Anda di halaman 1dari 7

Penulisan Bukan Akademik / Penulisan Bukan Ilmiah

Pengenalan Penulisan akademik atau penulisan ilmiah ialah penulisan yang dijalankan secara
ilmiah atau saintifik dan mempunyai kajian yang teratur dan teliti sesuatu soalan (Raja
Sivachandralingam Sundara, 1999). Penulisan bukan akademik pula sebaliknya kerana
penulisan akademik ialah penulisan yang berasaskan khayalan dan rekaan semata-mata
ataupun berdasarkan pengalaman. Penulis juga bebas untuk menyampaikan ideanya sendiri.
Setiap penulisan dalam penulisan bukan akademik tidak perlu dikemukakan dengan bukti.
Selain itu, penulis juga tidak perlu menggunakan bahasa formal dan pandangan yang
dikemukakan boleh bersifat emosi. Misalnya, karya sastera.

1.0 Penulisan bukan akademik

AHMAD

Ahmad mencampak ranting dan daun ke dalam api yang marak itu. Pak Leman yang
berdiri dekat bangsal hanya memandang sahaja ke arah Ahmad.

“Sekejap lagi kita balik, mad,” kata pak Leman kepada anaknya, Ahmad.

Ahmad dan ayahnya melihat ke arah gerai yang baru sahaja selesai dibina. Mereka
tersenyum kerana akhirnya gerai tersebut boleh digunakan untuk mereka berniaga kelak.
Gerai tersebut kelihatan sangat cantik. Gerai itu terletak di tepi jalan dan tidak mengganggu
laluan kenderaan lain. Memang sengaja pak Leman membina gerai itu agak jauh dari jalan
raya supaya lebih selamat. Pelanggan pun senang. Tempat menggoreng sudah ada. Meja
dan kerusi juga sudah disediakan. Manalah tahu, kalau-kalau ada pelanggan yang ingin
makan gorengan di sana sambil minum sirap Limau. Mak Joyah yang telah memberi
cadangan untuk berniaga gprengan keladi dan keledek. Puncanya keladi yang ditanam oleh
Pak Leman dan Ahmad. Keladi yang ditanam sangat banyak dan tidak mungkin habis
dimakan, oleh itu lebih baik dijual. Pak Leman dan Ahmad tidak membantah malah bersedia
untuk membina gerai.

“Sudah, jom balik”, ajak Pak Leman.

Api yang marak tadi hampir padam. Ahmad memadamkan api itu. “Nanti kita singgah
cabut keladi”, kata Pak Leman kepada Ahmad.
Pada sebelah petang, Pak Leman dan Ahmad pergi mendapatkan Keladi di belakang rumah.
Pak Leman. Dengan menggunakan parang, Pak leman mula mencabut keladi yang sudah
matang itu. Ahamd turut membantu ayahnya. Beberapa jam kemudian, banyak ubi keladi
sudah berjaya dikumpul lalu dimasukkan ke dalam bakul. “Esok bawa keladi ni ke gerai”’ ujar
Pak Leman kepada Ahmad.

………..

Keesokannya, Pak Leman, Mak Joyah dan Ahamad pergi ke gerai dan mula
menyiapkan bahan-bahan untuk menggoreng keledek. Pak Leman lalu membancuh tepung
dengan air dan sedikit garam. Setelah itu dia masukan hirisan keledek ke dalam bancuhan
tepung. Sementara Ahmad pula membuang kulit luar keladi supaya senang di potong.

“Minyak sudah panas,ayah?” tanya Ahmad.

“Ya, sudah,” jawab Pak Leman lalu memasukkan keledek yang telah digaul dengan
tepung ke dalam kuali. Apabila keledek dimasukkan ke dalam minyak, bunyinya
berdesirdesir. Kemudian dibalik-balik dengan sudip. Selepas itu, Mak Joyah pula menghiris
keledek dengan nipis-nipis pula. Tidak lama kemudian keledek itu pun masak.
Dimasukkannya keledek ke dalam bekas untuk ditoskan minyaknya. Kuali yang kosong itu
dimasukkan pula keladi.

Ahmad memerhati emaknya menggoreng. Sesekali dia memandang ke jalan.


Sebuah motosikal dan dua buah kereta berhenti di tepi jalan. Mereka turun hendak membeli
keledek. Ahmad membungkus pesanan itu dan memberi kepada pelanggan. Kemudian
datang lagi dua orang budak lelaki berbasikal. Mereka juga datang untuk membeli keledek.

“Banyak juga laku,” kata Pak Leman.

“Memang ramai sampai tidak cukup tangan,” kata Mak Joyah sambil tersenyum.

Petang itu Mak Joyah bagaikan tidak menang tangan menggoreng. Ramai
pelanggan yang membeli keeldek dan keladi goreng mereka. Mujur Pak Leman dan Ahmad
turut membantunya. Apabila pelanggan sudah berkurangan, Ahmad pun mula berkemas-
kemas. Keladi dan keledek goreng pula sudah habis dijual. Pak Leman pula pergi ke kedai
runcit sebentar untuk membeli barang.

Tiba-tiba sebuah motosikal berhenti. Seorang pemuda bertopi kelendar turun. Dia
memandang Mak Joyah dan Ahmad dengan pandangan yang serius. Ahmad berasa tidak
sedap hati. Siapakah dia? Fikir Ahmad sambil menunggu dengan dada berdebar.
Mak Joyah memandang Ahmad dan dia juga kehairanan. Tiba-tiba pemuda itu mendekati
Ahmad. Ahmad berasa sangat gemuruh.

“Boleh kamu jumpa saya sekejap?” Kata pemuda itu dengan suara yang amat keras.

Ahmad mengekori pemuda itu ke belakang gerai. Mak Joyah berasa sangat risau
dan cemas. Pemuda itu kemudian memegang bahu Ahmad dengan kuat. Ahmad
memandang muka pemuda itu dengan penuh ketakutan.

“Kamu baru berniaga di sini?” tanya pemuda itu.

“Ya, keledek dan keladi goreng,” jawab Ahmad gugup

Pemuda itu menepuk bahu Ahmad. Dia mengangguk-angguk dan memandang


kejauhan.

“Kamu tidak kenal saya?” tanya pemuda itu.

Ahmad menggeleng-geleng.

“Nama saya Awie. Sayalah ketua di kawasan ini.

Saya yang menjaga kawasan perniagaana sini dan kau perlu melakukan sesuatu
supaya kau dan ibu kau dapat berniaga dengan tenang tanpa gangguan.

“Apa yang abang cakap ini?” tanya Ahmad “Saya tidak faham, bang”

“Ada orang akan mengganggu gerai kamu tapi kamu jangan takut kerana saya
boleh bantu. Dengan syarat kamu mesti bayar wang perlindungan kepada saya nanti!” ujar
Awie.

Ahmad menggit bibir. Wang perlindungan? Ahmad selalu mendengarnya. Ada


peniaga membayar wang perlindungan kepada seseorang. Kalau tidak dibayar, perniagaan
mereka akan diganggu oleh orang lain. Ahmad benar-benar tidak faham.

“Berapa saya perlu bayar?” tanya Ahmad masih gugup.

“Tiga puluh ringit sehari,” kata Awie. “Kamu boleh bayar secara bulanan atau harian.”
“Tiga puluh ringit sehari.” Ahmad terkejut besar.

Ahmad hanya mampu mengangguk. Selepas itu, Awie pun berlalu pergi. Ahmad
memandang Awie dengan geram. Awie menghidupkan enjin motosikalnya. Enjin
motosikalnya menderam dan Awie memecut dengan pantas. Ahmad mendapatkan
emaknya. Mak Joyah memandang Ahmad dengan terkejut. Nyatalah Ahmad tidak seceria
tadi.

“Siapa pemuda tu?” tanya Mak Joyah

“Pemeras ugut,” jawab Ahmad

“Minta duit perlindungan?” tanya Mak Joyah.

“Kalau kita tidak bagi, ada prang akan kacau gerai kita,” terang Ahmad.

“Mereka malas bekerja. Mereka mendapatlan wang dengan mudah. Mereka


memeras ugut peniaga. Kita yang bekerja keras untuk mendapatkan wang, mereka tidak
usah mengeluarkan peluh” sambung Mak Joyah.

“Mereka jahat.Ahmad tidak setuju dengan perbuatan mereka ini. Mereka perlu
dihentikan ibu” kata Ahmad lagi

“Mereka boleh buat apa sahaja. Daripada kita susah, lebih baik kita beri sahaja.
Jangan mahu cari pasal, Lebih baik kita balik dulu hari ini” kata Mak Joyah.

Pak Leman datang semula. Mak Joyah berpesan supaya Ahmad tidak menceritakan
apa-apa kepada Pak Leman. Ahmad hanya memandang ayahnya.

……..

Pada keesokkannya, mereka menjual seperti biasa. Lewat petang setelah pelanggan kurang
Mak Joyah mula mengemaskan peralatan memasak. Hanya tinggal beberapa keping
keledek dan keladi yang tidak habis. Pak Leman dan Ahmad duduk di tepi gerai sambil
minum dan makan keledek. Sedang mereka berbual sambil menikmati keledek goreng,
terdengar enjn motosikal datang.

“Awie sudah datang,” kata Ahmad Pak Leman mencuit bahu Mak Joyah agar duit
yang lain disembunyikan dalam bakul. Pak Leman memberi tiga puluh ringgit kepada
Ahmad. Ahmad menjeling ayahnya. Pak Leman hanya mengangguk. Dia tahu Ahmad tidak
bersetuju membayar wang perlindungan kepada Awie. Kemudian Awue menuju ke gerai
tersebut. Dia memandang ke arah Ahmad. Ahmad menghulurkan duit tiga puluh ringgit
kepada Awie.

“Tiga puluh ringgit sahaja?” soal Awie. “Esok kamu kena bayar lebih!”
Ahmad sangat terkejut

“Enam puluh ringgit untuk dua minggu. Jangan lupa saya akan datang lagi pada jam
5 petang.” kata Awie.

Ahmad hanya mengangguk dan Awie menuju ke arah motosikalnya dan berlalu
pergi. Ahmad pergi mendapatkan Mak Joyah dan Pak Leman

. “Esok Awie akan datang ke sini lagi meminta enam puluh ringgit.” kata Ahmad
kepada Pak Leman dan Mak Joyah.

Pak Leman dan Mak Joyah hanya terdiam.

“Saya akan melaporkan kepada polis tentang Awie,” kata Ahmad. “Kita bersusah
payah menanam dan menggoreng. dia senang-senang minta duit. ini tidak boleh jadi ibu.
Kalau dia terus mengugut kita, kita kerugian.

“Sudah, mari kita balik rumah” kata Pak Leman

“Awie.” bisik Ahmad. “Aku akan ajar Awie agar dia serik dengan perbuatannya. Dia
tidak boleh dibiarkan memeras ugut orang. Berapa banyak duit dia telah pungut dari orang
lain.

Ahmad sudah terbayang balai polis. “Ya aku akan ke balai polis pada waktu malam
nanti.” tekad Ahmad.

…….

Pada malamnya, Ahmad berbohong kepada Pak Leman Mak Joyah bahawa dia ingin ke
rumah kawan sebentar tetapi dia ingin balai polis.

Sedang Pak Leman dan Mak Joyah berbual di ruang tamu, tiba-tiba terdengar Ahmad balik.
Ahmad melangkah masuk ke dalam rumah.

“Ahmad ke rumah kawan tadi,” kata Ahmad berbohong.

Dia tidak mahu Pak Leman dan Mak Joyah tahu dia pergi balai polis.Ahmad segera
masuk ke bilik dan memandang ke tingkap. Bagaikan terbayang wajah bengis Awie. Apakah
pihak polis dapat menangkapnya? Apakah Awie Nampak aku ke balai polis? Perasaan takut
mula menyelubungi dalam hati Ahmad. Ahmad menarik nafas panjang dan terus tidur.

………
Hari seperti biasa, mereka tiga beranak pergi ke gerai untuk menjual keledek dan keladi.
Menjelang pukul empat, separuh gorengan sudah laku. Mak Joyah menggoreng lagi. Ahmad
mengupas kulit keladi. Pak Leman menggaul dengan tepung.

“Aku bimbang.” bisik Ahmad. Dahinya berkerut panjang. “Mengapa aku mesti takut.
Aku berada pada pihak yang betul. Tidak perlu takut dan bimbang lagi.”

Kalau petang sebelum ini Awie datang seorang diri namun kali dia datang bersama
kawannya. Kawannya berambut panjang dan berbadan tegap. Tiba-tiba sebuah motosikal
lagi sampai. Ahmad berasa sangat terkejut dan bimbang kerana mereka sangat ramai. Dia
terkejut melihat penunggang dan pembonceng di belakangnya menerkam ke arah Awie dan
kawannya. Tangan Awie dan kawannya digari. Pak Leman dan Mak Joyah tergamam.
Hanya Ahmad sahaja yang tersenyum memandang kea rah Awie.

“Mereka sudah ditangkap,” kata Ahmad memandang ke arah Mak Joyah dan Pak
Leman.

Ketika itu kereta peronda polis tiba. Awie dan kawannya dibawa pergi. Ahmad
memandang ke arah emaknya.

“Siapa yang beritahu polis?” tanya Mak Joyah kepada Ahmad.

“Saya ibu,” jawab Ahmad. “Malam tadi saya ke rumah Ismail. Kami ke balai polis,”

Mak Joyah dan Pak Leman menarik nafas lega. Kini mereka tidak akan diganggu lagi
dan mereka dapat berniaga dengan aman. Pak Leman dan Mak Joyah memuji tindakan
yang dilakukan oleh Ahmad. Ahmad hanya tersenyum gembira melihat ibu dan ayahnya
juga tersenyum.
Bibiliografi

Raja Sivachandralingam Sundara (1999). Pemikiran dan Penulisan Ilmiah di Universiti.

Universiti Malaya.

Anda mungkin juga menyukai