Anda di halaman 1dari 6

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS

SJKC SIMPANG JALONG


31100 SUNGAI SIPUT (U),
PERAK

KERTAS KERJA

PERMOHONAN SUMBANGAN
PERALATAN ICT DALAM BILIK
DARJAH
PENDIDIKAN KHAS

DISEDIAKAN OLEH :
PUAN SURIANI MOHAMED ADENAN
PENYELARAS
PPKI SJKC SIMPANG JALONG
KERTAS KERJA
MEMOHON SUMBANGAN PERALATAN ICT DI DALAM BILIK
DARJAH

1.0 NAMA PROGRAM

Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran

2.0 NAMA PROJEK/PROGRAM

Teknologi Untuk Semua

3.0 TUJUAN KERTAS KERJA

Kertas kerja ini disediakan bagi memohon sumbangan peralatan ICT


seperti computer, pencetak, pembesar suara, LCD dan layar dalam
darjah seperti yang dinyatakan di bawah.

4.0 PENDAHULUAN

Masyarakat Malaysia pada abad ke-21 merupakan masyarakat yang


hidup dalam era globalisasi yang berorientasikan sains dan
teknologi. Penggerak utama kepada kemajuan dan pembaharuan itu
ialah ilmu pengetahuan dan penyebarannya melalui teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT).

Menurut kajian oleh Rodiah Sidin, 2001, kualiti pendidikan negara


akan bertambah baik jika ICT digunakan kerana ia boleh
meninggikan minat dan motivasi untuk belajar, di samping
mempercepatkan proses belajar. Lantaran itu, samada sedar atau
tidak, kemahiran ICT kini telah menukar secara besar-besaran cara
murid menimba, mengguna dan mengedarkan ilmu pengetahuan.

David Dwyer, 1996 (dalam Noraien Mansor, 1999) pula telah


melaporkan dalam kajian beliau bahawa media telah menjadi
penggerak untuk pelajar berfikir dan bermuafakat. Malahan, jika
teknologi digunakan dengan cekap ia dapat meningkatkan prestasi
akademik pelajar.

Berlandaskan dapatan kajian ini, maka lahirlah idea projek


Teknologi Untuk Semua ini bagi mewujudkan pembudayaan ICT di
kalangan warga sekolah khasnya murid-murid Pendidikan Khas.
Mereka merupakan insan istimewa yang memerlukan lebih
bimbingan dan dorongan untuk belajar. Penggunaan ICT adalah
merupakan satu cara untuk menarik perhatian mereka untuk lebih
memberi tumpuan dan respon semasa proses pembelajaran.

5.0 MATLAMAT

5.1 Melahirkan murid-murid Pendidikan Khas yang mahir dan celik IT


dan seterusnya dapat mengembangkan potensi diri mereka.
5.2 Membantu proses PdP guru.

6.0 OBJEKTIF

6.1 Melahirkan murid yang celik dan mahir IT dalam sebarang


urusan harian.
6.2 Memanfaatkan sepenuhnya potensi ICT dalam membangkitkan
budaya baharu pembelajaran kendiri murid.
6.3 Mengembangkan potensi individu murid.
6.4 Memberikan akses dan peluang yang lebih terbuka kepada
semua murid dalam penyertaan menjayakan aspirasi kerajaan
dalam bidang ICT.
6.5 Membuka minda murid agar membudayakan ICT dalam
membantu pembelajaran mereka.

6.0 PERINCIAN PROJEK

Asas bagi cadangan projek ini adalah bagi memberikan akses yang
lebih terbuka kepada semua murid dalam ICT khasnya komputer.
Tidak semua murid berkemampuan untuk memiliki komputer di
rumah. Jurang digital ini dapat dirapatkan dengan menyediakan
prasana dan ruang khasnya di sekolah bagi mendapatkan
kemudahan ini.

Memandangkan pembelajaran kendiri berbantukan komputer


banyak membantu pembelajaran murid (Sandholtz, 1997), maka
adalah wajar sekurang-kurangnya sebuah komputer
ditempatkan dalam setiap bilik darjah agar murid boleh
menentukan sendiri cara mencapai objektif pembelajaran mereka.

Selain itu, bagi melahirkan murid yang lebih kreatif dan inovatif,
ruang yang secukupnya wajar diberikan kepada murid untuk
mengembangkan potensi mereka iaitu dengan menyediakan
komputer dalam menyiapkan tugasan yang diberikan. Satu
komputer satu bilik darjah adalah antara cara yang praktikal untuk
diamalkan.

Sebaik sahaja murid mendapat tugasan daripada guru, mereka


bebas mencari dan menghasilkan bahan seperti yang dikehendaki
oleh guru. Kontak masa yang lebih lama kepada komputer dalam
bilik darjah dapat mengembangkan idea dan kreativiti murid dalam
menyelesaikan tugasan mereka.

Murid juga dapat berbincang dan bertukar-tukar fikiran sesama


mereka dalam menghasilkan bahan yang berkualiti, menarik dan di
luar kebiasaan. Secara tidak langsung, daya kreativiti dan imaginasi
murid telah dibina. Dengan ini, benarlah dapatan kajian oleh David
Dwyer, 1996 (dalam Noraien Mansor, 1999) yang menyatakan
bahawa media telah menjadi penggerak untuk pelajar berfikir dan
bermuafakat.
Selain daripada itu, pengajaran guru-guru pada abad ke-21 juga
memerlukan penggunaan peralatan ICT yang terkini. Penggunaan
LCD dan layar dan pembesar suara mampu menarik minat murid
untuk lebih memberi tumpuan semasa Pengajaran dan
Pembelajaran. Peralatan lain seperti pencetak juga diperlukan bagi
menyediakan bahan-bahan pembelajaran yang lebih bermutu dan
dapat menarik minat murid.

7.0 SUMBANGAN DIPOHON

BI ITEM KUANTITI ANGGARAN KOS


L
1 KOMPUTER PERIBADI 1 UNIT RM 1800.00
2 LCD 1 UNIT RM
3 LAYAR MUDAH ALIH 1 UNIT
4. PENCETAK WARNA 1 UNIT
5 PEMBESAR SUARA 1 UNIT
6 MIKROFON 1 UNIT

8.0 PENUTUP

Projek Teknologi Untuk Semua ini amat wajar dilaksanakan untuk


perkembangan potensi diri murid. Semoga projek ini dapat
dilaksanakan untuk kebaikan murid-murid Pendidikan Khas. Semoga
sumbangan tuan dapat melahirkan anak-anak bangsa bermaklumat
dan berilmu yang bakal menjadi penentu masa hadapan negara
kita.

Disediakan Oleh, Disemak dan Disahkan Oleh,

..
..
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
SJKC SIMPANG JALONG, SUNGAI SIPUT (U)
PERAK

RINGKASAN EKSEKUTIF

INSTITUSI PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI


SJKC SIMPANG JALONG, SUNGAI SIPUT (U)
PERAK
NAMA
PROJEK/PROG TEKNOLOGI UNTUK SEMUA
RAM
JENIS
PROJEK/PROG SUMBANGAN BAKTI (PERALATAN ICT)
RAM
MATLAMAT 1. MELAHIRKAN MURID YANG CELIK DAN
DAN OBJEKTIF MAHIR IT DALAM SEBARANG URUSAN
HARIAN.
2. MEMANFAATKAN SEPENUHNYA
POTENSI ICT DALAM MEMBANGKITKAN
BUDAYA BAHARU PEMBELAJARAN
KENDIRI MURID.
3. MENGEMBANGKAN POTENSI INDIVIDU
MURID.
4. MEMBERIKAN AKSES DAN PELUANG
YANG LEBIH TERBUKA KEPADA SEMUA
MURID DALAM PENYERTAAN
MENJAYAKAN ASPIRASI KERAJAAN
DALAM BIDANG ICT.
5. MEMBUKA MINDA MURID AGAR
MEMBUDAYAKAN ICT DALAM
MEMBANTU PEMBELAJARAN MEREKA.
6. MEMBANTU PENGAJARAN GURU DAN
PENYEDIAAN BAHAN BANTU
MENGAJAR.
1. 1 UNIT SET KOMPUTER
2. 1 UNIT LCD
SUMBANGAN 3. 1 UNIT LAYAR MUDAH ALIH
DIPOHON 4. 1 UNIT PENCETAK WARNA
5. 1 UNIT PEMBESAR SUARA
6. 1 UNIT MIKROFON

Anda mungkin juga menyukai