Anda di halaman 1dari 16

ALAT UJIAN PSIKOLOGI

“CLINICAL ASSESSMENT OF DEPRESSION” CAD

1. Pengenalan Inventori

Pada tahun 2004,dua orang penyelidik yang bernama Bruce A. Bracken (PhD)
dan rakanya Karen Howell (PhD) telah membangunkan Clinical Assessment Of
Depression (CAD) ianya mengamabil masa dalam tempoh 7 tahun. Menurut
kebanyakkan pakar-pakar klinikal dan penyelidik sebelum ini berpendapat tedapat
kajian-kajian yang dilakukan sebelum ini, bahawa ciri-ciri, kriteria, dan pengukuran
kemurungan di kalangan kanak-kanak, remaja, dan orang dewasa adalah perlulah
dibezakan. Berlainan pula pendapat oleh Bruce dan Karen, iaitu mempunyai ciri-ciri
kemurungan yang lebih dan ada ciri-ciri yang sama dengan antara satu sama lain .
menurut kepercayaan tersebut,maka terdapat satu borang tunggal CAD telah bagi
menyumbangkan kepada diagnosis yang tepat terhadap kemurungan dikalangan
kanak-kanak, remaja dan orang dewasa yang berumur di antara 8 tahun dan 79 tahun.

2. Tujuan CAD

Bracken & Howell, 2004 menyatakan bahawa tujuan utama yang wujudnya ciptaan
CAD ini adalah untuk mengkaji ciri-ciri kemurungan seperti:

1. Persampelan yang teliti terhadap semua simtomatologi


kemurungan

2. Mewujudkan satu alat yang berguna untuk, dan sensitif


kepada gejala kemurungan yang dilaporkan oleh kanak-
kanak, remaja, dan orang dewasa.

3. Menyediakan pentaksiran gejala kemurungan yang sesuai


untuk kedua-dua individu lelaki dan perempuan daripada
semua kumpulan etnik/ kaum dan latar belakang sosio-
ekonomi,
4. Menulisan item-item dengan cara yang paling ringkas dan jelas
dan tepat supaya memudahkan klien yang mempunyai tahap
pengetahuan yang minimum.

5. Menyediakan keputusan yang "clinician-friendly" kepada


para pengamal perubatan yang meliputi pelbagai profil
sumber data, termasuklah jumlah skor skala, skor skala,
skala kesahan, dan kelompok item kritikal.

Mereka juga ada menyatakan, selain itu, mengapa dan tujuan pembinaan CAD adalah
untuk .

1. Mewujudkan satu instrumen yang sewajarnya, ringkas bagi


pentadbiran kepada setiap individu yang sedang mengalami tertekan
mudah untuk para pakar klinikal mentadbir, skor, dan mentafsirnya.

2. Menyediakan satu program penskoran berkomputer yang


memudahkan menjalankan penskoran instrumen.

3. Mewujudkan alat klinikal yang berguna dalam pelbagai konteks


contohnya, klinikal, penyelidikan, pendidikan) dan dalam pelbagai
tetapan (contohnya, sekolah, medikal, pediatrik, neuropsikologi,atau
tetapan pemulihan; klinik-klinik atau agensi -agensi yang menyediakan
kaunseling, farmaseutikal, dan / atau intervensi terapeutik untuk
kemurungan).

4. Membina instrumen yang secara teori dan psikometriknya yang lebih


sesuai daripada skala kemurungan yang sedia ada.

5. Menyediakan instrumen yang memberikan keyakinan dalam


kandungan, pemarkahan, kualiti, ciri-ciri dan penggunaannya untuk
pakar klinikal.

3. Ciri-Ciri CAD

Inventori CAD ini merupakan satu berbentuk borang tunggal. Kandungan di dalam
borng ianya sesuai untuk kanak-kanak, remaja dan dewasa yang berumur dianatara
8 tahun hingga 79 tahun. Borang tersebut senang ditadbir dan mengandungi sebanyak
50 item skala. Format respon untuk setiap itemnya menggunakan skala empat mata
iaitu seperti di dalam jadual 1 di bawah:

sangat setuju 4

setuju 3

tidak setuju 2

sangat tidak setuju 1

Jadual 1 Skala

Masa yang diambil untuk menjawab inventori ini adalah lebih kurang 10 minit.
Bahan-bahan ujian CAD terdiri daripada Professional Manual, CAD Rating Form
(menyediakan ruang untuk merekod informasi demografi responden, item-item CAD
dan pilihan-pilihan respon) (Rujuk Lampiran 1), dan CAD Profile Form / Score
Summary (Rujuk Lampiran 2). Penskoran, profil data, laporan data dan tafsiran data
boleh dibuat secara manual ataupun bagi memudahkan proses-proses tersebut di atas,
software CAD-SP boleh digunakan sebagai pilihan. Laporan daripada perisian
tersebut merangkumi skor standard (T-score), peratusan, selang keyakinan, klasifikasi
kualitatif dan juga paparan profil grafik (Rujuk Lampiran 3).

CAD adalah berdasarkan kriteria diagnostik DSM-IV dan juga literatur


klinikal dengan penilaian simtom yang komprehensif. Berdasarkan Gambarajah 1.0
di bawah, dapat dilihat bahawa CAD meliputi pelbagai dimensi kemurungan dimana
ianya terdiri daripada 4 skala-skala simtom (symptom scales) – Depressed Mood
(DM), Anxiety/ Worry (AW), Diminished Interest (DI), Cognitive and Physical
Fatigue (CPF), 6 kluster/kelompok item kritikal (critical item clusters) –
Hopelessness, Self-Devaluation, Sleep/ Fatigue, Failure, Worry, Nervous dan 3 skala-
skala kesahan (validity scales) – Inconsistency Scale (IN), Negative Impression Scale
(NI), Infrequency Scale (IF).
Gambarajah 1.0: Strukur Teoritikal CAD

Selain mempunyai kualiti psikometrik yang luar biasa (menggunakan sampel


normatif nasional yang besar dan pelbagai), dapatan hasil yang menunjukan
pengukuran secara simtomatologi kemurungan dengan jelas dan disokong secara teori
serta mempunyai skala kandungan yang luas dan indikator diagnostik yang spesifik
secara teoritikal dan empirikal. Kluster item-item kritikal dalam inventori ini juga
dapat menunjukkan dan mengenalpasti tingkah laku dengan faktor-faktor risiko yang
diketahui yang berpotensi mencederakan diri sendiri.

4. Fungsi Inventori

1. Aplikasi klinikal :

CAD dibangunkan bertujuan memudahkan identifikasi terhadap kanak-


kanak, remaja, dan orang dewasa yang mengalami kemurungan serta boleh
digunakan untuk merancang intervensi dan bagi melihat perkembangan pelanggan
yang sedang menjalani rawatan atau intervensi. Dengan satu set item yang
menjangkau lingkungan umur yang luas iaitu daripada 8 tahun hingga 79 tahun,
CAD membolehkan penilaian secara longitudinal gejala kemurungan di sepanjang
sesi rawatan individu tidak perlu memperkenalkan instrumen yang berpotensi
tidak sesuai dalam proses penilaian tersebut. CAD adalah sebuah instrumen
laporan kendiri yang ringkas yang memerlukan tahap kemahiran bacaan yang
rendah, kebanyakan klien tanpa mengira usia, boleh melengkapkan CAD.

Dalam usaha untuk memaksimumkan kecekapan,CAD boleh diskor


menggunakan komputer oleh setiap individu yang mempunyai sedikit latihan
psikometrik.Kemudian, data boleh dikumpul, mudah dipaparkan, dan dilaporkan
kepada doktor untuk tafsiran profesional dan kegunaan mereka.Disamping itu
kelompok / kluster item kritikal termasuk kandungan item yang amat sensitif
kepada setiap individu mungkin berisiko untuk memudaratkan pada diri mereka
sendiri.

2. Aplikasi pendidikan :

Dalam keadaan masa kini media dan profesional memberi perhatian


mengenai kemurungan di kalangan kanak-kanak di sekolah dan remaja,CAD juga
boleh digunakan sebagai sebahagian daripada penilaian psychoeducational apabila
sesuatu rujukan mengenai pelajar tersebut melibatkan kesan yang amat
membimbangkan.Selain daripada itu,CAD juga boleh digunakan dalam aplikasi
pendidikan untuk individu dewasa muda yang mengalami kemurungan terutama
individu yang mendapatkan perkhidmatan di pusat kaunseling sekolah atau
universiti.Disebabkan CAD menghasilkan pelbagai sumber skor, instrumen ini
boleh memaklumkan kepada kaunselor / ahli psikologi mengenai kefungsian
sesuatu bahagian yang spesifik yang berkaitan dengan kemurungan yang mana
memberi kesan kepada pelajar.

3. Aplikasi Penyelidikkan :

Sebagai alat penyelidikan, CAD adalah amat sesuai digunakan untuk


kedua-dua kajian berskala kecil dan besar ianya kerana keringkasan, mudah untuk
pentadbiran, dan keupayaan untuk mentadbir instrumen tersebut dalam tetapan
individu atau berkumpulan.CAD boleh digunakan untuk mengesahkan atau
menentukan simtomatologi kemurungan peserta dan CAD boleh juga berfungsi
sebagai alat untuk identifikasi, sebuah pembolehubah peramal (predictor
variable), atau pembolehubah hasil (outcome variable).Kerana ianya berfungsi
dalam unit julat usia yang komprehensif, CAD juga akan menyediakan penyelidik
dengan keupayaan untuk menggunakan satu instrumen untuk seluruh jangka umur
melebihi daripada 70 tahun, yang memudahkan kedua-dua penyelidikan keratan
rentas (cross-sectional) dan kajian longitudinal.
Kepentingan dalam menjalankan aplikasi penyelidikan adalah dengan
menggunakan CAD untuk diagnosis pesakit atau untuk pembuktian diagnostik
individu yang mengambil bahagian dalam penyelidikan.Aplikasi ini juga,boleh
digunakan secara berbentuk operasi ini supaya dapat menentukan sampel bagi
yang mengalami kemurungan iaitu, semua individu yang memperolehi skor seperti
jumlah skor skala yang telah ditetapkan atau skor yang diberikan di mana-mana
skala tertentu atau skala item klinikal boleh ditakrifkan secara operasi sebagai
kemurungan atau sebagai mempamerkan gejala kemurungan tertentu. Bagi
individu-individu yang telah disahkan sebelum ini, CAD juga boleh digunakan
semasa meneroka sejauh mana gejala yang terdapat pada setiap individu dan ianya
adalah konsisten dengan laporan tingkah laku atau diagnosis psikiatris mereka
sebelum ini.

Untuk pembolehubah peramal pula, CAD juga boleh digunakan dalam


kajian ciri-ciri tingkah laku individu yang mengalami kemurungan.Contohnya,
untuk individu yang mendapat skor dalam julat yang tinggi pada skala kognitif
(cognitive) dan keletihan fizikal (physical fatigue) mungkin diramal untuk
mempamerkan prestasi akademik yang lebih buruk daripada biasa, atau
menunjukkan prestasi yang berkurangan kepada pengukuran kecerdasan atau
pencapaian berbanding dengan penilaian sebelumnya.Dengan pelbagai skala yang
disediakan oleh CAD, ia membolehkan penerokaan hubungan antara petunjuk
(indicators) tersebut dengan hasil tingkah laku (outcome).

Sebagai pembolehubah bersandar, CAD boleh menjadi amat berguna


dalam penilaian program atau pemantauan terapi aplikasi. Mingikut lingkungan
umur yang besar dan pelbagai ciri-ciri afektif dinilai oleh CAD, instrumen juga
digunakan untuk menilai sejauh mana keadaan kemurungan klien telah bertambah
baik hasil intervensi yang telah dijalankan. Dalam aplikasi ini juga,boleh
menggunakan CAD,ianya juga amat berguna sebagai pembolehubah bersandar
untuk mengikuti perkembangan dan perjalanan simtomatologi kemurungan
selepas pendekatan intervensi khusus telah dibuat sepeti kaunseling dan
farmaseutikal.

1. PENTADBIRAN DAN PENGIRAAN SKOR INVENTORI (CAD)

1.1 Pengenalan
Pentadbiran dan pengiraan skor inventori CAD (Clinical Assessment of
Depression)adalah dibentuk dan dibangunkan bagi tujuan untuk penilaian klinikal
dan untuk tujuan dianosis yang mana melibatkan kemurungan. Penggunaan CAD
boleh digunakan kepada tiga kelompok individu iaitu kepada kanak-kanak, remaja
dan orang dewasa. Peringkat umur yang sesuai untuk penggunaan CAD adalah
daripada umur 8 tahun hingga 79 tahun dan sesuai digunakan kepada kaum lelaki dan
juga wanita. Penglibatan sampel yang digunakan dalam mengguji inventori CAD ini
ianya melibatkan skala yang besar dan pelbagai latar belakang, geografi, agama dan
komuniti di United State.

1.2 Keperluan Profesional

Inventori CAD adalah bersifat menjerus kepada justifikasi yang tertentu dan
boleh dilakukan oleh individu yang mempunyai latihan yang tertentu dalam bidang
yang terpilih. Latihan secara formal adalah penting dalam mengendalikan inventori
ini kepada individu lain kerana ianya melibatkan aspek-aspek penilian kepada klien
yang melakukan inventori ini. Secara jelas, individu yang ingin mentadbir alat ujian
ini harus mempnyai kelayakan seperti berikut iaitu Ijazah dalam bidang klinikal
psikolgi, psikologi, psikologi kaunseling, pembangunan atau tingkahlaku atau bidang
yang berkaitan dalam mentafsir CAD.

Walau bagaimanapun, individu yang ingin mentadbir CAD haruslah selalu


mempunyai pengawasan yang tertentu dan diakui layak dalam bidang profesional
yang standard daripada pihak Standard For Educational & Psychological Testing
(American Educational Research Association, American Psychological Association &
National Council On Measurement in Education). Tujuan utama individu yang ingin
mentadbir alat ujian ini harus mempunyai kelayakan yang tertentu adalah bagi
memastikan pentadbiran CAD dalam garis panduan yang dipatuhi dan data yang
diperolehi dan dimasukan atau prosedur pengiraan CAD adalah lengkap, tepat dan
betul.

Pentadbiran dan pengiraan serta penyelarasan CAD untuk klinikal perlulah


berhati-hati dan mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Seperti perbincangan yang
telah dinyatakan sebelum ini, hanya individu yang berkelayakan dan yang telah
menjalani latihan sahaja yang dapat mentadbir alat ujian ini. Bidang latihan tersebut
adalah merangkumi aspek klinikal psikologi, dalam bidang psikologi, kaunseling
psikologi, pembangunan dan tingkahlaku atau lain-lain kelayakan yang hanya
mendapat latihan secara khusus.

Pemahaman dan latihan yang khusus adalah penting kerana interpretasi CAD
dan skor CAD tidak hanya memerlukan pemahaman dalam konteks profesional yang
manual namun memerlukan pemahaman tentang diagnosis dalam pengetahuan iaitu
melibatkan teori dalam perkembangan kehidupan, pengetahuan mengenai personaliti
dan juga aspek psikologi individu.

1.3 Material Ujian

Pentadbiran alat ujian CAD memerlukan beberapa bahan yang utama iaitu
melibatkan Manual Profesional, Borang Penilaian CAD dan Borang Profile CAD
serta Borang Skor Keseluruhan atau Penilaian CAD.

1.4 Pentadbiran Secara Umum

Pentadbiran alat ujian psikologi CAD secara umumnya memerlukan beberapa


keperluan semasa sesi menjawab dengan menggunakan Borang Penilaian CAD, pen
atau pensel juga di sediakan dan menjawab di tempat yang sesuai dan selesa. Masa
untuk menjawab inventori ini adalah selama 10 minit dan individu yang menjawab
inventori perlu melengkapkan keseluruhan aspek di dalam borang.

1.5 Pentadbiran Borang Penilaian CAD

Pentadbiran CAD boleh dibuat secara individu atau secara berkelompok


kepada klien. Perlu dikendalikan dalam keadaan yang tenteram dan tiada
gangguan.Prosedur perlaksanaan dan pentadbiran CAD melibatkan etika kerahsian
bagi setiap klien yang mengambil alat ujian CAD ini.

1.6 Cara pengenalan serta pelaporan CAD kepada klien

Individu yg mentadbir CAD perlulah ada hubungan yang baik dengan individu
yang menjawab soalan tersebut. Individu sebelum menjawab CAD akan diberikan
penerangan mengenai borang penilaian CAD.Kanak-kanak pula yang menjawab
soalan CAD,individu yang mentabdir CAD harus memberi penerangan yang khusus
bagi mengelakkan permasalahan dalam memmahami setiap soalan yang
diajukan.Pentadbir juga harus memastikan responden membulatkan jawapan hanya
pada satu item untuk setiap soalan. Jika responden tersalah menanda jawapan maka
tanda “X” dn bulatkan jawapan yang baru.

2. PENGIRAAN SKOR CAD

2.1 Cara Pengiraan Borang Penilaian CAD

Pengiraan adalah berdasarkan kepada jawapan yang diberikan oleh responden


dalam borang jumlah yang telah disediakan. Pengiraan secara manual ditunjukkan
dalam Lampiran 1 iaitu berdasarkan kepada nilai yang telah diberikan pada borang
jumlah yang telah disediakan. Terdapat item yang mana pengiraan nilai skor berbeza
dengan borang jumlah skor yang telah diberikan. Pada jadial 1 ianya merujuk kepada
pembahagian soalan mengikut simpton yang telah dibuat dalam CAD. Merujuk
kepada jadual 1, terdapat 23 item soalan untuk bahagian kemurungan, 11 item soalan
untuk bahagian kebimbingan, 6 item soalan untuk bahagian berkurang dan 10 item
untuk soalan keletihan kognitif dan fizikal.

Perkara No Soalan

DepressedMood 1, 7,9,10,12,13,14,15,17,18,20,22,25,
(Kemurungan) 26,27,28,33,34,36,37,39,40,41

Anxiety/Worry 2,3,5,8,11,24,35,43,45,46,49
(Kebimbangan)

Disimished (Berkurang) 19,21,38,47,48,50

Cognitive and Physical 4,6,16,23,29,30,31,32,42,44


Fatigue (Keletihan kognitif
dan fizikal)
Seperti di lampiran 1, pindahkan skor ke dalam ruangan yang telah disediakan
dan alih nilai tersebut kepada kotak yang berwarna kelabu di sebelah kiri.Setelah
selasai, jumlah kesemua nilai yang telah ditandakan kedalam bahagian kotak
berwarna kelabu dan seterusnya jumlahkan keseluruhannya.Selepas menjumlah
kedua-dua bahagian maka masukan jumlah keseluruhan dalam ruang yang disediakan
kepada jumlah “Raw Score” .

Jadual 2: Pembahagian item soalan mengikut simpton


skala yang ditetapkan pada CAD

a) Pengiraan bagi “Inconsistency Scale”

Bagi pengiraan skor skala yang tidak teratur atau Inconsistency Scale (IN),
pengiraan skor dilakukan dengan memindahkan skor item yang NI kepada kepada
borang Score Summary Sheet iaitu item yang yang bertanda “I” berdasarkan kotak
yang disediakan (rujuk lampiran 2). Jumlahkan nilai keseluruhan di antara item
yang dibanding dalam kotak perbandingan tersebut dan berdasarkan nilai dalam setiap
kotak, tolakkan angka yang lebih besar dengan angka yang lebih kecil nilainya dan
jumlahkan di dalam bahagian jumlah skor. Maka dengan menambahkan skor
keseluruhan (rujuk lampiran 2) , ianya akan menentukan nilai Inconsistency Scale
(IN).

b) Penggiraan bagi “Negative Impression”

Bagi pengiraan “Negative Impression (NI) dan Infrequency scale (IF)” ,


catatkan 1 mata untuk ruang yang disediakan bagi bahagian “NI” dan IF untuk skor
yang mempunyai nilai 4 (Rujuk Lampiran 1). Pastikan proses pemindahan skor
kepada ruang yang tepat dan jumlahkan dalam “scoring sheet” untuk item NI dan IF
pada ruangan yang disediakan.

c) Cara Penggunaan Jadual “Raw Score” dan “T Score”

Lampiran A hingga D adalah cara pnggunaan dan ada menerangkan


maklumat T Score dan juga Raw Scoreianya terbahagi kepada empat peringkat umur
iaitu pada peringkat umur 8 tahun hingga 11 tahun, 12 hingga tahun 17 tahun, 18
tahun hingga 25 tahun dan 26 tahun hingga 79 tahun. Cara penggiraannya adalah
perlu menggunakan T score dan juga percentile. Berdasarkan lampiran 2, perlu
masukan nilai raw score dalam setiap bahagian “symptom scale score summary table”
seterusnya berdasarkan lampiran A hingga D,dan perlu rujuk berdasarkan kepada
peringkat umur, cari nilai raw score dan masukan nilai T Score dan nilai %Iie.

Untuk mendapatkan nilai 90% Confidence Interval (CI) pengiraan skor harus
mencari selang kelas tinggi dan selang kelas rendah dengan menolak dan menambah
nilai T score yang dimiliki pada setiap bahagian scale berdasarkan kepada angka ±
pada bahagian bawah jadual lampiran A hingga D yang berkaitan untuk mendapatkan
nilai CI tersebut (Rujuk Lampiran 2). Bagi mendapatkan CAD Total Scale, jumlah
keseluruhan iaitu daripada jumlah raw score dari aspek Depressed Mood (DM),
Anxiety/Worry (AW), Diminished Interest (DI) dan Cognitive Psysical Fatigue (CPF).

Jadual CAD TS (Lampiran 3) , adalah mencari nilai T Score dan percentile


maka nilai 90% CI maka boleh menggunakan teknik yang sama pada sebelum ini
dengan mencari selang kelas tertinggi dan selang kelas rendah dengan menambah dan
menolak nilai angka pada jadual (lampiran 3) tersebut.Bagi menentukan Qualitative
Classification adalah berdasarkan kepada T-score range terbahagi kepada 4 iaitu
Normal Range (NR) ≤59, Mild Clinical Risk (MCR) 60 – 69, Significant Clinical Risk
(SCR) 70 – 79, dan Very Significant Clinical Risk (VSCR).

Berdasarkan kepada hasil score summary, graf dalam bahagian Profile Form
boleh di isi dengan meletakan dan menandakan “X” pada graf yang disediakan
berdasarkan nilai T-Score yang diperolehi.

3. INTERPRETASI
Pentafsiran CAD termasuklah langkah yang sistematik dan hasil daripada
maklumat data kualitatif dan kuantitatif. Pentafsiran CAD memerlukan pengalaman
professional, pengetahuan dan kemahiran dalam bidang perubatan dan perlu
dikendalikan oleh individu yang mempunyai pengiktirafan secara berdaftar.
Pentafsiran CAD mempunyai 5 langkah.

Jumlah nilai T score

T score mungkin akan tinggi disebabkan ada pelbagai sebab yang memerlukan
penerokaan lanjut seperti dipengaruhi oleh satu atau lebih individu, skala yang
mewakili kesukaran tingkah laku kerana item skala disahkan sebagai bermasalah.

SKALA T SCORE KLASIFIKASI KUALITATIF


≤ 59 Skala normal (NR)
60 – 69 Risiko klinikal yang sederhana (MCR)
70 – 90 Risiko klinikal yang ketara (SCR)
≥ 80 Risiko klinikal yang sangat ketara (VSCR)
Pertimbangan yang melihat kepada score simptom individu, melihat kepada skala
yang sah dan skala kelompok item yang kritikal.

SKALA SIMPTOM
Depressed Mood (DM) Tidak gembira, sedih, kesunyian,
konsep kendiri yang lemah
Diminished Interest (DI) Hilang minat, keseronokan dalam
pelbagai perkara,
Anxiety/Worry (AW) Kebimbangan,ketakutan, kekeliruan
Cognitive and Physical Fatigue Keletihan,mudah letih, sukar
(CPF) membuat keputusan.

SKALA YANG SAH


Inconsistency Scales (IN) Mengenal pasti pasangan item yang bercanggah
dan mengukur sejauh mana responden menjawab
secara konsisten
Mungkin ada salah seorang responden telah lalai
dalam memberi bertindak balas dengan cara yang
tidak betul.
Negative Impression Mengenal pasti responden yang mempunyai set
Scales (NI) tindak balas luar biasa yang negative
Responden yang mempunyai skala luar biasa dan
sangat luar biasa memerlukan pemerhatian
segera untuk mengkaji semula item tertentu
Infrequency Scales (IF) Mengenal pasti item yang sangat sedikit
responden menyokong dengan cara yang
melampau. Setelah disahkan mungkin
menunjukkan keinginan baik, buruk atau palsu.
KLASSIFIKASI INCONSISTENCY SCALE (IN)
SKOR KLASSIFIKASI
0 - 10 Typical (Biasa)
11 – 14 Atypical (Luar Biasa)
15 – 30 Very Atypical
(Sangat Luar Biasa)

KLASSIFIKASI NEGATIVE IMPRESSION (NI)


SKOR KLASSIFIKASI
0 - 26 Typical (Biasa)
27 - 35 Atypical (Luar Biasa)
36 – 44 Very Atypical
(Sangat Luar Biasa)

KLASSIFIKASI INFREQUENCY SCALE (IF)


SKOR KLASSIFIKASI
0–3 Typical (Biasa)
4–6 Atypical (Luar Biasa)
7 – 10 Very Atypical
(Sangat Luar Biasa)

KELOMPOK ITEM KRITIKAL


Mengenal pasti sasaran tingkah laku untuk intervensi seperti kebimbangan,
kerisauan, imsomnia. Memerlukan penerokaan susulan yang lebih lanjut
apabila terdapat kemungkinan risiko untuk mencederakan diri sendiri.
Pertimbangan kepada item individu yang boleh digunakan untuk tujuan penerokaan
yang lebih lanjut
Apabila pemeriksa mendapati skala responden tinggi, pemeriksa perlu
mengimbas item dalam skala tersebut untuk melihat kepada keseragaman.
Keseragaman dalam penilaian perlu memberikan lebih keyakinan dalam skor yang
diperolehi apabila pemeriksa mentafsirkan hasil daripada penilaian terdapat
percanggahan atau respons yang sangat janggal dalam skala.

Pertimbangan kepada maklumat susulan secara klinikal melalui maklumat


temuramah untuk melakukan penerokaan lanjut berkaitan pemikiran dan tingkah
laku responden.

Setelah mentadbir, melakukan penskoran dan mentafsirkan CAD, pemerikas


perlu melakukan menjalankan temuramah susulan yang ringkas untuk mendapatkan
penjelasan dan melakukan penerokaan lanjut tentang pemikiran dan tingkah laku
responden.

Pertimbangan kepada prestasi responden terhadap CAD berdasarkan maklumat lain


seperti isu yang dirujuk, maklumat latar belakang yang wujud, pemerhatian terhadap
tingkah laku, keputusan penilaian yang terdahulu dan keputusan intervensi yang
terdahulu.

Pada peringkat ini, pemeriksa perlu mempertimbangkan sebab responden dirujuk


dan memikirkan sama ada corak skor skala adalah selaras dengan masalah yang
dinyatakan oleh responden.
RUJUKAN

Beck, A. T., & Steer, R. A. (1987). Manual for Beck Depression Inventory. San
Antonio, TX: The Psychological Corporation

Birmahar, B., Ryan, N. D., Williamson, D. E., Brent, D. A., Klaufman, J., Dahl, R. E.,
et al. (19960. Childhood and adolescentt depression: A Review of the past 10
years. Part 1. Journal of the American Academy of Child and Adolescent
Psychiatry, 35, 1427-1439.

Bracken, B. A., & Howell, K. (2007). Test Reviews: Bracken, B. A., & Howell, K.
(2004). "Clinical Assessment of Depression". Journal of Psychoeducational
Assessment, vol 25, n4, 416-422.

Bracken, B. A., & Howell, K. (2004). Professional Manual for Clinical Assessmnet of
Depression. Odesa, FL: Psychological Assessment Resources.

Bracken, B. A. (1996). Clinical applications of a multidimensional, context dependent


model of self-concept. In B.A. Bracken (Ed.), Handbook of self-concept:
Developmental, social, and clinical considerations (pp.463-505). New York:
Wiley.

Finch, S. M. (1960). Fundamentals of child psychiatry. New York: W. W. Norton

Kessler, R. C. (2002). Epidemiology of depression. In I. H. Gotlib & C. L. Hammen


(Eds.), Handbook of depression (pp.23-42). New Tork: Guilford Press.

Kovacs, M. (1992). Children’s Depression Inventory. North Tanawada, NY: Multi-


Health Systems.

Krause, N. (1986). Life stress as a correlate of depression among older adults.


Psychiatry Research, 18(3), 227-237.
Murray, C. J. L., & Lopez, A. D. (1996). The global burden of disease: A
comprehensive assessment of disability from diseases, injuries and risk factors
in 1990 and projected to 2020. Cambridge, MA: Harvard University Press.

Powers, D. V., Thompson, L., Futterman, A., & Gallagher-Thompson, D. (2002).


Depression in laterr life: Epidemiology, assessment, impact and treatment. In I.
H. Gotlib and C, L. Hammen (Eds.), Handbook of depresssion (pp.560-580).
New Tork: Guilford Press.

Reynolds, W. M. (1987). Reynolds Adolescent Depression Scale Profesional Manual.


Odesa, FL: Psychological Assessment Resources.

Rie, F. H. (1966). Depression in childhood: A survey of some pertinent contributions.


Journal of the American Academy of Child Psychiatry, 5, 653-685

Anda mungkin juga menyukai