Anda di halaman 1dari 33

KOLEJ VOKASIONAL (PERTANIAN) TELUK INTAN

AGRO INDUSTRI TERNAKAN POLTRI

LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

DISEDIAKAN OLEH
ALIFF MUKMININ BIN AMIR
980508-08-5727

SESI 2017-2018

1
ISI KANDUNGAN

BI TAJUK MUKA SURAT


L
PENGHARGAAN 1
BAB 1 : PENGENALAN 2
1.1 OBJEKTIF KAJIAN 3
1.2 KEPENTINGAN INDUSTRIAN 4
1.3 PERATURAN SEMASA LATIHAN 5
BAB 2 : LATAR BELAKANG ORGANISASI
2.1 PENGENALAN 6
2.1.1 SEKSYEN PATHLOGY 7
2.1.2 SEKSYEN VIROLOGY 7
2.1.3 SEKSYEN BAKTERIALOGY 7
2.1.4 SEKSYEN BIOKIMIA 8
2.1.5 SEKSYEN PARASITOLOGY 8
2.2 VISI MISI 9
2.3 LOKASI 10
2.4 SENARAI RAWATAN DISEDIA OLEH SYARIKAT 10
2.5 CARTA ORGANISASI 11
BAB 3 : RINGKASAN MINGGUAN 12-21
BAB 4 : LAPORAN TENIKAL 22-25
BAB 5 : DAPATAN DAN CADANGAN 26-27
BAB 6 : KESIMPULAN 28
BAB 7 : RUJUKAN 29
BAB 8 : LAMPIRAN 30

1
1
PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim..

Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat


masa,nyawa, tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini
dengan jayanya.

Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapa penghargaan ini kepada pensyarah


tercinta saya, kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membukaruang untuk
saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya
yang memberi saya pemudah cara untuk menyiapkan kerja kursus ini.Mereka telah
memberikansaya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai saya
berjaya menghabiskan tugasan ini.

Seterusnya saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengarah Institut
Penyelidikan Veterinar(Vri), kerana telah menerima saya untuk menjalani latihan industri
disyarikatnya. Tidak lupa juga kepada semua kakitangan Institut Penyelidikan Veterinar yang
telah banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada sama daripada mula saya menjalani
latihan industri sehingga tamat.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi
peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya dengan
menjawab setiap pertanyaan yang saya uterakan kepada mereka.

Akhir sekali, mengucap ribuan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung untuk menjayakan penulisan laporan ini.

1
BAB 1 :PENGENALAN

Latihan industri adalah satu mata pelajaran yang menjadi satu syarat atau kewajipan
bagisetiap pelajar di Kolej Vokasional (Pertanian) Teluk Intan Semester 4 Diploma. Para
pelajar akan menjalani latihan industri atau lebih dikenali sebagai ‘praktikal’ selama 5 bulan
di syarikat yang telah dipilih. Dalam tempoh itu pelajar mesti mengikuti segala peraturan atau
prosedur syarikat tersebut, contohnya disiplin, kedatangan, pakaian, dan lain-lain.

Latihan industri adalah pendedahan awal kepada pelajar sebelum memasuki alam
pekerjaan setelah menamatkan pengajian. Mereka akan mengambil aliran yang berkaitan
dengan kursus semasa menjalani praktikal untuk memastikan ilmu yang diperolehi dapat
dimanfaatkan pada masa hadapan. Sepanjang tempoh latihan, pelajar dapat mempelajari dan
mempraktikkan perkara baru yang berkaitan dengan kursus yang diambil di Kolej Vokasional
(Pertanian) Teluk Intan. Pelajar juga dibimbing oleh pekerja-pekerja yang berkemahiran dan
mempunyai pengalaman yang luas yang mana dapat membimbing pelatih untuk menjadi
pekerja yang lebih produktif

Di samping itu juga pelajar diterapkan dengan etika kerja yang tinggi dan menjadikan
suasana kerja yang tenteram dan ceria. Pelajar juga dikehendaki untuk membuat laporan
harian berkaitan dengan aktiviti di tempat kerja. Mereka mesti menyerahkan buku laporan
harian sekali dalam seminggu kepada pegawai di syarikat itu untuk diperiksa dan
ditandatangani. Selain itu, pensyarah daripada kolej juga melawat ke tempat dimana pelajar
akan membuat latihan industri untuk melihat perkembangan mereka dan berjumpa dengan
pengurus atau pegawai terbabit untuk mengetahui keadaan atau suasana kerja yang dilalui
oleh pelajar terbabit.

Semasa menjalani latihan industri ini, para pelajar dikehendaki membuat cacatan
harian berkenaan dengan kerja yang dilakukan. Ini memudahkan proses membuat buku
laporan setelah tamat latihan. Selain daripada itu pihak kolej juga mewujudkan sistem
pembahagian markah yang wajib diisi oleh majikan di tempat latihan diadakan. Dengan
adanya sistem ini, pelajar akan lebih tekun dan berusaha untuk melakukan terbaik bagi
memperolehi markah yang cemerlang semasa latihan.

2
1.1 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

Latihan industri yang akan dijalani oleh pelajar Kolej Vokasional adalah berdasarkan
beberapa objektif. Antaranya adalah mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan yang
sebenar. Inilah persediaan awal para pelajar sebelum menamatkan pengajian di Kolej
Vokasional. Selain daripada itu pelajar juga dapat meningkatkan kemahiran dan
menambahkan pengetahuan yang diperolehi di luar kampus.

Semasa menjalani latihan industri, pelajar akan berpeluang mempraktikkan segala


pengetahuan yang dipelajari di kampus serta menerima pendedahan awal sesuatu perkara
yang berkaitan dengan teori mahupun praktikal. Latihan ini akan menimbulkan banyak
kesedaran

sikap serta meningkatkan minat para pelajar terhadap pelajaran di Kolej Vokasional.
Kaedah ini dipercayai akan menarik minat lebih ramai lagi bakal pelajar di luar untuk
menyambung pengajian di Kolej Vokasional.

Latihan ini akan mengaitkan teori-teori yang telah dipelajari kepada praktikal atau
sebaliknya. Malahan pelajar juga dapat mengenali peraturan-peraturan keselamatan di dalam
latihan industri, serta menanam sifat amanah dan tanggungjawab semasa menjalani latihan
industri. Pelajar juga dapat meluaskan pergaulan dengan kumpulan masyarakat di sektor
industri.

3
1.2 KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI

 Mendisiplinkan pelajar ke arah melahirkan pekerja yang berdisiplin setelah pelajar


tamat pengajian di Kolej Vokasional. Ini kerana pelajar perlu mematuhi peraturan
yang telah ditetapkan oleh pihak kolej dan organisasi tempat menjalani latihan
industri.

 Melahirkan pekerja yang berkemahiran setelah pelajar melangkah ke alam pekerjaan


yang sebenar. Ini kerana dengan mengikuti latihan industri di organisasi tertentu
pelajar akan lebih berkemahiran dalam menjalankan sesuatu kerja setelah diberi
penerangan dan tunjuk ajar tentang sesuatu kerja oleh pekrja yang berkemahiran.

 Pelajar yang mengikuti latihan industri akan lebih matang dalam menjalankan sesuatu
kerja kerana telah diberi pendedahan.

 Pelajar juga akan lebih berpengetahuan dan memahami tentang perkara-perkara yang
berkaitan dengan bidang pengajian setelah mengikuti pelajaran secara amali

4
1.3 PERATURAN SEMASA LATIHAN INDUSTRI

Semasa menjalani latihan para pelajar perlu mengikuti peraturan-peraturan yang telah
ditetapkan oleh pihak kolej dan firma latihan. Peraturan-peraturan ini mesti dipatuhi selama
tempoh latihan. Walaupun pelajar tidak berada dikawasan pusat pengajian tetapi peraturan ini
perlu untuk menjaga nama baik kolej. Semua peraturan ini dapat membentuk pelajar tersebut
untuk menjadi lebih berdisiplin dan berdedikasi. Antara peraturan yang telah ditetapkan
adalah:

 Pelajar perlu menepati tarikh permulaan dan tamat tempoh latihan.


 Menjaga penampilan diri supaya kemas dan bersih.
 Menjaga disiplin diri agar tidak memberi sebarang masalah kepada pihak syarikat dan
politeknik.
 Mengikuti peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat.
 Tidak boleh membocorkan maklumat sulit syarikat sewaktu menjalani latihan industri.
 Tidak boleh terlibat dengan mana-mana kes polis dan yang berkaitan dengan politik.
 Membawa buku laporan harian setiap hari dan perlu disemak oleh penyelia tempat
latihan industri.

5
BAB 2 : LATAR BELAKANG ORGANISASI

Institut Penyelidikan Veterinar (VRI), Ipoh, Perak merupakan salah satu seksyen di
dalam Bahagian Penyelidikan dan Inovasi, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Kementerian
Pertanian dan Industrian Asas Tani Malaysia. Ia telah ditubuhkan pada tahun 1984 di premis
sementara Hospital Bahagia, Tanjong Rambutan, Perak dan ia dahulunya dikenali sebagai
Makmal Penyelidikan Persekutuan. VRI hari ini telah berpindah ke lokasi sekarang di Jalan
Sultan Azlan Shah, Ipoh pada tahun 1953. Ia meliputi kawasan sebanyak 14.4 hektar. Pada
ketika itu, VRI diketuai oleh Pengarah Penyelidikan dan dibantu sebanyak 131 kakitangan
yang terdiri daripada 13 Doktor Veterinar, 11 Pegawai Penyelidik, 2 Penolong Pegawai
Veterinar, 47 Pembantu Makmal, 7 Pembantu Veterinar dan 51 kakitangan sokongan. Sejak
itu, VRI telah diperluaskan untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat dalam
industri ternakan.

Pada tahun 2008, VRI telah melakar sejarah kerana telah dicadangkan oleh badan
antarabangsa FAO untuk diiktiraf sebagai makmal rujukan serantau (Regional Reference
Center) bagi penyakit HPAI (Selsema Burung) dan ND (Newcastle Disease). Pengiktirafan
juga diberi oleh sekateriat ASEAN sendiri dan OIE. Ini merupakan pengiktirafan
antarabangsa yang tertinggi pernah diterima VRI. Pengiktirafan ini berlandaskan keupayaan
VRI, prasarana penyelidikan yang lengkap (BSL3, BSCL3, Unit SPF dan lain-lain) dan juga
rekod perkhidmatan cemerlang dalam menangani situasi wabak di peringkat kebangsaan dan
antarabangsa. Oleh yang demikian, aktiviti dan skop perkhidmatan yang dimainkan VRI akan
bertambah selaras dengan perkembangan semasa.

6
2.1.1 seksyen pathology

unit ini terlibat dalam pemeriksaan pos mortem dan histopatologi karkas atau organ haiwan
yang dihantar oleh petani dan veterinar untuk mengenal pasti punca kematian atau penyakit.
Unit patologi dibahagikan kepada empat subunit iaitu pengurusan kes / pengurusan sampel,
penyelidikan dan sistem pengurusan maklumat (MIMS).

2.1.2 seksyen virology

unit virologi terdiri daripada makmal avian dan mamalia. virologi mamalia menjalankan
penyelidikan dan diagnostik terhadap virus dalam ternakan mamalia seperti lembu, kambing,
babi, dan kuda di malaysia. virologi aian menjalankan ujian dan penyelidikan mengenai
penyakit burung seperti selesema burung, penyakit baru dan lain-lain. kedua-dua unit
menyediakan perkhidmatan diagnostik menggunakan teknik konvensional dan molekul
seperti tindak balas rantai polimerase (PCR) yang cepat dan sangat tepat dalam mengawal
penyakit ini. ia juga bertindak sebagai pusat rujukan untuk makmal serantau lain di negara ini.

2.1.3 seksyen bakterialogy

unit bakterialogy terdiri daripada makmal bakterialogy avian dan mamalia. unit ini
menjalankan pengasingan dan pengenalpastian bakteria dengan menggunakan pendekatan
konvensional dan molekul seperti tindak balas rantai polimerase (PCR). pengasingan dan
pengenalpastian spesis mycoplasma dan heamophilus, pengenalan kulat salmonella dan
escherichia coli serotyping serta ujian kualiti mikrobiologi awam veterinar untuk produk,
daging dan daging. unit ini menjalankan penyelidikan dalam penyakit bakterialogy dan
menghasilkan antigen untuk pengesanan spesies salmonella dan spesies mycoplasma dalam
unggas

7
2.1.4 seksyen biokima

unit biokimia telah ditubuhkan sejak tahun 1964, unit ini menyediakan lima perkhidmatan
utama termasuk kimia klinikal, analisis makanan dan makanan haiwan, toksikologi, kualiti
susu dan kualiti air. unit ini juga menyediakan kaunseling dan latihan, penyelidikan konduksi
di bidang kimia klinikal serta pembangunan kit ujian diagnostik pesat dan antigen untuk
mengesan penyakit haiwan.

2.1.5 seksyen parasit

unit ini menjalankan ujian diagonstik untuk mengenal pasti penyakit protoza dan helmint serta
parameter hematologi untuk haiwan domestik. fungsi utama unit ini adalah untuk
menjalankan penyelidikan dengan penekanan pada penyakit parasit yang penting secara
ekonomi, melakukan diagnosis penyakit, perkhidmatan kaunseling untuk petani mengenai
rintangan dadah, perkhidmatan latihan untuk doktor haiwan dan pelajar dan sebagai pusat
rujukan negara untuk makmal rantau mengenai penyakit parastik pada haiwan.

8
2.2 VISI, MISI DAN OBJEKTIF SYARIKAT

Visi

Kerjasama antara Institut Penyelidikan Veterinar dan industri ternakan dengan memberi
khidmat sokongan dalam bidang penyelidikan dari segi pemeliharaan kesihatan berasaskan
amalan bikultural yang betul, pendekatan berperikemanusiaan dalam rawatan ternakan dan
penggunaan sumber yang mesra alam.

Misi

Kami komited dalam menyokong pertumbuhan industri haiwan dengan menyediakan


perkhidmatan cemerlang dalam penyelidikan, diagnosis, pemantauan dan pencegahan
penyakit haiwan melalui pengesanan penyakit, khidmat nasihat dan pemantauan berkualiti
yang dilakukan oleh pakar-pakar menggunakan teknik terkini.

Objektif

 Memperkasa dan mengekalkan status kesihatan haiwan yang diyakini lagi kondusif
untuk industri haiwan

 Mempastikan kesihatan awam melalui kawalan penyakit zoonotik dan penghasilan


makanan berasaskan haiwan yang bersih dan selamat

 Menggalakkan pengeluaran ternakan mapan dan industri tambah nilai

 Meneroka, membangun dan menggalakkan penggunaan teknologi dan sumber secara


optimum dalam industri berasaskan haiwan

 Menganjurkan amalan kebajikan haiwan dalam semua aspek pemeliharaan dan sistem
pengeluaran

9
2.3 LOKASI

Institut Penyelidikan Veterinar


4.39 Google reviews
Veterinarian in Ipoh
Address: Jalan Sultan Azlan Shah, 59, 31400 Ipoh, Negeri Perak
Hours:
Closed ⋅ Opens 8AM
Phone: 05-545 7166

2.4 PERKHIDMATAN DI INSTITUT PENYELIDIKAN VETERINAR

Test Harga
Examination of faeces, pus, body fluids, blood, semen, etc(one RM 2.50
examanation)
Sensitivity test/antibiotik RM 3.50
Strangles RM 30.00
Salmonella/salmonella serotyping RM 15.00
Examination of animal feed for export (salmonella/E.coli) RM 10.00
Faecal examination for termatodes/nematodes/cestodes and RM 2.50
copccidia
Faecal examination for trophozoites and cyst (amoebiasis). RM 2.50
Entamoeba coli, E.histolytica
Moisture, fat, crude fibre, protein, calcium, phosphorus, NFE, ash, RM 20.00
gross energy
PCR-HPAI (1 cloacal swab) RM 5.00
New castle test for avian (egg innoculation-1 cloacal swab) RM 2.50

10
2.5 CARTA
ORGANISASI

11
BAB 3- MINGUAN RINGKASAN

MINGGU 1- (27/11/17-1/12/17)
 Melapor diri di institut penyelidikan veterinar (VRI). Mendengarkan taklimat tentang
keselamatan dan peraturan didalam oranisasi serta pemberian jadual pertukaran makmal.
 Dibawah ke dan berkenalan dengan kakitangan pathlogy dan diberi sedikit taklimat
peraturan yang perlu diikut oleh Encik Ali B Abdul Samad.
 Mula mempelajari cara penerimaan dan penyimpanan sampel iaitu menyemak borang
serta sampel sama ada diterima atau ditolak serta pendaftaran di dalam buku dan cara
berhubung dengan seksyen/bahagian yang diajarkan oleh Pn Geethamala A/p Ssthaya.
 Mempelajari cara penggunaan alatan makmal yang diajar oleh Encik Ali B Abdul samad
 Melakukan pembersihan bilik sejuk iaitu pusat pengumpulan sisa bamgkai ke dalam
insenarator yang dipantau oleh Encik mas sulaiman b ahamed tajudin dan encik
kanthakumar a/l radakrishan
 Melakukan pembungkusan gunting dan forcep untuk tujuan autoclave yang diajar oleh
cik norhafizah bt hamid.
 Melakukan kerja wapping disetiap pemenggang pintu dan permukaan meja pada setiap
pagi sebelum memulakkan kerja.
 Mempelajari serum yang rosak dan tidak rosak oleh encik ali b abdul samad.
 Melabelkan setiap bekas yang digumakan untuk meletakkan organ anjing yang disyaki
penyakit rabits
 Cuti malulidur rasul
MINGGU 2 – ( 4/12/17-8/12/2017)
 Melakukan kerja wapping disetiap pemenggang pintu dan permukaan pada waktu pagi
 Melakukkan penerimaan dan penyimpanan sampel iaitu menyemak borang serta
pendaftaran di dalam buku dan cara berhubung dengan seksyen/bahagian.
 Melakukan pemindahan serum.
 Mempelajari dan melakukan post mortem ayam untuk mengambil organ yang penting
yang diajar oleh dr nurshuhada bt abdul hamid.
 Membantu staff pathlogy mengangkat stok baru yang sampai.
 Memdengar penerangan tentang histopathlogy oleh encik ali b abdul samad.

12
 Melihat teknik untuk melakukkan kerja histopathlogy
 Menyusun barang yang baru.
MINGGU 3- (11/12/2017-15/12/2017)
 Melakukan kerja wapping disetiap pemenggang pintu dan permukaan pada waktu pagi
 Melakukkan penerimaan dan penyimpanan sampel iaitu menyemak borang serta
pendaftaran di dalam buku dan berhubung dengan seksyen/bahagian.
 Menyukat isipadu formalin untuk diidikan didalam botol untuk mengawet sampel.
 Melakukan penyembelihan avian (ayam) untuk dilakukan post mortem.
 Melakukkan pengurusan bangkai untuk dibakar di dalam insenrator.
 Pergi ke pustakaan untuk mencari maklumat tentang penyakit yang sering dihadapi oleh
ternakan avian (ayam).
 Melakukan penjernihan serum untuk dipindahkan ke dalam enpdorf tube
Minggu 4-(18/12/2018-22/12/2018)
 Melakukan kerja wapping disetiap pemenggang pintu dan permukaan pada waktu pagi
 Melakukkan penerimaan dan penyimpanan sampel iaitu menyemak borang serta
pendaftaran di dalam buku dan berhubung dengan seksyen/bahagian.
 Menyambung tugasan pada 15/12/2018 iaitu penjernihan.
 Menjernihan serum untuk dibahagikan kepada dua makmal.
 Menpelajari cara pemotongan tisu organ oleh encik ali b abdul samad
 Melakukan pemotongan organ untuk dua makmal.
MINGGU 5- (25/12/2017-29/12/2018)
 Cuti umum (christmas day).
 Melakukan kerja wipping disetiap pemeggang pintu dan permukaan sebelum
menlakukkan kerja.
 Melakukkan penerimaan dan penyimpanan sampel iaitu menyemak borang serta
pendaftaran di dalam buku dan berhubung dengan seksyen/bahagian.
 Memlakukkan kerja pengasing serum dari darah dipindahkan kedalam enpdrof tube.
 Cuti kecemasan kerana terlibat dengan kemalangan jalan raya sewaktu perjalanan ke
tempat pratical.
 Melaporkan diri kepada ketua seksyen virology avian dan diberikan sedikit taklimat
tentang cara kerja di makmal tersebut oleh encik faizul fikri b mohd yusop.
 Mempelajari cara membersihkan botol dan silinder penyukat yang diajar oleh encik

13
ramlan b ahamad.
 Mempelajari cara pemgambilan darah dibahagian bawah kepak ayam untuk dijadikan
media yang diajar oleh encik kahiril azhar b md haris.
 Mempelajari pembungkusan barang yang siap dibasuh yang diajarkan oleh cik norazzyati
bt tajudin.
MINGGU 6- (1 JAN 2018-5 JAN 2018)
 Cuti tahun baru
 Mempelajari cara harvesting telur untuk mengambil intra allantoc dan cyhoral allantoic
membran yang diajar oleh cik norazura bt baharom.
 Pemindahan serum untuk dihantarkan ke makmal lain untuk yang diajar oleh en khairil
azhar b md haris.
 Melakukan kerja pembalutan alatan makmal guntung dan forcep untuk tunjuk autoclave
yang diselia oleh cik norazura bt baharom.
 Melakukkan pendianan telur untuk melihat kebernasan telur sebelum diinokulat iaitu telur
dicucuk virus untuk melihat tindak balas virus terhadap embrio
 Melakukkan pengisian peralatan makmal seperti enpdrof tuib, tips dan gunting serta
forcep.
 Mengisi botol universal dengan larutan trypose phosphate buffer (TPB)+penisilin
streptomycin kanamycin (PSK).
 Mempelajari dan melakukkan ujian HA ( haemogblin ) untuk mengesan kehadiran virus.
 Mengisi borang ujian HA.
 Melakukkan amali untuk ujian HA.
 Melakukkan pendianaan untuk diinokulat pada minggu hadapan.
MINGGU 7- ( 8/1/2018-12/1/2018)
 Melakukan kerja harvesting telur dan mengkisarkan chyoral allantoic membran(cam).
 Melakukkan pembungkusan gunting, forcep dan mortar.
 Mempelajari cara untuk mengambil sampel bersama cik norazura bt baharom.
 Pengambilan darah untuk dijadikan media.
 Mempelajari cara membaca ujian HA bagi kes positif.
 Memasak peralatan makmal untuk membunuh kuman.
 Menolong staff menyediakan alatan untuk ujian HA.
 Memeriksa botol untuk memastikan tiada kotoran untuk mengelakkan pencemaran semasa

14
meletak allantoic, yolk dan CAM dan media.
 Mengambil stok baharu di dalam stor.
 Mempelajari cara mengharvest telur yang dihantar untuk mengambil intra-yolk yang
ditunjuk oleh cik norazura bt baharom.
 Menghadirin seminar “the nest genaration sequecing”.
MINGGU 8- 15/1/2018-19/1/2018)
 Mempelajari cara melakukkan ujian PCR dan membuat pengiraan master mix primer.
 Mempelajari cara membuat gel bagi ujian PCR untuk mengetahui saiz band setiap set
primer yang telah ditetapkan.
 Mempelajari cara membaca keputusan band yang telah siap untuk mengetahui jumlah
band yang dihasilkan oleh set primer.
 Melakukkan estrak untuk mendapatkan RNA Dan DNA virus.
 Menglenkapkan peralatan makmal seperti tips dan mikro tube.
 Mengaliquot nukleus free water ke dalam tube 1.5 ml
 Menyediakan gel dan mengisi 1x buffer yang telah habis.
 Meletakkan set primer ke dalam gel.
 Mempelajari cara untuk mengestrak RNA menggunakan kit.
 Menghantar barang makmal seperti bikar, silinder penyukat, unting dan forcep untuk
dikeringkan di washing room.
 Melakukkan pengiraan master mix primer.
 Menlakukkan pemeriksaan botol universal dan boujor untuk memastikan kebersihan.
MINGGU 9-(22/1/2018-26/1/2018)
 Melakukkan penyediaan gel untuk ujian PCR.
 Mengisi 1x buffer untuk melarutkan gel yang telah habis.
 Mempelajari cara melakukkan chicken embro untuk menternak virus.
 Mengaliquot TPB ke dalam botol universal sebanyak 19 ml.
 Menfilter sampel cloca swab dan menghantar ke makmal molekular.
 Membantu staff mengkisar CAM.
 Mempelajari cara tag ayam untuk mengetahui jumlah semasa ke semasa.
 Mengambil darah ayam untuk dijadikan media.
 Mempelajari formulasi untuk membuat PSk.
 Membantu staff menulis borang AGBPT.

15
 Membantu staff mengambil sampel di temnpat pendaftaran.
 Menghadiri seminar tentang FMDv status.
 Melaporkan diri di seksyen bakterialogy mammalia dan diberi taklimat ringkas oleh pn
roseliza bt roslee.
 Mempelajari kaedah untuk menentukan jenis bakteria menlalui bau,permukaan media dan
bentuk.
 Melakukkan chemical test untuk mengetahui bakteria berada di kumpulan positif dan
negatif.
MINGGU 10-( 29/1/2018-2/2/2018)
 Mempelajari dan melakukkan ujian catalase bagi bakteria disyaki bakteria gram positif.
 Menpelajari cara memotong dan mengenal organ untuk distreaking di blood agar (BA)
dan mac conkey (MA).
 Mempelajari cara memproses susu untuk membuat pengiraan bakteria yang ada di dalam
susu.
 Melakukkan routin culture bagi sampel baja pada BA dan MA.
 Subculture pada BA untuk mendapat pure koloni.
 Melakukkan routin culture kulit ular yang diredam dengan salmonella enrichment media
(SEM) di BGN dan XLD untuk mendapatkan salmonella.
 Cuti thaipusam.
 Mempelajari cara membaca tsi, mio, dan urea.
 Mempelajari cara membuat media.
 Mempelajari csara memlakukkan PCR menggunakan DNA sahaja.
 Melakukkan ujian sugar untuk melihat tindak balas bakteria terhadap sugar
 Melakukkan routine culture pada ba dan ma yang mempunyai pure koloni.
 Melakukkan grim stain untuk menentukkan bakteria tersebut gram negatif atau positif.
MINGGU 11- (5/2/2018-9/2/2018)
 Melakukkan subculture untuk mendapatkan pure koloni
 Meletakkan sampel telur mati, bulu anak itik, calitan tray dan kulit telur ke dalam
salmonella enrichment medium untuk mengasing bakteria selain salmonella.
 Melakukkan routine culture terhadap sampel organ yang dihantar.
 Melakukkan routine culute sampel salmonella enrichment media keatas agar XLD dan
BGN.

16
 Melakukkan larutan susu untuk ujian Total Plate Count (TPC) dan coliform.
 Melakukkan biokimia test untuk mengetahui jenis bakteria.
 Melakukkan prsoses sampel dalam teknik aseptik untuk melakukkan routine culture.
 Melakukkan PCR untuk mengesan DNA bakteria tertentu dalam sampel.
 Melakukkan ujian biochemical untuk mengenalpasti bakteria salmonella.
 Melakukkan ujian sugar untuk bakteria yang diuji oleh oxidise bagi mengetahui jenis
bakteria.
Minggu 12- (12/2/2018-16/2/2018)
 Mempelajari tujuan dan cara untuk streaking pada mullerhilton keatas bakteria e coli.
 Melakukan rutin kulture di xld dan bgn bagi menasingkan bakteria salmonella.
 Mempelajari cara mengambil darah dari haiwan penderma untuk dijadikan media.
 Mempelajari dan melakukan pengukuran zone of inhibitious bagi ujian sensetiviti
antibiotik.
 Membantu staff melakukan ujian kav untuk menguji kualiti susu.
 Melakukan biochemical test untuk mengetahui jenis bakteria.
 Melakukan subculture pada blood agar dan mac conkey.
 Melakukan routin culture untuk mendapatkan pure colony dan memasukkan organ di
dalam salmonella enrichment media untuk mendapatkan bakteria jenis salmonella.
 Melakukan penyimpanan stok culture pada maintanece media.
 Cuti tahun baru cina.
Mingu 13- (19/2/2018-23/2/2018)
 Melakukkan proses sampel organ untuk routin culture dan juga metelakkan organ kedalam
salmonella enrichment media.
 Mempelajari cara estrak DNA daripada darah.
 Melakukan subculture untuk salmonella di BGN dan XLD.
 Membantu puan rosnah melakukan ujian kualiti susu dengan melarutkan susu ke dalam
peptone water.
 Melakukan biochemical test untuk mengenal pasti jenis bakteria yang disubculture
daripada routin culture.
 Melakukan pemprosesan organ untuk ujian pengasingan baketria.
 Melakukkan ujian sentiviti antibiotik untuk mengetahui antibiotik yang sesuai untuk
digunakan keatas bakteria.

17
 Melakukan ujian oxidose untuk mengetahui kumpulan bakteria.
 Mempelajari cara untuk membuat loop.
Minggu 14- 26/2/2018-2/3/2018
 Menlaporkan diri kepada ketua seksyen makmal biokimia iaitu puan lily suhaida bt mohd
sajak.
 Menpelajari dan melakukan kerja pengisaran rumput yang telah dikeringkan semalaman.
 Mempelajari cara melakukan penimbangan susu untuk ujian penggiraan pepejal yang ada
didalam susu.
 Melakukan penimbangan ujian lemak yang telah siap.
 Mempelajari cara melarutkan calcium dan phosphorus dan juga melakukan pembacaan di
atas kertas graf.
 Melakukan ujian ulangan bagi susu.
 Melakukan ujian ulangan bagi lemak kerana result tidak begitu baik.
 Mepelajari cara melakukan ujian protein yang terdapat dalam sampel makanan rumput.
 Melakukan ujian urin untuk mengenalpasti tahap kesihatan ternakan.
 Melakukan ujian serum untuk mengetahui tahap kesihatan ternakan.
Minggu 15- 5/3/2018-9/3/2018
 Melakukan ujian kalsium dan phosphorus dan mengplot graf untuk mengetahui peratus
kalsium dalam makanan ternakan.
 Mengambil sampel makanan dan susu di pusat pendaftaran.
 Melakukan ujian fiber, ujian peneringan dan lemak ke atas makanan.
 Mempelajari tentang alfatoksin.
 Melakukan ujian protein kasar.
 Melakukan ujian ulangan bagi ujian lemak
 Membantu penolong pengawai sains membaiki mesin protein yang rosak sewaktu ujian di
jalankan.
 Membantu staff mengangkat dan membentulkan mesin protein yang lama.
 Mengkisar makanan yang baru sampai.
 Melakukan pengeringan sampel.
Minggu 16-12/3/2018-16/3/2018
 Melakukan ujian ash (abu) moisture,lemak dan fiber.
 Meletakkan fiber dan ash ke dalam furenst.

18
 Melakukan larutan naoh untuk ujian protein.
 Melakukan larutan naoh untuk dijadikan stok.
 Melakukan pengeringan fiber dan lemak untuk mengetahui berat.
 Melakukan pembasuhan tube test untuk kegunaan pada esok.
 Melakukan pendaftaran sampel di dalam komputer.
 Melakukan perlabelan sampel mengikut nombor di dalam komputer.
 Melakukan penimbangan dan pengeringan sampel.
 Melakukan ujian urin untuk mengetahui penyakit.
 Melakukan pengisaran makanan yang dihantar.
 Melakukan timbangan untuk pengeringan.
Minggu 17- 19/3/2018-23/3/2018
 Mengambil sampel ditempat pendaftaran.
 Mendaftarkan sampel di dalam komputer untuk rujukan makmal.
 Melakukan penimbangan susu untuk mengetahui pepejal di dalam susu.
 Melakukan timbangan sampel untuk ujian lemak.
 Melakukan ujian protein.
 Melakukan timbang sampel untuk ujian fiber dan ash.
 Melakukan pengisar sampel untuk menghancurkan makanan.
 Melakukan penimbangan sampel untuk proses pengeringan dan abu.
 Cuti kerana menghadiri ujian jpj.
 Meletakan fiber yang telah ditimbang diletakan ke dalam furenst untuk dijadikan abu.
 Melakukan penimbangan sampel untuk melakukan ujian lemak.

Minggu 18-(26/3/2018-30/3/2018)
 Melakukan penimbangan sampel untuk lemak, protein dan fiber.
 Mendaftakan sampel di dalam komputer.
 Melakukan penimbang susu untuk mengetahui pepejal yang ada pada susu.
 Melaporkan diri di makmal parasitology.
 Mempelajari dan cara melakukan ujian sedimention dan mcmaster untuk mengenalpasti
kehadiran telur cacing di dalam tinja lebu.
 Mempelajari cara melakukan pengiraan cell darah
 Mengelap meja dengan 70% etanol sebelum melakukan kerja.

19
 Melakukan subculture tinja untuk pembiakan cacing.
 Mengelap dan mengemas rak yang mempunyai pameran.
 Menyusun fail mengikut tahun.
Minggu 19- (2/4/2018-6/4/2018)
 Membersihkan dan mengemaskan stor.
 Melakukan ujian thin blood smear untuk mengetahui jenis parasit di dalam badan
ternakan.
 Melakukan penyimpanan fail ke dalam stor untuk dijadikan bahan rujukan.
 Mempelajari dan mengenal jenis cell di dalam darah kuda.
 Melakukan pengasingan kes positif di dalam fail mengikut tahun.
 Mendaftarkan kes ke dalam buku.
 Melakukan ujian mcmaster dan sendimention tinja rusa, seladang dan burung.
 Melakukan harvest tinja kambing yan disubculture pada 29 mac 2018.
 Melakukan kerja pembersihan di dalam stor untuk menyusun fail.
 Mempelajari cara melakukan ujian formalindehat untuk mendapatkan pelbagai jenis
cacing.
 Melakukan kemaskini maklumat didalam komputer.
Minggu 20- (9/4/2018-13/4/2018)
 Mengambil sampel dipusat pendaftaran kes.
 Mendaftarkan kes ke dalam buku parasit.
 Mempelajari cara melakukan ujian pemendapan formalin.
 Memasukan data kes ke dalam komputer.
 Mengemas bilik mesyuarat.
 Melakukan dan mempelajari ujian teknik spora coci.
 Menlapor diri di mikroorganisna khas.
 Mempelajari cara subculture mikroplasam di plate PPLO AGAR.
 Mempelajari cara memproses organ iaitu trakcea dan paru-paru.
 Membasuh bekas jar yang telah digunakan.
 Mempelajari cara melakukan ujian serum untuk mengetahui kewujudan antibody.
 Memasukkan bekas dan peralatan ke dalam inkubator untuk proses pengeringan.
 Membantu staff di washing room membasuh botol boujor dan universal.
 Melakukan penyembelihan ayam untuk mengambil serum.

20
 Mempelajari cara melakukan sapen.
Minggu 21- (16/4/2018-20/4/2018)
 Menyusun barang makmal ke dalam rak
 Melakukan subculuture pada PPLO AGAR WITH ANTI dan CMI
 Melakukan biochemical test pada mikro untuk mengetahui jenis spesis.
 Mengeluarkan plate dari inkubator.
 Melakukan filter sampel dan streaking pada plate PPLO AGAR WITH ANTI.
 Membantui staf menutup lubang pada bilik ayam untuk fumigasi.
 Mempelajari cara bioreaktor dan mengambil sampel untuk tujuan ia dijalankan untuk
membiakan mikro untuk dijadikan produk.
 Mencincangkan daging ayam untuk dijadikan media.
 Memanaskan tempat kukus untuk mengkukus daging ayam.
 Melarutkan air kukusan ke dalam botol 100 plus.
Minggu 22- (23/4/2018-27/4/2018)
 Mengeluarkan plate dari inkubator.
 mengisi tips ke dalam kotak.
 Mencuci peralatan makmal seperti bikar dan botol universal.
 Menghadiri temuduga di ladang moccis.
 Mengisi larutan formalisane ke dalam botol.
 Packing barang makmal untuk di autoclave.
 Menstreaking plate PPLO AGAR dan CMI yang mempunyai sampel.
 Mengfilter sampel di broth dan plate PPL:O AGAR WITH ANTI.

21
Bab 4 laporan teknikal

Di institut penyelidikan vetrinar (VRI) terdapat pelbagai jenis ujian yang dijalankan untuk
mendapatkan jenis penyakit yang selalu dihadapi oleh ternakan. Semua ujian yang dijalankan
di VRI mempunyai teknik dan kaedah yang telah ditetapkan mengikut standard prosedur

PROSEDUR PENERIMAAN SAMPEL

 Menerima borang dan sampel


 Semakan borang dan sampel
 Proses pendaftaran
 Menyimpan sampel yang diterima di dalam peti sejuk
 Menulis di dalam buku pendaftaran
 Menelefon seksyen terbabit untuk memaklumkan jenis sampel.

PROSEDUR MASUK KE BILIK SEJUK (POST MORTEM)

 Sihat tubuh badan


 Memakai lab coat/coverall
 Memakai golver (dua lapis)
 Memakai 3m facial mask
 Membuka suis air filter

PROSEDUR UJIAN HISTOPATHOLOGY

 Pastikan spesimen sesuai untuk dijalankan ujiann histo( tisu tidak autolisis, disimpan
beku)
 Rekodkan penerimaan ke dalam buku kes histo
 Spesimen berupa tisu haiwan perlu diawetkan di dalam 10% buffer formalin

22
 Tisu yang diawetkan perlu ditrimkan bahagian normal dan tidak normal dengan ketebalan
3 mm.
 Dimasukkan ke dalam kaset dsn dilabel dilalukan dengan air paip tujuan menyahkan
formalin pigmen
 Tisu sedia utk diproses

PROSEDUR CUCI DARAH (CRBC)

 Darah mentah+anti koagulan dimasukkan ke dalam 50 ml tube centrifuge dan di empar


pada 1500 g selama 5 min
 Buang supernatan dan isi semula dengan PBS ph 7.2.
 Empar pada 1500 g selama 5 min
 Ulang langkah 2-4 sehingga menjadi jernih.
 Pencucian yang terakhir buang supernatan, tambah PBS sehingga 10 ml dan sebatian.
 Sedutkan campuran CRBC dan PBS dengan menggunakan tuib kapilari hematokrit.
 Tutup tiub kapilari hematokrit dengan tanah liat.
 Empar tiub menggunakan pengempar hematokrit pada 13000 rpm selama 5 min. Pastikan
bahagian tiub yang tidak tutup menghadap bahagian tengah piring pengempar.
 Kira packed-cell volume (PCV) selama 5 min dengan pembaris mengikut formula
pengiraan berikut:

% PCV= packed-cell volume x 100


Jumlah isipadu
= x cm x 100
Ym
= Z % PCV

Penyediaan 0.5% CRBC:


% PCV= 0.6 cm x 100
0.6 cm
= 10%
C’ V’ = C V
C’ x V’= C x V
10% x 10ml= V
0.5%
200 ml - V

23
Walau bagaimanapun, 200 ml = 10ml(PBS yang ditambah pada pencucian terakhir) =V
(190ml =V )

PROSES HARVESING TELUR

 Infected egg di candle untuk melihat sama ada embrio masih hidup atau tidak.
 •Infected egg disejukkan dalam frezzer pada suhu -20 darjah selama 1 jam (pilihan
lain 4 darjah semalaman)
 Botol disediakan untuk meletakkan allantoic fluids ( botol tambahan disediakan untuk
CAM (chroio allantoic membrans) bagi kes IB, REO dan ADENOL. Telur mati juga
perlu diharvest.
 Bahagian atas telur di swab 70% etanol.
 Bahagian atas dipecahkan menggunakkan forcep yang steril. Forcep tersebut
dipastikan tidak menyentuh membran kantung udara.
 Pastuer pipet digunakan untuk menyedut allantoic fluid dan dimasukkan ke dalam
botol.
 CAM diambil bagi kes IB,REO dan ADENO.
 Allantoic fluid dan CAM disimpan di dalam freezer pada 4 darjah untuk melakukkan
ujian lain.

PEMPROSESAN SAMPEL SWAB

 Jika swab lembap dihantar, vortex swab selama 5-10 min.


 Empar spesimen pada 3,000 rpm selama 10 min sekiranya supernatan tidak boleh
diproses ujian lanjutan, sampel boleh disimpan pada 5-7 darjah celcius semalaman/ -
70 darjah celcius sehingga masa untuk inokulasi sampel dilakukan.
 Filter sampel dengan penapis picagari 0,2 mikron sampel sukar ditapis 0.45 mikron
boleh digunakan.
 Inkulasi telur I/A route ( ND, AI, IB) I/Y router ( REO, ADENO, AE) dan CAM route
( ILT, FP, IBD)
 Tuai allantoic fluid / CAM.
 HA/HI/AGBPT/RT-PCR/RPT-PCR

24
PEMPROSESAN SAMPEL POOLED ORGAN (ORGAN CAMPURAN)

 Kisarkan “ pooled organ” dengan forcep + gunting kepada kepingan kecil.


 Homogoniza dengan frozen pesite dan mortar untuk mendapatkan pratikal organ yang
lebih halus. Tambahkan pasir steril dan 3-4 ml TPB+PSK semasa homoganize.
 Centrifuge pada 2500 g selama 10 min.
 Supernatat difilter dengan 0,22 um ke dalam botol bijou steril.
 Simpan sampel yang telah difilter pada -20 darjah celcius/-70 darjah celcius. ( untuk
simpanan yang lebih lama sehingga digunakan.

INTRA ALLANTOIC (I/A)

 kapas 70% diswab pada bahagian atas telur (air-sac) yang akan diinokulat(pembiakan)
dan alkoholntersebut dibiarkan meruap.
 Kulit telur ditebuk menggunakan penumbuk kulit yang telah diswab dengan 70%
alkohol.
 0.2 ml dimasukkan ke dalam telur dengan picagari 1 cc,
 Lubang ditutup menggunakan gam uhu dan dieram pada suhu 37 darjah celcius selama
3 hari (di candling setiap hari).

25
BAB 5 : DAPATAN DAN CADANGAN

Sepanjang saya bekerja di Institut Penyelidikan Veterinar (VRI) pelbagai ilmu yang
saya telah perolehi. Pada awal latihan ini saya di ajar cara untuk melakukan pengurusan
sampel yang dihantar oleh pemilik ladang atau haiwan peliharaan melalui perrsedirian atau
pos dan setelah saya mahir saya mempelajari cara untuk menjernihkan serum yang keruh
menggunakan alatan cetrifuge. Selain dari kerja makmal saya berpeluang yang berkaitan
dengan skop pembelajaran yang saya belajar turut ada iaitu melakukan post mortem ayam dari
situ saya dapat belajar organ yang dijangkiti. Seterusnya membersihkan bilik sejuk dan
memasukkan karkas ke dalam incineration.

Selain itu, saya juga turut mempelajari di virology avian cara untuk melakukan ujian
HA dan HI untuk mengenal pasti kehadiran virus dan mengesan jenis virus , Saya juga telah
diberi peluang untuk melakukan semua ujian tersebut kepada sampel untuk melatih diri saya
supaya memahirkan diri. Saya juga telah di ajar cara untuk berintreaksi dengan pelanggan
yang menghantar sampel dengan teknik yang betul.

Walaupun saya ialah seorang pelajar praktikal dari kolej vokasional di sini, mereka
amat mudah menerima saya dalam sebagai warga VRI dan menganggap saya sebagai pekerja
biasa. Ini dapat memudahkan saya berinteraksi dengan semua golongan pekerja dan
membolehkan saya menyesuaikan diri dengan pelbagai ragam suasana pekerjaan yang timbul.
Keadaan sedemikian telah banyak membantu ke arah pembinaan satu personaliti yang positif
dalam diri saya. Aspek disiplin dan keyakinan diri turut bertambah kerana kini saya percaya
saya berupaya melakukan kerja yang diarahkan sambil mematuhi segala peraturan yang
ditetapkan. Saya telah belajar cara berkomunikasi dengan pelbagai lapisan di institut ini. Ini
adalah amat penting untuk menghasilkan kerja yang baik dan berjalan lancar tanpa
menghadapi sebarang masalah.

26
Seperti yang kita ketahui setiap kekuatan pasti ada kelemahannya tersendiri. Terdapat
beberapa masalah atau kesukaran semasa kami menjalani latihan industri ini. Walaupun
masalah yang dihadapi tidak terlalu besar tetapi ia sedikit sebanyak menyukarkan proses
latihan industri ini. Masalah utama di VRI adalah dari segi peralatan kerana jumlah peralatan
yang terhad dan mahal. Barangan seperti mesin centrifuge , mesin autoclave , mikro pit pet
dan juga peralatan makmal lain. Perkara ini menjadi kesukaran kepada pekerja praktikal jika
terdapat banyak sampel pada hari tertentu.

27
BAB 6 : KESIMPULAN

Latihan industri merupakan salah satu syarat wajib bagi memperoleh Sijil Diploma
agroindustry ternakan poultry Malaysia. Melalui latihan industri ini pelajar bukan sahaja
dapat meningkatan kemahiran dalam bidang masing-masing malah pelajar dapat didedahkan
dengan teknik dan kaedah penyediaan dan penulisan laporan. Pelajar dapat meningkatkan
potensi diri dalam pasaran kerja dan juga dalam bidang akan mereka ceburi setelah tamat
pengajian. Seterusnya, melalui latihan industri ini pelajar juga berpeluang untuk
mempraktikan sebahagian daripada perkara yang dipelajari di kolej sebelum ini sama ada
teori atau praktikal. Pelajar juga dapat mengetahui persekitaran sebenar di alam pekerjaan dan
membolehkan pelajar menyesuaikan diri sebelum menempuhi alam suasana pekerjaan. Pelajar
dapat mengetahui cara sesuatu pekerjaan dilakukan melalui kepantasan, kecekapan,
kemahiran dan juga kebolehan seseorang semasa melaksanakan kerja mereka. Setiap
pekerjaan perlulah dilakukan dengan efisien dan teliti supaya pekerja dapat menilai kualiti
kerja mereka sendiri dan juga keberkesanan kerja. Sepanjang tempoh 5 bulan saya bekerja
bersama INSTITUT PENYELIDIKAN VETERINAR dan telah ditugaskan sebagai junior
dalam institut tersebut. Saya telah melakukan pelbagai ujian kepada pelanggan dan hampir
kesemua ujian saya mampu lakukan. Setiap rawatan mempunyai cara atau teknik yang
berbeza mengikut masalah yang pelanggan hadapi. Oleh itu, pelbagai cabaran yang telah saya
lalui tetapi dapat diselesaikan dengan baik. Latihan industri merupakan perkara yang
diwajibkan untuk semua pelajar, namun ia juga merupakan pulangan yang terbaik pada diri
pelajar. Mereka dapat menimba pengalaman dalam pelbagai hal yang berkaitan dengan gerak
kerja seharian. Dengan itu, pelajar akan bergiat mempelajari sesuatu yang baru serta
meningkatkan lagi kemahiran pada perkara tersebut. Kesimpulannya, perindustrian di
Malaysia semakin pesat membangun bak kata seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Jadi,
tenaga mahir amat diperlukan dalam sektor ini. Generasi mudalah yang merupakan bakal
tenaga mahir pada masa yang akan datang. Perancangan dan kerjasama di antara Kolej
Vokasional (pertanian) teluk intan dan syarikat-syarikat perindustrian adalah amat penting
untuk melahirkan generasi yang berkemahiran pada masa hadapan. Akhir kata, saya ingin
lahirkan rasa bangga dan kesyukuran yang tak terhingga kerana dapat menamatkan latihan

28
industri di Institut Penyelidikan Veterinar dengan jayanya, dan sekaligus menjaga nama baik
pihak kolej. Maka, adalah menjadi harapan saya, pihak Kolej Vokasional di Malaysia dapat
meneruskan program latihan industri ini, agar dapat membantu negara melahirkan lebih ramai
tenaga pekerja professional yang berkemahiran dalam pelbagai bidang kerja.

BAB 7: RUJUKAN

http://hids.arkib.gov.my/-/perasmian-institut-penyelidikan-haiwan

SOP MAKMAL VIROLOGY AVIAN

29
BAB 8: LAMPIRAN

30

Anda mungkin juga menyukai