Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

PENEROKAAN STRATEGI ‘SEKALI PANDANG TERUS FAHAM’ DALAM


PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN
BAHASA CINA

PADA 06 OGOS HINGGA 08 OGOS 2019


(SELASA-KHAMIS)

DI
DEWAN SJK CHEE MUNG, BATU NIAH, SUBIS

ANJURAN
PANITIA BAHASA CINA
SJK C CHEE MUNG

PENCERAMAH
CIK HONG MOI HIONG
PENSYARAH BAHASA CINA
IPG KAMPUS RAJANG

1
1.0 Pendahuluan

Penerokaan strategi ‘Sekali Pandang Terus Faham’ dalam pembelajaran dan


pemudahcaraan bahasa Cina merupakan program anjuran SJK (C) Chee Mung.
Pihak sekolah akan menjemput penceramah dari Institut Pendidikan Guru
Kampus Rajang Bintangor iaitu Cik Hong Moi Hiong untuk mengendalikan
program ini. Tujuannya adalah untuk mendedahkan warga guru strategi
pengajaran dan pemudahcaraan Bahasa Cina yang efektif supaya dapat
melengkapkan diri dengan pengetahuan dan pendekatan pengajaran. Dengan itu,
strategi yang diperkenalkan membolehkan kita mencapai kejayaan dan
kecemerlangan dalam pendidikan. Selain itu, perkongsian idea juga dapat
membantu warga guru meningkatkan kemahiran pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran.

Di samping itu, program ini juga dapat memanfaatkan murid-murid bukan


bangsa Cina dalam mengenali dan mengingati kosa kata Bahasa Cina dengan
berkesan sehingga memartabatkan kemahiran membaca Bahasa Cina.
Kemahiran membaca Bahasa Cina amat penting bagi murid semasa menjawab
soalan dan mendorong mereka menghasilkan penulisan Bahasa Cina.

2.0 Nama Program


Penerokaan Strategi ‘Sekali Pandang Terus Faham’ dalam Pembelajaran
Pemudahcaraan Bahasa Cina

3.0 Anjuran
SJK Chee Mung, Batu Niah, Subis.

4.0 TarikhTempoh
06 Ogos hingga 08 Ogos 2019 (Selasa-Khamis)

5.0 Tempat
Dewan SJK Chee Mung, Batu Niah, Subis

6.0 Matlamat Program

6.1 Membekalkan dan mendedahkan strategi pengajaran dan pembelajaran


Bahasa Cina, khususnya dalam kemahiran mengenali dan memahami
kosa kata Bahasa Cina kepada warga guru.
6.2 Melatihkan murid-murid bukan berbangsa Cina supaya menguasai
kemahiran membaca Bahasa Cina melalui strategi ‘Sekali Pandang Terus
Faham’.

2
7.0 Objektif Program

7.1 Menggalakkan para guru Bahasa Cina untuk meningkatkan tahap


profesionalisme keguruan kendiri dalam bidang pendidikan.
7.2 Meningkatkan minat murid bukan bangsa Cina dalam mempelajari Bahasa
Cina
7.3 Meningkatkan kebolehan kefahaman dan kemahiran literasi Bahasa Cina
bagi murid bukan berbangsa Cina

8.0 Kumpulan Sasaran

Program ini akan terbuka kepada penyertaan guru-guru bahasa Cina bagi empat
buah sekolah di daerah Subis, iaitu SJKC Chee Mung, SJKC Chin Nam, SJKC
Chung Hua Sibuti dan SJKC Sungai Lumut. Selain itu, murid-murid yang
menyertai program ini adalah dalam kalangan murid Tahun 1 hingga 5 SJKC
Chee Mung sahaja.

8.1 Guru Bahasa Cina SJKC Chee Mung


8.2 Guru Bahasa Cina SJKC Chin Nam
8.3 Guru Bahasa Cina SJKC Chung Hua Sibuti
8.4 Guru Bahasa Cina SJKC Chung Hua Sungai Lumut
8.5 Murid Tahun 1 (20 orang dari kelas 1B, 1U)
8.6 Murid Tahun 2 (20 orang dari kelas 2B, 2U)
8.7 Murid Tahun 3 (20 orang dari kelas 3B, 3U)
8.8 Murid Tahun 4 (20 orang dari kelas 4B, 4U)
8.9 Murid Tahun 5 (14 orang dari kelas 5B, 5U)

9.0 Pendekatan dan Rasionalnya

9.1 Meningkatkan tahap profesionalisme keguruan kendiri dalam bidang


pendidikan melalui perkongsian idea daripada pensyarah Bahasa Cina IPG
Rajang, Bintangor.
9.2 Meningkatkan tahap kebolehan kefahaman dan kemahiran literasi Bahasa
Cina murid bukan bangsa Cina melalui strategi PdPC Bahasa Cina khas
iaitu “Sekali pandang Terus faham”.

10.0 Ahli-ahli JawatanKuasa

10.1 Penaung : Cik Seripah Azizah Bte Wan Hussain

10.2 Penasihat : Pn. Lai Kon Len

10.3 Pengerusi : En. Ling Leong Kuong


3
10.4 Naib Pengerusi : Pn. Lee Chie Ling

10.5 Setiausaha : Cik Law Yiing Yiing

10.6 Bendahari : Pn. Choo Chung Mee

10.7 AJK Pengangkutan & Penginapan : Pn. Lee Chie Ling

10.8 AJK Program : Pn. Chai Pay Ne


Cik Ivy Tiong Hoe Hung

10.9 AJK Pendaftaran : Pn. Lee Ngiik Yen


Pn. Choo Chung Mee

10.10 AJK Pengacara : Cik Vivienne Liong Xing Thieng

10.11 AJK Kuiz : Tahun 1 - Pn. Tan Zhi Ling


Tahun 2 - Pn. Lim Shuk Ling
Tahun 3 - Pn. Vinnie Liong Xing Thong
Tahun 4 - En. Chai Chang Liang
Tahun 5 - Cik Chai Tze Khee

10.12 AJK Sijil Penyertaan & Cenderahati : Pn. Tan Zhi Ling
Pn. Joice Kong Seng Ngie
Pn. Catherine Yeo Hui Lin

10.13 AJK Dokumentasi : En. Charles Ling Wen An

10.14 AJK Jurugambar : Pn. Lim Shuk Ling

10.15 AJK Teknikal : En. Chai Chang Liang

10.16 AJK Makanan : Pn. Lim Mee Ling

11.0 Program Tentatif

06 Ogos 2019(Selasa)
Masa Aturcara catatan
0730-0800 Pengenalan
0800-0830 Kuiz Tahun 1 menilai tahap kebolehan murid
0830-0900 Kuiz Tahun 2 menilai tahap kebolehan murid
0900-0930 Kuiz Tahun 3 menilai tahap kebolehan murid

4
0930-1000 Rehat
1000-1030 Kuiz Tahun 4 menilai tahap kebolehan murid
1030-1100 Kuiz Tahun 5 menilai tahap kebolehan murid
1100-1130 Penyemakan Kuiz menganalisis
1130-1215 PdPC BC Khas Tahap 1(Siri 1) “Sekali pandang Terus faham”.
1215-1300 PdPC BC Khas Tahap 2(Siri 1) “Sekali pandang Terus faham”.
1300-1430 Merarau
1430-1630 Perkaedahan PdPC Membaca Guru BC daripada 4 buah SJKC
Teks Bacaan
1630 Bersurai

07 Ogos 2019(Rabu)
Masa Aturcara catatan
0730-0830 PdPC BC Khas Tahap 1(Siri 2) “Sekali pandang Terus faham”.
0830-0930 PdPC BC Khas Tahap 2(Siri 2) “Sekali pandang Terus faham”.
0930-1000 Rehat
1000-1030 Perbincangan bersama guru BC
1130-1200 Perbincangan bersama guru BC
1200-1300 Perbincangan bersama guru BC
1300-1430 Merarau
1430-1630 Perkaedahan PdPC Mengenali Guru BC daripada 4 buah SJKC
karakter Cina
1630 Bersurai

08 Ogos 2019(Khamis)
Masa Aturcara catatan
0730-0830 PdPC BC Khas Tahap 1(Siri 3) “Sekali pandang Terus faham”.
0830-0930 PdPC BC Khas Tahap 2(Siri 3) “Sekali pandang Terus faham”.
0930-1000 Rehat
1000-1030 Kuiz Tahap 1(selepas PdPC khas) Mengenal pasti kebolehan murid
1030-1100 Kuiz Tahap 2(selepas PdPC khas) Mengenal pasti kebolehan murid
1100-1130 Penyemakan Kuiz(selepas PdPC menganalisis
khas)/Perbincangan
1130-1500 Merarau/perjalanan ke airport Miri
1500-1600 Perjalanan balik (Sibu/Maswing )

12.0 Anggaran Perbelanjaan


- Ditanggung oleh pihak lembaga SJK C Chee Mung.

Bil
Perkara Jumlah (RM)
.
Tiket Penerbangan Dari Sibu ke Miri dan Miri ke
1 Sibu. 500

2. Tempat penginapan 300

5
3. Makanan 100
4. Cenderahati 300
1200
Jumlah

13.0 Penutup/Harapan
Harapan program ini dipercayai dapat memanfaatkan warga guru agar lebih
berkeyakinan untuk menghadapi segala cabaran dalam pendidikan. Sebagai
pendidik yang berkobar-kobar tinggi dalam jiwa dan semangat untuk
membangunkan pengajaran bahasa dalam kalangan murid, kami sentiasa perlu
mempunyai komitmen yang jitu lagi utuh untuk menimba segala strategi dan
pendekatan ilmu pengajaran yang tidak terharga nilainya. Sehubungan itu, bukan
sahaja guru sendiri yang melengkapkan diri dengan ilmu malah anak bangsa
kitalah yang akan menerima manfaat untuk pembelajaran mereka sekiranya
program ini dapat berjalan dengan lancarnya. Justeru, dengan ikhlasnya, kami
mendahului dengan ucapan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

_______________ _________________
(LAW YIING YIING) (LEE NGIIK YEN)
Setiausaha Program Ketua Panitia Bahasa Cina
SJK Chee Mung SJK Chee Mung

Disahkan oleh,

______________
(LAI KON LEN)
Guru Besar
SJK Chee Mung

Anda mungkin juga menyukai