Anda di halaman 1dari 69

POLITEKNIK BALIK PULAU

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI

JABATAN KESIHATAN

NEGERI PULAU PINANG

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA : NOOR SABEEYA BINTI HAJAH ALAVUDIN

NO. PEND : 21DDT19F1202

JABATAN : JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN

KOMUNIKASI

TEMPOH LATIHAN : 27 SEPTEMBER 2021 – 11 FEBRUARI 2022


LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI

OLEH

NOOR SABEEYA BINTI HAJAH ALAVUDIN

JABATAN KESIHATAN NEGERI PULAU PINANG

JALAN RESIDENSI , 10450 GEORGETOWN ,PULAU

PINANG

BUKU LAPORAN INI DIKEMUKAKAN KEPADA JABATAN


TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
SEBAGAI MEMENUHI SEBAHAGIAN DARI SYARAT
PENGANUGERAHAN
SIJIL / DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

21DDT19F1202
POLITEKNIK BALIK PULAU
SEPTEMBER 2021
PERAKUAN

Laporan ini adalah hasil usaha saya sendiri kecuali pada bahagian-bahagian yang

dilampirkan dari sumber-sumber yang dinyatakan.

…………………….

Tarikh :
(NOOR SABEEYA BINTI HAJAH ALAVUDIN)

Disahkan oleh :

…………………….. Tarikh :
(Tuan Ahmad Fauzi Tumini Bin Ali)
Cop Firma
*******PAGE UNTUK SURAT TAMAT LATIHAN INDUSTRI

DEDIKASI
            Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Dedikasi ini khas buat staf

Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang kerana yang banyak membantu saya di

dalam penghasilan Laporan Akhir Latihan Industri ini serta rakan-rakan

seperjuangan lain yang turut bersama-sama membantu saya.  Selain itu, tidak lupa

juga kepada pihak Politeknik Balik Pulau yang telah banyak membantu saya dengan

memberi bimbingan panduan serta tunjuk ajar sewaktu menjalani Latihan Industri

dan sehingga terhasilnya Laporan ini. Sekian, Terima Kasih.

PENGHARGAAN
 Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih ditujukan kepada Encik

Ahmad Fauzi Tumini Bin Ali selaku penolong pengarah kanan jabatan dan juga

bahagian JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI kerana telah

memberikan peluang kepada saya untuk menjalani Latihan Industri bermula 27

september 2021 sehingga 11 februari 2022 di JABATAN KESIHATAN NEGERI

PULAU PINANG(JKNPP), CAWANGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua staf dan

penyelia industri saya iaitu Encik Ahmad Fauzi Tumini Bin Ali, Puan Hadzila , Encik

Ahmad Baqir dan staf JKNPP yang telah memberi peluang kepada saya untuk

menjalani latihan industri dan berkongsi ilmu serta pengalaman di unit jagaan beliau

semua dan turut memberikan tunjuk ajar, kerjasama dan teguran sepanjang saya

berkhidmat di jabatan atau firma ini.

Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pensyarah-

pensyarah Politeknik Balik Pulau yang telah banyak membantu saya secara

langsung mahupun tidak langsung sepanjang Latihan Industri ini berjalan. Sekalung

penghargaan diucapkan kedua-dua ibu bapa saya , abang saya iaitu Muhammad

Ishaq dan sahabat saya iaitu Nur Jafni kerana banyak membantu saya membuat

kerja-kerja yang diberikan oleh penyelia untuk dibuat dan memberi sokongan pada

saya untuk menjayakan Latihan Industri saya ini.

Akhir kata, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada sesiapa juga yang

terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam membantu saya

menjalani sesi Latihan Industri ini dengan berjaya.


SENARAI KANDUNGAN

Isi Kandungan
Mukasurat

Halaman Judul
Perakuan
Surat Tamat Latihan
Dedikasi
Penghargaan
Senarai Kandungan
Senarai Jadual
Senarai Rajah
Senarai Lampiran

BAB 1: PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
1.2 Objektif Latihan Industri
1.3 Objektif Laporan
1.4 Kepentingan Latihan Industri kepada Pelajar

BAB 2: LATAR BELAKANG SYARIKAT


2.1 Pengenalan Firma
2.2 Latar Belakang Penubuhan Firma
2.3 Ahli Lembaga Pengarah
2.3.1 Sistem Pentadbiran
2.3.2 Aktiviti Firma
2.3.3 Halatuju Firma
2.3.4 Carta Organisasi Firma

BAB 3: RINGKASAN MINGGUAN


3.1 Ringkasan aktiviti semasa latihan industri

BAB 4: LAPORAN TEKNIKAL


4.1 Operasi Rangkaian Tempatan
4.1.1 Pengenalan
4.1.2 Kedudukan umum operasi
4.1.3 Struktur Pengagihan Utama
4.1.3.1 Bahagian Ibusawat
4.1.3.2 Bahagian Talian
4.1.4 Rangkaian Suis
4.1.4.1 Operasi Rangkaian Suis
4.1.4.2 Bahagian Penggunaan

4.2 Operasi Rangkaian Tempatan


4.2.1 Pengenalan
4.2.2 Kedudukan Umum Operasi
4.2.3 Struktur Pengagihan Utama
4.2.3.1 Bahagian Ibusawat
4.2.3.2 Bahagian Talian
4.2.4 Rangkaian Suis
4.2.4.1 Operasi Rangkaian Suis
4.2.4.2 Bahagian Penggunaan

BAB 5: DAPATAN DAN CADANGAN


5.1 Dapatan
5.2 Komen dan Cadangan

BAB 6: KESIMPULAN

BIBLIOGRAFI/RUJUKAN
SENARAI JADUAL

Jadual Tajuk Mukasurat


Jadual 2.3 Pengurusan Bab 2 latar belakang syarikat 17
Tertinggi Jabatan Kesihatan
Negeri Pulau Pinang
SENARAI RAJAH

Rajah Tajuk Mukasurat

Rajah 2.1 Logo Firma Bab 2 Pengenalan Firma 11


Rajah 2.2.1 Sebelum Bertukar Bab 2 latar Belakang Penubuhan Firma 13
Rajah 2.2.2 Selepas Bertukar Bab 2 latar Belakang Penubuhan Firma 13
Rajah 2.2.3 Sebelum Bertukar Bab 2 latar Belakang Penubuhan Firma 13
Rajah 2.2.4 Selepas Bertukar Bab 2 latar Belakang Penubuhan Firma 13
Rajah 2.2.5 Menaiktaraf bangunan Bab 2 latar Belakang Penubuhan Firma 14
Rajah 2.2.6 Menaiktaraf bangunan Bab 2 latar Belakang Penubuhan Firma 14
Rajah 2.3.4 Carta Organisasi Firma Bab 2 latar Belakang Penubuhan Firma 22
Rajah 4.1.2.1.1 Code Borang Bab 4 Borang Pendaftaran
Rajah 4.1.2.1.2 Borang Bab 4 Borang Pendaftaran
Rajah 4.1.2.1.3 code dan Bab 4 Borang Pendaftaran
paparan boring
Rajah 4.1.2.2.1 perbincangan Bab 4 Perbincangan projek
Rajah 4.1.2.2.2 memperbetulkan Bab 4 Perbincangan projek
code
Rajah 4.1.2.2.3 bantuan dari HSJ Bab 4 Perbincangan projek
BAB 1
PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

Latihan Industri ini diwajibkan kepada setiap pelajar Diploma Teknologi Maklumat &

Komunikasi sebagai syarat penganugerahan diploma. Latihan ini bertujuan untuk

memberikan pendedahan dan pengalaman kepada pelajar tentang keadaan sebenar

alam pekerjaan dalam bidang Teknologi Maklumat & Komunikasi dan sebagai

persediaan awal bagi pelajar sebelum melangkah ke satu tahap menjadi seorang
pekerja. Bagi sesi JUN 2019, latihan ini berjalan selama 20 minggu iaitu bermula

pada tarikh 27 SEPTEMBER 2021 hingga 11 FEBRUARI 2022.

       Saya telah memohon dan mendapat tempat untuk menjalani Latihan Industri di

sebuah firma iaitu Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang .Saya telah ditempatkan

di cawangan teknologi maklumat sepanjang tempoh latihan industri disini.

Sepanjang tempoh latihan disini, saya telah diberi peluang untuk melibatkan diri

dalam melakukan kerja-kerja sokongan teknikal yang berkaitan teknologi maklumat

seperti pemasangan cable Ethernet, Membantu membuat sistem, pemasangan

komputer dan sebagainya.

1.2 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

Seperti yang diketahui, Latihan Industri adalah langkah penting bagi membentuk

persediaan pekerjaan kepada pelajar.  Ini kerana, semasa pelajar menjalani Latihan

Industri, pelajar didedahkan dengan alam pekerjaan yang sebenar dan ini dapat

memberi pengalaman yang amat berguna pada mereka kelak.

        Latihan Industri bukan hanya merupakan komponen utama dalam sesebuah

kokurikulum pembelajaran tetapi ia juga merupakan salah satu langkah untuk

membentuk pekerja yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Ini selaras dengan

objektif negara untuk membentuk rakyat yang berwawasan 2020 serta rakyat yang
mampu bersaing dengan negara luar.

         Namun begitu, dari sudut institusi pengajian, objektif  Latihan Industri ialah

untuk membina personaliti individu dalam diri pelajar, membantu pelajar untuk

berkomunikasi dengan lebih berkesan, membentuk disiplin dalam diri pelajar kerana

pelajar akan mengamalkan etika dan peraturan kerja yang baik serta memberi

pendedahan kepada alam pekerjaan dan menghasilkan Laporan Industri.

           Bukan itu sahaja, Latihan Industri juga dapat meningkatkan keyakinan diri

dalam diri pelajar serta dapat meningkatkan semangat pelajar untuk terus

menyambung kerjaya dalam bidang yang dipilih setelah mereka tamat latihan di

industri dan pengajian di Politeknik. Pelajar juga dapat mempraktikkan teori dan

amali sepanjang mereka menjalani Latihan Industri.

            Pihak Politeknik juga dapat bekerjasama dengan pihak Industri untuk

meningkatkan lagi mutu pelajar keluaran Politeknik selaras dengan kemahuan

Industri tempatan yang kian membangun dan semakin pesat. Saya berharap dengan

adanya Latihan Industri, Politeknik dapat menghasilkan bakal - bakal pekerja yang

mampu memenuhi kehendak Industri tempatan yang semakin bergerak pantas

selaras dengan kemajuan teknologi yang semakin berkembang sekarang.

Dengan ringkasnya, objektif Latihan Industri adalah Mendedahkan pelajar kepada

alam pekerjaan yang sebenar , Membolehkan pelajar melihat berkaitan di antara

teori yang dipelajari dengan kerja-kerja praktikal , Mengamalkan dan mematuhi

peraturan-peraturan keselamatan dalam industri , Membentuk dan mengukuhkan

keyakinan diri dalam melaksanakan tugas , Menanamkan semangat kerja


berpasukan dan perhubungan yang baik sesama pekerja , Dapat menilai kebolehan

diri sendiri untuk persediaan menghadapi alam pekerjaan selepas tamat pengajian ,

Menimbulkan kesedaran serta meningkatkan minat pelajar terhadap jurusan yang

dipilih , Meningkatkan semangat jujur, amanah dan berdedikasi dan

bertanggungjawab terhadap tugas-tugas yang diberikan.

1.3 OBJECTIF LAPORAN

Penilaian Latihan Industri akan dijalankan sepanjang tempoh Latihan Industri dan

selepas tamatnya latihan seseorang pelajar. Hal ini bagi memenuhi keperluan

pelajar untuk dianugerah dengan kelayakan  diploma dari Kemeneterian Pendidikan

Malaysia dan Jabatan Pengajian Politeknik.  

Antara objektif laporan Latihan Industri adalah untuk menjadi bukti bahawa pelajar

tersebut telah menjalani Latihan Industri mengikut jangka waktu yang telah

ditetapkan ,Mencatatkan segala aktiviti semasa menalani Latihan Industri , Menjadi


bahan rujukan pada masa hadapan , Membuktikan bahawa pelajar itu memahami

dan menghayati sesuatu kerja yang dibuat semasa Latihan Industri dan sebagai

rujukan selepas menjalani Latihan Industri di firma selepas tamat menjalani

pengajian di Politeknik.

1.4 KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI KEPADA PELAJAR

Jika ada objektif Latihan Industri, pasti akan ada kepentingannya. Latihan Industri

adalah sesuatu yang penting bagi pelajar , tidak hanya pada pelajar Politeknik

sahaja, Latihan Industri juga penting untuk semua yang bergelar pelajar. Banyak

sebenarnya faedah yang diperolehi oleh pelajar sekiranya mereka menjalani Latihan

Industri.
Antara kepentingan Latihan Industri adalah membina dan memantapkan diri pelajar

supaya lebih yakin untuk menghadapi sebarang tugas dan dugaan yang dihadapi di

alam pekerjaan , Menanam semangat kerja berpasukan dan perhubungan baik

antara pekerja dan kakitangan sesebuah organisasi. , Mendedahkan pelajar ke alam

pekerjaan yang sebenar , Agar pelajar tidak menghadapi sebarang kesukaran atau

kekok apabila mula bekerja kelak., Mengamalkan dan mematuhi peraturan

keselamatan dalam industri , Mengaitkan teori kepada praktis dan sebagainya ,

Membina keyakinan diri dan memupuk sifat amanah dan bertanggungjawab dalam

melaksanakan tugas dan Menyediakan sebuah laporan rasmi setelah tamat latihan.

         Dengan huraian – huraian di atas, Latihan Industri adalah suatu konsep yang

harus wujud pada semua institusi pendidikan tinggi. Ini kerana, Latihan Industri

dapat membentuk sikap dan jati diri kepada bakal pekerja yang berjaya.  Latihan

Industri juga memberi begitu banyak kesan yang positif dalam diri pelajar.

Latihan Industri juga membantu pelajar dari segi mental dan fizikal. Ini kerana,

apabila pelajar menghadapi alam pekerjaan kelak, pelajar tidak akan mengalami

kejutan budaya bekerja. Oleh sebab itu, wajar saya katakan yang Latihan Industri

adalah satu platform membentuk pekerja yang cemerlang , disiplin, kreatif dan

berdaya saing.
BAB 2

LATAR BELAKANG SYARIKAT


2. 1 PENGENALAN FIRMA

Rajah 2.1 Logo Firma

Pejabat Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang adalah Ibu Pejabat

kepada Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang manakala Jabatan Kesihatan

Negeri adalah cawangan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi Negeri Pulau

Pinang. Pejabat Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang yang dahulunya

dipanggil sebagai Office Of Chief Medical And Health Officer telah bermula kira-kira

seratus tahun dahulu.

Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang ditubuhkan  bagi pengurusan program

kesihatan melalui perancangan yang strategik, pengurusan dan pengagihan sumber

yang munasabah, perlaksanaan, pemantauan dan penilaian aktiviti-aktivitinya untuk

memastikan perkhidmatan kesihatan dapat diberikan kepada masyarakat agar

mencapai tahap kesihatan yang optimum sepanjang hayat.


2.2 LATAR BELAKANG PENUBUHAN FIRMA
Rajah 2.2.1 Sebelum Bertukar Rajah 2.2.2 Selepas Bertukar

Rajah 2.2.3 Sebelum Bertukar Rajah 2.2.4 Selepas Bertukar


Rajah 2.2.5 Menaiktaraf bangunan Rajah 2.2.6 Menaiktaraf bangunan

Kolej Kejuruwaratan yang pertama ditubuhkan ialah Kolej Kejururawatan Pulau

Pinang iaitu pada tahun 1947 dan diikuti dengan pembukaan asrama jururawat iaitu

pada 16 Julai 1956 oleh Sir Donald Mc Gilivray K.C.M.G, M.B.E. Kolej

Kejururawatan ini bangunan yang paling lama yang berada di pulau pinang di jalan

residensi. Dahulunya kolej kejururawatan ini dikenali sebagai Sekolah Kejururawat

Pulau Pinang. Kolej ini telah dimulakan dangan kurikulum baru iaitu Latihan Asas,

Latihan Pos Basik iaitu Kursus Paediatrik, Kursus Kebidanan, Kursus Perawatan

Rapi, Kursus Koronari dan Kursus Perioperatif.


Kolej ini ada dua bangunan , bangunan yang sedia ada sehingga kini dengan nama

yang betul adalah seperti rajah 2.2.1 dan rajah 2.2.3 . Bangunan pada rajah 2.2.3

ialah bangunan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang , pada masa dahulu

bangunan ini adalah bangunan kolej kejururawatan.

Kolej Kejururawatan bertukar menjadi Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang pada

tahun 2021. Pihak Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang telah berpindah dari

Bangunan Mara Pangkalan Weld ke Kolej Kejururawatan setelah siap dibina dan

diubah suai.

Bangunan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang mula dibina atau diubah suai

bermula 1 Julai 2020 dan siap dibina atau diubah suai pada 31 Disember

2020.Projek yang di buat pada bangunan Kolej kejururawatan ialah kerja-kerja

menaiktaraf bangunan termasuk lain-lain kerja berkaitan kepada kompleks

kecemerlangan kesihatan pulau pinang, daerah timur laut.Pegawai penguasa yang

mengambil alih untuk menyiapkan bangunan ini ialah pengarah kesihatan.


2.3 AHLI LEMBAGA PENGARAH

(Pengurusan Tertinggi Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang)

PENGURUSAN TERTINGGI JABATAN KESIHATAN NEGERI PULAU PINANG

Pengarah Kesihatan Negeri Pulau Pinang

DR. MA’AROF BIN SUDIN


JUSA B
maarof@noh.gov.my
Amanat Pengarah Kesihatan

Pengarah JKNPP

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri


Pengurusan

MAHESWARI MALAYANDY
GRED M54
maheswari@moh.gov.my

TPKN (Pengurusan)

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri


Perubatan

DR. NUR ASLINA BINTI BAHAKODIN


GRED UD54
nurbaha@moh.gov.my

TPKN (Perubatan)

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri


Kesihatan Awam

DR. RAFIDAH BINTI MD. NOOR


GRED UD46
rafidahmdnoor@moh.gov.my

TPKN (Kesihatan Awam)

Jadual 2.3 Pengurusan Tertinggi Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang


2.3.1 SISTEM PENTADBIRAN

Bahagian Pengurusan melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memperkukuhkan dan

memantapkan sistem penyampaian sedia ada serta menyokong pelaksanaan

program bahagian-bahagian lain. 

Bahagian Pengurusan menjadi tulang belakang kepada Jabatan Kesihatan Negeri

Pulau Pinang terutama dalam pengurusan teknologi maklumat. Di samping itu,

Bahagian Pengurusan juga memainkan peranan penting untuk memastikan sistem

penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan mencapai piawaian yang ditetapkan.

Sistem pentadbiran Unit Teknologi Maklumat (IT) adalah seperti mengurus,

menyenggara dan menyelaras prasarana ICT, merancang, membangun dan

menyenggara sistem maklumat ,menguruskan kebolehcapaian terhadap rangkaian

dan perkakasan rangkaian ,mengurus dan menyenggara Portal JKNPP ,mengurus

dan memantau pelaksanaan projek-projek ICT termasuk pelaksanaan Aplikasi

Kerajaan Elektronik dan aplikasi Kementerian Kesihatan Malaysia , menjaga

keselamatan sistem maklumat kerajaan, mengurus program latihan ICT dan

memberi khidmat bantuan teknikal ICT.

 
2.3.2 AKTIVITI FIRMA

Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang ditubuhkan  bagi pengurusan program

kesihatan melalui perancangan yang strategik, pengurusan dan pengagihan sumber

yang munasabah, perlaksanaan, pemantauan dan penilaian aktiviti-aktivitinya untuk

memastikan perkhidmatan kesihatan dapat diberikan kepada masyarakat agar

mencapai tahap kesihatan yang optimum sepanjang hayat.

Cawangan Teknologi Maklumat merupakan salah satu Cawangan utama di bawah

Bahagian Pengurusan. Berpandukan Pelan Strategik Teknologi Maklumat

Kementerian Kesihatan Malaysia bagi tempoh 2015 hingga 2020, Cawangan

Teknologi Maklumat merupakan tonggak dan landasan utama untuk merencanakan

pelaksanaan sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan menjadi lebih efisien dan

efektif.

Antara aktiviti yang dilakukan di firma atau Cawangan Teknologi Maklumat Bahagian

Pengurusan ialah seperti menyediakan Khidmat Sokongan Teknikal Teknologi

Maklumat Dan Komunikasi (ICT) . Khidmat sokongan teknikal ICT merupakan tugas

utama Cawangan Teknologi Maklumat. Kerja-kerja khidmat sokongan teknikal

melibatkan kerja-kerja pembaikan,penambahan dan pemasangan perisian dan

aplikasi serta rangkaian Selain itu ,Pemantauan Emel 1GovUC dalam pengurusan

pendaftaran Emel dalam masa 1 hari bekerja selepas permohonan. Maklumat

pendaftaran emel baru dan aduan.

Seterusnya, Mengkoordinasi Dan Menyelaras Pelaksanaan Aplikasi eKerajaan Dan

eKesihatan untuk memastikan kesediaan aplikasi eKerajaan dan aplikasi

eKesihatan. Menyelesaikan permohonan instalasi aplikasi eKerajaan dan


eKesihatan dalam masa 2 hari bekerja.Pembaikan masalah aplikasi eKerajaan dan

eKesihatan dalam masa 1 hari bekerja.Kemudian, Perolehan Peralatan ICT

memberi khidmat nasihat kepada pengguna di dalam aspek perolehan ICT.

Justeru ,Perolehan Sewaan Peralatan ICT merekod dan memberi sewaan peralatan

ict kepada yang memerlu . sewaan peralatan ict seperti komputer riba , extension

plug dan sebagainya. Seterusnya , Persembahan Multimediapenyediaan

persembahan multimedia jika perlu untuk majlis-majlis yang dijalankan di JKNPP

dan menyediakan Buku Program Bagi Majlis Rasmi penyediaan buku program untuk

majlis berkenaan untuk menunjukkan turutan majlis , masa , tarikh dan sebaginya

mengenai majlis.
2.3.3 HALATUJU FIRMA

Objektif

Membantu seseorang individu mencapai dan mengekalkan suatu taraf kesihatan

bagi membolehkannya menjalani kehidupan ekonomi dan sosial yang produktif

dengan menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan kesihatan yang komprehensif,

meliputi aspek penggalakan, pencegahan dan rawatan yang cekap serta pemulihan.

VISI 

Pulau Pinang akan wujud sebagai sebuah negeri yang terdiri daripada individu,

keluarga dan masyarakat yang sihat melalui sistem kesihatan yang adil dan

saksama, cekap, mampu disedia dan diperolehi, berteknologi sesuai, serasi

pelanggan dan bersesuaian dengan persekitaran.

Sistem ini juga akan mengutamakan kualiti, inovasi, promosi kesihatan, hormat

kepada kemuliaan insan serta menggalakkan tanggungjawab individu dan

penyertaan masyarakat kearah peningkatan mutu kehidupan.

MISI 

Mewujudkan penglibatan dan penyertaan masyarakat negeri Pulau Pinang untuk

kesihatan bagi merangsang dan memudahkan rakyat untuk mencapai sepenuhnya


kemampuan kesihatan mereka. Seterusnya, menghargai kesihatan sebagai aset

yang bernilai . selain itu , mengambil langkah positif meningkatkan lagi dan

mengekalkan status kesihatan bagi menikmati kehidupan yang lebih bermutu.

2.3.4 CARTA ORGANISASI FIRMA

Rajah 2.3.4 Carta Organisasi Firma


BAB 3

RINGKASAN MINGGUAN

RINGKASAN AKTIVITI SEMASA LATIHAN INDUSTRI

MINGGU 1 (27 SEPTEMBER 2021 – 01 OKTOBER 2021)

Ringkasan kerja mingguan saya ialah kerja-kerja yang diberi oleh penyelia dan staf

Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang untuk dibuat seperti membuat pemasangan

komputer , konfigurasi komputer , membuat tugasan sampingan seperti menyusun

dan menyimpan kabel dan peralatan yang digunakan ke tempat asalnya dan

membuat sistem iaitu sistem pengurusan pesakit covid (bedwatcher) dan sistem

pengurusan ict
MINGGU 2 ( 04 OKTOBER 2021 – 08 OKTOBER 2021)

Ringkasan kerja mingguan saya ialah mengunakan ip address sistem untuk

membuka sistem bedwatcher untuk membangun sistem .setelah masuk kedalam

sistem membuat perubahan pada search bar .setelah itu , pagination dibuat untuk

memaparkan beberapa data pada satu masa pertologan Puan Afizah dari Hospital

Kepala Batas diberi.

Seterusnya, saya menyiapkan bilik mesyuarat dengan staf Ahmad untuk memasang

extension wire di plug utama, wayar kamera dan mikrofon . Selain itu, saya juga

membuat installation pada komputer iaitu install Microsoft word , antivirus, adobe

reader, google chrome dan win rar ke komputer yang diberi pinjam dan menulis

serial number dan tag number pada komputer . seterusnya, Perbicangan sistem

pesakit covid dibuat melalui google meet.Akhir sekali, saya menolong rakan saya

membuat kod untuk mengubah sistem seperti kod untuk meletakkan map dan

sebagainya.
MINGGU 3 (11 OKTOBER 2021 – 15 OKTOBER 2021)

Ringkasan kerja mingguan saya ialah memeriksa keberfungsian search bar dan

pagination pada sistem. Seterusnya, Menukar cpu lama ke cpu lain dengan

memasang power plug, network cable , usb cable dan lain-lain kabel . Update

version ke window . Selain itu, Perbincangan Pencapaian SKT ICT 2021 dibuat

dengan semua staff teknologi maklumat.

Akhir sekali, Menolong membuat code untuk dropdown pada sistem rakan dengan

mencari code yang berkaitan atau sekakan-akan sama untuk diubah seperti

diperlukan,

MINGGU 4 ( 18 OKTOBER 2021 – 22 OKTOBER 2021 )

Ringkasan kerja mingguan saya ialah saya membuat laporan akhir bab 1 iaitu

membuat muka hadapan laporan , menulis perakuan , dedikasi dan penghargaan.

Selain itu , menyediakan ruangan untuk membuat muka surat untuk senarai

kandungan , senarai jadual dan senarai rajah . Tambahan pula saya , menaip

pendahuluan , objektif latihan industri , objektif laporan , kepentingan Latihan industri

kepada pelajar.

Seterusnya, saya melengkapkan tajuk-tajuk kecil bab 2 dan mencari maklumat latar

belakang untuk firma Latihan Industri iaitu Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang.

Tambahan lagi, Menaip ringkasan mingguan di laporan akhir dengan menaip setakat
minggu 3 sahaja . Akhir sekali, saya membuat Network Connection dengan

menggunakkan cara yang betul yang diajar oleh Encik Fauzi.

MINGGU 5 ( 25 OKTOBER 2021 – 29 OKTOBER 2021 )

Ringkasan kerja mingguan saya ialah saya membuat kajian tentang Release and

Renew IP Address Command. Seterusnya , saya juga mengkaji tentang kelas-kelas

ip address iaitu terdiri daripada 5 kelas iaitu A,B,C,D dan E dan ip address yang

digunakkan dan tempat yang sesuai digunakkan. Justeru, Local network , loopback

address and link-local address digunakkan apabila ip address seperti berikut .

0.0.0.0/8 (local network) ,127.0.0.0/8 – 127.255.255.255/8 (loopback testing

address) dan 169.254.0.0/16 (link-local address)

Selain itu,, saya melengkapkan bab 3 pada laporan akhir. Seterusnya , saya

Menukar kata laluan pada Wifi Router TP-LINK untuk digunakkan oleh staf Jabatan

Kesihatan Negeri Pulau Pinang.

MINGGU 6 ( 1 NOVEMBER 2021 – 5 NOVEMBER 2021 )

Ringkasan kerja mingguan saya ialah saya membuat pengubah suai dashboard

pada sistem pengurusan ICT. setelah itu , saya meletakkan logo dan button untuk ke

portal rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang dan meletakkan gambar

bergerak seperti slideshow ditengah-tengah page. Seterusnya, Pautkan semua .


Selain itu,, saya melengkapkan bab 4 iaitu bab laporan teknikal saya menaip laporan

teknikal pada Operasi rangkaian tempatan ,pengenalan ,sistem pengurusan pesakit

covid-19, installation apps dan reset wifi tp-link router .

MINGGU 7 ( 8 NOVEMBER 2021 – 12 NOVEMBER 2021 )

Ringkasan kerja mingguan saya ialah saya membuat setup BIOS(Basic Input/Output

System) pada komputer, program ini sangat penting untuk permulaan pc.

Seterusnya, mencuci ram dan traffic card mengunakkan pemadam untuk memadam

bekas terbakar atau bekas hitam pada ram dan traffic card dan memperbetulkan

kedudukan ram dengan menekap ram pada dinding yang rata.

MINGGU 8 ( 15 NOVEMBER 2021 – 19 NOVEMBER 2021 )

Ringkasan kerja mingguan saya ialah saya mengubah design pada table dengan

menukar warna , row dan column pada table.. Selain itu, saya membuat

Pemasangan komputer iaitu memasang kabel seperti network cable , power plug

dan sebagainya yang diperlukan untuk menghidupkan komputer dan boleh berfungsi

dengan baik.Setelah itu , saya memeriksa komputer berjalan dengan lancar dan

tidak ada sebarang kerosakkan pada komputer yang dipasang dan update system
pada kesemua komputer.Selain itu, saya membuat Jasamu dikenang 2021 slide

presentation untuk membuat sijil pesara ahli pejawat awam.

MINGGU 9 ( 22 NOVEMBER 2021 – 26 NOVEMBER 2021 )

Ringkasan kerja mingguan saya ialah saya membuat form untuk memasukkan data

untuk 13 jenis maklumat yang perlu diisi oleh pengguna.Antaranya ialah no.aset,no

siri, hostname, mac addreses dan sebagainya. Selain itu , ditambah juga button

pada form iaitu button submit untuk memasukkan maklumat tersebut ke database

melalui database connection.Selain itu, saya membuat dropdown atau Select Option

untuk mengubah dari textbox ke dropdown untuk os , jenis storan dan kategori .

Kemudiannya , meletakkan WIFI router bertag dan tidak bertag ditempatnya dibilik

server,membuka setiap skru pada almari besi wifi router ,membuka besi tambahan

pada almari besi untuk diletak ditempat asalnya .Terdapat 3 buah wifi bertag dan 6

buah wifi tidak bertag disimpan di almari kaca

Akhir Sekali , memasang kabel utp untuk mendapatkan sambungan internet dan

juga membuat pengujian pada semua kabel setelah habis memasangnya

mengunakkan receiver dan scanner.


MINGGU 10 ( 29 NOVEMBER 2021 – 3 DISEMBER 2021 )

Ringkasan kerja mingguan saya ialah saya memasang 12 kabel UTP di bilik server.

Warna digunakkan ialah mengikut crossover kabel. Peralatan yang digunakkan ialah

seperti crimping tool , cutter, rj-45 dan sebagainya.

Selain itu, saya membuat penyambungan internet pada komputer di bilik makmal 4

aras 5 . Memeriksa kelajuan dan sambungan internet pada komputer berjaya atau

tidak.Selain itu , Memeriksa penyambungan internet untuk install Panda Endpoint

Protection kerana ia mengunakkan internet yang berlebihan.

Kemudian , membuat penambahan pengguna pada komputer iaitu menambah user

guest dan meletakkan katalaluan yang ketat pada user admin agar pihak admin

sahaja dapat memasuki bahagian user admin.

Akhir Sekali ,saya membuat installation untuk Panda Endpoint Protection. Panda

Endpoint Protection ialah penyelesaian keselamatan yang lengkap untuk titik akhir

terhadap perisian hasad, perisian tebusan dan ancaman terkini serta perlindungan

anti-spam untuk pelayan Exchange.


MINGGU 11 ( 6 DISEMBER 2021 – 10 DISEMBER 2021 )

Ringkasan kerja mingguan saya ialah saya membuat perubahan pada sistem

pengurusan ict seperti mengubah design , bentuk , lebar dan sebagainya pada

button, textbox dan dropdown.

Selain itu,saya menaip code untuk membuat database connection untuk data atau

maklumat yang akan dimasukkan daripada html akan dipaparkan di database

setelah menekan button submit.

Akhir Sekali ,saya membuat alert box atau pop up box pada button submit . Oleh itu

jika pengguna sudah selesai menaip semua maklumat dan menekan button submit

ia akan muncul mesej iaitu “rekod berjaya disimpan” .Oleh ini , pengguna

mengetahui data yang dimasukkan berjaya direkodkan di dalam database.

MINGGU 12 ( 13 DISEMBER 2021 – 17 DISEMBER 2021 )

Ringkasan kerja mingguan saya ialah saya membuat pemeriksaan dan penambah

baikan pada code muka surat inventoriICT.php dan loginpage.php .Selain itu ,

penambah baik sistem dengan menambah muka surat login, di dalam muka surat
login terdapat form putih, textbox , label dan button . Design pada muka surat login

tersebut dibuat mengikut tema dan pilihan warna yang sesuai. Seterusnya , saya

membuat kajian tentang muka surat login untuk mendapat idea yang lebih baik untuk

membuat sistem pengurusan ict bahagian muka surat login . kajian dibuat pada

bentuk , warna , dan keselamatan pada muka surat untuk memastikan keselamatan

semasa memasuki muka surat lebih selamat.

MINGGU 13 ( 20 DISEMBER 2021 – 24 DISEMBER 2021 )

Ringkasan kerja mingguan saya ialah saya membuat dashboard dan login page.

Perkara-perkara yang saya menukar pada dashboard ialah menambah panel-

wrapper, panel-head dan panel-body.Ini digunakkan untuk membuat design pada

dashboard page untuk mengisi maklumat atau berita terkini daripada pengurusan ict

untuk dipaparkan kepada pengguna sistem pengurusan ict.

Selain itu , pada login page mulanya membuat database untuk mendapat

connection untuk mengambil data dari database untuk login page. Oleh itu , login

page berfungsi jika database connection , nama pengguna , katalaluan di masukkan

dengan betul pada halaman login page untuk memasuki dashboard page.
BAB 4

LAPORAN TEKNIKAL

4.1 OPERASI RANGKAIAN TEMPATAN

Sistem operasi rangkaian berjalan pada pelayan(server) dan menyediakan

keupayaan untuk mengurus data,pengguna,kumpulan , keselamatan aplikasi dan

fungsi rangkaian lain. Tujuan utama sistem operasi rangkaian adalah untuk

membolehkan perkongsian fail dari akses pencetak antara beberapa komputer

dalaam rangkaian , biasanya rangkaian tempatan kawasan(LAN) rangkaian .

4.1.1 PENGENALAN

Laporan teknikal merujuk kepada tugas-tugas kerja telah dilaksanakan semasa

Latihan industri . Setiap tugas yang diberikan perlu mengikut proses dan prosedur

yang telah ditetapkan ianya dijalankan secara berperingkat-peringkat. Ia memastikan

segala pengurusan organisasi dapat berjalan lancar tanpa menimbulkan masalah. Di

dalam bab ini, pelajar diminta untuk melaporkan segala aktiviti dilakukan yang

melibatkan proses kerja yang telah dilakukan selama 20 minggu di syarikat tersebut.

Segala kerja yang melibatkan aktiviti dan proses ini hendaklah dilakukan supaya

pelajar dapat mengetahui dan mempelajari cara untuk mengendalikan kerja tersebut

dengan baik.

Terdapat beberapa tajuk yang saya akan menerangkan dalam bab ini iaitu cara

membuat sistem pengurusan pesakit covid bedwatcher , sistem pengurusan ict ,

reset TP-Link router , installation application dan setup internet cable.


4.1.2 SISTEM PENGURUSAN PESAKIT COVID-19(BEDWATCHER)

Projek pertama diberi tajuk Sistem Pengurusan Pesakit Covid – 19. Projek ini dibuat

untuk menyimpan segala data-data pesakit covid 19 daripada hospital-hospital yang

bekerjasama membuat sistem ini iaitu Hospital Pulau Pinang, Hospital Sungai

Bakap, Hospital Kepala Batas, Hospital Bukit Mertajam ,Hospital Balik Pulau dan

Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang.

4.1.2.1 BORANG PENDAFTARAN

Menaip code untuk membuat muka surat borang pendaftaran.


Rajah 4.1.2.1.1 Code Borang

Reka bentuk sistem pada muka surat borang pendaftaran.


Rajah 4.1.2.1.2 reka bentuk borang

Mengubah ayat atau perkataan yang tersalah letak pada coding borang
pendaftaran.

Rajah 4.1.2.1.3 code dan paparan borang


4.1.2.2 PERBINCANGAN PROJEK

Membuat perbincangan tentang sistem pengurusan pesakit covid 19 di


Hospital Seberang Perai Bersama-sama dengan staf dari Hospital lain juga.

Rajah 4.1.2.2.1 perbincangan Rajah 4.1.2.2.2 memperbetulkan code


Rajah 4.1.2.2.3 bantuan dari staf HSJ

4.1.2.3 DATABASE ,MAKLUMAT PESAKIT DAN SEARCHBOX

Memasukkan data daripada excel ke database dan perlu memaparkan data di


dalam sistem .

Rajah 4.1.2.3.1 masukkan data


Rajah 4.1.2.3.2 paparan senarai maklumat pesakit

Rajah 4.1.2.3.3 searchbox

Menukar warna dan bentuk pada search box dan menaip function
Rajah 4.1.2.3.4 change design

Menaip code untuk membuat pagination dan function

Rajah 4.1.2.3.5 pagination

Memeriksa sistem dan muka surat maklumat pesakit berfungsi dengan baik
Rajah 4.1.2.3.6 carian guna nama pesakit

Rajah 4.1.2.3.7 pagination carian

4.1.3 INSTALLATION APPS

Installation aplikasi pada komputer sewaan seperti adobe reader, winrar, Microsoft

word, antivirus dan google chrome untuk kegunaan staf yang akan mengunakkan

komputer tersebut.

Cara untuk install aplikasi berikut ialah memuatnaik aplikasi ke dalam pendrive

setelah itu , copy dan paste aplikasi ke dalam komputer sewaan tersebut.

Kemudian , install satu per satu mula dengan google chrome. Google chrome boleh

download di Microsoft edge juga, setelah itu install Microsoft word,adobe reader dan

winrar. Setelah itu , mula untuk install antivirus 360 total security.
Rajah 4.1.3.1 install fail .exe Rajah 4.1.3.2 install wps office

4.2.1 RESET WIFI TP-LINK ROUTER

Tetapan semula dengan menekan butang reset

Pertamannya , untuk menghidupkan router wifi , tekan dan tahan butang

WPS/RESET (lebih daripada 10 saat) sehingga LED menjadi berkelip pantas .

kemudian buka browser dan taip ip address wireless router tp-link di search bar dan

tekan enter.Default ip address untuk tp-link ialah 192.168.1.0. Seterusnya,Masukkan

username dan password seperti yang tertulis di belakang atau hadapan wireless

router tp-link. Setelah itu , tekan wirless security , turunkan ke bawah dan cari WPA-

PSK/WPA2-PSK tekan ia. Seterusnya, di PSK PASSWORD tulis password yang


baru. Kemudian tekan save > reboot wireless router. Akhir sekali , connect wireless

router ke handphone atau pc lain untuk dapatkan wifi.

Menunjukkan maklumat yang perlu digunakkan untuk reset wifi router

Rajah 4.2.1.1 paparan maklumat reset

Menunjukkan led berkelip di wireless router


Rajah 4.2.1.2 lampu berkelip

4.2.2 PEMASANGAN KABEL UTP

Kabel UTP , UTP merupakan singkatan dari Unshield Twisted Pair. Sesuai

namanya “Unshield”, yang berarti kabel ini tidak dilengkapi dengan pelindung

aluminium sehingga jenis kabel ini kurang tahan dengan interferensi elektromagnetik

Kabel UTP dilengkapi dengan 8 buah kabel dengan warna unik di tia p kabel, lalu

disusun berlilitan pada tiap pasang warna hingga menjadi 4 pasang. Lilitan kabel

tersebut berfungsi untuk mengurangi induksi dan kebocoran pada kabel.

Fungsi Kabel UTP ialah digunakkan pada jaringan LAN untuk menghubungkan

komputer ke perangkat jaringan atau komputer ke komputer ataupun antara


perangkat jaringan itu sendiri. Dalam penerapannya, kabel UTP memiliki aturan

dalam penyusunan kabel berdasarkan kegunannya.

4.2.2.1 ALATAN

Rajah 4.2.2.1.1 cable scanner Rajah 4.2.2.1.2 cable receiver

Rajah 4.2.2.1.3 cable cutter Rajah 4.2.2.1.4 UTP Kabel


Rajah 4.2.2.1.5 RJ 45 connector Rajah 4.2.2.1.6 Crimping tools

4.2.2.2 CARA PEMASANGAN KABEL UTP

Pertamannya ,kupas ujung kabel UTP sekitar 1-2 cm, sehingga 8 kabel kecil yang

ada didalam boleh lihat menggunakkan cable cutter.Buka kabel tersebut satu

persatu dari lilitan pada kabel

Setelah itu ,Pisahkan 8 kabel tersebut kemudian luruskan dan dekatkan kabel agar

mudah untuk memasuknya nanti ke dalam RJ-45 connector.Setelah kabel sudah

lurus, kemudian ambil Jack RJ-45 dan masukkan 8 pin yang tersedia untuk 8 kabel

kecil UTP. Pin 1 dari Jack ini adalah dipilih dari pin yang berada paling kiri , untuk

pemasangan kabel UTP tipe Cross caranya hampir sama dengan memasang kabel

UTP tipe Straight, perbezaanya adalah hanya pada urutan warna kabel pada ujung

kabel yang kedua.

Kemudian kabel UTP disusun sesuai urutan dan dimasukkan ke dalam Jack RJ-45,

iaitu sebagai berikut >Kabel 1 dan 2 :Pin 1 Hijau Putih, Pin 2 Hijau, Pin 3 Orange
Putih, Pin 4 Biru,Pin 5 Biru Putih, Pin 6 Orange, Pin 7 Coklat Putih, Pin 8 Coklat

.Masukkan 8 kabel UTP tersebut ke Jack RJ-45 secara rapat dan pastikan semua

kabel masuk ke pinnya masing-masing sehingga mencecah hujung RJ-45 .

Masukkan Jack RJ-45 yang sudah dimasukkan kabel UTP tadi ke dalam mulut tang

crimping, dan kepit Jack RJ-45 sampai mengeluarkan bunyi 'klik' .Test kabel UTP

dengan menggunakkan LAN tester jika mahu melihat adakah kesemua kabel kecil

telah menyentuh Jack RJ-45.Jika ditunjukkan semua kabel berhubung maka

pemasangan kabel Berjaya jika tidak proses akan berulang semula mengikut cara

seperti di atas untuk memasang kabel UTP.

Rajah 4.2.2.2.1 potong kabel Rajah 4.2.2.2.2 setelah potong kabel

Rajah 4.2.2.2.3 buka kabel Rajah 4.2.2.2.4 buka kabel


Rajah 4.2.2.2.5 potong kabel Rajah 4.2.2.2.6 menyusun kabel

Rajah 4.2.2.2.7 pasang kepala rj-45 Rajah 4.2.2.2.8 crimp kepala rj-45

Rajah 4.2.2.2.9 kabel siap dipasang


4.2.2.3 CARA MENGUNAKKAN LAN TESTER

Mula-mula tekan butang On pada LCD CABLE LENGTH TONER & PROBE –

TRANSMITTER , Paparan akan menunjukkan beberapa pilihan untuk ditekan ,tekan

enter pada Cable Tracking .Setelah itu ia akan paparkan “SCANNING” .Tolak

butang ke NCV pada LCD CABLE LENGTH TONER & PROBE – RECIEVER ,

setelah itu tekan scan dan cari dan imbas pada kesemua kabel untuk mencari kabel

yang sama , untuk mengetahui kabel sama atau tidak RECIVER akan berbunyi beep

yang kuat pada kabel tersebut apabila membuat pengimbasan..Kemudian cucuk

kabel yang berbunyi beep pada LCD CABLE LENGTH TONER & PROBE –

RECIEVER untuk membuat cable mapping iaitu untuk mengetahui adakah semua

kabel sudah dipasang dengan betul.

Rajah 4.2.2.3.1 Scanning Rajah 4.2.2.3.2 Remote Mode


Rajah 4.2.2.3.3 Check Cable Rajah 4.2.2.3.4 Cable match scan device

Rajah 4.2.2.3.5 Cable match scan

4.3.1 SISTEM PENGURUSAN ICT

Sistem Pengurusan ICT ialah menentukan hala tuju, merancang, melaksana

dan memantau pelaksanaan inisiatif ICT. Selain itu , Membangun dan melaksana

sistem aplikasi ICT yang memenuhi keperluan pelanggan serta efektif dan

efisien.Seterusnya ,menguruskan sistem pemprosesan peperiksaan awam

mengikut masa yang ditetapkan secara efektif.Merancang, melaksana dan

memantau infrastruktur dan kemudahan ICT yang memenuhi keperluan

Pendidikan digital.Memberikan khidmat runding dan sokongan teknikal ICT. 


4.3.1.1 LOGIN PAGE

Rajah 4.3.1.1.1 style login page Rajah 4.3.1.1.2 style login page
Rajah 4.3.1.1.3 Nama pengguna dan Kata Laluan php dan html code
Rajah 4.3.1.1.4 php code untuk database
Rajah 4.3.1.1.5 sambungan code untuk database

Rajah 4.3.1.1.6 Page selepas code siap


4.3.1.2 DASHBOARD

Dashboard adalah halaman awal yang pertama kali Anda lihat setelah berhasil login.

Dashboard biasanya berisi macam-macam menu berbentuk shortcut yang memiliki

fungsi berbeza-beza seperti media , laman , tampilan ( appearance ) , pengguna ,

perkakas ( tools ) dan sebagainya .

Rajah 4.3.1.2.1 code style


Rajah 4.3.1.2.2 sambungan code style Rajah 4.3.1.2.3 sambungan code style
Rajah 4.3.1.2.4 design dashboard

- Login page _/done


- Dashboard _/done
- Inventori ict page
- database

BAB 5

DAPATAN/ CADANGAN

5.1 DAPATAN

Semasa menjalani latihan industri di Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang.

Latihan industri adalah perkara yang wajib bagi setiap pelajar menamatkan

pengajian di Politeknik Malaysia. Setelah latihan industri ini tamat dijalankan,


bermula 27 september 2021 hingga 11 februari 2022, saya berpendapat latihan

seperti ini adalah berpatutan dan wajar disertakan sebagai satu komponen utama

dalam kurikulum pembelajaran Politeknik – Politeknik Malaysia, kerana latihan

industri memberi pelbagai manfaat kepada pelajar. Mereka bukan sahaja dapat

menambah pengetahuan mereka dalam bidang yang dipilih, malah juga dapat

menghadapi suasana kerja yang sebenarnya.

Kesimpulannya, latihan industri yang saya menjalani selama 20 minggu banyak

memberi pengalaman dan ilmu baharu. Banyak pengetahuan saya peroleh

sepanjang tempoh saya berada di Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang.

Sepanjang saya menjalani latihan industri di Jabatan Kesihatan Negeri Pulau

Pinang, saya bukan sahaja mempelajari satu bidang tertentu, saya berpeluang

belajar tentang beberapa kerja-kerja baharu lakukan di dalam bahagian ini iaitu

unit pengurusan yang menguruskan hal-hal pejabat, unit ict yang menguruskan

urusan sewaan , stok , pemasangan dan sebaginya .

Seterusnya, pelajar dapat merasai persekitaran bekerja di alam pekerjaan yang

sebenar . Dapat mengaplikasikan segala ilmu yang telah dipelajari sepanjang

saya belajar di politeknik. Dapat meningkatkan daya keyakinan diri apabila

berhadapan dengan orang awam dan tahu cara berinteraksi dengan betul. Dapat

menyesuaikan diri dengan keadaan di pejabat bersama dengan staff-staff

dengan baik. Dapat menyelesaikan sesuatu kerja atau tugasan yang diberi oleh

pihak atasan dengan baik dan jayanya.

Pergaulan dan komunikasi di Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang sangat

terbuka kerana dapat bergaul dengan rakan yang bukan sebaya. Dalam masa
yang sama, mereka sangat membantu saya dalam segala hal berkenaan dengan

pejabat dan berkongsi ilmu tentang perkara yang saya tidak mengetahui

sebelumnya. Tambahan lagi, saya dapat melatih diri supaya lebih berkeyakinan

dalam berkomunikasi dengan orang awam tentang sesuatu perkara. Segala ilmu

yang telah diperolehi akan saya gunapakai dengan sebaik mungkin pada masa

hadapan dan tidak akan saya sia-siakan.

5.2 KOMEN DAN CADANGAN

Sebuah syarikat yang baik prestasinya adalah syarikat yang sentiasa

menambahbaik kesilapan yang sedia ada supaya mereka tidak ulang kesilapan

yang sama di kemudian hari demi mencapai kepuasan pelanggan yang

maksima. Jadi, di sini terdapat beberapa cadangan yang dapat saya usulkan

supaya Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang dapat menambahbaik perkara

yang boleh diubah lebih baik di masa hadapan.

Saya mencadangkan agar syarikat atau firma memainkan peranan penting dalam

memberi tunjuk ajar kepada pelajar tentang perkara yang bersesuaian dengan

kursus yang dipelajari oleh pelajar. Justeru pihak firma seharusnya menyediakan
peluang pekerjaan seperti tugasan kerja kepada pelajar. Pihak firma juga

seharusnya menyediakan sebarang bentuk ganjaran di atas tugasan yang

dilakukan oleh mereka. Dengan adanya ganjaran atau tunjuk ajar yang berkesan

dari pihak firma itu sendiri dapat memberi semangat kepada pelajar dan dapat

juga menarik minat mereka terhadap bidang tersebut.

Saya juga mencadangkan supaya di setiap bahagian, perlu membuat satu jadual

pembelajaran yang teratur untuk pelajar praktikal sepanjang mereka menjalani

tempoh latihan industri di syarikat. Jadual yang dibuat perlu ada perkara yang

perlu mereka belajar dalam tempoh masa tertentu. Hal ini akan memudahkan

syarikat serta pelajar supaya tidak membuang masa pada satu-satu perkara

sahaja ataupun tidak mengambil masa yang lama mempelajari sesuatu perkara.

Selain itu, pihak syarikat atau firma perlulah menitik beratkan tentang

permasalahan pelajar sepanjang menjalani sesi Latihan Industri ( LI ).

Memandangkan pelajar masih baru di alam pra pekerjaan, maka bimbingan dan

tunjuk ajar serta pemerhatian daripada pihak firma amat diperlukan. Sekiranya

tindakan ini tidak dapat dilaksanakan, maka para pelajar menganggap pihak

pengurusan firma syarikat tidak mengambil berat terhadap kerja yang mereka

telah laksanakan. Setiap pelajar harus diperhatikan oleh seorang penyelia.

Penyelia tersebut bertanggung jawab untuk membantu pelajar menjalankan

latihan industri dengan menunjukkan tunjuk ajar sebagai bimbingan kepada

pelajar yang menjalankan latihan industri selama 27 sepetember 2021 hingga 11

februari 2021.

Seterusnya, saya juga mencadangkan supaya penyelia pelajar praktikal perlulah

lebih peka tentang mengawasi pelajar tersebut sepanjang tempoh mereka


menjalani latihan industri di situ. Hal ini adalah supaya markah yang dinilai

adalah lebih arif dan adil bagi pelajar dan dalam masa yang sama penyelia

memberi markah setimpal dengan kriteria kerja yang telah dilakukan oleh pelajar

tersebut.

Kesimpulannya, itu sahaja yang dapat saya usulkan sebagai penambahbaikan

terhadap Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang supaya perancangan kerja

lebih teratur dan sistematik. Tambahan lagi, suasana positif dan kondusif sesuatu

pejabat memainkan peranan penting terhadap tahap maksima efisyen pekerjaan

seseorang anggota.

BAB 6
KESIMPULAN

Setelah menjalani Latihan Industri selama satu semester (lima bulan) ini, banyak

yang dapat saya pelajari dari segala aspek berkaitan dengan kerjaya terutama cara

berkomunikasi dengan pihak atasan dan pihak yang berkaitan. Juga banyak

pengalaman, pengetahuan dan pendedahan yang berguna dapat saya perolehi.

Melalui program latihan industri ini, saya telah didedahkan kepada bentuk alam

pekerjaan yang sebenar. Oleh yang demikian, ia secara tidak langsung telah

mendisiplinkan saya sebagai seorang pekerja dan mendedahkan saya kepada

struktur organisasi jabatan atau firma.


                              

     Secara amnya Latihan Industri patut diteruskan kerana ia berfungsi memberikan

manfaat serta faedah kepada pelatih dari segi ilmiah pengalaman sebelum

menjejakkan kaki ke alam pekerjaan yang sebenar. Dalam hal ini, pelatih akan dapat

melihat gambaran yang jelas serta keadaan dunia pekerjaan sebenar disamping

berusaha menyesuaikan diri dengan tugas-tugas yang diberikan kepadanya.

     Sepanjang menjalani latihan industri, banyak perkara yang telah berubah

antaranya daripada sudut persekitaran, pembelajaran, dan pergaulan sesama rakan

sekerja. Ianya secara langsung dapat mempertingkatkan sikap toleransi terhadap

diri saya sendiri.

     Walaubagaimanapun, beberapa kelemahan masih wujud dalam diri yang boleh

diperbaiki pada masa hadapan. Maka, dapatlah disimpulkan bahawa program

latihan industri ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada pelatih walaupun

terdapat kelemahan kecil yang boleh mencacatkan keadaan, tetapi dapat ditangani

dan dipelajari untuk kegunaan masa hadapan.

     Kesimpulan yang saya dapat ketika menjalani latihan industri ini ialah saya dapat

mempergunakan segala ilmu yang saya pelajari daripada Politeknik Balik Pulau

untuk didedahkan ke alam pekerjaan terutamanya dalam bidang perkomputeran ini.

Saya juga dapat melihat dan merasai sendiri suasana sebenar dunia pekerjaan serta

berhadapan dengan pahit manis sepanjang latihan industri dijalankan.


     Di sini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak Jabatan

Kesihatan Negeri Pulau Pinang serta Unit Latihan Industri Politeknik Balik Pulau,

Pulau Pinang atas segala bantuan yang telah diberikan kepada saya sepanjang

latihan industri ini dijalankan. Dan saya juga ingin memohon maaf sekiranya ada

kesilapan yang terkandung dalam laporan ini. Dengan menjalani latihan ini, diharap

segala pengalaman dan ilmu dapat digunakan apabila menceburi bidang kerjaya.

BIBLIOGRAFI/RUJUKAN

1. Unit Perhubungan dan Latihan Industri, Format Laporan Latihan Industri


(AT401), Politeknik Balik Pulau, 2021.

2. Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, JKN Pulau Pinang, Jabatan


Kesihatan Negeri Pulau Pinang, 2021.

3. Kementerian Kesihatan Malaysia, Portal Rasmi Kementerian Kesihatan


Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, 2021.

4. JKN Pulau Pinang, Bahagian Pengurusan – Ministry of Health, JKN Pulau


Pinang, 2021.

Anda mungkin juga menyukai