Anda di halaman 1dari 17

BAHAGIAN A

DEFINISI
Pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti
menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang
pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan. Pentaksiran dalam pendidikan di Malaysia
ialah proses mendapatkan maklumat tentang perkembangan individu serta keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran dalam pembangunan dan pembentukan modal insan. Pentaksiran
terbahagi kepada beberapa jenis antaranya ialah pentaksiran autentik, pentaksiranperformance
based, pentaksiran dan hasil pembelajaran, pentaksiran berbantukan komputer dan pentaksiran
motivasi.
Menurut Pert (1990), pentaksiran autentik merupakan bentuk penilaian yang berdasarkan
pencapaian sebenar yang ditunjukkan oleh kanak-kanak di dalam bilik darjah setiap hari.
Pentaksiran autentik ini meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek merangkumi pengetahuan
pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian masalah, kemahiran sosial, sikap terhadap
persekitaran dan simulasi terhadap situasi dunia sebenar. Dalam erti kata lain, pentaksiran
autentik ini juga merupakan suatu proses yang melibatkan pelbagai bentuk pengukuran prestasi
yang boleh mereflek tahap pembelajaran pelajar, kejayaan, motivasi dan sikap pada aktiviti yang
relevan. Pentaksiran autentik juga dikenali sebagai penilaian alternatif.
Pentaksiran autentik juga didefinisikan sebagai pengevaluasian pengetahuan atau keahlian
pelajar dalam konteks yang mendekati dunia sebenar atau kehidupan nyata sedekat mungkin.
Menurut Rudner & Boston (1994), pentaksiran autentik adalah proses yang memerlukan kanakkanak mendemonstrasikan pengetahuan, kemahiran dan strategi dengan memberi maklum balas
atau hasilan dalam konteks atau realiti yang bermakna.

Domain Kognitif
Pada dasarnya Kognitif adalah keupayaan intelektual pelajar dalam berfikir, menegtahui dan
menyelesaikan masalah. Menurut Bloom, segala usaha yang berkaitan dengan aktiviti otak
adalah termasuk dalam ranah kognitif. Ranah kognitif berkaitan dengan kemampuan berfikir,
termasuk didalamnya kemampuan menghafal, memahami, mengaplikasi, menganalisis,
mensintesis, dan kemampuan menilai Dalam ranah kognitif itu terdapat enam aspek atau jenjang
proses berfikir, mulai dari jenjang terendah sampai dengan jenjang yang paling tinggi.
Berikut adalah kenam jenjang ranah kognitif:
1. Pengetahuan (Knowledge) Adalah kemampuan seseorang untuk mengingat-ingat kembali
(recall) atau mengenali kembali tentang nama, istilah, idea, formula-formula, dan sebagainya,
tanpa mengharapkan kemampuan untuk menggunkannya. Pengetahuan atau ingatan di sebut
sebagai proses berfikir yang paling rendah.
2. Pemahaman (Comprehension) Adalah kemampuan untuk mengerti atau memahami sesuatu
selepas sesuatu itu diketahui dan diingat. Dengan kata lain, memahami adalah mengetahui
tentang sesuatu dan dapat melihatnya dari pelbagai segi. Seseorang pelajar dikatakan memahami
sesuatu apabila ia boleh memberikan penjelasan atau memberi penerangan yang lebih terperinci
tentang hal itu dengan menggunakan kata-katanya sendiri.
3. Aplikasi (Application) Adalah keupayaan menggunakan atau menerapkan materi yang sudah
dipelajari pada situasi yang baru dan menyangkut penggunaan peraturan dan prinsip. Penerapan
merupakan tahap kemampuan berfikir yang lebih tinggi daripada pemahaman.
4. Analisis (Analysis) Adalah kemampuan untuk memperincikan atau menghuraikan suatu bahan
atau keadaan mengikut bahagian-bahagian yang lebih kecil dan mampu memahami hubungan di
antara bahagian-bahagian atau faktor-faktor yang satu dengan faktor-faktor lain.
5. Sintesis (Synthesis) Adalah kemampuan berfikir yang merupakan kebalikan dari proses
berfikir analisis. Sisntesis merupakan suatu proses yang menggabungkan bahagian-bahagian atau
unsur-unsur secara logik, sehingga menjelma menjadi suatu pola yang yang berstruktur atau
berbentuk pola baru.

6. Penilaian (Evaluation) Adalah merupakan jenjang berfikir paling tinggi dalam ranah kognitif
dalam taksonomi Bloom. Penilian / penilaian disini merupakan kemampuan untuk membuat
pertimbangan terhadap suatu keadaan, misalnya jika seseorang dihadapkan pada beberapa
pilihan maka ia akan mampu memilih satu pilihan yang terbaik sesuai dengan disandarkan atau
kriteria yang ada.
Domain tidak Afektif
Ranah afektif adalah ranah yang berkaitan dengan sikap dan nilai. Ranah afektif termasuk watak
perilaku seperti perasaan, minat, sikap, emosi, dan nilai. Beberapa pakar mengatakan bahawa
sikap seseorang dapat diramalkan perubahannya bila seseorang telah mempunyai kuasa kognitif
tahap tinggi. Ciri-ciri hasil belajar afektif akan kelihatan pada peserta didik dalam pelbagai
tingkah laku.
Ranah afektif menjadi lebih terperinci lagi ke dalam lima peraturan, iaitu:
1. Penerimaan (Receiving / Attending) Penerimaan atau Receiving adalah kepekaan seseorang
dalam menerima rangsangan (stimulus) dari luar yang datang kepada dirinya dalam bentuk
masalah, situasi, gejala dan lain-lain. Termasuk dalam jenjang ini misalnya adalah: kesedaran
dan keinginan untuk menerima rangsangan, mengawal dan menyeleksi gejala-gejala atau
rangsangan yang datang dari luar. Receiving atau attenting juga sering di beri pengertian sebagai
kemahuan untuk memperhatikan suatu aktiviti atau suatu objek. Pada jenjang ini peserta didik
dibina agar mereka bersedia menerima nilai atau nilai-nilai yang di ajarkan kepada mereka, dan
mereka mau menggabungkan diri kedalam nilai itu atau meng-identifikasikan diri dengan nilai
itu.
2. Tanggapan (Responding) Tanggapan atau Responding mengandung arti "adanya penyertaan
aktif". Jadi kemampuan menanggapi adalah kemampuan yang dimiliki oleh seseorang untuk
mengikut sertakan dirinya secara aktif dalam fenomena tertentu dan membuat reaksi terhadapnya
salah satu cara. Jenjang ini lebih tinggi daripada jenjang receiving.
3. Penghargaan (Valuing) Menilai atau menghargai artinya memberikan nilai atau memberikan
penghargaan terhadap suatu aktiviti atau objek. Dalam kaitan dalam proses belajar mengajar,
pelajar disini tidak hanya mau menerima nilai yang diajarkan tetapi mereka telah berkemampuan
3

untuk menilai konsep atau fenomena, iaitu baik atau buruk. Bila suatu ajaran yang telah mampu
mereka nilai dan mampu untuk mengatakan "itu adalah baik", maka ini bererti bahawa pelajar
telah menjalani proses penilaian.
4. Pengorganisasian (Organization) Mengurus atau mengatur ertinya mempertemukan perbezaan
nilai sehingga terbentuk nilai baru yang universal, yang membawa pada perbaikan umum.
Mengatur atau mengatur merupakan pengembangan dari nilai kedalam satu sistem organisasi,
termasuk didalamnya hubungan satu nilai denagan nilai lain., Pemantapan dan perioritas nilai
yang telah dimilikinya
5. Karakterisasi Berdasarkan Nilai-nilai (Characterization by a Value or Value Complex) Ini lebih
merujuk kepada watak dan daya hidup sesorang. Tujuan dalam kategori ini ada hubungannya
dengan kekerapan peribadi, sosial dan emosi jiwa. Yaitu kepaduan semua sistem nilai yang telah
dimiliki oleh seseorang, yang memberi kesan kepada pola personaliti dan tingkah lakunya. Nilai
itu telah tertanam secara konsisten pada sistemnya dan telah mempengaruhi emosinya. Pada
jenjang ini peserta didik telah mempunyai sistem nilai yang mengawal tingkah lakunya untuk
masa yang lama, sehingga membentu ciri-ciri "pola hidup" tingkah lakunya menjadi lebih
konsisten, menetap dan lebih mudah dijangka

BAHAGIAN B
Cara untuk menilai seorang pelajar adalah berdasarkan band seseorang pelajar. Band merupakan
tahap penguasaan murid. Antara Band 1 sehingga Band 6, Band 6 merupakan band yang paling
tertinggi manakala Band 1 adalah band yang paling terendah. Pernyataan standard adalah
prestasi atau tahap penguasaan murid secara umum dalam pembelajaran. Pelajar perlu menguasai
setiap deskriptor untuk menentukan band yang dicapainya. Penguasaan setiap descriptor
membuktikan bahawa pelajar telah menguasai semua standard kandungan pembelajaran band
berkenaan. Namun pelajar boleh ditaksir pada band yang lebih tinggi walaupun dia belum
menguasai setiap descriptor dalam band terdahulu kerana guru mengajar berdasarkan Sukatan
Pelajaran. Deskriptor pula merupakan pernyataan mengenai tingkah laku terperinci yang boleh
diperhati dan diukur dalam menilai prestasi atau tahap penguasaan murid dalam pembelajaran.
DSP digunakan untuk mentaksir murid semasa proses PdP. Dokumen kurikulum digunakan oleh
guru untuk mengajar. DSP dicipta untuk menjadi panduan untuk guru bagi menambahbaik
Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.
Evidens terbahagi kepada dua bahagian iaitu evidens (murid) dan evidens (bahan). Evidens
(murid) merupakan pernyataan yang menerangkan bagaimana murid menunjukkan perkara yang
diketahui dan dikuasai berdasarkan sesuatu deskriptor. Evidens (bahan) merupakan bahan atau
apa-apa bentuk bukti yang ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam
bentuk produk atau proses.
Bahan evidens juga akan disimpan dalam dua fail yang berbeza iaitu Fail Perkembangan Murid
(FPM) dan Fail Showcase (FS). FPM adalah fail yang menyimpan evidens perkembangan
pembelajaran murid. Seorang murid akan mempunyai satu FPM yang mengandungi evidens
semua matapelajaran dan setiap evidens hendaklah direkodkan dalam Rekod Perkembangan
Murid (RPM). RPM pula hendaklah diletakan dihadapan evidens setiap mata pelajaran. FS pula
merupakan fail yang menyimpan setiap evidens terbaik bagi semua deskriptor untuk semua mata
pelajaran dalam sebuah kelas atau semua kelas dalam seluruh tingkatan berkenaan. FS juga
hendaklah dijadikan rujukan piawaian evidens

Laporan dan Analisis data Beljit Kaur


Latar belakang murid
Penilaian telah dilakukan ke atas Beljit Kaur. berumur 6 tahun. Beljit merupakan seorang
kanak-kanak yang pendiam, tidak banyak bercakap dan tidak nakal. Sukar untuk mendengar
suaranya. Walaupun pendiam, Beljit pandai bergaul dengan rakannya. Sikapnya agak lasak jika
sedang bermain.
Nilai perkembangan diri
Berikut merupakan skor nilai perkembangan diri

yang diperolehi hasil daripada

pentaksiran yang telah dilaksanakan.


Pengiraan markah:
X 100 = MARKAH KESELURUHAN
(26 + 10 + 12 + 16 + 6 + 1 + 2 + 0)
JUMLAH MARKAH
( 71 ) X 100 = 79%
90

Merujuk kepada skor yang diperolehi, jelas menunjukkan bahawa Beljit telah menguasai band 3
iaitu Baik/ Kepujian. Standard prestasi band 3 ialah :

Kepercayaan kepada Tuhan

Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhan Nya
berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara.

Kebersihan Fizikal dan Mental

Kebersihan dan kesihatan diri serta pemikiran yang sihat dan positif dalam setiap perlakuan.

Harga Diri

Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan.

Kerajinan

Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan
berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara.

Hemah Tinggi

Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian.

Kasih Sayang

Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang
ikhlas.

Kesederhanaan

Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam
pemikiran, pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.

Kejujuran

Kewajipan bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas dalam setiap perlakuan.

Baik Hati

Kepekaan terhadap perasaan dan kebajikan diri sendiri dan orang lain dengan memberi bantuan
dan sokongan moral secara tulus ikhlas.

Berterima Kasih

Perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu
jasa, sumbangan atau pemberian.

Tujuan utama pentaksiran dan penilaian dilaksanakan adalah untuk mengenalpasti pelbagai
kecergasan dan potensi murid bagi memperkukuhkan dan membantu mempertingkatkan
perkembangan mereka. Sebab kenapa penilaian ini dikatakan proses pengajaran dan
pembelajaran berterusan adalah kerana, penilaian bertujuan untuk mengumpul maklumat yang
berkaitan tentang pengetahuan, kemahiran dan pencapaian kanak-kanak seterusnya menjadi
panduan bagi menentukan objektif yang perlu dicapai dan hala tuju pengajaran dan
pembelajaran. Selain itu, ianya juga bertujuan untuk membolehkan guru memilih dan merancang
pengalaman pembelajaran yang sesuai dengan keperluan kanak-kanak. Oleh itu, pentaksiran dan
penilaian perkembangan kanak-kanak prasekolah penting kerana membantu mengesan
perkembangan seseorang murid itu dan mengenal pasti pelbagai potensi murid secara
menyeluruh.
Hasil penilaian inilah yang membolehkan guru untuk mengambil tindakan susulan yang berkesan
dalam membantu memperkembangkan potensi murid ke tahap optimum dalam domain kognitif,
afektif dan psikomotor. Daripada hasil penilaian yang telah dibuat, guru dapat membuat
pertimbangan tentang tiga perkara iaitu mengesan keberkesanan pengajaran guru, mengenalpasti
kelemahan dan kekuatan murid seterusnya merancang dan mengubah suai aktiviti pengajaran
bagi membantu perkembangan dan pertumbuhan murid.
Tujuan utamanya adalah untuk mendapatkan gambaran tahap perkembangan murid yang hampir.
Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran secara lebih jelas
dan mempunyai bukti yang kukuh berlaku apabila pentaksiran dan penilaian dilaksanakan. Dari
sinilah guru mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran
memperbaiki pengajaran dan pembelajaran. Melibatkan semua atau sebahagian besar murid
dalam kelas secara efektif.
Pentaksiran dan penilaian juga amat membantu guru dalam melaksanakan tugas mendidik
mereka. Daripada hasil pentaksiran dan penilaian guru dapat menilai aktiviti yang dijalankan
semasa pengajaran dan pembelajaran sama ada membantu murid dalam mengalakkan
perkembangan mereka ke tahap yang optimum. Daripada analisis data yang diperolehi guru
boleh merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian
8

dengan tahap keupayaan murid sama ada perlu mengekalkan kaedah dan teknik yang sedang
digunakan atau perlu memikirkan alternatif lain dalam usaha guru menyediakan persekitaran
yang mampu membantu perkembangan murid prasekolah. Dalam erti kata lain, guru perlu
Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan jika keputusan dapatan tidak
memberansangkan atau menganalisis semula iventori yang digunakan sama ada terlalu sukar
atau terlalu mudah untuk tahap kebolehan murid. Dari situ guru dapat Merancang dan
melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan.

BAHAGIAN C
Pengenalan
Secara amnya, pengajian falsafah tentang moral ataupun disebutkan sebagai falsafah moral atau
etika telah memberikan kita sebab dan pengertian tentang andaian dan idea mengenai tindakan
yang dianggap baik dan patut dilakukan oleh seseorang individu dalam hidupnya serta dalam
hubungan antara individu. Justeru kaedah pengajaran juga bersifat fleksibil dan ia memberikan
kesan kepada keadaan dan penerimaan murid.
Maka pengajian psikologi tentang moral yang juga perlu sebagai psikologi moral bagi meluaskan
kefahaman kita tentang tingkah laku dan perkembangan kapasiti manusia untuk membuat
pertimbangan moral sebagai agen moral yang bertanggungjawab seterusnya memilih kaedah
yang difikirkan terbaik bagi menyampaikan sesuatu pelajaran. Keadaan ini membolehkan kita
menyumbangkan kepada pengetahuan kita terhadap tindakan sosial individu terhadap orang lain
dalam institusi sosial dengan menggunakan kaedah yang bersesuaian dengan muridmurid. Moral merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa Latin moralis yang
bermaksud tingkahlaku yang sesuai dengan tatasusila serta peraturan masyarakat. Oleh itu,
perkataan moral merangkumi segala sifat luhur seperti kejujuran, keadilan, kebenaran, bersopansantun dan sebagainya.
Moral/etika memberi tumpuan kepada nilai normatif yang dianggapkan baik, benar betul dan
patut sepertimana yang diwajarkan dalam perwatakan seseorang individu dan hubungan antara
individu. Kaedah pula merupakan aspek cara pengunaan penyampaian pelajaran kepada murid
agar mereka dapat menerima pelajaran dengan selesa dan berkesan. Bagi tugasan ini saya
memilih pendekatan analisis ini.

10

RASIONAL PEMILIHAN
Rasional pemilihan kaedah ini adalah kerana ia mudah diikuti oleh murid-murid disamping
beberapa situasi atau keadaan yang menyebabkan saya tertarik untuk memilih kaedah ini.
Diantaranya ialah :Kebolehan Membuat Penaakulan
Berdasarkan penggunaan kaedah ini murid-murid dapat berfikir sebagai seorang yang matang,
terbuka, analsis dan tidak mudah dipengaruhi oleh pendapat orang lain. Sesuai dengan
pandangan Suriati Puteh dan C.T. Goh (1995), menyatakan bahawa "kebolehan membuat
penaakulan ialah sikap yang berupaya menggunakan minda secara logik dan berdasarkan bukti
nyata serta munasabah dalam usaha melaksanakan sesuatu perkara. Ini bermakna kaedah ini
mampu membawa murid menggunakan pemikiran mereka dengan mengemukakan pandangan
tanpa terpengaruh dengan orang lain berdasarkan dapatan mereka.
Kebolehan Berfikir Logik dan Terbuka
Tan Lee Lee dan rakan-rakan (1994) menakrifkan keupayaan berfikir logik dan terbuka sebagai
sikap dan pandangan yang boleh diterima akal serta munasabah. Pertimbangan adalah
bergantung kepada keadaan. Pemikiran yang logik dan terbuka dapat memupuk sikap-sikap
bersabar, bertanggungjawab, berani, jujur dan berpengetahuan luas dalam diri seseorang. Orang
yang bersikap terbuka mudah menerima pandangan, pendapat dan teguran orang lain.
Pendekatan Analisis
Ia bersifat rasional maka keputusan yang dilakukan adalah berdasarkan dapatan logic dan
munasabah yang mampu mengeluarkan idea-idea yang bernas. Ia mendorong murid untuk
berfikir aktif tentang masalah-masalah moral dan dalam membuat keputusan-keputusan moral. Ia
dilihat sebagai perkembangan berfikir dalam membuat pertimbangan moral, dari suatu peringkat
yang lebih rendah menuju suatu peringkat yang lebih tinggi (Elias, 1989) tujuan yang ingin
dicapai adalah untuk membantu murid dalam membuat pertimbangan moral yang lebih kompleks

11

berdasarkan kepada nilai yang lebih tinggi serta mendorong murid untuk membincangkan
alasan-alasannya ketika memilih nilai yang betul.
Pendekatan analisis nilai disebut juga pendekatan Coombs. Pendekatan ini menawarkan suatu
proses berfikir secara rasional dalam mengkonsepsikan dan menghubungkaitkan nilai-nilai
dalam menghadapi isu moral yang kontroversial. Pendekatan ini lebih kepada penggunaan
pemikiran saintifik dan logik dalam membuat keputusan. Pendekatan yang dipelopori oleh L.
Metcalf, D. Oliver dan J. P. Shavers (1971) mengemukakan kaedah ini sebagai satu cara
memberi kemahiran pemikiran yang logik dan sistematik dalam penyelesaian sesuatu isu nilai
seperti isu berkaitan dengan polisi awam seperti keselamatan negara, dadah, hak individu dan
alam sekitar. Pendekatan ini memerlukan seseorang mengumpul dan menimbangkan fakta yang
releven sebelum membuat sesuatu keputusan. Metcalf mencadangkan supaya dibuat perbezaan di
antara nilai-nilai objek dengan nilai pandangan.
Nilai-nilai objek boleh didefinisikan sebagai perkara yang bernilai yang dipegang oleh
seseorang, manakala nilai pandangan pula adalah satu standard dimana seseorang menilai
sesuatu perkara. Metcalf mengatakan bahawa nilai-nilai pandangan merupakan:
(a) Penilaian seseorang terhadap sesuatu;
(b) Dilahirkan samada dalam bentuk positif, negatif atau neutral; dan
(c) Boleh dikelompokkan mengikut sudut-sudut pandangan seperti aestatik, moral, ekonomi,
kebijaksanaan dan lain-lain.
Pendekatan ini merupakan satu cara bagaimana isu-isu semasa dapat dikaji secara jelas dan
teratur serta dapat dibincangkan secara logik apabila klasifikasi nilai dilakukan. Ia memerlukan
pelajar mengumpul dan menimbangkan fakta-fakta yang relevan sebelum membuat sesuatu
keputusan. Cara melaksanakan pendekatan analisis nilai ialah seperti yang berikut.
(a) Kenal pasti dan menjelaskan soalan/isu nilai
(b) Mengumpul fakta/bukti untuk membuat pertimbangan nilai
(c) Menilai fakta yang relevan dan membuat keputusan tentatif

12

(d) Menguji keputusan tentative dengan situasi yang berbeza, meletakan diri kedalam situasi
sebenar atau berdasarkan kepada prinsip moral yang sejagat
PROSES PEMBINAAN FORMAT
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran kebiasaan pengajaran dan pembelajaran adalah
bersifat dari mudah ke susah justeru dalam konteks analisis nilai seseorang akan didedahkan
kepada maklumat-maklumat tertentu dan selebihnya diputuskan oleh murid dengan bimbingan
guru. Prosedur atau langkah-langkah dalam aplikasi kaedah ini adalah jelas iaitu bermula dengan
:Kenal pasti dan menjelaskan soalan/isu nilai
Pengajaran dimulakan dengan mengenalpasti masalah iaitu dengan cara melihat sesuatu isu yang
diberikan seperti mengapa gejala merokok berlaku. Input maklumat diberikan dan dalam konteks
ini pengembangan ilmu pengetahuan murid-murid akan terbina melalui input maklumat yang
diberikan tadi. Pada masa ini murid-murid hanya akan mendapat input maklumat berkaitan rokok
baik buruk perkara ini masih belum diputuskan oleh mereka lagi.
Mengumpul fakta/bukti untuk membuat pertimbangan nilai
Bahan maklumat yang diperolehi akan menjadikan mereka mengumpul maklumat sebagai fakta
kepada isu yang dikemukakan dalam pada masa yang sama maklumat tadi akan menjadi panduan
kepada mereka dalam membuat keputusan.
Menilai fakta yang relevan dan membuat keputusan tentatif
Bahan fakta yang relevan itu tadi akan dianalisis satu persatu dan dijadikan sebagai bahan untuk
membuat keputusan secara teratur. Dalam hal ini murid-murid telah bersedia untuk membuat
keputusan berdasarkan pengumpulan maklumat yang diperolehi tadi.
Menguji keputusan dan merumus
Pendekatan analisis nilai memberikan suatu perihal yang lengkap tentang strategi yang
melibatkan proses langkah demi langkah dalam menghadapi persoalan serta isu moral dan
sebagainya yang kontroversial dan berkonflik. Langkah-langkah dalam pendekatan ini walaupun
13

bersifat logikal dan berdasarkan fakta namun aspek afektif (sikap dan nilai) amat perlu bagi
pemupukan, penghayatan serta amalan nilai-nilai.Setelah semua bahan maklumat dikumpulkan
maka murid-murid akan membuat keputusan tersendiri sama ada perkara itu baik atau tidak.
Dalam hal ini keputusan yang dihasilkan adalah berdasarkan kepada maklumat yang diperolehi
seterusnya dirumuskan oleh mereka sendiri dengan yang demikian kita akan dapat
mengembangkan fikiran mereka dan mengajar mereka untuk mencapai keputusan yang baik.
Berdasarkan Konstruk, Standard Kandungan, Standard Pembelajaran, Standard Prestasi, guru
boleh membina instrumen serta mengatur aktiviti yang sesuai dan tepat supaya murid berpeluang
memberi respon yang diharapkan. Melalui pendekatan pentaksiran autentik, murid boleh
diperhati dan ditaksir melalui aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan instrumen
dan aktiviti harus sesuai dengan apa yang hendak ditaksir dengan mengambil kira faktor murid
dan persekitaran mereka. Satu instrumen atau aktiviti boleh digunakan untuk mendapatkan
evidens bagi lebih daripada satu konstruk. Antara aktiviti yang lazim dijalankan di prasekolah
ialah permainan, lakonan, nyanyian, projek, bercerita, kuiz, dan perbualan.
Eviden
Di peringkat prasekolah, pemerhatian adalah satu kaedah yang lazim digunakan untuk
mengumpul maklumat atau evidens. Pemerhatian bermaksud pengamatan kepada perlakuan
murid. Pendekatan ini boleh dilakukan secara bersahaja tanpa murid tahu bahawa dia
diperhatikan.
Apa yang diperhatikan ialah evidens atau bukti. Evidens boleh dipamerkan dalam bentuk
tingkah laku, interaksi, proses dan hasil kerja. Evidens yang mahu dilihat ialah yang
menunjukkan perkembangan, pertumbuhan dan pencapaian murid dari segi pengetahuan,
kemahiran serta sikap atau pengamalan nilai-nilai murni seperti mana yang dihasratkan melalui
KSPK.
i. Tingkah laku
a. Tingkah laku murid boleh diperhatikan dan dinilai, contohnya ketika murid:
i. Mengurus diri.
ii. Bermain bersama rakan.
iii. Membuat kolaj dalam kumpulan.
iv. Menyelesaikan masalah bersama rakan.
14

v. Menyusun blok bersama rakan atau bersendirian.


ii. Interaksi
Interaksi murid boleh diperhati dan dinilai melalui contoh aktiviti berikut :
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.

Bacaan.
Nyanyian.
Main peranan.
Bersoal jawab.
Aktiviti berkumpulan (projek, persembahan)
Interaksi murid dengan bahan/ haiwan/ tumbuhan/ persekitaran.
Dengan diri sendiri (imaginary friend).

iii. Proses dan Hasil Kerja Murid


Contoh proses dan hasil kerja murid yang boleh diperhati dan dinilai ialah:
I.
II.
III.
IV.
V.
VI.

Lukisan
Buku kecil
Buku skrap
Kraf tangan
Lembaran kerja
Membuat model menggunakan bongkah

MEREKOD
Merekod adalah aktiviti mencatat hasil pentaksiran dan maklumat berkaitan secara sistematik.
Maklumat yang direkod ialah tahap penguasaan, perkembangan, kemajuan, potensi, sikap dan
nilai-nilai yang murid pamerkan. Untuk membuat penilaian tentang perkembangan pengetahuan,
kemahiran dan nilai, Standard Prestasi boleh dirujuk untuk memastikan keselarasan dan
keadilan. Berdasarkan StandardPrestasi yang ditetapkan mengikut konstruk, guru mengenal pasti
tahap penguasaan murid. Pemerhatian dan perekodan yang teliti dan lengkap akan memudahkan
guru memberi maklum balas dan menghasilkan pelaporan murid kemudian. Contoh instrumen
yang boleh digunakan untuk merekod maklumat pentaksiran adalah seperti berikut:
a)

Senarai Semak

15

b)

Rekod Anekdot.

c)

Rekod Berterusan (Running Record)

MENGANALISIS DAN MENGINTERPRETASI


Segala data yang direkod menggunakan senarai semak, skala kadar, rekod anekdot, atau rekod
berterusan perlu ditafsirkan untuk membolehkan guru membuat rumusan mengenai
murid. Prosedur umum yang dicadangkan semasa menganalisis dan menginterpretasi maklumat
adalah seperti berikut:
I.
II.

Membaca dengan teliti semua data yang diperolehi daripada hasil pemerhatian.
Membuat analisis terhadap data dengan mengambil kira aspek-aspek penting dalam
Tunjang. Contohnya Tunjang Komunikasi lebih berfokus kepada kemahiran bertutur,

III.

kemahiran mendengar dan kemahiran menulis


Menganalisis hasil kerja murid.

Rumusan
Catatan perlu dibuat ke atas hasil kerja murid yang telah dinilai. Catatan yang dibuat biasanya
menggambarkan tahap kebolehan, contohnya sudah boleh membuat bulatan, sudah boleh
menulis huruf. Hasil kerja ini boleh disimpan dalam portfolio murid. Murid boleh dilibatkan
semasa pemilihan hasil kerja untuk dinilai dan seterusnya disimpan dalam portfolio. Bukti
refleksi yang dibuat oleh murid boleh juga dimasukkan dalam portfolio sebagai pentaksiran
kendiri.

Rujukan

16

HKEAA. (2007a). Hong Kong Diploma of Secondary Education Examination: Mathematics


Education Key Learning Area (S4-6) Hong Kong: Curiculum Development Council &
Hong Kong Examinations and Assesment Authority
K.L. Yong, Z.A.S. Ismo (2014). Lembaran Pentaksiran PBS Mathematics Form 2. Penerbitan
Ilmu Bakti Snd. Bhd. Petaling Jaya.
Lembaga Peperiksaan, (2011). Panduan dan Peraturan Pentaksiran Berasaskan Sekolah.
Putrajaya, Malaysia.
Panduan Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Cetakan 2012. Lembaga
Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia
Zulhelmi Zulkpli (2013). Perbandingan bagi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) akan/sedang
dijalankan di Malaysia bagi subjek Matematik dengan Negara Hong Kong dan
Carribean. Universiti Teknologi Malaysia, Fakulti Pendidikan.

17

Anda mungkin juga menyukai