Anda di halaman 1dari 1

Autobiografi

Tajuk: Aku Sebuah Kereta

Aku sebuah kereta. Nama saya ialah Perodua Myvi. Saya dilahirkan di
sebuah kilang membuat kereta di Kuala Lumpur.
Badan aku diperbuat daripada besi. Saya berwarna biru. Badan saya
dipasang dengan empat tayar.
Setelah siap dipasang, aku dihantar ke sebuah kedai menjual kereta di
Pontian. Pemilik kedai itu membersihkan badan saya dan mempamerkan
aku di kedai. Badan aku tertera dengan harga RM59999.00. Aku
berkenalan dengan ramai kawan seperti Toyota Vios, Honda City, Hyundai
dan sebagainya.
Pada suatu hari, seorang pemuda yang kacak datang ke kedai. Dia ingin
membeli sebuah kereta yang baru. Dia melihat aku selama satu jam. Dia
tertarik hati pada diri saya. Akhirnya, dia membeli saya. Saya berasa sangat
gembira kerana mempunyai tuan yang baru.
Nama tuan aku Kah Lek. Dia menjaga saya dengan baik. Dia
memandu aku dengan berhati-hati. Setiap hari, dia memandu saya ke kilang
untuk bekerja. Setiap hari Ahad, tuan aku mencuci aku dengan tuala dan
sabun sehingga badan aku bersih.
Saya berasa gembira dan bangga kerana mendapat tuan yang baik.
Saya berjanji akan berkhidmat tuan buat selama-lamanya.

Anda mungkin juga menyukai