Anda di halaman 1dari 15

Cerpen : Hakim dan Iqbal

Bagai ombak berderu

Hakim keluar dari bilik berhawa dingin itu dengan perasaan lega dan gembira. Hampir
setahun dia menganggur, akhirnya dia berjaya bekerja di Syarikat Menara Holdings itu.

"Hai sayang. Lama tunggu?" tanya Hakim sebaik saja berada di depan Nabila.

"Takdelah. Ha... macamana dengan interview?? Dapat ke tak?" tanya Nabila sejurus
Hakim melabuhkan punggungnya di kerusi depan Nabila.

Dengan manja yang dibuat-buat Hakim menjawab. " Hm... tak dapatlah sayang... tak ada
'can'lah abang nak minang sayang."

"Tak apalah, bang. Kalau kali ni tak ada rezeki, lain kali boleh cuba lagi." Pujuk Nabila
dengan bersungguh. "Kalau camtu, biar Ila belanja today."

"Tak apalah. Biar abang belanja hari ni. Abang dapatlah kerja tu. Saja abang nak tengok
Ila tadi." Kata Hakim sambil tersengih.

"Abang ni, suka sangat buat orang marah. Nah ambil ni." Kata Nabila mencubit lengan
Hakim.

"Sakitlah..." Hakim menjerit dan menggosok lengannya.

"Tulah, tipu orang lagi. Dahlah jom gi makan. Laparlah."

"Sayang... abang ingat abang nak jumpa famili sayang lah. Bolehkan? Lagipun abang
pernah berjanji, kalau abang dah dapat kerja, abang nak jumpa famili Ila. Lagipun dah
lama kita kenalkan? So camne?"
"Eh, betul ke ni ?" Hakim mengangguk. "Ha... kalau macam tu, hujung minggu nanti
abang ke rumah. Okey?" Nabila gembira tak terkata setelah Hakim memberitahu
hasratnya itu. Tapi mungkinkah ayah Nabila terima Hakim? Sedangkan di luar
pengetahuan Hakim, Nabila tunangan orang.

Seperti yang dijanjikan, Hakim ke rumah Nabila. Di dalam benaknya pelbagai soalan
yang timbul. Maklumlah, Nabila anak orang berada. Sedangkan dia sederhana dan
berasal dari kampung. Namun demi cintanya, diteruskan jua. Terasa seluruh anggotanya
sejuk. Darah gemuruh menyelinap ke seluruh urat saraf.

"Assalamualaikum!" Hakim memberi salam dari luar banglo tersebut. Kemudian pintu
banglo tersebut dibuka oleh seorang perempuan yang berusia dalam 40an. Barangkali
orang gaji penghuni banglo tersebut kerana Nabila beritahu yang ibunya dah meninggal.

"Err... mak cik, Nabila ada?" tanya Hakim ringkas

"Ada. Jemputlah masuk. Nanti mak cik panggilkan Cik Nabila." Ujar orang tua itu. Tidak
sampai lima minit, Nabila turun.

"Hai. Dah lama tunggu?"

"Tak lah. Baru kejap. Mana ayah Ila?" tanya Hakim.

Belum sempat Nabila memanggil papanya, orang tua itu dah tercegat di depan mereka
berdua. Barangkali Mak Jah yang beritahu. Hakim terkejut kerana Encik Salim, boss
Hakim adalah ayah Nabila. Dia benar-benar tak sangka.

"Pa... kenalkan ini Hakim, teman lelaki Ila. Kim, ini papa Ila."

"Papa kenal. Hakim ni pekerja baru papa."


"Ye ke, pa? Hakim tak cakap pun dia kerja kat pejabat papa." Beritahu Nabila yang
separuh terkejut.

"Apa khabar Encik Salim?" Hakim menghulurkan tangan untuk bersalam.

"Alhamdulillah, sihat. Tak payahlah berencik-encik kat rumah. Panggil aje uncle, lagi
mesra." Kata Encik Salim yang memang terkenal dengan budi bahasanya. Sedang rancak
mereka berbual, terdengar suara Mak Jah memanggil untuk makan.

Hakim terasa agak kekok untuk berdepan dengan Encik


Salim. Dia datang ke rumah mewah itu bukan atas urusan
kerja, tapi kerana Nabila anaknya. Dia beranikan diri untuk
menentang wajah ayah Nabila yang nampak biasa saja dari
tadi.

"Hakim berbuallah dulu dengan papa, Ila nak tolong Mak Jah kat dapur." Kata Nabila dan
berlalu dari situ. Keduanya mengangguk.

Seketika mereka diam, Encik Salim pun memecah kesunyian. "Saya sudah dengar
semuanya dari Nabila, tapi... lebih elok lagi kalau hari ini saya dengar dari awak pulak ,
Hakim."

Hakim melepaskan keluhan beratnya itu perlahan-lahan agar Encik Salim tidak perasan.

'Encik Salim, bukankah Nabila dah jelaskan segalanya, apa lagi yang mahu dibicarakan?
Saya tak tahu macamana nak mulakannya.' Hati Hakim berkata-kata.

"Kenapa diam Hakim. Cakaplah. Apa nak dimalukan, kita berbincang dengan cara baik
dan open minded." pujuk Encik Salim lembut.
"Er... saya rasa tak perlulah saya cakapkan lagi. Lagipun Nabila dah beritahu segalanya
pada Encik Salim. Lagipun saya seganlah dengan Encik Salim." Beritahu Hakim terus-
terang.

"Jadi, betullah awak nak memperisterikan Nabila?" Encik Salim bertanya. Hakim
memberanikan diri merenung wajah Encik Salim dalam-dalam dan spontan dia
tersenyum dan mengangguk tanda benar.

Encik Salim bangun dari tempat duduknya. Dia mengeluh kecil. Hakim menjadi kaget.

"Hakim, sebenarnya bukan saya tak dapat terima awak sebagai menantu saya, tapi saya
dan Nabila masih ada janji yang belum dikotakan." Jelas Encik Salim.

Dahi Hakim berkerut. "Janji? Saya tak mengerti."

"Ya, janji. Nabila sepatutnya berterus-terang dari awal lagi yang dia tunangan orang dan
tak lama lagi akan berkahwin." Jelas Encik Salim dengan berat hati. Dia tahu Hakim
terkejut. Tapi ini bukanlah salah Hakim untuk mencintai Nabila, tapi Nabila sepatutnya
berterus-terang.

"Kalau macam tu, saya minta diri dulu Encik Salim. Sampaikan salam saya pada Nabila.
Assalamualaikum." Kata Hakim dalam nada sebak. Dia berlalu meninggalkan Encik
Salim tanpa menoleh ke belakang lagi. Hatinya hancur berkecai di lantai banglo itu.

***************

Nabila hairan, kenapa dah tiga hari Hakim tak menghubunginya. Dan bila dia
menghubungi Hakim, dia seolah-olah mahu lari dari bercakap dengan Nabila.

Petang itu, mereka bertemu. Ombak yang memukul pantai bagaikan perasaan Hakim
yang kecundang. Nabila hairan akan sikap Hakim. Selama ini dia tidak begitu. Dia
menjadi pendiam. Selama ini pantang jumpa, Hakim mesti bermanja dengan Nabila.

"Ila, mengapa antara kita perlu ada rahsia?" Tanya Hakim tanpa melihat wajah Nabila.
Dia tak sanggup lagi dipermainkan oleh seorang gadis yang disayanginya.

"Rahsia? Apa abang cakap ni, Ila tak fahamlah." Ila bertanya pada Hakim.

"Tak faham atau buat-buat tak faham?" Hakim bangun dari situ. Dia mengeluh panjang.
Matanya merah. Wajahnya suram. "Kenapa Kim tahu Ila dah bertunang dari papa Ila,
bukannya dari Ila sendiri? Kenapa Ila? Kenapa?"

Ila terdiam seketika. "Jadi, Kim dah tahu segalanya? Maafkan Ila kerana tak cakap sejak
mula kita kenal dulu. Ila bertunang kerana orang tua Kim, percayalah. Masa tu ibu Ila
masih ada lagi. Kerana arwah ibu Ila bertunang." Jelas Nabila yang mula terasa sebak.

"Tapi kenapa Kim yang jadi mangsa? Kenapa tidak orang lain?"

"Kim, selama empat tahun kami bertunang, tak pernah sekalipun kami bermesra. Ikbal
berada di luar negara. Macamana kami nak bersatu? Kami tak tahu hati masing-masing."
Ila mula menangis.

"Ila sayangkan Kim. Ila tak mahu kehilangan Kim. Jangan tinggalkan Ila, Kim." Ila
memegang tangan Hakim yang tak mampu berbuat apa-apa. Walaupun dia masih
sayangkan Nabila, namun Nabila tunangan orang.

Agak lama mereka berdiam diri dan melayani perasaan masing-masing, akhirnya Hakim
bersuara.

"Ila, maafkan Hakim. Kim rasa kita terpaksa mencari haluan yang berbeza. Kim tak
mahu orang menganggap kehadiran Kim menjejaskan hubungan Ila dengan famili dan
tunang Ila. Namun tak bermakna Kim buat keputusan ini Kim tak sayangkan Ila. Kim
akan ingat kenangan kita berdua. Kim tetap sayangkan Ila. Maafkan Kim."

"Kalau Kim sayangkan Ila , kenapa harus kita berpisah?" tanya Ila yang tak dapat
membendung tangisannya lagi.

"Maafkan Hakim. Kim terpaksa. Selamat tinggal sayang!" Buat kali terakhir Hakim
memeluk gadis itu erat-erat dan mencium dahi gadis itu. Buat seketika mereka lemas
dalam tangisan masing-masing. Hakim meleraikan pelukan dan melangkah berlalu pergi
tanpa menghiraukan Nabila.

******************

Segalanya sudah siap. Beg sederhana besar dah dimuatkan


dengan pakaian dan keperluan lain. Hakim meletakkan
begnya ditepi dinding berhampiran pintu rumah. Perlahan-
lahan dia mengeluarkan sekeping kertas kecil dari poket
bajunya. Tiket untuk pulang ke kampung. Sebelum ke
perhentian bas, dia akan ke tempat kerjanya untuk
menyampaikan surat perletakan jawatan. Dia dah fikir sehabis-habisnya untuk keluar dari
bandar yang tak berikan apa-apa lagi buat dirinya.

"Cik Nabila, Mak Jah dah siapkan makanan. Marilah makan. Dah dua hari Cik Nabila tak
makan, nanti sakit pulak. Makanlah sikit." Pujuk Mak Jah.

"Tak apalah Mak Jah, Ila belum lapar lagi. Mak Jah makanlah." Jawab Nabila dengan
suara yang serak dan mata yang bengkak kerana terlalu banyak menangis.

"Jangan ikut sangat perasaan Cik Nabila. Kita hanya merancang tapi Tuhan yang
tentukan. Sabar jelah." Pujuk Mak Jah lagi.

"Ila, tadi uncle Zainal call. Dia kata Ikbal balik tomorrow. Kita pegi jemput Ikbal sama-
sama okey!" beritahu Encik Salim. Dia tak sangka anaknya akan jadi begitu.

"Papa, Ila tak ada moodlah nak pergi. Papa jelah pergi dengan uncle Zainal dan auntie."

"Kenapa ni sayang? Janganlan macam ni. Tak eloklah... lagipun dah lama Ila tak jumpa
Ikbal." Encik Salim memujuk anak tunggalnya itu.

*************

Sudah hampir dua minggu Hakim di kampung, namun pelbagai soalan yang bermain
dibenak Haiza, adik kesayangan Hakim. Tiada sebarang tanda yang dia akan pulang ke
bandar. Banyak yang Haiza tidak faham, kenapa abangnya pulang secara tiba-tiba.
Seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena dengan abangnya itu. Dari pagi hingga ke
petang, dia akan menghabiskan masa dengan termenung di bawah pohon jambu itu.
Dengan wajah abangnya yang suram, Haiza yakin, abangnya menyimpan suatu rahsia
yang entah pada siapa mahu diceritakan.

"Abang, lama ke abang cuti kali ni?" tanya Haiza membuka perbualan. Hakim mengeluh.
Dia menatap wajah adiknya yang seolah-olah mengharap suatu balasan darinya.

"Abang takkan ke sana lagi, dik. Abang dah berhenti kerja. Abang akan terus tinggal di
sini bersama emak dan Haiza. Soal kerja, Haiza tak usahlah bimbang. Abang akan buat
apa saja kerja asalkan ia halal untuk keluarga kita." Jelas Hakim walaupun kadangkala
dia teringatkan Kuala Lumpur dan Nabila.

Sejak kembali ke kampung, sudah hampir sepuluh surat sampai untuk Hakim. Namun
satu surat pun tidak dibukanya apatah lagi dibaca dan dibalas. Ini membuatkan Haiza
semakin sangsi tentang diri abangnya itu.

"Mak, Kim nak ke kedai jap. Ada apa-apa mak nak kirim?"
"Tak apalah Kim, baru tadi Haiza balik dari kedai. Semuanya dah dibeli." Ujar Mak Yam
yang asyik menganyam tikar mengkuang. Hakim, menuruni anak tangga yang diekori
oleh anak mata ibunya.

"Mak, mana abang?" tanya Haiza.

"Katanya ke kedai. Apahal cari abang kau tu?"

"Tak ada apa." Jawab Haiza dan meneruskan perbualan. "Mak, kenapa Haiza tengok
sejak abang balik ke sini, dia asyik termenung aje mak?"

"Manalah mak tahu. Biarkanlah dia." Kata Mak Yam yang masih menganyam tikar.

"Dia dah bosan tinggal di KL agaknya. Biarlah dia nak tinggal di kampung halamannya
pulak. Rezeki ada di mana-mana."

Haiza masih tidak percaya apa yang dia dengar dari ibunya. Keberanian menguasai
dirinya untuk ke bilik abangnya. Dia mengambil sepucuk surat dari atas meja lalu
membukanya. Ada sesuatu yang mendorong untuk dia membaca isi surat tersebut.

Hakim, aku masih mengharapkan dirimu. Kembalilah Hakim. Dengan keputusanmu


meninggalkan aku, tak semestinya aku bahagia bersama Ikbal. Setiap kali aku cuba
melupakan dirimu, setiap Kali itulah wajahmu menerpa di mataku. Aku tak berdaya
melupakan dirimu walau dalam lena.

Haiza melipat surat itu dan menyimpannya kembali. Itulah yang ditulis oleh Nabila yang
sampai dua hari lepas. Tiba-tiba dia mendengar suara abangnya berbual dengan ibunya.
Dia bergegas keluar dari bilik abangnya itu. Hakim masuk ke biliknya dan termenung.
Tiba-tiba saja dia teringin untuk membuka surat yang tidak pernah dibacanya itu.

Kim, kenapa seksa aku begini? Mengapa kau campakkan aku jauh dari pagar hatimu?
Aku tak minta apa yang kau tak mampu berikan. Aku cuma mahu agar kasih kita
berpanjangan, itu sudah memadai buat diriku, Kim. Kepergianmu benar-benar
membuatkan aku terapung-apung tanpa haluan. Kau buat aku meneka dan meraba sendiri
mencari suatu kepastian yang sebenarnya hanya ada padamu. Agaknya kau masih
menganggapku sebagai sekuntum bunga sakura dan dirimu umpama padang pasir yang
kering dan ketandusan. Katamu, sekuntum sakura pasti akan layu dan menderita andai
hidup di padang pasir. Katamu lagi, sepatah kata cinta tak akan dapat menukar Gurun
Sahara menjadi hutan rimba. Barangkali kau benar. Tapi aku juga tak lupa bahawa
dengan doa dan ikhtiar, tak mustahil untuk bunga sakura berada di padang pasir yang
tandus itu. Kau mesti berani Kim. Saat ini aku dan Ikbal belum disatukan lagi. Jadi, aku
berharap agar kau kembali padaku. Kasihanilah aku Kim. Aku merayu.

Terasa air matanya menitis tatkala membaca isi surat dari Nabila. Itulah surat pertama
yang dibacanya setelah sekian lama berada di atas meja tulisnya.

"Mak, Kim pergi dulu ye mak." Kata Hakim yang bersedia menolak kereta sorong yang
diisi dengan tebu dan keperluan lain untuk berniaga.

"Berniaga tu elok-elok." Pesan Mak Yam pada anak sulungnya itu. Kesian dia melihat
anaknya yang terpaksa berniaga kecil-kecilan.

Kini Hakim menjual air tebu di tepi jalan. Walaupun berat untuk dia melakukan kerja itu,
namun dia terpaksa dan dipaksa oleh keadaan kerana selama ini dialah tempat ibu dan
adiknya bergantung hidup.

"Mak, mana abang?" tanya Haiza.

"Mana lagi, berniagalah. Kenapa?"

"Tak ada apalah. Kalau cam tu, Haiza nak ke sanalah." Beritahu Haiza sambil menuruni
anak tangga.

Dari kejauhan Hakim melihat kelibat adiknya. "Ha... apahal datang sini? Mak sakit ke?"
tanya Hakim bimbang tentang ibunya.

"Tak adalah... ni ha... surat dari Kolumpo. Manalah tahu kot-kot surat penting." Haiza
menghulurkan surat bersampul merah jambu itu pada abangnya.

"Bacalah."

"Kacaulah dia ni. Pergi sana." Gurau Hakim. Hakim memasukkan surat tersebut ke dalam
poket seluarnya.

Selesai sembahyang isyak, Hakim teringat akan surat yang


diterima siang tadi, sekali lagi dia terasa ingin
membacanya. Mungkin saat ini dia terlalu rindukan Nabila.

Hakim, aku dah penat menulis untukmu. Namun satupun


tiada balasan. Barangkali kau dah lupakan aku, atau sudah
ada pengganti diriku. Hari perkahwinan aku dah ditetapkan pada minggu depan. 16
Februari 2001. Kau patut tahu, betapa seksanya aku tika ini. Betapa sulitnya untuk aku
berdepan dengan Ikbal dan ayahku. Kembalilah, Hakim. Ini Adalah surat terakhir dariku.
Wassalam.

Ya Allah. Betapa hebatnya cabaran yang kuterima. Hakim memejamkan matanya.

Hati kecilnya berkata. "Aku juga rindukan kau Nabila."

**********************
"Kim, mak ada hal sikit nak cakap."

"Apa dia mak. Cakaplah." Hakim bersuara. Dia sedia untuk mendengar.

"Dah dua bulan lebih kau kat sini, dan mak tengok kau dah elok dah. Senang hati mak.
Bunga bukan sekuntum." Kata Mak Yam yang memang dah tahu masalah yang dihadapi
oleh anaknya itu sejak dia awal dia pulang ke kampung.
"Habis tu apa masalahnya lagi mak?" tanya Hakim.

"Tu ha... anak Pak Lah, si Ema tu dah besar panjang pun. Mak ingat nak jodohkan kau
dengan dia. Lagipun lawa orangnya. Budi bahasa pun baik. Pak Lah pun tak keberatan."

"Eh, mak ni, ke situ pulak perginya. Tak mahulah Kim." Hakim terdiam dan dia terfikir.
Adakah dia sudah dapat melupakan Nabila walau cuma sedikit.

"Apa yang kau fikirkan lagi? Setuju ajelah. Boleh mak pergi minang esok lusa." Mak
Yam menghentikan lamunan Hakim.

"Ish... mak ni. Orang belum sedia lagi nak kawin. Lagipun hati Kim masih lagi...." Hakim
menghentikan kata-katanya. Terasa sebak menerpa di dada.

"Mak faham, Kim. Tapi kalau kau setuju, bertunanglah dulu dengan Ema tu, manalah
tahu, kalau-kalau dapat lupakan dia. Mak tak nak tengok kau menderita, Kim. Tapi mak
juga tahu, hati manusia tak boleh dipaksa-paksa. Kau fikirkanlah dulu." Kata Mak Yam
yang menyedari perubahan air muka anak mudanya itu tatkala mengingati Nabila.

"Nantilah Kim fikirkan. Lagipun Kim belum ada kerja yang bagus lagi mak."

***************************
"Ila, sejak abang balik dari US, rasanya tak pernah
sekalipun kita keluar. Apa kata kita keluar hujung minggu
ni? At least dapatlah Ila tenangkan fikiran sebelum kita
diijabkabulkan." Ikbal memberi pendapat.

"Tak naklah. Ila tak ada moodlah nak ke mana-


mana."jawab Nabila dengan lesu.

"Apa kata kalau kita ke Cherating?" ujar Ikbal mengharap persetujuan dari Nabila.

Teringatkan Hakim berasal dari Pahang, Nabila terus bersetuju. Dia mengharapkan dia
akan bertemu dengan Hakim di sana nanti.

Sepanjang perjalanan ke Pahang, Nabila banyak mendiamkan diri. Sesekali Ikbal cuba
membuat kelakar agar Nabila ketawa. Tapi Nabila cuma tersenyum hambar. Tiada
manisan di senyuman Nabila.

"Abang hauslah. Nabila haus tak?" tanya Hakim sambil meneruskan memandu.

Nabila hanya melihat Ikbal dengan seribu tanda tanya. Mengapa dia masih tak dapat
menerima Ikbal, sedangkan Ikbal melayaninya seolah-olah seorang tuan puteri.

"Haa... kat depan sana ada orang jual air lah. Kita berhenti dulu ye Ila." Ikbal
memberhentikan keretanya di hadapan gerai tersebut. Nabila masih kelihatan kurang
berminat.

"Dik, kasi air tebu dua!" Pinta Ikbal.

"Bungkus atau minum di sini? Tanya Hakim. Ikbal memberitahu yang dia berdua akan
minum di situ. "Sekejap ye, bang." Hakim memasukkan ais ke dalam dua gelas yang
berada di atas mejanya itu.

"Bagus ke jualan kat sini, dik?" tanya Ikbal ramah.

"Kalau cuaca macam ni bolehlah tahan. Ramailah orang yang datang singgah untuk
hilangkan haus." Jawab Hakim yang sedang menyediakan minuman yang diminta.

"Berdua aje ke?" tanya Hakim lagi sambil menjenguk ke dalam kereta untuk melihat
gadis yang berada di dalam kereta.

"Nak bercuti ke Cherating. Jauh lagi ke dik, tempat tu?"

"Tak ah, lebih kurang 2 kilometer aje lagi."

Nabila yang dari tadi berada di dalam kereta terasa ingin keluar. Dia menuju ke arah
Ikbal. Tiba-tiba langkahnya terhenti tatkala memandang penjual tersebut. Dia kaku di
situ.

"Ila, kenapa duduk kat situ, panas tu. Mari sini, abang kenalkan kawan baru abang." Kata
Ikbal.

Hakim menjadi serba salah. Terasa ingin menghampiri Nabila dan memeluk gadis itu
erat-erat agar hilang rindunya selama ini.

"Hakim!" Nabila berteriak kecil. Tiba-tiba air mata membasahi pipi. Hakim hanya
mendiamkan diri dan tunduk. Nabila menghampirinya dan memeluk Hakim. Hakim
hanya membatukan diri. Ikbal kehairanan. Namun dia dapat mengagak bahawa lelaki
yang dipeluk oleh Nabila itu adalah kekasihnya yang pernah diceritakan olehnya sebelum
bercuti ke Cherating. Ikbal terharu melihat akan sepasang kekasih yang selama ini
dipisahkan oleh keadaan.
"Ila, sudahlah. Jangan buat Kim macam ni. Ila tunangan orang." Hakim melepaskan
pelukan Nabila.

"Saya rasa, tentu awak ni Hakim. Kekasih Ila yang pernah dia ceritakan pada saya.
Hakim saya rasa elok awak ikut saya ke KL dan di sana kita boleh berbincang mengenai
Nabila." Ujar Ikbal pada Hakim. Dia merelakan Nabila bersama Hakim kalau itu yang
membuatkan Nabila gembira.

"Maafkan saya. Saya dah bertekad takkan ke sana lagi. Segalanya dah musnah. Saya akan
terus tinggal disini. Bersama jodoh saya nanti." Hakim yang sengaja menyebut pasal
jodoh supaya Nabila akan terus bersama Ikbal, bakal suaminya. "Ikbal, bahagiakanlah
hidup Nabila. Ini permintaan dari saya sebagai seorang sahabat." Hakim melangkah
longlai, meninggalkan mereka berdua di gerainya itu.

"Hakim ikutlah saya ke KL. Saya dah buat keputusan." Kata Ikbal mematikan langkah
Hakim. Nabila masih lagi dengan tangisan.

"Keputusan? Saya tak faham. Yang saya tahu kamu akan berkahwin tak lama lagi."

"Saya tak sanggup melihat penderitaan yang ditanggung oleh kamu berdua. Saya
serahkan Nabila pada kau Hakim. Apa gunanya Nabila bergelar isteriku jika cinta dan
sayangnya hanya untuk kau Hakim." Jelas Ikbal.

Hakim terkejut. 'Betapa mulianya hatimu Ikbal. Sanggup menggadaikan sayangmu itu
kerana orang lain. Aku tak tahu bagaimana untukku ucap terima kasih.' Cetus hati
kecilnya.

Hakim menuju ke arah Ikbal, mereka bersalaman. Nabila masih lagi di situ. Dia seolah-
olah menanti Hakim. Hakim memandang Nabila dengan seribu satu kerinduan. Hakim
memeluk gadis itu. Akhirnya kerinduan mereka terubat jua. Ikbal pasrah atas ketentuan
dari-Nya.

'Terima kasih Ikbal.' Ucap hati kecil Nabila. Dia gembira bersama Hakim.

Anda mungkin juga menyukai