Anda di halaman 1dari 7

Ternakan lobster air tawar di rumah mampu jana pendapatan

Ramai yang masih ragu-ragu untuk menternak lobster air tawar di rumah mungkin kerana
faktor kurangnya informasi mengenai kehidupan lobster air tawar. Ramai yang beranggapan
ternakan lobster adalah mahal sama seperti kos penternakan udang-udang lain dan ramai
juga beranggapan bahawa tempoh untuk sedia dimakan juga agak panjang seperti
penternakan ikan air tawar tetapi sebenarnya ianya hanya mengambil masa 3 bulan sahaja
untuk anda menikmati ternakan anda itu.

Kos untuk menyediakan 1 tangki air @ kolam kecil tidaklah menelan belanja yang
besar. Hanya perlukan oksigen dan penapis pam air (water pump filter) utk
mengekalkan air di tangki @ kolam sentiasa bersih dari ammonia yang tinggi. Kadar
bacaan ph bagi sesebuah tangki adalah dalam sekitar ph7.2 hingga ph8.0 dan suhu
yang ideal air tangki @ kolam ialah antara 18 celcius hingga 30 celcius ini adalah
suhu yang sesuai untuk penternakan lobsters di Malaysia.
Tidak seperti udang galah, udang harimau atau udang putih, lobsters air tawar amat
sesuai diternak di rumah kerana lobster terhindar dari penyakit yang berbahaya dan
tidak akan menjangkiti lobster lain sekiranya ada lobsters yang terkena penyakit
seperti kulit melepuh, jika ada hanya perlu diasingkan lobster tersebut dan mulakan
rawatan. Rawatan yang agak mudah dilakukan, dalam hanya beberapa minit sahaja
dan tidak perlu ditukar air tangki atau kolam.

Penjagaan air juga senang dilakukan dan tidak perlu membazir wang yang banyak
malah sumber tumbuhan-tumbuhan juga mudah dicari untuk merawat air tangki @
kolam. Sebagai contoh daun ketapang berupaya mengawal ph air dari naik lebih dari
ph8 dan juga menjadi makanan sampingan kepada lobster dan arang pula akan
membuatkan air tangki @ kolam menjadi jernih.

Jenis makanan lobster air tawar juga tidak mahal malah mudah didapati. Selain
pelet, Lobster juga boleh diberi makan seperti

1-kentang yang dipotong dadu.


2-daun ketapang yang dibuang urat
3-lobak putih dan lobak merah
4-lebihan daun bayam kecuali akar
5-lebihan kangkung kecuali akar
6-anak ikan guppy
Untuk penyediaan ternakan lobster, tangki air rumah adalah yang paling mudah dicari,
murah dan mudah dialihkan. Dalam tangki seperti ini mampu menampung sebanyak 60 ekor
benih saiz 1” dan boleh di ternak sehingga bersaiz 4” dalam masa 3 bulan jika keperluan
makanan lobster ini dijaga dengan rapi. Pada peringkat pertama ternakan, dalam usia benih
masih bersaiz 1” hingga 2.5” iaitu sebulan pertama hanya perlu dibekalkan pam udara
supaya benih lobster mendapat oksigen yang ckup dan paip pvc sepanjang 4” b’diameter 3”
sebagai tempat lobster berlindung. Jika tidak disediakan paip pvc pada ketika lobster
menyalin kulit ia akan menjadi sangat lemah dan akan mudah diserang oleh lobster yang
lain. Ini kerana lobster bersifat karnivor yang memakan apa saja jika ia lapar. Ketinggian air
hanya perlu di isi sekitar 7” 9” dan untuk mengawal ammonia dlm air hanya perlu membuang
sebanyak 1/2 dari tinggi air dalam tangki itu dan diganti semula dengan air yang baru.
Proses ini boleh dilakukan dalam tempoh 2minggu sekali.. Pam penapis air hanya boleh
digunakan selepas benih mencapai saiz 2.5” keatas dan penukaran air tidak perlu lagi
dilakukan. Arang dan daun ketapang juga boleh digunakan sebagai pembasmi ammonia yg
menyebabkan air menjadi kurang oksigen. Makanan bagi benih adalah seperti palet dan
disamping itu juga boleh diberi seperti rumpai lombong atau sungai, keladi bunting juga
boleh letakkan sebagai makanan disamping menjadi tempat berlindung bagi lobster, jika
ingin mempercepatkan pembesaran lobster cacing beku diberi pada lobster (optional), tetapi
akan meningkatkan kos ternakan. Cacing beku boleh dibeli di kedai ikan hiasan.
Kebaikan menternak lobster ini ianya boleh dimakan selepas tempoh 3 hingga 4 bulan
diternak dan kosnya pun murah jika diternak sendiri dirumah. Yang berminat bolehlah
menghubungi saya terus link dibawah untuk mendapatkan benih serta dalam memulakan
ternakan lobster udang kara air tawar.

Anda mungkin juga menyukai