Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN PENGERUSI MAJLIS PENUTUP SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN DAN

ANTIDADAH 2018
1)  Yang berusaha, En Mohamad Radzi Bin Md Zain merangkap Pegawai PPD Seremban, , Yang
berbahagia, Naib Yang dipertua PIBG En Nazli Bin Abu Samah, Yang dihormati, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Sega En Mat Nordin Bin Mustafa, Pen Kanan Kurikulum, En. Redzuan Bin Alias, Pen
Kanan HEM, Pn Intan Mardiana Binti Roslan, Pen Kanan Kokurikulum, En. Arshad Bin Mohamad Noh,
guru-guru tersayang serta rakan-rakan yang dikasihi sekalian. 
2) Bagi memberkati majlis kita pada hari ini , dijemput Naib Dipertua PIBG, En Nazli Bin Abu Samah untuk
membacakan doa.Dengan segala hormatnya dipersilakan..

Terima kasih atas bacaan doa itu tadi..

3)      Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia…. 

4)     Ceria wajah dalam majlis,


Hati berkobar semangat dibawa,
Penutupan kemerdekaan penyeri majlis,
Sematkan gagah di dalam jiwa.

5)  Selamat datang ke Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan dan Antidadah peringkat Sekolah
Kebangsaan Sega. Sama-sama kita panjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia
dan izinNya kita dapat bersatu di sini. Semoga penyatuan tekad dan semangat ini senantiasa diiringi
dengan kedamaian dan keamanan yang berpanjangan.

6)      Para hadirin sekalian,

7)    Hakikatnya, sambutan kemerdekaan yang lalu diadakan sebagai tanda semua guru dan anak-anak
didik di sekolah ini bersama-sama melangkah seiring menggenggam iltizam menjadi warganegara
yang patriotik.

8)  Dengan tema "Sayangi Malaysiaku”, secara rasminya menunjukkan Malaysia akan meraikan  ulang
tahun yang ke-61 , sekaligus menjadi lambang kematangan negara di bawah kepimpinan yang mantap,
berinovasi serta berwawasan yang boleh disaksikan menerusi pembangunan, kecemerlangan dan
kemakmuran yang dikecapi secara berterusan.

9)    Ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke-61 ini, hakikatnya menjadi refleksi kepada tarikh keramat
kemerdekaan negara pada tahun 1957. Justeru, kita perlu mencerminkan impian dan harapan serta
semangat cintakan negara yang tidak berbelah bahagi rakyat terdahulu, semoga menjadi pedoman dan
panduan kepada generasi Malaysia pada hari ini, terutamanya golongan muda.

10)  Ekoran itu, bangsa 1Malaysia yang melata di muka bumi Malaysia, terutama golongan muda inilah
yang mampu membentuk ke mana hala tuju Malaysia. Sehubungan itu, sebagai rakyat Malaysia, kita
perlu memainkan peranan penting untuk mempertahankan kemakmuran, keharmonian, dan
keselesaan, yang sedia ada sekarang. 

11)  Para hadirin sekalian,

12)  Ada pepatah mengatakan, nak tengok negara kita akan datang, lihatlah anak remaja sekarang. Jika
baik, maka baiklah kelak. Jika sebaliknya, maka bersedialah. Lantaran itu, fikirlah sejenak apa akan
jadi pada negara pada zaman kita apabila menjadi dewasa kelak.
13)  Jika kita lihat, pelbagai perubahan dari segi pembangunan dan teknologi yang sedang kita lalui. Kita
semestinya bersyukur dengan kemerdekaan negara kita. Negara Malaysia aman, damai dan bebas
daripada sebarang ancaman dan jajahan seperti Palestin. 

14)  Hadirin sekalian,

15)  Sempena bulan kemerdekaan kali ke-61 ini, pihak penganjur program telah menjalankan beberapa
aktiviti bagi menyemarakkan sambutan kemerdekaan yang lalu.

16) Bagi memeriahkan acara pada hari ini, majlis diteruskan dengan acara    persembahan. Dipersilakan
persembahan pertama oleh Nur Hana Humaira Binti Abd Rasid dengan sajak bertajuk
_______________________________________,

17) Seterusnya persembahan kedua yang bertajuk


_____________________________________________________ yang akan  disampaikan oleh
Farah Azrina Binti Mohd Yunus.

19) Acara terakhir pada hari ini, ialah majlis diteruskan dengan persembahan daripada Prasekolah Sekolah
Kebangsaan Sega…

20) Terima kasih atas persembahan itu tadi

21) Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan daripada EN Mat Nordin Bin Mustafa, Guru Besar SK
Sega. Dengan segala hotmat dipersilakan....

22) Terima kasih atas ucapan guru besar itu tadi…

23)  Tanpa membuang masa, majlis diteruskan dengan ucapan En Mohamad Radzi Bin Mustafa, sekaligus
merasmikan Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan dan Anti dadah peringkat sekolah. Dengan segala
hormatnya dipersilakan....

24)  Terima kasih atas ucapan perasmian itu tadi dan di mohon En Mohamad Radzi Bin Mustafa dengan
diiringi oleh Tuan Guru Besar En Mat Nordin bin Mustafa untuk tunggu sebentar di atas pentas bagi
menyempurnakan acara seterusnya iaitu penyampaian hadiah sempena bulan Kemerdekaan dan
antidadah peringkat sekolah 2018.Dengan segala hormatnya dipersilakan.

25) Terima kasih diucapan kepada En Mohamad Radzi Bin Md Zain atas kesudian menyampaikan hadiah
ini tadi.

26)  Keris Melayu Lambang Pusaka,


Tapak Sirih Lambang Sejahtera,
Negara Sudah Aman Merdeka,
Hidup Rakyat Bergaul Mesra.

Ayam Jantan Lawan Berlaga,


Bebas Merdeka Dari Sengsara,
Maruah Kita Hendaklah Dijaga,
Benteng Kuat Pertahankan Negara.
27)  Hadirin sekalian,

28)  Percayalah, Jika kita seluruh rakyat Malaysia bersatu padu, apa yang kita nikmati dan kecapi sekarang
ini akan terus berkekalan..Sama-samalah kita berdoa agar negara dan rakyat Malaysia terus selamat
dan terhindar daripada sebarang bala bencana.

29)  Diminta semua hadirin dan murid berdiri bagi sama-sama menyanyikan lagu-lagu patriotik Jalur
Gemilang dan Tanggal 31

30)  Sekian sahaja Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan dan antidadah pada kali ini. Mohon maaf andai
ada salah dan silap. Sama-sama kita berdoa agar kita terus merasai nikmat kesejahteraan dan
keselamatan yang berterusan, terhindar dari segala keburukan, kemungkaran mahupun kemaksiatan
agar kita terus dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara tercinta ini.

31)  Sekian, terima kasih. Mohon semua tetamu jemputan ke kantin untuk jamuan ringan…

Anda mungkin juga menyukai