Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH KEBANGSAAN

SEGA, 71200 RANTAU,


NEGERI SEMBILAN.
NBA 4027
Tel :06-6943411
Fax :06-6946588

KERTAS KERJA
MEMOHON SUMBANGAN
KOMPUTER UNTUK MURID MISKIN

DISEDIAKAN OLEH :
PN.ROZASIMA BINTI RAZALI
KERTAS KERJA
MEMOHON SUMBANGAN KOMPUTER UNTUK MURID MISKIN
SEKOLAH KEBANGSAAN SEGA

1.0 NAMA PROJEK/PROGRAM

Program Bijak FROG VLE (BFV)

2.0 TUJUAN KERTAS KERJA

Kertas kerja ini disediakan bertujuan memohon set PC komuter bersama


printer daripada pihak Hezzy Global Sdn Bhd untuk kegunaan murid
miskin di ruangan kantin sekolah seperti yang dinyatakan di bawah.

3.0 PENDAHULUAN

Masyarakat Malaysia pada abad ke-21 merupakan masyarakat yang hidup


dalam era globalisasi yang berorientasikan sains dan teknologi. Penggerak
utama kepada kemajuan dan pembaharuan itu ialah ilmu pengetahuan dan
penyebarannya melalui teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Menurut kajian oleh Rodiah Sidin, 2001, kualiti pendidikan negara akan
bertambah baik jika ICT digunakan kerana ia boleh meninggikan minat dan
motivasi untuk belajar, di samping mempercepatkan proses belajar. Lantaran
itu, samada sedar atau tidak, kemahiran ICT kini telah menukar secara besar-
besaran cara murid menimba, mengguna dan mengedarkan ilmu
pengetahuan termasuklah golongan murid miskin yang tiada kemudahan ICT
di rumah mereka.

5.0 MATLAMAT

Melahirkan murid-murid yang mahir dan celik IT dan seterusnya dapat


mengembangkan potensi diri mereka. Selain itu matlamat utama adalah untuk
memudahkan pengajaran dan pembelajaran murid terutama akses literasi
maklumat secara lebih berkesan dan mudah.

6.0 OBJEKTIF

6.1 Melahirkan murid yang celik dan mahir IT dalam sebarang urusan harian.
6.2 Memanfaatkan sepenuhnya potensi ICT dalam membangkitkan budaya
baharu pembelajaran kendiri murid.
6.3 Murid mengalami masalah buta dan memerlukan Komputer riba sebagai
alat yang membantu pengajaran dan pembelajaran murid sepanjang
masa.
6.4 Mengembangkan potensi individu murid.
6.5 Memberikan akses dan peluang yang lebih terbuka kepada semua murid
dalam penyertaan menjayakan aspirasi kerajaan dalam bidang ICT.
6.6 Membuka minda murid agar membudayakan ICT dalam membantu
pembelajaran mereka.
6.0 PERINCIAN PROJEK

Asas bagi cadangan projek ini adalah bagi memberikan akses yang lebih
mudah kepada akses literasi maklumat secara lebih berkesan dan mudah
dalam ICT khasnya. Tidak semua murid berkemampuan untuk memiliki
komputer di rumah. Jurang digital ini dapat dirapatkan dengan menyediakan
prasana dan ruang khasnya di sekolah bagi mendapatkan kemudahan ini.

Memandangkan pembelajaran kendiri berbantukan komputer banyak


membantu pembelajaran murid (Sandholtz, 1997), maka adalah wajar
komputer ditempatkan di ruangan yang ditetapkan di kawasan kantin
khas untuk murid miskin supaya mereka boleh menentukan sendiri cara
mencapai objektif pembelajaran mereka.

7.0 SUMBANGAN DIPOHON

BIL ITEM KUANTITI


1 SET PC KOMPUTER 5 UNIT
2 PRINTER 5 UNIT

8.0 PENUTUP

Projek Bijak FROG VLE (BFV) ini amat wajar dilaksanakan untuk
perkembangan potensi diri murid terutama murid miskin yang tidak mendapat
peluang menggunakan computer di rumah. Semoga projek ini dapat
dilaksanakan untuk kebaikan murid-murid ini. Semoga sumbangan ini dapat
melahirkan anak-anak bangsa bermaklumat dan berilmu yang bakal menjadi
penentu masa hadapan negara kita.

Disediakan oleh :- Disemak oleh :-

... ..
(Pn. Rozasima Binti Razali) (Pn. Ramlah Binti Ismail)
GPK Akademik

Disahkan oleh :-


(Pn. Hjh Fadilah Binti Hj. Haroon)
Guru Besar
SK Sega
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN SEGA, 71200 RANTAU, NEGERI SEMBILAN

RINGKASAN EKSEKUTIF

INSTITUSI SEKOLAH KEBANGSAAN SEGA


NAMA
BFV (BIJAK FROG VLE)
PROJEK/PROGRAM
JENIS
SUMBANGAN BAKTI (ICT)
PROJEK/PROGRAM
1. MELAHIRKAN MURID YANG CELIK DAN
MAHIR IT DALAM SEBARANG URUSAN
HARIAN.
2. MEMANFAATKAN SEPENUHNYA POTENSI
ICT DALAM MEMBANGKITKAN BUDAYA
BAHARU PEMBELAJARAN KENDIRI MURID.
3. MENGEMBANGKAN POTENSI INDIVIDU
MATLAMAT DAN
MURID.
OBJEKTIF
4. MEMBERIKAN AKSES DAN PELUANG YANG
LEBIH TERBUKA KEPADA SEMUA MURID
DALAM PENYERTAAN MENJAYAKAN
ASPIRASI KERAJAAN DALAM BIDANG ICT.
5. MEMBUKA MINDA MURID AGAR
MEMBUDAYAKAN ICT DALAM MEMBANTU
PEMBELAJARAN MEREKA.
SUMBANGAN 1. 5 UNIT SET PC KOMPUTER
DIPOHON 2. 5 SET PRINTER

Anda mungkin juga menyukai