Anda di halaman 1dari 6

"Haih, Macam mana aku boleh gagal ini.

"

Kertas peperiksaan Matematik diletak ke atas meja. Tangan meraup wajahnya kasar.

"Kenapa engkau mengeluh ini, Irfan?"

Kepala dipaling menghadap Aiman.

"Aku gagal untuk subjek Matematik."

"Sabarlah, lagipun ini hanya ujian penilaian sahaja. Bukan peperiksaan penting." Bahu Irfan
dia tepuk berkali kali dengan perlahan.

“Walaupun ini bukan peperiksaan penting, aku tetap mahu membanggakan ibu dan ayah
aku. Susah susah mereka menghantar aku ke sekolah ini sepanjang lima tahun."

"Kalau begitu, kau nak aku tolong? Aku ada kawan yang pandai Matematik. Aku pun belajar
dari dia juga. Itulah sebab aku berjaya lulus Matematik akhir akhir ini."

"Boleh juga. Aku tak mahu mengecewakan ibu dan ayah."

"Jom ikut aku pergi perpustakaan. Selalunya dia ada disitu pada waktu rehat."

Mereka bangkit dari duduk seraya langkah diatur menuju ke perpustakaan sekolah.

"Bab nombor berapa yang kau susah nak faham?" Mata Danish tepat memandang wajah
Irfan. Meminta jawapan.

"Bab nombor dua, tiga dan lima. Graf fungsi, penjelmaan dan ubahan."

"Kalau begitu, kita fokus kepada tiga tajuk ini dulu."

Irfan menganggukan kepalanya perlahan. Buku dibuka mencari tajuk. Jumpa!

"Baik! Jom mula."

Irfan dan Aiman fokus mendengar ajaran dari Danish. Tangan mencatat segala formula
formula penting yang diajar Danish.

Mereka menghabiskan beberapa minit mempelajari seluruh bab dua.

Kring!

"Eh! Dah habis rehat. Marilah pulang ke kelas, Irfan." ajak Aiman. Irfan menutup bukunya
sebelum menyusunnya secara bertingkat dengan teratur.

"Kami minta diri dulu ya, Danish." Bukunya diangkat sebelum kerusi meja perpustakaan
disusun semula.
"Baik, Jangan lupa ulangkaji apa yang kita belajar sebentar tadi jika ada masa terluang.
Jumpa lagi esok." Irfan melambai perlahan kepada Danish sebelum kakinya diatur menuju
ke kelas 5 Bakti.

“Irfan pasti akan banggakan ibu ayah, Insya Allah. " Bicara hati kecilnya.

'

"Aku dengar kau gagal Matematik. Bukankah kau konon kononnya pelajar cermelang di
kelas?" perli Faiz, rakan sebiliknya.

Irfan cuba menghiraukan Faiz dengan mengulang kaji segala pelajaran yang diajar oleh
cikgunya.

"Berani kau hiraukan aku."

Buku buku yang sedang ditelaah Irfan ditolaknyanya dari meja. Segala alat tulis dan buku
bukunya, habis berselerakan diatas lantai.

'Nak marah tapi kena sabar. Sabar Irfan sabar… Diakan memang tidak puas hati dengan
kau disebabkan pertandingan pidato sabar empat tahun lepas.'

Bisik Irfan didalam hati. Dia tunduk mengambil buku bukunya diatas lantai. Secara tiba tiba,
tanganya dipijak Faiz.

"Kau nak apa sebenarnya ini?" Soal Irfan. Kemarahannya masih cuma dibendung. Tidak
mahu melepaskanya kepada Faiz.

"Tak ada apa apa. Sengaja. Lain kali, aku bercakap pandang aku." Kepala Irfan ditunjalnya
sedikit kuat menggunakan jari telunjuk sebelum dia berlalu pergi tinggalkan bilik tersebut.

"Assalamualaikum, cikgu."

Salam diberi oleh Najmi, ketua kelas 5 Bakti lalu diikuti para pelajar yang lain. Mereka
semua kembali duduk setelah dibenarkan Cikgu Azlina.

"Baiklah murid murid, hari ini saya nak ulang kaji semua tajuk yang telah kita belajar
kelmarin."

"Baik, cikgu."

Kelas itu terus senyap selepas itu. Hanya sesekali terdengar suara guru yang menyoal dan
murid yang menjawab.

"Baiklah, kamu semua boleh balik ke asrama sekarang. Assalamualaikum." Cikgu Azlina
terus keluar dari kelas 5 Bakti setelah salamnya dijawab. Separuh dari pelajar kelas itu
keluar menuju ke asrama. Manakala, separuh lagi masih ada dikelas termasuklah Irfan dan
Aiman.

"Esok, kau balik rumahkan?"

Irfan memandang Aiman disebelahnya sebelum kepala dijatuhkan perlahan.

"Kenapa?"

"Aku nak ikut boleh? Kat rumah aku, kosong. Mama dan papa aku pergi ke Jepun."

"Boleh saja. Jomlah kemas barang. Esok ayah aku nak ambil awal."

"Cun!"

Mereka berdua berjalan beriringan menuju ke asrama. Ada saja perkara yang dibualkan
mereka.

Sabtu, 12:00 tengah hari.

"Aiman! Bangun! Kata nak ikut aku balik rumah."

Aiman mengesat matanya perlahan. Masih belum sedar sepenuhnya.

Itulah semalam sudah Irfan pesan tidur awal. Dia degil juga tak mahu tidur, kononnya mahu
jaga sampai pagi. Akhirnya, dia juga jadi begini.

Aiman… Aiman…

" Iya, Iya. Aku bangunlah ni. Tenanglah. Ayah kau belum sampai lagi kan."

Irfan membulatkan matanya. Belum sampai dia kata. Punyalah lama ayah dia tunggu kat
luar.

'Tunggulah kau. Liat sangat nak bangun kan. Kau tunggu. " Irfan berjalan keluar dari bilik itu
sebelum dia kembali semula dengan sebaldi air.

Air itu dia curahkan pada Aiman.

" Hujan! Hujan! Kutip jemuran! " Jerit Aiman.

Terus terletus ketawa Irfan melihat telatah rakannya itu. Macam budak kecil!

" Sudah la tu. Jom cepat. Ayah aku dah tunggu lama."

"Jom!"

"Tapi kau tak mandi lagi."


"Aku mandi dekat rumah kau ja"

"Eh!" Lengan Irfan terus ditarik sebelum dia sempat membalas. Beg Irfan dia ambil lalu
diberi kepada pemilinya. Mereka berdua berjalan menuju ke kereta kancil milik bapa Irfan.

"Selamat datang, Aiman. Maaflah. Rumah kami ini sederhana saja." air kopi dituang
Encik Kamarul kedalam cawan kaca milik Aiman.

"Tak adalah pakcik. Rumah pakcik cantik sangat." balas Aiman.

Aiman, Irfan dan Encik Kamarul berbual mengenai kehidupan dan pengalaman masing
masing.

"Pakcik dulu tentera askar di Sarawak. Disana dulu…"

"Sudahlah ayah. Mari makan dulu." Saadah, adik Irfan memanggil untuk mereka untuk
makan tengah hari.

"Haih kamu ni Saadah. Salah masa betullah."

"Itulah ayah, Irfan dah cakap. Jangan ambil dia dulu." Usik Irfan

"Ibu! Tengok ayah dengan Abang."

Encik Kamarul dan Irfan tertawa apabila mereka berjaya mengusik Saadah.

Aiman tersenyum pahit melihat kebahagian keluarga Irfan.

'Alangkah bahagianya aku kalau keluarga aku begini. Apa guna berharta tapi tiidak bahagia.
Lebih baik aku menjadi seperti mereka. Sederhana tapi mewah dengan kebahagian.'
bisiknya didalam hati. Ibu dan ayahnya selalu sahaja tiada di rumah sedari dia kecil. Hanya
Bik Maisuri sahaja yang selalu menjaga dan ada dengannya.

"Aiman, kau termenung apa? Jom makan."

Aiman segera bangkit dari duduknya mengikut langkah Irfan ke meja makan.

"Aku cemburu."

"cemburu dengan siapa?" terkerut dahi Irfan seketika. Sedang menonton filem di telefonnya
tiba tiba sahaja dia mengatakan dia cemburu.

"Kau."

"Kenapa?" wajah Aiman, Irfan pandang meminta jawapan. Kenapa perlu cemburu dengan
aku yang tiada apa apa ini?
"Walaupun kau hidup sederhana saja, kau bahagia. Ayah dan ibu kau sentiasa mempunyai
masa untuk meluangkan masa dengan kau dan adik kau. Sedangkan aku, hidup mewah.
Tapi… jarang sekali mama dan papa aku luangkan masa untuk aku. Mereka sentiasa sibuk
dengan kerja. "

"Kau tak boleh tau macamni. Kau kena ingat… mama dan papa kau kerja untuk kau.
Mereka nak kau senang."

Aiman menggelengkan kepalanya berkali kali. Perlahan.

"Aku tak perlukan semua itu. Aku cuma perlukan masa mereka." Air mata yang berada di
hujung matanya dia seka.

"Apa kata kita buat perjanjian?" ujar Irfan. Aiman mengalihkan matanya ke wajah rakannya
itu.

"Dalam masa sebulan, aku perlu dapatkan markah cermelang untuk matematik dan kau pula
perlu berbaik dan berbincang dengan mama dan papa kau. Siapa yang tak berjaya buat
akan didenda. Setuju?"

"Setuju."

'Insya Allah. Aku akan berjaya!'

Bisik kedua dua mereka pada diri sendiri.

'Pastikan kita mencuba sebelum memutuskan keputusannya…'

Tamat

Anda mungkin juga menyukai