Anda di halaman 1dari 4

SI PENGEMBALA YANG SUKA MENIPU

BIL NAMA NO. MATRIKS WATAK


1. NURUL NADIA UMAIRAH BT RAZALI D2210244 PENCERITA
2. ERDINA SAFIAH BT ABDUL MALEK D2210290 PENGEMBALA
3. NUR AQIERAH BT MOHAMMAD NADZRI D2210309 SERIGALA
PENDUDUK KAMPUNG 2
4. AMIRAH NAJIHAH BT KHAMSANI D2210256 BIRI-BIRI
PENDUDUK KAMPUNG 1

PENCERITA:
Pada zaman dahulu, dalam sebuah kampung, tinggal seorang
remaja nakal bernama Ahmad. Ahmad bekerja mengambil upah
menjaga kambing biri-biri di sebuah ladang iaitu sebagai pengembala
biri-biri.
Setiap hari, Ahmad akan membawa biri-biri itu ke padang di hujung
kampung untuk meragut rumput. Ahmad akan menunggu biri-biri itu
meragut rumput dari pagi hingga petang. Apabila menjelang petang,
semua biri-biri itu akan dibawa pulang ke kandangnya. Begitulah rutin
kerja Ahmad setiap hari.
Pada mulanya, Ahmad amat menyukai kerjanya itu. Mengembala
biri-biri tidaklah susah dan tidak perlukan tenaga yang banyak. Saban
hari, Ahmad menghabiskan masanya dengan tidur di bawah pokok dan
berangan-angan.
Lama kelamaan, Ahmad menjadi bosan dengan kerjanya. Dia tidak
ada kawan untuk berbual untuk bercerita yang ada hanyalah sekawan
biri-biri yang begitu asyik meragut rumput. Kebosanan Ahmad semakin
menjadi-jadi dari hari ke hari. Saban hari, Ahmad termenung dan
merungut sendirian mengenangkan nasibnya. Suatu petang, Ahmad
mendapat akal untuk menghilangkan kebosanannya itu.

Ahmad: “Haih…. bosannya hari ini…. apa aku nak buat ye?
Aha! Aku ada idea.. Apa kata aku cuba mempermainkan orang
kampung di sini.”
“ Tolong! Tolong! Ada serigala disini.. Tolong! Tolong! “
Jeritan Ahmad itu dapat didengari oleh orang kampung yang sedang
bercucuk tanam tidak jauh dari padang rumput itu. Penduduk
kampung itu bergegas ke tempat Ahmad untuk membantunya. Apabila
mereka sampai di sana, mereka lihat Ahmad sedang ketawa terbahak-
bahak.

Penduduk kampung 1: Serigala? Serigala? Mana? Mana?, mari kita


tolong.

Ahmad: “HAHAHAHA”

Penduduk kampung 2: “Kenapa kamu ketawa , Ahmad?”

Ahmad: “HAHAH..sayalah serigala, kamu semua dah kena


tipulah..HAHAH”

Penduduk kampung 2: “Hah? Takde serigala? Biar betul?”

Ahmad: “Betul (X3) janganlah marah..bergurau pon tak boleh ke?”

Penduduk kampung pun beredar. Pengembala biri- biri itu langsung


tidak rasa bersalah kerana telah mempermainkan penduduk
kampung… ish (X3)

Ahmad: “Seronok juga.. apa kata kalau saya buat lagi.. tak apa kan?
HAHAHA”
“Tolong..tolong… ada serigala datang ke sini..”

Penduduk kampung pun bergegas untuk memberikan bantuan.

Penduduk kampung 1: “Serigala? Mana serigala? Mana? Mari kita


tolong”

Pengembala ketawa terbahak-bahak selepas melihat penduduk


kampung bergegas datang untuk memberi bantuan.

Ahmad: “HAHAHAHA”

Penduduk kampung 2: Ohhh.. kamu menipu lagi?


Ahmad: “HAHAHA..saya main-main sajalah..HAHAHA”

Penduduk kampung 2: “ Wahai pengembala, sekali lagi kamu panggil


kami lagi.. kami tidak akan percaya lagi.. huh!”

Ahmad: “HAHAHAH.. janganlah marah..baiklah..saya tak kan buat lagi..”

Penduduk kampung 1: “ Kamu memang penipu..mari kita pergi..”


Penduduk kampung pun beredar dengan rasa marah…
Tiba-tiba terdengar bunyi yang sangat menakutkan…

Serigala: “Auuuuuuuuummm!! (X2) akulah serigala yang lapar…aku mahu


makan biri-biri..nyam (X2) HAHAH..”

Biri-biri: “Mbekkk (X3)”

Pengembala dan biri-biri berasa takut lalu mereka lari bertempiaran,


seekor biri-biri telah berjaya ditangkap lalu dimakan oleh serigala itu.

Serigala: “Hmmm.. sedapnya tapi tak cukup.. saya nak yang lebih besar”

Serigala pun terus mengejar biri-biri yang lain.

Ahmad: “Tolong.…Tolong…ada serigala di sini.. Tolong..! Tolong..! Habis


biri-biri saya dimakan…”

Penduduk kampung 2: “Hah..serigala? Biar betul , kami tak percaya lagi..


Tentu dia menipu lagi.. dia selalu mainkan kami..biarkanlah dia.. kita
sambung kerja.. jom..”

Penduduk kampung tidak mengendahkan laungan


pengembala..serigala terus mengejar lalu dan memakan biri-biri si
pengembala.

Serigala: “Gendang gendut tali kecapi…kenyang perut


senang hati..HAHAHA (sendawa)”

Si pengembala meratapi nasibnya kerana semua kambing biri-birinya


habis dimakan oleh serigala.
Ahmad: “Huhuhuhuhu..”

Penduduk kampung 1: “Mengapa kamu menangis , wahai pengembala”

Ahmad: “Huhuhuhu, saya menyesal, saya menyesal…maafkan saya..”

Penduduk kampung 2: “Lain kali, jangan suka menipu lagi, nanti terkena
diri sendiri”

Pengembala pun insaf dengan perbuatannya.. hah ingat kawan-


kawan , jangan sesekali kita menipu ..sebab kalau kita bercakap benar
sekalipun, orang tidak akan percaya lagi..

PENGAJARAN
1. Kita mestilah sentiasa dalam melakukan setiap perkara.
2. Janganlah kita menipu orang lain kerana perbuatan itu tidak baik.

Anda mungkin juga menyukai