Anda di halaman 1dari 4

Program Pemantapan

Sahsiah Murid Tahap Satu


Sk Buit Hill
PENAMPANG
01 MAC, 8-9 MAC 2017
PROGRAM PEMANTAPAN SHASIAH MURID TAHAP SATU

1.0 PENGENALAN
Pembentukkan sahsiah adalah merupakan salah satu tanggungjawab yang diamanahkan
kepada setiap warga pendidik. Justeru, sebagai arkitek bangsa, peranan ini tidak dapat
dinafikan lagi akan kebenarannya. Natijahnya, selari dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang menekankan kepada melahiran insan yang seimbang dalam konteks
Jasmani, Emosi, Rohani, mahupun Intelek (JERI) maka pembangunan sahsiah perlu
dititikberatkan agar seimbang dengan kecemerlangan intelek seseorang murid itu.
Realitinya, inilah cabaran utama yang perlu ditangani oleh setiap individu di sekolah ini
khususnya dalam mencanai Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Nasional (PIPP)
menjelang 2020.

2.0 RASIONAL
Setiap sekolah mengimpikan sifar salah laku di sekolah, di samping murid yang mempunyai
semangat cintakan sekolah yang tinggi. Hasrat ini boleh dicapai sekiranya murid-murid ini
dapat dipupuk dengan sikap dan contoh yang baik. Jika masalah disiplin di setiap sekolah
dapat dikurangkan, pihak sekolah sudah semestinya dapat menumpukan sepenuh perhatian
terhadap bidang kurikulum dan kokurikulum. Untuk mencapai hasrat ini unit disiplin sekolah
dan unit bimbingan dan kaunseling bercadang untuk mengadakan program pemantapan
sahsiah bermula dari tahap satu.

3.0 MATLAMAT
Matlamat program ini adalah memberi kesedaran kepada murid-murid pentingnya menjadi
pelajar yang berdisiplin bagi membangunkan potensi diri murid secara menyeluruh.

4.0 OBJEKTIF
I. Meningkatkan disiplin murid.
II. Mengubah tingkahlaku murid menjadi lebih baik.
III. Membangunkan potensi diri murid.
IV. Menerapkan nilai menghormati warga sekolah dan menghormati lagu kebangsaan.
V. Memberi pendedahan tentang tatacara perhimpunan serta majlis rasmi yang
dianjurkan oleh pihak sekolah.

5.0 KUMPULAN SASAR


Kumpulan sasar bagi Program ini ialah semua Murid Tahap Satu dan Murid Pra Sekolah SK
Buit Hill.

6.0 TARIKH/TEMPAT
Tarikh : 01 Mac 2017 (Pra-Sekolah), 8-9 Mac 2017 (Tahap 1)
Tempat : SK Buit Hill, Penampang

7.0 JAWATANKUASA PELAKSANAAN


Pengerusi : En. Awang Lai (Guru Besar)
Tim. Pengerusi : Pn. Christine R. Armandus (PK HEM)
Pn. Rita John (PK Pentadbiran)
En. Jasni Hassan (PK Ko-Kurikulum)
Penyelaras : En. Faisal Awang Alias
Setiausaha : Pn. Nooraidy Mutang
AJK : Guru Disiplin
Guru-guru Kelas
Guru Pra Sekolah
Semua Guru Tahap Satu

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


BIL
PERKARA UNIT JUMLAH
.
1. Laminating Film RM40.00 X1 RM 40.00
2. Double Side Tape RM 2.50 X 5 RM 12.50
3. Pelaka RM25.00 X 2 RM 50.00
4. Sepit Kain RM 2.50 X 12 RM 30.00
5. Kertas Warna RM10.00 x 2 RM 20.00
6. Piring Kertas RM 5.00 x 2 RM 10.00
JUMLAH RM162.50

9.0 SUMBER KEWANGAN


Peruntukan kewangan daripada peruntukan PCG Bimbingan dan Kaunseling sebanyak
RM162.50 sahaja.

10.0 TENTATIF PROGRAM


Tarikh/Masa Kelas
01 Mac 2017 8.00 9.00 Pra-Sekolah Anggerik
Rabu 10.00 11.00 Pra-Sekolah Mawar
7.10 8.10 1 Anggerik
8 Mac 2017
9.30 10.30 1 Mawar
Rabu
11.30 12.30 2 Mawar
7.10 8.10 2 Anggerik
9 Mac 2017
9.30 10.30 3 Anggerik
Khamis
11.30 12.30 3 Mawar

11.0 PENGISIAN PROGRAM


AKTIVITI TEMPAT CATATAN
Peraturan Sekolah
- Pakaian
- Rambut
- Salah laku & Tindakan
disiplin Guru Disiplin, PK
Tatacara membeli di kantin Kelas
HEM & GBK
Peraturan berada dalam kelas
dan sekolah
Perhimpunan pagi sekolah
Tatacara Perhimpunan Rasmi
*Guru Mata Pelajaran pada waktu berkenaan dikehendaki berada bersama murid dan
mengawal kelas*

12.0 PENUTUP
Sokongan semua pihak dalam menjayakan program ini amat dihargai. Diharapkan dengan
terlaksananya program ini, ianya dapat memantapkan mutu sahsiah murid selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan kepada melahirkan insan yang
seimabang dalam konteks Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek. Kerjasama daripada semua
pihak sangat dihargai dan sangat diperlukan dalam melaksanakan dan menjayakan
program ini.

Disediakan Oleh: Disemak Oleh: Disahkan oleh:

NOORAIDY MUTANG CHRISTINE R. ARMANDUS AWANG LAI


Guru Bimbingan Kaunseling Penolong Kanan HEM Guru Besar

Anda mungkin juga menyukai