Anda di halaman 1dari 4

2.

0 GURU : PENCETUS KREATIVITI, PENJANA INOVASI



Guru : pencetus kreativiti, penjana inovasi merupakan tema yang dipilih pada sambutan
perayaan hari guru pada tahun 2014. Tema ini adalah selaras dengan transformasi pendidikan
ke arah membangunkan kemahiran abad ke-21 iaitu berfikiran kritis dan kreatif serta
menggalakkan perkembangan sahsiah murid yang holistik dan seimbang seperti yang
terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Sistem
pendidikan Malaysia berhasrat memastikan setiap murid mencapai potensi sepenuhnya agar
menjadi generasi gemilang iaitu berpengetahuan dan berkemahiran, pemikiran kritis, kreatif dan
inovatif; kemahiran memimpin, memiliki sahsiah dan nilai serta semangat identiti nasional. Hal
ini sangat relevan dalam PPPM yang terus mendukung hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan untuk pendidikan seimbang sebagai asas aspirasi setiap murid.
Guru memainkan peranan penting sebagai penggerak agen perubahan yang sentiasa
kreatif dan inovatif, mempunyai keterampilan yang tinggi dari segi personaliti, mempunyai
pemikiran luas dan strategik serta mampu mencetus ledakan ilmu yang dapat diterapkan
kepada murid bagi membolehkan mereka menghubungkan pelbagai disiplin ilmu untuk
mencipta ilmu yang baharu bertaraf dunia. Membudayakan inovasi merupakan agenda
berterusan dalam gelombang transformasi pendidikan bagi melahirkan generasi muda yang
bersedia mencapai kecemerlangan dalam persekitaran yang kompetitif secara global.
Keupayaan warga pendidik menyediakan peluang kepada murid bagi mendapat pengalaman
pembelajaran lebih bermakna, pengalaman pembelajaran dalam menyelesaikan masalah,
kreativiti dan pemikiran kritikal dilihat mampu meningkatkan kemahiran murid yang dapat
berfikir secara kritis dalam konteks akademik dan persekitaran kehidupan sebenar.
Dunia dan ekonomi yang bersifat global hari ini memerlukan pesaing yang mampu
berfikir dengan lebih kritis dan kreatif dan inovatif. Justeru peranan guru sebagai penggerak
generasi yang intelek dan berdaya saing perlu menghasilkan kualiti pengajaran yang gemilang
dengan memperkukuh amalan terbaik dalam pendidikan.
Tema hari guru tahun ini sangat bertepatan dengan dunia pendidikan pada masa kini. Ini
adalah kerana kreativiti dan inovasi amatlah dituntut untuk melahirkan generasi murid berfikiran
kelas pertama dalam abad ke-21 bagi persaingan yang penuh cabaran. Oleh sebab itu, guru
perlu peka dan sentiasa bersedia menambah ilmu untuk menjadi lebih kreatif dan inovatif.
Kreativiti adalah suatu bentuk proses pemikiran yang mendorong penjanaan idea baru.
Kreativiti melibatkan kombinasi antara idea lama dan idea baru diproses semula, membuat
pilihan dan menukar ganti menjadi sesuatu yang baru. Inovasi pula merupakan suatu idea,
amalan atau objek yang baru dan yang lebih baik. Inovasi akan dihasilkan oleh manusia yang
kreatif yang dapat membina gaya baru dan menggunakan peluang semaksimum yang mungkin
dalam ekosistem yang penuh persaingan. Sebagai contoh, jika dahulu penggunaan telefon
bimbit hanya sebagai alat perhubungan atau komunikasi tetapi kini melalui inovasi ia juga telah
digunakan sebagai penyampai maklumat, pandu arah perjalanan (GPS), internet, kamera dan
alat hiburan. Oleh sebab itu, kreativiti penting dalam membangun masyarakat dan negara.


















10.0 LAMPIRAN



























TEMA HARI

GURU 2014

GURU : PENCETUS
KREATIVITI,
PENJANA INOVASI

Merujuk maksud
guru sebagai
penggerak atau
perantara yang
paling penting
dalam proses
transformasi ke
arah
keberhasilan.



Didefinisikan
sebagai
penghasilan idea,
kebolehan untuk
mencipta atau
proses pemikiran
yang mendorong
dalam
pencetusan idea
baru dan berdaya
kreatif.



Merujuk maksud
peranan untuk
menimbulkan
sesuatu
ilham/idea atau
mengeluarkan
sesuatu seperti
ilmu. Guru
bertindak
sebagai pencetus
idea kepada
kreativiti dalam
usaha
melahirkan
generasi intelek.


INOVASI PENJANA KREATIVITI PENCETUS
pengaplikasian
kreativiti,
pembaharuan,
modifikasi,
kaedah dan
sistem bagi
mencari jalan
untuk
menghasilkan
produk baru
dan
perkhidmatan
yang lebih
baik,
bermakna dan
bernilai.


GURU
Kata GURU
merangkumi
semua warga
pendidik yang
menyumbang
khidmat bakti
dalam semua
bentuk institusi
pendidikan yang
menjadi
penggerak serta
pendukung
kepada
pembangunan
pendidikan
neqara.

Anda mungkin juga menyukai