Anda di halaman 1dari 14

FAKULTI PENDIDIKAN DAN SAINS SOSIAL

IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN ( KEPUJIAN )


(PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK)

ECS3113 PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

TUGASAN 1 : PENULISAN AKADEMIK

NO. KAD
GAMBAR NAMA PELAJAR NO. MATRIK PENGENALAN

STEFFI JASVINA 4202029511 000623-14-1652

NORSHAFIKA BINTI MOHD 4203005181 000313-03-0762


ARIEF

NURUL HAFEEZA BINTI 4202037761 000927-10-1238


ZAINAL ABIDIN

SELVAMUGI A/P ARJUNAN 4211000541 000630-05-0556

SEMESTER
NOVEMBER 2022

NAMA PENSYARAH
PROF. DR.HJ.MOHAMED AYOB BIN
SUKANI
PENGHARGAAN

Alhamdulillah, saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana hanya


denganlimpah kurnia dan izinnya jua saya dapat menyiapkan latihan ilmiah ini hingga ke
akhirnya.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kami ucapkan kepada
pensyarah subjek kaedah penyelidikan kami yang dihormati Dr. Haji Mohamed Ayob bin
Sukani di atas segala bantuan, dorongan dan tunjuk ajar yang diberikan sepanjang
perancangan dan penulisan latihan ilmiah. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada rakan-
rakan seperjuangan daripada pengkhususan pendidikan khas yang begitu ikhlas memberikan
input, maklum balas dan komen yang membina serta berkongsi idea dan ilmu pengetahuan.
Jasa kalian anda semua akan sentiasa dikenang.

Tidak mungkin dilupakan pengorbanan dan dorongan keluarga tersayang, ibu bapa yang
sentiasa mendoakan, memberikan motivasi dan sepenuh kasih sayang sepanjang perjuangan
kami untuk menyiapkan tesis dan seterusnya menamatkan pengajian sarjana muda ini.

Akhirnya, terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan
tidak langsung sehingga menyiapkan latihan ilmiah ini, khususnya kepada pengetua dan
warga pendidik sekolah-sekolahh dan tadika yang terlibat dalam kajian yang dijalankan dan
Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial, Universiti Selangor.
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PROFESION 1
1.1 PROFESIONAL 1
1.2 PROFESSIONALISM 2

2.0 CIRI-CIRI UMUM YANG PERLU ADA PADA SUATU PROFESION


3
2.1 LATIHAN KHUSUS
3
2.2 KOD ETIKA
4
2.3 PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN
4
2.4 PERKHIDMATAN UNIK
5
2.5 TANGGUNGJAWAB 5
2.6 BADAN KAWALAN
6
2.7 AUTONOMI
6

3.0 CIRI-CIRI KHUSUS SEORANG GURU PENDIDIKAN AWAL


7
KANAK-KANAK YANG PROFESIONAL

4.0 CIRI-CIRI PROFESSIONALISME GURU PAKK ABAD KE-21 9


4.1 GURU MENGUASAI ISI KANDUNGAN / SUBJEK 9
4.2 GURU MAHIR DAN BERKETERAMPILAN 9
4.3 GURU MENGUASAI PENGGUNAAN TEKNOLOGI TERKINI 10
4.4 GURU BERSEDIA DARI ASPEK SIKAP 10
1.0 PROFESION

Profesion ialah pekerjaan atau kerjaya yang perlu mempunyai pengetahuan dan kepakaran
tertentu. Menurut Kamus Dewan (2005), Profesion adalah satu bidang pekerjaan khasnya
memerlukan pendidikan ,kecekapan dan kemahiran yang tinggi . Profesion berasal daripada
perkataan latin iaitu ‘PROFITEOR’ yang terbahagi kepada “Pro” yang bermaksud ke “ke
arah” dan “fiteor” yang bermaksud “mengakui” , “berjanji”, “mendedahkan kepada semua”
dan “berikrar”. Pada abad ke 19,profesion digunakan untuk seseorang yang terlibat dalam
bidang agama ,undang-undang dan perubatan. Menurut The Oxford English Dictionary,
profesion adalah pekerjaan yang dibayar upah dan melibatkan seseorang itu dalam latihan
dan mendapat anugerah kelayakan profesion. Menurut Gilley dan Engglan (1989) pula
profesion adalah penguasaan suatu bidang ilmu ,menjadi ahli sesuatu badan
profesional .Penguasaan ilmu pengetahuan tertentu dan menggunakan kecekapan untuk
kepentingan bersama amat penting . Contoh bidang profesion ialah
doktor ,penguam ,guru ,akauntan dan jurutera. Profesion Perguruan adalah kerja berkaitan
peranan tugas, tanggungjawab, sifat dan kualiti . Guru mempunyai hubungan sosial dengan
masyaraka dan guru berperanan sebagai pengganti ibu-bapa, pembimbing murid, kaunselor
dan lain-lain.

1.1 PROFESIONAL

Profesional ialah Menurut Sulaiman (2005) ,profesional ialah individu yang pakar dalam
suatu bidang ,sentiasa mengembangkan pengetahuan dan kemahiranya serta memberi
perkhidmatan yang berkualiti. Menurut Al-Qudsy, Rahman &Mohd Zain (2009) pula
profesional merujuk kepada profesion individu sebagai satu pekerjaan tetap dan
menghasilkan gaji utamanya. Profesional memberikan perkhidmatan penting untuk
masyarakat supaya kekal berfungsi . Sebagai contoh , dalam bidang pendidikan
tanggungjawab guru adalah mendidik anak muridnya manakala dalam bidang perubatan pula
doktor bertanggungjawab atas hal kesihatan pesakit dan komuniti. Profesional adalah ahli
dalam sesuatu bidang. Istilah profesional dapat dikaitkan untuk semua peringkat bermula
atas sampai peringkat bawa. Guru yang professional adalah pendidik yang mempunyai
kemampuan atau pengetahuan ,keterampilan dan prilaku dalam melaksanakan tugasnya sama
ada sebagai seorang guru atau pendidik

1
1.2 PROFESSIONALISM

Profesionalisme merujuk kepada kemahiran dan nilai yang ada.Brock (2011) menegaskan
bahawa “profesionalisme merujuk kepada aspek sikap atau pemikiran seseorang yang
memperlihatkan pengetahuan, kecekapan dan profesionalisme”.
Selain itu , profesionalisme adalah penampilan atau tingkah laku serta cara berpakaian,
pengetahuan, kemahiran dan komunikasi. Walau bagaimanapun, standard pengajaran guru ke
arah yang lebih baik ada perkaitan secara langsung dengan profesionalisme guru. Budaya
profesional sememangnya mempunyai hubungan rapat dengan profesionalisme guru. Idea
asas di sebalik pendekatan tidak formal ini ialah kebijaksanaan konvensional bahawa
profesionisme adalah pasif: pelajar diharapkan untuk mencontohi nilai dan tingkah laku yang
dimodelkan oleh guru dan doktor kanan mereka (Burack et al., 1999). alisme. Masalahnya
ialah walaupun minat yang semakin meningkat dalam profesionalisme tidak ada persetujuan
tentang bagaimana untuk mentakrifkan profesionalisme (Arnold, 2002). Akibatnya,
pemahaman fakta tentang rupa profesionalisme dalam amalan evervdav, seperti semasa
interaksi dengan pesakit dan profesional penjagaan kesihatan lain, masih tidak jelas. masalah
dia- sesetengah kerana tanpa pemahaman ini kita tidak akan pernah mampu mewujudkan
kriteria untuk profesionalisme mahupun untuk mengarahkan dan menilai penambahbaikan
dalam pakar perubatan masa depan kita.

2
2.0 CIRI-CIRI UMUM YANG PERLU ADA PADA SUATU PROFESION

Individu yang disifatkan sebagai profesional atau ahli sesuatu profesion dapat
diertikan sebagai seseorang yang menjalankan sesuatu tugas yang dibayar upah dan yang
pakar dalam bidang pekerjaan yang dijalankan. Mengikut Greenwood (1957), telah
merumuskan 7 ciri ciri atau atribut yang terdapat pada sesuatu profesion seperti perkhidmatan
unik, pengetahuan dan kemahiran, latihan khusus, autonomi, tanggungjawab, kod etika dan
badan kawalan
Menurut Kamus Dewan (1970), ‘guru’ bererti pendidik, pengajar dan pengasuh.
Dalam erti kata lain, pendidik bermaksud orang yang memelihara dan melatih. Pengajar
bermaksud seorang yang menjadi petunjuk kepada orang lain, manakala pengasuh memberi
makna orang yang memelihara, menjaga dan mendidik. Manakala perguruan ialah sesuatu
yang mempunyai perkaitan dengan bidang menuntut ilmu atau tempat mendapatkan ilmu
seperti sekolah, tempat belajar, pengajaran dan pembelajaran dan sebarang perkara yang
mempunyai perkaitan dengan guru.
Berdasarkan pengertian yang dihuraikan di atas, dapatlah dirumuskan bahawa
perguruan merupakan suatu bidang yang berkaitan dengan guru yang mengajar atau
melaksanakan pengajaran di sekolah atau di institut-institut pendidikan lain untuk
menyampaikan ilmu kepada anak murid atau masyarakat. Memang tidak dapat dinafikan
bahawa, bidang perguruan adalah satu profesion yang mencabar dan amat mendesak.

2.1 LATIHAN KHUSUS


Mengikut Amin Senin (2008) dalam sebuah buku merumuskan profesion pada
umumnya merujuk kepada bidang yang memerlukan latihan dan kepakaran yang tinggi.
Buktinya, sebelum seseorang individu menjadi guru, mereka perlu mengikuti latihan dalam
perguruan untuk menjadi guru yang bertauliah. Instistusi-institusi seperti IPT, IPG dan BPG
yang bertanggungjawab menyediakan latihan perguruan untuk memenuhi keperluan guru di
seluruh negara. Program-program yang dijalankan di institusi-institutsi tersebut merupakan
language persediaan untuk guru itu pakar dalam bidang masing-masing. Terdapat beberapa
ciri-ciri yang perlu ada dalam sesuatu profesion. Justeru itu, bidang perguruan dapat dianggap
sebagai satu profesion kerana ianya dapat memenuhi ciri ini dan dapat dibuktikan dengan sijil
yang diperolehi.

3
Seorang profesional dikehendaki mengikuti pendidikan dan latihan yang
berpanjangan sama ada di kolej, maktab, institusi atau universiti. Ia juga bukan semestinya
perlu memasuki kolej atau universiti untuk mempelajari sesuatu bidang ilmu, malah boleh
mendapat pensijilan dengan belajar secara jarak jauh. Sebagai contoh, seseorang individu
boleh menjadi akauntan dengan mengikuti kursus ACCA atau CIMA tanpa ke university dan
menjadi profesional. Individu tersebut perlu menunjukkan keupayaannya dengan melulus
ujian atau peperiksaan.
Maksudnya di sini, bukan semua semua pekerjaan pekerjaan yang memerlukan lesen
atau pensijilan bagi memenuhi kriteria-kriteria profesion. Tujuan seseorang individu
diberikan lesen atau sijil yang menggariskan peringkat bidang kuasa pekerjaan selaras dengan
kriteria dimana mereka mempunyai pengaruh yang agak besar. Sebagai contoh, sebuah
projek pembinaan tidak akan diluluskan oleh pihak berkuasa selagi tidak ditandatangani oleh
jurutera perunding yang bertauliah.

2.2 KOD ETIKA


Profesional dikehendaki mematuhi piawaian tingkah laku yang berorientasikan
perkhidmatan yang jelas, sistematik dan tepat. Integriti sesuatu profesion dipantau dengan
berpegang kepada kod etika. Kod etika mengawal selia tingkah laku individu daripada
sesuatu profesion dan mekanisme diwujudkan untuk mengambil tindakan terhadap mereka
yang melanggar kod etika.
Halid Hanafi, La Adu dan H Muzakkir (2018), perguruan ialah satu profesion yang
dapat dibuktikan dengan ada kod etika iaitu “Tatasusila Profesion Keguruan”. Etika ini
menjadi garis panduan dan dasar yang harus dipatuhi oleh semua kakitangan perguruan.
Seseorang yang melanggar etika tersebut akandikenakan tindakan tatatertib dan dikenakan
hukumansewajarnya. Seseorang guru yang dapat mematuhi etika ini akan memahami
tanggungjawab sebenar seorang guru,sedia menerima segala perubahan yang akan
meningkatkan taraf profesionalisme keguruan.

2.3 PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN


Ahli sesuatu profesional mempunyai fakta, konsep, prinsip dan teori serta kemahiran
yang tinggi dalam sesuatu bidang yang mengaplikasinya dalam pekerjaan masing-masing.
Sebagai contoh, seorang peguam perlu mengetahui segala undang-undang akta, peraturan,
yang berkaitan. Seorang profesional telah melibatkan diri secara peribadi dengan kerjayanya,
dan kepuasan tidak setakat ganjaran wang, tetapi juga simbol-simbol seperti gelatin dan

4
anugerah. Sebagai contoh, di awal nama seorang dokter adalah singkatan "Dr" dan bagi
engineer pula singkatan yang digunakan ialah "Ir".
Mengikut Noredayu Ariff,Mahaliza Mansor,Mohd Asri Mohd Noor (2019) dalam
sebuah mengatakan seorang guru perlu mempunyai pengetahuan atau kemahiran yang
diperolehi melalui pembelajaran teori dan latihan amali dalam suatu tempoh masa yang
panjang. Kemahiran dan pengetahuan ini perlu diperbaharui dan diperkukuhkan dari masa ke
semasa. Contohnya, seseorang guru perlu melengkapkan diridengan strategi PdP di bilik
darjah. Pihak PPD, JPN dan Kementerian Pendidikan senantiasa mengadakan kursus-kursus
bagi meningkatkan profesionalisme keguruan itu sendiri. Ilmu ini penting bagi menghadapi
dunia pendidikan yang semakin mencabar dan bagi menyokong usaha-usaha kerajaan
meningkatkan mutu pendidikan negara.

2.4 PERKHIDMATAN UNIK


Sesuatu profesion memberikan suatu perkhidmatan yang unik dan tetap yang
diperlukan oleh masyarakat. Dalam hal ini, hanya individu dalam profesion sahaja yang dapat
memberikan perkhidmatan berkenaan untuk kesejahteraan umum. Sebagai contoh, hanya
doktor perubatan memberi khidmat perubatan dan hanya jurutera memberi khidmat
kejuruteraan.
Dalam erti kata lain, perguruan ialah satu profesion kerana dapat memberikan
perkhidmatan yang unik yang diperlukan oleh masyarakat. Individu yang mempunyai kualiti,
berketerampilan, kewibawaan, kelayakan, minat, iltizam dan berjiwa pendidik sahaja layak
menjadi guru (Amin Senin, 2008) Bukan sekadar mengajar sahaja, malah guru bertindak
sebagai penasihat, pembimbing, pentadbir, perangsang, ibubapa dan sebagainya. Guru dalam
profesion keguruan perlu menjadi tokoh yang serba tahu, khususnya dalam bidang berkaitan
pendidikan dan juga isu-isu semasa yang berlaku di sekeliling agar dapat dibincangkan. Guru
juga mampu memberikan perkhidmatan terbaik untuk membangunkan personaliti, kebolehan
mental dan fizikal pelajar.

2.5 TANGGUNGJAWAB
Sesuatu profesion perlu memikul tanggungjawab di atas semua tindakan dan
keputusan yang dibuat. Perguruan sebagai suatu profesion juga dapat dibuktikan dengan
tanggungjawab guru terhadap murid. Menurut Tatasusila KPM, guru bertanggungjawab
terhadap pelajar, ibubapa, masyarakat dan negara, rakan sejawat dan profesion. Hanya guru
yang bertanggungjawab dan beretika yanglayak menjadi guru yang profesional. Ini kerana

5
perkhidmatan perguruan melibatkan masadepan pelajar itu sendiri. Walaupun seseorang
profesion mempunyai kebebasan autonomi, malah individu tersebut wajib memikul
tanggungjawab semua tindakan dan keputusan yang dibuat. Jika professional individu
berasaskan kebajikan maka, tanggungjawabnya amat besar. Sebagai contoh, doktor
bertanggungjawab terhadap pesakit yang mati semasa menjalani pembedahan maka ahli
keluarga dapat mengambil tindakan mahkamah jika mendapati doktor berkenaan cuai
sewaktu tugasan.

2.6 BADAN KAWALAN


Kebanyakkan profesion mempunyai sesuatu badan atau organisasi yang terdiri
daripada pelbagai jawatan kuasa, pasukan petugas dan sebagainya yang berusaha untuk
mencapai matlamat serta meningkatkan imej profesion. Contohnya, Majlis Perubatan
Malaysia(Malaysia Medical Council) memantau tingkah laku doktor perubatan manakala
Malaysia Bar Council memantau kelakuan peguam dan Persatuan Akitek Malaysia memantau
tindak-tanduk arkitek. Kesemua badan-badan ini mempunyai kuasa untuk mengambil
tindakan terhadap ahli-ahli mereka yang telah melanggar kod etika yang telah dipersetujui
dan tindakan juga boleh diambil terhadap individu yang melanggar kod etika.
Profesion perguruan mempunyai badan yang menjaga kepentingan perkhidmatan
awam seperti Cuepacs, KPK dan lain-lain. Tetapi adakah badan-badan ini mempunyai kuasa
mutlak untuk mengambil tindakan sepenuhnya terhadap seorang guru yang melanggar etika
keguruan? Hal inilah yang menjadi satu perkara mengapa profesion perguruan masih
dipertikaikan oleh sesetengah masyarakat. Ini kerana ada segelintir guru yang telah
melanggar kodetika perguruan, tetapi tindakan terhadapnya tidak setimpal. Sebagai contoh,
jika seorang guru itu melakukan salah laku etika di suatu tempat, tindakan yang biasa diambil
hanyalah ditukarkan ke tempat lain.

2.7 AUTONOMI
Seseorang profesional menikmati autonomi dan tanggungjawab tentang perkhidmatan
yang diberikan kepada orang ramai yang tidak dapat menilai kualiti perkhidmatan yang
diterima kepada masyarakat. Sebagai contoh, bila kita mendapatkan rawatan, doktor
mempunyai kuasa menentukan rawatan yang kita wajar terima. Kita tidak dapat menentukan
kualiti perkhidmatan yang diberikan oleh kerana tidak mempunyai kelayakan dan

6
pengalaman sewajarnya. Guru tidak mempunyai kuasa autonomi sepertimana seorang doktor
kerana profesion perguruan hanya mengikut yang diarahkan diberikan kepadanya. Guru
hanya mengikut arahan daripada pihak pentadbir dan juga pihak atasan seperti Pejabat
Pendidikan Daerah, Jabatan Pendaftaran Negara, dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Guru tidak mempunyai kuasa penuh dalam membuat keputusan dalam pelbagai aspek dalam
profesion. Perkhidmatan yang diberikan oleh guru itu juga masih boleh dipertikaikan kualiti
perkhidmatannya.
Maksudnya di sini, zaman sekarang kerjaya guru semakin mencabar kerana mereka
mempunyai tekanan daripada pihak ibubapa, masyarakat,pihak atasan, dan kerajaan.
Kurikulum sekarang juga menuntut profesion perguruan sentiasa mengikut arus perubahan
yangtelah ditetapkan oleh pihak atasan.

3.0 CIRI-CIRI KHUSUS SEORANG GURU PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


YANG PROFESIONAL

Menurut Kamus Dewan (1970), ‘guru’ bererti pendidik, pengajar dan pengasuh. Jika
dihuraikan dengan lebih mendalam lagi, pendidik bermaksud orang yang memelihara
danmelatih. Pengajar ialah seorang yang menjadi petunjuk kepada orang lain, manakala
pengasuhmemberi makna orang yang memelihara, menjaga dan mendidik. Manakala
keguruan ialahsesuatu yang mempunyai perkaitan dengan bidang menuntut ilmu atau tempat
mendapatkanilmu seperti sekolah, tempat belajar, pengajaran dan pembelajaran dan sebarang
perkara yangmempunyai perkaitan dengan guru.Guru yang profesional bekerja di dalam
bidang pendidikan di dorong oleh misi dan visidalam membantu murid belajar dan
berkembang. Guru bergerak bersama warga sekolah dankomuniti bagi merealisasikan misi
tersebut dengan tekun dan gigih seperti yang digariskandalam Kod Etika Keguruan. Antara
misi yang ingin dicapai ialah semua murid berpotensi lulusdalam peperiksaan, target
pencapaian 100%, peningkatan prestasi peperiksaan setiap tahun,kekuatan kerja berpasukan,
kehebatan karisma dan sebagainya. Ini mencetuskan situasimencabar dalam kalangan warga
guru yang gigih, tabah, berusaha kuat, dedikasi, sanggupberkorban masa, wang dan tenaga
demi kejayaan sekolah.Seorang guru yang professional mempunyai kepercayaan dan
kepatuhan kepadaagama. Ini menuntut guru agar mempunyai sikap bersemangat, cekal,
berpandangan jauh,tenang, berlapang dada dan menerima takdir dalam menjalankan
kewajipan

7
Guru adalah pendidik yang dikurniakan dengan pelbagai tanggungjawab. Guru disekolah
tidak hanya mengajar tetapi juga merupakan pemimpin. Secara sedar atau tidak
sifatkepimpinan berkualiti bagi seorang guru dapat mewujudkan iklim pendidikan yang
mampumemacu kecemerlangan. Mereka merupakan role model kepada murid dalam
mengamalkannilai-nilai murni, berpegang teguh kepada agama, berakhlak dan beretika. Guru
dapatmempengaruhi murid untuk berubah, belajar, berkembang,berdikari, bertanggungjawab
danmencapai matlamat. Pemimpin yang mempunyai sifat kepimpinan sentiasa dapat
mewujudkanhubungan yang baik dengan kumpulan yang dipimpin dan menggunakan untuk
kebaikansemua.Selain itu, di antara ciri seorang guru profesional ialah berilmu pengetahuan
yang luas.Ilmu tersebut merangkumi ilmu berteraskan ikhtisas pendidikan, psikologi,
komunikasi ,pengurusan bilik darjah serta pengetahuan semasa. Ilmu pendidikan dan ilmu
pengurusan bilik darjah amat penting bagi memastikan murid dapat diurus dengan sempurna
semasa prosespengajaran dan pembelajaran. Manakala ilmu-ilmu kemanusiaan seperti
psikologi dankomunikasi amat diperlukan oleh guru di sekolah bagi memastikan layanan dan
kemesraanserta menyelesaikan apa jua masalah murid yang wujud dengan baik di
samping dapatmengelakkan konflik di dalam bilik darjah. Sementara itu, pengetahuan yang
luas tentang isusemasa bakal menjadikan minda guru akan sentiasa mengikut peredaran
zaman dan bersediauntuk menghadapi sebarang kemungkinan yang mendatang. Guru
bercirikan perkara di ataspastinya guru yang pakar di bidang pengurusan serta bidang
profesionnya.Seorang guru yang professional mempunyai gaya tersendiri yang unik,
berkarisma,proaktif, kreatif dan inovatif serta sentiasa menggalakkan cetusan idea di samping
melakukanpembaharuan di dalam pengajaran dan pembelajarannya. Guru harus membentuk
gayanyayang tersendiri yang bersesuaian dengan etika sebagai seorang guru agar dapat
dicontohi danditerima oleh murid.Di antara ciri terpenting lain yang juga harus wujud di
dalam diri guru profesional disekolah ialah kepakaran dalam motivasi. Kepakaran dalam
motivasi yang dimaksudkan adalahseorang yang bermotivasi dan berupaya mengubah
kehidupan muridnya daripada aspek rohanidan jasmani. Guru yang bermotivasi juga harus
bijak untuk berkomunikasi dengan semuaperingkat umur. Komen dan kritikan yang diberikan
seharusnya bersifat membina bukannya merendah-rendahkan martabat seseorang. Guru juga
merendah diri tetapi tegas, tidaksombong dan memberikan layanan kepada semua pihak tanpa
memilih bulu dan penuhhikmah. Di samping itu, guru harus bermanis air muka, bijak
mengatur kata, perlakuan yangpenuh hikmah serta mempunyai jati diri dan integriti yang
tinggi.

8
4.0 CIRI-CIRI PROFESSIONALISME GURU PAKK ABAD KE-21

Chong (2014) menyatakan bahawa pelbagai perubahan dalam sistem pendidikan di


Malaysia disebabkan oleh keperluan kepada pengajaran dan pembelajaran abad ke-21.
Cabaran dan dugaan di alaf ke-21 dalam transformasi pendidikan ini memerlukan
pembelajaran dan pembangunan profesionalisme guru dari masa ke semasa bagi
melengkapkan guru-guru dengan pengetahuan, kemahiran dan keupayaan dan sikap yang
bersesuaian serta terkini. (Ayob Jantan, 2018). Oleh yang demikian, alaf ke-21 telah
menyaksikan pembangunan profesionalisme guru semakin mencabar dan memerlukan insan
guru yang berkemahiran dan berpengetahuan selaras dengan perkembangan globalisasi.
(Zainal Abidin, 2007). Berikut adalah ciri-ciri profesionalisme guru Pendidikan Awal Kanak-
Kanak (PAKK) abad ke-21.

4.1 GURU MENGUASAI ISI KANDUNGAN / SUBJEK

Menurut Zaidah yazid (2005), penguasaan terhadap pengetahuan isi kandungan (PIK) sesuatu
subjek merupakan perkara yang penting bagi seseorang yang bergelar guru. Hal ini
bersangkut paut dengan pengetahuan seorang guru dalam menerjemahkan pengetahuan
tersebut di dalam bilik darjah serta kemahiran dalam mengajar topik-topik khusus berkenaan
perkara yang ingin diajarkan.

Manakala menurut Muhamad Hafizan & Anuar (2017), pengetahuan isi kandungan juga
merupakan konstruk yang mewakili elemen yang menghuraikan tentang aspek kefahaman
seorang guru dalam subjek yang diajarnya sebelum diterjemah sebagai aktiviti atau proses
pengajaran dan pembelajaran di kelas.

Pengetahuan isi kandungan yang baik oleh seorang guru terhadap sesuatu mata pelajaran
menjadi cerminan terhadap penguasaan kemahiran pedagogi yang baik oleh mereka. Hal ini
dikatakan demikian kerana guru perlu mengaitkan pengetahuan isi kandungan iaitu apa yang
perlu diajarkan kepada muridnya dengan pengetahuan pedagogi (cara mengajar) yang
dikuasainya. (Muhamad Hafizan & Anuar, 2017). Integrasi oleh kedua jenis pengetahuan ini
akan membuahkan Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan (PPIK) yang baik. (Shulman,1987).

4.2 GURU MAHIR DAN BERKETERAMPILAN

Menurut kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka Edisi Keempat, definisi mahir ialah cukup cekap
serta terlatih mengerjakan sesuatu; pandai serta lancar melakukan sesuatu. Manakala, definisi
berketerampilan ialah berupaya menjalankan tugas dan sebagainya dengan cekap.

Robiah sidin (1994) telah mencadangkan beberapa kriteria yang perlu dimiliki oleh para guru
supaya mereka mempunyai kesediaan dan mampu menghadapi perubahan zaman. Antara

9
kriteria yang perlu dimiliki adalah mengutamakan daya pengeluaran yang tinggi dalam
bidang kerjayanya. Seorang guru perlu mempunyai idealisme pengajarannya. Dengan adanya
idealisme pengajaran, guru dapat melakukan perubahan dan mencorakkan pembangunan
manusia yang kukuh dari segi akhlak dan moral, insan yang berpengetahuan , berdaya maju
dan dapat menghadapi cabaran.

Abd. Rahim Abd. Rashid (2007) turut menjelaskan bahawa pengajaran bukan setakat
menyampaikan maklumat yang kaku dan beku, berguna atau tidak berguna, relevan atau tidak
relevan tetapi lebih penting ialah membina dan mengembangkan idealisme hidup yang baik,
berhemah dan mendorong seseorang menjadi manusia yang berjasa dan berjaya. Intihannya,
guru pendidikan awal kanak-kanak yang mengutamakan daya pengeluaran yang tinggi dalam
bidang kerjayanya akan menampilkan ciri-ciri personal, interpersonal, profesional, intelektual
dan kemahiran dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang baik. Ciri-ciri tersebut
dapat melayakkan guru menjadi pendidik yang berkesan, berwibawa dan berketerampilan.

4.3 GURU MENGUASAI PENGGUNAAN TEKNOLOGI TERKINI

Peredaran masa memerlukan guru untuk memenuhi tuntutan seiring dengan era globalisasi
dalam menyebarkan ilmu pengetahuan serta mengembangkan konsep pendidikan. Pelbagai
kaedah baru diperkenalkan bagi menjadikan pengajaran guru lebih berkesan dan
pembelajaran murid lebih bermakna (Jamalludin dan Zaidatun, 2003). Tujuan tersebut dapat
dicapai dengan menggunakan kaedah ICT.

Pisapa (1994) menyatakan integrasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud
penggunaan teknologi pembelajaran untuk memperkenal, mengukuh dan menambah
kemahiran. Penggunaan teknologi harus digabungkan bersama pengajaran bagi menghasilkan
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Kajian Kagan et al. (1995) mendapati kanak-
kanak sejak lahir hingga umur 6 tahun belajar dengan pantas. Mereka akan menggunakan
segala deria dan anggota bagi mendapatkan pengalaman dunia sekeliling mereka.

Hal ini dapat dikaitkan dengan guru pendidikan awal kanak-kanak yang dapat memanfaatkan
penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran mereka di dalam bilik darjah kerana
penggunaan ICT lebih berpusatkan kanak-kanak. Penggunaan ICT membolehkan kanak-
kanak meneroka, mencari bahan, membuat penemuan, malah lebih menyeronokkan dan lebih
bermakna kepada kanak-kanak. Guru dapat melatih mereka berdikari dan menanam sikap
positif. Kanak-kanak juga mendapat peluang menawarkan diri (volunteer) dalam aktiviti
pembelajaran serta belajar secara kendiri berbanding pembelajaran tradisional yang
menyebabkan mereka lebih banyak mendengar dan mengikuti arahan guru sahaja.

4.4 GURU BERSEDIA DARI ASPEK SIKAP

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) sikap diertikan perbuatan atau
pandangan yang berdasarkan sesuatu pendapat dan pikiran. Faridah Nazir et al. (2016)
menyatakan guru-guru abad ke 21 perlu mempunyai sikap seperti bersikap terbuka dengan
melihat teknologi sebagai perkara positif, mengikuti perkembangan kajian lepas dan terkini
bagi mengemas kini pengetahuan dan kemahiran, menerapkan nilai-nilai murni dalam
membentuk diri menjadi guru abad 21 dan mempunyai sifat serta kualiti peribadi, profesional
dan sosial yang baik supaya dapat menjalankan tugas sebagai seorang pendidik yang
sempurna.

10
Guru pendidikan awal kanak-kanak perlu sentiasa bersikap positif demi meningkatkan
profesionalisme diri serta dapat mencipta inovasi dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran
yang relevan dengan kehendak semasa iaitu dalam pelaksanaan pengajaran abad ke 21. Sikap
guru pendidikan awal kanak-kanak yang masih berada pada tahap sederhana dalam
mengamalkan pengajaran dan pembelajaran perlu diubah dengan menitikberatkan ciri-ciri
individu, sikap individu, kemahiran individu dan pemikiran yang lebih positif

RUJUKAN

Noryati Binti Mohd Jomuin (2013). ETIKA DAN MORAL PROFESIONAL DALAM
KALANGAN PELAJAR SARJANA YANG TELAH MENJALANI PROGRAM LATIHAN
MENGAJAR.

Luis Vivanco. (2015).Professionalism.

Ilminza Zakaria,Jeffri Mat Yaman,Mohamed Yusoff Mohd Yor,Bity Salwana Alias.


(2015).HUBUNGAN DAN PENGARUH PROFESIONALISME GURU TERHADAP
KEMENJADIAN MURID DI SEKOLAH MENENGAH NEGERI SEMBILAN.

Dr. Sutiono, M.Pd Universitas Islam Asy-Syafi’iyah .(2021).PROFESIONALISME GURU.

KALINKA VAN DE CAMP, MYRRA J.F.J. VERNOOIJ-DASSEN, RICHARD P.T.M.


GROL & BEN J.A.M. BOTTEMA.(2004).How to conceptualize professionalism:a
qualitative study.

Abd. Rahim Abd. Rashid. (2007) Profesionalisme keguruan: Prospek dan Cabaran.
Selangor: Dawama Sdn. Bhd.

Ayob Jantan. (2018). PAK21. Mentransformasikan Kepimpinan Berprestasi Tinggi: Majlis


Pengetua Sekolah Malaysia. Bintang Printing Sdn. Bhd.

Chong, E. K. M. (2014). Using Blogging to Enhance The Initiation of Student into Academic
Research. Journal Computer and Education, 55. 798-807

Faridah Nazir, Faiziah Shamsudin, & Amran Bakar. (2016). Pengajaran dan Pembelajaran
Abad 21 (1st ed.). Selangor: Sasbadi Sdn. Bhd
Jamalludin.H & Zaidatun.T (2003). Multimedia Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS
Publications.

Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka. 2005. Edisi Keempat.

Muhamad Hafizan, & Ahmad Anuar. (2017). Pengaruh pengetahuan isi kandungan terhadap
aplikasi Pengajaran yang berkesan dalam kalangan guru-guru sejarah.

11

Anda mungkin juga menyukai