Anda di halaman 1dari 4

VPTA 2041 AKUAKULTUR IV (TEKNOLOGI PERIKANAN)

TUGASAN KHAS PADA 21 MAC 2020

A192 SEMESTER KEDUA SESI 2019/2020

PENGENALAN IKAN HIASAN IKAN GUPPY

DISEDIAKAN KEPADA:

OTHMAN BIN HUSIN

DISEDIAKAN OLEH:

KHOR CHIA CHEE 262498


1.0 PENGENALAN

Ikan guppy adalah ikan hiasan tropika kecil yang sangat terkenal di kalangan pencinta
ikan haiwan kesayangan kerana warna-warna cerah dan pelbagai jenis. Ia adalah ikan air
tawar yang mendiami lembangan air tawar dan tasik. Ikan guppy mempunyai perangai yang
lembut dan aktif, ia boleh dicampur dengan ikan yang sederhana. Ikan guppy adalah sejenis
spesies yang sangat cepat membiak dan beranak-pinak dan tahan lasak di dalam ikan tropika,
Ikan guppy mudah menyesuaikan diri dalam banyak keadaan dan kualiti air. Oleh itu, ia
sangat mudah dipelihara. Walaupun ia membiak dengan cepat, tetapi jangka hayatnya sangat
pendek.

Jantina ikan ini boleh dibezakan dari segi ukuran, bentuk dan warnanya.
Kebiasaannya ikan guppy jantan kelihatan lebih menarik daripada ikan guppy betina. Ikan
guppy jantan mempunyai warna yang hampir menutupi seluruh badannya dan mempunyai
betuk ekor yang panjang bewarna menarik seperti merah, hijau, kuning, biru dan sebagainya.
Manakala ikan guppy betina pula mempunyai ekor yang pendek dan tidak lebar, bewarna-
warni hanya pada ekornya, mempunyai perut yang lebih buncit dan warna badannya agak
pudar serta kurang menarik. Saiz ukuran ikan guppy betina pun tidak sama dengan ikan
guppy jantan. Dari segi saiz ukurannya pula, ikan guppy jantan dewasa di antara 2-3cm
manakala ikan guppy betina adalah di antara 4-6cm. Oleh itu, dua-dua jantina ikan guppy
senang dibezakan.

2.0 PERTERNAKAN IKAN GUPPY

Sebelum beternak ikan guppy, beberapa tahap-tahap perlu dilakukan seperti:

1) Penyediaan tempat untuk beternak ikan guppy


Menyediakan tempat seperti bak semen, akuarium, ember plastik untuk
beternak ikan guppy. Sebelum mulai beternak ikan guppy, menyediakan 4 tempat
yang mempunyai fungsi yang berbeza, iaitu wadah untuk pemisahan indukan, wadah
untuk penetasan, wadah untuk pemijahan dan wadah untuk pendederan. Luas wadah
yang disediakan mengikut kapasiti ikan yang ingin masukan dan tingginya sekurang-
kurangnya 30cm.

2) Pemilihan induk ikan guppy yang berkualiti

Indukan yang siap untuk di perkembangbiakan atau pemijahan iaitu yang telah
berusia 3 atau 4 bulan. Memilih ikan guppy yang sihat dan aktif. Memilih ikan guppy
yang memiliki gerakan yang lincah dan tidak ada masalah dengan nafsu makan.
Melalui ciri-ciri fisik ikan guppy, pilih yang sehat memiliki proporsi kepala dan tubuh
yang sempurna.

3) Pemisahan indukan ikan guppy

Sebelum melakukan pemijahan, ikan guppy jantan dan ikan guppy betina perlu
dipisahkan dalam wadah terpisah. Memberikan pakan moina kepada ikan guppy
sebanyak 2 kali sehari supaya membuat indukan sehat dan fit dalam proses pemijahan.
Air dalam wadah mesti bersih dengan memgantikan air pada kedua wadah tempat
perindukan setiap 1 atau 2 hari sekali. Proses pemisahan ini dilakukan kerana selepas
proses pemijahan akan dijalankan dengan lancar dan sempurna.

4) Pemijahan ikan guppy

Menyediakan wadah untuk pemijahan dan kemudian mengisikan air bersih


mencapai kedalaman 30cm. Wadah yang dapat menampung 100 liter air hanyak dapat
menampung 30 ekor indukan untuk proses pemijahan. Memasukan tanaman hydrila
supaya induk ikan guppy lebih nyaman dalam proses pemijahan. Rasio antara ikan
jantan dan betina adalah 1:5 atau 2:5. Biasanya proses pemijahan berlangsung selama
empat sampai tujuh hari. Indukan ikan guppy betina yang sudah dibuahi akan segera
pindahkan ke wadah penetasan.

5) Penetasan ikan guppy


Mengisikan air bersih dalam wadah penetasan dan memberikan sedikit aerasi
agar tidak mengusik larva ikan guppy. Mengantikan air bersih setiap 2 atau 3 hari
sekali dan memberikan makanan berupa daphnia atau moina pada induk setiap dua
hari. Ia akan memakan waktu 3 minggu dari proses pemijahan hingga lahirnya
embrio, setelah proses pemijahan selama 14 hari maka akan telihat cici ciri indukan
betina yang sedang hamil. Kelahiran anak ikan guppy perlu mengambil masa
sepanjang 2 sampai 4 minggu. Ikan guppy dalam sekali melahirkan dapat
menghasilkan 50 smpai 100 ekor anakan. Selepas melahir, ikan guppy perlu
dipisahkan dengan anak ikan guppy supaya anak ikan guppy tidak dimakannya.

6) Pendederan

Meletakan wadah pendedaran di ruangan terbuka. Menambahkan tanaman


hydrila untuk anak ikan guppy berteduh dan setelah anakan sudah berusia 4 hari maka
berikan pakan infusoria. Memberikan pakan berupa kutu air dan udang renik kepada
anak ikan guppy yang berusia lebih 4 hari dan memberikan pakan berupa cacing sutra
setelah anakkan ikan guppy berusia 2 minggu atau lebih.

3.0 KESIMPULAN

Aktiviti bagi perbiakan ikan guppy ini merupakan satu bidang yang telah ramai orang
mengusahakannya dimana dengan perbiakan ini maka terhasillah pelbagai bentuk dan corak
ikan guppy yang bernilai tinggi. Kepada mereka yang suka memelihara ikan hiasan
barangkali memilih ikan guppy ini sebagai satu jenis ikan hiasan yang diletakkan didalam
akuarium, kolam kecil, kolah mahupun didalam botol kecil ikan hiasan di rumah. Di
Malaysia, ikan guppy diternak dan dibiakkan sebagai sejenis ikan hiasan untuk kegunaan
domestik dan eksport. Manakala di negara jiran Indonesia pula, ikan guppy ini dikelaskan
sebagai sejenis ikan hiasan dimana ia dijual dengan harga ikan guppy relatif murah. Ikan
guppy yang cepat membiak dengan pelbagai warna dan bentuk merupakan ikan hiasan yang
boleh memberikan pulangan dan pendapatan jika diternak dengan sistematik dan komersil.

Anda mungkin juga menyukai