Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH MENENGAH AGAMA (ATAS) SULTAN ZAINAL ABIDIN

JALAN SULTAN MAHMUD 20400 KUALA TERENGGANU

PERTANDINGAN DEBAT BAHASA ARAB PIALA MUFTI TAHUN 2020,


SINGAPURA
TARIKH:

19 - 24 FEBRUARI 2020

TEMPAT:

MADRASAH AL-JUNIED AL-ISLAMIYAH, SINGAPURA

ANJURAN:

ISLAMIC RELIGIOUS COUNCIL OF SINGAPORE

1
1.0 TAJUK

PERTANDINGAN DEBAT BAHASA ARAB PIALA MUFTI 2020, SINGAPURA

2.0 PENDAHULUAN

Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu yang
merupakan sekolah kluster kecemerlangan Bahasa Arab sangat mengambil berat terhadap
kemahiran linguistik dan keupayaan berfikir aras tinggi di kalangan pelajar. Maka dengan itu
langkah proaktif telah dijalankan dengan mengadakan program-program pemerkasaan
Bahasa Arab secara aktif khususnya dalam debat Bahasa Arab bagi meningkatkan keupayaan
para pelajar dalam 2 aspek tersebut.

Antara usaha yang telah dijalankan adalah dengan menubuhkan Kelab Debat Bahasa
Arab pada tahun 2016, mengadakan program pembangunan bakat-bakat baru sejak dari
tingkatan 1, bengkel debat Bahasa Arab, latihan mingguan serta menganjurkan
pertandingan debat Bahasa Arab peringkat sekolah dan negeri secara tetap sejak tahun
2017 hingga sekarang.

Sepanjang penglibatan dalam debat Bahasa Arab, SMA(A)SZA telah merekodkan


pencapaian menjuarai Pertandingan Debat Bahasa Arab Terbuka Antarabangsa yang
diadakan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun 2018. Lebih manis
apabila 3 orang pendebat SMA(A)SZA turut merangkul 4 gelaran individu dalam
pertandingan sama iaitu pendebat terbaik keseluruhan, pendebat terbaik pertandingan
akhir, pendebat ke-3 terbaik keseluruhan dan pendebat ke-5 terbaik keseluruhan manakala
pada tahun 2020 pula, 2 orang pelajar kami telah terpilih mewakili negara dalam
International School Arabic Debating Championship (ISDC 5) iaitu pertandingan debat
Bahasa Arab paling berprestij peringkat antarabangsa yang bakal diadakan di Doha, Qatar
pada 6-11 Mac 2020 nanti.

Dalam penyertaan lain pula, SMA(A)SZA turut memenangi tempat ketiga dalam
Pertandingan Debat Bahasa Arab Sekolah-sekolah ASEAN 2018 serta johan Debat Bahasa
Arab Al-Abaqirah Sekolah-sekolah Menengah Agama Terengganu 3 tahun berturut-turut
iaitu pada 2017, 2018 dan 2019.

Rentetan dari kejayaan tersebut pihak kami telah menerima jemputan untuk
menyertai Pertandingan Debat Bahasa Arab Piala Mufti yang bakal diadakan di Madrasah Al-
Junied Al-Islamiyah, Singapura pada 20 hingga 22 Februari 2020. Kami berhasrat untuk
mengambil peluang keemasan ini dengan menyertai pertandingan tersebut, namun kami
menghadapi masalah dari segi peruntukan kewangan bagi merealisasikan hasrat ini.

2
3.0 MATLAMAT

i. Meningkatkan motivasi dan keyakinan pelajar untuk bersaing dengan pencabar-


pencabar di peringkat antarabangsa.
ii. Meningkatkan imej SMA(A)SZA, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu dan Negeri
Terengganu di persada antarabangsa.
iii. Menjadi tanda aras kemenjadian pelajar Sekolah Menengah Agama Terengganu.

4.0 OBJEKTIF

i. Melatih kemahiran bertutur dalam bahasa Arab di kalangan pelajar.


ii. Melatih kemahiran berfikir aras tinggi serta celik terhadap isu-isu semasa yang
berlaku di dunia.
iii. Melatih dan mempertingkatkan skil kepimpinan di kalangan pelajar.

5.0 JANGKAAN IMPAK SERTA SASARAN PROGRAM

Penyertaan dalam pertandingan Debat bahasa Arab di peringkat antarabangsa menjadi


tanda aras tertinggi bagi penguasaan Bahasa Arab serta daya intelektual seseorang pelajar
sekaligus memangkin mereka untuk mempertingkatkan lagi keupayaan bagi bersaing
dengan para pencabar terbaik dari luar negara.

Adalah di harapkan pengalaman, pengetahuan, idea dan amalan baik yang diperoleh
dari pertandingan ini dapat diimplimentasikan dan disebarluaskan di peringkat sekolah
untuk meningkatkan lagi budaya Bahasa Arab di kalangan warga SMA (Atas) Sultan Zainal
Abidin, Kuala Terengganu.

6.0 STRATEGI PELAKSANAAN

JAWATANKUASA EKSEKUTIF

PENAUNG
YM HAJI ENGKU ABDULLAH BIN ENGKU DALAM AHMAD

PENASIHAT I
PN. ZALINA BINTI HASSAN

PENASIHAT II
TUAN HJ. ZULKIFLI BIN MOHD AMIN

PENASIHAT III
DR. WAN MAIZIATUL AKMAR BIN WAN AHMAD

3
JAWATANKUASA PELAKSANA
SETIAUSAHA
EN. MD ZUBIR BIN AB RAHIM

BENDAHARI
PN. ZAINUN BINTI MAMAT

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN DAN SUMBER PERUNTUKAN

BIL PERKARA KETERANGAN / RM JUMLAH (RM)


1 Pakej: Pengangkutan,
penginapan hotel (luar negara), RM1,500.00 x 7 Orang RM10,500.00
insuran dan makan minum
sepanjang pertandingan.
2 Wang Saku
i) Guru Pembimbing dan RM300.00 x 3 Orang RM900.00
Jurulatih

ii) Pelajar Peserta Debat RM200.00 x 4 Orang RM800.00


3 Yuran Pendaftaran SGD 150.00 RM500.00
4 Bayaran Jurulatih RM500.00 x 1 Orang RM500.00
6 Pelbagai:-
i) Perubatan dan lain-lain RM300.00
JUMLAH KESELURUHAN RM13,500.00

8.0 MAKLUMAT PENYERTAAN

NAMA GURU PENGIRING DAN JURULATIH

Bil. Nama Jawatan


1 Md Zubir bin Ab Rahim Guru Pembimbing
2 Syarifah Aswani binti Syed Omar Jurulatih
3 Muhamad Amir bin Zainudin Jurulatih

NAMA PESERTA/PELAJAR

Bil. Nama Jawatan


1 Wan Nor Syaza binti wan Mohd Sufiyan Tingkatan 5
2 Atirah Mu’minah bint Abdul Sham Tingkatan 3
3 Hanin Farzana binti Zainal Abidin Tingkatan 4
4 Raja Afiq bin Raja Anuar Tingkatan 4

4
9.0 TENTATIF

HARI PERTAMA : RABU 19 FEBRUARI 2020


7.00 Pagi : Bertolak dari SMA (Atas) Sultan Zainal Abidin ke Singapura

HARI KEDUA : KHAMIS 20 FEBRUARI 2020


9.00 Pagi : Pendaftaran di Madrasah Al Junied Al Islamiah / Pusingan Pertama.
11.00 Pagi : Lawatan Penanda Aras ke Madrasah Al Junied Al Islamiah.

HARI KETIGA : JUMAAT 21 FEBRUARI 2020


9.00 Pagi : Pusingan Kedua.
1.00 Petang : Pusingan Ketiga dan Keempat.

HARI KEEMPAT : SABTU 22 FEBRUARI 2020


9.00 Pagi : Pusingan Kelima.
3.00 Petang : Pusingan Separuh Akhir dan Akhir.

HARI KELIMA : AHAD 23 FEBRUARI 2020


10.00 Pagi : Lawatan Penanda Aras ke Masjid Sultan.
5.00 Petang : Lawatan ke tempat-tempat bersejarah.

HARI KEENAM : ISNIN 24 FEBRUARI 2020


7.00 Pagi : Bertolak Pulang.
6.00 Petang : Dijangka tiba di SMA (Atas) Sultan Zainal Abidin.

10.0 PENUTUP

Penglibatan murid dalam program antarabangsa ini akan dapat membantu


meningkatkan prestasi akademik, kokurikulum dan kepimpinan pelajar seiring dengan moto
SMA(A)SZA di persada antarabangsa yang digagaskan oleh Tuan Pengetua pada tahun 2019.

5
Disediakan Oleh: Disemak Oleh:

…………………………………………. …… …..………………………………….
(Md Zubir bin Ab Rahim) (Dr. Wan Maiziatul Akmar binti Wan Ahmad)
Setiausaha Kebitaraan Bahasa Arab GK MP Pendidikan Islam dan Bahasa Arab
SMA (Atas) Sultan Zainal Abidin SMA (Atas) Sultan Zainal Abidin
Ulasan: ____________________________
____________________________
____________________________
Diluluskan Oleh:

……………………………………………………
(Tuan Hj. Engku Abdullah bin Engku Dalam Ahmad)
Pengetua
SMA (Atas) Sultan Zainal Abidin

Anda mungkin juga menyukai