Anda di halaman 1dari 5

PANDUAN RINGKAS MENULIS KERTAS KERJA PROJEK/PROGRAM SKSN

1. Tajuk Kertas Kerja


Tajuk mestilah jelas dan menunjukkan matlamat / objektif program.

2. Pendahuluan / Latar Belakang / Rasioanal / Tujuan


Nyatakan dengan jelas tujuan kertas kerja disediakan sama ada : - Kelulusan / Makluman / Perbincangan / Lain-lain -
Untuk siapa dikemukakan - Memberikan penjelasan mengenai keperluan untuk mengadakan program/ projek
tersebut. - Seterusnya nyatakan sumber intelektual/ fizikal/ tenaga yang dimiliki oleh universiti untuk menyelesaikan
permasalahan komuniti tersebut.

3. Objektif / Matlamat
Nyatakan objektif / matlamat yang ingin dicapai. - Maksimum 5 objektif dan mengikut keutamaan

4. Maklumat Projek
- Tarikh/Hari - Masa - Tempat - Kerjasama/ Bantuan mana-mana pihak - Tema

5. Kumpulan Sasaran / Penyertaan


- Nyatakan kumpulan sasar yang akan menyertai program ini sama ada pelajar pengajian tinggi, staf, pelajar sekolah,
masyarakat umum atau lain-lain. - Nyatakan kumpulan sasaran daripada komuniti - Berikan justifikasi pemilihan
komuniti

6. Jawatan Kuasa Pelaksana / Penganjur


- Carta Organisasi - Struktur Organisasi (lengkap dengan nama penuh, no. pelajar dan jawatan) - Peranan dan Tugas
Ahli Jawatan Kuasa

7. Tentatif Program
Nyatakan tentatif program yang lengkap dari permulaan hingga akhir program termasuk acara perasmian dan
penutup dengan memasukkan maklumat lengkap, perasmi dan jawatan, penceramah, tajuk syarahan dan lain-lain.

8. Belanjawan
- Anggaran Pendapatan - Anggaran Perbelanjaan (Nyatakan dengan terperinci)

9. Penutup
Nyatakan harapan dan terima kasih atas pertimbangan untuk diluluskan / seumpamanya.

10. Pengesahan
Disediakan oleh: ………..........................................................
(Ketua Program / Projek)

Disemak oleh: ………..........................................................


( PK ………………………….. )

Disahkan oleh: ………..........................................................


( Guru Besar )
KERTAS KERJA CONTOH

1. Tajuk Kertas Kerja :


Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik 2021/2022

2. Pendahuluan :
Anugerah Kecemerlangan Akademik akan diadakan pada hari Khamis bertarikh 24 Februari 2022.
Oleh kerana Negara masih berada dalam Pendemik Covid-19 maka majlis ini akan diadakan mengikut norma
baharu dan mematuhi semua SOP yang telah digariskan oleh MKN. Majlis anugerah ini bertujuan untuk
meraikan murid-murid terbaik dalam bidang akademik. Murid-murid cemerlang ini boleh dijadikan contoh
atau idola oleh murid-murid lain . Pada majlis ini juga akan dianugerahkan Anugerah Cemerlang Akademik
(Lelaki , Perempuan) dan Tokoh Nilam .

3. Objektif :
3.1 Menghargai dan meraikan murid-murid mithali yang layak untuk dijadikan contoh dan idola murid-murid
lain.
3.2 Menggalakkan murid-murid untuk terus menonjolkan bakat dan kelebihan diri agar menjadi idola murid-
murid lain.
3.2 Memberi semangat kepada murid-murid supaya terus berusaha bersungguh-sungguh.

4. Maklumat Projek :

4.1 Tarikh : 24 Februari 2022


4.2 Hari : Khamis
4.3 Masa : 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari
4.4 Tempat : Dewan Seri Nibong
4.5 Kerjasama : Unit Kurikulum & PIBG SK Sungai Nibong

5. Kumpulan Sasaran
Semua murid SK Sg Nibong

6. Jawatan Kuasa Pelaksana / Penganjur

JAWATANKUASA INDUK

Penasihat : Pegawai Pendidikan Daerah


Pejabat Pendidikan Daerah Sabak Bernam
Pengerusi : Pn. Fatimah binti Arabian, PPC (Guru Besar)
Timbalan Pengerusi : En. Suhaimi bin Saleh (PK Pentadbiran & Kurikulum)
Naib Pengerusi : En. Nazri bin Sungit (PK HEM)
En. Md Zaki bin Muda (PK KOKO)
Setiausaha : Pn. Hjh Siti Rufiah binti Ismail
Bendahari : Pn. Hasima binti Mahadi

JAWATANKUASA PELAKSANA

BIL TUGASAN / AJK BIDANG TUGAS


BENDAHARI
1  Mengurus segala keluar masuk kewangan AKEA
Pn. Hasima binti Mahadi
PENGURUS MAJLIS
2  Mengurus dan Menyelaras persiapan Keseluruhan Majlis.
Pn. Hjh. Siti Rufiah binti Ismail
 Menerima bahan-bahan daripada setiausaha kurikulum.
 Memastikan bahan-bahan ditaip tanpa terdapat sebarang
JK BUKU PROGRAM kesalahan nama serta bacaan pruf
3
YM Engku Fazidah binti Engku Fauzi  Menghasilkan satu buku program yang menarik.
 Hantar Draf akhir pada Guru Besar untuk di semak pada
21/2/2022
JK BACAAN DOA  Menyediakan teks doa
4
En. Izamin Syukri bin Muhamad Kassim  Mengetuai bacaan doa
 Menerima senarai nama penerima hadiah daripada
Pengurus Majlis.
JK HADIAH  Menguruskan penempahan hadiah
5 Pn. Hasima binti Mahadi  Menyemak hadiah yang telah ditempah.
Pn. Norafidah binti Zainal  Membalut/ menghias hadiah jika perlu.
 Mengurus hadiah dan sijil untuk di ambil oleh para
pemenang.
 Menerima nama penuh (mengikut surat beranak)
penerima anugerah daripada guru kelas. Pastikan nama
JK PENYEDIAAN SIJIL ditulis dengan betul dan menggunakan huruf besar (untuk
6 Pn. Siti Jamiah binti Baok urusan menyediakan sijil)
Pn. Hjh. Analiza binti Mat Suandi  Menaip sijil pencapaian murid.
 Menyerahkan sijil yang telah siap kepada Guru Besar untuk
di tandatangan pada 21/2/2022
JK PENGACARAAN
 Memastikan teks telah mendapat persetujuan GB.
7 Pn. Anita binti Mohamed Misnah
 Mengacarakan majlis
Pn. Noor Fateen binti Tugimin
8
JK MONTAJ  Mendapatkan maklumat dan gambar tokoh daripada SU
En. Mohd Khair bin Kamaruddin  Menyediakan montaj

 Membeli dan menghias hadiah


JK HADIAH, SIJIL TOKOH,
9  Menyediakan sijil.
Pn. Siti Nor Asiah binti Ishak
 Menempah selempang tokoh
 Menyediakan 5 salinan dokumentasi bergambar dan
JK DOKUMENTASI
10 serahkan kepada PSS, Unit Kurikulum, Unit HEM, Unit
En. Mohd Feisal bin Mohd Pop
KoKurikulum, PIBG
JK PA SISTEM & LCD
11  Memastikan PA Sistem dan LCD dalam keadaan baik.
En. Mohd Taufik bin Mohamed Jawawi
JK FOTOGRAFI
12 Pn. Siti Saniah binti Thonga  Mengambil gambar murid yang menerima hadiah.
Pn. Azzatus Saadah Shakir Mashkor

7. Tentatif Program
7.1 Doa
7.2 Ucapan Guru Besar
7.3 Penyampaian Hadiah Program Akademik
7.4 Penyampaian Anugerah PBD
 Tahun 1 Dedikasi
 Tahun 2 Dedikasi
 Tahun 2 Dinamik
 Tahun 3 Dedikasi
 Tahun 4 Dedikasi
 Tahun 5 Dedikasi
 Tahun 6 Dedikasi
7.5 Anugerah Mata Pelajaran Terbaik
7.6 Anugerah Tokoh
a. Tokoh Nilam
b. Tokoh Akademik (Lelaki)
c. Tokoh Akademik (Perempuan)

7.7 Majlis tamat

8. Belanjawan

1. Hadiah Program Akademik

Anggaran harga
Program Bilangan Hadiah Anggaran jumlah harga
setiap hadiah
Bahasa Melayu 21 RM 5.00 RM 105.00
Bahasa Inggeris 21 RM 5.00 RM 105.00
PAI & Bahasa Arab 21 RM 5.00 RM 105.00
PSV & Muzik 12 RM 5.00 RM 60.00
Matematik 12 RM 5.00 RM 60.00
RBT & TMK 9 RM 5.00 RM 45.00
Sains & Sejarah 3 RM 30.00 RM 90.00
Jumlah RM 570.00

2. Anugerah PBD

Anggaran harga
Tahun Bilangan Hadiah Anggaran jumlah harga
setiap hadiah
Tahun 1 Dedikasi 10 RM5.00 RM 50.00
Tahun 2 Dedikasi 10 RM5.00 RM 50.00
Tahun 2 Dinamik 10 RM5.00 RM 50.00
Tahun 3 Dedikasi 10 RM5.00 RM 50.00
Tahun 4 Dedikasi 10 RM5.00 RM 50.00
Tahun 5 Dedikasi 10 RM5.00 RM 50.00
Tahun 6 Dedikasi 10 RM5.00 RM 50.00
Jumlah RM 350.00

3. Anugerah Mata Pelajaran Terbaik

Subjek MP Terbaik Anggaran harga Anggaran jumlah harga


setiap hadiah
Tahun 1 Dedikasi 9 RM5.00 RM 45.00
Tahun 2 Dedikasi 9 RM5.00 RM 45.00
Tahun 2 Dinamik 9 RM5.00 RM 45.00
Tahun 3 Dedikasi 9 RM5.00 RM 45.00
Tahun 4 Dedikasi 11 RM5.00 RM 55.00
Tahun 5 Dedikasi 11 RM5.00 RM 55.00
Tahun 6 Dedikasi 11 RM5.00 RM 55.00
Jumlah RM 345.00

JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN

Bil Perkara Perbelanjaan


1 Hadiah Program Akademik RM 570.00
2 Anugerah PBD RM 350.00
3 Anugerah Mata Pelajaran Terbaik RM 345.00
Jumlah Keseluruhan Perbelanjaan RM 1265.00
SUMBER PENDAPATAN : Wang Sumbangan PIBG
9. Penutup
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas pertimbangan kertas kerja ini diluluskan.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

.................................................. .............................................
( SITI RUFIAH BINTI ISMAIL ) ( SUHAIMI BIN SALEH )
SU Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik PK Pentadbiran & Kurikulum

Disahkan oleh,

......................................................
( FATIMAH BINTI ARABIAN, PPC )
Guru Besar
SK Sg Nibong

Anda mungkin juga menyukai