Anda di halaman 1dari 6

LAPORAN PELAKSANAAN PENYEBARAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH

RENDAH (KSSR) SEMAKAN 2017 KEPADA GURU-GURU DI SEKOLAH (FASA 3)


BAGI TAHUN 2018

SEKOLAH : SK LADANG YONG PENG,JLN KANGKAR BAHRU,83700 YONG PENG.

1.0 Pengenalan

Pendidikan Kesenian Sekolah Rendah bermatlamat untuk melahirkan murid


berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang kesenian bagi mengembangkan
potensi diri sebagai insan yang harmonis, kritis, kreatif dan inovatif, serta mempunyai
kesedaran terhadap estetik kesenian dari pelbagai budaya seterusnya meningkatkan
rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan
seni dan warisan bangsa.

2.0 Objektif Kursus


KSSR Pendidikan Kesenian Tahun 3 bertujuan untuk membolehkan murid mencapai
objektif berikut:
2.1 Mengetahui dan memahami bahasa seni.
2.2 Mengaplikasi bahasa seni visual dalam pengkaryaan.
2.3 Mengaplikasi kemahiran asas dalam pengkaryaan.
2.4 Mengamalkan budaya penyelidikan dalam proses penghasilan karya seni visual.
2.5 Meningkatkan daya kordinasi yang baik semasa pengkaryaan seni visual.
2.6 Membudayakan penghasilan karya seni visual secara teratur, cermat dan
selamat.
2.7 Mengaplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa muzik dalam aktiviti muzik.
2.8 Menyanyikan lagu dengan pic dan teknik pernafasan yang betul mengikut
tempo.
2.9 Memainkan alat perkusi mengikut tempo berdasarkan skor ikon.
2.10 Membuat pergerakan berdasarkan muzik.

3.0 Pelaksanaan Kursus

3.1 Maklumat Kursus Fasa 3 (Peringkat Sekolah)

BIL TARIKH JUMLAH JAM/HARI TEMPAT MATA BILANGAN


KURSUS PELAJARAN KEHADIRAN
1 7/10/2018 1 Jam 2.30 – 3.00/ Makmal Komputer Pen.Kesenian 16 Orang
Ahad Sk Ladang Yong Peng
4.0 Kekuatan
4.1 Dapat memberi impak yang sangat berguna kepada guru-guru untuk mendalami
ilmu kesenian.
4.2 Membantu dan memudahkan guru melaksanakan Pdp dan pentaksiran.
4.3 Dapat melahirkan insan yang Berliterasi Seni pada Abad ke-21

5.0 Kelemahan

5.1 Kekangan masa bagi setiap kumpulan menunjukkan bakat yang ada untuk di
aplikasi ke sekolah masing-masing.

6.0 Syor/Cadangan Penambahbaikan

6.1 Secara amnya, proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesenian adalah
berlandaskan kepada aktiviti amali yang dilakukan secara hands-on seperti dalam
bidang nyanyian, bermain alat muzik, menggambar dan membuat binaan. Terdapat
pelbagai pendekatan yang boleh digunakan dalam merangka pengajaran bagi
mencapai standard pembelajaran yang ditetapkan. Pendekatan tersebut merupakan
strategi guru bagi mencapai objektif pengajaran yang dirancang.

7.0 Gambar-gambar berkaitan kursus


8.0 Rumusan

8.1 Kurikulum Standard Sekolah Rendah dibina berasaskan enam tunjang, iaitu
Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; Keterampilan Diri;
Perkembangan Fizikal dan Estetika; serta Sains dan Teknologi. Enam tunjang
tersebut merupakan domain utama yang menyokong antara satu sama lain dan
disepadukan dengan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif.

8.2 Selain itu, murid-murid perlu menghayati nilai-nilai murni berteraskan keagamaan,
berpengetahuan, berketerampilan, berpemikiran kritis dan kreatif serta inovatif
sebagaimana yang digambarkan seperti Rajah 1. Kurikulum Pendidikan Kesenian
digubal berdasarkan enam tunjang Kerangka KSSR.

Disediakan oleh :

...........................

Nama : MOHD SHAMSIR BIN YAHAYA

Jawatan : PPP DG41

Tarikh : 7/10/2018

Disahkan oleh :

.........................

Nama :

Jawatan :

Tarikh :
MATA PELAJARAN :PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 3 SEMAKAN 2017

Anda mungkin juga menyukai