Anda di halaman 1dari 1

Rezeki Zakuan semakin melimpah-ruah. Banyak pelanggan dating ke bengkel motosikalnya.

Zakuan
tidak menang tangan. Dia cuba mendapatkan pekerja tambahan tetapi hampa. Pada suatu hari,
Zakuan keluar kerana mempunyai urusan penting.

Zakuan mengeluh di depan pintu kedainya, kerana hasratnya untuk mencari pekerja tambahan tidak
tercapai. Sesampai sahaja Zakuan di hadapan pintu kedai tersebut, dia terdengar bunyi bising yang
datang dari belakang bengkel kedainya. Dengan perasaan yang was-was, Zakuan perlahan-perlahan
bergerak ke punca bunyi itu dengan menyangka kedainya telah dipecah masuk.

“Baik kita siapkan cepat kerja ini sebelum Zakuan pulang semula.” kata tayar kepada alatan-alatan
yang lain.

Tayar, spanar, enjin, dan tin minyak menjadi hidup dan bekerja menyiapkan motorsikal yang masih
kekurangan tayar di belakangnya. Zakuan terkejut dan hairan. Semua kerja yang sepatutnya dia
siapkan sebelum esok tiba sudah selesai di hadapan matanya sendiri.

‘Aku perlu menyiasat apa yang berlaku di sini.’ Kata Zakuan yang masih tidak percaya dan percaya
yang dia berhalusinasi kerana terlalu penat bekerja. Zakuan pura-pura keluar untuk mencari
kepastian. Tayar, spanar, enjin,dan tin minyak terperanjat dengan ketibaan Zakuan secara tiba-tiba.
Malangnya kesemua alatan yang bekerja sebentar tadi tidak sempat untuk bersembunyi.

Zakuan tersedar yang bahagian belakang motorsikal sudah siap dibaiki. Dia bertanya kepada tayar,
spanar, enjin, tin minyak mengapa mereka berbuat sedemikian. Kesemua alatan itu tertawa kecil
dan tersenyum. Kemudian spanar berkata ini merupakan balasan atas kejujuran Zakuan dalam
mengusahakan perniagaan. Walaupun dia kekurangan tenaga buruh, Zakuan masih rajin seperti
semut.

Zakuan berasa terharu dengan perbuatan mereka. Zakuan berterima kasih dengan rasa rendah hati.
Tayar, spanar, enjin, dan tin minyak berhenti bergerak. Mata Zakuan terbuka. Dia tersedar dan lihat
waktu yang menunjukkan pukul 8:00 pagi sambil melihat keluar tingkap.

Anda mungkin juga menyukai