Anda di halaman 1dari 108

PERBADANAN PINJAMAN SABAH

BAB 1

PENGENALAN

1.0 PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI

Latihan Industri yang dijalankan oleh setiap pelajar mengambil masa selama satu
semester iaitu 5 bulan mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Latihan Industri ini
merupakan satu program yang wajib dan perlu dipenuhi oleh setiap pelajar-pelajar
Politeknik khususnya bagi pelajar Politeknik Kota Kinabalu, Sabah. Latihan ini biasanya
diambil oleh pelajar semester 3 bagi peringkat Sijil dan semester 4 bagi peringkat
Diploma. Di Politeknik Kota Kinabalu seperti yang diketahui, terdapat pelbagai bidang
kursus yang diambil oleh pelajar-pelajarnya. Oleh itu, Buku Laporan sekaligus Latihan
Industri ini dibuat selama semester dan akan disediakan oleh para pelajar sebelum layak
dianugerahkan Sijil dan Diploma mengikut kursus yang diambil.
PERBADANAN PINJAMAN SABAH

1.1 MATLAMAT

Matlamat utama Latihan Industri kepada pelajar Politeknik Kota Kinabalu selama
tempoh yang ditetapkan adalah untuk mendedahkan pelajar khususnya kepada
pengalaman dan kemahiran professional sebagai usahawan khususnya untuk bidang
perdagangan dan kejuruteraan untuk mekanikal yang cekap dan bertanggungjawab sejajar
dengan Misi dan Visi Politeknik Kota Kinabalu.

Diantara sebab dan tujuan objektif Latihan Industri ini diadakan selain sebagai
syarat untuk pelajar Politeknik Kota Kinabalu mendapatkan Sijil dan Diploma adalah
bertujuan untuk :

1.1.1 Mendedahkan pelajar dengan beberapa aspek pekerjaan disesebuah


industri bagi mendapat kemahiran asas professional dalam jangkamasa
yang ditetapkan, sekaligus mendapat sedikit sebanyak ilmu pengetahuan
dan pengalaman daripada mereka.

1.1.2 Mempraktikan teori yang diperolehi dalam situasi pekerjaan yang sebenar
serta membolehkan pelajar-pelajar mengaitkan dan menghubungkan teori
yang telah dipelajari semasa berada di dalam kuliah atau semasa membuat
Latihan Industri dengan aspek-aspek praktikal.
PERBADANAN PINJAMAN SABAH

1.1.3 Menghayati nilai-nilai etika menjalani Latihan Industri ketika menjalani


Latihan Industri dan mendisiplinkan diri dengan mengamalkan peraturan-
peraturan keselamatan semasa menjalani Latihan Industri di alam
pekerjaan yang sebenar.

1.1.4 Menjalani hubungan dengan ahli professional di luar kampus dan


meluaskan pergaulan dengan kumpulan pekerja yang berbilang bangsa,
kedudukan, umur sekaligus menanamkan semangant pelajar kerja
berpasukan dan menjalani hubungan yang baik sesame pekerja-pekerja di
peringkat atasan ataupun peringkat bawahan.

1.1.5 Membina daya kreativiti, daya saing dan menyumbangkan buah fikiran
yang berkualiti kepada orang atau jabatan yang diletakkan di syarikat
berkenaan ataupun menampilkan diri dari segi cara bekerja, kesanggupan,
keyakinan diri, kebolehan dan sikap yang ditunjukkan kepada bakal
majikan.

1.1.6 Pelajar dapat mengetahui sejauhmana kemampuan mereka dalam


mengendalikan sesuatu kerja dan tugas yang diberikan oleh majikan.

1.1.7 Memupuk rasa minat dalam bidang yang diceburi melalui praktikal
seumpama ini supaya pelajar yang lain lebih berminat menjalani Latihan
Industri.
PERBADANAN PINJAMAN SABAH

1.2 SKOP DAN PROGRAM

Skop Latihan Industri meliputi pelbagai aspek seperti :-

1.2.1 Pelajar yang menjalani Latihan Industri dapat memerhatikan syarikat


beroperasi dan melakukan kerja-kerja syarikat seperti operasi pengeluaran,
menggunakan mesin atau peralatan di dalam syarikat contohnya mesin
fotostat, faks, telefon dan sebagainya.

1.2.2 Pelajar dapat melakukan kerja-kerja kawalan reka bentuk mengikut


kreativiti pelajar seperti penyususnan dan penyimpanan segala rekod dan
fail.

1.2.3 Pelajar dapat mengetahui sedikit sebanyak pengurusan dan pentadbiran


syarikat.
PERBADANAN PINJAMAN SABAH

1.3 OBJEKTIF LAPORAN

Objektif latihan memerlukan seseorang pelatih untuk membuat serta menyiapkan


Buku Laporan Latihan Industri di mana ianya menjadikan kewajipan bagi semua pelajar
untuk menyiapkan dan melengkapkan Buku Laporan Latihan Industri setelah tamat
menjalani Latihan Industri selama 5 bulan.

Antara lain objektif yang memerlukan pelajar menyediakan Buku Laporan


Latihan Industri adalah untuk memberikan peluang kepada pelatih untuk menceritakan
dan menerangkan dengan lebih jelas dan terperinci tentang setiap pengalaman yang telah
diperolehi sepanjang menjalankan latihan. Buku Laporan tersebut juga dibuat
berdasarkan Buku Log iaitu Buku Laporan Harian yang telah disediakan oleh pihak
pengajian untuk memudahkan pelatih mencatat proses kerja yang dibuat, didengar
ataupun yang dilihat setiap hari.

Di samping itu, Buku Laporan Latihan Industri ini dibuat bertujuan untuk
memberikan kumudahan kepada pelajar apabila telah tamat pengajian kelak. Pelajar
dapat menjadikan Buku LAporan Latihan Industri ini sebagai rujukan tentang apa yang
telah dipelajari semasa berada dalam tempoh latihan suatu masa dahulu.

Seterusnya, para pelajar dapatlah mempelajari serba-serbi tentang cara


penggunaan komputer secara meluas dan menyeluruh. Penyiapan Buku Laporan Industri
juga memerlukan dan mewajibkan para pelajar untuk melengkapkan serta
menyiapkannya dalam bentuk bertaip. Dengan itu, persembahan laporan akan menjadi
lebih baik dan menarik lagi.
PERBADANAN PINJAMAN SABAH

1.4 PENILAIAN

Prestasi pelajar semasa menjalani Latihan Industri serta perkembangan sahsiahnya


akan dinilai oleh pensyarah Politeknik Perhubungan Latihan Industri Kota Kinabalu dan
penyelia syarikat. Dimana aspek utama yang penting dinilai termasuklah prestasi kerja,
hasil kerja dan peribadi siswa mahupun siswi. Penilaian ini di buat oleh pelajar yang
menjalani Latihan Industri melalui cara-cara berikut :-

1.4.1 Pemerhatian dan laporan pensyarah Politeknik Kota Kinabalu serta


penyelia syarikat.

1.4.2 Pemeriksaan Buku Log atau Buku Harian oleh penyelia syarikat untuk
diperiksa sekaligus memberi komen dan menandatangan sebagai bukti
telah diperiksa.

1.4.2 Pemeriksaan Buku Laporan Latihan Industri atau laporan akhir dan dibuat
oleh pensyarah Politeknik Kota Kinabalu untuk dinilai.
PERBADANAN PINJAMAN SABAH

1.5 LATAR BELAKANG PERBADANAN PINJAMAN SABAH ( PPS )

1.5.1 PENGENALAN PPS

Perbadana Pinjaman Sabah ( PPS ) iaitu Sabah Credit Corporation (SCC )


dalam terjemahan Inggerisnya adalah merupakan sebuah Perbadanan Badan
Berkanun di bawah Kementerian Kewangan Negeri Sabah.

Perbadanan Pinjaman Sabah ( PPS ) telah memperkembangkan


perkhidmatannya kepada beberapa buah cawangan di setiap daerah di dalam
negeri Sabah termasuklah di Daerah Tawau. Seorang pengurus akan dilantik
sebahai Pengurus Pusat Pelanggan di setiap cawangan di mana tugas pengurus ini
adalah bertanggungjawab untuk memantau serta mengawal segala operasi
Perbadanan serta kakitangannya. Pengurus Pusat Pelanggan yang dilantik
biasanya terdiri daripada pegawai-pegawai yang berkelayakan di Perbadanan
Pinjaman Sabah yang berpengalaman luas dalam mengendalikan perkara yang
melibatkan Perbadanan.

Setiap tahun, Perbadanan Pinjaman Sabah akan mengambil para pelatih


daripada kolej ataupun universiti untuk menjalankan latihan industri di PPS.
Tujuan pengambilan adalah untuk memberikan peluang kepada para pelajar
mempelajari serta mengetahui bagaimana suasana kerja yang sebenar. Selain itu,
pengambilan pelajar adalah untuk membantu serta melicinkan lagi operasi
syarikat agar segala kerja berjalan dengan lancar.
PERBADANAN PINJAMAN SABAH

Bilangan pelatih yang akan diambil pula adalah terpulang kepada budi
bicara pihak syarikat. kebiasaannya, jumlah pelatih yang akan diambil adalah
lebih kurang 2 hingga 3 orang sahaja bagi setiap cawangan. Pengambilan akan
dibuat bagi menggantikan pelatih sebelumnya yang akan menamatkan latihan
industri di Perbadanan Pinjaman Sabah ( PPS ).

Berbeza pula dengan Ibu Pejabat Perbadanan Pinjaman Sabah yang


terletak di Wisma PPS Penampang. Bilangan pelajar yang akan diambil untuk
menjalani latihan industri adalah lebih ramai berbanding di setiap cawangannya
memandangkan ibu pejabat PPS mempunyai Bangunan 3 tingkat iaitu serta
keluasan kawasan yang lebih besar. Oleh itu, bilangan kakitangan di ibu pejabat
juga turut mencecah lebih seratus orang.
PERBADANAN PINJAMAN SABAH

1.5.2 LATAR BELAKANG PPS

(i) Penubuhan PPS

Perbadanan Pinjaman Sabah ( PPS ) ialah sebuah Badan Berkanun


Negeri Sabah. Ianya telah ditubuhkan pada 15 Jun 1955 dengan nama
asalnya iaitu “North Borneo Credit Corporation dibawah Corporation
OrdinanceBil. 1 Tahun 1955”. Pada tahun 1981 Ordinan tersebut
dimansuhkan dan digantikan dengan EnakmenPerbadanan Pinjaman Bil.2
Tahun 1981.
PERBADANAN PINJAMAN SABAH

( ii ) Penubuhan PPS Cawangan Tawau

Ditubuhkan pada tahun 1979. Lokasi premis ialah bertempat di


bangunan PPS sendiri iaitu di Jalan Sabindo yang beralamat 1 st Floor, TB
491, Block Q, Bandar Sabindo Tawau.

Bangunan ini merupakan bangunan 3 tingkat di mana bangunan


tingkat bawah digunakan untuk urusan pinjaman, penyemakan baki
pinjaman serta pembayaran. Tingkat 1 merupakan bahagian pentadbiran
di mana orang bukan kakitangan adalah dilarang untuk naik ke tingkat
tersebut. Tingkat 2 pula digunakan sebagai tempat untuk melaksanakan
ibadat iaitu surau manakala tingkat 3 pula adalah tempat kediaman
kakitangan yang telah didiami oleh Encik Abd Halek bin Putin selaku
Pembantu Tadbir ( PROJEK ).

Pust Pelanggan Tawau telah menempatkan seramai 9 orang


kakitangan tetap termasuk Pengurus Pusat Pelanggan Tawau, Puan Asmah
A.B Titingan. Seterusnya 8 orang kakitangan lain ialah Puan Masia
Mohammad, Puan Hjh Kasumah Mohd Said, Cik Lim Fui Fui, Encik Hj
Arsad bin Abduka, Encik Abd Halek bin Putin, Encik Johansyah bin
Japarudin, Encik Hussien bin Matali serta Encik Arbine Abu.
PERBADANAN PINJAMAN SABAH

( iii ) Peta dan Lokasi Ibu Pejabat Serta Cawangan-cawangan PPS

Ibu Pejabat PPS terletak di Pekan Baru Donggongon, di daerah


Penampang, lebih kurang 10 kilometer daripada Bandaraya Kota
Kinabalu. Bagi menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada Warga
Sabah, PPS juga mempunyai lima ( 5 ) cawangan utama dan enam ( 6 )
cawangan kecil.

Rajah 1.2.2.1 : Peta / Lokasi Ibu Pejabat Dan Cawangan Perbadanan Pinjaman
Sabah ( PPS )
PERBADANAN PINJAMAN SABAH

Pusat-pusat Pelanggan telapun ditempatkan di daerah-daerah seperti berikut :-

Cawangan Utama :-

 Daerah Keningau

 Daerah Beaufort

 Daerah Kudat

 Daerah Sandakan

 Daerah Tawau

Cawangan Kecil :-

 Daerah Tenom

 Daerah Papar

 Daerah Kota Belud

 Daerah Ranau

 Daerah Lahad Datu


PERBADANAN PINJAMAN SABAH

Setiap Bahagian, Seksyen, Unit Dan Cawangan mempunyai peranan dan


fungsi masing-masing yang berkaitan dengan perkhidmatan yang disediakan oleh
PPS

Struktur organisasi Perbadanan dibahagikan kepada ( 2 ) Bahagian iaitu :-

 Bahagian Pentadbiran dan Kewangan

 Bahagian Operasi

Terdapat sembilan ( 9 ) Seksyen di PPS iatu :

 Seksyen Kewangan
 Seksyen Pinjaman Perumahan
 Seksyen Pinjaman Projek
 Seksyen Undang-undang & Pengawasan
 Seksyen Pentadbiran dan Harta
 Seksyen Perkhidmatan Korporat dan Latihan
 Seksyen Teknologi Maklumat
 Seksyen Audit Dalaman
 Seksyen Penjawatan

Perbadanan Pinjaman Sabah juga mewujudkan empat ( 4 ) unit seperti berikut :

 Unit Pinjaman Sewa Beli


 Unit Pinjaman Eksekutif
PERBADANAN PINJAMAN SABAH
 Unit Skim Pinjaman Khas Bumiputra
 Unit Pusat Pelanggan

( iv ) Objektif Perbadanan Pinjaman Sabah ( PPS )

Perbadanan Pinjaman Sabah telah diwujudkan atas satu objektif yang


utama iaitu khas untuk membantu membangunkan dan memajukan taraf ekonomi
di neneri Sabah. Firma ini akan dapat memberikan bantuan melalui kemudahan
pinjaman kewangan yang dikhaskan untuk penduduk yang tinggal di Sabah serta
sesiapa yang merupakan kakitangan kerajaan negeri Sabah.

Objektif sementara PPS pula ialah mengadakan dan memudahkan


pemberian pinjaman bagi pertanian, perusahaan, perumahan dan bangunan luar
bandar, kemudahan-kemudahan awam awam dan persendirian serta perusahaan
yang lain. Memastikan PPS sebagai Institusi Kewangan yang mantap untuk
menghadapi cabaran Wawasan 2020.
PERBADANAN PINJAMAN SABAH

(v) Misi, Visi, Dasar Kualiti dan Piagam Pelanggan PPS

MISI

Menjadi organisasi utama kerajaan yang


membangunkan Ekonomi Negeri Sabah
melalui Pembiayaan Kewangan dan
Perkhidmatan yang Berkualiti

( To Be The Major Organisasion In


Bringing Ekonomic Growth To Be
State Through The Provision Of
Quality Finance And Service )
PERBADANAN PINJAMAN SABAH

VISI

Menjadi organisasi yang terkemuka dan


Berwibawa Dalam Usaha Menimba Ilmu,
Menjana dan Menghasilkan Produk Serta
Perkhidmatan Yang Berkualiti.

( To Be A Leading In Learning,
Creating And Produsing Quality
Products And Services With PRIDE )
PERBADANAN PINJAMAN SABAH

DASATR KUALITI

Kami komited kepada kepastian


kualiti untuk memberi
perkhidmatan optimum secara
cekap dan berkesan yang
memenuhi kehendak pelanggan.
PERBADANAN PINJAMAN SABAH

PIAGAM PELANGGAN

Menyediakan perkhidmatan kaunter yang


efisyen dan selesa kepada pelanggan.
Mengambil tindakan ke atas semua surat
pelanggan dalam masa 7 hari bekerja dari
tarikh penerimaan.
Memberi keputusan permohonan pinjaman
dalam masa 14 hari dari tarikh
pendaftaran.
Memastikan cek dikeluarkan kepada
pemimjam dalam masa 14 hari bekerja dari
tarikh penerimaan permohonan pengeluaran
pinjaman.
Mengembalikan dokumen sekuriti
PERBADANAN PINJAMAN SABAH

1.5.3 AHLI PERBADANAN

Datuk Anthony Lai Hjh. Normah Mohd Vincent Pung


Vai Ming, JP Sari

Pengurus Besar /
Pengerusi Timbalan Pengerusi Ahli

Datuk Felix Datuk Jurij Datuk Mohd Marzuki


MAdan Awang Yaccob Jafry Spawi

Ex-Officio Pengarah Pengarah


( Kem. Pertanian Tanah Dan Peguam
Kewangan ) Ukur

IR. Shahelmy Zamani Hj. Datuk Peter YB. Edward


bin Yahya Basri Anthanasius Linggu Bukut

C&S Ahli Administrator Ahli Politik


Engineer Perniagaan

CARTA 1.2.3.1 : AHLI LEMBAGA PENGARAH PPS


PERBADANAN PINJAMAN SABAH

1.5.4 AHLI PENGURUS KANAN PERBADANAN PINJAMAN SABAH


PERBADANAN PINJAMAN SABAH

1.5.5 SISTEM PENTADBIRAN

Senarai Kakitangan dan Tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada


kakitangan Perbadanan Pinjaman Sabah :-

(a) Pengurus Pusat Pelanggan ( Cawangan Tawau )

Pengurus Pusat Pelanggan Tawau, Perbadanan Pinjaman Sabah ialah Puan


Asmah binti A.B Tititngan di mana beliau telah diamanahkan untuk melaksanakan
yang amat besar.

Pengurus Pusat Pelanggan harus melaksanakan objektif-objektif serta


polisi yang telah ditetapkan oleh Perbadanan Pinjaman Sabah. Selain itu, beliau
bertanggungjawab ke atas setiap urusan yang merangkumi pentadbiran,
kewangan, penguatkuasaan serta keselamatan harta benda milik Perbadanan,
kebersihan pejabat serta sebarang kawalan kerosakan.

Segala urusan penjawatan, perkhidmatan serta kebajikan kakitangan


adalah dipertanggungjawabkan kepada setiap Pengurus Pusat Pelanggan. Selain
itu, Pengurus Pusat Pelanggan akan menjadi wakil cawangan dalam setiap acara
rasmi yang dilangsungkan.
PERBADANAN PINJAMAN SABAH

Di samping itu, Pengurs Pusat Pelanggan juga perlu mengawal kelicinan


dan keberkesanan perakaunan di peringkat cawangan. Pengurus Pusat Pelanggan
juga bertanggungjawab untuk mengawal kelicinan dan keberkesanan
pemprosesan pinjaman. Kelicinan dan keberkesanan penguatkuasaan
‘enforcement’ dan tindakan guaman juga perlu dikawal oleh Pengurus Cawangan.

Pengurus Pusat Pelanggan ( PPP ) perlu untuk menyediakan laporan


pengurusan, meliputi penguatkuasaan, kutipan tahunan, pinjaman dan laporan
sulit kakitangan dan lain-lain. Sekain itu juga, PPP juga perlu untuk menyediakan
laporan Belanjawan Tahunan bagi cawangan masing-masing. Menyediakan
tugas-tugas yang telah diarahkan oleh pihak Ibu Pejabat dari masa ke semasa.

( b) Pembantu Tadbir ( Kanan )

Pembantu Tadbir Kanan bagi Perbadanan Pinjaman Sabah Cawangan


Tawau telah disandang oleh Encik Haji Arsad bin Abduka yang mana juga
mempunyai tanggungjawab yang telah ditetapkan oleh Perbadanan Pinjaman
Sabah. Antaranya ialah bertanggungjawab kepada Pengurus Pusat Pelanggan.

Selain itu juga, bertanggungjawab dalam menjalankan tugas PPP semasa


ketiadaan beliau. Pembantu Tadbir Kanan juga perlu mendapatkan nasihat dari
pihak berkuasa berkenaan ( Jabatan Pertanian, Jabatan Perkhidmatan Haiwan,
PERBADANAN PINJAMAN SABAH

Jabatan Tanah dan Ukur dan lain-lain ) untuk menentukan kesesuaian tanah dan
projek.

Melengkapkan ‘Assessment And Approval Form’ untuk dikemukakan


kepada PPP untuk rekomendasi. Selain itu, bertanggungjawab mengadakan
pemeriksaan tanah ( tapak perumahan projek untuk menentukan nilai pasaran bagi
permohonan RM 10,000.00 dan ke bawah untuk membuat kepastian dalam
kesesuaian bagi projek.

Pembantu Tadbir Kanan Perlu menyediakan surat tawaran atau penolokan


untuk pinjaman, membuat pemeriksaan projek ataupun pembinaan perumahan,
mengemukakan laporan penilaian projek atau perumahan dan juga memberikan
rekomendasi kepada Pengurus Pusat Pelanggan ( untuk pengeluaran pinjaman
secara beransur-ansur ). Bertanggungjawab mengambil tindakan penguatkuasaan
‘enforcement’ dan hal berkaitan guaman terhadap pinjaman.

Akhir sekali, tanggungjawab yang harus dipikul oleh Pembantu Tadbir


kanan di Perbadanan Pinjaman Sabah ialah perlu untuk menjalankan tugas-tugas
yng diarahkan oleh Pengurus Pusat Pelanggan dari masa ke semasa. Segala
tanggungjawab perlu dilakukan dengan terbuka dan rasa bertanggungjawab.
PERBADANAN PINJAMAN SABAH

(c) Pembantu Akauntan

Manakala bagi Pembantu Akauntan pula, tanggungjawab yang harus


dipikul ialah bertanggungjawab kepada arahan kerja dari Pengurus Cawangan.
Jawatan ini telah disandang oleh Cik Lim Fui Fui bagi cawangan Tawau. Beliau
adalah kakitangan baru di Perbadanan Pinjaman Sabah, mula berkhidmat pada
hujung tahun 2004.

Pembantu Akauntan bertanggungjawab dalam merekod dan menyimpan


semua akaun pemeriksaan, meliputi kutipan harian, yuran pendaftaran dan
dokumentasi, yuran proses, bayaran premium insurans api dan lain-lain.
Pembantu Akuntan juga perlu untuk merekod dan menyimpan semua akuan
pembayaran meliputi pengeluaran pinjaman, perbelanjaan pengurusan dan lain-
lain. Mengawal ‘Petty Cash’ dan juga mengawal serta mengemaskini aliran tunai
‘Cash Flow’ dalam cawangan Tawau. Tetapi ‘Cash Flow’ adalah dari Lahad Datu
yang buat dan hantar ke Tawau.

Pembantu Akauntan juga merekod dan mengawal keselamatan untuk


geran-geran tanah cagaran ‘security’. Mengurus pengeluaran insurans api kepada
si peminjam. Selain itu, Pembantu Akauntan bertanggungjawab dalam
menyediakan Laporan Bulanan meliputi ‘Cash Flow’, ‘Expenditure Report’. Loan
Repayment’ dan ‘Loan Release Report’, Bank Reconciliation dan lain-lain.
PERBADANAN PINJAMAN SABAH
Pembantu Akauntan juga bertanggungjawab dalam membuat pemeriksaan
kedudukan kewangan cawangan dari masa ke semasa. Selain itu, perlu juga untuk

menjalankan tugas-tugas yang diarah oleh Pengurus Cawangan dari masa ke


semasa.

(d) Pembantu Tadbir ( Projek )

Pembantu Tadbir Bahagian Projek ialah Encik Abd Halek bin Putin.
Antara tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh Pembantu Tadbir ( Projek )
yang pertama sekali ialah bertanggungjawab kepada Pengurus Cawangan yang
mana sudah menjadi kewajipan oleh semua kakitangan.

Pembantu Tadbir ( Projek ) juga perlu menjalankan tugas-tugas


Penyiasatan Luar Kanan semasa ketiadaan Penyiasatan Luar Kanan. Selain itu
juga, perlu untuk membantu Penyiasatan Luar Kanan untuk memproses
permohonan-permohonan pinjaman. Membantu Penyiasatan Luar Kanan untuk
mendapatkan nasihat daripada pelbagai jabatan-jabatan yang berkaitan.
Antaranya, Jabatan Pertanian, Jabatan Perkhidmatan Haiwan, Jabatan Tanah dan
Ukur dan lain-lain untuk menentukan kesesuaian tanah dan projek.
PERBADANAN PINJAMAN SABAH

1.5.6 AKTIVITI PPS

Perbadanan Pinjaman Sabah ( PPS ) Pusat Pelanggan Tawau perlu


melaksanakan objektif dan polisi PPS iaitu memproses semua permohonan yang
telah layak memohon, membuat dengan teratur setiap perkara yang dilakukan
serta membuat penyeliaan ke atas kewangan dengan membuat penilain dan
penguatkuasaan.

Selain itu, Pusat Pelanggan Tawau perlu memberi penekanan dalam


aktiviti membuat pemerhatian ke atas pinjaman yang sedia ada dan sedia
mengambil tindakan dengan membuat penguatkuasaan ke atas kegagalan
membayar balik pinjaman yang ditawarkan.

Aktiviti PPS ialah memberi pinjaman pelbagai jenis kepada penduduk


yang berkhidmat di Sabah mahupun mereka yang bermastautin di Sabah yang
cukup syarat. Pelbagai jenis pinjaman yang ditawarkan. Antaranya ialah
‘Executive Revolving’, Pinjaman projek yang mana terdiri daripada Pinjaman
Perniagaan, Pinjaman Penternakan, Pinjaman Pertanian dan Pinjaman Khas,
menyediakan Pinjaman Perumahan iaitu LPPB, Pinjaman Perumahan persendirian
dan juga Pinjaman Pembiayaan Semula serta Pinjaman Bercagaran.
PERBADANAN PINJAMAN SABAH

(i) ‘Executive Revolving’

Di bawah pengurusan sepenuhnya oleh Pusat Pelanggan Tawau, semua


proses iaitu dari proses pendaftaran, proses kelulusan, proses tawaran dan juga
pengeluaran cek adalah melalui cawangan tanpa campur tangan dari ibu pejabat.
Pinjaman ini khas untuk kakitangan kerajaan sahaja yang mendapat kebenaran
daripada majikan pemohon. Kebanyakkan peminjam akan melalui pemotongan
gaji daripada ANGKASA.

Pinjaman ini memerlukan penjamin sah dalam jawatan, Gaji Bersih


RM 700.00 ke atas dan merupakan kakitangan kerajaan. Syarat pemohon pula
ialah merupakan kakitangan kerajaan, jumlah pemotongan pada slip gaji adalah
tidak melebihi 60% telah ditambah dengan pemotongan ansuran jumlah pinjaman
yang dipohon. Baki gaji yang diperolehi tidak kurang RM 500.00 setelah ditolak
ansuran bulanan.

( ii ) Pinjaman Projek

Pinjaman ini terdiri daripada pelbagai kategori. Antaranya ialah


perniagaan, penternakan, pertanian dan pinjaman khas. Pinjaman ini boleh
dipohon oleh mana-mana kakitangan atau bekerja sendiri. Walau bagaimanapun,
PERBADANAN PINJAMAN SABAH
terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi iaitu memerlukan cagaran tanah.
Tanah yang dicagar perlu mendapatkan penialaian tanah yang dicagarkan dari

juru nilai bertauliah. Terdapat syarikat yang di lantik iaitu C.H Williams, Talhar
& Wong ( Sabah ) Sdn. Bhd dan juga Jurunilai Sabah.

Bagi pinjaman projek iaitu perniagaan, pemohon perlu mempunyai lessen


perniagaan. Hendaklah memastikan bahawa perniagaa sudah pun beroperasi dan
mempunyai premis perniagaan yang tetap. Pemohon perlu menyediakan kertas
kerja yang mana menyatakan tujuan pinjaman dibuat. Untuk pinjaman lain,
perkara yang diperlukan dalam pinjaman perniagaan adalah tidak diperlukan.

Syarat utama bagi pinjaman projek ialah perlu untuk pemohon


mencagarkan tanah atau pinjaman yang dipohon dan seterusnya, proses kelulusan
adalah dari ibu pejabat PPS. Manakala bagi proses tawaran dan cek barulah
diuruskan oleh cawangan. Pemeriksaan projek yang ingin dibuat oleh pemohon
akan dilakukan oleh kakitangan yang dipertanggungjawabkan dalam pinjaman
projek.

( iii ) Pinjaman Bercagaran

Pinjaman ini adalah pinjaman di bawah Pinjaman Projek. Pinjaman ini


tebuka kepada pemohon warganegara Malaysia yang menetap bekerja di Sabah.
Berumur tidak kurang daripada 21 tahun. Sewaktu memohon gaji atau
PERBADANAN PINJAMAN SABAH
pendapatan bersih sebulan mestilah tidak kurang 40% daripada gaji atau
pendapatan kasar atau RM 500.00 setelah ditolak dengan pembayaran tersebut.

Jumlah pinjaman adalah diantara RM3,000.00 ( Minimum ) hingga


RM50.00.00 ( Maksimum ). Kadar faedah adalah 10% sama seperti Pinjaman
Eksekutif. Pinjaman Cagaran ini adalah dengan menggadaikan geran tanah.

Semua tanah yang hendak dibuat cagaran haruslah dinilai oleh jurunilai
professional. Julah pinjaman yang boleh dipertimbangkan adalah 80% daripada
harga yang maksimum ataupun yang lebih rendah.

( iv ) Pinjaman Perumahan Pernsendirian

Pinjaman Perumahan Persendirian adalh terbuka kepada semua kakitanga


sama ada kerajaan atau swasta dan juga terbuka untuk individu yang bekerja
sendiri. Bagi pemohon yang ingin membuat pinjaman untuk membeli rumah
daripada pemaju, perlu mendapatkan perjanjian jual beli, slip gaji serta butir-butir
yang diperlukan. Bagi pembelian rumah daripada perseorangan, tanah perlu
dinilai terlebih dahulu di mana segala syarat adalah sama seperti pembelian
daripada pemaju.
PERBADANAN PINJAMAN SABAH
Kebanyakkan gaji bagi pemohon, hendaklah mempunyai sumber
pendapatan yang tetap. Sekiranya pemohon seorang peniaga hendaklah
menunjukkan buku akaun pemohon dan menunjukkan sumber pendapatan
bulanan. Pinjaman ini juga memerlukan tanah sebagai cagaran dan geran tanah
atas nama pemohon. Begitu juga dengan rumah yang hendak dibina hendaklah

atas tanah yang ingin dicagarkan. Ini kerana, pinjaman ini dibahagi kepada 2
kategori iaitu untuk membeli dan juga untuk membina rumah dari pinjaman yang
akan dipohon.

(v) Skim Pembiayaan Semula

Skim Pinjaman Semula ini ialah untuk pemohon yang sememangnya sedia
ada mempunyai pinjaman perumahan di PPS. Sekiranya pemohon yang telah
membayar habis pinjaman perumahan itu, pemohon sudah tidak layak memohon
pinjaman ini.

Syarat utama ialah hendaklah mempunyai cagaran, yang mana cagaran


adalah rumah itu sendiri yang dibeli daripada PPS. Jumlah ;injaman adalah
bergantung dengan nilai rumah dan juga gaji pemohon itu sendiri.

Contohnya adalah, sekiranya harga belian rumah yang dibeli ialah


RM50,000.00 dalam tempoh 5 tahun pembayaran semula pinjaman. Tempoh
bayaran habis belum lagi sampai dan ingin membuat pinjaman ini, ianya adalah
dibenarkan. Kaedah untuk mengira kelayakan ialah berpandukan nilai rumah
yang telah dinilai oleh jurunilai. Jika nilai harga telah ditetapkan pada nilai
PERBADANAN PINJAMAN SABAH
RM80,000.00 ditolak dengan baki pinjaman. Hasil penolakan adalah merupakan
jumlah maksimum yang boleh dipohon dan diluludkan oleh Ibu Pejabat.

RM 80,000.00 = Harga setelah dinilai


(-) RM 35,000.00 = Bayaran yang telah dibuat
RM 45,000.00 = Jumlah Maksimum Pinjaman

( vi ) Pinjaman Perumahan ( LPPB )

Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar ( LPPB ) merupakan


sebuag agensi perumahan dibawah Kementerian Kerajaan Negeri. LPPB
dipertanggungjawabkab dalam kegiatan untuk membina perumahan dan tidak
mempunyai kuasa dalam kegiatan menagih hutang. LPPB telah melantik PPS
sebagai bertanggungjawab untuk menagih hutang si peminjam. Encik Johansyah
Japarudin adalah kakitanagn yang bertanggungjawab dalam hal ini.

Kos rumah telah dibayar oleh PPS dan PPS hanya memprolehi keuntungan
melalui faedah yang dikenakannke atas peminjam. Kadar faedah bagi setiap
perumahan adalahh berbeza mengikut tempat. Bagi perumahan di Taman
Semarak kadar faedah ialah 90%, Manakala Taman Muhibbah pula 5% kadar
faedah.
PERBADANAN PINJAMAN SABAH
Setelah tempat pembayaran ini dipindahkan ke PPS Tawau, maka jika
pemilik rumah atau ahli keluarganya dating membayar, maka perlu untuk
digunakan ‘GL’ kerana nama, aamat dan nombor kad pengenalan akan ditaip
dalam resit mereka serta nombor telefon. Tetapi semua yang tercatat dalam resit
dan direkodkan adalah pemilik rumah tersbut.

1.5.7 HALATUJU FIRMA

Setiap firma mempunyai halatuju masing-masing bagi memajukan lagi


syarikat ke arah yang lebih terjamin dan cemerlang, gemilang dan terbilang.
Begitulah jega dengan Perbadanan Pinjaman Sabah ( PPS ) yang mempunyai
garis panduan tersendiri bagi memajukan Perbadanan seiring dengan firma-firma
yang lain.

Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, jenis pinjaman yang ditawarkan
oleh PPS iaitu ‘Executive Revolving’ yang hanya terbuka kepada kakitanagn
kerajaan dan Swasta. PPS telah membuka peluang ini kepada kakitangan swasta
juga seperti institut kewangan ain kerana sebelum ini hanya kakitanagn kerajaan
sahaja yang dibenarkan untuk memohon contohnya seperti Maybank Bhd dan
Public Bank jika dibenarkan oleh majikan. PPS ingin mewujudkan daya saing
yang sihat dengan institut-institut lain.
PERBADANAN PINJAMAN SABAH
PERBADANAN PINJAMAN SABAH

PELAN PERBADANAN PINJAMAN SABAH ( PPS )

Perpustakaan
Daerah Tawau Gerai Makan /
Kawasan Pakaian Terpakai

Stesen Bas Ekspres / Teksi / Weagon Tandas


[ Lahad Dati / Sandakan / Kota Kinabalu Gerai makan Sabindo Taman Sabindo 3

Kawasan
Lapang

Sabindo Kawasan Tapak


Plaza Bangunan

Tapak menjual kereta sementara Taman Sabindo 1


PERBADANAN PINJAMAN SABAH

BAB 2

RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

Pada tarikh 15 Januari 2007, pada pukul 8.00 pagi, pelatih telah
melaporkan diri di Perbadanan Pinjaman Sabah. Semasa pelatih melaporkan diri
di firma tersebut, pelatih telah diarahkan berjumpa dengan Puan Masia
Mohammad iaitu selaku Pembantu Tadbir Akauntan. Kemudian Pn. Masia
Mohammad telah memberikan pelatih buku nota Enakmen ( Enactment ) untuk
pelatih mengetahui serba sedikit mengenai Perbadanan Pinjaman Sabah ( PPS ).
Pelatih telah juga dibawa oleh Pn. Hjh Kasumah Mohd Said iaitu selaku
Pembantu Tadbir ( AM ) untuk diperkenalkan dengan kakitangan di firma
tersebut.
PERBADANAN PINJAMAN SABAH
Setelah itu, pelatih telah diberitahu agar melihat terlebih dahulu kerja-
kerja yang bakal pelatih lakukan sendiri. Tujuannya agar pelatih akan mengetahui
gerak kerja yang bakal pelatih lakukan. Dari pemerhatian dan melakukan sendiri
pelatih telah dapat untuk melakukannya sendiri.

Dari awal menjalani Latihan Industri, pelatih telah banyak mempelajari


ilmu pengetahuan samada mengenai firma mahupun pekerjaan yang sebenarnya.
Pada minggu pertama, pelatih telah pun didedahkan dengan kerja-kerja serta cara
menjalani yang bakal dilakukan oleh pelatih. Pelatih telah menerima kerja
pertama daripada Pn. Masia Mohammad iaitu untuk merekod fail dan
menrekodkan folio fail peminjam bahagian Pinjaman Eksekutif atau “Executive
Revolving”.

Hamper sepanjang tempoh menjalani Latihan Industri pelatih hanya


diberikan tugas dalam mengendalikan jenis pinjaman seperti Pinjaman
Ekesekutif. hanya pinjaman jenis ini sahaja yang pelatih kendalikan manakala
jenis pinjaman lain hanya pelatih tahu dari penenrangan pegawai-pegawai yang
mengenadalikan pinjaman tersebut, ini kerana pelatih ingin tahu juga jenis
pinjaman yang lain untuk pelatih ceritakan dalam Buku Laporan Pelatih. Hal ini
adalah kerana Pinjaman Eksekutif / “ Executive Revolving” paling ramai yang
memohon daripada jenis pinjaman yang lain. Untuk pinjaman yang lain pelatih
tidak disuruh untuk kendalikan kerana ia boleh dilakukan oleh pegawai itu sendiri
kerana pinjaman jenis lain jarang dipohon oleh pemohon atau orang ramai.
Hampir setiap hari, ada sahaja yang datang meminta boring permohonan dan
menghantar boring permohonan untuk didaftarkan selain daripada membayar
hutang pinjaman. Proses Pinjaman Eksekutif ini dari awal pendaftaran hinggalah
cek dikeluarkan hanya dibawa kuasa setiap cawangan untuk melakukannya dan
PERBADANAN PINJAMAN SABAH
tidak seperti dahulu yang kelulusan dan pengeluaran cek hanya diperolehi dari ibu
pejabat sahaja.

Borang permohonan akan diberikan sekirannya pemohon yang datang


untuk meminta borang pinjaman iaitu “ Executive Loan”. Tapi apa yang perlu
diambil kira oleh pelatih semasa memberikan borang permohonan ialah mengenai
kelayakan pemohon. Pelatih perlu meminta slip gaji untuk memastikan
kelayakannya serta sekaligus melihat tahun kelahirannya kerana jika pemohon
telah pencen tetapi pernah bekerja disektor kerajaan dan ingin memohon
pinjaman, adalah tidak dibenarkan sama sekali dan ini pernah terjadi tetapi
permohonan mereka belum lagi didaftarkan dan pelatih juga perlu membuat
kepastian pada pekerjaan pemohon dan mengenai penjamin pemohon. Syarat-
syarat bagi gaji pemohon, mestilah pemotongan tidak melebihi dari 60% selepas
ditambah dengan pemotongan yang akan dibuat atas pinjaman yang akan
dipohon.

Selepas itu, pemohon kena dipastikan akan jabatannya. Ini kerana,


terdapat kakitangan yang bekerja di bawah kerajaan tetapi tidak boleh meminjam
di PPS kerana tidak dibenarkan oleh jabatan mereka atas sebab pihak yang
membuat pemotongan iaitu bahagian pemberian gaji maka tidak membenarkan.
Contohnay seperti Angkatan Tentera Malaysia ( ATM ) yang mana pihak Koperasi
mereka tidak memberi kebenaran untuk kaitangan mereka membuat pinjaman di
PPS, dan begitu juga bagi guru lepasan diploma tetapi belum lagi sah dalam
jawatan dan tidak dapat mengesahkan sekolah tempat mereka mengajar, tidak
akan dibenarkan untuk meminjam melainkan mereka dapat menyerahkan
pengesahan tempat mereka mengajar dan telah berkhidmat selama sekurang-
kurangnya enam bulan barulah dibenarkan. Hal ini kerana pihak PPS pernah
menerima permohonan pinjaman daripada guru lepasan diploma tetapi
PERBADANAN PINJAMAN SABAH
pembayaran telah tertunggak kerana mereka berkhidmat sementara. Selain boring
permohoan Pinjaman Eksekutif, perlu untuk disertakan bersama-sama lampiran
kepada pemohon dan meminta untuk diisi dengan lengkap. Sebelum borang
diberikan, nombor borang permohonan, nama pemohon, nombor telefon, jabatan
mestilah direkodkan dan ditandatangani dalam buku yang telah dikhaskan untuk
Pengambilan Borang Pinjaman Eksekutif, oleh pemohon tersebut dan barulah
boleh borang tersebut boleh dibawa keluar. Tetapi sebelum ini, pelatih akan
menerangkan terlebih dahulu cara-cara untuk mengisi borang tersebut kerana
dikhuatiri tersalah isi borang.

Pelatih juga telah diberi tunjuk ajar mengenai penerimaan borang


permohonan. Segala dokumen yang dilampirkan bersama-sama dengan borang
permohonan perlu diisi selengkapnya oleh pemohon untuk bahagian yang
berkenaan sahaja. Setelah borang didapati lengkap, wang pendaftaran iaitu RM50
akan dikenakan dari pemohon sebagai bayaran pendaftaran. Perlu untuk
membuat nombor rujukan peminjam dari buku pendaftaran, nombor pendaftaran
adalah mengikut urutan. Pemohon yang mendaftar akan diberikan salinan
pembayaran untuk permohonan pemohon. Bagi salinan resit yang berwarna putih
sahaja akan diberikan kepada pemohon manakala resit warna biru pula diletakkan
dalam fail akaun untuk rujukan akaun. Seterusnya bagi resit warna merah dan
warna kunig akan dikepilkan bersama-sama dengan fail pemohon. Biasanya resit
kuning juga akan diserahkan kepada pegawai masing-masing terutamanya
Pinjaman Eksekutif yang telah selesai pembayaran habis untuk membuat
pemberhentian pemotongan gaji.

Selepas itu, pelatih harus membuka fail untuk mengelakkan dokumen


pemohon hilang. Kemudian pelatih harus mengisi kulit fail tersebut dengan
nama, kad pengenalan, alamat pos, tarikh mendaftar, nombor rujukan pinjaman,
PERBADANAN PINJAMAN SABAH
nombor CIF ( jika telah didapatkan dari Komputer secara “on line” ) dan nombor
telefon pemohon. Selepas itu, pelatih haruslah menyenaraikan nama dank ad
pengenalan pemohon dan penjamin pemohon ke dalam borang pengesahan BPA.
Kemudian fakskan nama berserta dengan kad pengenalan ( lama dan baru )
pemohon dan penjamin tersebut ke Ibu Pejabat di Penampang sebagai semakan di
Ibu Pejabat PPS dan sekirany mesin faks rosak maka perlu untuk menghantarnya
menggunakan “I-Note” dengan menggunakan internat dan ditujukan kepada
En.Harris Ismail iaitu salah satu staf dari Ibu pejabat. Selepas difakskan perlu
untuk di cop “Faks” pada borang sebelah kanan bahagian atas pada borang
tersebut. Ini kerana hanya Ibu Pejabat sahaja yang dapat “On-Line” terus dengan
ANGKASA. Tetapi bermula pada awal bulan 3 setiap cawangan boleh “On-line
terus dengan ANGKASA. Ini perlu bagi membuat semakan akan pemotongan gaji
yang dibuat oleh BPA kepada bakal peminjam ini. Sekiranya pemohon ada
senarai hitam dalam rekod BPA maka pemohon tidak akan layak untuk membuat
pinjaman di PPS. Setelah jawapan balas balik dari Ibu Pejabat telah diperolehi,
maka barulah boleh membuat proses yang seterusnya iaitu membuat nombor
“CIF” untuk diluluskan oleh pembantu tadbir ( Akaun ) dan Pengurus Khidmat
Pelanggan Tawau. Setelah mendapat kelulusan maka “Maintenance” pula perlu
dibuat untuk mengelakkan “system down”. Seterusnya barulah surat tawaran
akan dibuat.

Sebarang permohonan yang telah didaftarkan, perlu untuk menjaga


kesemua dokumen yang telah dihantar oleh pemohon. Oleh itu, perlu untuk
membuka fail untuk setiap yang dibuka adalah berwarna biru. Segala dokumen
yang telah disertakan perlu difailkan secara meningkat mengikut apa yang telah
ditetapkan oleh system pemfailan. Bagi borang BPA sama ada warna biru iaitu
untuk pemohon atau yang berwarna merah untuk penjamin, iaiya tidak boleh
untuk ditebuk kerana dari arahan dari pihak BPA sendiri, borang tersebut hanya
perlu dimasukkan kedalam “Poket” belakang sebelah dalam fail jika borang
PERBADANAN PINJAMAN SABAH
tersebut ditebuk maka ia akan ditolak kerana pihak BPA hanya menggunakan
komputer untuk memeriksa borang-borang tersebut iaitu dengan menggunakan
“Scanning”.

“CIF Number” atau “Costomer Information Number” adalah proses yang


mengambil masa untuk pelatih mempelajarinya. Ini kerana, ainya perlu dilakukan
sebaik mungkin. Sebarang pembaikan adalah sukar dilakukan oleh cawangan dan
terpaksa memaklumkan akan kesilapan yang telah berlaku. Untuk penerangan
yang lebih lanjut akan cara mendapatkan “CIF Number” akan diterangkan dalam
bab 4.

Terdapat pelanggan yang datang untuk mendapatkan baki pinjaman.


Pelatih akan melihat nombor pinjaman untuk cetak baki pinjaman yang
diinginkan oleh peminjam. Sekiranya nombor rujukan tidak dibawa oleh
pemohon atau terlupa maka pelatih boleh juga mengambil nombor kad
pengenalan peminjam atau nama peminjam. Bagi proses ini, pelatih perlu masuk
ke “SSH” untuk “Connection”. Kemudian ke “SSH” untuk mendapatkan
penyata baki yang dikehendaki. Jika telah mendapati akan penyata pemohon
tersebut maka barulah kertas dimasukkan ke dalam “printer”.

Seterusnya, pelatih telah diberi tunjuk ajar dalam membuat penerimaan


bayaran dari peminjam PPS. Pembayaran boleh dibuat oleh peminjam sama ada
menggunakan cek ( 44 ) ataupun secara tunai ( 11 ), nombor 44 dan 11 tersebut
adalah kod bagi menerima pembayaran bagi kedua-dua. Terdapat perbezaan
antara kedua-dua cara penerimaan bayaran ini. Segala bayaran, perlu untuk
pelatih membuat kepastian akan jumlah yang diterima sebelum peminjam yang
membuat bayaran pergi atau keluat dari PPS. Ini bagi mengelakkan dari
PERBADANAN PINJAMAN SABAH
terkurang bayar oleh peminjam kerana ini telah beberapa kali terjadi semasa
menerimaan pembayaran.

Selepas sahaja pemohon mendaftar permohonan mereka, proses yang


seterusnya perlu dibuat oleh pelatih ialah membuat surat tawaran untuk
permohonan peminjam. Tapi pelatih perlu membuat kepastian akan kelulusan
yang telah dibuat oleh kakitangan yang bertanggungjawab dalm hal memberikan
kelulusan untuk jenis Pinjaman Eksekutif. Penerangan lanjut akan diterangkkan
dalam bab 5 mengenai membuat tawaran. Setelah tawaran ditandatangani oleh
Pengurus Pusat Khidmat Pelanggan, barulah boleh dihubungi pemohon tersebut
untuk proses yang seterusnya.

Borang insurans perlu dipastikan akan diisi oleh pemohon dan juga borang
kebenaran pengeluaran pinjaman serta telah ditandatangani, ini adalah wajib
kerana jika pemohon tidak mengisinya maka cek mereka tidak akan dikeluarkan.
Setiap pemohon akan dilihat tahun kelahiran mereka untuk mengetahui berapa
umur mereka, hal ini adalah untuk membolehkan pemohon disuruh isi borang
pinjaman yang mana satu, borang MAA adalah untuk pemohon dibawah umur 40
tahun manakala borang insurans AMAL adalah untuk pemohon yang berumur 40
tahun ke atas. Pembayaran insurans ini akan dibayar dahulu sebelum cek
diberikan kepada pemohon kerana ini adalah arahan pihak insurans iaitu mesti
membayar lebih awal. Selepas pemohon telah pergi ke Mahkamah untuk
menandatangani “Agreement” di sana, maka pemohon perlu pula pergi ke
Lembaga Hasil Dalam Negeri ( LHDN ) untuk cop hasil, setelah semuanya selesai
barulah pemohon menghantar semula segala borang perjanjian untuk Pinjaman
Eksekutif ke PPS Tawau untuk membuat proses seterusnya. Pelatih juga perlu
mengingati peminjam-peminjam agar memberitahu akan tempat untuk saksi
mereka di mahkamah untuk menurunkan cop ditempat yang telah disediakan dan
PERBADANAN PINJAMAN SABAH
bukan ditempat saksi untuk Pengurus Cawangan. Jika ianya berlaku cek mereka
terpaksa ditahan sehinggalah mereka pergi semula untuk membuat pembetulan.
Hal ini kerana pelatih telah mendapati ianya berlaku dan Pengurus Cawangan
juga telah mengarahkannya berbuat demikian untuk mengelakkan peminjam
tersebut berusaha untuk membetulkannya. Sebarang kesilapan pihak PPS
mestilah bertanggungjawab jika ini berlaku tanpa dibuat pembetulan oleh
peminjam itu sendiri.

“Payment Requisition” akan dibuat oleh pelatih tetapi tidak boleh


menandatangani “Payment Requisition” iaitu tempat “Prepared By” dan
“Recommended By” tetapi hanya memboleh untuk membuatnya dan selepas
semuanya selesai, pelatih akan menyerahkan kepada kakitangan seperti Pn. Masia
dan Cik Lim Fui Fui untuk ditandatangani kemudian barulah Pengurus Cawangan
akan meluluskannya.

Selain itu, pelatih telah diberi tunjuk ajar membuat “Maintenance”.


Proses ini adalah peringkat untuk membuat surat tawaran dan penting ketika
proses pengeluaran cek. Ianya perlu dilakukan dengan sebaik mungkin.
Sebarang pembetulan akibat keslahan dan ketinggalan tidak dapat dibuat di
cawangan. Hanya Ibu Pejabat sahaja yang boleh membuat sebarang pembetulan
tersebut. Oleh itu, perlu untuk memberitahu kepada kakitangan akan apa yang
tersilap. Pertama kali pelatih melakukannya, adalah amat sukar dirasakan kerana
hanya sekali penerangan sahaja diberikan tetapi jika pelatih kurang pasti pelatih
akan minta penerangan juga sekali lagi dan penerangan akan diberikan. Selepas
dibuat beberapa kali barulah pelatih biasa melakukannya.
PERBADANAN PINJAMAN SABAH
Surat perjanjian yang telah ditandatangani oleh pemoho dan juga penjamin
di depan mahkamah seperti “Loan Agreement”, “Letter Of Guarantee” dan telah
disetem hasil oleh pemohon, perlu dimasukkan semula ke dalam “Security
Envelope” berserta dengan surat tawaran yang mempunyai Lampiran A.
Manakala salinan akan dimasukkan ke dalam fail peminjam juga mengikut
susunan. Pengiraan insurans akan dibuat oleh pelatih sebagi kerja membantu
Pembantu Akauntan membuat pengeluaran cek. Begitu jua dengan pengiraan
faedah ke atas pinjaman pemohon daripada pengeluaran cek pemohon. Kaedah
pengiraan akan dijelaskan dengan lebih terperinci dalam bab 5.

Pelatih telah didedahkan dengan membuat cek. Antaranya ialah menulis


cek dan “Punch” cek. Selepas itu pelatih akan menyediakan Baucer Pembayaran
dengan menggunakan computer ke atas sebarang pengeluaran bayaran yang di
buat oleh PPS Cawangan Tawau. Termasuk juga sebarang bayaran bil-bil untuk
PPS Cawangan Tawau.

Sebelum cek diserahkan kepada pemohon, perlu untuk pelatih membuat


arahan pemotongan gaji bagi pemohon. Arahan ini akan dihantar ke syarikat
pemohon iaitu bahagian yang bertanggungjawab dalam mengawal gaji pemohon.
Tindakan ini bagi pemohon di bawah Kerajaan Negeri yang tidak melalui BPA
untuk memotong gaji. Manakal bagi pemohon dibawah Kerajaan Perseketuan,
arahan pemotongan gaji adalah melaui BPA. Oleh itu, borang BPA yang telah
dilengkapkan oleh pemohon, akan dihantar Ke BPA untuk pemotongan aji
pemohon untuk bulan kedua selepas menerima cek perlu dihantar melalui
“I-Note” ke Ibu Pejabat untuk “Confirm CIF”, maklumat pemohon yang dihantar
adalah sama, nombor komputer dan jumlah peminjam yang diluluskan.
PERBADANAN PINJAMAN SABAH
Apabila memberikan cek kepada peminjam, pelatih perlu memastikan
bahawa, pemohon mengisi buku pengeluaran pinjaman. Namun, sekiranya
terdapat pelanggan yang tidak dapat datang atas sebab tidak mengetahui akan
status permohonan mereka, pelatih adalah ditanggungjawab untuk menghubungi
pemohon tersebut sama ada untuk datang mengambil cek mereka ataupun tawaran
yang telah mendapat kelulusan untuk membuat permohonan.

Pelatih juga telah membuat semula resit pembayaran untuk diserahkan


kepada Pembantu Tadbir ( Operasi ) bahagian akaun. Hal ini adalah kerana
semua data permohonan pinjaman yang terdahulu telah hilang disebabkan
daripada system komputer yang telah rosak dalam beberapa bulan semasa pelatih
di situ. Pelatih difahamkan bahawa data tersebut mudah hilang kerana sistem
komputer melalui internet ramai yang gunakan iaitu dari Ibu Pejabat hinggalah
cawangan-cawangan PPS seluruh Sabah. Resit ini dibuat untuk ditunjukkan
kepada juruaudit apabila mereka datang ke setiap Cawangan Perbadanan
Pinjaman Sabah.

Satu pengalaman yang baru telah pe;atih perolehi semasa menjalani


Latihan Industri di PPS Cawangan Tawau iaitu mengendalikan mesin fotostat,
mesin taip, mesin “Pumch” cek dan menggunakan mesin Faks kerana ini tidak
pernah pelatih lakukan atau menggunakannya. Begitu juga dengan memasukkan
wang hasil kutipan pembayaran pada setiap hari. Pelatih dipertanggungjawabkan
untuk pergi bersama-sama dengan Pemandu PPS Tawau ada kalanya pelatih akan
pergi bersama dengan pembantu akauntan jika ketiadaan pemandu PPS Tawau.
Wang yang diperolehi adalah jumlah yang mencecah sehingga belasan dan
puluhan ribu dan terpaksa menjaga dengan sebaik mungkin. Pelatih perlu untuk
pegi berdua untuk mengelakkan sebarang kemungkinan kerana sebagai pelatih,
pihak PPS tidak ada menyediakan insurans. Tetapi yang pasti pada setiap hujung
PERBADANAN PINJAMAN SABAH
bulan pelatih akan disuruh pergi untuk memasukkan wang tersebut kerana
Pembantu Akauntan harus menyediakan laporan setiap hujung bulan dan
menghantarnya ke Ibu Pejabat.

Setiap hujung bulan, akaun akan ditutup dan laporan bulanan akan
dihantar ke Ibu Pejabat. Sebarang kemasukkan dan pengeluaran yang telah
berlaku akan di masukkan ke dalam laporan untuk akaun yang dilakukan oleh
Pembantu Akauntan. Pengeluaran cek yang dibuat untuk bulan tersebut akan
dibuat ‘CONTRA’ untuk mendapatkan imbangn pada akaun yang dibuat, perlu
untuk memastikan segala yang berlaku untuk bulan tersebut tidak ada yang
tertinggal catat. Di sini, pelatih juga turut membantu pembantu akaun untuk
menyiapkannya seperti merekod nama, nombor resit, serta nombor pinjaman lain
jika ada.

Semasa tempoh penambahan masa latihan industri, pelatih telah diberitahu


bahawa Perbadanan Pinjaman Sabah telah membuat penambahan dalam
menjalankan proses pinjaman yang dipohon oleh pemohon iaitu Pemeriksaan
CTOS melalui “On Line” ke Bank Negara. Setelah permohonan didaftarkan,
maka nama peminjam dan penjamin seperti biasa di fakskan ke Ibu Pejabat untuk
mengetahui pemotongan yang dibuat oleh BPA. Selepas itu, nama-nama ini akan
di “I-Note” pula kepada Puan Fatimah dan Puan Agnes, kerana beliau yang akan
“On-Line” dengan Bank Negara. Tujuannya adalah untuk mengetahui sama ada
peminjam atau penjamin tersebut telah muflis atau tidak, mempunyai saman atau
lain-lain kes yang boleh menyebabkan permohonan pinjaman mereka ditolak.

Setelah mendapat keputusan daripada Bank Negara maka barulah proses


pinjaman akan dijalankan seperti biasa. Tetapi jika terdapat kesulitan dan
PERBADANAN PINJAMAN SABAH
terpaksa ditolak permohonan atas sebab-sebab yang pasti maka bayaran
pendaftaran yang dibuat semasa pendaftaran akan dikembalikan iaitu RM 50.
dengan penambahan semasa proses ini maka, kelancaran untuk memproses
pinjaman agak lambat kerana untuk menunggu keputusan CTOS tersebut adalah
mengambil masa 2 atau 3 hari.

Walau bagaimanapun, kepada peminjam yang telah ada peminjam lama di


Perbadanan Pinjaman Sabah tiidak perlu lagi dihantar untuk CTOS. Ini kerana
setiap seorang peminjam yang ingin dibuat pemeriksaan tentang statusnya akan
dikenakan bayaran oleh Bank Negara sebanyak RM 5 setiap satu-satu peminjam.

Selepas sahaja semuanya selesai, iaitu peminjam telah mengambil cek


mereka maka pelatih akan memastikan bahawa fail telah disusun mengikut Sistem
Pefailan. Pelatih juga perlu memastikan bahawa boring ANGKASA, boring
perubahan serta borong insurans MAA iaitu salinannya ada setiap fail peminjam
sebelum diserahkan kepada Pembantu Tadbir ( AM ) untuk diletakkan kod bar.

Semua diatas merupakan ringkasan aktiviti Latihan Industri yang


dilakukan sepanjang 15 Jan 2007 hingga 29 Jun 2007 termasuk penambahan
tempoh latihan selama 2 minggu di Perbadanan Pinjaman Sabah.
PERBADANAN PINJAMAN SABAH

2.1 RINGKASAN MINGGUAN AKTIVITI LATIHAN INDUATRI

Bagi tujuan ringkasan aktiviti Latihan Industri yang telah saya jalankan
selama lima ( 5 ) bulan di Perbadanan Pinjaman Sabah ( PPS ) Cawangan Tawau,
saya telah memilih untuk menerangkannya dalam bentuk jadual. Berikut adalah
merupakan aktiviti yang telah dibuat berdasarkan tempoh minggu ke minggu.

MINGGU AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

1  Menyanyikan lagu Perbadanan Pinjaman Sabah ( PPS )


15/01/07 – serta membuat tarian Poco-poco ( Wajib & menjadi rutin
21/01/07 di PPS setiap hari.

[ Dibawah Penyeliaan Pn. Masia binti Mohammad – diarah


akan untuk berada di bahagian pengurusan ]
 Diajar bagaimana untuk merekodkan fail pinjaman
eksekutif pemohon dan menyusun fail pinjaman
eksekutif pelanggan mengikut kod masing-masing.

2
22/01/07 –
28/01/07
3
29/01/07 –
04/02/07
PERBADANAN PINJAMAN SABAH
PERBADANAN PINJAMAN SABAH

BAB 3

SISTEM PEMBAYARAN

3.1 PENGENALAN

Setiap kali pelanggan datang ke Pusat Khidmat Pelanggan Tawau bagi


tujuan pembayaran, pembayaran tersebut akan dilakukan di Kaunter Pembayaran
yang telah disediakan di Pusat Pelanggan Perbadanan Pinjaman Sabah di
Cawangan Tawau ini. Pada kebiasaannya, pembayaran yang dibuat adalah untuk
pinjaman Peribadi ( Excecutive Loan ), Perumahan ( Housing ), Sewa-Beli ( Hire
Purchase ) serta pendaftaran permohonan pinjaman baru.
PERBADANAN PINJAMAN SABAH
Sistem pembayaran yang digunakan di firma ini menggunakan sebuah
program yang telah dikhaskan di Perbadanan Pinjaman Sabahuntuk membuat
sebarang jenis penerimaan pembayaran pinjaman oleh pelanggan Perbadanan
Pinjaman Sabah. Program ini turut digunakan di seluruh cawangan PPS agar
dapat melancarkan serta melicinkan lagi sebarang tindakan daripada ibu pejabat
Perbadanan Pinjaman Sabah di Penampang.

Kebiasaanya, pembayaran pinjaman yang dibuat oleh pelanggan Pusat


Pelanggan Tawau yang menghadapi masalah potongan gaji lewat dibuat oleh
pihak Biro Perkhidmatan Angkasa ( BPA ). Akan tetapi, terdapat juga pelanggan
yang memang membuat pembayaran individu tanpa melibatkan pemotongan gaji.

Jumlah pembayaran yang dibuat oleh pelanggan hendaklah mengikut


jumlah bayaran ansuran bulanan yang telah ditetapkan terhadap pelanggan. Hal
ini adalah untuk mengelakkan junlah pembayaran menjadi meningkat. Sebagai
contoh bagi pinjaman peribadi, faedah yang dikenakan terhadap pinjaman ini
adalah 10 % dan ianya dikira berdasarkan kadar baki menurun. Jika bayaran tidak
dibuat atau kurang daripada jumlah bayaran yang telah ditetapkan, maka akan
terdapat tunggakan serta faedah tersebut turut bertambah. Berbeza dengan
pembayaran yang dibuat mengikut ketetapan jumlah, faedah akan berkurang
berdasarkan jumlah baki pinjaman yang tinggal. Oleh tiu, para pelanggan adalah
digalakkan jika ingin membuat pembayaran lebih ( Advanced Payment ).

Penerimaan bayaran biasanya dibuat oleh Pembantu Akauntan Pusat


Pelanggan Tawau, Cik Lim Fui Fui. Sekiranya beliau tidak ada pada masa
tersebut, maka penerimaan boleh dilakukan oleh Puan Masia atau Pengurus Pusat
pelanggan itu sendiri tetapi kakitangan yang lain juga dibolehkan untuk menerima
PERBADANAN PINJAMAN SABAH
pembayaran tersebut jika tidak ada sebarang kakitangan yang tersebut di atas
melainkan dua kakitangan yang lain iaitu yang berjawatan sebagai Pemandu serta
Pembantu Am Randah.

Tempoh waktu untuk membuat sebarang pembayaran pinjaman adalah


terhad. Waktu yang telah ditetapkan adalah bermula pada pukul 8.00 pagi hingga
3.30 petang. Hal ini adalah kerana waktu itu, segala peneriamaan sepanjang hari
akan dibawa ke bank untuk dimasukkan ke dalam akaun Perbadanan Pinjaman
Sabah. Oleh tiu, sebarang pembayaran selepas tempoh itu tidak akan dilayan
melainkan pelanggan tersebut datang dari tempat yang jauh serta jumlah
pembayaran yang dibuat adalah minima. Pembayaran jumlah pinjaman yang
besar tidak akan diterima untuk keselamatan serta kebaikan bersama antara
pelanggan dan pihak Pusat Pelanggan Tawau.

3.2 PROSES KERJA YANG DILAKUKAN

Sebelum sebarang pembayaran dibuat dalam BRMATICS, kakitangan


serta pelatih perlu memastikan bahawa tarikh pada program tersebut adalah tepat
mengikut tarikh semasa kerana aktiviti penukaran dan pengemaskinian tarikh
dilakukan secara manual. Selain itu, perlu dipastikan juga tarikh pada resit rasmi
yang akan dikeluarkan.
PERBADANAN PINJAMAN SABAH

BAB 4

PROSES MEMBUAT CIF DAN MAINTENANCE

4.1 PENGENALAN

Setiap permohonan pinjaman memerlukan kakitangan untuk memeriksa


jika terdapat atau tidak maklumat pemohon dalam program “SSH” sebelum ini.
Jika tidak ada, maka “Customer Information File ( CIF )” perlu dibina manakala
jika sudah mempunyai maklumat, maka CIF tidak perlu dilakukan untuk kedua
kali. Bagi proses untuk mendapatkan CIF, ianya akan dilakukan setiap kali
apabila menerima pendaftaran pinjaman baru contohnya Pinjaman Peribadi.
Proses ini memerlukan kakitangan atau para pelatih untuk membuka fail pinjaman
pemohon kerana pembinaan CIF adalah berdasarkan maklumat yang diberikan
PERBADANAN PINJAMAN SABAH
sendiri oleh pelanggan semasa mendaftarkan permohonan di Pusat Pelanggan
Tawau atau mana-mana cawangan berdekatan. Setelah memastikan maklumat
adalah lengkap, maka barulah CIF boleh dibuat.

Bagi proses membuat “Maintenance” akan dilakukan setelah permohonan


telah diluluskan dan selepas itu barulah surat tawaran pinjaman akan dibuat.

Apabila pemohon mendapat surat tawaran, surat perjanjian akan


disediakan terlebih dahulu seperti “Loan Agreement” dan “Letter Of Guarantee”
yang setiap satu mempunyai satu salinan sahaja serta akan diberikan juga surat
tawaran yang mempunyai 3 salinan. Semua ini akan disertakan denga lampiran
masing-masing. Setelah itu, cop “SCC cek ( TU ) akan dicopkan pada setiap
lembaran yang bercetak dan akan ditandatangani oleh Encik Johansyah bin
Japaruddin ataupun pegawai-pegai lain. Perjanjian itu akan ditandatangani oleh
peminjam dan penjamin di hadapan mahkamah setelah membuat penyemakan dan
“initial” pada setiap muka surat di Perbandanan Pinjaman Sabah. Setelah itu
maka mereka hendaklah pergi ke Lembaga Hasil Dalam Negeri ( LHDN ) untuk
cop “Setem Duti” atau cop hasil. Cop hasil bertujuan untuk cukai / duti setem.
Setelah selesai, maka barulah mereka menghantar kembali untuk proses
seterusnya.

Dalam proses ini, kami hanya menggunakan computer. Ianya hanya


melibatkan proses untuk memasukkan data-data mengenai pemohon serta
penjaminnya ke dalam senarai peminjam-peminjam di Perbadanan Pinjaman
Sabah ke dalam sebuah program. Program yang digunakan merupakan sebuah
program yang telah disediakan khas untuk digunakan dalam proses membuat
“Maintenance” dan “CIF” iaitu Program “ SSH Claein System.
PERBADANAN PINJAMAN SABAH

Program ini memerlukan kita untuk menggunkan jaringan Internet bagi


Proses mendapatkan “CIF Number” serta “Maintenance” yang menghubungkan
kita dengan ibu pejabat Perbadanan Pinjaman Sabah melalui program yang
dipanggil “SSH “

4.2 PROSES KERJA YANG DILAKUKAN

4.2.1 Menguhubungkan Komputer Pada Internet

Perbadanan Pinjaman Sabah ( PPS ) menggunakan talian ‘Steamyx’ untuk


memasuki dan melayari rangkaian internet. Jika dahulu, sambungan untuk
menembusi internet dilakukan secara manual tetapi kini, sambungan ke internet
adalah secara automatik. Apa yang perlu dipastikan adalah kesemua lampu yang
terdapat pada modem ‘Streamyx’ adalah bernyala bagi menunjukkan sambungan
adalah stabil untuk digunakan.

4.2.2 Customer Information File ( CIF )

“Customer Information File” adalah proses yang perlu dilakukan selepas


sahaja pendaftaran dibuat. Ini adalah kerana “CIF Number” ialah nombor
komputer ( Computer Number ) bagi pemohon yang mana, ia akan digunakan
sebagai rujukan pemohon dan Firma jika sekiranya terdapat sebarang masalah
terhadap pinjaman serta sebarang kemungkinan kesulitan yang bakal berlaku pada
PERBADANAN PINJAMAN SABAH
masa akan datang. Oleh itu, nombor komputer pinjaman adalah penting untuk
setiap pinjaman.

Berikut adalah antara langkah-langkah untuk mendapatkan “CIF


Number” iaitu seperti berikutn :-

Langkah 1 :

Bagi proses kerja adalah klik pada bahagian profail dan seterusnya klik
pada salah satu nama staf dengan memasukkan password mengikut password
masing-masing untuk “Connection”.

Selepas itu, akan keluarlah pada skrin seperti diatas, iaitu gambarajah
seperti dibawah. Apa yang perlu dilakukan iailah tunggu dalam beberapa saat
sahaja maka proses yang seterusnya akan diteruskan. Dalam program ini, ianya
akan memakan masa sedikit untuk pergi ke proses serusnya.
PERBADANAN PINJAMAN SABAH

BAB 5

PROSES MENYEDIAKAN TAWARAN DAN PENGELUARAN CEK

5.1 PENGENALAN

Untuk mendapatkan tawaran pinjaman, terdapat beberapa perkara yang


perlu dilakukan terlebih dahulu oleh kakitangan serta dibantu oleh para pelatih.
Apabila pendaftaran diterima, “ Customer Information File ( CIF ) akan di bina di
dalam program “ SSH” untuk mendapatkan nombor CIF. Kemudian, nama serta
nombor kad pengenalan mereka akan dihantar kepada Biro Perkhidmatan
Angkasa bagi pengesahan potongan gaji. Setelah tiu, barulah permohonan
dihantar kepada Puan Masia binti Mohammad. Tetapi biasanya, Encik Johansyah
akan membantu dalam memproses permohonan tersebut untuk kelulusan. Setelah
segalanya pengiraan dan semakan dibuat, permohonan tersebut akan dihantar
PERBADANAN PINJAMAN SABAH
kepada Pengurus Pusat Pelanggan Tawau iaitu Puan Asmah A.B Titingan untuk
semakan terakhir sekali lagi. Sekiranya tidak dapat sebarang masalah, maka
beliau akan meluluskan dan menandatangani permohonan tersebut. Maka, surat
tawaran akan dibuat sebaik sahaja mendapat kelulusan daripada beliau.

Manakala bagi proses pengeluaran cek, pelatih akan diberi tunjuk ajar dari
awal proses pengeluaran sehinggalah ke peringkat di mana cek tersebut boleh
diserahkan kepada peminjam yang memohon Pinjaman Eksekutif iaitu di mana
setelah segala proses selesai, maka pelatih serta kakitangan bertanggungjawab
untuk menghubungi peminjam untuk datang mengambilnya.

Dalam proses pinjaman ini, Perbadanan Pinjaman Sabah ( PPS ) telah


menetapkan bahawa tawaran mesti dikeluarkan selepas 14 hari dari tarikh
pendaftaran dibuat untuk pemohon. Selepas itu, barulah proses menandatangani
Surat Tawaran Pinjaman dan Perjanjian Pinajamn akan dibuat oleh peminjam dan
penjamin.

Tempoh yang diambil bagi menyiapkan proses pinjaman ini dari awal
sehingga kepada penyerahan cek akan mengambil masa selama 2 hingga 3 hari.
Ianya turut bergantung cepat atau lambat pelanggan itu menandatangani surat
tawaran seterusnya mengembalikan surat perjanjiann pinjaman ( Loan Agreement
) serta surat waranti penjamin ( Letter Of Guarantee ).

Selama 5 bulan menjalani latihan industri di Pusat Pelanggan Tawau


Perbadanan Pinjaman Sabah ini, kami sebagai pelatih lebih didedahkan dan diajar
tentang bagaimana untuk mengenadalikan proses Pinjaman Peribadi ( Executive
PERBADANAN PINJAMAN SABAH
Loan ) sahaja. Hal ini adalah kerana pinjaman ini merupakan pinjaman yang
paling banyak dipohon oleh pelanggan yang datang ke Perbadanan Pinjaman
Sabah. Pinjaman lain adalah amat jarang dipohon dan diproses, jikalau ada
sekalipun, ianya hanya akan diurus dan diproses sendiri oleh pegawai yang
bertanggungjawab dalam mengendalikannya. Oleh itu, pelatih telah dapat
mempelajari dan mengetahui secara meluas dan lebih mendalam lagi tentang
Pinjaman Peribadi atau “Executive Loan”.

Dalam menyiapkan proses tawaran dan pengeluaran cek ini, banyak


perkakasan yang perlu digunakan. Ianya adalah seperti di bawah.

5.2 JENIS-JENIS PERKAKASAN YANG DIGUNAKAN DALAM PROSES


TAWARAN DAN CEK

Antara perkakas yang digunakan dalam proses membuat tawaran dan


pengeluaran cek adalah seperti berikut :-

 Komputer & Printer


 Mesin “Punch” Cek
 Mesin Taip
 Mesin Fotostat

 Komputer
PERBADANAN PINJAMAN SABAH
- Sebanyak 3 buah Komputer telah digunakan yang mana masing-masing adalah
untuk membuat “Customer Information File ( CIF )” dan “File Maintenance”,
menaip surat tawaran serta proses “Release”.

 Printer

- Sebanyak 3 buah “Printer” juga digunakan iaitu untuk :-


a) Mencetak “CIF” serta “Maintenance”
b) Mencetak surat-surat tawaran
c) Mencetak baucer pembayaran serta resit rasmi

 Mesin “Punch” Cek

- Cek yang telah disediakan untuk peminjam akan di “Punch” mengikut jumlah
pinjaman yang akan diterima kerana jumlah cek tidak ditulis menggunakan tangan
melainkan pada rungan jumlah yang telah disediakan. Jumlah pinjaman yang
akan di “ Punch” pada cek tersebut adalah dalam bentuk perkataan dan nombor.
Contohnya RM 20,586 Dan 87 Sen Sahaja.

 Mesin Taip

- Mesin Taip akan digunakan untuk menaip baucer pembayaran sekiranya


computer yang sepatutnya digunakan untuk menaip baucer pembayaran rosak
atau mengalami masalah. Tetapi, ianya kadangkala digunakan oleh kakitangan
lain dalam menjalankan proses kerja yang memerlukan mereka menggunakan
mesin taip tersebut.
PERBADANAN PINJAMAN SABAH

 Mesin Fotostat

- Mesin ini telah digunakan untuk memfotostat boring-borang yang disertakan


bersama boring permohonan pinjaman, boring insurans, permohonan pengeluaran
jumlah pinjaman, “Loan Agreement”, “Letter Of Guarantee” serta perkara yang
perlu.
PERBADANAN PINJAMAN SABAH

PERKAKAS 1

(A)

Gambar 5.2.1 : KOMPUTER MEMBUAT SURAT TAWARAN


PERBADANAN PINJAMAN SABAH

PEKAKAS 2

(B)
PERBADANAN PINJAMAN SABAH
Gambar 5.2.2 : KOMPUTER MEMBUAT “CIF NUMBER” & “MAINTENANCE

PEKAKAS 3

(C)
PERBADANAN PINJAMAN SABAH

Gambar 5.2.3 : KOMPUTER MEMBUAT CEK “RELEASE”

PERKAKAS 4

(D)
PERBADANAN PINJAMAN SABAH
Gambar 5.2.4 : PRINTER

PERKAKAS 5

(E)
PERBADANAN PINJAMAN SABAH

Gambar 5.2.5 : MESIN “PUNCH” CEK

PERKAKAS 6

(F)
PERBADANAN PINJAMAN SABAH

Gambar 5.2.6 : MESIN TAIP

PERKAKAS 7

(G)
PERBADANAN PINJAMAN SABAH

Gambar 5.2.7 : MESIN FOTOSTAT

5.3 CARA PENGENDALIAN SEMASA MENGGUNAKAN PERKAKAS

Dalam proses ini akan diterangkan satu persatu tentang fungsi setiap
perkakas yang digunakan dalam setiap kerja semasa menyediakan tawaran dan
pengeluaran cek kecuali computer dan printer yang penggunaanya telah diketahui
jika ingin menggunakannya, saya akan menerangkan mengeani Mesin “Punch”
Cek, Mesin Fotostat, dan Mesin Taip. Saya juga akan mnerangka berdasarkan
gambar yang telah saya sertakan bersama.

5.3.1 MESIN “PUNCH” CEK


PERBADANAN PINJAMAN SABAH
Alat ini digunakan untuk menebuk angka serta perkataan pada permukaan
cek yang kosong di mana biasanya akan diisi dengan menggunakan tangan dalam
nombor ataupun perkataan. Kesemua cek yang akan dikeluarkan perlu lah
terlebih dahulu di “Punch” berdasarkan jumlah pinjaman yang diperolehi.

Langkah-langkah menggunakannya :-

A) Tukrkan ruangan angka yang ada dihadapan “Punch” tersebut mengikut


jumlah cek yang telah dicatatkan dalam cek, pastikan betul angka yang
diinginkan dalam “Punch” dengan yang tertulis dalam cek.

B) Masukkan cek yang belum diletakkan angka pada cek dalam mesin
“Punch” tersebut.
C) Pastikan bahawa cek dimasukkan dengan baik sehingga ke ruangan dalam
“Punch”

D) Pegangan perlu ditekan dengan cepat kerana jika tidak, kedudukan cek
akan terpesong dan menyebabkan tebukan pada tempat yang tidak
sepatutnya.

E) Selepas itu, pegangan tersebut akan di tolak semula hingga yang paling
akhir sekali dan barulah keluarkan cek tersebut.

5.3.2 MESIN FOTOSTAT


PERBADANAN PINJAMAN SABAH

Cara penggunaan dan mengendakikan mesin fotostat ini mempunyai


beberapa langkah yang tertentu dan berikut adalah cara pengendalian mesin
fotostat semasa dalam melaksanakan kerja ini.

Langkah-langkah pengendalian kerja ini ialah :-

A) Hidupkan suis yang terdapat pada mesin fotostat tersebut.

B) Biarkan mesin tersebut dalam beberapa minit. Ini adalah bertujuan untuk
memanaskan mesin tersebut.

C) Pastikan kertas telah dimasukkan sedia ke dalam mesin tersebut. Kertas


bolehlah dimasukkan sama ada dari bawah mesih ataupun tepi mesin
fotostat.

D) Tekan butang “Start” yang berwarna hijau pada mesin fotostat untuk
memulakan kerja memfotostat kertas. Jika jumlah yang dikehendaki
adalah telebih dan kerja memfotostat sedang berjalan, maka yang perlu
dilakukan adalah tekan butang kecil yang berwarna jingga untuk
memberhentikan proses tersebut.
PERBADANAN PINJAMAN SABAH
E) Sebarang perubahan saiz yang dikehendaki, bolehlah menggunakan
butang anak panah ( ^ ). Begitu juga jika perubahan saiz warna dari terang
kepada kabur bolehlah diubah pada butang bertanda ( anak panah ) pada
mesin itu juga.
PERBADANAN PINJAMAN SABAH

Gambar 5.3.2.1 : RUANGAN MASUKKAN KERTAS


PERBADANAN PINJAMAN SABAH

Gambar 5.3.2.2 : MENGUBAH SAIZ KERTAS

5.3.3 MESIN TAIP

Pengendalian mesin taip adalah sama seperti menaip pada komputer


menggunakan papan kekunci ( keyboard ). Reben mesin taip mesilah dipastikan
ada dan masih mempunyai karbon bagi menjamin ruangan yang ingin ditaip
tersebut mendapat hasil tulisan yang baik dan terang.
PERBADANAN PINJAMAN SABAH
5.4 PROSES KERJA YANG DILAKUKAN

Terdapat banyak proses kerja yang dilakukan semasa membuat tawaran


dan proses pengeluaran cek untuk Pinjaman Eksekutif. Dalam proses tawaran,
ianya melibatkan beberapa kerja, begitu juga dalam proses pengeluaran cek yang
juga terdiri dari beberapa proses kerja.

Antara kerja-kerja yang dilakukan dalam proses tawaran ialah membuat


surat tawaran yang menggunakan kertas “Letter Head” Perbadanan Pinjaman
Sabah. Setelah membuat surat tawaran maka lampiran hendaklah disertakan
bersama dengan tawaran iaitu tiga surat tawaran mempunyai lampiran. Satu
salinan di masukkan ke dalam fail peminjam, satu salinan akan di masukkan ke
dalam “Security Envelope” dan satu salinan lagi akan diberikan kepada peminjam
sebagai simpanan mereka. Surat tawaran akan ditandatangani oleh peminjam dan
lampiran ditandatangani pada setiao muka surat.

“Loan Agreement” dan “Letter of Guarantee” dibuat hanya untuk satu


salinan. Jika kedua-dua perjanjian ini siap maka hendaklah disertakan dengan
lampiran-lampiran yang telah dikhaskan untuk setiap pinjaman iaitu untuk “Loan
Agreement” dan “Letter of Guarantee”

Surat perjanjian telah dibuat untuk peminjam dan juga penjamin. “Loan
Agreement” mengandungi sebelas muka surat perjanjian manakala surat waranti
penjamin mempunyai lima muka surat perjanjian. Perjanjian ini adalah dala
terjemahan bahasa Inggeris. Kedua-dua jenis lampiran ini akan disertakan
bersama dengan maklumat yang telah ditaip oleh pelatih dengan menggunakan
PERBADANAN PINJAMAN SABAH
komputer ketika membuat surat tawaran. Surat-surat tawaran ini dihantar ke
Pusat Pelanggan Tawau oleh ibu pejabat Perbadanan Pinjaman Sabah. Pelatih
akan diminta untuk membuat beberapa banyak salinan dengan menggunakan
fotostat untuk membuat “Loan Agreement”, Letter Of Guarantee”, Lampiran (A),
Borang Insurans, Borang Kebenaran Pengeluaran Pinjaman dan Borang
Pengakuan Pembayaran Pinjaman sekiranya ianya telah habis digunakan.

Borang Kebenaran Pengeluaran Pinjaman serta boring insurans akan


disertakan bersama-sama dengan surat tawaran apabila pemohon ( peminjam ) itu
datang untuk menandatangani surat tawaran mereka setelah dihubungi oleh
pelatih. Oleh itu, kedua-dua boring itu juga perlulah dibuatkan salinan sebanyak
yang mungkin dengan menggunakan mesin fotostat.

Manakala kerja-kerja yang dilakukan untuk pengeluaran cek pula ialah


pengiraan insurans bagi AMAL dan MAA, pengiraan faedah, pemotongan baki
pinjaman jika pinjaman itu adalah pinjaman “Executive Revolving”, ini pun jika
peminjam pinjaman ama dan pinjaman yang dibuat itu adalah untuk “Reloan”.
Bagi insurans AMAL, ia akan diberikan kepada peminjam yang berumur 40
tahun ke atas manakala insurans MAA akan diberikan kepada peminjam yang
berumur 40 tahun ke bawah. Proses kerja untuk pengeluaran cek pula ialah
menulis nama dan pengenalan pada cek, menaip Baucer Pembayaran untuk setiap
pengeluaran cek. Baucer Pembayaran adalah bertujuan untuk memberikan
salinan kepada peminjam selepas diterangkan pemotongan yang dibuat ke atas
jumlah pinjaman yang diperolehi.

Proses pengeluaran cek terbahagi kepada beberap bayaran. Antaranya,


pengeluaran cek untuk pinjaman, pengeluaran cek untuk bayaran bil, pengeluaran
PERBADANAN PINJAMAN SABAH
cek untuk bayaran elaun pelatih, pengeluaran cek untuk “Refund”, pengeluaran
cek untuk menebus ( Claim ) sebarang pemnayaran contohnya “medical fee”
kakitangan Pusat Pelanggan Tawau dan pengeluaran mengikut keperluan.

5.4.1 TAWARAN

(i) Surat Tawaran dan Perjanjian

Format untuk membuat surat tawaran dan ayat-ayat yang perlu di taip
semasa mula membuat surat tawaran telah disediakan oleh Perbadanan Pinjaman
Sabah. Ia hanya berbeza berdasarkan setiap butir peminjam dan penjamin. Ini
adalah kerana setiap boring permohonan akan diisikan dengan nama peminjam
yang berlainan, maka butir-butir yang disertakan juga akan berlainan.

Antara yang perlu diubah dalam tawaran ialah nombor pendaftaran


pemohon, nama dan alamat pemohon, nama penjamin, jumlah pinjaman yang
diluluskan oleh PPS, tempoh bayaran balik, jumlah ansuran bulanan, nama serta
nombor kad pengenalan penjamin.

Hanya surat tawaran sahaja yang perlu menggunakan kertas “Letter Head”
dan lampiran untuk perjanjianadalah menggunakan kertas biasa. Sediakn 3 helai
kertas A4 berwarna putih untuk “Loan Agreement” dan “Letter Of Guarantee”
manakala 3 keping lagi untuk surat tawaran dengan menggunakan “Letter Head”
Perbadanan Pinjaman Sabah.
PERBADANAN PINJAMAN SABAH
Bagi pemohon pinjaman “Executive Revolving” perlu memenuhi 2 syarat
kelayakan dari gaji.

Syarat 1

 60% pemotongan ( tidak lebih daripada jumlah ini )


 65% bagi pekerja seperti JKR ( tidak boleh kurang daripada jumlah ini )

Syarat 2

 Gaji bersih adalah mencapai RM 700 ke atas setelah ditolak dengan


jumlah potongan yang lain.

( ii ) Membuat Salinan Dokumen

Proses kerja ini memerlukan latihan semasa mengendalikannya. Salinan


dokumen yang hendak dibuat adalah menggunakan mesin fotostat. Salinan perlu
dibuat seberapa banyak untuk “Executive Loan Agreement”, “Letter Of
Guarantee”, Lampiran “A” bagi tawaran, Borang Insurans dan juga Borang
Kebenaran Pengeluaran Pinjaman Eksekutif.
Kesemua dokumen ini akan disertakan semasa membuat pinjaman
“Executive Loan”. Dokumen-dokumen yang disertakan ini perlu mendapatkan
tandatangan daripada mana-mana kakitangan Perbadanan Pinjaman Sabah
Cawangan Tawau. Ianya akan ditandatangani sebagai mengesahkan bahawa
segala yang tercatat pada dokumen ini telag diakui oleh pihak Perbadanan
Pinjaman Sabah.
PERBADANAN PINJAMAN SABAH

(a) Fotostat Muka Hadapan

Boleh menggunakan dari mana-mana untuk memasukkan kertas kosong


pada mesin fotostat. Letakkan pada bahagian dalam mesin iaitu pada atas mesin
fotostat ( kaca ) dengan kertas yang ingin dibuat salinan tadi.

Jika telah sedia, tukarkan bilangan kertas mengikut yang diinginkan pada
ruangan angka pada mesin fotostat tersebut. Tekankan pada butang “Start” yang
berwarna hijau pada mesin tersebut. Kertas akan keluar pada sebelah kiri kita
atau sebelah kanan mesin fotostat mengikut keperluan.

(b) Fotostat Unutk Muka Surat Depan Dan Belakang

Proses kerja untuk membuat salinan muka hadapan kertas ialah hendaklah
menggunakan dari ruangan tepi kertas. Ubah pada butang mesin fotostat iaitu
ubah kepada “EXTRA” yang menunjukkan bahawa kertas mahu menggunakan
depan dan belakang.

Bagi proses kerja seterusnya ialah sama seperti memfotostat kertas muka
hadapan. Tekankan pada butang untuk mengubah jumlah bilangan kertas yang
ingin di fotostat. Tetapi kertas hendaklah diletakkan ditepi mesin fotostat tersebut
dengan terbalikkan kertas tersebut selepas muka yang pertama tadi.
PERBADANAN PINJAMAN SABAH

( iii ) Semasa Memberi Surat Tawaran

Semasa memberikan surat tawaran, perlu dipastikan bahawa Borang


Insurans, Borang Kebenaran Pengeluaran Pinjaman Eksekutif dan Borang
Pengakuan Pembayaran Pinjaman disertakan sekali untuk diisi dan
ditandatangani. Selain itu, pelatih kena memastikan bahawa surat tawaran telah
ditandatangani oleh Pengurus Pusat Pelanggan Tawau sebagai tanda penawaran
pinjaman telah diperiksa serta telah di SCC.ck ( tu ) olehkakitangan yang
bertanggungjawab sebelum dihantar terus ke bilik Pengurus Pusat Pelanggan
Tawau iaitu Puan Asmah A.B Titingan.

Seterusnya, pemohon akan diminta untuk menandatangani kulit fail


pinjaman mereka. Kemudian pemohon akan diminta untuk mengisi maklumat di
dalam Borang Kebenaran Pengeluaran Permohonan Pinjaman dan juga Borang
Insurans Eksekutif mereka serta menandatangani boring tersebut di mana proses
menandatanganinya adalah penting untuk proses pembayaran insurans. Borang
Insurans perlu diisi oleh pemohon bagi memastikan bahawa pihak Insurans akan
membayar ganti rugi kepada mereka sekiranya terjadi sebarang kejadian yang
tidak diduga kepada si peminjam, contohnya meninggal dunia.

Selepas itu, pemohon perlu diingatkan agar menandatangani semua


perjanjian depan dan belakang setiap helaian di bahagian bawah kertas bercetak
sama ada penjamin mahupun peminjam itu sendiri. Selepas itu, peminjam akan
diarahkan untuk menandatangani ketiga-tiga helai surat tawaran beserta lampiran
dan mengisi tarikh tandatangan perjanjian setelah bersetuju dengan segala isi
kandungannya. Setelah selesai, pelatih akan memberikan satu salinan Surat
PERBADANAN PINJAMAN SABAH
Tawaran kepada peminjam untuk simpanan sendiri kemudian akan diarahkan
untuk pergi ke Mahkamah bersama-sama dengan penjamin sekiranya
menggunakan penjamin untuk menandatngani Perjanjian Pinjaman serta surat
waranti penjamin di hadapan mahkamah di bahagian Pesuruhjaya Sumpah, yang
mana pihak mahkamah akan bertindak sebagai saksi ke atas semua isi perjanjian
tersebut.

Selepas selesai menandatangani perjanjian di Mahkamah, dahulu


peminjam hendaklah pergi ke mana-mana bank yang berdekatan untuk membayar
duti setem melalui “Cash Order”, tetapi arahan ini telah dikuatkuasakan pada awal
Bulan Mac 2007, peminjam tidak perlu lagi menggunakan “Cash Order” malahan
mereka boleh membayar “Cash” di Lembaga Hasil Dalam Negeri. Setiap
pembayaran duti setem akan dilihat berdaarkan jumlah yang dipinjam iaitu
RM1000 akan dikenakan setem duti sebanyak RM 5.00 manakala penjamin tetap
RM 10 cukai hasil. Pengiraan pembayaran cukai hasil :-

PINJAMAN DILULUSKAN : RM50,000

50 x RM5.00

= RM250.00

Bayaran untuk “Executive Loan Agreement”


PERBADANAN PINJAMAN SABAH
RM50,000 X RM5 = RM250
RM 1,000

Bayaran untuk “Letter Of Guarantee”

RM10 ( bayaran tetap dan tidak mengikut jumlah pinjaman pemohon )

Jumlah bayaran yang perlu dibayar untuk setem cukai hasil :-

RM250 + RM10

= RM260

Selepas semuanya selesai, peminjam hendaklah menghantar semula


kedua-dua perjanjian tersebut iaitu “Loan Agreement” dan “Letter Of Guarantee”
manakala surat tawaran yang diserahkan kepada peminjam untuk simpanan
mereka sindiri tidak perlu dikembalikan. Boring Insurans dan Borang Kebenaran
Pengeluaran Pinjaman Eksekutif akan disimpan di dalam fail peminjam. Pelatih
akan memastikan bahawa kedua-dua perjanjian telah mempunyai cop mahkamah
dan setem hasil, kemudian pelatih akan memastikan tarikh di “Letter Of
Guarantee” telah pun ditulis untuk tarikh hari perjanjian serta surat tawaran
ditandatangani bagi meneruskan proses yang seterusnya.

( iv ) Membuat “Payment Requisition”


PERBADANAN PINJAMAN SABAH

Sebelum “Payment Requisition” dibuat, perlu untuk memasukan


Borang Insurans, Borang Kebenaran Pengeluaran Pinjaman dan Borang
Pengakuan Pembayaran Pinjaman ke dalam fail setip peminjam. Begitu
juga dengan Surat Tawaran peminjam. Tawaran yang mempunyai
lampiran lampiran A akan dimasukkan ke dalam “Security Envelope”
bersama dengan “Loan Agreement” dan “Letter Of Guarantee” yang telah
bersetem hasil iaitu salinan asal. Manakala “Loan Agreement” dan “Letter
Of Guarantee” salinan akan dimasukkan ke dalam fail peminjam bersama-
sama dengan Borang Insurans, Borang Kebenaran Pengeluaran Pinjaman
dan Borang Pengakuan Pembayaran Pinjaman.

Butir-butir yang akan dilengkapkan dalam “Payment Requisition”


ialah nama peminjam, “section” tempat membuat pinjaman, nombor
pinjaman, “CIF Number” yang merupakan nombor komputer, jumlah serta
tarikh diluluskan, butiran, penjelasan pinjaman jika ada, ansurans bulanan,
faedah yang dikenakan ( 10% ), tarikh surat tawaran ditandatangani serta
Borang insurans diidi dan ditandatangani dan juga tarikh kedua-dua
perjanjian disetemkan. Apabila ianya telah selesai, maka Borang Tuntutan
Pembayaran ( Payment Requisition ) akan diisi dan kemudian akan
diletakkan di bahagian “Maintenance”. Setelah selsai dibuat, maka perlu
diserakkan kepada Cik Lim Fui Fui untuk ditandatangani dan di cop.
Proses “Maintenance” telah pun dierangkan dalam bab 4.

5.4.2 PENGELUARAN CEK


PERBADANAN PINJAMAN SABAH

(i) Pengiraan Insurans

Setiap pemohon pinjaman bagi “Executive Revolving” perlu untuk


membuat pembelian insurans. Borang insurans akan diisi oleh peminjam ketika
menadatangani Surat Tawaran. Borang telah disediakan oleh pihak Perbadanan
Pinjaman Sabah iaitu Borang Insurans AMAL dan MAA. Kedua-dua pengiraan
insurans ini adalah berlainan berdasarkan pengiraan umur peminjam.

Semua peminjam adalah diwajibkan untuk membeli insurans. Ianya


adalah bertujuan untuk memberikan jaminan dalam pembayaran balik pinjaman
contohnya apabila peminjam meninggal dunia. Penjamin tidak akan menerima
kesan sekiranya hal ini berlaku kelak, kerana pihak insurans yang aka membayar
ganti rugi kepada pihak Perbadanan Pinjaman Sabah.

(a) Insurans MAA

Bagi insurans MAA pula, kadar pada jadual yang disediakan adalah
disertakan. Hanya perlu merujuk tempoh pinjaman yang diambil oleh peminjam.
Apa yang menjadi sistem pengiraan dalam mengira insurans MAA ialah pada
jumlah pinjaman dan tempoh pinjaman. Contohnya sekiranya jumlah pinjaman
yang telah diluluskan ialah RM50,000 dalam tempoh 120 bulan atau 10 tahun,
insurans yang dikenakan untuk tempoh 120 bulan ialah RM20.29. jadi jumlah
pinjaman yang diluluskan RM50,000 x RM20.29 = RM1,014.50 akan dikenakan.
PERBADANAN PINJAMAN SABAH
RM50,000 X RM20.29 = RM1,014,50
RM 1,000

(b) Insurans AMAL ( COMMERCE LIFE ASSURANCE BHD )

Program yang digunakan telah disediaka oleh pihak Syarikat Insurans


AMAL untuk setiap pengiraan insurans yang akan dikenakan terhadap pemohon.
Dalam keadaan ini, maka pemohon hanya perlu memasukkan butir-butir yang
dikehendaki, dan setelah itu, jumlah yang perlu ditolak dari pinjaman pemohon
akan keluar serta merta berdasarkan jumlah permohonan yang diluluskan serta
tempoh pemyaran balik pinjaman.

( ii ) Pengiraan Faedah

Pinjaman yang akan “Release” perlu ditolakkan dengan faedah dari


permohonan yang telah dipohon bersama-sama dengan insurans. Pengiraan
faedah adalah bergantung dari tarikh cek dikeluarkan.

Berikut ialah fomula untuk pengiraan kadar faedah yang akan ditolak dari
pinjaman peminjam.

FORMULA : 10% x “Approved Loan” x 16 , 10,000 x 10%


365 12
PERBADANAN PINJAMAN SABAH
* Perubahan pada jumah tarikh adalah mengikut jumlah hari bulan tersebut.
Berikut ialah fomula pengiraan faedah Perbadanan Pinjaman Sabah
mengambil 10% faedah. Faedah ini dikenakan melalui cek yang telah
dikeluarkan untuk peminjam. Pastikan bahawa tarikh akhir pada bulan cek ini
dikeluarkan, kemudian pastikan tarikh hari tersebut iaitu tarikh cek dibuat, jumlah
pinjaman yang telah dluluskan juga perlu untuk mengambil kira, tetapi, formula
pengiraan faedah ini telah disetkan di dalam program “Excel” di mana kami
hanya perlu menukar tarikh seperti dibawah :-

Contohnya, jika tarikh adalah 06 dan terdapat 30 hari dalam bulan


tersebut, maka perkara yang perlu dilakukan adalah:

30 – 6 + 1
= 25
dan secara automatik kadar jumlah faedah akan berubah mengikut pergiraan ke
25.

( iii ) Membuat Cek

Selepas mengetahui akan jumlah yang perlu diberikan kepada peminjam


setelah tolak perkara tersebut, maka cek akan dibuat untuk proses pengeluaran
pinjaman. Pastikan bahawa jumlah pengeluaran adalah sama pada “Payment
Requisition”. Bagi nama pada ruang cek, ianya akan ditulis berdasarkan nama
serta nombor kad pengenalan yang terdapat pada kad pengenalan pemohon.
Sekiranya cek dibuka untuk sebarang penjelasan, maka perlu dipastikan nama
pada cek adalah atas nama bank atau koperasi yang tertulis dalam penyata
penjelasan yang telah disertakan.
PERBADANAN PINJAMAN SABAH

Setelah cek ditulis dengan nama dank ad pengenalan pemohon, maka


proses kerja yang seterusnya ialah “Punch” angka pada ruangan cek tersebut.
Pastikan nombor pada ruangan angka adalah sama pada jumlah di ruangan kecil
tepi kanan pada cek.

( iv ) Menaip Baucer Pembayaran

Baucer pembayaran perlu ditaip secara teliti dan teratur. Kesemua butiran
yang akan dimasukkan ke dalam baucer adalah berdasarkan “ Payment
Requisition” serta kad pengenalan pemohon. Jumlah pengeluaran baucer adalah
bergantung kepada peminjam. Sekiranya pemohon membuat penjelasan untuk
pinjaman di tempat lain, maka bauceryang berasingan akan dibuat.

Selepas itu, barulah pelatih akan menyerahkannya kepada Pembantu


Akauntan iaitu Cik Lim Fui Fui untuk terlebih dahulu bagi memastikan tiada
kesilapan yang berlaku dan setelah itu barulah ditandatangani oleh beliau.
Selepas itu, pelatih akan merekod dalam Buku Pendaftaran berapa jumlah yang
diluluskan dan bila masa cek itu “Release”.

Setelah itu, pelatih akan serahkan kepada pembantu Tadbir ( Akaun ) iaitu
Puan Masia Mohammad untuk menandatangani cek sebelum di bawa masuk ke
dalam bilik Pengurus Pusat Pelanggan Tawau juga untuk diperiksa dengan teliti
sebelum menandatangani cek.
PERBADANAN PINJAMAN SABAH

5.5 KOMEN DAN CADANGAN

Sebagai komen saya, untuk melakukan tugas-tugas ini memerlukan


ketekunan serta usaha yang gigih, kerana jika tidak ada ketekunan, keyakinan
serta usaha yang tinggi, segala ilmu yang telah diajari tidak akan dapat
dipraktikan dengan sebaiknya bukan sahaja untuk masa kini malah untuk masa
akan datang.

5.6 KESIMPULAN

Bab ini adalah satu kerja yang sangat memerlukan masa yang abnyak
dalam membuat proses kerja ini. Segala apa yang telah dipelajari dalam bab ini
telahpun diterangkan dengan sebaik yang mungkin.

Segala lampiran telah disertakan bagi membantu dalam penerangan pada


bab ini. Langkah kerja yang telah diterangkan banyak melibatkan proses
Pinjaman Eksekutif atau “Executive Loan”.

Semoga segala ilmu yang telah dipelajari dapat dipraktikan semasa


menempuhi alam pekerjaan. Hanya itu sahaja yang dapat saya kemukakan dan
terangkan dalam keseluruhan bab ini.
PERBADANAN PINJAMAN SABAH

BAB 6

PERAKAUNAN DAN KEWANGAN

6.1 PENGENALAN

Perbadanan Pinjaman Sabah ( PPS ) Cawangan Tawau dalam system


Perakaunan hanya menggunakan system manual yang dibuat dalam program
“Microsoft Excel”. Walaupiun secara manual, namun telah diprogramkan untuk
mendapatkan jumlah wang yang dinginkan dalam sesuatu pengiraan. Aliran
kewangan di bahagian Pusat Pelanggan Tawau adalah dikawal sepenuhnyaoleh
Pengurus Pusat Pelanggan Twau serta Pembantu Akauntan di mana segala
tindakan yang diambil oleh mereka atas dasar tanggungjawab serta kepercayaan
yang telah diberikan kepada mereka.
PERBADANAN PINJAMAN SABAH

Setiap pengeluaran dan kemasukan aliran tunai yang berlaku di Cawangan


Tawau akan dimasukkan dalam catatan akaun iaitu “Cash Flow”. Catatan yang
dibuat adalah berdasarkan aktiviti penerimaan pembayaran serta pengeluaran
pinjaman.

Laporan akan dihantar oleh Pembantu Akauntan Cawangan Tawau


mengenai kewangan Perbadanan Pinjaman Sabah Cawangan Tawau Ke ibu
pejabat Perbadana Pinjaman Sabah di Kota Kinabalu.

Mengenai kewangan di Pusat Pelanggan Tawau adalah dikawal hamper


sepenuhnya oleh Pengurus cawangan dan Pembantu Akauntan. Bagi pengeluaran
cek, tandatangan kedua kakitangan ini adalah amat penting dan perlu dilakukan
iaitu oleh Puan Asmah A.B Titingan selaku Pengurus Pusat Pelanggan Tawau
serta Puan Masia binti Mohammad setelah proses pengiraan dan pengeluaran cek
dibuat oleh Pembantu Akauntan.

Oleh kerana akaun merupakan bahagian yang terpenting dalam sesebuah


syarikat, maka ianya bahagian yang perlu mendapat perhatian dan pemantauan
secara lebih teliti agar keteguhan sesebuah akan lebih kukuh dan maju lagi.
PERBADANAN PINJAMAN SABAH

6.2 PROSES KERJA YANG DILAKUKAN

6.2.1 Mencatat “Release” dan “Refund”

Sebarang pengeluaran cek bagi pengeluaran pinjaman atau lebihan


bayaran balik akan disenaraikan di dalam catatan “Release” dan “Refund”.

Catatan bolehlah dimulakan samada mendahuli cek “Refund” ataupun cek


“Release”. Namun apa yang penting di sini adalah untuk menyusun akan catatan
yang dibuat itu. Semasa mengisi senarai-senarai nama peminjam untuk kerja itu,
pastikan menyertakan nombor pinjaman atau “CIF Number” peminjam, tarikh cek
dikeluarkan, nombor baucer, jumlah keseluruhan tidak termasuk penolakan
potongan dan juga perlu untuk menyatakan jenis perkara itu, samada untuk
“Refund” ataupun “Release”.

Sekiranya di bahagian “Release” cek iaitu ruangan “Amount” pada


“Payment Requisition” perlu utnuk dicatatkan jumlah yang akan dilakukan oleh
peminjam. Catatan bukannya pada jumlah yang tercatat selepas ditolak dari
kesemua potongan pinjaman permohonan.
PERBADANAN PINJAMAN SABAH

Contoh 1 : “Release”

Pinjaman diluluskan RM 50,000.00


2 “Instalments” RM 424.94 _
“Interest” RM 126.30 +
“Insurance” RM 95.04
Jumlah Catatan Cek RM 49,353.72

Merukuk kepada contoh diatas, pemohon hanya mendapat RM 49,353.72


dan bukannya RM 50,000.00 seperti jumlah yang diluluskan.

Walau bagaimanapun, jumlah RM 50,000.00 adalah jumlah yang akan


tercatat pada proses kerja untuk catatan “Release” untuk pinjaman pemohon
bukannya mencatat apa yang telah diterima oleh pemohon. Ini kerana, bayaran
hasil pemotongan pada pinjaman pemohon telah pun diwakilkan untuk membuat
bayaran yang telah dilakukan oleh Perbadanan Pinjaman Sabah.

Setiap peminjam untuk peminjam “Release” wajib untuk ditolak perkara


tersebut iaitu yang tercatat pada contoh 1. ini kerana, bayaran perlu dilaksanakan
dan akaun peminjam telah pun kreaditkan dari akaun peminjam. Untuk mendapat
imbangan, maka jumlah pinjaman perlu didebitkan dalam akaun peminjam.
PERBADANAN PINJAMAN SABAH
Contoh 2 : “Refund”

Jumlah “Refund” RM 259.60


( - ) BPA / STATE 1% RM 2.60
Jumlah Dalam Cek RM 257.00
Begitu juga dengan “Refund” cek. Jumlah yang akan dimasukkan dalam
catatan untuk “Report” akaun bagi “Refund” ialah RM 259.00 dan bukannya
jumlah yang diterima oleh peminjam iaitu RM 257.00. bagi cek “Refund” iainya
perlu untuk ditolakkan sebanyak 1% dari jumlah yang patut di “Refund”.

Bagi pemotongan sebanyak 1% dari jumlah tersebut adalah untuk saluran


kepada “Management Fees”. Segala apa yang telah dilakukan semasa urusan
BPA iaitu memberikan arahan agar pihak BPA memberhentikan pemotongan gaji
peminjam. Segala urusan akan dibayar oleh pemohon dengan memotong 1% dari
jumlah yang perlu di “Refund”.

“Refund” akan berlaku sekiranya peminjam telah membuat bayaran habis


lebih aal dari tempoh yang diberikan kepada mereka. Namun, pemberhentian
pemotongan gaji pada slip gaji peminjam masih belum lagi berlaku kerana
biasanya pemotongan masih akan berjalan selama 3 bulan selepas pembayaran
habis dibuat. Oleh itu, peminjam akan membuat aduan hal ini kepada pihak
Perbadanan Pinjaman Sabah untuk meint lebihan bayaran tersebut.

Tindakan untuk mengembalikan lebihan bayaran kepada peminjam hanya


akan dilakukan sekiranya terdapat lebihan pada akaun peminjam di PPS. Namun,
sekiranya belum ada sebarang kemasukan ke akaun PPS dan akaun peminjam
pada PPS tidak ada nilai maka pihak PPS tidak bertanggugjawab dalam
PERBADANAN PINJAMAN SABAH
mengendalikan lebihan bayaran tersebut. Tetapi jika peminjam tersebut telah
“Reloand” maka “Refund” untuk akaun lama tidak akan dikembalikan kerana ini
dianggap sebagai bayaran lebihan dan akan dipindahkan ke dalam akaun yang
baru, melainkan peminjam tersebut tidak membuat pinjaman semula ( Relond ) di
Perbadanan Pinjaman Sabah.

Sehinggalah telah tercatat lebihan bayaran balik pada baki pinjaman


pemohon iaitu pembayaran telah pun dikreaditkan di dalam akaun Perbadanan
Pinjaman Sabah maka, barulah lebihan bayaran peminjam dikembalikan.
Perbadanan Pinjaman Sabah tidak boleh disalahkan kerana lambat memberikan
“Refund” kepada peminjam. Ini kerana, bayaran ansurans peminjam adalah
lambat dimasukkan ke dalam akaun peminjam di PPS walaupun pemotongan gaji
mereka telah dibuat.

6.2.2 PERAKAUNAN ALIRAN TUNAI ( CASH FLOW )

Segala pengaliran masuk kewangan dan pengaliran keluar kewangan akan


dicatatkan dalam Akauan Aliran Tunai. Akuan yang dibuat adalah berbentuk
manual yang mana perlu dikira sendiri.

Segala item-item yang ingin dimasukkan ke dalam akaun ini adalah


merujuk kepada bukti-bukti. Ini penting bagi menjawab untuk masa akan datang
iaitu kedatangan juruaudit sama ada dalaman ataupun luaran.

Kemasukkan kewangan ke Perbadanan Pinjaman Sabah Cawangan Tawau


adalah melalui pembayaran yang diterima oleh Perbadanan Pinjaman Sabah
PERBADANAN PINJAMAN SABAH
Cawangan Tawau sepanjang tepoh sebulan itu serta peruntukan yang telah
diberikan daripada ibu pejabat. Setiap pembayaran yang diterima perlu untuk di
“Print” penyata penerimaan seperti yang telah diterangkan dalam bab 3. atas
tindakan itu, maka kerja untuk membuat akaun akan berjalan dengan lancar.

Dalam ruangan penyata penerimaan pembayaran oleh peminjam, ianya


adalah tersusun mengikut pinjaman yang ingin dibayar oleh peminjam. Ini
memudahkan kakitangan untuk memasukkan item-item untuk catatan Akaun
Aliran Tunai.

Untuk jumlah wang yang di “Bank-in” iaitu semasa penerimaan perlu


dirujuk mengenai jumlah yang dimaksudkan dalam akaun Pusat Pelanggan
Tawau. Kemasukan wang tunai dan cek akan diasingkan. Selepas itu, ianya akan
dihuraikan iaitu dipecahkan kepada beberapa item kecil lain yang sepatutnya
disediakan ruangan tersebut. Ini ialah untuk bahagian debit akaun Pusat
Pelanggan Tawau Perbadanan Pinjaman Sabah.

Item-item kecil tersebut ialah bayaran jenis pinjaman oleh peminjam.


Penerimaan bayaran untuk Pinjaman Esekutif, Pinjaman Projek, Pinjaman
Perumahan Pinjaman Bercagaran dari Ibu Pejabat, Pinjaman Perniagaan dan juga
Pinjaman Pertanian.

Jumlah pada ruangan ini mestilah sama dengan jumlah pada keseluruhan
wang yang diperolehi untuk hari tersebut. Catatan untuk hari yang seterusnya
adalah sama dengan cara yang pertama tadi.
PERBADANAN PINJAMAN SABAH

Sekiranya segala item dimasukkan dengan betul, maka akan mendapat


imbangan pada akaun yang telahdibuat. Proses membuat akaun ini, akan dibuat
juga bagi setiap hujung minggu. “Report” perlu dihantar ke Ibu Pejabat setiap
hujung minggu seperti minggu pertama, kedua, ketiga, keempat atau kelima.
Begitu juga akaun hujung bulan, kerja membuat akaun Aliran tunai adalah sama
sahaja.
Manakala bagi bahagian debit untuk akaun ini, iaitu Aliran Tunai adalah
direkdkan dalam bentuk akaun berdasarkan segala pengeluaran wang yang telah
dilakukan oleh Cawangan Tawau.

Catatan yang dibuat adalah merujuk kepada ruangan tepi pada cek untuk
bulan tersebut. Segala-galanya perlu untuk direkodkan serta dikemaskini, sama
ada terdapat cek yang dibatalkan kerana telah tersalah tulis ataupun tidak
diperlukan. Jika cek itu rosak, ataupun tersalah tulis, maka cek perlu dikepilkan
semula pada buku cek, dan catatan perlu dibuat berdasarkan nombor siri pada
baucer pembayaran.

Kita perlu tahu dan juga mencatatkanatas nama siapa cek tersebut perlu
diberikan. Item-item agi bahagian debit adalah terlalu terperinci di maa catatan
perlu dibuat dengan berhati-hati dengan memasukkan item ke tempat yang
sepatutnya agar tidak wujudkan sebarang masalah pada masa akan datang.

Nombor cek, jenis pembayaran, nombor baucer pembayaran, jumlah dan


juga segala penolakan pada jumlah itu perlu untuk dicatatkan. Untuk mengetahui
sama ada ianya betul ataupun tidak, maka pelatih perlu memerhatikan dan
mengira jumlah yang terdapat di akhiri ruangan tepi kanan, bahawa nilainya
PERBADANAN PINJAMAN SABAH
adalah sama dengan nilai yang telah diperolehi oleh pemohon setelah ditolak
dengan beberapa jumlah yang tertentu.

Sekiranya terdapat lebihan pada bahagian akaun bulan ini, iaitu


keuntungan, maka Perbadanan Pinjaman Sabah Cawangan Tawau akan
menyalurkan wang bagi pengeluaran pinjaman peminjam di samping peruntukan
ang diberikan daripada ibu pejabat Perbadanan Pinjaman Sabah.
6.2.3 ALIRAN KEWANGAN DARIPADA AKTIVITI PERBADANAN
PINJAMAN SABAH

Perbadanan Pinjaman Sabah adalah sebuah syarikat yang sangat


mementingkat akan kepentingan kakitangannya. Ini kerana, sekiranya ahli
keluarga kakitangan yang mendapat rawatan dari doctor, maka dibolehkan untuk
“Claim” setiap pembayaran yang telah terlibat. Tapi perlu menyertakan dengan
bukti bil rawatan.

Begitu juga halnya, jika sesuatu urusan pejabat yang mana kakitangan
telah menggunakan harta mereka untuk tujuan lain, maka mereka berhak untuk
menebus atau “Claim” pembayaran tersebut. Sebarang aktiviti yang berlangsung
di Pusat Pelanggan Tawau perlu meminta “Budget” dari Ibu Pejabat agar dapat
dilaksanakan.

Walau bagaimanapun, kesemua ini perlu untuk mendapatkan bukti akan


apa yang telah dilakukan dengan wang syarikat. Hal ini adalah bagi mengawal
pengaliran wang oleh Pusat Pelanggan Tawau kerana pertanyaan akan diajukan
sekiranya penggunaan aliran tunai didapati terlalu tinggi.
PERBADANAN PINJAMAN SABAH

6.3 KOMEN DAN CADANGAN

Dalam bab ini, tidak banyak yang dapat dikemukan mengenai perakaunan
dalam firma atau syarikat ini iaitu Perbadanan Pinjaman Sabah. Ini kerana,
semuanya yang disebut bahagian perakaunan adalah rahsia kepada syarikat dan
semua akaun yang sepenuhnya dibuat oleh Akauntan di Ibu Pejabat Kota
Kinabalu. Bahagian Cawangan hanya menghantar laporan mingguan dan bulanan
ke Ibu Pejabat kerana Akauntan di sana yang dipertanggungjawabkan membuat
perakaunan syarikat.

Apa yang ingin di komen dalam bab ini ialah mengenai system
perakaunan yang telah digunakan oleh Firma ini. Di atas segala kesungguhan
serta ketelitian yang ditunjukkan oleh pembantu akaun dalam mengurus kerja-
kerja yang melibatkan system perakaunan, maka segala urusan kerja tersebut
berjalan dengan baik.
PERBADANAN PINJAMAN SABAH

6.4 KESIMPULAN

Berakhirnya bab ini, maka hanya itu sahaja yang dapat diterangkan dalam
Buku Laporan Industri pelatih. Hanya ini sahaja yang mampu untuk dilakukan
bagi menceriakan bagi bahagian perakaunan dalam bab 6 kerana cawangan tidak
membuat perakaunan yang sepenuhnya kerana itu adalah ditugaskan di bahagian
Ibu Pejabat, pihak cawangan hanya dipastikan untuk menghantar laporan sahaja.

Semoga apa yang telah diberikan ini dapat difahami dengan mudah oleh
pemeriksa berpandukan segala dokumen yang dikepilkan bersam di dalam Buku
Laporan ini.
PERBADANAN PINJAMAN SABAH

BAB 7

KESIMPULAN

Buku Laporan Latihan Indstri ini telah memuatkan perkara-perkara yang lengkap
bagi menyiapkan laporan ini yang mana menerangkan lebih lengkap mengenai
Perbadanan Pinjaman Sabah dan segala aktiviti yang dijalankan pada setiap hari
operasinya.

Namun, perkara penting yang ingin diperjelaskan di dalam bab ini adalah
mengenai segala aktiviti yang sering dilakukan setiap hari. Penekanan yang lebih telah
diberikan kepada pelatih adalah lebih cenderung kepada pelajaran tentang menguruskan
pinjaman peribadi atau lebih dikenali dengan nama “Executive Revolving” / “Executive
Loan” semasa menjalani latihan industri di Pusat pelanggan Tawau Perbadanan Pinjaman
Sabah. Pinjaman ini merupakan salah satu daripada jenis pinjaman yang telah
PERBADANAN PINJAMAN SABAH
ditawarkan di sini di mana proses-prosesnya bermula daripada pendaftaran pinjaman dan
diakhiri dengan penerimaan pengeluaran cek oleh peminjam.

Pelatih telah diberi kepercayaan dan tanggungjawab untuk menbantu menjalankan


proses pinjaman ini. Pelatih telah didedahkan dengan ilmu pengetahuan yang luas
mengenai cara-cara membuat pinjaman, memeriksa slip gaji pemohon, bagaimana
mendapatkan nombor fail pinjaman pelanggan ( CIF NUMBER ), membuat proses
pengeluaran surat tawaran, proses mendapatkan “Maintenance” sehinggalah kepada
pengeluaran cek.

Proses kerja iaitu boring permohonan dihantar, diperiksa dan disaftarkan


sehinggalah kepada boring permohonan tersebut itu difailkan untuk keselamatan
dokumen pemohon. Menyusun dokumen dengan teratur dan kemas mengikut sistem
pemfailan bagi membolehkan pemeriksaan dibuat dengan cepat dan mudah. Sistem
pemfailan ini akan dikemaskinikan selepas sahaja peminjam telah mengambil cek
mereka, ini perlu untuk pemeriksaan apabila di audit oleh MAMPU. Proses-proses ini
dapat memberikan pelatih pengetahuan serta pengalaman yang luas dan mendalam dan
mudah serta cepat untuk pelatih menyesuaikan diri dengan pengetahuan kerja daripada
kemahiran dalam pembelajaran.

Manakala bagi pihak peminjam yang lain di Perbadanan Pinjaman Sabah


Cawangan Tawau adalah sangat kecil dipohon oleh pelanggan atau orang ramai
berbanding Pinjaman Eksekutif. Jumalah permohonan bagi pinjaman Eksekutif atau
pinjaman peribadi adalah sangat besar dan kebanyakan peminjam adalah daripada
kakitanagn kerajaan contohnya dari Jabatan Pendidikan dan Yayasan Sabah. Ekoran
daripada itu, tempoh untuk menunggu untuk mendapatkan pinjaman lain adalah sangat
lama berbanding Pinjaman Eksekutif yang tempoh mendapatkan cek adalah dalam
tempoh masa senulan sahaja atau lebih awal daripada itu. Kini, Jabatan Swasta pun boleh
PERBADANAN PINJAMAN SABAH
meminjam di Perbadanan Pinjaman Sabah jika mendapat kebenaran daripada majikan
contohnya seperti Bank Islam Malaysia Berhad ( BIMB ) atau Malayan Banking Berhad
( MBB ).

Pihak Perbadanan Pinjaman Sabah ( PPS ) memberi peluang kepada pelatih untuk
melayani pelanggan yang berkunjung ke PPS. Semua pertanyaan akan dijawab oleh
pelatih berdasarkan pengetahuan yang telah diperolehi. Kesemua pelanggan yang datang
mempunyai pelbagai ragam yang kadang-kala akan menguji kesabaran pelatih. Dari
situlah, pelatih akan dapat mempelajari untuk menghadapi situasi seperti di alam
pekerjaan yang sebenar dan akan dapat memperbaiki cara berkomunikasi dengan lebih
baik lagi seperti sebelumnya.

Pelatih juga dapat belajar untuk memahami dan cuba mengatasi segala masalah-
masalah yang timbul dalam situasi pekerjaan yang sebenarnya. Komunikasi dan
pergaulan diantara pelatih dengan kakitangan, orang awam dan pelatih, Pengurus Pusat
Pelanggan Tawau itu sendiri telah dapat membuka mnda pelatih agar bersikap lebih
positif, inovatif, kreatif, dan kritis ketika menjalankan sesuatu kerja di samping dapat
menanamkan sikap tanggungjawab dalam diri pelatih.

Secara tidak langsung, pelatih telah dapat menanamkan sikap berdikari serta sikap
bersiap sedia dalam menghadapi apa sahaja rintanganyang bakal dihadapi kelak. Pelatih
juga telah dapat memperbaiki cara berkomunikasi dengan lebih baik lagi berbanding
dengan sebelumnya berdasarkan pengalaman yang telah diperolehi semnejak menjalani
Latihan Industri.

Setelah tamat Latihan Industri, saya telah menyediakan Buku Laporan ini dengan
menyertakan lapiran bagi membantu untuk menudahkan pemahaman dan sebagai bukti
PERBADANAN PINJAMAN SABAH
bahawa apa yang telah pelatih terangkan adalah berdasarkan daripada apa yang telah
dipelajari semasa menjalani latihan. Begitu juga bagi gambarajah serta jadual yang
berkaitan di PPS telah disertakan sekali adalah bertujuan untuk memudahkan penerangan
mengenai Laporan Latihan Industri yang telah dijalankan selama 20 minggu ini iaitu
selama 5 bulan.
Pelatih berharap, dengan apa yang telah diterangkkan di dalam Buku Laporan ini
dapat difahami dengan lebih jelas. Hanya ini yang mampu diterangkkan dalam
penyediaan Buku Laporan Latihan Industri ini.

Walau apapun, segala pengalaman yang telah diperolehi semasa menjalani latihan
industri serta dalam penulisan Buku Laporan Latihan Industri telah memberikan satu
semangat dan harapan bagi merealisasikan impian dan matlamat untuk lebih berjaya pada
masa akan datang. Sinonim dengan falsafah semua politeknik-politeknik yang terdapat di
Malaysia serta mempunyai satu falsafah yang sama iaitu “Mengeluarkan Tenaga lulusan
Politeknik yang lebih Professional, Berilmu serta berwawasan dalam semua aspek yang
diceburi”.
PERBADANAN PINJAMAN SABAH

BAB 8

KOMEN DAN CADANGAN

Menjalani Latihan Industri adalah merupakan suatu titik tolak di dalam diri
pelatih serta pelajar lain bagi mengenali dan mempelajari situasi alam pekerjaan yang
sebenar. Oleh itu, persediaan yang cukup dalam diri saya sebagai seorang pelatih serta
pelajar yang lain adalah perlu bagi menempuh alam pekerjaan yang sebenar. Persediaan
tersebut adalah dari segi mental, emosi dan kesabaran serta ketahanan diri yang kental
perlu dipupuk dan disemai dalam diri setiap pelajar serta diri pelatih sendiri kerana di
alam pekerjaan yang sebenar nanti, dugaan dan tekanan akan seringkali berlaku, jadi
persediaan untuk menghadapinya adalah amat penting.
PERBADANAN PINJAMAN SABAH
Disamping itu, kesedaran mengenai alam pekerjaan sebenar yang akan lebih
mencabar dapat memupuk pelatih agar menanamkan sikap berdisiplin, bersabar, dan juga
senantiasa bersedia dalam menghadapi apa jua masalah yang sedang dihadapi mahupun
yang bakal akan dihadapi oleh para pelatih kelak.
Ini adalah ekoran daripada npengalaman semasa menjalani Latihan Industri, saya
telah berdepan dengan pelbagai sikap masyarakat yang datang untuk berurusan. Terdapat
banyak perkara yang didapati berlaku terutama dalam cara berkomunikasi di mana ada
yang baik dan ada juga yang kurang baik cara komunikasinya ketika berurusan di
Perbadanan Pinjaman Sabah ( PPS ). Dengan itu, hal ini akan dapat membuka fikiran
para pelatih agar dapat menjadi lebih komited terhadap pekerjaan di masa yang akan
datang.

Apa yang ingin dikomen, adalah mengenai jumlah kakitangan yang terdapat di
Pusat Pelanggan Tawau adalah seperti tidak mencukupi. Sekirannya terdapat seorang
kakitangan yang tidak dapat hadir contohnya bagi yang menguruskan “Refund”
peminjam, maka proses akan terhenti pada hari itu kerana hanya beliau yang lebih
mengetahui tentang perkara berikut. Jika diperuntukkan kakitangan yang ramai di Pusat
Pelanggan Tawau di mana satu tugas akan dikendalikan oleh 2 orang kakitangan
terutamannya di bahagian Pinjaman Eksekutif kerana pinjaman ini merupakan pinjaman
yang paling banyak dipohon oleh pelanggan yang datang.

Tetapi daripada apa yang telah saya ketahui, jumlah kakitangan seramai 8 orang
selain daripada Pengurus Pusat Pelanggan dikatakan telah mencukupi di mana mereka
telah diarahkan untuk membuat tugas di PPS secara “Multi Tasking” tetapi hanya
segelintir sahaja yang telah melaksanakan arahan tersebut. Oleh itu, perkara ini perlulah
diteliti dengan lebih lagi untuk kebaikan serta kecemerlangan bersama warga Perbadanan
Pinjaman Sabah seluruhnya.
PERBADANAN PINJAMAN SABAH

Selain komen, secara jujurnya saya ingin memuji dengan cara pergaulan
kakitangan PPS terutamanya di Pusat Pelanggan Tawau yang amat baik. Semua
kakitangannya dapat menjalan tugas secara berkumpulan dan akan menolong di antara
satu sama lain sekiranyaada di antara mereka yang memerlukan pertolongan. Ini adalah
merupakan contoh yang baik bagi para pelatih untuk dicontohi daripada Pusat Pelanggan
Tawau, Perbadanan Pinjaman Sabah. Mereka dapat mewujudkan hubungan silaturahim
yang baik. Saya sebagai seorang pelatih berasa sungguh gembira dan amat bersyukur
kerana dapat menjalani Latihan Industri di Perbadanan Pinjaman Sabah. Pengurus Pusat
Pelanggan Tawau serta para kakitangan PPS telah memberikan segala tunjuk ajar dengan
penuh hemat dan penug kasih saying.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kakitangan serta warga PPS di atas
dasar kepercayaan yang telah diberikan selama saya menjalani Latihan Industri di firma
ini. Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada Pengurus Pusat Pelanggan Tawau yang
turut melayani saya dengan baik sepanjang tempoh menjalani Latihan Industri.

Diharapkan, semoga dengan apa yang telah dikomen akan dapat memperbaiki lagi
mutu serta corak pekerjaan yang dijalankan oleh warga Perbadanan Pinjaman Sabah
khususnya.
PERBADANAN PINJAMAN SABAH

8.1 CADANGAN PELATIH

Selaku pelajar Politeknik Kota Kinabalu, saya rasa amat bersyukur dan berbangga
kerana dapat menamatkan Latihan Industri di Perbadana Pinjaman Sabah ( PPS ) tanpa
menghadapi sebarang masalah yang serius dalam firma tersebut. Malah saya juga cukup
berpuashati dengan Pengurus Pusat Pelanggan Tawau iaitu Pn. Asmah A.B Titingan dan
Staf Perbadanan Pinjaman Sabah diatas petolongan, tunjuk ajar, nasihat, layanan yang
diberikan kepada saya sepanjang menjalani latihan industri tersebut.

Sebagai seorang pelajar Politeknik Kota Kinabalu yang sudah menjalani Latihan
Industri banyak kemahiran dan pengalaman yang saya perolehi. Saya ingin mengambil
kesempatan untuk mengutarakan cadangan dan komen saya iaitu :

(a) Melengkapkan keterangan di dalam Buku Garis Panduan Latihan Industri


agar memudahkan pelajar membuat dan meyiapkan Buku laporan Latihan
Industri mereka dengan baik, kemas, teratur, lengkap dan padat.

(b) Memberikan maklumat tentang syarikat yang akan menjadi tempat pelajar
menjalan Latihan Industri, adakah sesui dengan kursus yang diambil oleh
pelajar Politeknik atau sebagainya.
PERBADANAN PINJAMAN SABAH
(c) Memberikan sedikit contoh Buku Laporan Latihan Industri pelajar
terdahulu kepada pelajar yang akan menjalani Latihan industri agar dapat
menyiapkan laporan dengan baik.

(d) Menyediakan senarai syarikat-syarikat yang dapat mengambil pelajar


Politeknik untuk menjalni Latihan Industri mengikut kursus pelajar
masing-masing.

BAB 9

PENUTUP

Selepas menjalani Latihan Industri ini, saya masih dapat mendisiplinkan


diri saya mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh Perbadanan Pinjaman
PERBADANAN PINJAMAN SABAH
Sabah antaranya cara pemakaian, pergaulan, komunikasi dan ketetapan
menggunakan masa ketika saya masih berada di Politeknik Kota Kinabalu.

Dengan adanya Program Latihan Industri ini dapat melahirkan ramai


pelajar yang berpengetahuan, berkemahiran dan mempunyai sedikit pengalaman
dalam bidang pekerjaan walaupun masih belajar lagi dan ia merupakan persiapan
awal mereka untuk maju ke hadapan.

Dalam melaksanakan tanggungjawab, Perbadanan Pinjaman Sabah telah


menyumbangkan kepada masyarakat di Sabah iaitu peluang pinjaman. Melalui
program latihan dan kursus, Perbadanan Pinjaman Sabah telah memajukan bidang
pengetahuan dan kemahiran yang membolehkannya mengembangkan
perniagaannya.

Anda mungkin juga menyukai