Anda di halaman 1dari 10

MAKLUMAT DIRI

NAMA RASYIDAH BINTI RAMLEE

NO KAD PENGENALAN 930424-13-5736

KUMPULAN MT11020M

ALAMAT LOT 947 LORONG CAHAYA MAKMUR 4C, BANDAR


BARU SAMARIANG, 93050 KUCHING, SARAWAK

NO. TELEFON 010-9295859

EMEL rasyidah23-1337@epembelajaran.edu.my

MENTOR Dr. Gan We Ling

1
PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah dan setinggi-tinggi syukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan


izin-Nya dapat saya sempurnakan Tugasan 1 (Penulisan) mengikut tempoh yang
telah ditetapkan oleh pihak Insititut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada Puan
Norazizah Abdullah selaku pensyarah EDUP2132 Profesionalisme Keguruan, di atas
kesudian beliau dalam memberikan tunjuk ajar, dorongan serta bimbingan kepada
saya. Segala ilmu dan tunjuk ajar yang diberikan akan saya guna dan aplikasikan
sebagai panduan dalam melakukan tugasan-tugasan pada masa mendatang.

Kepada kedua-dua ibu bapa saya yang banyak memberikan suntikan


semangat untuk menyiapkan tugasan ini, ribuan terima kasih saya ucapkan.
Walaupun jauh di mata, namun doa mereka sentiasa ada mengiringi perjuangan
saya di sini. Merekalah pembakar semangat saya untuk terus berjihad menimba ilmu
untuk mencapai kecemerlangan.

Saya juga ingin meluahkan rasa bersyukur kerana dikurniakan sahabat-


sahabat yang hebat serta tidak lokek dalam berkongsin ilmu dan maklumat yang
diperoleh. Jutaan terima kasih diucapkan atas kesudian mereka dalam memastikan
kejayaan bersama.

Akhir kata, saya dengan rendah hati ingin berterima kasih kepada semua
yang telah membantu saya sama ada secara langsung mahupun tidak langsung
dalam menyempurnakan tugasan ini. Semoga Allah membalas segala jasa baik
kalian setimpalnya.

2
ISI KANDUNGAN
HALAMAN

MAKLUMAT DIRI 1

PENGHARGAAN 2

ISI KANDUNGAN 3

1.0 PENDAHULUAN 4

2.0 KONSEP PROFESION DAN PROFESIONALISME

2.1 Profesion 5

2.2 Profesional 5

2.3 Ciri-ciri Profesionalisme 5

3.0 AKAUNTABILITI KEGURUAN

3.1 Konsep Akauntabiliti 7

4.0 PENUTUP 9

RUJUKAN 10

3
1.0 PENDAHULUAN
Pembangunan profesionalisme perguruan adalah suatu usaha bagi
memartabatkan kerjaya perguruan. Dalam memenuhi keperluan dunia pendidikan pada
abad ke-21 yang berhadapan dengan pelbagai perubahan dan cabaran,
profesionalisme perguruan sering dikaitkan dengan kualiti pendidikan yang dicerminkan
melalui pencapaian pelajar.

Darling-Hammond (1999) dalam perkara ini mengesahkan wujudnya hubungan


yang ketara dan signifikan di antara kualiti guru dengan peningkatan akademik pelajar.
Menurut beliau, prestasi pelajar amat bergantung pada kompetensi guru seperti
kebolehan lisan, kebolehan menggunakan pelbagai strategi pengajaran dan interaksi,
kebolehan menggunakan soalan aras tinggi serta kebolehan menggunakan idea-idea
murid dan sebagainya. Pandangan ini menyokong pendapat Abdul Raof Dalip (1993)
yang menyatakan prestasi pelajar boleh diperbaiki dengan adanya guru yang baik dari
segi kualiti dan pendekatan pengajaran.

Kajian oleh Koellner dan Jacobs (2015), Yoon, Duncan, Lee, Scarloss dan
Shapley (2007), Wilson, Floden dan Ferrini-Mundy (2001) serta Susilawati Husin (2008)
turut membuktikan prestasi pelajar mempunyai hubungan dengan profesionalisme guru
kerana apabila guru tidak menjalankan tugas dan fungsinya, pelajar tidak akan dapat
belajar dengan baik dan mencapai kejayaan sebagaimana yang diharapkan.

Hal ini jelas menunjukkan bahawa profesionalisme guru merupakan syarat


kejayaan proses pengajaran dan pembelajaran yang amat penting untuk dititikberatkan.
Pelbagai strategi telah dicadangkan untuk meningkatkan kualiti guru ke arah
memartabatkan profesion keguruan seperti melakukan penambahbaikan dalam
mekanisme pemilihan bakal guru, memantapkan aspek latihan dalam bidang perguruan
itu sendiri, meningkatkan kecemerlangan institusi yang mengendalikan latihan
perguruan serta menambah baik aspek kebajikan serta laluan kerjaya guru. Semuanya
dilaksanakan selaras dengan matlamat dan hasrat KPM untuk menjadikan profesion
bidang perguruan terus dihormati selari dengan tanggungjawab yang dipikul oleh para
guru dalam usaha membina generasi masa hadapan yang merupakan tonggak negara.

4
2.0 KONSEP PROFESION DAN PROFESIONALISME

2.1 Profesion

Pekerjaan yang melaksanakan fungsi sosial yang penting. Dengan kata


lain,profesion ialah satu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti kepentingan
kemahiranintelek, latihan ikhtisas yang mencukupi, khidmat yang diperlukan
masyarakat,menikmati autonomi individu dan kumpulan, mementingkan mutu
perkhidmatan dansebagainya.

2.2 Profesional

Profesional adalah ciri-ciri yang terdapat dalam kalangan ahli dalam suatu
profesion. Menurut Ornstein dan Levine (1993), terdapat empat ciri dalam suatu
profesion iaitu ahli perlu menguasai ilmu pengetahuan yang mendalam, kecekapan
dan kepakaran dalam bidang tertentu, adanya kod etika untuk mengawal tingkah
laku ahli-ahli dan kebenaran diberik kepada profesion oleh masyarakat untuk
beroperasi. Guru dianggap sebagai satu profesion kerana guru berpengetahuan
terhadap mata pelajaran yang diajar, berpengetahuan mengenai pelajar dan adanya
peningkatan profesionalisme guru.

2.3 Ciri-Ciri Profesionalisme

Apabila bercakap mengenai pendidik berkualiti, kita tidak dapat lari dari
membincangkan mengenai aspek pembangunan profesional yang menjadi tonggak
kepada penghasilan guru berkualiti yang diharapkan. Pembangunan profesional
dalam bidang perguruan sama seperti bidang lain yang memerlukan seseorang itu
bukan sahaja sentiasa berusaha ke arah yang lebih baik, malah turut memberikan
sumbangan yang terbaik kepada pihak-pihak lain.

Pada masa yang sama, para guru itu sendiri memainkan peranan utama
dalam menegakkan status dan imej mereka sebagai golongan profesional (Robiah
Sidin, 2002). Justeru untuk menjadi seorang guru profesional, tiga aspek penting
perlu ditekankan dalam diri seorang guru merangkumi aspek pengetahuan,
pembentukan sahsiah serta kepakaran (Al-Ghazali, t.t; Robiah Sidin, 1998). Seorang
guru perlu mempunyai kemahiran dalam mengajar dan mengembangkan ilmu serta
membentuk amalan, sikap dan disiplin diri ke arah bersifat profesional.

5
Robiah Sidin (2002) turut menghuraikan dengan atribut mengenai apa yang
dimaksudkan dengan guru profesional. Konsep guru yang profesional menurut beliau
merupakan pernyataan mengenai apa yang perlu ada pada seorang guru serta ciri
terbaik yang diingini oleh para guru. Guru profesional dirujuk kepada guru yang
mempamerkan atribut atau ciri-ciri tertentu seperti mempunyai pengetahuan serta
mahir, menyelia syarat serta standard dan piawai kemasukan dan pengiktirafan yang
diperolehi, mempunyai kemampuan untuk membuat keputusan serta memiliki prestij
dan status ekonomi yang baik.

Untuk membolehkan seseorang guru mampu membentuk atribut yang


dinyatakan, guru itu sendiri seharusnya membentuk keinginan menjadi seorang
professional. Antaranya seperti tidak perlu seliaan secara rapi kerana boleh berdikari
semasa menjalankan tugas, sanggup bekerjasama dan tidak bekerja berseorangan,
bertanggungjawab atas setiap tindakan, sentiasa memperbaharui kemahiran dan
pengetahuan, mematuhi tatasusila dan mengamalkan etika yang ditetapkan,
beroperasi secara rasional, objektif dan tidak bersifat emosional, naik pangkat
berdasarkan merit, berasa bangga dengan kerjaya serta dorongan dan matlamat
utama untuk bekerja adalah menabur khidmat kepada masyarakat (Robiah Sidin,
2002).

Dalam hal ini, peri pentingnya para guru menguasai segala aspek yang
bersangkutpaut dengan kemahiran mengajar dan pengetahuan adalah supaya para
guru dapat mengaplikasikan setiap perubahan kurikulum yang berlaku dengan
sempurna. Seseorang guru itu tidak akan mampu melaksanakan peranannya
dengan efektif melainkan apabila ia berkemahiran tinggi dan mempunyai
pengalaman luas dalam bidang pengajaran dan pelajaran yang hendak
disampaikannya (Ishak Mohd. Rejab, 1993). Para juga guru perlu menguasai
pengetahuan berkaitan kemahiran yang diajar dalam bilik darjah serta memiliki
pengetahuan yang mantap mengenai kandungan subjek yang diajar (Habib Mat
Som, 2008) untuk mengelakkan suasana pembelajaran yang hambar yang boleh
mencetuskan kebosanan pelajar dan mempengaruhi pencapaian mereka.

6
3.0 AKAUNTABILITI KEGURUAN
3.1 Konsep Akauntabiliti
Akauntabiliti merujuk kepada sifat bertanggungjawab kepada seseorang atau
terhadap sesuatu tindakan, keputusan serta bersedia memberikan penjelasandan
jutifikasi yang diperlukan. Dalam erti kata yang lain, akauntabiliti ialah
tanggungjawab guru terhadap profesionnya.

Guru mempunyai beberapa akauntabiliti. Antaranya ialah akauntabiliti terhadap


pelajar, akauntabiliti terhadap diri sendiri, akauntabiliti terhadap ibu bapa,
akauntabiliti terhadap masyarakat dan negara serta akauntabiliti terhadap rakan
sejawat dan profesion keguruan. Akauntabiliti guru ini boleh diringkaskan seperti
rajah di bawah:

7
Tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang
berilmu, yang taat setia,yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa
pentingnyausaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang
dan yang percaya kepada demokrasi, kebebasan perseorangan dan prinsip-prinsip Rukun
Negara. Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami
kebudayaan mereka, memperoleh pengetahuan yang telah terkumpul sejak zaman
berzaman dan menyediakan mereka untuk cabaran masa hadapan.

8
4.0 PENUTUP

Memartabatkan profesion perguruan adalah usaha untuk menyemarakkan kembali


kerjaya perguruan yang dianggap semakin hilang kewibawaannya. Mesejnya cukup ringkas
tetapi tidak mudah untuk dilaksanakan kerana ia menuntut keprihatinan dan tanggungjawab
semua pihak.

Matlamat pendidikan guru adalah untuk melahirkan guru berkualiti tinggi dari aspek
sahsiah, bidang profesional, kemahiran sosial dan pengamalan tingkahlaku serta berupaya
mencapai kecemerlangan pendidikan dengan menguasai ilmu, kemahiran serta amalan nilai
keguruan bagi tujuan memenuhi pengisian wawasan pendidikan negara pada alaf ke21.

9
RUJUKAN
Darling-Hammond, L. (1999). Teacher quality and student achievement : a review of state
policy evidence. University of Washington.
Abdul Raof Dalip. (1993). Teknik pengajaran dan pembelajaran pengetahuan agama Islam
di sekolah menengah. Dalam Ismail Ab. Rahman (pnyt), Pendidikan Islam Malaysia
( 151-171). Bangi : Penerbit UKM.
Koellner, K. & Jacobs, J. (2015). Distinguishing Models of Professional Development : The
Case of an Adaptive Model’s Impact on Teachers’ Knowledge, Instruction, and Student
Achievement, Journal of Teacher Education, 66 (1), 51-67.
doi.10.1177/0022487114549599
Susilawati Husin Kaderi. (2008). Hubungan antara profesionalisme guru dan prestasi
pendidikan agama Islam di kalangan pelajar Madrasah Aliyah Negeri (MAN), Tanjung
Pinang, Indonesia (Tesis Sarjana Pendidikan tidak diterbitkan). Universiti Kebangsaan
Malaysia, Bangi.
Wilson, S.M., Floden, R.E. & Ferrini-Mundy, J. (2001). Teacher preparation research: current
knowledge, gaps, and recommendations. Seattle, WA: Center for the Study of
Teaching and Policy.
Robiah Sidin. (1998). Pemikiran dalam pendidikan. Shah Alam: Fajar Bakti.
Robiah Sidin. (2002). Konsep guru profesional. Prosiding Seminar Kebangsaan Profesion
Perguruan 2002. Profesion Perguruan : Cabaran Masa Kini (1-11). Bangi : Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Al-Ghazali, al-Imam Abi Hamid Muhammad Bin Muhammad al-Ghazali. (t.t). Ihya ulum al-
din. Jil. 1. Beirut : Dar al-Ma’rifah.
Habib Mat Som. (2008). Memperkasa kesediaan guru melaksanakan perubahan kurikulum
di sekolah : Satu perbincangan. Perjuangan Memperkasaka Pendidikan di Malaysia.
Pengalaman 50 Tahun Merdeka. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors.
Ishak Mohd. Rejab. (1993). Masalah pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di
Malaysia. Dalam Ismail Ab. Rahman (pnyt), Pendidikan Islam Malaysia (225- 245).
Bangi : Penerbit UKM.

10

Anda mungkin juga menyukai