang dirinya


akan ditangkap dan dibinasakan, toyol itu telah pergi
dari rumah tuan barunya itu.
Malam itu nasib toyol itu amat malang. Ia merayau-
rayau dalam gelap tanpa arah tujuan. Lama kelamaan ia
kelaparan dan mahu mencari makanannya.
Tiba-tiba, toyol itu telah masuk ke dalam rumah
seorang penduduk kampung. Ia berasa senang hati
kerana semua penghuni rumah itu sudah terlena
dengan nyenyak. Apabila toyol itu masuk ke dalam
sebuah bilik, ia berasa gembira kerana melihat dua
orang gadis sedang tidur dengan nyenyaknya.
Tidak lama selepas itu salah seorang gadis itu
terjaga dari tidur kerana terasa kakinya sakit. Apabila
gadis itu membuka kelopak mata, dia benar-benar ter-
peranjat dan cemas kerana melihat seekor toyol sedang
menghisap darah dari ibu jari kaki kanannya.
Gadis itu menjerit, “Ayah! Mama! Ada toyol dalam
bilik Tina!”
Jeritan itu didengari oleh ibu bapa gadis itu. Mereka
tergesa-gesa datang ke bilik anak perempuan mereka.
Apabila melihat seekor toyol yang menakutkan cuba
melarikan diri, ketua keluarga rumah itu telah mengajak
anak-anak lelakinya menangkapnya.
Mereka bersungguh-sungguh mengejar dan mahu
menangkapnya. Mereka memegang parang dan kayu.


Dalam keadaan cemas toyol itu cuba menyelamat-
kan diri. Ketika itu dia hanya mahu mendapatkan perto-
longan daripada tuan barunya.
Penduduk kampung tadi bersama anak-anak
lelakinya terus mengejar dalam gelap. Mereka mengikuti
ke mana sahaja toyol itu pergi.
Akhirnya, mereka mengetahui ke manakah makhluk
ganjil itu hendak pergi sebenarnya?
“Nampaknya, toyol itu ke rumah abang Din Bajur,
ayah!” kata anak penduduk kampung itu.
Mereka terus mengejar. Kali ini mereka benar-
benar melihat toyol itu masuk ke rumah Din Bajur.
Mereka terdengar makhluk ganjil itu berkata, “Tuan!
Tolong saya, tuan. Penduduk-penduduk kampung
mengejar dan mahu menangkap saya!”
Din Bajur berasa serba salah kerana bimbang
rahsia perbuatannya membela toyol akan terbongkar.
Dengan keras dia berkata, “Pergi kamu dari sini! Saya
tidak akan menolong kamu!”
“Tapi, bukankah saya ini budak suruhan, tuan. Tuan
kena tolong saya!”
“Tidak! Tidak! Kamu bukan budak suruhan saya.
Sekarang pergi kamu dari sini!” kata Din Bajur semakin
keras.


Toyol itu tersangat marah kerana tuan barunya
tidak mahu menolongnya. Apalagi, dia segera menerkam
dan cuba menggigit leher tuannya itu. Din Bajur benar-
benar cemas. Berlaku pergelutan antara Din Bajur
dengan makhluk ganjil itu.
Kejadian itu dapat dilihat oleh ramai jiran dan pen-
duduk kampung. Kini mereka telah mengetahui rahsia
bahawa Din Bajur membela toyol. Apabila penduduk-
penduduk kampung hendak menangkap toyol itu, ia te-
lah melarikan diri dan masuk dalam hutan.
Bagaimanapun, penduduk-penduduk kampung
dapat menangkap Din Bajur. Hari itu dia benar-benar
menanggung malu. Kini dia telah mendapat pengajaran
akibat perbuatan buruknya membela toyol kerana ingin
cepat menjadi kaya.



Anda mungkin juga menyukai