Anda di halaman 1dari 25

NORAZILAWATI MUSTAPA (RBT 3109 HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN)

PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN 2013, RBT 2



PENGENALAN
Ikan adalah anggota vertebrata poikilotermik (berdarah dingin) yang hidup di air
dan bernafas dengan insang. Ikan merupakan kelompok vertebrata yang paling
beraneka ragam dengan jumlah spesies lebih dari 27,000 di seluruh dunia. Secara
taksonomi, ikan tergolong kelompok paraphyletic yang hubungan kekerabatannya
masih diperdebatkan; biasanya ikan dibahagi kepada ikan tanpa rahang (kelas
Agnatha, 75 spesies termasuk lamprey dan ikan hag), ikan bertulang rawan (kelas
Chondrichthyes, 800 spesies termasuk hiu dan pari), dan sisanya tergolong ikan
bertulang keras (kelas Osteichthyes).
Pernahkah kamu melihat ikan yang cantik berwarna-warni dipelihara? Bukan
untuk dimakan. Ikan kategori ini dikenali sebagai ikan hiasan. Tujuannya dipelihara
untuk menceriakan kawasan di sudut rumah, pejabat atau kelas. Ini juga memberikan
ketenangan kepada kita di samping menghayati kehidupan alam akuatik. Bolehkah
kamu menamakan beberapa jenis ikan hiasan yang dipelihara lazimnya di dalam
akuarium? Ikan hiasan dipelihara sebagai hobi yang menarik dan menyeronokkan.
Bahkan, boleh dijadikan sumber pendapatan yang lumayan.
Ikan hiasan atau lebih dikenali sebagai ornamental fish diperingkat antarabangsa
merupakan ikan yang mendapat keistimewaan daripada penggemar atau peminat ikan
hiasan diseluruh dunia. Ikan yang mempunyai berbagai-bagai spesis ini mempunyai
nilai pasaran yang agak tinggi bagi sesetengah spesis. Bagi memelihara ornamental
fish ini, anda hendaklah mempunyai serba sedikit ilmu mengenai penjagaannya seperti
kualiti air, cara pemberian makanan, proses pembersihan kolam atau akuarium dan
lain-lain lagi supaya tidak berlaku kematian atau kecederaan pada ikan dalam waktu
yang singkat. Pengetahuan ini dapat mengelak keadaan yang boleh memudaratkan
kesihatan ikan hiasan tersebut dan membantu pemilik daripada mendapat kerugian.
Lebih-lebih lagi ikan hiasan yang mempunyai harga pasaran yang tinggi. Sudah tentu
anda tidak mahu perkara ini berlaku kepada anda.


NORAZILAWATI MUSTAPA (RBT 3109 HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN)

PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN 2013, RBT 2

IKAN PELAGA

Ikan Pelaga memang cantik tetapi suka bergaduh dengan ikan lain termasuk
jenis ikan pelaga yang lain. Perlu masuk di dalam bekas yang berasingan dengan ikan
lain. Ikan pelaga merupakan sejenis ikan air tawar yang yang dipelihara di dalam
akuarium. Ia berasal dari lembangan Sungai Mekong di Asia Tenggara.

Antara jenis ikan pelaga ialah Betta splendens (ikan pelaga siam), Betta imbellis
(ikan mengkaring) dan Trichopsis vittata (ikan sempilai).Selain itu ikan pelaga juga
dikenali dengan nama ikan laga.

Pada asalnya Betta memerlukan air dengan pH rendah sekitar 5-6.5 untuk hidup
dengan baik. Kini kebanyakan Betta yang dihasilkan secara komersial di negara kita
telah dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai pH air. Bekalan air domestik yang
neutral juga sesuai untuk ternakan Betta. Ikan jantan yang terpilih boleh dipelihara
dalam botol minuman kecil secara individu untuk mengelakkan dari dicederakan oleh
ikan yang sejenis dengannya. Ikan betina boleh dipelihara bersama ikan-ikan lain yang
toleran seperti Rasbora, Angel dan neon tetra. Elakkan dari ikan yang gemar menggigit
sirip ikan lain (fin nipper) seperti half-red eye tetra, atau tiger barb.

Betta ialah sejenis omnivor dan boleh diberi sebarang makanan termasuk
plankton, cacing, jejentik dan pellet. Ia adalah ikan tahunan (annual fish) dan hayatnya
lebih kurang satu atau dua tahun. Adalah tidak digalakkan untuk mengeluarkan wang
ratusan atau ribuan ringgit hanya untuk membeli seekor ikan yang diidamkan. Berbeza
pula jika anda membelinya untuk dijadikan induk yang bakal mengeluarkan hasil
berlipat kali ganda.





NORAZILAWATI MUSTAPA (RBT 3109 HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN)

PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN 2013, RBT 2


PENDUAN MEMILIH IKAN PELAGA (BETTA)

Pelbagai jenis Betta fancy boleh dibeli di pasaran tempatan ketika ini seperti
jenis yang berwarna merah, kuning dan hitam, terdapat juga jenis yang berkilat
(metallic) seperti hijau dan biru, pelbagai warna dan bercorak marble. Terdapat juga
yang mempunyai ekor yang panjang (veil tail, comb tail atau palm leaf), jenis berekor
pendek (short fin), ekor cabang dua (duoble tail) dan berbentuk ekor guppy atau half
moon. Warna ikan dan jenis sirip adalah mengikut selera individu peminat.

Ciri penting yang perlu diambil kira dalam memilih Betta ialah dilihat keadaan
siripnya semasa berenang dan mengembang. Sirip yang sangat terlentuk ke bawah dan
terlipat dianggap tidak bermutu. Bahagian ekornya mestilah agak selari dengan
badannya semasa ikan berehat atau berenang. Ekor (jenis panjang) yang berlipat atau
bergulung menunjukkan ikan sudah tua atau telah lumpuh (paralyse) dan tidak menarik.
Sirip ikan yang kuncup menunjukkan ikan kurang sihat atau kurang selesa dengan
sekitarannya. Untuk memilih jantan yang bertenaga perlu dipastikan terdapatnya buih di
dalam bekasnya sementara ikan betina dipilih dari individu yang kelihatan ceria dengan
sirip terbuka luas, warna menarik dan memberangsangkan.












NORAZILAWATI MUSTAPA (RBT 3109 HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN)

PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN 2013, RBT 2

JENIS-JENIS IKAN LAGA
CROWNTAILS
















DELTAS / SUPER DELTAS










NORAZILAWATI MUSTAPA (RBT 3109 HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN)

PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN 2013, RBT 2

DOUBLE TAILS











HALFMOON













NORAZILAWATI MUSTAPA (RBT 3109 HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN)

PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN 2013, RBT 2

HALFMOON PLAKATS












VIELTAILS / LONG TAILS
















NORAZILAWATI MUSTAPA (RBT 3109 HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN)

PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN 2013, RBT 2


WILD TYPES / IMBELLIS




PENJAGAAN IKAN PELAGA

Air yang sesuai untuk ikan pelaga adalah air yang bebas klorin. Air tapis dan air
yang di masak sesuai untuk ikan Pelaga kerana air ini tidak mengandungi klorin. Jika
menggunakan air paip biarkan air tersebut selama 3-5 hari sebelum digunakan untuk
ikan pelaga.Terdapat juga ubat anti-klorin yang boleh didapati dimana-mana kedai ikan
peliharaan. Air yang sudah dirawat juga alternatif yang baik untuk ikan pelaga. Air
mempunyai pengaruh besar kerana air yang kotor atau berklorin boleh mendatangkan
banyak penyakit kepada ikan pelaga ini kerana air-air ini mengandungi bacteria yang
tidak sihat untuk ikan pelaga. Jika bekas akuarium atau balang ikan pelaga tiada
penutup pastikan air tidak terlalu penuh. Ini kerana ikan pelaga sangat aktif dan boleh
melompat keluar dari akuarium.

Makanan

Makanan berbentuk pellet sesuai untuk ikan pelaga.Hal ini disebabkan ikan
pelaga hanya makan makanan yang muat dengan mulut mereka. Kadang-kadang ikan
NORAZILAWATI MUSTAPA (RBT 3109 HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN)

PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN 2013, RBT 2

laga juga cerewet dalam pemakanan. Makanan ikan lain seperti makanan ikan emas
dan koi tidak sesuai untuk ikan pelaga.

Pembersihan Aquarium atau bekas Ikan Pelaga

Pembersihan aquarium untuk ikan pelaga sekurang-sekurangnya sekali
seminggu. Tempatkan ikan laga dalam air lama ketika membersihkan bekas. Bersihkan
bekas ikan pelaga dengan air panas atau suam kerana sabun boleh menjejaskan
kesihatan ikan pelaga.penambahan ubat anti-klorin diperlukan jika menggunakan air
paip. Air yang telah ditukar haruslah sama suhunya dengan air lama.Ini adalah untuk
mengelakkan perubahan suhu mengejut yang boleh membawa maut pada ikan pelaga.

KENALI BETTA JANTAN DAN BETINA

Terdapat beberapa perkara yang perlu dititikberatkan dalam pemerhatian untuk
mengenali yang mana jantan dan betina. Di antaranya adalah seperti berikut.
1.Sirip - ikan betta jantan pada umumnya mempunyai sirip lebih panjang dari sirip
betta betina. Sesetengah jenis ikan betta mempunyai sirip pendek, seperti
Plakat mempunyai sirip lebih pendek , dan hampir seperti sirip plakat betina











Perbezaan yang dapat kita lihat antara Betta Jantan dan Betina
NORAZILAWATI MUSTAPA (RBT 3109 HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN)

PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN 2013, RBT 2

2. Ciri - ciri bentuk badan betta betina ialah mempunyai "Ovipostor" atau pun bintik
putih dibawah perutnya iaitu tempat telur dikeluarkan. Cara yang lain untuk mengenali
ikan laga betina ialah apabila ia bersedia untuk mengawan, badannya akan berbelang-
belang.

Bintik putih yang terdapat pada bahagian bawah perut ikan betina.









3. Sifat -Ikan betta jantan selalunya lebih agresif berbanding dengan ikan laga betina.
Ikan betta jantan tidak boleh bersama didalam satu bekas kerana ia akan
berlawan sampai mati, tetapi betta betina boleh hidup di dalam satu komoditi.
Selain itu, warna ikan betta jantan adalah lebih menarik dari ikan betina


CARA MEMBIAKKAN IKAN LAGA

LANGKAH PERTAMA: Kenalpasti Jantina
Cara nak kenalpasti ikan laga jantan dan ikan betina senang je. Kebiasannya
ikan jantan mempunyai ekor yang panjang, warna lebih terang, dan lebih agresif. Tapi
sekarang ni para penternak dah hasilkan betina yang ekor panjang dan warna yang
terang. Jadi untuk kenal pasti ikan laga betina ialah melalui abdomen dan juga biji putih
di bahagian anusnya. Tengok gambar kat bawah tu..nampak tak biji putih kat perut tu
seperti yang telah dibincangkan di atas.

NORAZILAWATI MUSTAPA (RBT 3109 HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN)

PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN 2013, RBT 2









LANGKAH KEDUA : Pilih Induk Yang Matang
Untuk membiakkan ikan laga, anda mesti memastikan induk yang akan
dibiakkan adalah matang. Ikan laga biasanya matang apabila mencapai umur 4 bulan
sekiranya diberi makanan yang secukupnya. Tapi anda boleh memerhatikan ikan laga
tersebut.

Jantan
Induk jantan yang matang dan bersedia untuk membiak akan membuat buih di
permukaan air.

Betina
Bagi yang betina pula, anda perlu perhatikan perut atau abdomennya. Induk ikan laga
betina yang bersedia untuk dibiakkan mempunyai perut yang buncit dan terdapat biji
putih di bahagian anusnya.

LANGKAH KETIGA: Sediakan Tangki Yang Sesuai
Bagi kaedah pembiakan, anda perlu menyediakan tangki yang selesa sekurang-
kurangnya bersaiz 1 kaki x 1 kaki x 1 kaki. Anda boleh menggunakan macam-macam
contohnya akuarium, baldi, dan sebagainya. Lagi besar lagi bagus kerana tangki yang
besar boleh meningkatkan peluang anak-anak ikan untuk hidup. Masukkan air lebih
kurang 4,5 inci dari dasar. Jangan letak air terlalu dalam, nanti payah induk-induk tu nak
kutip telur. Dalam tangki tu kalau boleh letak la sikit perlindungan untuk induk betina
macam kayu atau pokok kiambang bagi tujuan menyorok bila kena kejar. Satu petua
NORAZILAWATI MUSTAPA (RBT 3109 HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN)

PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN 2013, RBT 2

nak kongsi dengan anda semua, anda boleh meletakkan daun ketapang kering atau
nama saintifiknya almond leaf ke dalam tangki tu bagi tujuan menjadikan air berasid
dan sesuai untuk pembiakan. Untuk meransang pembentukan buih oleh jantan,
sebaiknya letak la polistrene atau kiambang untuk mengekalkan buih sebab ikan akan
suka buat buih di bawahnya.









Daun ketapang


LANGKAH KEEMPAT: Masukkan Induk Jantan Dahulu Dalam Tangki
Sebaiknya anda letak induk jantan dulu dalam tangki pembiakan. Induk betina ni
anda masukkan dalam bekas kaca atau apa-apa bekas lutsinar (biar yang jantan boleh
nampak). Lepas tu masukkan dalam tangki yang ada induk jantan tadi. Ikan ini tak
boleh dilepaskan sekali dalam tangki kerana nanti ikan tu akan berlaga. Jadi macam ni
la caranya untuk mengelakkan dari ikan-ikan ni berlaga. Kena kenal-kenalkan ikan-ikan
ini terlebih dahulu.







NORAZILAWATI MUSTAPA (RBT 3109 HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN)

PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN 2013, RBT 2


LANGKAH KEEMPAT: Masukkan Induk Betina Selepas Induk Jantan Buat Buih
Sekiranya anda nampak induk jantan telah buat buih. Maknanya dia telah
bersedia untuk mengawan. Buih tu sebenarnya adalah sarang. Selepas jantan buat
buih masukkan la induk betina. Induk jantan dan betina sebaiknya dicampurkan atau
dikahwinkan di awal pagi. Mula-mula anda lepaskan induk betina, induk jantan akan
mengejar induk betina. Tapi jangan risau, sang jantan tu dah lama sangat mengidam
kat induk betina tu.

Pengawanan
Biasanya menjelang tengahari ikan nie akan melakukan ritual peneluran..ikan
jantan Semasa mengawan ikan jantan dan betina akan membelitkan badannya antara
satu sama lain. Ikan jantan akan memusingkan badan ikan betina beberapa kali
sehingga telur matang dikeluarkan dan serentak dengan itu ikan jantan
mensenyawakannya. Telur tersenyawa tenggelam ke dasar tangki. Ikan jantan
memungutnya dan menghembuskannya ke dalam sarang buih. Buih yang rosak akan
terus dibaiki oleh ikan jantan. Proses ini akan berulang-ulang dan mengambil masa 1
hingga beberapa jam

Penjagaan Fry
Selepas proses ini selesai, seeloknya di alihkan induk betina dan tinggalkan
yang jantan sahaja sebab induk jantan akan jaga telur dan anak-anak ikan nanti. Induk
betina pula akan makan telur atau anak, tapi tak semua la induk betina akan makan
telur atau anak. Jadi sebagai langkah keselamatan, lagi mudah diasingkan sahaja induk
betina.

Telur menetas selepas 24-30 jam. Ikan jantan sentiasa mengawasi sarangnya,
membina semula sarang yang rosak, menangkap fry yang terlepas dan memasukkan
semula ke dalam sarang. Selepas 3 hari fry akan berenang dan perlu diberi makanan.
Makanan pertama terbaik untuknya ialah makanan semula jadi yang terdapat dalam air
hijau (green water) yang boleh didapati dari air ternakan ikan seperti tilapia / keli yang
NORAZILAWATI MUSTAPA (RBT 3109 HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN)

PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN 2013, RBT 2

telah lama. Kaedah lain ialah dengan menyediakan brine shrimp nauplii (Artemia) yang
baru menetas. Setelah berumur 5 hari boleh diberi makanan rumusan berbentuk
serbok. Fry berumur 7-10 hari perlu dipindahkan ke dalam tangki pemeliharaan yang
lebih besar untuk pembesaran dengan diberi makan moina atau blood worm yang
dicincang. Tangki pemeliharaan tidak perlu diberi pengudaraan
Selepas sehari anak ikan menetas, anda boleh pilih samaada nak asingkan
induk jantan atau tidak. Kalau anda tengok induk jantan ni makan anak, anda kena
asingkan cepat-cepat. Tapi kalau tak makan, tak perlu asing la sebab induk jantan ni
akan jaga dan pastikan tangki anda tidak dipenuhi jentik-jentik. Jentik-jentik ni boleh
makan anak-anak ikan.
Ini la ritual bertelur








LANGKAH KELIMA: Penjagaan anak
Anak-anak ikan laga perlu diberi makan selepas 3 hari mereka menetas,
seeloknya rotifer disamping air hijau sebagai supplemen..kebaikan air hijau ni adalah ia
akan melindungi badan anak ikan dari penembusan cahaya matahari yang boleh
merosakkan mata dan organ anak ikan tersebut. Air hijau ini sebenarnya mengandungi
phytoplankton bernama chorella secara majoritinya, tapi ada juga banyak species lain
yang ada. Ia boleh didapati dari air ternakan ikan tilapia, ikan keli.

Selepas seminggu cuba dapatkan moina atau artemia untuk peringkat
pemakanan seterusnya..ikan laga ini akan makan apa sahaja yang muat dengan
mulutnya. Satu lagi tips ikan laga ini akan lagi cantik dan cepat membesar jika diberi
makanan hidup seperti jentik-jentik ataupun frozen blood worm.
NORAZILAWATI MUSTAPA (RBT 3109 HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN)

PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN 2013, RBT 2

Setelah berumur 3 bulan ikan jantan mulai aggresif dan perlu diasingkan secara
individu di dalam botol. Ikan betina boleh dipelihara dalam tangki secara komuniti.
Untuk penghasilan komersial perlu dipastikan ruang yang mencukupi dan bekas yang
banyak untuk menyimpan jantan.









CARA UNTUK MEMASTIKAN IKAN DALAM KEADAAN SIHAT
Ikan sihat dan cantik adalah pilihan ramainamun bukan semua dari kita dapat
memasikan bahawa ikan belaan kita itu sihatjadi disini saya akan tunjukkan cara
untuk memastikan ikan laga anda sentiasa sihat dan cara untuk mengubati ikan anda
apabila ia mula menunjukkan tanda tidak sihat
PERBEZAAN IKAN YG SIHAT DAN IKAN YG TIDAK SIHAT
IKAN LAGA YG SIHAT IKAN LAGA YG TIDAK SIHAT
Aktifslalu brenang sana sni Layuselalu berada di kwsan ats airx aktif
Induk yg sihat dn sempurna Badan mengembang.bhgian bwh membesar
Kemahuan utk mkn nrmal Induk yg kurus dan tiada kemahuan utk makan
Kulit yg sihat dan bersih Kulit yg bertompok-tompok





NORAZILAWATI MUSTAPA (RBT 3109 HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN)

PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN 2013, RBT 2

PENYAKIT-PENYAKIT IKAN BETTA

1. Clamped fin (sirip menguncup)

Penyakit ini adalah amat biasa bagi ikan betta
Punca : Air atau suhu sejuk dan kualiti air yang tidak elok
Rawatan: amat mudah kalau kena pada peringkat awal.
1. Tukar air 100%
2. Pastikan kualiti air yang baik, jika air paip biarkan 2 atau 3 hari dalam baldi untuk
mengurangkan klorin.
3. Masukkan sehelai daun ketapang kering dan sedikit garam kasar.
4. Letak balang di luar rumah biar kena embun semalaman.letak dicelah2 pokok pun
boleh dan dibiarkan 2-3 hari.jangan diberi makan semasa proses rawatan ini.

Penyakit ini jika lewat dirawat akan menyebabkan ikan terkena white spot dan boleh
mati.



Penyakit sirip menguncup



NORAZILAWATI MUSTAPA (RBT 3109 HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN)

PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN 2013, RBT 2

2. Tail rot or fin rot (Ekor atau sirip mereput)

Simtom: Sirip atau ekor Ikan Betta seolah-olah menjadi lebih pendek dan lebih pendek
atau ekornya seolah-olah jatuh dan terdapat warna hitam atau merah di tepi
sirip / ekor betta ini. Warna mungkin pudar / pucat.
Punca : air yang kotor akan menyebabkan bakteria dan partikel-partikel merbahaya
merebak dalam air
Rawatan : 1. Tukar air 100%
2. Masukkan sedikit garam berubat 1 sudu kecil / gal. setiap kali tukar air
baru
3. Tunggu hingga 5 hari jika tiada perubahan, gunakan ubat betta seperti
API Tetracycline, API Fungus Cure, API Triple Sulfa, atau API
Erythromycin.


Sirip dan ekor yang mereput





NORAZILAWATI MUSTAPA (RBT 3109 HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN)

PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN 2013, RBT 2

3. Fungal Infection (Jangkitan Fungus)

Simtom : Terdapat tompok seperti kapas putih pada badan atau kepala, lesu, tidak lalu
makan, sirip menguncup dan warna badan jadi pucat.
Rawatan : 1. Asingkan ikan sakit dari ikan yang sihat.
2. Tukar air 100%
3. Cuci tangki atau balang ikan sebersih-bersihnya dan jemur pada
matahari.
4. Masukkan garam berubat/garam akuarium 1-2 sudu kecil / gelen setiap
kalI air ditukar.
5. Jika rawatan ini tidak berhasil, gunakan ubat betta seperti Melafix juga
yellow powder keluaran Jepun dan S1
6. Tukar air setiap hari dan masukkan ubat anti fungus diatas sehingga
sembuh.


4. Pop Eye (mata membengkak dan membonjol)

Simtom : Satu atau kedua-dua mata akan membengkak dan membonjol keluar. Jika
tidak dirawat ikan akan mati.
Punca : Keadaan air yang kotor dan tidak sesuai
Rawatan : 1. Tukar air 100% (gunakan air tapisan)
2. Masukkan sedikit aquarium salt atau garam kasar kedalam balang ikan
3. Tukarkan air setiap hari.
4. Untuk rawatan yang efektif disyorkan menggunakan ubat Baktopur
keluaran Sera.
NORAZILAWATI MUSTAPA (RBT 3109 HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN)

PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN 2013, RBT 2


mata ikan membengkak

5. Penyakit Dropsy

Penyakit ini sering disebut sebagai salah satu penyakit maut bagi Betta. Penyakit
ini susah untuk diubati
Simtom utama : Ikan Betta kembung dan jika anda melihat dari atas, anda akan dapat
melihat sisiknya terbuka atau kembang. Selera makan juga hilang
dan sentiasa berada di permukaan air.
Punca : 1. Kualiti air yang tidak elok / kotor,
2. Kandungan Ammonia atau Nitrite yang byk dlm tangki
3. Mungkin dari makanan seperti jangkitan dari cacing hidup.
Rawatan : Jika dikesan pada fasa awal penyakit ini berlaku mungkin boleh diubati
1. Asingkan ikan ini dari ikan-ikan yang lain.
2. Tukar air yang bersih 100%
3. Masukkan Aquarium salt (garam akuarium) 1-2 sudu kecil /gelen dan
Jungles Anti-Parasite pellets untuk makanannya.
4. Tukar air setiap hari dan masukkan garam akuarium setiap kali tukar air
baru.
5. Anda juga boleh mencuba ubat Arowana Gold untuk rawatan susulan.
Jika lewat dikesan tiada harapan untuk menyelamatkan ikan ini.

NORAZILAWATI MUSTAPA (RBT 3109 HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN)

PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN 2013, RBT 2




















sisik ikan terbuka

6. Bloated Betta (perut membengkak @ kembung)
Simtom : 1. Ia berlaku kebanyakannya di bahagian bawah perut ikan.
2. Ikan Betta yang kembung tidak akan berhenti makan dalam kebanyakan
kes.
3. Ikan akan kelihatan sakit .
4. Masalah pencernaan adalah salah satu daripada gejala utama.
5. Perut akan kelihatan buncit.
6. Ikan akan menjadi kurang aktif atau kerap menyembunyikan diri.
Rawatan : 1. Tukar air ke bersih 100% (guna air tapisan lagi baik)
2. Kurangkan beri makanan (makanan pellet 2-4 pellet sehari)
NORAZILAWATI MUSTAPA (RBT 3109 HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN)

PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN 2013, RBT 2

3. Ambil garam ENO tanpa perasa @ garam ORS dan masukkan sedikit
kedalam tangki atau balang ikan. Anda akan dapat lihat tahinya akan
keluar bertali.
4. Tukar air 1@2hari sekali dan masukkan garam ENO sedikit setiap kali air
ditukar.
5. Pastikan paras air rendah supaya ikan tidak perlu bekerja keras untuk
mendapatkan udara dari atas.

kembung dibahagian bawh perut










NORAZILAWATI MUSTAPA (RBT 3109 HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN)

PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN 2013, RBT 2


KHASIAT DAUN KETAPANG UNTUK IKAN LAGA

Pokok ketapang adalah sejenis tumbuhan yg tak asing lagi di Malaysia dan juga
rendang kerana daunnya yang lebar. Pokok ketapang digunakan sebagai tempat
berteduh oleh kebanyakan orang/petani kerana daunnya yang lebar. Nama botani bagi
pokok ini adalah Millania Catappa. Setiap bahagian pokok ketapang mempunyai
khasiatnya yang tersendiri. Daun Ketapang adalah bahagian yang paling berkhasiat
kerana mengandungi asid Humin dan Tunnin yg boleh menurunkan nilai Ph/Asid dalam
air yang beralkali. Daun ketapang yg muda dan tua mempunyai khasiat yg berlainan.
Daun ketapang yg tua/kering adalah daun yg sesuai untuk ikan laga kerana air
rendaman daun ini boleh merawat luka-luka pada ikan laga. Air rendaman daun daun
ketapang tua / kering berwarna keemas-emasan/gelap









Daun ketapang


Daun ketapang adalah ubat terbaik untuk ikan laga bagi menggantikan
blackwater. Daun ketapang mempunyai bentuk yg lebar dan besar. Daun ketapang juga
digunakan secara meluas oleh penternak-penternak ikan laga. Daun ketapang bukan
sahaja digunakan untuk ikan laga malah daun ini juga digunakan oleh penternak-
penternak ikan kelisa dan juga ikan-ikan hiasan kerana khasiatnya yg mampu bertindak
sebagai pembunuh bakteria yang boleh mendatangkan penyakit-penyakit buruk kepada
NORAZILAWATI MUSTAPA (RBT 3109 HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN)

PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN 2013, RBT 2

Ikan serta mengurangkan nilai PH / asid air.











Daun Ketapang Kering

Antara khasiat daun ketapang untuk ikan laga ialah:-
1. Mampu menurunkan nilai Ph/Asid dalam air yang beralkali
2. Bertindak sebagai pembunuh bakteria yg boleh mendatangkan penyakit kepada
ikan laga
3. Merawat luka-luka pada ikan laga
4. Mencegah ikan laga dari terkena penyakit
5. Mengoptimum kesihatan ikan laga
6. Merangsang pembentukan buih oleh ikan laga jantan ketika mengawan serta
menggersangkan lagi ikan laga ketika mengawan
7. Menyerap serta menyahtoksidkan bahan-bahan kimia yg terdapat dalam air
seperti logam berat (tembaga,zink,aluminium,kadmium)
8. Memastikan ikan laga sentiasa/kekal aktif dan sihat
9. Mencegah fry/anak ikan baru dari terkena penyakit
10. Ikan akan berasa seperti di habitat semulajadinya yang gelap
11. Pertumbuhan ekor yg cantik serta memulihkan sirip,ekor dan kulit yg rosak
12. Mengurangkan stres/murung ikan laga
13. Keadaan air yg nyaman dan selesa untuk ikan laga
NORAZILAWATI MUSTAPA (RBT 3109 HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN)

PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN 2013, RBT 2


Perhatian:
Penggunaan berlebihan sehingga nilai Ph air tidak stabil boleh membahayakan nyawa
ikan.

Cara Penggunaan:
1. Ambil sekeping daun ketapang yg kering letakkan ke dalam bekas/akuarium
2. Untuk penggunaan yg sedikit daun tersebut boleh dipotong dan hanya
memasukkan beberapa helai cukup sekadar untuk menukarkan warna air
kepada kekuningan
3. Boleh digunakan ketika ikan sakit/stres
4. Juga boleh digunakan untuk ikan yg sihat supaya tercegah daripada terkena
penyakit
5. Ditukar 1-2 mggu sekali









NORAZILAWATI MUSTAPA (RBT 3109 HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN)

PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN 2013, RBT 2

CARA BUAT MICROWORM

Microworm adalah ulat yg bersaiz seni dan sesuai untuk anak-anak ikan yang
baru menetas dan sesuai sebagai makanan pertama anak ikan laga. Walaupun
namanya Microworm. Mereka bukan betul-betul cacing. Microworm adalah nematod.
Sesetengah nematod adalah makanan terbaik untuk ikan dan sesetengah nematod lain
adalah parasit yang boleh memburukkan kesihatan ikan. Sesetengah penternak ikan
akan menghasilkan nematod sebagai makanan ikan mereka. Nematod nie makan
makanan yang berkanji seperti Oatmeal,tepung dan seumpamanya. Jadi nematod nie
betul-betul selamat untuk ikan anda dan boleh dimasukkan kedalam akuarium tanpa
Menjejaskan kesihatan ikan.

Microworm boleh dihasilkan sendiri dengan menggunakan Microworm Starter.
Untuk Microworm Starter anda boleh cari kat mana-mana kedai ikan. Sesetengah kedai
menyediakan microworm dalam bentuk doh dan sesetengah dalam bentuk serbuk.
Kalau dalam bentuk doh. Microworm boleh dihasilkan terus tapi untuk yang berbentuk
serbuk campur sedikit air dan gaul sebelum menghasilkan microworm.

Untuk menghasilkan microworm anda perlu
Microworm Starter *Yg nie wajib...klu x derr..xderr larr microworm
Bekas kecil *tempat penghasilan microworm
Oatmeal
Serbuk Yis *sebagai mknana utk microworm
Sedikit air
NORAZILAWATI MUSTAPA (RBT 3109 HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN)

PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN 2013, RBT 2

Cara hasilkan microworm
1. Campurkan 7 sudu besar Oatmeal dengan sedikit air ke dalam bekas dan gaul
*Jgn terlalu cair ataupun terlalu keras...sedang2..
2. Taburkan satu sudu kecil yis dan campur dengan satu sudu Microworm Starter
3. Gaulkan campuran tersebut
4. Tutup bekas tersebut supaya microworm tidak terkeluar. Tebuk sikit pada
penutup tu *supaya campuran tuu sentiasa lembab
5. Biarkan selama 2-3 hari. Selepas tempoh nie akan kelihatan microworm
merayap disekeliling bekas. Ambil sedikit dan beri pada anak ikan anda.
Perhatian
Untuk Microworm yg masih dalam keadaan serbuk. Campur sedikit air dan gaul.
Biarkan selama sehari sebelum menghasilkan microworm
Untuk menghasilkan Microworm lagi. Anda perlu ulangi dari awal hingga akhir
Letakkan pada suhu bilik *pada suhu nie akan terhasil microworm. Microworm
akan merayap keluar untuk melarikan diri dari haba nie.. >> tuu sbb pnuh pda
sekeliling bkas
Suhu yang sejuk akan memperlambatkan proses penghasilan microworm
Microworm yang siap boleh diberi pada anak ikan *microworm nie bentuk putih
kecil
Microworm oleh disimpan selama seminggu *simpan pada suhu bilik

Kebaikan microworm
sesuai untuk anak ikan kerana saiznya yang kecil
membantu pembesaran ikan
makanan hidup yang sesuai untuk ikan laga selepas jentik-jentik
mudah dihasilkan dan selama untuk ikan

Anda mungkin juga menyukai