Anda di halaman 1dari 5

BUKAN SEKADAR IMPIAN BIASA

“Bukan itu maksud ibu Is, ibu tidak kata bidang yang kamu ambil itu
tidak memberi kelebihan kepada kamu,tetapi kamu cubalah fikirkan tanah milik
ayah yang boleh dimajukan”, kata ibu.
“Is faham ibu, tapi Is tak minat bertani macam ayah dengan Mal. Mereka
berdua ada minat yang mendalam terhadap bidang pertanian tetapi Is lebih suka
perakaunan, dari dulu lagi Is mahu jadi akauntan”, luah Iskandar. Dia tidak
mahu membantah kata-kata ibunya tetapi dia sudah lama meminati bidang
perakaunan sejak di bangku persekolahan lagi.
“Tidak mengapalah Is. Kamu boleh pilih sendiri kerjaya yang kamu
mahukan,terpulang pada kamu. Ibu dan ayah tidak akan memaksa kamu. Kami
nak yang terbaik untuk kamu”, luah ibunya.
“Maafkan Is. Is tidak memandang rendah kerjaya ayah sebagai seorang
petani tetapi Is mahu banggakan ibu dan ayah dengan pekerjaan Is sebagai
seorang akauntan”.
“Iskandar Raihan!”. Sergahan itu membuatnya kembali tersedar daripada
lamunan. Dia terus mencari susuk tubuh yang memanggil namanya. Seorang
lelaki sedang berlari ke arahnya dengan membawa sebungkus makanan.
“Ambil ni. Jangan tanya mana aku dapat”, kata Sufian dengan termengah-
mengah.
“Tak tanya pun aku dah tahu di mana engkau dapatkan makanan ini.
Mesti Makcik Zainab yang berikan”. Iskandar sudah masak sangat dengan
perangai Sufian. Seorang yang peramah dan suka bercakap. Sekiranya lauk
yang dimasak Makcik Zainab tidak habis dijual di kafeteria, Sufian merupakan
orang pertama yang diingati. Jadi semua makanan yang tidak habis akan
diberikan kepada Sufian.
‘Lepas ini engkau mahu kemana?’kata Sufian.
“Perpustakaan. Mahu mencari maklumat tambahan untuk tugasan yang
diberikan oleh Profesor Halim”.
“Baiklah”. Ringkas Sufian.
Iskandar memasuki pintu gerbang Perpustakaan Universiti Malaya. Dia
terus menuju ke arah meja berhampiran rak buku yang menempatkan buku yang
menjadi bahan rujukannya. Seraya meletakkan begnya di atas kerusi,dia terus
meluru ke arah rak buku untuk mencari bahan rujukan. Iskandar membelek-
belek buku yang berada di atas rak dengan penuh khusyuk tanpa menyedari ada
seseorang di belakangnya.
“Hai, boleh awak ke tepi sedikit?” Tanya seorang gadis kepada Iskandar
tetapi tidak disahut oleh Iskandar.
“Encik, boleh tolong ke tepi sedikit!” Seru gadis itu sehingga
membuatkan Iskandar memalingkan wajahnya.
“Maaf, saya tidak perasan. Silakan”.
“Terima kasih”. Gadis itu memilih buku bersebelahan dengan Iskandar.
Gadis itu memandang ke rak yang paling atas dan segera pergi dari situ sambil
mencari-cari sesuatu. Iskandar memandang gadis itu penuh kehairanan. Lebih
kurang seminit,gadis itu kembali semula membawa bangku khas untuk dipijak
dan mengambil buku yang dimahukannya. Iskandar tertawa kecil melihat
gelagat gadis itu sehingga menyebabkannya menyedari perbuatan Iskandar.
“Kenapa tidak minta tolong daripada saya?” tanya Iskandar.
“Tidak mengapa, saya boleh buat sendiri”.
“Begitu…”
“Saya pergi dulu”. Belum sempat dia mengangkat semula bangku,
Iskandar meluru ke arahnya.
“Tidak mengapa, biar saya angkatkan”.
“Boleh sahaja, tapi tidak menyusahkan encik ke?” Iskandar menggeleng.
Dia terus mengangkat bangku tersebut. Selepas mengembalikan bangku ke
tempatnya, gadis itu mengucapkan terima kasih kepada Iskandar lalu bergegas
pergi meninggalkannya. Iskandar memandang gadis itu lalu menanyakan
namanya. Gadis itu berpaling dan berkata, “Lutfia” dan segera menoleh ke
hadapan semula.
“Assalamualaikum, Abang Is. Abang sihat?”
“Waalaikumsalam. Ikmal, kenapa engkau menghubungi aku, ada masalah
di rumah ke?
“Tahun ini merupakan semester terakhir abangkan?”
“Iya Ikmal. Kenapa kamu tanya?”
“Abang mahu atau tidak menguruskan ladang kelapa sawit dan kolam
udang galah ayah bersama Mal?”
“Mal,abang sudah cakap beberapa kali yang abang tidak mahu
menguruskan ladang dan kolam milik ayah!”
“Mal tidak bermaksud untuk membuat abang berasa tidak selesa tetapi
abang boleh menggunakan ilmu abang dalam bidang perakaunan untuk
membantu ayah memajukan lagi pertaniannya”.
“Abang faham Mal, nanti abang fikirkan macam mana”.
“Baiklah”. Ikmal mematikan panggilan telefon.Iskandar, memikirkan
kata-kata adiknya. Mana mungkin dia mampu membantu ayahnya sedangkan
dia mengambil bidang yang tidak melibatkan pertanian.
“Kenapa aku melihat engkau seperti sedang rungsing memikirkan
sesuatu, Iskandar?” Tanya Sufian
“Aku berasa rungsing memikirkan impian ibu bapa aku dan impian aku”.
“Is, pertanian akan memberikan peluang yang lebih besar kepada engkau.
Tidak semestinya bidang yang kau ceburi sekarang tidak dapat membantu ayah
kau dalam mengusahakan pertaniannya. Sekiranya kau tidak mahu mengotorkan
tangan kau dengan tanah, kau boleh membantu mengurus kewangan dan
memaksimumkan keuntungan yang diperoleh daripada hasil jualan kelapa sawit
dan udang galah milik ayah kau. Tidak salah untuk kita mencuba”. Nasihat
Sufian panjang lebar. Iskandar merasa terkesan dengan kata-kata Sufian.
“Terima kasih Sufian, tetapi aku mahu bertanya kenapa engkau sedang
memegang buku berkaitan bidang sains bioteknologi pertanian sedangkan
engkau mengambil bidang sains komputer?”
“Oh, buku ini bukan kepunyaan aku tetapi milik adik aku Lutfia. Dia
meninggalkan buku ini jadi dia minta aku simpankan. Kalau kau ada soalan
berkaitan cara untuk meningkatkan hasil pertanian ayah kau, aku boleh
tanyakan kepada Lutfia”.
Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya yang berlangsung di Dewan
Tunku Canselor sangat meriah. Mahasiswa dan mahasiswi yang sedang
bergraduasi amat gembira dengan kejayaan yang diperoleh, termasuk Iskandar
yang memperoleh Ijazah Sarjana Perakaunan. Ibu bapanya dan Ikmal turut
hadir bagi meraikannya.
“Tahniah Iskandar! Ibu dan ayah bangga dengan kamu,” kata ibunya
sambil mengucup pipi dan dahi anak sulungnya.
“Terima kasih ibu, ayah kerana selalu menyokong Is.”
“Ayah, Is sudah fikir masak-masak yang Is mahu menolong ayah dan
Mal untuk menguruskan ladang kelapa sawit dan kolam udang galah ayah”, kata
Iskandar dengan penuh harapan.
“Betulkah Is ?”
“Iya, Is sudah fikir masak-masak untuk membuat keputusan ini. Is sedar
pertanian memberikan kelebihan kepada semua bukan sahaja kepada individu
malahan masyarakat dan juga negara. Pada awalnya, Is beranggapan bahawa
pertanian hanya setakat bercucuk tanam dan hanya mengeluarkan hasil yang
sedikit tetapi rakan Is telah menyedarkan Is bahawa pertanian dengan bantuan
teknologi moden dapat membantu mengoptimumkan hasil pertanian. Bukan
bermaksud Is mahu melupakan impian Is tetapi Is akan berkhidmat sebagai
pengurus kewangan syarikat milik ayah”.
“Amboi, nampaknya ayah sudah mempunyai pekerja baharu!” Mereka
sekeluarga ketawa bersama-sama apabila mendengar kata-kata ayahnya.
Beberapa tahun kemudian….
“Semakin maju ladang dan kolam milik keluarga engkau Is”, kata Sufian.
“Alhamdulillah, selepas Ikmal menamatkan pengajian dia banyak
membantu aku menguruskan ladang dan kolam setelah pemergian arwah ayah”.
“Sekarang kami mahu menjual udang galah ke luar negara kerana
permintaan udang galah mendadak naik di negara Amerika Syarikat dan negara-
negara Eropah”. sambung Is.
“Akhirnya dapat juga kau realisasikan impian ayah kau”.

Anda mungkin juga menyukai