Anda di halaman 1dari 3

OPERASI PENGELUARAN BENIH UDANG GALAH

1.

PENGENALAN
Udang galah adalah
sejenis udang yang
membesar
dalam
persekitaran air tawar
tetapi
membiak
di
persekitaran air payau,
berkemasinan sehingga
12ppt.
Mempunyai
pasaran
yang
baik
dengan harga runcit
yang tinggi sehingga
RM45/kg
di
Pulau
Pinang. Sesuai diternak
dalam kolam air tawar.

2.

MATLAMAT
Matlamat operasi
adalah untuk
mengeluarkan 50,000
benih udang galah dalam satu pusingan 3 bulan (4 pusingan setahun).

3.

4.

PERKAKASAN
i.

Tangki peneluran,
>250L, 1 buah.

ii.

Tangki asuhan,
> 250L, 4 buah.

iii.

Tangki simpanan air


10ppt, >3000L, 2
buah.

iv.

Alat pengudaraan
(pam udara, batu
pengudaraan, hos
pengudaraan).

v.

Alat ukur kemasinan.

vi.

Baldi, 6L, 2 buah dan besen 10L sebuah, beg plastik.

BAHAN
i.
ii.
iii.
iv.
v.

Induk udang galah betina bertelur, besar, telur warna orens, 50 ekor.
Air tawar bersih.
Air laut bertapis
Makanan induk
Makanan rega dan benih

5.

6.

PENYEDIAAN MAKANAN HIDUP (ARTEMIA)


i.

Masukkan 10g (tambah bila perlu) telur artemia ke


dalam baldi 6L berisi air laut bertapis, berkemasinan
>25ppt, pada waktu pagi. Diudarakan sederhana kuat.

ii.

Tuai artemia keesokan harinya. Beri makanan rega


pada hari ke-3.

PENYEDIAAN MAKANAN BUATAN (KASTAD)


i.
ii.
iii.
iv.
v.

Telur 8 biji
Susu tepung kaya kalsium, 160g
Multivitamin, 2 tablet, ditumbuk halus.
Scott Emulson, 10 ml
Sotong, udang segar 80g, diblender.

Semua bahan diadun/blender hingga rata. Masukkan dalam mangkuk dan kukus selama 45
0
minit. Sejukkan di bawah suhu bilik. Simpan di peti sejuk pada suhu 2-5 C. Makanan tersebut
hendaklah di bahagi kepada 12 bahagian, hancurkan satu bahagian makanan kastad dengan
penapis stainless steel, campur sedikit air dan tabur rata di dalam tangki rega. Beri makanan
sekali sebelah pagi dan sekali sebelah petang dan sekali lagi pada sebelah malam. Adunan
makanan ini boleh membekalkan makanan selama 4 hari.

7.

PEMILIHAN INDUK
i.

Cari dan pilih induk


udang
galah
yang
bersaiz
besar,
>60g/ekor,
tidak
bercacat.

ii.

Pilih Induk udang yang


mempunyai telur yang
padat pada abdomen
dan berwarna orens atau
hijau. Telur berwarna
orens akan menetas
dalam tempoh 7 hari
manakala telur berwarna
hijau akan mula menetas
dalam tempoh sehari selepas diperolehi.

iii.

Induk bersaiz kecil


biasanya
akan
menghasilkan
udang
bersaiz
kecil.
Pengambilan
induk
udang
bersaiz kecil tidak
digalakkan.

8.

9.

PENELURAN
i.

Masukkan induk udang bertelur dalam tangki peneluran, berisi air berkemasinan 10ppt.

ii.

Beri makanan kepada induk udang menggunakan hirisan sotong atau/dan udang
segar, dua kali sehari, pagi dan petang.

iii.

Periksa kehadiran rega setiap hari. Jika ada rega, tuai dan masukkan ke dalam tangki
asuhan.

iv.

Keluarkan dari tangki peneluran induk udang yang selesai melepaskan telur.

PENGASUHAN
Purata bilangan rega yang diperolehi dari setiap induk lebih kurang 10,000 ekor. Ini bermakna
50 ekor induk boleh menghasilkan sebanyak 500,000 ekor. Daripada jumlah ini, 10% akan
menjadi benih pl yang sedia untuk dilepaskan ke dalam kolam.
i.
Rega yang dituai dari tangki peneloran disimpan dalam tangki asuhan, berisi air
berkemasinan 10ppt.
ii.

Rega tidak perlu diberi makan pada dua hari pertama

iii.

Beri makan rega dengan artemia pada hari ke 3 hingga hari ke 15.

iv.

Beri makan tambahan di samping artemia bermula hari ke 16 hingga menjadi benih.

v.

Tukar air dalam tangki asuhan 30%, sekali dalam dua atau tiga hari.

vi.

Kurangkan kemasinan 1ppt setiap hari bermula pada hari ke-30 hingga menjadi 0ppt.

vii.

Rega mula bertukar menjadi benih pada hari ke 30.

viii.

Tuai apabila 90% rega bertukar menjadi benih, biasanya pada hari ke 35.

ix.

Tamatkan operasi walaupun masih ada rega pada hari ke 40.

10. PENUAIAN DAN PEMBUNGKUSAN


i.

Kurangkan air dalam tangki asuhan sehingga tinggal 20% dari paras asal.

ii.

Tuai benih dan masukkan ke dalam besen atau bungkus dengan plastik.

iii.

Lepaskan ke dalam kolam.

11. PELEPASAN BENIH KE DALAM KOLAM TERNAKAN


i.

Sediakan air dalam kolam seminggu sebelum pelepasan benih udang.

ii.

Air kolam harus tawar atau jika air payau, kemasinan tidak melebihi 5ppt.

iii.

Kadar penebaran adalah antara 12 hingga 13 ekor per meter persegi. Ini bermakna,
sebuah kolam dengan keluasan 1 ekar boleh menampung 50,000 benih udang yang
akan membesar hingga 60g/ekor (16-17 ekor/kg)

iv.

Beri makanan berumus sekali dalam 4-5 jam setiap hari pada tiga bulan pertama.
Makanan alternatif lain selepas tiga bulan boleh digunakan. Udang dijangka boleh
dituai dalam tempoh 6 bulan diternak.

Anda mungkin juga menyukai