Anda di halaman 1dari 11

PUCUK PAKU ULAM PETAI

Muhammad Azhad Mustaqim

“Allahuakbar...Allahuakbar...”sayup-sayup kedengaran suara Bilal Osman melaungkan azan dari


surau kayu di hujung kampung. Selalunya sebelum waktu zohor, kelibat suaminya sudah nampak
di celah-celah pokok pisang di belakang rumah. “selalunya dia sudah balik ni” bisik Mak Leha
dalam hatinya sambil sekali sekala menjegah ke tingkap dapur yang sentiasa terbuka. Daun
pintunya agak gelap berjelaga kerana asap dapur kayu Mak Leha. Mak Leha seperti biasa dan
sudah menjadi tabiatnya akan menghidangkan makanan tengahari siap-siap di atas meja.Mak
Leha cuba menjadi seorang isteri yang disenangi suaminya Pak Seman dan ibu kepada anak
tunggalnya Aiman. Mak Leha ingin melihat kedua-duanya bahagia.

“assalamu’alaikum warahmatullah…assalamulaikum warah matullah”..Mak Leha terus


menadah tangan dan berdoa. Mak Leha kelihatan agak tergesa- gesa menyelesaikan doanya lalu
bergegas ke tingkap rumah mengintai-ngintai keluar kalau-kalau suaminya sudah pulang.
Barangkali Mak Leha tidak begitu khusyuk bersolat fardhu zohor tadi. Mak Leha seolah-olah
begitu bimbang dengan situasi yang berlaku pada hari ini. “Leha..oo Leha..tolong ambilkan petai
dan pucuk paku ni” kedengaran suara lelaki dari arah pintu dapur belakang rumah. Mak Leha yang
ketika itu sedang berada di dalam bilik segera keluar mendapatkan suaminya . “ kenapa awak
lambat balik hari ini..selalunya sebelum zohor dah balik? “ Mak Leha cuba mendapaatkan
penjelasan dari Pak Seman. Pak Seman hanya tersenyum “ Alhamdulillah.. tadi Leman minta
tolong saya panjatkan petainya. Petainya berbuah lebat kali ini dan ramai peraih sudah menempah
petai Leman. Kebetulan Leman berselisih dengan saya tadi dan meminta saya tolongkan panjat
petainya..jadi saya pun panjatlah “. Mak Leha mencelah “ saya bukannya apa, saya bimbang awak
tu ada darah tinggi,kecing manis dan jantung. Jika berlaku apa-apa nanti, susah”. Mak Leha seperti
cuba meminta Pak Seman tidak lagi melakukan kerja-kerja seperti itu lagi..Namun, apakan daya
Mak Leha seperti sudah memahami perangai suaminya…nasihat yang diberi seperti mencurah ke
daun keladi sahaja. ” ya lah Mak Leha…saya mandi dululah. Aiman pun belum pulang lagi” balas
Pak Seman kepada Mak Leha.

“hah..itu dia Aiman baru sampai tu hah” Mak Leha memberi tahu Pak Seman yang ketika itu
sedang membaca surat khabar di ruang tamu. Pak Seman sepertinya tidak amengendahkan kata-
kata Mak Leha. Pak Seman terus tekun membaca surat khabar. Aiman berkelakuan agak pelik hari
ini. Kelihatan di raut wajahnya sedang memberitahu kepada Mak Leha seperti ada sesuatu yang
tidak kena. Wajah Aiman agak muram. Aiman tidak menyapa akan kedua orang tuanya yang
berada di ruang tamu sebaliknya terus ke bilik dan menutup pintu bilik dengan agak kuat. Pak
Seman menurunkan surat khabar yang menutupi mukanya dan saling berpandangan dengan Mak
Leha. “ apa kena dengan anak awak tu Leha” sindir Pak Seman. “ entah lah saya, selalunya tidak
begitu” jawab Mak Leha.

Jam di dinding sudah tepat menunjukkan jam 2.30 petang. Aiman masih berkurung di dalam
bilik. “Aiman…Aiman…mari makan , makanan mak sudah siapkan ni“ Mak Leha cuba memanggil
Aiman untuk makan bersama-sama. Aiman tidak menyahut panggilan Mak Leha. “ cuba awak pula
yang panggil Aiman tu..saya panggil langsung tidak dihiraukannya” jelas Mak Leha kepada
suaminya. “ Aiman..mari makan” Suami Mak Leha cuba menambil alih tugas isterinya memanggil
anak tunggal mereka itu. Kali ini Aiman keluar dari biliknya dan terus ke meja makan di dapur. Dia
membuka tudung saji kemudian menutupnya semula, tanpa sepatah kata Aiman masuk semula
biliknya. Seleranya terus hilang untuk menjamah nasi tengah hari itu. Aiman teringat peristiwa dia
diejek oleh rakan rakannya di sekolah kerana sangat sering membawa bekal masakan ibunya iaitu
Masak Lemak Pucuk Paku dan Ulam Petai. Pak Seman dan Mak Leha kebingungan melihat anak
mereka yang tiba-tiba tidak berselera menjamah makanan yang sedia terhidang.

“ sudahlah Leha, mungkin dia masih kekenyangan makan bekalan nasi yang awak beri kepadanya
pagi tadi” Pak Seman cuba mengalihkan perhatian isterinya yang masih melihat ke arah pintu bilik
Aiman yang tertutup dan cuba memanggil-manggil Aiman beberapa kali.

Keesokan harinya,Pak Seman mengajak Aiman membantunya menjual sayur-sayur kampung


di pasar tani. Malangnya Aiman menolak ajakan ayahnya itu “tidak mahulah, saya mahu ikut rakan-
rakan saya mandi di air terjun dihujung kampung.” kata Aiman.

“ Aiman, jangan begitu Aiman..Aiman tahu tak ayah sudah tidak kuat macam dulu lagi. Aiman kena
tolong ayah menjual sayur-sayur kampung tu di pasar tani. pucuk paku, bunga kantan, jering, petai
tu dijual untuk keperluan Aiman juga nanti. Aiman tahu tak…hasil jualan itulah ayah dan ibu
membesarkan kamu.” Mak Leha cuba menyedarkan Aiman yang seolah-olah langsung tidak
memahami kesusahan yang dialami oleh mereka berdua membesarkannya. Aiman sepertinya
tidak mendengar luahan ibunya. Aiman terus mencapai basikalnya yang disandar ke dinding rumah
ketika pulang dari sekolah semalam. Dia mengayuh sekuat hati agar segera beredar dari
perkarangan rumah pusaka arwah atoknya itu.

“Aiman..jadi ke kita nak ke air terjun pagi ini ?” tanya Ramli rakan sekelasnya.

“aku dah tak sabar nak pecah rekod dalam acara terjun junam ni…hahaha” Sudin mencelah.
“ eh, jadi…jadi..mana boleh tak jadi..maaflah aku lewat sikit tadi ...aku kena leter sikit dengan mak
aku..ada ke patut mak aku suruh aku pergi jual pucuk paku dan ulam petai ke pasar tani , malulah
aku kalau-kalau geng kita jumpa aku di pasar nanti.” Luah Aiman kepada rakan-rakannya

“ takkanlah orang hensem macam kau nak jual ulam kan ha..ha..ha “ rakan-rakan Aiman ketawa
bersama-sama.

“jom naik atas batu itu “ Kata Sudin mengajak Aiman naik ke aras yang lebih tinggi di tepi tebing air
tujun itu.

“ aku nak lompat dari atas batu itu” kata Sudin kepada Aiman dan Ramli.

“ Tinggi tu Sudin” Balas Ramli.

“ Ah..aku kan penerjun kebangsaan. Wakil Perak ni…kau ingat apa..hahaha.” Sudin dengan
bangga menyatakan bakatnya seolah-olah setanding dengan atlit sukan wakil kebangsaan.

Sudin cuba memanjat tebing sungai air terjun dan akhirnya berjaya sampai ke batu yang
dimaksudkan itu. Sudin membuat terjunan lipat ke belakang.

“ wah, hebatlah kamu Sudin.. memang layak kamu menjadi wakil Perak..hahaha” Kata Ramli cuba
memuji Sudin.

“ Aiman, kamu wakil negeri mana pulak “ Tanya Sudin.

“ Aku tak main la wakil kebangsaan, aku wakil negara Malaysia.” Balas Aiman

“ Buktikanlah Aiman, jangan sembang kencang sahaja.. tapi habuk pun tak ada hahaha” Sudin
juba merendah-rendahkan dan dalam masa yang mahu mencabar Aiman.

“ Kau tengok aku terjun pulak Sudin, pasti kau akan melopong..hahaha” Jelas Aiman kepada
Sudin.

Sudin lagi sekali memanjat dinding batu air terjun untuk membuat terjunan kali kedua.Kali ini Aiman
turut mengekorinya dari belakang.

Sudin berkata kepada Aiman,” hati-hati bro..batu kawasan sini licin”

Selesai sahaja Sudin mengucapkan perkataan “licin” Aiman tiba-tiba tergelincir dan kepalanya
jatuh terhempas ke batu. Aiman tidak bergerak. Sudin dan Ramli hanya mampu melihat dan
tergamam. Sudin dan Ramli cuba memanggil-manggil Aiman, namun Aiman tetap kaku. Kelihatan
darah keluar dari hidungnya, mulut dan telinga. Sudin berlari pulang ke rumah Aiman untuk
memberitahu ibu Aiman akan kejadian tersebut, manakala Ramli menunggu di sisi Aiman.
“Asslamu’alaikum Mak Cik Leha..Aiman jatuh di air terjun, kepalanya terhantuk ke batu, sakarang
dia tidak sedarkan diri” dengan nada suara yang tersekat-sekat dan tercungap-cungap, Sudin
memberitahu Mak Leha yang ketika itu sedang menjemur beberapa helai kain di ampaian di tepi
rumah. Mak Leha terus terdiam dan tergamam seketika. Kain di tangannya masih digenggam. Mak
Leha seakan-akan terkejut dengan berita yang baru diterimanya. Dia seperti buntu seketika.

“Sudin..sudin…tolong mak cik ya..tolong beritahu kepada ayah Aiman ya.. Mak cik nak pergi
tengok Aiman.” Ujar Mak Leha kepada Sudin.

‘’Bagaimana keadaan anak saya dotor?” Pak Leman cuba mendapatkan penjelasan daripada salah
seorang doktor yang baru keluar dari bilik kecemasan.

“ Ini ayah Aiman ke?” Tanya doktor muda tersebut

“ Ya..saya ayahnya doktor, kenapa doktor? Pak Seman cuba mendapatkan penjelasan dengan
lebih jelas.

“ Maaf, Pak Cik. Anak Pak Cik mengalami perdarahan dalam kepala, ada 2 tumpokan darah beku
dalam kepalanya. Darah ini akan menyebabkan Aiman koma seumur hidup jika tidak dilakukan
pembendahan segera.” Jelas doktor muda tersebut.

“Doktor, saya izinkan doktor buat pembedahan tersebut, saya merayu kepada doktor,
selamatkanlah anak saya doktor” rayu Pak Seman.

“ Boleh Pak Cik, Cuma Pak Cik perlu sediakan wang berjumlah RM 15 ribu untuk pembedahan ini.”
Jelas doktor muda itu lagi.

Pak Seman terdiam dan saling berpandangan dengan isterinya sebaik doktor muda itu
memberitahu tentang kos pembedahan.

“ Doktor..saya orang miskin doktor, di mana saya boleh dapat wang sebanyak itu dalam masa
terdekat ini doktor?” Pak Seman cuba menyatakan keadaan dirinya yang serba serbi daif itu.

Doktor muda memegang bahu Pak Seman yang bertulang dan merenung tepat ke wajah Pak
Seman.

“Bersabar Pak Cik ya..” ujar doktor muda lalu meninggalkan bilik kecemasan tersebut.

Aiman dimasukkan ke ward untuk rawatan rapi dan memantau tahap kesihatannya.
Mak Leha sudah kebiasaannya akan bangun lebih awal untuk menyiapkan sarapan untuk
suaminya. Selalunya Mak Leha akan menyiapkan bekal untuk Aiman terlebih dahulu. Bekal yang
selalu disediakan oleh Mak Leha ialah nasi,masak lemak pucuk paku,sambal petai dan telur mata.
Cukuplah untuk Aiman berasa kenyang sepanjang sesi persekolahan. Namun kebiasaannya pada
pagi itu terganggu, dia berasa janggal kerana pada pagi itu dia hanya menyediakan lemping pisang
dengan kopi “o” sahaja untuk suaminya.

P
“ Lemping tu tengah panas, makanlah nanti jika dah sejuk tak sedap” Mak leha cuba menyedarkan
Pak Seman yang seolah-olah sedang berada di dunia lain. Pak Seman yang tadinya terpaku
memandang lemping pisang tiba-tiba tersedar dan mula menghirup kopi ”O” yang pekat hitam di
dalam cawan seramik putih bercorakkan motif bunga orkid.

“ Di mana kita naak cari wang sebanyak RM15 ribu” keluh Pak Seman.
“ Wang simpanan kita di tabung haji pun masih belum sampai 10 ribu” tambah Pak Seman.

Pipi Mak Leha mula dibasahi air jernih mengalir deras ke dagu.
“ Abang, anak kita seorang sahaja, buruk atau baik dialah sahaja yang kita ada.” Mak Leha
meluahkan perasaannya.

Kepiluan Pak Seman semakin terasa apabila dia terkenang-kenang semula gelagat Aiman semasa
kecil yang pada ketika itu Aiman baru berumur 4 tahun. Aiman dikendungnya sambil berlari-lari di
tepi tali air sawah padi. Pak Seman mengajak air Aiman menangkap ikan laga di dalam lopak-lopak
air. Pak Seman masih terbayang dengan jelas Aiman begitu seronok memegang ikan laga yang
ditangkap. Tangan kecil Aiman menandah ikan laga yang diberikan oleh Pak Seman. Kedua-
duanya saling ketawa di tengah-tengah sawah padi yang terbentang luas.

“Assalamu’alaikum...Assalamu’alaikum... Seman...ooo Seman.”. kedengaran suara dari luar


rumah.

Pak Seman tersedar dari lamunan, bayangan indah tiba-tiba hilang sebaik dia memberi perhatian
kepada suara lelaki dari luar rumah.

“ Cuba awak lihat siapa tu “..Pak Seman mengarahkan isterinya melihat di luar.

“ Ooo Pak Mail, wa’alaikumussalam. Masuklah Pak Mail.” Mak Leha mempelawa Pak Mail masuk
ke dalam rumah.
“ Masuk terus ke dapurlah Pak Mail...boleh minum kopi dengan Seman ni hah”. Sekali lagi Mak
Leha mempelawa Pak Mail masuk ke dapur untuk menjamah sarapan pagi kopi “o” dengan
lemping pisang.

Hubungan Pak Mail dengan keluarga Pak Seman sememang seperti adik beradik, dapur Mak Leha
itu boleh dikatakan seperti dapur di rumahnya sendiri kalau keluarga Pak Mail datang bertandang
ke rumah Pak Seman.

“ Begini Seman, aku ni nak ngajak kamu memanjat petai di kebun aku tu. Ada permintaan dari
Kuala Lumpur. Mereka mencari petai hampir satu tan. Kebetulan, petai aku tu memang tengah
berbuah lebat dan aku anggarkan boleh dapat satu tan jugak tu.” Pak Mail bersungguh-sungguh
menerangkan hajatnya kepada Pak Seman.

“ soal upah kita bahagi dua, jika jualan petai itu 5 ribu, kau RM2500.. aku RM2500, macamana
Seman, setuju ke? Pak Mail cuba mendapatkan kepastian.

Pak Seman tidak terus menjawab pertanyaan Pak Mail tersebut. Dia hanya merenung kopi “o”nya
dan melanjutkan pandangan ke luar jendela dapur seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.

“ aku sudah tua, aku ada penyakit tetapi bagaimana pula Aiman yang koma di hospital sekarang,
adakah aku sanggup hidup tanpanya di sisi atau aku hidup dalam keadaan Aiman yang kaku
terbaring nanti” Pak Seman bermonolog sendirian.

“ beginilah Pak Mail, beri masa untuk aku fikirkan sekejap dan berbincang dengan Leha, selepas
zohor nanti aku beritahu kepada kamu.” Ujar Pak Seman sambil menghirup kopi “o” yang masih
tertinggal satu perempat cawan.

“ Jika begitu, saya balik dululah ya”...Pak Mail meminta diri sembil menghabiskan minuman yang
sudah dituang Mak Leha di hadapannya.

Tengaharinya,Mak Leha menghidang makanan untuk makan tengahari tetapi suaminya Pak
Seman tidak ada selera. Pak Seman sering memikirkan nasib anaknya yang sedang koma di
hospital di samping memikirkan juga kos yang perlu ditampung untuk pembedahan anaknya itu.
Walau bagaimana pun ,hal tersebut tidak mematahkan semangat Pak Seman untuk bekerja
dengan lebih keras supaya dapat mengumpul wang yang secukupnya bagi memastikan doktor
dapat membuat pebedahan kepala anaknnya. Pelbagai cara yang cuba difikirkan oleh Pak Seman
untuk mendapatkan wang antaranya,ambil upah menebas kebun,ambil ubah panjat kelapa,ambil
upah panjat pokok petai dan sebagainya. Kadang-kadang Pak Seman terfikir juga pergi ke bandar
untuk meminta sedekah dan simpati orang ramai. Namun dia mengingati pesanan arwah bapanya
supaya jadilah orang yang memberi kerana tangan yang memberi lebih baik dari yang
menerima.Pesanan itu tidak pernah sesekali dia lupakan . Pak Seman memahami bahawa Allah
swt itu maha kaya, dia telah menghantar Pak Mail untuk mengupahnya memanjat pokok petai. Pak
Seman berharap dengan upah tersebut dia dapat mencukupkan kos yang diperlukan. Kebun petai
Pak Mail pun luas juga . Ini menyebabkan Pak Seman yakin Allah swt sedang mengirim
pertolongan kepadanya.

Pak Mail merupakan seorang yang terkenal dengan kebun petainya sehingga diberi gelaran
“Mail Petai” oleh orang kampung. Pokok petainya saja hampir mencecah 200 batang pokok.
Setelah berbincang dengan Mak Leha, Pak Seman menerima tawaran tersebut.Walaupun dia tahu
risikonya tinggi, namun demi Aiman dia sanggup melakukan apa sahaja.

Pagi keesokan harinya,setelah selesai sarapan pagi Pak Seman bersiap-siap dengan segala
peralatan memanjat pokok petai- tali, pisau.Namun Mak Leha terasa berat untuk membenarkan
suaminya melakukan pekerjaan itu, namun dalam masa yang sama jauh dibenak fikirannya
terbayang Aiman sedang dalam keadaan terlantar koma di bilik ICU dengan bantuan pernafasan
dan beberapa wayar serta tiub yang berselirat di tubuh Aiman. Mak Leha sangat risau akan
keadaan suaminya yang sudah berusia dan tidak segagah dulu lagi tetapi Mak Leha tidak mampu
berbuat apa-apa. Mak Leha hanya mampu berserah dan berdoa agar segala urusan suaminya dan
rawatan anaknya dipermudahkan oleh Allah SWT. Mak Leha terpaksa berserah bulat-bulat kepada
Allah swt. Mak Leha sedar ini adalah takdir yang perlu dijalani dan ditempuhi. Mak Leha juga
memahami bahawa setiap ujian yang ditimpakan ke atas manusia adalah sesuai dengan
kemampuannya. Allah swt tidak berlaku zalim terhadap hamba-hambanya.

Setelah tiba di kebun,Pak Seman perhatikan pokok-pokok petai yang berderetan, pada
perkiraanya mungkin mengambil masa selama lebih kurang 2 minggu untuk memanjat semua
pokok petai tersebut. Dia mensasarkan 10 hingga ke 15 batang pokok sehari.

Hari demi hari berlalu Pak Seman menjadi seperti hidup di atas pokok petai. Kebanyakan masa
dalam tempoh 2 minggu Pak Mail banyak berada di atas pokok petai kepunyaan Pak Mail sahaja.
“ Badan saya ni seperti nak demam” ujar Pak Seman kepada Mak Leha yang sibuk
menyiapkan bekalan Pak Seman untuk hari terakhir tugasnya memanjat pokok petai.

“ Kalau tak larat, hari ini cutilah dulu, rehatkan badan awak tu dulu. Awak tu sebenarnya
bukan sihat sangat” Balas Mak Leha.

“ Kalau aku cuti hari ini bagaimana janji aku dengan Mail. Dia sudah berjanji dengan orang
Kuala Lumpur tu akan menyerahkan petai-petai itu pada hari ini. Lagi pun kalau aku cuti hari ini,
lagi lambat Aiman dibedah. Tak apalah..mungkin nanti demam aku ini akan kebah semula apabila
aku panjat-panjat pokok petai nanti” Pak Seman cuba meyakinkan Mak leha. Pak Seman cuba
menyembunyikan tubuh badannya yang sudah sangat keletihan dan sakit-sakit. Pada usianya
yang sudah hampir mencecah 60 tahun itu masih dikerah melakukan pekerjaan yang layaknya
dibuat oleh pemuda-pemuda yang berusia belasan tahun atau sebaya anaknya si Aiman itu.

Sesampainya di kebun petai Pak Mail, Pak Seman mempersiapkan tali untuk diikat
kepinggang dan ke pokok petai. Dalam keadaan tubuh yang terasa lemah, Pak Seman tetap
menggagahkan diri untuk menyelesaikan tugasnya pada hari itu. Pak Seman membaca bismillah
lalu dia memaut batang pokok petai dan memanjatnya hinggalah sayup kelihatan tingginya.
Setibanya di dahan pertama pokok petai tersebut, Pak Seman terasa kepalanya berpusing.
Matanya terasa kabur dan semakin kabur. Genggaman pada dahan pokok petai terasa lemah dan
akhirnya pandangan Pak Seman menjadi gelap sama sekali.

Pak Seman jatuh dari pokok petai yang ketinggiannya hampir menyamai bangunan 2
tingkat.

Pak mail yang ketika itu turut sama berada di tempat kejadian tidak mampu berbuat apa-
apa.Pak Seman senyap dan tidak bergerak sama sekali walau cuba dipanggil oleh Pak
Mail.Kelihatan darah keluar dari mulut,telinga dan hidung Pak Seman. Pak Mail tahu kecederaan
yg dialami oleh Pak Seman parah dan sudah tentu melibatkan kecederaan organ dalaman. Pak
Mail tidak berani menggerakkan badan Pak Seman kerana bimbang menyebakan kecederaan
yang dialami Pak Seman menjadi lebih parah.

Pak Seman dikejarkan ke hospital yang sama dengan anaknya Aiman untuk pemeriksaan. Pak
Seman di masukkan ke bilik yang berlebel “ZON MERAH”. Zon Merah adalah untuk pesakit yang
sangat kritikal. Doktor bertugas di bilik kecemasan tidak membuang masa lalu terus melakukan
pemeriksaan rapi ke atas Pak Seman,nadinya semakin lemah,doktor cepat-cepat memberi alat
bantuan pernafasan . Isyarat nadi, tekanan darah, dengupan jantung di skrin semakin menurun
dan menunjukkan angka yang rendah. Pak Seman dikelilingi oleh beberapa orang doktor dan misi
yang ketika itu nampak cemas dan agak kelam kabut menyediakan beberapa peralatan
kecemasan. Ada yang memegang nadi di tangan, ada yang memerhati skrin mesin tekanan darah
dan jantung, mereka cuba menyelamatkan Pak Seman dengan renjatan elektrik ke dada Pak
Seman. Beberapa kali dada Pak Seman ditekan dan melambung kerana tindak balas renjatan
tersebut namun Pak Seman tidak memberi apa-apa reaksi. Akhirnya mesin bacaan nadi yang
sekali sekala berbunyi itu tidak kedengaran lagi, doktor memeriksa nadi di leher Pak Seman dan
juga di pergelangan tangan. Doktor yang memeriksanya mengambil fail lalu menulis sesuatu dan
berlalu keluar dari bilik tersebut. Mak Leha yang sedang menunggu di luar bilik kecemasan
dipanggil oleh doktor agar masuk ke bilik kecemasan. Mak Leha tidak diberitahu apa-apa oleh
doktor melainkan disuruh masuk melihat keadaan suaminya yang telah ditutupi kain putih. Mak
Leha dalam keadaan lemah melangkah masuk dan terasa jantungnya seperti disentap keluar.
Dunia terasa gelap serta merta. Mak Leha tidak mampu melangkah lagi sebaik melihat sekujur
tubuh yang terbaring di atas katil dihadapanya. Mak Leha terjelepuk ke lantai dan menangi.
Kejadian ini disedari doktor dan misi di bilik itu. Mereka menghampiri Mak Leha.

” Sabar ya puan,” Kedengaran suara perlahan dari seorang misi.

Akhirnya Mak Leha dibantu oleh misi untuk berdiri dan dipimpin berjalan menuju ke mayat
suaminya.

Keesokan harinya,Cik Senah masih dalam keadaan sugul kerana mengenangkan nasib
keluarganya.Tidak lama kemudian,Pak Mail datang ke rumah Mak Leha untuk menyerahkan wang
upah arwah Pak Seman memanjat pokok petai dan turut memberikan sumbangan daripada Yang
Berhormat Datuk Kamal yang merupakan seorang wakil rakyat di kampung tersebut. Beliau juga
membiayai sebahagian kos pembendahan Aiman. Datuk Kamal seorang wakil rakyat yang sangat
prihatin dan beliau sangat disenangi oleh penduduk kampung.

Setelah beberapa hari Aiman terlantar di hospital,akhirnya Aiman dibawa ke bilik pembedahan
dan sekali lagi Cik Senah melalui detik cemas dan tertanya-tanya “adakah pembedahan ini akan
berjaya?..adakah aku akan diuji lagi” bisiknya didalam hati.

Mak Leha tidak putus berdoa agar pembedahan ini berjaya dan dapat mengembalikan Aiman
ke pangkuannya. Hanya Aiman sahaja yang ada sebagai penguat semangatnya untuk meneruskan
kehidupan ini.

Setelah 8 jam berlalu, Mak Leha melihat seorang doktor yang lengkap uniform biru muda keluar
dari bilik pendedahan. Mak Leha percaya itu adalah doktor yang melakukan pembedahan kepala
anaknya. Mak Leha cuba mendapatkan doktor yang sedang berjalan pantas itu.
“doktor..bagaimana keadaan anak saya doktor”. Mak Leha menyapa doktor yang melintasi di
hadapannya.

Doktor muda berbangsa India itu menghentikan langkahnya.

“ Mak cik ibu kepada Aiman ke? Tanya doktor India yang kacak bergaya itu.
“ ya doktor” balas Mak Leha.

“ Untuk makluman mak cik, pembedahan anak mak cik berjaya, darah yang ada di kepalanya
berjaya dikeluarkan. Kemungkina besar Aiman akan kembali sedar dari koma dalam masa
semingu dua lagi.” Terang doktor muda India tersebut.

“ Terima kasih doktor...Terima kasih banyak doktor” ucap Mak Leha kepada doktor muda India itu.
Mak Cik Leha mengukir senyum dan nampak sangat gembira diraut wajahnya.

Mak Leha sangat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana mengambulkan doanya. Hanya Aiman
harapannya yang terakhir.

Setelah beberapa minggu di hospital,akhirnya Aiman dibenarkan pulang ke rumah.Setibanya di


rumah Aiman seolah-olah tidak kisah akan suasana rumah itu.Setelah lama berada di rumah
Aiman tersedar bahawa dia tidak nampak kelibat ayahnya sejak tengah hari tadi.Aiman merasakan
ayahnya masih berada di kebun dan mengutip hasil kebun untuk dijual di pasar tani.Cik Senah
sengaja tidak mahu memberitahu Aiman akan kematian ayahnya kerana Cik Senah bimbang
perkara tersebut akan meberikan kesan buruk kepada otak Aiman yang baru sahaja melakukan
pembedahan.Jika boleh Cik Senah ingin memberitahu hal ini setelah Aiman betul-betul sembuh.

Tidak lama kemudian,Aiman bertanya “ibu,dimana ayah?hari sudah pun lewat malam tetapi
Aiman langsung tidak nampak kelibat ayah.” Tanya Aiman kepada Mak Leha.Mata Mak Leha mula
basah dan berkaca,banyak air bertakung di bawah mata Mak Leha dan akhirnya air jernih deras
mengalir membasahi pipinya. Aiman bertambah bingung apabila melihat ibunya menangis dengan
pertanyaanya itu.Akhirnya, Mak Leha menjelaskan bahawa ayahnya sudah tiada dan menceritakan
segala perkara yang berlaku serta punca kematian arwah bapanya. Aiman kelu dan terdiam,dia
mulai menangis teresak-esak layak anak kecil. Aiman mulai merintih dalam keadaan suara yang
tersekat-sekat lalu berkata “ampunkan saya ayah,jika Aiman dengar cakap ayah mungkin semua
ini tidak berlaku,ini semua salah Aiman,...ayahhh... ayahhh” Aiman mula meraung.
Mak Leha dan Aiman saling berpelukkan,siibu cuba menenangkan Aiman yang seolah olah
tidak dapat menerima kenyataan bahawa ayahnya sudah tiada lagi. Dalam pelukan itu Mak Leha
juga berkata “Aiman perlu menjadi anak yang soleh kerana anak yang soleh masih boleh berbakti
kepada orang tuanya walaupun kedua orang tuanya sudah tiada.” Kata Mak Leha.

Dari Abi Huhairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang anak Adam
itu meninggal dunia,maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang
dimanfaatkan dengannya dan anak soleh yang mendoakan untuknya”.

“ ibu..saya ingin ke pusara ayah” tiba-tiba terpancul dari mulut Aiman.

“ Baiklah Aiman, selepas waktu Asar nanti kita pergi ya” balas Mak Leha kepada Aiman.

Anda mungkin juga menyukai