Anda di halaman 1dari 1

rI

Bahasa Melayu Ting. 1 (Jjian Akhirranun N


3. Baca petikan-petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Petikan 1

Aku melihat ayah terpinga-pinga keluar dari biliknya lantas ke ruang tamu. Ayah
bertanya tentang Oren. Aku mengatakan bahawa aku tidak melihat kelibat Oien pada pagi
itu. Ayah seakan-akan baru tersedar sambil menggeleng kepalanya beberapa kali.
Di meja makan pada pagi itu ayah bercerita kepada kami bahawa dia bermimpi Oren
pulang ke rumah semalam, dan hampir semalaman Oren bersama-sama dengan ayah di
ruang tamu.
Tiba-tiba Anis muncul di ruang dapur. Kami semua terperanjat kerana di tangannya
ialah oren yang kami tunggu kepulangannya tetapi pada saat itu Oren sudah tidak beiryawa
lagi. "Anis jumpa Oren di celah pokok tua yang tumbang semalam di taman permainan.,,
Sebaik-baik sahaja habis kenyataan itu, mata kami sekeluarga terus tertumpu kepada ayah.
Ketika itu mata ayah mulai berkaca.

(Dipetik daripada cerpen 'Orgn', antologi Kuingin Berterima Kasih,


Tingkatan 1, Kementerian pendidikan Malaysia)

Petikan 2

Beberapa hari lagi tahun Baharu Cina akan tiba. Kebanyakan jiran mereka sudah
membuat persiapan untuk perayaan yang disambut setahun sekali itu tetapi rumah mereka
masih begitu. Tiada persiapan apa-apa pun yang dibuat. Mereka sibuk mencari Lim Meng.
Apalah makna perayaan itu kalau anak mereka tidak ada. Lim Pooi amat menyesal dengan
tindakannya itu.
Dalam masa penantian itulah Lim Pooi Jatuh sakit. Sim Pau memujuk Lim pooi untuk
berjumpa dengan doktor tetapi Lim Pooi tidak mahu. Sim Pau risau kerana Lim pooi sudah
tiga hari tidak makan apa-apa. Dia takut sakit Lim Pooi semakin melarat. Badannya kurus.
Mukanya cengkung. Matanya kuyu. Dia tidak mahu kehilangan orang yang tersayang lagi.
Sudahlah Lim Foong meninggalkannya selama-lamanya. Selepas itu, LimMengdai kini,
Lim Pooi pula tengah sakit.
"Sakit aku hanya Lim Meng sahaja yang boleh mengubatnya." Entahkan betul entahkan
tidak Sim Pau tidak tahu tapi mereka masih mengharapkan agar Lim Meng balik Tahun
Baharu ini.
(Dipetik daripada cerpen ,Kuih Bakul Limau Mandarin,,
antologi Kuingin Bertertma Kasih,Tingkatan 1,
Kementerian Pendidikan Malaysia)

tE3) @ Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai