Anda di halaman 1dari 1

Tinjauan Literatur (Kuliah 4: rujukan tambahan)

Bagaimana literatur penyelidikan disediakan?


1. Mengenal pasti bidang kajian
2. Pemilihan topik kajian
3. Penentuan pendekatan dan metodologi kajian
4. Pengumpulan data / maklumat
5. Analisis, interpretasi dan penilaian data
6. Penggunaan data yang dinilai untuk penulisan laporan
7. Persembahan laporan

Apa yang hendak ditinjau daripada literatur penyelidikan?
Menurut Jerry Wellington (2004), beliau mencadangkan 10 kriteria iaitu:
Tajuk kajian: Adakah tepat, menarik, jelas serta ringkas?
Abstrak: Adakah dijelaskan sebab menjalankan kajian, cara menjalankannya, hasil utama, serta
relevannya?
Tinjauan literatur: Adakah memberi tinjauan keseluruhan tentang bidang berkaitan? Adakah ia
logik, serta melibatkan pemikiran kreatif dan kritis?
Rangka kerja teoritikal: Adakah ia boleh memberi maklumat kajian? Adakah ia memberi
kefahaman teori sedia ada dan seterusnya membentuk secara induktif sesuatu teori/model yang
baru?
Tujuan kajian: Adakah jelas, signifikan dan relevan?
Metodologi: Adakah huraian kaedah kajian sesuai dengan tujuan kajian? Adakah kaedah
tersebut berkesan untuk mencapai matlamat/objektif kajian?
Pensampelan: Bagaimana sampel dipilih?
Penilaian: Adakah penilaian dibuat berdasarkan prinsip kritikan luaran dan dalaman?Adakah
refleksi kendiri diamalkan atas isi kandungan dan metodologi?
Kesimpulan dan implikasi: Adakah kesimpulan saling berkait dengan tinjauan literatur? Apakah
implikasi kajiannya yang boleh menggalakkan kajian masa depan?
Persembahan: Adakah laporannya ditulis dengan jelas, tepat, dan sistematik? Adakah isi
kandungannya mudah difahami dan berguna untuk tujuan penyelidikan seterusnya?

Anda mungkin juga menyukai