Anda di halaman 1dari 2

CERPEN BERTAJUK "PENDEMIK"

TULIS SEBUAH CERPEN BERDASARKAN PLOT CERITA YANG DIBERIKAN

PERMULAAN
Kerajaan mengumumkan "lockdown" seluruh negara. Syarikat tempat Osman bekerja
terpaksa ditutup kerana pematuhan SOP oleh pihak kerajaan. Majikan Osman memberitahu
bahawa gaji tidak akan dibayar sepanjang "lockdown" dilaksanakan. Osman sudah
kehilangan sumber pendapatan yang selama ini menjadi punca rezkinya meneruskan
kehidupan di kota raya Kuala Lumpur. Osman cuba bertahan hidup dengan wang
simpanannya.

PERKEMBANGAN
Wang simpanan Osman semakin kurang. Baki wang yang ada hanya mampu digunakan
untuk seminggu sahaja lagi. Osman merasa tertekan dan gelisah dengan keadaan yang
dialami. Hari demi hari dilalui dengan terperap di rumah sewanya. Osman semakin tertekan
apabila pemilik rumah sewa datang meminta sewa sedangkan wang yang ada hanya
mampu untuk membeli makanan. Osman cuba berbincang dengan pemilik rumah yang 
disewanya agar memberi keizinan untuk terus tinggal di situ serta menangguh bayaran sewa
rumah buat sementara waktu sepanjang "lockdown" tersebut. Pemilik rumah yang
disewanya bersetuju namun dengan syarat sekiranya kerajaan menyambung lagi
"lockdown" dua minggu lagi Osman perlu membayar ke semua bayaran sewa yang
tertangguh atau Osman perlu keluar dari rumah tersebut jika tidak mampu membayarnya.

KLIMAKS
"Lockdown" sudah masuk minggu ke empat. Pagi-pagi lagi tuan rumah sudah tercegat
dihadapan pintu. Osman mempelawa tuan rumah masuk ke dalam rumah namun tuan
rumah menolak dengan memberi alasan bahawa dia ingin cepat pergi kerana ada urusan
rumah sewa di tempat lain. Pemilik rumah meminta wang sewa namun Osman tidak mampu
membayarnya. Pemilik rumah sewa mulai marah-marah dan mengeluarkan kata-kata kesat
terhadap Osman. Pemilik rumah menghalau Osman dengan mengarahkan agar Osman
mengemaskan barang-barangnya dan keluar dari rumah sewanya. Osman cuba memujuk
tuan rumah tetapi tuan rumah dengan kasarnya menengking Osman dengan kata-kata yang
tidak boleh diterimanya. Terdetik di benak hati Osman bahawa sememangnya dia tidak patut
lagi tinggal di situ. Dia perlu keluar dari situ namun ke mana dia harus pergi dan tinggal
selepas ini. Akhirnya Osman terpaksa melangkah kakinya keluar dari situ. Pemilik rumah
sewa dengan angkuh terus mengunci rumah serta memasang mangga yang agak besar di
daun pintu rumahnya.
 
PELERAIAN
Tiada pilihan lain lagi.Osman berfikir bahawa dia bukan sahaja tidak boleh tinggal di rumah
sewa itu malah dia juga patut meninggalkan kota raya itu juga. Osman perlu pulang ke
kampung halamannya di Kuala Kurau. Osman berfikir bahawa mungkin dia perlu menjadi
nelayan seperti sebelum ini di kampungnya. Sedang Osman mengelamun dengan
perasaannya yang bercampur- campur itu tiba-tiba Osman disapa oleh seorang lelaki yang
sudah lama memerhatikan gelagat Osman di pondok hentian bas. Lelaki itu
memperkenalkan dirinya dengan nama Ramli. Ramli bertanya khabar tentang ayahnya di
kampung. Osman agak terkejut orang yang tidak dikenalinya itu mengenali arwah ayahnya.
Osman memberitahu bahawa ayahnya telah lama meninggal dan begitu juga ibunya yang
turut meninggal dunia setelah setahun arwah ayahnya meninggal. Ramli tertunduk sebentar
seolah-olah turut merasa sedih dengan kematian ayah Osman. Osman bertambah hairan
kenapa lelaki ini begitu terharu dengan kematian ayahnya. Ramli akhirnya menjelaskan
siapa dirinya. Rupa-rupanya Ramli ini bapa saudara Osman. Ramli adalah adik kandung
ayahnya yang sudah terpisah semasa kecil. Ramli telah dipelihara oleh orang lain ketika itu
kerana arwah datuk Osman tidak mampu membela mereka kerana kemiskinan. Kini Ramli
telah menjadi seorang kontraktor yang berjaya dalam bidang pembinaan. Sebenarnya Ramli
telah lama mencari Osman dan ayahnya namun baru saat ini baru ditakdirkan Allah dia
bertemu dengan anak saudaranya. Ramli mengajak Osman balik ke rumahnya dan
mempelawa Osman bekerja dengannya. Osman sangat terharu dan memeluk bapa
saudaranya dan rasa sangat bersyukur bahawa di saat-saat yang genting ini tuhan
menemukan dia dengan bapa saudaranya malah turut mempunyai pekerjaan bagi
menyambung kehidupannya di kota raya itu.

Anda mungkin juga menyukai