Anda di halaman 1dari 3

KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI

Mendisiplinkan pelajar ke arah melahirkan pekerja yang berdisiplin setelah


pelajar tamat pengajian di Politeknik. Ini kerana pelajar perlu mematuhi
peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Politeknik dan organisasi tempat
menjalani Latihan Industri.

Melahirkan pekerja yang berkemahiran setelah pelajar melangkah ke alam


pekerjaan yang sebenar. Ini kerana dengan mengikuti Latihan Industri di
organisasi tertentu pelajar akan lebih berkemahiran dalam menjalankan
sesuatu kerja setelah diberi penerangan dan tunjuk ajar tentang sesuatu
kerja oleh pekrja yang berkemahiran.

Pelajar yang mengikuti Latihan Industri akan lebih matang dalam


menjalankan sesuatu kerja kerana telah diberi pendedahan.

Pelajar juga akan lebih berpengetahuan dan memahami tentang perkaraperkara yang berkaitan dengan bidang pengajian setelah mengikuti pelajaran
secara amali.

KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI


Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar.

Setiap pelajar yang mengambil sesuatu kursus di politeknik adalah


pengkhususan dalam bidangnya. Contoh pelajar dari Jabatan Teknologi
Maklumat mempunyai tiga kursus yang ditawarkan seperti pengatucaraan,
rangkaiaan dan game teknologi. Begitu juga dalam sesuatu firma, klasifikasi
ini diikuti dengan pembahagian jabatan, contohnya jabatan pentadbiran,
jabatan teknologi maklumat dan lain-lain.

Klasifikasi ini adalah untuk lanjutan kepada pelajar untuk bidang yang
dipelajari sewaktu di kolej. Pengkhususan ini adalah sub kepentingan latihan

industri kepada pelajar. Diantara lain-lain kepentingan latihan industri kepada


pelajar ialah:

a.

Membuka minda pelajar tentang alam pekerjaan.

Dunia pembelajaran adalah luas dan tidak terkongkong hanya dibangku


sekolah. Dengan peluang ini pihak politeknik telah mengambil inisiatif untuk
mendedahkan pelajar dengan situasi pembelajaran di sesebuah syarikat atau
firma.pentingnya adalah pelajar ini mempunyai idea yang luas tentang aspek
pembelajaran yang akan digunapakai kelak.

b.

Para graduan baru mempunyai pakej pengalaman bekerja.

Dimana-mana sahaja sekarang para graduan lahir bak cendawan tumbuh


selepas hujan. Namun adakah pelajar-pelajar ini benar-benar berkualiti
setanding dengan kuantitinya? Ada pihak university dan pihak kolej masih
membekalkan project paper untuk pelajar-pelajarnya berbanding latihan
industri. Bagi graduan dari politeknik, kami mempunyai pakej pengalaman
bekerja setelah tamat belajar kelak. Dan inilah kepentingan latihan industri
membekalkan pengalaman bekerja untuk para pelajar.

c. Pendedahan kepada kenyataan.


Jika di dalam kelas pembelajaran hanya pada teori tetapi apabila memasuki
alam pekerjaan, keadaan bertukar kepada keadaan sebenar atau lebih
kepada bahagian teknikal. Contoh pelajar teknologi maklumat, di dalam
makmal computer-komputer cuma komponen atau bahagian yang kecil
sahaja tetapi apabila dipejabat,bilangan komputernya yang dijalankan lebih
banyak dan berkuasa besar.

d. Kaitan teori dan praktikal.


Latihan industri membolehkan pelajar mengaitkan teori kepada praktikal dan
sebaliknya. Sebagai pelajar, toeri dan praktikal adalah dua perkara yang
sama penting. Apabila teori yang dipelajari adalah secara lisan atau bertulis,
berlainan pula dengan praktikal ianya merupakan satu gerak kerja atau
tatacara melakukan atau melaksanakan pengetahuan dari toeri kepada
praktikal.

Kesimpulannya, para pelajar adalah digalakkan untuk mencuba


mempraktikkan setiap pengetahuan sekali gus mempelajari perkara yang
baru. Ini membolehkan majikan melihat sendiri kebolehan yang sedia ada
sewaktu menjalani latihan dan dengan sendirinya akan memperkukuhkan
kebolehan dalaman pelajar itu dari pelbagai aspek. Contohnya dari segi
komunikasi, pengurusan masa, ketepatan dan kepatuhan menerima dan
melaksanakan arahan.

Anda mungkin juga menyukai