Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) KHENG CHEE

Persiaran Indera, Pusat Bandar Puchong,


47100 Puchong, Selangor.
Tel: 03-58790712 Fax: 03-58790713
Email: bbc8422@btpnsel.deu.my

PERTANDINGAN MEREKA KAD,


LIPATAN DAN GUNTINGAN ( TAHAP 1)

KALIGRAFI (TAHAP 2)

DISEDIAKAN OLEH:

PENNY THIAN TENE TENE


SETIAUSAHA PERTANDINGAN
SJK(C) KHENG CHEE
47100 PUCHONG, SELANGOR.
1.0 TAJUK KERTAS KERJA
PERTANDINGAN MEREKA KAD, LIPATAN DAN GUNTINGAN (TAHAP 1)
KALIGRAFI (TAHAP 2)
TARIKH : 22 Januari 2019
MASA : 7.30 AM – 9.30 AM
TEMPAT : Darjah 1-6 : BILIK DARJAH MASING-MASING
Ibubapa : Kantin

2.0 PENDAHULUAN
Pertandingan Mereka kad, Lipatan dan Guntingan serta kaligrafi Cina merupakan
penghayatan terhadap keindahan kesenian dan nilai-nilai murni tradisi dalam
masyarakat cina. Penulisan ini merupakan suatu penulisan yang bertujuan untuk
mengekalkan tradisi Cina yang mengutamakan kesenian.

3.0 RASIONAL
Program ini khas diadakan untuk murid-murid yang telah pun didedahkan kepada
tulisan dalam mata pelajaran Bahasa Cina. Hal ini bertujuan untuk membolehkan
murid menulis dengan cantik. Ia juga memenuhi kehendak Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR) bahawa pendekatan pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Cina bukan sahaja hanya bergantung kepada buku teks sepenuhnya tetapi
pendedahan yang pelbagai. Hal ini termasuklah pendekatan inkuiri – penemuan
yang merupakan pendekatan yang mementingkan pembelajaran melalui
pengalaman.

4.0 MATLAMAT
Tujuan program ini diadakan untuk memupuk minat murid dalam mata pelajaran
Bahasa Cina melalui penulisan. Selain itu, ia bertujuan untuk memberi peluang
kepada murid untuk menulis kaligrafi secara berkumpulan di samping mencungkil
bakat murid dalam kalangan murid.

5.0 OBJEKTIF
Melalui program ini, diharapkan murid akan dapat
i. Meningkatkan minat terhadap tulisan kaligrafi Cina
ii. Mencungkil bakat murid dalam mereka kad dan kaligrafi cina
iii. Memupuk nilai-nilai murni seperti kesabaran dan toleransi

6.0 SASARAN
Semua murid SJK(C) Kheng Chee
7.0 KPI (Indikator Output dan Outcome)

OUTPUT  Penglibatan sekurang-kurangnya 100% murid dalam aktiviti


yang dirancang.
 Memberi pengalaman kepada murid dalam aktiviti yang
dirancang.

OUTCOME  Peningkatan minat murid dalam mata pelajaran Bahasa Cina


 Peningkatan minat terhadap mereka kad dan kaligrafi Cina
 Mencungkil bakat murid dalam mereka kad dan kaligrafi Cina

8.0 IMPLIKASI KEWANGAN


8.1 Perbelanjaan
PERKARA JUMLAH

Hadiah:
Cenderamata
Sumbangan PIBG 3 X RM 100 = RM 300

Pemenangan murid (Tahun 1-6)


30 X RM30 = RM 900

Pemenangan ibubapa
3 X RM 30 = RM 90
7 X RM 10 = RM 70

Pemenangan guru
3 X RM 30 = RM 90
3 X RM 10 = RM 30

RM 300 + RM 900 + RM 160 + RM 120


= RM 1480

9.0 JAWATANKUASA INDUK


Pengerusi : Pn. Tan Wat Nee
Guru Besar SJK(C) Kheng Chee
Naib Pengerusi 1 : En. Hee Chee Heung
Guru Penolong Kanan Pentadbiran SJK(C) Kheng Chee
Naib Pengerusi 2 : Pn. Tan Ting Xiu
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal SJK(C) Kheng Chee
Naib pengerusi 3 : Pn. Yoon Wai Yee
Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum SJK(C) Kheng Chee
Penyelaras : Cik Ng Shian Rong
Ketua Panitia Bahasa Cina

Setiausaha : Cik Penny Thian Tene Tene


Setiausaha Program

AHLI JAWATANKUASA INDUK


1. PN. Ng Shiau Wai (DISIPLIN)
2. Semua Guru Kelas Dan Mata Pelajaran
3. Penny Thian Tene Tene (LAPORAN DAN DOKUMENTASI)

10.0 JAWATANKUASA PELAKSANAAN PROGRAM


Penasihat : Pn Tan Wat Nee
Guru Besar SJK(C) Kheng Chee
Pengerusi : En. Hee Chee Heung
Guru Penolong Kanan Pentadbiran SJK(C) Kheng Chee
Naib pengerusi 1 : Pn. Tan Ting Xiu
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal SJK(C) Kheng Chee
Naib pengerusi 2 : Pn. Yoon Wai Yee
Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum SJK(C) Kheng Chee

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANAAN


Disiplin
1. Ng Shiau Wai (K)
2. Semua guru kelas

Laporan dan Dokumentasi


1. Penny Thian Tene Tene

11.0 STRATEGI PELAKSANAAN


Masa Aktiviti yang dilaksanakan Sasaran
7.30 – 8.00 am  Lagu negaraku, lagu negeri, lagu Semua guru dan
sekolah murid
 Ucapan diberi oleh guru besar,
pengerusi PIBG, Lembaga
Pengelola sekolah
8.00 – 8.15 am Guru-guru mata pelajaran mengedarkan Semua murid
kertas warna (tahap 1), tajuk dan kertas
tulisan ( tahap 2 ) kepada murid.
8.15 – 9.30 am Guru-guru mata pelajaran mengawal Semua guru
disiplin murid semasa aktiviti dijalankan.
Kemas selepas masa tamat.

12.0 INSTRUMENT PENILAIAN KAEDAH PEMANTAUAN


12.1 Gambar pertandingan

13.0 PENUTUP
Adalah diharapkan pada akhir program ini, para peserta dapat memupuk
minat mereka dalam mata pelajaran Bahasa Cina dan menghayati keindahan
kesenian kaligrafi yang seterusnya membolehkan mereka mewakili sekolah untuk
bertanding. Selain itu, program ini berharap dapat melahirkan generasi muda yang
bukan sahaja belajar melalui buku teks dengan sepenuhnya tetapi menghayati
tradisi Cina mereka dalam kehidupan harian.

Segala program yang dirancang adalah untuk mencapai objektif yang telah
dikemukakan. Sesungguhnya kejayaan aktiviti yang dirancang di peringkat ini
bergantung kepada sikap serta komitmen yang positif daripada semua pihak yang
terlibat terutama sekali sokongan daripada para pentadbir terutama sekali
pengetua. Konsep permuafakatan menjadi tunjang ke arah kejayaan program ini.
Semoga semua perancangan yang diatur mendapat pertimbangan dan kelulusan
pihak tuan.
Disediakan oleh, Disemak oleh, Disokong oleh,

……………………….. ………………….…. …………………


( PENNY THIAN ) ( NG SHIAN RONG ) ( TAN WAT NEE )
Setiausaha Pertandingan, Ketua Panitia Bahasa Cina, Guru Besar,
SJK(C) Kheng Chee, SJK(C) Kheng Chee, SJK(C) Kheng Chee,
Persiaran Indera, Persiaran Indera, Persiaran Indera,
47100 Puchong, 47100 Puchong, 47100 Puchong,
Selangor. Selangor. Selangor.

Anda mungkin juga menyukai