Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA PELAKSANAAN PERTANDINGAN TULISAN CANTIK

BAHASA INGGERIS
Anjuran

Panitia Bahasa Inggeris

1.0 Pengenalan

Panitia Bahasa Inggeris adalah merupakan panitia yang menjalankan aktiviti-


aktiviti berkaitan dengan mata pelajaran Bahasa Inggeris. Di dalam mata
pelajaran Bahasa Inggeris terdapat beberapa komponen yang penting seperti
pemahaman, penulisan, tatabahasa dan kesusateraan. Panitia Bahasa Inggeris
berusaha untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan mata
pelajaran Bahasa Inggeris dengan harapan untuk memupuk rasa kecintaan
terhadap Bahasa Inggeris dan secara tidak langsung menggalakkan penglibatan
pelajar-pelajar di dalam aktiviti-aktiviti berkaitan dengan bahasa.

2.0 Matlamat

Matlamat aktiviti ini adalah sebagai pengisian rancangan tahunan bagi Panitia
Bahasa Inggeris. Melalui aktiviti ini, pelajar-pelajar dapat melihat kepentingan
tulisan mereka sebagai bukti hasil pelajaran mereka yang diperlukan dalam
hampir kesemua mata pelajaran. Secara tidak langsung, pelajar-pelajar juga
akan terdorong untuk memperbaiki tulisan apabila mendapati bahawa kecantikan
dan kekemasa mereka boleh dinilai dalam sesebuah pertandingan. Ini dapat
menaikkan motivasi pelajar untuk rajin menulis walaupun mereka kurang
menyerlah dalam bidang akademik. Bukan itu saja, melalui aktiviti ini nanti guru
juga dapat menghayati kemahiran dan nilai keguruan dan mengaplikasikannya di
dalam bilik darjah. Guru juga akan dapat menghasilkan ilmu binaan yang
menjadi asas kepada pembinaan ilmu profesional keguruan.
3.0 Objektif

Pelaksanaan aktiviti tulisan cantik Bahasa Inggeris adalah untuk :


3.1 Memenuhi aktiviti tahunan panitia.
3.2 Mencungkil bakat pelajar dalam kemahiran menulis.
3.3 Memupuk nilai kekemasan dan kecantikan tulisan.

4.0 Pelaksanaan

Kertas kerja projek disediakan

Mesyuarat ahli jawatankuasa menentukan tugas


dan perjalanan aktiviti

Pelaksanaan projek dan pemantauan oleh Guru


Besar

Penilaian projek dan laporan pelaksanaan

Refleksi dan tindakan susulan

5.0 Tarikh dan Masa

Tarikh : 29 September 2020 (Selasa)


Masa : 10.15 hingga 10.30 pagi.

6.0 Tempat / Lokasi


Kelas masing-masing

7.0 Syarat-syarat Pertandingan


1- Pertandingan ini terbuka kepada pelajar Tahap I dan II.
2- Para peserta akan bertanding mengikut darjah.
3- Bahan penulisan akan disediakan oleh pihak penganjur.
4- Masa yang diperuntukkan adalah selama 15 minit.

8.0 Kumpulan sasaran


Kumpulan sasaran untuk pertandingan tulisan cantik adalah pelajar-pelajar
Tahap
I dan II.

9.0 Senarai Nama Jawatankuasa Pelaksanaan Projek


Sila rujuk Lampiran A

10.0 Peralatan

BIL PERALATAN KUANTITI


1 Peralatan Aktiviti
- Kertas A4 44 helaian
- Kerusi 44 buah
- Meja 44 buah

11.0 Anggaran Kos Perbelanjaan


BIL PERKARA JUMLAH

1 Hadiah Dan Cenderahati

Hadiah
- Alat tulis (3 set untuk setiap kategori 3 set (kuantiti sama)
pertandingan)
- Sijil penyertaan (untuk semua *tertakluk kepada jumlah
peserta) penyertaan.

JUMLAH KESELURUHAN ( ANGGARAN )

12.0 Penutup
Secara keseluruhannya, pelaksanaan aktiviti tulisan cantik ini merupakan salah
satu pengisian panitia Bahasa Inggeris di sekolah. Melalui pertandingan yang
diadakan, diharapkan pelajar dapat menyedari kepentingan tulisan mereka dan
akan berusaha untuk memperbaiki tulisan mereka. Selain daripada itu,
pertandingan ini juga melihat nilai seni yang terserlah pada seseorang pelajar
walaupun pelajar itu kurang menyerlah dari segi akademik. Oleh itu, pelajar akan
berasa lebih dihargai dengan hasil kerja mereka.

LAMPIRAN A

JAWATANKUASA PELAKSANAAN UNTUK PERTANDINGAN TULISAN CANTIK


SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL LADANG AMPAR TENANG

PENASIHAT
Pn.Saraswathy Devaraj

PENGERUSI
En.Suresh Ramachandran

SETIAUSAHA
Puan Uvarani Retnam

BENDAHARI
Puan Nanthiny Panchachalam

HADIAH / CENDERAMATA: PERALATAN DAN FOTOGRAFI:


Puan P. Nanthiny Pn.J.Grace
Puan.R.Uvarani

HAKIM:
Puan Saraswathy Devaraj
En.Suresh Ramachandran
Puan Selvamani Nadarajah

Disediakan oleh: .....................................


(PUAN UVARANI RETNAM)
Setiausaha,
Jawatankuasa Pelaksanaan Pertandingan Tulisan Cantik
SJKT LADANG AMPAR TENANG 2020

Disahkan oleh: .......................................


(EN.SURESH RAMACHANDRAN)
Pengerusi,
Jawatankuasa Pelaksanaan Pertandingan Tulisan Cantik
SJKT LADANG AMPAR TENANG 2020

Diluluskan oleh: ..................................


(PUAN SARASWATHY DEVARAJ)

Penasihat,

Jawatankuasa Pelaksanaan Pertandingan Tulisan Cantik


SJKT LADANG AMPAR TENANG 2020
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL LADANG AMPAR TENANG,
DENGKIL, SELANGOR

KERTAS KERJA
PELAKSANAAN PERTANDINGAN TULISAN CANTIK
2020

PANITIA BAHASA INGGERIS

Anda mungkin juga menyukai