Narator : “Ehem.. Pada zaman dahulu, ada seorang gembala biri-biri. Setiap hari, dia
akan menjaga mbee-mbee di tepi bukit”.
Pengembala : “Saya gembala biri-biri semua di jaga rapi-rapi sudah di bawa makan mari
boleh berehat senang hati”.
Biri-biri : “Kami biri-biri si Jarjit hari-hari makan rumput je jalan bersama atas bukit
nikmati indahnya dunia”.
(Semua) : “Mari mari dengar cerita kami. Kisah pengembala dan biri-biri”.
Narator : ” Penggembala menjaga biri-biri setiap hari. Lama-kelamaan, dia mula bosan
dengan kerjanya. Tetapi pada satu hari...”.
Pengembala : “Tolong! Tolong! Ada serigala di sini!. Tolong! Tolong!. Selamatkan biri
biri!”.
Petani 1 : “Serigala?”
Petani 2 : “Serigala?”
Pengembala : “Hahaha!”
(kembali masuk)
Pengembala : “Janganlah marah, main-main pun tak bolehkah?”
Pengembala : “Hoho, seronok juga. Panggil lagi sekali, tak apa kan?”
Bunga : “Jangan!”
Petani 1 : “Serigala?”
Petani 1 : “Serigala?”
Pengembala : “Hahaha!”
Petani 1 : “Wahai penggembala! Kalau kamu panggil, kami tak percaya lagi!”.
(kembali masuk)
Pengembala : “Hahaha, sakit perut saya. Baiklah, baiklah! Saya tak buat lagi, hoho...”
Serigala : “Grr! Awooo! Grr! Akulah serigala yang lapar! Aku mahu biri-biri! Nyam,
nyam, aum! Hahaha!”
Pengembala : “Tolong! Tolong! Ada serigala di sini! Tolong! Tolong! Habis biri-biri saya!”
Petani 1 : “Serigala?”
Petani 2 : “Serigala?”
Petani 2 : “Kami tak percaya lagi, dia selalu mainkan kami, biarkanlah dia!”
Pengembala : “Biri-biri saya dah hilang habis dimakan serigala kamu semua tada datang
tinggal saya seorang sahaja
Petani 1 : “Nanti orang dah tak percaya, bila terkena padan muka!”
Petani 1 : “Kawan-kawan, jangan sesekali kita menipu, kalau kita bercakap benar
sekalipun, orang dah tak percaya”.
(semua) : “Tamatlah sudah alkisah tadi, terima kasih dan jumpa lagi!”.