Anda di halaman 1dari 16

Cerpen : sayangi dia

anis, boleh la,”pujuk ibu. “anis taknak lah ibu,ibu tengoklah dia tu, tak semenggah je,” balas
anis perlahan. “dia kan baru balik pejabat, mesti letih. Anis pergilah berbual dulu dengan dia,”
ibu masih tidak mengalah.
“Assalamualaikum,” sapa
“waalaikumussalam anis,”jawabnya sambil tersenyum. “anis sihat?” soalnya.
“alhamdulillah,” jawabnya acuh tak acuh. Kalau tak kerana ibu dah lama dia tinggalkan
makhluk ni.
Suasana sepi tanpa bicara. Lutfi menunggu butir bicara dari gadis itu, namun seperti tiada
apa-apa yang hendak dibualkan. Lima minit berlalu,“anis takda apa-apa rancangan lepas ni?”
soalnya.
“rancangan apa?” tiada nada lemah-lembut langsung sebagai seorang perempuan.
“anis kan baru habis belajar, tak rasa nak cari kerja ke?” soal Lutfi ingin mencari ruang
keserasian antara mereka.
“semua ni rancangan ibu. Anis dah cakap yang anis belum bersedia nak kahwin, tapi ibu yang
pandai-pandai cari calon untuk anis. Lebih baik awak cari je perempuan lain yang lebih baik,”
entah mana dia dapat kekuatan untuk meluahkan ketidakpuasan hatinya terhadap kelakuan
ibunya. Dia rimas setiap kali ibu memperkenalkan seseorang untuk dibuat menantunya,
sedangkan dia belum terfikir ke arah itu.
Lutfi terkesima. MasyaAllah. Lantas dia beristighfar.
“saya balik dulu,” ucap Lutfi setelah Anis seolah tidak memberi respons terhadap perbualan
yang ingin diciptanya.
“lepas ni pastikan kita tak berjumpa lagi. Cakap je kat ibu yang awak tak berkenan dengan
saya ya,” pesan Anis sebelum lelaki itu melangkah ke dalam perut kereta. Lutfi hanya
tersenyum nipis sebelum meninggalkan perkarangan rumah kayu yang sudah usang.
Dalam hatinya terdetik, kenapalah gadis itu tidak mengerti maksud ibunya yang sebenar.
Sayang, belajar tinggi sampai Perancis tapi susah mengerti naluri ibu sendiri. Astaghfirullah.

“Ibu, dah la. Anis tak suka ibu aturkan jodoh Anis la. Anis baru balik dah suruh nikah. Ishh,
lelaki sekarang ni bukan baik pun,” rungut Anis setelah Lutfi pulang. Ibu hanya tersenyum
mendengar leteran anak perempuannya itu. Dia mengerti hati anaknya itu, namun dia harus
mengorbankan pengertian ini. “Ya Allah, lembutkan hati anakku. Berikan dia kekuatan
menghadapi hari mendatang,” doa sang ibu di dalam hati.

“Anis sayang, hari ni teman ibu ke pasar ya. Ibu nak masak makaroni bakar. Anis suka kan?”
lembut tutur seorang ibu terhadap anaknya.
“macaroni bakar? Hah,jom ibu,” melompat Anis mencapai kunci kereta. Enjin dihidupkan.
Tiba-tiba hon kereta kedengaran. Anis ni, tunggulah kejap. Tak sabar-sabar budak ni. Sangka
ibu itu hon kereta dari anaknya, namun Anis yang sudah bersedia untuk mengeluarkan kereta
terkejut dengan hon tersebut. Hantu mana pulak ni hon aku, aku rasa takda buat salah pun.
Gerutu Anis dalam hati.
“Assalamualaikum Anis,” sapa seorang pemuda berkaca mata hitam. Ishh, mamat mana pulak
ni. Macam lalat gila je aku tengok.
“Waalaikumussalam, siap…” belum pun habis ayat yang dituturkan dia sudah dapat mengagak
siapa yang menegurnya. Cermin mata hitam ditanggalkan pemuda itu. “Awak nak pergi
mana?” soalnya.
“yang sibuk hal orang apehal. Sukatilah,” jawab Anis sambil berlalu pergi. “sabar Lutfi. Dia
perempuan yang baik, cuma keadaan yang menjadikan dia begitu,” pujuk Lutfi dalam hatinya.
“Bu, tak jadi pergilah,” ucap Anis sebaik sahaja Puan Mariah tergesa-gesa keluar bersama
bakul pasar.
“makcik nak pergi pasar ya?” tegur Lutfi dari jauh.
“Eh, Lutfi! Bila sampai?” soal Puan Mariah tersenyum meleret memandang Anis. Anis hanya
menghadiahkan jelingan tajam kepada Lutfi. “Tak paham bahase, orang cakap taknak,
taknaklah. Ape sebal sangat mamat ni,” rungut Anis perlahan.
“Anis tak baik cakap macam tu,” pujuk ibu.
“Alah bu, dia tu macam jantan lain jugak. Suka ambil kesempatan. Ibu tengoklah muka miang
dia tu,” balas Anis. Bukan ingin melawan kata-kata ibunya, tetapi meluatnya kepada Lutfi tak
dapat dibendung lagi.
“Anis!” tegur ibu.

“Anak ibu belum tidur lagi?” soal ibu sebaik sahaja melangkah masuk ke kamarku.
“Belum mengantuk lagi. Ibu nak tidur dengan anis ke?” soalnya menyeringai.
“Cakap je lah yang Anis nak tidur dengan ibu kan?” soal ibunya kembali sambil mencubit pipi
anaknya yang gebu itu.
“Anis sayang...,” panggil ibunya lembut.
“Ya bu, ada apa?” balas Anis sambil menutup novel Inggeris ’P/s I Love You’ yang dibacanya
sebentar tadi. Puan Mariah memandang sayu tepat ke wajah redup anak tunggalnya itu.
setelah pemergian arwah suamniya, Encik Zainol hanya Anis yang dia ada. Wajah anak
tunggalnya itu saling tak tumpah seperti arwah abahnya. Kadang, dia merindui arwah
suaminya tatkala memandang wajah Anis.

“Ibu sayang, kenapa termenung ni? Teringat kat siapa? Orang ada depan ibu pun, sempat lagi
ibu layan jiwang ibu,” rungut Anis manja. Sememangnya Anis anak yang manja, dan
mempunyai jiwa yang lembut. Walaupun dia cuba berlagak kuat, namun dia tahu naluri
anaknya itu sangat halus.
Puan Mariah tersenyum cuba menutup kerinduan yang bersarang di hati, “Taklah, ibu tengok
anak dara ibu ni makin cantik,” pujinya
“Haa ibu ni, mulalah tu. Nak suruh Anis kahwin. Ibu, Anis tak nak bu. Tolonglah faham,” Anis
cuba sedaya upaya berlembut dengan ibu kesayangannya.
“Anis tau tak kenapa ibu susah payah cari bakal suami untuk Anis?” soal ibunya kembali
“Tak tahu dan tak nak tahu,” jawabnya sambil menarik selimut berpura-pura mahu tidur.
“Sebab ibu taknak Anis ’hidup’ macam dulu,” tegas ayat yang dituturkan. Anis tak jadi tidur,
dia tergamam dengan ayat itu. Ibu pernah janji takkan ulang ayat itu lagi, tapi kenapa hari ini
ibu ungkit kembali kata-kata tu.
Tiba-tiba mata Anis terasa panas, “Bu, kita tidur ya. Anis mengantuk sangat,” ujarnya setelah
kolam matanya hampir penuh. Takut-takut kalau dilihat ibu, hatinya kembali terluka. Lampu
ditutup. Hanya lampu tidur sahaja yang menyala. Air matanya membasahi pipi. Dia gagal
menahan air matanya dari terus keluar.
“Ibu, kenapa ibu ulang ayat tu lagi? Tahukah ibu yang anakmu ini sedaya upaya melupakan
kenangan tersebut?” monolognya didalam hati. Tangisnya mengeluarkan esakan kecil. Hatinya
kembali terguris kerana peristiwa semalam yang tidak pernah padam. Walau dia cuba, dia
kalah dalam pertarungan itu.

Pagi itu dia bangun seperti biasa, cuma ada sedikit kelainan pada wajahnya.
“Hari ni Lutfi datang jemput Anis,” ujar Puan Mariah sambil menyendukkan nasi goreng ke
dalam pinggan Anis. Anis tersenyum nipis, dia tidak bertanya ke mana Lutfi ingin
membawanya, yang pasti hari ini bukan seperti semalam lagi. Sepanjang perjalanan ke rumah
Lutfi, Anis hanya mendiamkan diri melawan perasaan. Sesekali air matanya merembes keluar,
dia harap yang Lutfi tidak melihat keadaan itu.
“Kita berhenti makan tengahari dulu ya,” itulah ayat pertama yang diucap Lutfi setelah hampir
sejam perjalanan. Dia membelokkan kereta ke kiri dan terdapat beberapa buah gerai di situ.
Anis turun mendahului Lutfi dan duduk di bangku gerai paling hujung sekali. Lutfi terpaksa
mengikut rentak gadis itu. Sedari tadi dia memikirkan mengapa Anis bertingkah sebegitu.
Tiba-tiba sahaja dia bersetuju untuk menemui ibu bapanya tanpa banyak soal seperti biasa.
Pelik.
“Awak nak makan apa?” tanya Lutfi sebaik sahaja pelayan gerai itu datang untuk mengambil
order.
“Jus Tembikai Susu dan Nasi Goreng,” pesan Anis kepada pelayan tersebut. "Nasi goreng apa
kak?" soal pelayan itu. "Ape-apelah. Nasi Goreng Bangla pun takpa," balasnya agak kasar.
walaupun riak mukanya membendung sesuatu yg berat. Lutfi mencelah, “Samalah dik,”. Tiba-
tiba gadis dihadapannya tersenyum nipis ke arahnya. Dia tahu senyuman itu tidak ikhlas.
Mungkin ingin cuba menutup kekasarannya sebentar tadi.
“Anis,” seru Lutfi.
“Ada apa?” soal Anis menyedari yang Lutfi memanggilnya. Baru kali ini Lutfi dapat melihat
wajah gadis itu secara dekat. Astaghfirullah. Bukan ini yang aku belajar bertahun-tahun di
Mesir dahulu. Walaupun kini dia bergelar doktor, tidak semestinya dia harus melupakan
syariat. lantas dia melupakan niat untuk bertanya sesuatu. Persoalan tinggal persoalan.
Benaknya diasak pertanyaan mengapa Anis tiba-tiba bersetuju untuk menerimanya dan dia
seolah sedang menahan perasaan. Matanya bengkak. Adakah tangisnya kerana aku? Ya Allah
berdosanya aku kiranya aku yang membuat dia terpaksa menerima aku.
Selesai menjamu selera, “Anis, saya hantar awak pulang,” tiba-tiba Lutfi bersuara. Anis
langsung tidak terkejut dengan ujaran Lutfi, namun “Dengan syarat,” jawab Anis. Berkerut
dahi Lutfi, “Bawa saya jumpa mak ayah awak dulu, baru boleh hantar saya balik,” jelas Anis.
Lutfi akhirnya akur dalam paksa. Adakah Anis mempunyai agenda tersendiri? Astaghfirullah,
tak baik su’zhon dengan orang.

“Assalamualaikum umi, abi,” sapa Lutfi tatkala melihat kelibat Puan Marina dan Encik
Khairuddin di perkarangan rumah mereka. Ternyata Lutfi bukan sembarangan orang.
Rumahnya sudah cukup memberitahu yang dia anak orang berada dan terhormat. Anis keluar
dari perut kereta bersama senyuman. Dia perlu mengukir senyuman paling ikhlas buat bakal
mertuanya ini.
“Masuklah Anis,” sapa Puan Marina. Anis tersenyum, masih seperti tadi. Lagaknya agak kaku,
mungkin segan.
“kenapa lambat sampai Lutfi?” soal Puan Marina sewaktu mereka berkumpul di ruang tamu.
“berhenti solat dan makan umi. Hampir tengahari baru kami bertolak,” jujur jawapan Lutfi.
“Anis mesti letih, pergilah berehat dulu. Nanti umi panggil kita makan malam sekali,” tutur
Puan Marina. Umi? Lidahnya kelu seketika. Begitu cepat dia membahasakan diri sebagai umi,
sedangkan aku masih belum bersedia sepenuhnya. Ya Allah. Melihatkan ketidakselesaan Anis,
“Anis kenalah belajar panggil umi dari sekarang, nanti taklah kekok,” sambung ’umi’ lagi. Anis
hanya tersenyum.
“Takpalah umi, tak penat sangat pun. Biar Anis tolong umi sediakan makan malam,” ujar Anis
lambat-lambat.

Akhirnya dia berkesempatan untuk merehatkan diri. Usai solat Isya’ dan berwirid, dia
mengambil keputusan untuk mengambil angin di balkoni. Mujur penghuni lain sudah tidur, dan
Lutfi ada on call di hospital tadi. Kesian dia, kerja tak tentu masa. “hmm, bestnye dapat
menikmati angin malam sorang diri,” ujarnya di dalam hati. Apa khabar ibu agaknya? Ibu dah
tidur ke? Baik aku call ibu. Aiseh, bateri kong plak. Buathal betullah. Ibu, moga ibu dalam
lindungan rahmat Allah sentiasa, doanya di dalam hati.
Sedang asyik menikmati angin malam, telinganya mendengar derap kaki dari jauh. Alamak,
siapa pulak tu? Takkan hantu kot. Telinganya dapat menangkap semakin dekat derap kaki
tersebut ke arahnya. Ya Allah selamatkanlah aku dari segala bala bencana. Mulutnya
terkumat-kamit melafazkan doa serta ayat-ayat suci Al-Qur’an. Dia mendengar desah nafas
seseorang semakin dekat, terasa seperti ada lembaga berdiri di belakangnya. Tubuhnya
menggigil ketakutan. Ya Allah, apa yang ada kat belakang aku ni. Selamatkan aku ya Allah.

Tiba-tiba

Mulutnya ditekup dengan kain. Anis cuba meronta-ronta melepaskan diri. Namun apalah
kudratnya seorang insan yang lemah berbanding ’seseorang’ itu. Dalam keadaan samar-samar
Anis cuba mempertahankan dirinya. Dia hampir lemas dengan tekupan itu. Tangannya
digenggam kuat, kakinya cuba memijak-mijak kaki ’seseorang’ itu. Ternyata ’seseorang’ itu
adalah lelaki yang berbadan sasa dan tinggi. Anis cuba menjerit, tetapi sayang jeritannya
terlalu perlahan. Setelah lima minit bergelut, akhirnya Anis pengsan akibat terhidu sesuatu
dari kain yang ditekup. Dia terkulai lemah.
Lelaki tersebut meneruskan niatnya untuk merompak seberapa harta yang boleh
dirompaknya. Selang beberapa langkah, dia undur semula.
“Rezeki jangan ditolak, bala jangan dicari,” ujar perompak itu tersenyum penuh makna. Dia
mendukung Anis ke dalam biliknya bersedia untuk menjadi mangsa.

“Dummm,” bunyi dentuman yang kuat memecah sunyi. Perompak itu tumbang, “Arghh,”.
Badan Anis terhempas jatuh ke lantai.
“Anis..Anis,” Lutfi memanggil-manggil Anis. Cuba untuk menyedarkannya. Perompak itu
pengsan setelah mengena hentakan pasu di kepalanya. Sewaktu pulang ke rumah, dia
merasakan seolah ada sesuatu yang berlaku. Hatinya tidak enak. Fikirannya tertumpu kepada
Anis walaupun cuba dielakkan degan memperbanyakkan istighfar, jiwanya masih lagi tidak
tenteram. Sangkaannya benar setelah dia melihat pintu rumahnya terkuak sedikit dan
menyaksikan seorang gadis terkulai layu. Dia yakin itu adalah Anis. Dia perlu berhati-hati
berdepan dengan perompak, takut-takut kalau dia mempunyai senjata dan keselamatannya
melayang.
“Lutfi, ada apa ni?” soal umi dan abi. Mereka terjaga dari tidur apabila terdengar dentuman
yang kuat dan suara Lutfi memanggil-manggil Anis. Belum sempat Lutfi membuka mulut, “Ya
Allah, apa dah jadi ni?” soal umi melihatkan keadaan tersebut.
“Lutfi tak tahu umi, abi. Tapi Lutfi yakin lelaki ni perompak dan dia cuba melakukan sesutu kat
Anis. Mujur Lutfi sampai pada waktunya. Abi, boleh tolong telefon polis,” pinta Lutfi. Dalam
waktu yang sama, dia memeriksa Anis. Mungkin ada kecedaraan atau tidak. Lutfi terpaksa
mengalihkan Anis ke atas katil, baginya ini darurat. Bola mata Anis bergerak-gerak, jemarinya
juga menunjukkan reaksi yang sama. Perlahan-lahan matanya dibuka, terasa kepala amat
berat sekali. “Arghhhh...arghhhhhhh,” tiba-tiba Anis menjerit. Meronta-ronta seolah trauma
dengan kejadian sebentar tadi. Lutfi cuba menenangkannya, tetapi ditepis hebat.
“Anis, mengucap Anis. Ini umi,Anis. Umi sayang,” Puan Marina cuba memujuk bakal
menantunya, air mata Anis mengalir deras. Wajahnya pucat, tangannya menggigil. Puan
Marina memeluk Anis erat. Esak tangisnya jelas kedengaran, butir bicaranya kabur.
MasyaAllah, kesian Anis. Dia seorang wanita yang amat halus perasaannya. Astaghfirullah,
apa yang aku cakap ni. Ujar Lutfi dalam hati. Dia beristighfar berkali-kali, takut ia menjadi
fitnah di dalam hatinya.

Anis menuruni anak tangga perlahan-lahan, kepalanya masih terasa berat. Tekaknya kering,
terasa dahaga. Setelah membasahkan tekaknya dengan dua gelas air kosong, dia berjalan-
jalan di sekitar kawasan rumah. Terdapat kolam ikan yang dibina disebelah kiri taman mini
rumah itu. Empat ekor ikan kaloi berenang bebas, Anis tersenyum. Menampakkan barisan
giginya yang tersusun rapi. Senyumannya manis sekali. Matanya yang bundar kelihatan sepet
sedikit. Dia leka bermain-main dengan ikan-ikan tersebut sehingga tidak perasan yang dirinya
diperhati. Anis masih leka menilik setiap pokok yang ditanam di taman tersebut. Ada pelbagai
jenis Orkid dan Ros, Kaktus dan macam-macam lagi. Dia terasa bebas.
“Anis,” sapa seseorang. Terkejut Anis apabila bahunya dipegang dari belakang. Satu
senyuman dihadiahkan buatnya. Kuus semangat.
“Umi,” Anis mengurut dadanya sambil menarik nafas.
“Khusyu’nya bakal menantu umi ni, minat ke?” soal umi tersenyum. Patutlah umi nampak
muda dari usia yang sebenar.
“Takdalah umi, saje tengok-tengok. Umi minat menanam ya?” soal Anis ramah.
“Ikutkan dah tua-tua camni, malas juga. Tapi Lutfi yang beria-ia suruh umi tanam. Umi tanam
je, dia yang jaga semua ni. Tak larat dah umi nak membelek,” terang Umi. Lutfi?
“Apa sebut-sebut nama orang ni?” soal satu suara dari belakang. Di tangannya terdapat
dulang berisi teko dan cawan. Lutfi buat air? Rajin juga dia ni. Alah, semua lelaki baik depan
mak. Pijak agar-agar pun tak hancur. Astaghfirullah apa aku cakap ni, jangan rosakkan
harapan ibu. Bu, Anis rindu kat ibu. Kenapa ibu buat Anis camni? Hatinya merintih sendiri.
Fikirannya menerawang jauh teringat akan ibunya.
“Anis,” seru Lutfi.
“Hah,apa umi?” dia seolah baru tersedar dari lamunan. Ketawa Lutfi berderai, “suara macho
camni awak kata umi. Anis..Anis. tak baik mengelamun depan bakal suami,” usiknya.
Ketawanya masih bersisa. Mana umi? Laa, aku tak sedar pun yang umi dah takda. Kalau umi
bangun tadi, aku ikut sekali. Tak kuasa aku duduk dengan makhluk Allah ni. Sabar je lah.
“dah sihat?” soal Lutfi mesra. Dia tengok aku ni sakit terbaring lagi ke? Cerdik betul soalan.
Anis membiarkan soalan itu tanpa jawapan. Kata-kata ibu masih terngiang-ngiang, ibu taknak
Anis hidup macam dulu. Ya Allah. Dia bangun dan kembali membelek pokok-pokok yang
terdapat di situ. Malas melayan Lutfi.

*****
“aku terima nikahnya dengan mas kahwin rm80 tunai,” lafaz Lutfi dengan penuh lancar dan
tegas.
Air matanya berucucran. Dia tidak tahu sama ada air mata itu penuh kegembiraan atau
kedukaan. Ingin katakan dia gembira, sedih juga bercampur. Sedaya upaya dia cuba
mempamerkan riak wajah terharu dan gembira. Bibirnya mengukir senyum. Setelah upacara
pembatalan air sembahyang dan menyerah mas kahwin selesai, pengantin dirai di kediaman
pihak perempuan. Tentunya orang yang paling sibuk di hari tersebut adalah ibunya, Puan
Mariah. Seharian mereka melayan tetamu yang tak putus-putus datang. Akhirnya mereka
berkesempatan untuk merehatkan diri setelah lewat malam.

dia duduk berteleku di tepi katil. menunggu seseorang.

Dia duduk berteleku di tepi katil. Menunggu seseorang. Matanya tertancap pada dua gelas
susu segar yang dicampur dengan madu. Apalah yang dia buat kat luar, dah lewat ni, tak letih
ke dia? Bisiknya dalam hati. Entah ke berapa kali dia menguap, menahan kantuk. Matanya
semakin mengecil, tapi di tahan juga. Dia harus menunggu insan itu. Itu kewajipannya setelah
akad di lafaz. Akhirnya dia tewas dengan rasa mengantuknya, kepalanya terlentok di bahu
katil tanpa sedar.
Pintu bilik terkuak perlahan, dia tahu isterinya sudah berada di alam mimpi. Sengaja dia
biarkan Anis tidur dahulu, dia tahu yang Anis belum bisa menyesuaikan diri dengan keadaan
ini. Lantas dia mengambil keputusan untuk membersihkan diri dahulu. Sebelum itu, dia
tersenyum melihat dua gelas susu yang belum terusik.

“awak pergi mana?” soal Anis kepada Lutfi. Dia terpisat-pisat bangun setelah menyedari ada
orang di dalam biliknya. Dia masih menggunakan panggilan ’awak’, biarpun terasa juga
janggalnya namun dia belum bersedia untuk memanggil suaminya dengan panggilan
istimewa. Lutfi yang baru beberapa langkah keluar dari bilik air tersenyum kepada isteri yang
terlalu dicintainya. “abang tolong orang kampung kemas kat luar tadi. Ada apa sayang?” soal
Lutfi lembut. Malah suaranya sedikit romantis. Merona merah wajah Anis, dia tertunduk
tersipu malu. Malah dia tidak terasa ingin bertanya apa-apa lagi. Tiba-tiba tangannya ditarik,
“jom! Teman abang. Kita tengok bulan sama-sama,” ajak Lutfi. Anis hanya menurut tanpa
bantahan. Genggaman Lutfi erat, dia terasa dirinya benar-benar disayangi oleh lelaki itu.
Inilah kali pertama tangannya disentuh lelaki setelah arwah ayahnya. Hatinya senang, tidak
sedikit pun Lutfi menunjukkan riak tidak senang. Selepas akad dilafazkan, mata Lutfi mencari-
cari kelibat ’orang baru’ dalam hidupnya. Matanya tepat memandang Anis yang anggun dalam
busana putih gading sedondon dengannya. Anis tersenyum, perasaannya lega. Lega kerana
senyuman itu cukup membuatkan yang Anis ikhlas menerimanya walaupun air mata isterinya
bercucuran. Kini, Anis amanahnya.

Anis menghulurkan segelas susu. Dia tersenyum lagi.


“sayang minum dulu,” pintanya.
Anis minum dua teguk dari gelasnya. Setelah itu Lutfi mengambil gelas yang sama dan minum
sehingga habis. Diulang perkara yang sama pada gelas yang kedua. Cuma Lutfi yang minum
dahulu, setelah itu baru Anis menghabiskan nya. Anis yang kehairanan menurut tanpa
bantahan, walaupun benaknya penuh persoalan. Lutfi masih tersenyum.
“kan Nabi Muhammad minum dari gelas dan tempat yang sama dengan Aisyah,” terangnya
seolah memahami apa yang membelenggu benak isterinya. Anis mengangguk tanda faham.
“awak, boleh janji dengan saya?” tutur Anis perlahan.
“janji yang awak takkan sia-siakan saya,” sambung Anis. Lutfi tersenyum, tangan isterinya
digenggam erat.
“abang akan jaga Anis. Abang akan hapuskan air mata Anis. Rasa sakit dulu abang akan
hilangkan, insyaAllah,” jujur tutur suaminya. Tapi, dia tahu ke apa yang berlaku pada aku
dulu? Anis terdiam. Bungkam.
“saya bukan perempuan yang baik. Sanggup awak terima saya? ” soal Anis.
“sayang, abang dah tahu semuanya. Dan abang tak salahkan sayang, sikit pun.......

“sayang, abang dah tahu semuanya. Dan abang tak salahkan sayang, sikit pun abang tak
pandang serong pada sayang,” matanya mencari kejujuran dalam diri lelaki dihadapannya.
Matanya tidak menipu. Sungguh dia ikhlas. Benarkah?
“sayang ingat lagi tak pada lelaki yang selalu berkunjung ke pub dulu? Dan dia pernah
selamtkan sayang dari menjadi mangsa kawannya, Ben. Lelaki itu adalah abang. Abang tak
kisah siapa sayang dulu,” jelas suaminya. Mulut Anis ternganga. Dia tidak percaya pada apa
yang dituturkan suaminya sebentar tadi. Lelaki itu adalah Lutfi? Mustahil.

*****

Dulu, sementara menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia[SPM], Anis bekerja secara
rahsia di pub ibu kota. Dahulunya, keluarganya tinggal di Kuala Lumpur. Ayahnya seorang ahli
perniagaan terkenal dan sentiasa sibuk. Ibunya aktif dengan persatuan itu dan ini. Dan dia,
mencari arah hidup sendiri tanpa pedoman. Hatinya pernah ditarbiyyah oleh senior di sekolah,
namun sekejap sahaja hatinya terlekat pada tarbiyyah. Tiada bimbingan susulan. Sekadar
usrah sebulan sekali, cukupkah? Dia perlukan lebih dari itu. Anis mengambil keputusan untuk
bekerja part-time di pub yang agak exclusive, bukan tiada duit, tetapi dia bosan duduk di
rumah seorang diri tanpa teman.

Dua bulan dia kerja disitu, tiada masalah. Cuma ada satu hari dia berselisih faham dengan
seorang pelanggan barunya. Kebetulan pada hari itu ada sebuah party yang dihadiri anak-
anak orang ternama. Bercampur gaul lelaki perempuan. Baginya itu pemandangan yang biasa,
tidak ada yang aneh pun. Kebetulan dia diminta untuk menghidangkan sebotol minuman keras
bersama ais. Tiba-tiba pinggangnya dirangkul oleh seorang pemuda tanpa segan-silu, dia
terdorong untuk terduduk disebelah lelaki itu.
“eh, apa ni?” soal Anis kasar menepis sentuhan lelaki itu yang semakin berani.
“you ni mengancamlah. So sweet,” ujar lelaki itu berani. Tangannya masih tidak diam
mengusap-usap rambut Anis. Memang tidak dinafikan Anis mempunyai pesona yang akan
membuatkan setiap mata tidak terlepas memandangnya. Mewarisi darah kacukan Belanda-
Arab dari arwah ayahnya, dia memiliki mata bundar yang cukup cantik. Hidung yang mancung
serta kulitnya mulus. Dia memiliki paras yang boleh dikatakan agak sempurna. Tidak
hairanlah dia menjadi rebutan anak-anak orang ternama. Tapi sayang, dia dahagakan
tarbiyyah yang bisa menyempurnakan dia sebagai seorang makhluk terindah.
“teman I tidur malam ni nak?” soal lelaki itu yang semakin berani mendekatkan wajahnya.
Satu tamparan hinggap di pipi lelaki tersebut. Walaupun dia suka dipuja, namun dia bukan
perempuan murahan yang mudah disentuh sesuka hati. Dia masih mempunyai harga diri.
“hey, what’s the hell? Berani you tampar dia. You tau dia siapa?” soal salah seorang yang
turut berada di situ.
“I don’t care dia siapa. Kenapa? Hebat sangat ke?” teriaknya kuat. Dia benar-benar dikuasai
amarah. Lelaki ni memang kurang ajar, dia ingat aku ni pelacur? Suka hati dia nak buat apa.
Huh!
Pemuda yang baru ditamparnya tadi bangun, menghayun tangan ingin membalas dendam.
Sedikit gentar pun tiada dalam benaknya. Malah dia makin menunjukkan lagak berani
melawan pemuda itu. Tiba-tiba tangan pemuda itu dihalang oleh seorang temannya, “hey, kau
sedar tak ni?” tuturnya kasar.
“kau tak nampak ke dia tampar aku. She deserves it,” balasnya sambil menjeling tajam ke
arah Anis. Egonya tercabar, dia mendapat malu di partynya sendiri. Ahh!
Pangg! Satu tamparan hinggap di pipi Anis dengan pantas. Ia berlaku dalam sekelip mata.
Badannya terdorong ke kiri lalu jatuh menyembah bumi. Pipinya berdarah. Semua yang
berada di situ terkejut. Sempat pemuda itu tersenyum sinis ke arahnya. Puas hati aku!
Berlagak sangat perempuan ni.
“jangan cabar anak Dato’ Bakhtiar. Ingat!” pemuda itu memberi amaran sebelum berlalu.
“kau ingat kau anak Dato’,kau boleh buat sesuka hati?” teriak Anis berani. Sakit hatinya
melihat lelaki itu berjaya membalas dendam.
“hey pompuan, kau nak kena lagi dengan aku ni?” soalnya kembali. Anak Dato’ Bakhtiar itu
baru beberapa langkah meninggalkannya.
“geng, kau heret pompuan ni masuk kereta aku. Dan bagi dia senyap,”arahnya kepada
kawan-kawannya. Badan Anis ditarik oleh sekumpulan lelaki yang bertubuh tegap. Dia
meronta-ronta bagai orang gila untuk melepaskan dirinya. Tetapi rontanya langsung tak
dilayan. Malah dia lebih disakiti lagi. Dia dicampakkan ke dalam kereta model ferrari terbaru.
Tangannya diikat, mulutnya ditutup dengan selotep besar.
Sementara itu, “Ben, lepaskan budak tu. Kau jangan buat dia jadi mangsa kau. Bende kecik je
beb,” pujuk kawannya. Sungguh, kawannya itu tak suka jika wanita disakiti. Dia tidak
sanggup.
“wey, kau pehal? Aku bengang gaban ngan budak tu. Apa kata, kita sama-sama kerjakan
budak tu? Kita sewa mana-mana hotel malam ni,” ujarnya memberinya cadangan.
“Ben, kau jangan buat kerja gila,” luah kawannya memberi amaran. Nadanya serius.
“i don’t care,” katanya sambil berlalu pergi.

“hey pompuan, siap lah kau malam ni,” katanya sambil menarik rambut Anis dengan kuat.
Anis meronta kesakitan. Sesampainya Ben di sebuah hotel terkemuka, dia mengheret Anis
dengan lagak selambanya. Semua mata tertumpu ke arah mereka, namun disebabkan Ben
dikenali ramai kerana anak Dato’ Bakhtiar, maka hal itu mereka tidak endahkan. Bilik 206
milik Ben kini. Dia menghempaskan badan Anis ke atas katil. dia bersiap-siap untuk mendera
Anis secara mental dan fizikal. Pintu terkuak secara tiba-tiba..
“Ben..” jerkah seseorang. Satu tumbukan hinggap di muka Ben.
“Aku dah warned kau, tapi kau tak dengar. Dik, keluar cepat,” tutur teman kepada Ben.
Dia mencari-cari kelibat wanita itu. Ternyata dia termangu-mangu di lobi hotel tersebut, lalu
dia mendapatkan wnaita tersebut.
“mari saya hantar balik,” ujarnya seraya menarik lengan wanita itu tanpa sempat wanita itu
berkata apa-apa.
“awak ni degil. Dah tau Ben macam tu, yang awak cabar dia lagi apesal,” tutur lelaki itu dalam
perjalanan menghantar wanita itu pulang. Belum sempat Anis membalas, telefon lelaki itu
berbunyi.
“helo. Ya, Hakim ni. Ada apa?” soalnya serius. Ouh, nama dia Hakim. Getus hati Anis. Dia
sebenarnya menyesal akan perbuatannya. Mujur Hakim datang awal, kalau tidak entah apa
yang akan terjadi padanya. Dalam hatinya berbisik, terima kasih Hakim. Hakim membuka
cermin tingkap keretanya, lalu membaling handphone yang baru diputuskan talian sebentar
tadi. Anis terkejut melihat perlakuan itu. Membazir! Dia tidak sukakan pembaziran walaupun
dia tahu pemuda itu bisa membeli baru yang lebih baik lagi. Lelaki disebelahnya mendengus
kasar, “tak guna punya Ben,”. Anis disisinya hanya mendiamkan diri. Dia dapat menghidu
sesuatu terjadi, sehingga lelaki di sebelahnya memuntahkan amarah tanpa menghiraukan
orang sekeliling.
“ni nak hantar kat mana?” tinggi nada suaranya. Ya Allah, aku pun kena marah. Kecut perut
dia mendengar herdikan itu. apa akan terjadi lepas ni? Dia sendiri tak tahu.

****
Dia dibuang kerja. Ini semua gara-gara anak Dato’ Bakhtiar. Tauke pub tersebut lebih
mementingkan kepuasan hati pelanggannya terutama Ben. Tanpa dia ketahui, pub itu
sebenarnya milik Ben. Dato’ Bakhtiar yang menyumbang modal dan dia menggajikan orang
untuk menguruskannya. Dia hanya tahu duit masuk tiap bulan. Anis tidak kisah, lebih baik dia
diberhentikan kerja dari menghadap lelaki ego seperti itu. Namun tidak dinafikan pub milik
Ben sering dikunjungi ramai orang sejak Anis bekerja di situ, mungkin daya tarikan yang ada
padanya menyebabkan pub itu sentiasa dipenuhi orang.
Hari ni Anis ingin ke Shopping Mall, meredakan segala tekanan. Sejak akhir-akhir ini Ben
selalu mengacaunya. Biarpun dia sudah berhenti, namun lelaki buaya darat itu masih tidak
henti-henti mengacaunya. Lagaknya seperti orang gila bayang. Seharian dia keluar masuk
butik-butik berjenama di situ. Hidupnya mewah. Tubuhnya tidak pernah kenal pakaian yang
murah dan sederhana, hanya kenal pakain yang berjenama antarabangsa sepertu
Gucci,Dolce&Gabbana,Guess dan sebagainya. Kad kredit platinum pemberian ayahnya
dimanfaatkan sepenuhnya. Ayah dan ibunya sikit tidak merungut, malah bangga anak
kesayangan mereka berpakaian mengikut aliran fesyen.
”hai sayang,” tiba-tiba tangannya dikucup mesra oleh seseorang. Cermin mata pemuda itu
dibuka. Ben! Anis menarik tangannya kasar lantas meninggalkan Ben. Beg shoppingnya yang
banyak menyukarkan dia untuk meloloskan diri dengan pantas.
”Anis,” laung Ben sambil mengejar Anis. Anis cepat-cepat mengatur langkah. Akhirnya dia
sampai ke kereta miliknya. Dia tercungap-cungap. Anis mencari-cari kelibat Ben, takut-takut
kalau pemuda itu dapat mengekorinya. Dia cepat-cepat menghidupkan enjin kereta
meninggalkan perkarangan Shopping Mall sebaik sahaja terlihat kelibat Ben. Ben masih
berdegil, mengekorinya dengan kereta. Tiada apa yang mampu Anis lakukan, melainkan pecut
selaju yang mungkin. Kehebatan kereta Ben juga tiada tandingnya, Ben masih boleh
mengekori Anis dengan dekat. Kejadian kejar-mengejar meresahkan Anis. Dia tidak punya
pengalaman dalam perlumbaan, lainlah Ben. Dia tidak cekap untuk cilok-mencilok seperti Ben
yang sudah berada di sebelahnya. Anis idkuasai cemas. Apa yang harus dia buat. Tiba-tiba dia
mengambil selekoh ke kiri, smentara kereta Ben di sebelah kanan juga mengekorinya. Proton
Gen2 yang berada di belakang Anis terpelanting di bahu jalan berlanggar dengan kereta Ben.
Satu dentuman kuat kedengaran. Anis menekan brek kecemasan. Apa yang dia lihat,
pemandu kereta Proton Gen2 pengsan dengan limpahan darah di seluruh kepalanya. Ben juga
tidak menyedarkan diri. Keretanya remuk teruk akibat perlanggaran yang kuat. Kereta Ben
tercampak di sebelah kanan bahu jalan sebelum berpusing beberapa kali. Ya Allah!

****

Tidak lama kemudian ambulans datang membawa Ben dan pemandu Gen2 itu ke hospital.
Pemandu Gen2 disahkan emninggal sewaktu dalam perjalanan ke hospital. Manakala Ben
pula, masih berada di dalam bilik rawatan kecemasan. Sudah 2 jam dia dirawat, Anis masih
tetap setia menunggu. Walaupun dia menyampah dengan Ben, tapi dia terasa itu
tanggungjawabnya. Keluarga Ben pula berada di luar negara atas urusan kerja. Hanya Hakim
rakannnya yang datang menunggu Ben. Namun mereka tidak berbual, yang ada hanyalah
desah nafas yang menghembus. Anis hanya risaukan keadaan Ben. Sudah tentu dia
dipertanggungjawabkan jika berlaku sesuatu ke atasnya. Harap-harap tidak!
”macam mana boleh eksiden?” soal Hakim setelah mereka menunggu Ben dirawat agak lama.
Emosi Anis masih belum stabil, dia masih dibayangi kejadian tadi.
”awak diam boleh tak? Membebel tak tentu pasal,” marah Anis tanpa sebab. Hakim akhirnya
mendiamkan diri. Tak sepatutnya dia bertanya dalam keadaan begini.

Keluarga Anis disaman USD3juta akibat kecacatan yang ditanggung Ben semasa eksiden
tempoh hari. Mereka mengupah peguam terhandal bagi memenangi kes tersebut. Sedangkan
bukan salah Anis eksiden tersebut berlaku. Kebetulan waktu mereka disaman, perniagaan
Encik Zainal sedang merosot teruk akibat ekonomi global yang tidak menentu. Akhirnya
mereka diumum sebagai muflis. Segala harta kekayaan mereka dirampas, yang tinggal
hanyalah sehelai sepinggan. Sudah jatuh ditimpa tangga pula. Encik Zainal rebah ketika
menghadiri pembicaraan mahkamah dan disahkan meninggal dunia. Serangan jantungnya
yang tiba-tiba kerana masalah yang bertimpa-timpa membuatkan Encik Zainal kurang sihat
sejak akhir-akhir ini. Ibunya menghalau Anis pergi. Anis dipersalahkan seratus peratus dalam
hal ini. Hal ini diketahui oleh Ben dan rakan baiknya Hakim. Tetapi Ben tidak menghiraukan
derita yang ditanggung Anis. Dendamnya kian membara. Kerana Anis, dia terpaksa berkerusi
roda. Hakim mencari jalan untuk membantu Anis, tetapi sayangnya Anis membawa diri ke
Perancis untuk melanjutkan pengajiannya dalam bidang seni lukis. Mujurlah keputusan
SPMnya cemerlang dan mendapat tajaan biasiswa. Ibunya membwa diri entah ke ceruk mana.
Merayu-rayu Anis melutut di kaki ibunya sewaktu pengebumian arwah ayahnya, tetapi
langsung tidak dihiraukan oleh Puan Mariah. Dia menyambung pengajian dengan hati yang
sangat terluka. Dia tiada sesiapa lagi. Dia sangat kecewa dengan semua yang berlaku.
Terduduk dengan ujian yang menimpa. Anis juga bukan kuat, namun baginya itu semua
ketetapan Allah yang Maha Esa. Dia harus kuat di negara orang.

*****
”tapi yang kawan Ben tu nama Hakim,” tutur Anis kehairanan.
“sayang, nama abang Muhammad Lutfi Hakim bin Abdul Muiz. Sayang tak dengar masa akad
siang tadi?” soal Lutfi lembut. Anis tertunduk malu. Alahai, macam mana nama suami pun aku
tak ingat.
”maaf awak, saya tak perasan,” tutur Anis perlahan. Matanya sudah mula membuahkan bibit-
bibit untuk terlelap. Lutfi yang perasan akan keadaan isterinya turut berasa mengantuk.
Keletihan melayan tetamu baru kini terasa.
Anis tiba-tiba tersenyum memandang Lutfi, dia berasa lucu.
”kenapa sayang?” soal Lutfi juga tersenyum.
”tak da apa-apa lah,” jawab Anis bersahaja membuatkan Lutfi turut tersenyum. Terserlah
keayuan Anis apabila dia tersenyum manis seperti itu.

Suatu pagi Anis kelam-kabut menyediakan sarapan. Dia menyediakan nasi goreng, tetapi
dapur berselerak macam kapal pecah. Sungguh dia tidak punya pengalaman dalam bidang
memasak, tetapi jika disuruh melukis atau melakarkan sesuatu di atas kanvas dia bisa. Demi
Lutfi, dia sanggup belajar. Prraaaangg! Tiba-tiba bunyi pinggan pecah, Lutfi cepat-cepat ke
dapur. Dia tersenyum ke arah isterinya,” maafkan saya, saya tak perasan tadi,” tutur Anis
serba salah. Bau hangit memenuhi segenap ruang. Ya Allah, bawangnya hangus di dalam
kuali. Cepat-cepat dia mematikan gas. Akhirnya Anis menyerah. Wajahnya kecewa, dia tidak
dapat menyediakan sarapan istimewa buat Lutfi. Perlahan-lahan Lutfi memimpin tangan Anis
membawa ke suatu tempat. Lutfi mengajaknya keluar, rupa-rupanya untuk membeli sarapan
pagi buat mereka di rumah.
”maafkan saya,” tutur Anis perlahan sambil jemarinya masih dalam genggaman Lutfi. Mereka
berjalan kaki sambil menikmati pemandangan petang. Kejadian pagi tadi sungguh
memalukan.
”it’s ok sayang, abang tak marah,” lembut tutur sang suami. Anis mengangguk dalam
menahan perasaan bersalah teramat. mereka masih dalam cuti perkahwinan. Lutfi mengambil
cuti lebih kurang tiga minggu, sama seperti Anis.

Anis melakarkan sesuatu ke atas kanvas miliknya. Sambil memerhatikan sang suami yang
nyenyak dibuai mimpi. Dia sedang melakarkan sesuatu. Pejam celik sudah lima bulan usia
perkahwinan mereka. Panggilan ’abang’ juga sudah mula meniti di bibirnya. Lutfi seorang
suami yang sangat baik, dia tidak pernah menghampakan harapan Anis. Dia mempunyai
bakat memasak yang tidak boleh ditanding Anis. Pernah suatu ketika, ketika Anis terpaksa
pulang lewat malam kerana galerinya mengadakan pameran, Lutfi menyediakan makan
malam yang sangat istimewa. Baunya saja sudah cukup membuat Anis terasa lapar. Kadang,
Anis berasa rendah diri dengan kekurangannya, namun Lutfi tidak lokek untuk mengajarnya
dengan sabar. Lutfi suami yang sangat penyabar. Melayan karenah Anis yang kadang bagai
kanak-kanak kecil.

Tangannya ligat melakarkan sebuah pemandangan indah, buat suami tersayang. Lutfi amat
menyukai lukisan pemandangan katanya. Lima bulan dia terasa cukup bahagia. Dia amat
bertuah disisi Lutfi. Kerjaya Lutfi sebagai doctor kadang menyebabkan dia terpaksa berjauhan
dengan Lutfi selama beberapa hari. dia pasrah walaupun pada hakikatnya dia tidak bisa
berjauhan dengan Lutfi. Dia pasti rindu akan alunan ayat-ayat suci Al-Qur’an sebelum dia lena
dibuai mimpi. Dia pasti rindu akan munajat Lutfi apabila tiba sepertiga malam, mereka akan
melakukan tahajud bersama-sama. Hidupnya lebih terarah sejak Lutfi hadir sebagai seorang
suami dalam hidupnya. Dia tidak bisa menafikan kebahagiaan ini lagi. Tiba-tiba dia tersenyum
sendirian. Mengusap janin yang kian membesar dalam perutnya. Usianya sudah mencecah
empat bulan. Cepat besar ye anak mama, ujarnya perlahan.

*****
Sebaik sahaja bangun dari tidur, dia terbau satu aroma yang sangat istimewa.
“emm, sedapnya bau,” tegur Lutfi. Anis sudah siap sedia menunggu Lutfi di meja makan
untuk bersarapan bersama-sama. Dia mencedukkan sesenduk nasi goring ke dalam pinggan
untuk suaminya.
“sayang masak?” soal Lutfi tersenyum. anis mengangguk. Dia berdebar-debar.....
Lutfi yang sedari tadi tidak sabar-sabar untuk merasa masakan pertama isterinya itu terus
menghabiskannya, siap tambah sehingga tinggal sisa sahaja. Lalu dia ke tempat kerja dengan
senyuman melebar pada hari ini. Sedap ke? Soal Anis dalam hati. Gembiranya Anis bukan
kepalang kerana masakan pertamanya disukai oleh suami tercinta. Ketika ingin membasuh
kuali dan pingganmangkuk, hatinya terdetik untuk menjamah sisa yang terdapat di kuali
tersebut.

Belum sempat ditelan dia memuntahkannya semula. Lori garam tumpah rupanya. Macam
mana Lutfi boleh menghabiskannya dengan selera. masyaAllah, malunya dia pada Lutfi.
Sedangkan Lutfi lebih handal memasak berbandingnya selama ini. Tiba-tiba handphonenya
berirama menandakan sebuah message masuk:
Assalamualaikum sayang,
masyaAllah sedapnya sayang masak. Abang balik tengahari ni sayang masak yea. Tapi
kurangkan sikit garam, kesian abang kena darah tinggi nanti. Luv and miss u both always

wajah Anis merona kemerahan. Walaupun Lutfi memberitahu secara berhikmah, perasaan
malu tetap menyelubungi dirinya. Dia berazam untuk melakukan yang terbaik untuk masakan
tengahari nanti.

Anis buntu. Dia tidak mempunyai sebarang idea untuk memasak, tiba-tiba loceng pintu
rumahnya berbunyi. Dia menjenguk dari luar seorang anak dara terjenguk-jenguk ke dalam.
Di tangannya penuh plastic yang bermacam-macam. Cepat Anis mencapai tudung dan
membuka pintu.
“kak, akak ni isteri Dr. Lutfi ke?” soal remaja tersebut.
“ya saya,” jawabnya kehairanan. Mana dia kenal suami aku, kawan sekerja agaknya.
“ni pesanan Dr. Lutfi. Dia minta saya hantar, dia tak sempat hantar tadi ada patient kat
emergency,” ujar remaja perempuantersebut sambilmenghulur beberapa buah berg plastic.di
dalamnya terdapat sayur-sayuran dan pelbagai lagi bahan masakn. masyaAllah suamiku,
nampaknya beria sungguh dia nak aku masak.

*****
“abang, warna hijau ni cantik tak?” soalku ketika memilih pakaian kepada anak sulung kami
yang tidak lama lagi akan melihat dunia ciptaan Ilahi ini.
“hijau?” soalnya mengangkat kening.
“ye abang sayang, kita tak tahu lagi jantina anak kita. Hijau kan boleh semua,” ujarku
tersenyum. Matanya tertumpah pada perutku yang kian sarat. Usia anak kami sudah
mencecah 7 bulan lantas dia tersenyum. Tiba-tiba tangan Lutfi mencapai sepasang kasut kait
yang comel. Lalu mencapai tangan Anis terus ke kaunter untuk membayarnya.

“kenapa abang beli kasut, yang lain-lain?”soal Anis kehairanan.


“yang lain-lain dah ada kat rumah,” jawabnya tersenyum meleret. Anismengerutkan dahinya,
bila masa dia beli?
“abang baru teringat, umi beritahu kat abang yang dia dah beli macam-macam kelengkapan
untuk cucu sulung dia,”
“masyaAllah umi,” Anis tersenyum memandang suaminya.
“ibu pun ada call semalam. Pesan jaga anak dia baik-baik, juga cucunya,” sambung Lutfi lagi.
“ibu call abang? Sampai hati tak call Anis,” tiba-tiba rajuknya bertamu.
“ibu call sayang tapi tak dapat, jangan monyok-monyok macam ni. Tak sweet zaujah abang
ni,” pujuk Lutfi.

Anis membelek-belek kelengkapan untukmenyambut anaknya di ruang tamu. Terlalu banyak


yang ibu mertuanya beli. Segala macam jenis dari A sampai Z. Ibu pun sama. Masing-masing
tak sabar menanti kehadiran si kecil ini. Telefon bimbit Anis berirama, dia mengangkat dengan
suara yang manja, biasanya Lutfi yang akanmenelefonnya bertanya khabar.
“assalamualaikum, ini zaujah akh Lutfi ke?” soal suara seorang wanita di hujung talian. Amboi,
tanpa muqaddimah terus soalan. Anis terpana seketika.
“waalakumussalam, ya saya,” jawab Anis sopan.
“boleh kita jumpa sekejap?” soal wanita tersebut. Setelah di beri alamat, Anis bergegas ke
tempat yang dijanji. Dia terpaksa melanggar kehendak Lutfi agar tidak memandu jika hendak
ke mana-mana. Maafkan sayang abang, bisiknya dalam hati. Hatinya berdegup kencang,
siapakah wanita tersebut. Soalannya sahaja sudah cukup membuatkan Anis terasa ingin jatuh
rebah ke bumi. Sungguh tegas nada suaranya.

“maafkan saya menyusahkan Puan,” ucapnya sebaik sahaja Anis sampai di meja. Anis
tersenyum dalam payah kerana membawa si kecil di dalam perut.
Di kiri wanita tersebut ada seorang kanak-kanak kecil berusia tiga tahun. Comel dengan
tudung ikat di kepala. Tersenyum ke arah Anis. Lantas Anis menghulur tangan, kanak-kanak
itu pantas mencium tangan Anis mesra. Moga anakku juga seorang yang menghormati orang
tua.
“sepatutnya saya datang ke rumah Puan, tetapi disebabkan tugas saya sebagai ejen insurans
membataskan saya ke sana, sekali lagi maafkan saya,” tutur wanita tersebut. Kali ini
kedengaran agak mesra.
“puan, kita pesan makanan dulu,” lembut tuturnya. masyaAllah, cantiknya dia dalam busana
muslimah dilengkapi tudung labuh. Aku hanya mengenakan pakaian biasa-biasa sahaja.
Terasa kerdil diri ini.
“boleh akak tau nama?” soal Anis yang membahasakan dirinya sebagai akak. Melihatkan
wanita ini tampak lebih anggun dan menarik.
“eh, saya rasa umur kita lebih kurang. Panggil nama je lah. Sue. Nurul Syuhaidah Suhaimi,”
tuturnya tersenyum manis.
“panggil saya Anis je,” balasku.

“macam mana Sue tahu nama suami saya?” soal Anis sebaik sahaja mereka habis menikmati
makanan.
“masa saya pergi ke hospital, zauj Anis yang rawat saya. Masa tu migraine saya teruk sangat.
Saya nampak gambar akak dan akh di bilik dia,” jujur jawapannya. Namun seperti ada yang
tidak lengkap, Anis menutupnya dengan istighfar. Ini pintu syaitan untuk merosakkan ukhwah
yang baru ingin dibina.
“Anis, boleh saya ke rumah Anis nanti,” tutur Sue lambat-lambat.
“ eh boleh. Boleh sangat. Lagipun saya dengan suami bercadangnak beli insurans,” Anis
menyambutnya dengan mesra.
“Anis, akh Lutfi dah belikan satu pakej insurans yang lengkap untuk Anis sekeluarga. Sebab tu
saya minta Anis datang jumpa. Lepas ada appointment dengan client lagi. Maaflah Anis, saya
tak boleh lama-lama. Nanti bila saya nak ke rumah saya call,” ucap Sue sambil jemarinya
pantas mengemas buku-buku di atas meja. Pertemuan kami berakhir dengan berlaga pipi.

Anis masih dalam keadaan tertanya-tanya. Lagaknya seperti siswi baru pulang dari tanah
arab. Akh Lutfi? Kenapa tidak Dr. Lutfi? Ahh, ada-ada saja aku fakir. Mungkin memang itu
caranya.

*****
“sayang, malam ni kita makan luar ya,” ajak Lutfi sebaik sahaja aku ingin melangkah ke
dapur.
“takpelah bang, kita masak je. Yang simple-simple pun takpe,” pujuk Anis. Tanpa banyak
bicara Lutfi menarik lembut tangan isterinya ke dalam bilik dan memilih baju yang sepadan
buat isteri tercinta. Anis akur dalam keharuan. Sebenarnya dia merasa tidak sedap badan
malam ini. Mungkin kerana due datenya yang semakin hampir.

Belum sempat Anis melangkah keluar dari perut kereta, dia terasa sesuatu yang kurang enak.
Perutnya perlahan-lahan sakit. Dia tidak mampu melangkah keluar keringat dingin memercik
di dahi. Lutfi yang menyedari perubahan tersebut, “sayang, ok ke?”
“abang, Sayang sakit…” Anis tidak dapat meneruskan tuturnya. Tangannya memicit-micit
pinggang yang kian terasa sakitnya. Tanpa banyak bicara, Lutfi terus meluncur laju ke
hospital berdekatan. Di dalam perjalanan lagi air ketuban Anis sudah pecah. Lutfi tetap cemas
dalam tenang. Mulutnya terkumat-kamit berdoa. Memohon keselamatan dan kemudahan dari-
Nya.

Tepat jam 8 malam, tangis bayi kedengaran dari labor room Hospital Tawakkal. Mereka
dikurniakan seorang bayi lelaki yang amat comel. Lutfi terus mengazankan puteranya itu
engan penuh kesyukuran. Alhamdulillah, Anis dimudahkan bersalin. Kesemua ahli keluarga
mengangkat tangan tanda syukur ke hadrat Ilahi. Seorang bayi selamat dilahirkan.
“assalamualaikum sayang,” itulah ucapan pertama Lutfi kepada Anis.
“waalaikumussalam abang,” jawab Anislemah. Namun dia tetap gagahmegukir sebuah
senyuman.
“terima kasih kerana sudi melahirkan anak kita. insyaAllah kita akan sama-sama mendidiknya
dengan sibghatullah,” tutur Lutfi lembut. Lantas dikucup ubun-ubun isterinya. Lenyap segala
kesakitan sebentar tadi. Lutfi mengelus lembut jemari isteri kesayangannya. Tidak pernah
terbayang yang dia akan mempunyai sebuah keluarga yang cukup bahagia. Hamdan lillah.

*****
Ibu dan ibu mertuanya akan menjaga Anis sepanjang pantang secara bergilir-gilir. Pantang
pada peringkat awal dipantau oleh ibu Anis sendiri. Kesemua ibunya sediakan bagimenjamin
kesihatan anak dan cucunya. Lutfi senang dengankehadiran ibumertuanya, sekurang-
kurangnya dapat menemani Anis. Kadang dia berasa bersalah kerana bebanan kerja di
hospital mencuri ruang untukya bermesra bersama keluarga terutama Muhammad Al-Fateh.
Puteranya itu.
*****
“assalamualaikum,” kedengaran suara orang memberi salam. Tika ituhanya Anis dan
Muhammad Al-fateh sahaja berada di rumah. Kebetulan ibunya ke kedai berdekatan bagi
membeli herba untuk direbus buat Anis.

“waalaikumussalam,” jawab Anis dari dalam. Perlahan-lahan dia bangun. Kelihatan seorang
wanita berjilbab di pintu rumahnya. Di menekan butang lantas pintu pagar utama terbuka.
Anis menunggu di muka pintu dengan senyuman mesra. Dia tahu siapa yang datang. Sue.
Hamper sebulan usia perkenalan mereka, Anis dan Sue menjadi akrab.
“maaf Anis saya tak dapat datang awal,” tutur Sue dengan nada kesal.
“takpe Sue, jemput masuk,” pelawa Anis. Kemudian Anis ke dapur untuk membancuh air buat
tetamu istimewanya walaupun berkali-kali Sue melarang, Anis tetap berkeras. Akhirnya Sue
mengalah, namun Anis berjanji yang dia akan lakukan yang mudah sahaja. Sementara
menunggu, Sue berjalan-jalan ke sekliling rumah sahabt baiknya itu. Matanya tertancap pada
sebuah foto keluarga di dinding.
“abang,” mulutnya pantas menyebut. Benarlah tekaannya yang merawatnya tempoh hari di
hospital adalah Lutfi. Tetapi mengapa semasa merawatnya Lutfi sedikitpun tidak
mengendahkan dia. Sudah lupakah lelaki itu padanya? Anis isteri Lutfi? Sudah ku duga tatkala
pertemuan pertama kami. Betapa hancur hatinya, Lutfi sanggup lakukan semua ini ke
atasnya. Tiba-tiba ada manik jernih muluncur laju dari tubir matanya. Dia teringatkan anak
hasil perkahwinannya dengan Lutfi. Adam.

“Sue, kenapa awak nangis ni?” soal Anis dari belakang.


“Assalamualaikum sayang,” serentak itu Lutfi sudah berada di muka pintu. Pertembungan
berlaku antara tiga orang. Lutfi yang tersenyum lebar memandang Anis tiba-tiba menjadi
tawar melihat kehadiran Sue. Anis tersenyum manis menyambut kepulangan suaminya dan
Sue, air matanya bertambah gugur. Dia sendiri tidak tahu kenapa. Kenangan lalu kembali
menerjah. Dia masih terasa sakit itu.

“Abang, kenalkan kawan Anis yang selalu Anis ceritakan..Nur Shuhada Mokhtar,” ujar Anis
sambil menyalami Lutfi disambut dengan kucupan di dahi buat isteri tercinta. Sue cepat-cepat
menghapuskan air matanya. Lutfi menyedari redup renungn bekas isterinya di Mesir itu. Dia
mengerti, namun dibuang jauh-jauh. Dia kini punya Anis, dan Sue..tidak ada kena-mengena
lagi dalam hidupnya.

Tiba-tiba Sue bersuara,”sampai hati abang lupakan Sue,” Anis yang mendengarnya hairan.
“Abang kenal Sue tak? Abang ingat Sue lagi tak? Sue isteri abang” pencariannya selama ini
akhirnya bertemu noktah. Namun noktah itu noktah sengsara baginya. Lutfi milik orang.
Pandangan Lutfi tertumpah pada Anis, isteri kesayangannya. Ada kesayuan di wajah itu. Anis
mulai mengerti apa yang terjadi walaupun mungkin betul mungkin tidak.
Tiba-tiba Sue memeluk Lutfi erat. Melepaskan dendam rindu selama 5 tahun Lutfi
meninggalkannya. Satu-persatu manik-manik jernih gugur melalui pipi Anis yang gebu. Baru
beberapa hari dia melahirkan Muhammad Al-Fateh, kini kesetiaannya diuji. yaAllah, ujian
apakah yang ingin Engkau beri untukku ini. Anis tertunduk sayu, hatinya pilu. Tak sanggup
lagi dia berada di situ.
“abang, kenapa abang tinggalkan Sue macam tu je dulu. Abang tak dengar lagi penjelasan
Sue. Adam anak abang, bukan anak Muiz. Itu semua fitnah. Kalau abang tak percaya, Sue
sanggup buat ujian DNA. Adam anak abang,” tutur Sue. Lutfi sedaya upaya meleraikan
pelukan Sue.
Anis melangkah perlahan menaiki anak tangga, dia ingin pergi jauh dari rumah itu. Walaupun
dia tidak mendengar penjelasan Lutfi, cukuplah kata-kata Sue memberi seribu pejelasan. Tak
mungkin Sue mahu merampas kebahagiaannya. Sue ada hak. Sue lebih baik dari dirinya.
Apalah yang ada pada dirinya jika ingin dibandingkan dengan Sue. Berpendidikan agama,
muslimah rebutan. Dirinya? Hanya mawar yang layu yang menanti siraman taqwa dan didikan
iman oleh seorang lelaki yang menjadi imam dalam hidupnya. Namun harapan itu bakal
hancur, dan dia kembali layu. Dia bukan mawar berduri, dia ibarat dedap di hutan. Tak
terlawan dengan kesolehahan Sue yang jauh beza dengannya. Perutnya terasa sakit, namun
kekecewaannya melebihi rasa sakit itu. Dia teringat Fateh yang tidur nyenyak di bawah.
Anis menuruni anak tangga satu-persatu. Sue dengan lagakmanjanya merebahkan kepalanya
ke bahu Lutfi. Lutfi yang sedari tadi mendiamkan diri tiba-tiba bangun mendapatkan Anis.
“Anis, nak pergi mana sayang?” soal Lutfi kesayuan. Dia tahu Anis derita.namun dia berazam
untuk berterus-terang, tapi bukan sekarang.
Anis meneruskan langkah dengan beg kecil di tangannya yang ebrisi beberapa helai baju. Dia
mendokong Muhammad Al-Fateh yang sedang nyenyak tidur. Sue hanya melihat kejadian itu
tanpa perasaan, asalkan dia dapat Lutfi.
“sayang,” seru Lutfi lembut. Anis sudah berada di muka pintu. Ibunya yang baru pulang
terkejut melihat Anis seolah ingin meninggalkan rumah tersebut.

“izinkan Anis pergi. Redhai setiap langkah Anis. Maafkan Anis, halalkan makan minum Anis,”
ujar Anis tersekat-sekat. Lutfi tidak melepaskan tangan isterinya, dia tahu Anis butuh waktu
untuk menerima semua ini. Namun dia takkan lepaskan Anis sebelum membuat penjelasan,
Anis amanahnya.
abang tolong,” rayu Anis. Akhirnya Anis melangkah pegi, Lutfi mendoakan keselamatan isteri
dan anaknya.
“Lutfi, apa yang kamu dah buat nak?” soal Puan Mariah. Lutfi hanya tertunduk menahan
tangis. Dia tidak sanggup melihat Anis pergi. Anis, dengar dulu penjelasan abang, jangan
tinggal abang. Abang perlukan Anis, Muhammad Al-Fateh perlukan kita. Air mata lelakinya
gugur. Puan Mariah mengikut Anis tanpa disuruh.
Hanya tinggal Sue dan Lutfi. “Sue, ikut ana sekarang. Tapi kita naik kereta berlainan. Ana
akan charter cab untuk enti. Dan ana dengan kereta ana. Sekarang,” nadanya tegas. Lima
minit selepas itu taxi pun sampai. Sue ikut tanpa bantahan.
“apa lagi yang enti nak dari ana?” soal Lutfi. Sue kelihatan tenang menghirup espresso panas.
Ditemani teman Lutfi, Dr. Adib juga rakan sekuliah mereka di Mesir suatu tika dahulu.
“abang, Sue nak bagitau yang Adam anak kita. Bukan Muiz. Abang yang salah faham.
Sekarang Adam dah 4 tahun. Dia perlukan kasih sayang seorang ayah. Abang perlu
bertanggungjawab ke atas Adam,” luah Sue.
Lutfi sedikitpun tidak memandang Sue. Dia hanya memandang dinding café tersebut.
“habis gambar dan bukti yang ana dapat tu apa?” soal Lutfi sinis.
“itu hanya gambar. Sekarang teknologi boleh buat macam-macam. Sue sanggup sumpah
demi Allah abang, Sue bukan perempuan murahan. Sue sayangkan perkahwinan kita,” luah
Sue. Matanya kelihatan berair. Menahan tangis. Dia teringat saat dia diijabkabulkan dengan
lelaki pujaannya. Penuh bersyariat.
Baik Lutfi mahupun Sue mereka bernikah tanpa kenal. Ini semua kiraan orang tengah yang
mereka percayai. Namun tidak sampai 3 bulan, fitnah terhadap Sue sampai ke telinga Lutfi
beserta gambar aksi Sue bermesra dengan rakan sekuliahnya Muiz yang dalam diam meminati
Sue. Berkali-kali Sue dan Muiz menerangkan peristiwa tersebut, sedikitpun Lutfi tidak percaya.
Lutfi meninggalkan Sue tanpa bicara dan saat itu baru Sue tahu dia telah mengandungkan
anak Lutfi 2 bulan. Mujurlah sewaktu itu pengajian mereka sudah tamat dan hanya menunggu
konvokesyen sahaja. Namun Lutfi tidak ketemu jua. Betapa hancurnya hati Lutfi tatkala itu.
Dia tidak endah sesiapa lagi. Ummi dan abinya risau kehidupan Lutfi tidak menentu. Lantas
umminya mencarikan pengganti Sue, namun semua ditolak mentah-mentah. 5 tahun dia
membujang, akhirnya Anis telah membuka pintu hatinya.
Kini Sue datang menuntut kembali cintanya. Namun hati Lutfi hanya untuk Anis. Biarpun Sue
adalah cinta pertamanya, namun Anis adalah cinta abadinya. Hatinya sudah tertutup rapat
untuk Sue. Tiada ruang lagi, hatinya benar-benar robek.

Lima bulan berlalu, rajuk Anis masih belum reda. Setiap hari Lutfi ulang alik ke rumah ibu
mentuanya di mana tempat Anis tinggal sementara waktu. Lutfi tidak akan mengaku kalah.
“Sayang, Fateh mana?” soal Lutfi sewaktu Anis duduk termenung di birai katil.
“dengan mak,” jawab Anis ringkas.
Lutfi mengambil tempat duduk bersebelahan dengan isterinya. Dia terlalu merindui Anis. Dia
rindukan senyuman Anis, dia rindukan celoteh Anis, dia rindukan segala-galanya tentang
isterinya. Jiwa lelakinya tersiksa melihat Anis seperti mayat hidup. Kurus kering, pucat lesi
wajahnya. Lutfi mencapai tangan Anis perlahan-lahan, mengusap lembut. Satu kucupan
hinggap di tangan lembut Anis. Anis tidak membantah. Dia membiarkan suaminya melepaskan
rindu dendam. Dia juga seperti Lutfi. Sangat rindukan suaminya. Namun hatinya kecewa
dengan semua ini. Adakah dia perlu beri ruang pada Sue atau terus mempertahankan haknya?
Dia bingung. Abang, ketahuilah yang isterimu ini amat rindukanmu..terlalu.
Fateh merangkak dan tiba di muka pintu. Dia tersenyum ke arah abinya. Lantas Lutfi
mendapatkan permata hatinya, mendokong dan mencium Muhammad Al-Fateh.
“mimimimimi,” sebut Muhammad Al-Fateh merujuk kepada Anis. Anis tersenyum ke arah
Fateh dan mengagahnya dengan ceria. Kini, baru Lutfi melihat senyuman Anis. Dia memeluk
erat Anis tanpa disedarinya. Tindakan itu diluar kawalan. Berkali-kali dia mencium ubun-ubun
isterinya. Bercucuran air mata Lutfi, rindunya sedikit terubat.
“maaf,” tiba-tiba Lutfi meleraikan pelukannya. Fateh yang berada dalam dukungannya
tergelak kecil. Entah apa yang mencuit hatinya. Namun wajah kedua-dua pasangan itu
merona kemerahan. Sama-sama malu.

Setelah suasana sepi menyelubungi antara mereka, “abang,” seru Anis setelah agak lama
tidak memanggil Lutfi dengan panggilan itu.
“saya terima apapun keputusan abang. Sama ada nak lep…,”
“syhhh,” telunjuk Lutfi berada di bibir Anis.
“abang takkan lepaskan sayang. Sue, dia takda apa-apa hubungan lagi dengan abang. Abang
dah buat test DNA, Adam bukan anak abang. Sekali lagi bukan,” tegas Lutfi.
“abang, Sue baik. Mungkin dia mangsa keadaan. Dia dah bersumpah dengan abang bukan?”
tutur Anis lembut. Dia tidak ingin lama-lama merajuk. Jiwanya tersiksa tatkala melihat Lutfi
ulang-alik memujuknya. Dirinya tidak terurus seperti dulu. Masih ada sayang buat suaminya.
Cuma Anis takut berdepan dengan kenyataan yang mungkin dia akan kehilangan Lutfi saat
hatinya sudah diserahkan sepenuhnya pada suaminya itu.
“Muiz baru beritahu kat abang yang memang dia dengan Sue pernah ada hubungan suatu
ketika dahulu. Sue menyangka yang dia mengandungkan anak abang, tapi tidak . Adam anak
Muiz. Memang sebelum Sue kahwin dengan abang, Sue dah bertaubat dari segala kesilapan
dia dulu. Tapi abang tak dapat terima wanita pertama yang abang nikahi pernah ada
hubungan dengan orang lain,” terang Lutfi akhirnya. Dia sebolehnya tidak mahu buka pekung
di dada. Kisah itu biarlah dia yang tanggung. Tapi kini dia tidak mahu kehilangan Anis. Dia
terlalu sayangkan Anis.

Wajah Anis berubah tatkala Lutfi menyebut “wanita pertama yang abang nikahi”. Dia tahu
dirinya tidak standing dengan Sue yang jauh lebih baik. Berbusana muslimah, seorang yang
lemah-lembut dan sopan santun. Tiba-tiba Lutfi menggenggam tangan Anis erat, matanya
menembusi anak mata Anis yang bundar. “walaupun Sue wanita pertama yang pernah ada
dalam hidup abang, tapi sayang adalah wanita pertama yang pernah ada dalam hati abang.
Kan abang jumpa sayang dulu daripada Sue. Abang cari-cari jugak sayang tau, tapi masa tu
dengar-dengar sayang dah ke Sorbonne,” tutur Lutfi lembut. Tangan Anis dikucup lembut.
Anis menghadiahkansebuah senyuman nipis. Wajahnya merona kemerahan. Hilang seketika
bebanan yang sedang dia tanggung.
“sayang…,” seru Lutfi.
“hmm,”
“kita bina hidup baru ya?dengan Muhammad Al-Fateh”lembut suara Lutfi menyapa di telinga
Anis. Anis tertunduk, matanya mulai basah. Adakah dia akan bermadu dengan Sue?
“Sue?” soal Anis antara dengar dan tidak.
“Sue takkan jadi batu penghalang dalam hubungan kita sayang. Hal ni sebenarnya Sue dah
bawa ke mahkamah. Dan abang dah berbincang dengan peguam kita, insyaAllah kemenangan
akan berpihak pada kita. Kita cuma perlu berdoa dan bersabar,” terang Lutfi.
“tapi Sue pernah ada dalam hidup abangkan? Lagipun better dari Anis. Anis bukan muslimah
sejati macam Sue. Abang bagilah peluang kat Sue. Mungkin dia betul-betul nak berubah,”
pujuk Anis. Walaupun dalm hatinya sengsara.
“baiklah. Kalau itu yang sayang nak, abang ikut. Sekarang jugak abang call mak ayah Sue
untuk bincangkan hal ni,” ujar Lutfi selamba. Seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Anis tersenyum tawar. Sedaya upaya dia berlagak seperti tiada apa yang berlaku.
Walaupun kata-kata suaminya tadi bagai halilintar membelah bumi. Dia lantas bangun
keluar dari bilik. Sebaik sahaja kakinya melangkah keluar, kedengaran suara Lutfi seperti
bercakap dengan seseorang di telefon. Bunyinya mesra sekali. Dan air matanya gugur
tidak henti-henti. Mujurlah Lutfi tidak menyedarinya. Di bawah pohon nan rendang,
terdapat sebuah bangku kayu yang hampir usang. Mulut Anis terkumat-kamit
mengalunkan zikir, menenangkan hati yang lara. Saat ini dia terlalu perlukan Lutfi.
Muhammad Al-Fateh di pangkuannya lena dibuai angin petang. Pipinya basah.
“Alhamdulillah, minggu depan akad,” tutur Lutfi secara tiba-tiba. Anis sedaya upaya cuba
menghadiahkan senyuman paling manis buat Lutfi. Mungkin ini yang terbaik buatnya.
“sayang nangis?” soal Lutfi sambil mengesat sisa air mata isterinya. Anis masih mengekalkan
senyumannya walaupun nampak sangat tawar.
“sayang redha abang nak nikah semula dengan Sue?” soal Lutfi. Anis hanya mengangguk
dengan senyuman. Dan akhirnya dia tewas dengan perasaan sendiri. Air matanya gugur.
Lantas mengejutkan Fateh di pangkuannya. Lutfi mendukung Fateh dan menidurkan anak
kesayangannya semula.
“syhhh,” Lutfi memeberi isyarat agar masuk ke rumah untuk menidurkan Lutfi. Hati Anis
hancur remuk. Lutfi seolah tidak menghiraukannya lagi. Namun Lutfi tetap memimpin “abang,
sebenarnya…” tutur Anis tersekat-sekat.
tangan Anis masuk ke bilik. Dia merebahkan Muhammad Al-Fateh di atas tilam.
“sayang nangis gembira ke?” soal Lutfi tersenyum. Anis tidak dapat mengangguk. Dia hanya
mampu mendiamkan diri.
“tengok mata abang,” ujar Lutfi penuh lembut.
“sayang ingat tak waktu awal-awal kita kahwin dulu, apa yang abang beritahu kat saying?
Abang janji, yang abang takkan melukakan hati sayang lagi. Abang akan jaga sayang sepenuh
hati sayang. Abang akan sayang Sayang dengan sepenuh hati abang. Dan sebab abang terlalu
sayang pada isteri abang ni, abang turutkan kehendak sayang,” tusukannya amat terasa
sekali. Anis fikir yang Lutfi akan membatalkan perkahwinan dia dan Sue, tetapi lain pula.
Tangisannya mengeluarkan esakan kecil. Lufi tergelak kecil.
“Anis sayang, bila masa abang nak kahwin dengan Sue? Takde lah,” Lutfi tidak dapat
menghentikan tawanya. Anis kehairanan. Terus-terusan dia memandang Lutfi. Biar betul.
“sayang, sayang. Mana mungkin abang menduakan sayang? Nabi Muhammad S.A.W tidak
pernah menduakan Khadijah semasa hayat Ummahatul Mukminin itu. Saidina Ali tidak akan
menduakan Fatimah semasa hayat isteri kesayangannya,” ujar Lutfi sambil mengesat air mata
isterinya. Dia tahu batin Anis tersiksa. Dia tahu Anis sedaya upaya mengawal perasaan namun
kalah akhirnya.
“abang…,” Anis tak mampu bersuara.
“betul sayang. Abang telefon Ben tadi, bukan ayah Sue,” terang Lutfi.
“tapi abang kata akad minggu depan kan?” soal Anis tidak berpuas hati.
“sayang, abang gurau je lah. Dah, dah. Abang nikah dengan Sue betul-betul kang baru tau,”
Lutfi tersenyum kea rah Anis. Dahi Anis berkerut, masih dalam kehairanan.
“kalau macam tu takpelah, abang kire sampai tiga. Kalau sayang tak cakap I Love You abang
nak merajuk macam sayang merajuk dengan abang. Saying takkan jumpa abang dah lepas
ni,” usik Lutfi namun dicuba untuk serius. Anis hanya mendiamkan diri dan buat-buat seperti
tidak dengar. Selama ini memang dia jarang meluahkan yang dia sayang pada Lutfi, kerana
dia terlalu malu. Dan kini, Lutfi seolah mahu memecahkan tembok malunya. Namun dia
tersangat malu.
“satu…dua…tig…,” Lutfi seperti ingin melangkah keluar dari bilik. Dan…
“anis sayang abang,” tutur Anis tiba-tiba tanpa disedari.
“aaaa..apa dia? Ulang sekali lagi, tak jelaslah,” Lutfi tersenyum nakal. Wajah Anis merona
kemerahan bagai udang dibakar. Lutfi berpatah kembali dan mendekati isterinya yang sudah
tertunduk malu. Anis benar-benar malu. Entah macamana boleh terkeluar kata seperti itu.
Meluncur laju tanpa dipaksa. Akhirnya terhambur ketawa Lutfi yang agak kuat. Lutfi ingin
memeluk isterinya seeratnya, sudah lama dia merindui saat-saat seperti ini. Namun Fateh
terbangun dek kerana ketawa Lutfi menganggu tidurnya.
“anak abi ni nak jugak yea,” tutur Lutfi sambil mendukung Fateh. Lantas dia memeluk Anis
sambil mendukung Fateh. Dia sangat bersyukur, mungkin berkat perkahwinan mereka walau
apapun yang berlaku dia harap pisang tidak berbuah dua kali. Hatinya milik Anis. Lutfi sudah
mabuk cinta dan rindu dengan Anis. Anis masih malu-malu seperti tadi.
“sayang jugak orang tu kat abang,” tutur Lutfi sambil tergelak. Muhammad Al-Fateh turut
mengekek ketawa melihat ummi dan abinya tergelak. Syukur Alhamdulillah dipanjatkan ke
hadrat Ilahi. Lutfi dan Anis tahu ini mungkin ujian bagi permulaan, namun mereka tetap akan
mengharungnya sama-sama. Hidup mati mereka insyaAllah bertemu di Jannah yang abadi.

******
Lima tahun berlalu mendewasakan mereka. Fateh dan adiknya Aisyah Althafunnisa’ semakin
bijak dan faham tugas ibu bapa mereka. kini, Anis selesa mengenakan purdah. Bukan atas
paksaan Lutfi, namun itu semua atas kesedaran dia sendiri. Anis yang meminta izin Lutfi
untuk memakai purdah. Alangkah gembiranya Lutfi dengan perubahan isterinya. Dan kini,
Anis benar-benar menjadi sayap kiri Lutfi. Walaupun menghadapi kekangan masa dengan
tugas sebagai seorang doctor, namun Anis tak henti-henti memberi perangsang kepada
suaminya agar thabat dalam medan juang dakwah ilallah. Biar dirinya ditinggal asal Lutfi tidak
pernah jemu untuk menyambung jalan dakwah Rasulullah SAW.

Kadang Lutfi malu dengan Anis kerana dia cepat melatah dengan kerenah mad’unya. Kadang
dia rasa seperti ingin berehat dari dunia dakwah, namun Anis tetap tidak henti-henti memberi
semangat. Di bibir Anis sentiasa meniti janji-janji Allah di akhirat yang abadi. “kita takda masa
untuk rehat bang”, itulah kata-kata Anis yang sentiasa terngiang-ngiang di telinga Lutfi. Dia
bersyukur mempunyai isteri seperti Anis. Walaupun Anis mempunyai sejarah kelam, dia
berjaya membuktikan yang dirinya mampu berubah dan meninggalkan dosa-dosa lepas. Dia
mempu melaksanakan tugas sebagai seorang sayap kiri mujahid yang solehah, walaupun dia
tidak pernah mendapat pendidikan agama secara formal. Anis penyejuk mata Lutfi, anis
penenang Lutfi tiap detik dan saat. Lidahnya sentiasa basah dengan alunan zikrullah. Dia
sentiasa tersenyum walau apa yang berlaku, walaupun saat itu Lutfi terasa seperti ingin
rebah. Anis penguatnya.

Baik Lutfi mahupun Anis, penguat cinta mereka adalah Allah. Walaupun Lutfi terdedah kepada
tugas sebagai seorang doctor, dikurniakan dengan ketampanan yang bisa meluluhkan hati
wanita, Anis yakin pada Allah..bukan pada suaminya semata. Juga jalan dakwah yang mereka
tempuhi. Kadang jalan itulah yang membuat mereka semakin erat, semakin tunduk dengan
hukum Allah. Alhamdulillah. Mereka berazam untuk mencorakkan anak-anak mereka dengan
sibghatullah(celupan Allah). Agar menjadi mujahid dan mujahidah agama, penyambung
perjuangan Kekasih Allah. insyaAllah.

“kadang orang yang pernah melakukan kesilapan dan bertaubat dengan sungguh-sungguh dia
lebih mulia dari orang yang tidak pernah diuji”

Anda mungkin juga menyukai