Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA SAYEMBARA MENULIS CERPEN 2022

KERTAS KERJA
SAYEMBARA
MENULIS CERPEN
BAHASA MELAYU
2022

1
KERTAS KERJA SAYEMBARA MENULIS CERPEN 2022

1.0 PENGENALAN

Persatuan Bahasa Melayu berkolaborasi dengan Panitia Bahasa Melayu akan mengadakan aktiviti
menulis cerpen bermula 21 Julai hingga 11 Ogos 2022. Dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
terdapat beberapa komponen yang penting iaitu tatabahasa, pemahaman, penulisan dan
kesusasteraan. Persatuan Bahasa Melayu dengan kerjasama Panitia Bahasa Melayu berusaha untuk
menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan Bahasa Melayu dengan harapan dapat memupuk rasa
kecintaan terhadap Bahasa Melayu dan secara tidak langsung menggalakkan penglibatan pelajar-
pelajar dalam aktiviti berbahasa. Diharap juga pertandingan ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk
memperkasakan Bahasa Melayu dalam kalangan murid-murid khasnya.

NAMAPROGRAM : SAYEMBARA MENULIS CERPEN BAHASA MELAYU

            
2.0 OBJEKTIF

2.1 Mencungkil bakat murid dalam pengetahuan dan kemahiran mereka berbahasa.
2.2 Memupuk potensi individu murid dalam melahirkan idea dan pendapat dengan berani dan
berkeyakinan.
2.3 Menggalakkan murid menggunakan Bahasa Melayu dan mencintai bahasa kebangsaan.
2.4 Melatih murid menggunakan Bahasa Melayu dalam penulisan dengan lebih yakin dan
bermakna.
2.5 Melahirkan indiviu yang menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif dan semangat
patriotik bertunjangkan Bahasa Melayu.

3.0 KUMPULANSASARAN

Murid -murid Tahap 2 (Tahun 4 , 5 dan 6 ) SK Sungai Abong, Muar

4.0 BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM

4.1 Menyediakan kertas kerja program -


- dihantar pada 21 Julai 2022
4.2 Mesyuarat AJK dan agihan tugas.-
- diadakan dalam talian pada 20 Julai 2022
4.3 Pelaksanaan program-
- 22 Julai 2022 hingga 11 Ogos 2022
4.4 Penilaian hasil penyertaan -
- 12 Ogos hingga 14 Ogos 2022
4.5 Keputusan pertandingan -
15 Ogos 2022

5.0 TARIKH / MASA PELAKSANAAN

Pertandingan bermula pada 22 Julai 2022 hingga 11 Ogos 2022

2
KERTAS KERJA SAYEMBARA MENULIS CERPEN 2022

6.0 Syarat-syarat Pertandingan

6.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid Tahap 2

6.2 Tajuk cerpen adalah bebas.

6.3 Penulisan cerpen hendaklah tidak menyentuh isu-isu sensitif seperti agama dan kaum.

6.4 Hasil karya tidak kurang daripada 300 patah perkataan dan tidak melebihi 800 patah perkataan.

6.5 Karya boleh dihantar dalam tulisan tangan atau bertaip menggunakan komputer .

6.6 Keputusan hakim adalah MUKTAMAD.

7.0 JAWATANKUASA KERJA

Pengerusi : Pn Siti Zaleha binti Ramlan


Guru Besar

Naib Pengerusi 1 : Cik Siti Khalidah binti Abdul Khodir


GPK Kokurikulum

Naib Pengerusi 2 : En Abdul Jalal bin Mafoz


GPK Pentadbiran

Naib Pengerusi 3 : Pn Zurehan binti Rasedin


GPK Hal Ehwal Murid

Setiausaha : Pn Norliza binti Taib

Bendahari : Pn Rodizah binti Hashim

AJK Penilaian : Pn Zalina bt Abd Rahman


Pn Salina binti Daud
Cik Zahrah binti Senin
En. Khairul Nizwan bin Hamali

AJK Sijil : En.Ahmad Affendy bin Mohamed Tahir


En Mohd Asri bin Abdul Halim

AJK Hadiah : Pn Noorzaimah binti Noordin


En. Kamal Ishak bin Ali

8.0 IMPLIKASI KEWANGAN 3


KERTAS KERJA SAYEMBARA MENULIS CERPEN 2022

Sumber Kewangan :BKK (Bantuan Ko Kurikulum Sekolah)

BIL PERKARA ANGGARAN JUMLAH


Hadiah

Tempat Pertama
3 x RM70 RM 210.00
(Shahibba + set alat tulis )
Tempat Kedua
3 x RM 50 RM 150.00
(Shahibba + set alat tulis)
Tempat Ketiga
3 x RM 30 RM 90.00
(Set alat tulis)
5 x Hadiah Saguhati
5 x RM 10 RM 50
( Set alat tulis)
JUMLAH RM 500

9.0 PENUTUP

 Adalah diharapkan agar aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar dan mendapat
kerjasama daripada semua pihak serta mencapai objektif yang disasarkan.

Disediakanoleh: Disemakoleh:

.................................... ....................................

SITI KHALIDAH BT ABDUL KHODIR


NORLIZA BINTI TAIB
GPK Kokurikulum, SK Sungai Abong
Ketua Panitia Bahasa Melayu

4
KERTAS KERJA SAYEMBARA MENULIS CERPEN 2022

KERTAS KERJA SAYEMBARA MENULIS CERPEN


2022

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Kerja Sayembara Menulis Cerpen 2022

atau

Tidak meluluskanKertas Kerja Sayembara Menulis Cerpen 2022

Ulasan : …………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………….

………………………………………………………………………………………………….

………………………………….
Pengurus Sekolah

Anda mungkin juga menyukai