Anda di halaman 1dari 27

TOPIK 8

SASTERA MELAYU DI HELAIAN SIBER: SUATU


PENGALAMAN INTERAKTIF DALAM
PENGAJIAN SASTERA

Oleh:
Azmi Rahman
http://azmirahman.esasterawan.net
Phat a/l Awang Deng
phat@uum.edu.my
Kandungan
• Mukadimah
• Konsep
– Sastera siber
– Karya dan unsur kesiberan
– eSastera.com
– Blog eSasterawan.net dan eSasterawan.org
– Interaktif
• Data Sastera Siber dan Pengalaman Interaktif
• Pengalaman Sastera Di Helaian Blog
• Halangan dan Pandangan
• Rumusan
Mukadimah
• Hari ini, media baru yang muncul telah
mengubah pelbagai perkara sama ada berkaitan
politik, ekonomi, sosiobudaya, bahasa dan seni.
Kemampuan memiliki teknologi dan penggunaan
media baru yang luas serta menyeluruh ini
melahirkan keragaman gaya berinteraksi yang
tiada had dan batas sempadannya. Akhbar,
majalah, buku, laman perbualan yang disiberkan
dalam suatu ‘ruangan’ yang tiada halangan dari
segi masa dan jarak.
• Seterusnya, berdasarkan penelitian,
penglibatan dan pengalaman berkaitan
sastera Melayu dalam ruangan siber khasnya
dari laman eSastera.com, kertas ini akan
membincangkan kegiatan sastera Melayu
dalam media baru yang terbuka luas kepada
semua pihak termasuk peminat, pelajar,
pemerhati dan pengkaji.
Konsep
• Sastera siber
– Karya-karya kreatif atau hasil-hasil kerja sastera
yang dipaparkan dalam ruang siber/ laman
eSastera.com yang dikomposisikan bersama-sama
antara aksara/ tulisan dengan unsur kesiberan.
Komponen/ bahan-bahan siber seperti imej,
audio, video, animasi, warna dan sebagainya
disesuaikan dengan teks aksara yang dicipta/
dihasilkan oleh pensiber.
– Unsur multimedia yang dimasukkan pada karya
untuk khalayak siber menikmatinya.
– Sastera siber sebagai wahana mobile yang ruang
keahliannya melangkaui sempadan geografi,
bangsa dan negara serta boleh diakses di mana-
mana dan pada bila-bila masa.
– Wujud komunikasi dua hala yang pantas, murah
dan interaktif.
• Karya dan Unsur Kesiberan
– Teks karya yang terhasil melalui proses kreatif terus ke
skrin komputer dengan melalui penelitian yang lama
maklumat dalam bentuk siber yang dapat dicapai dengan
pantas.
– Dalam penghasilan dan penggubahan sesebuah karya
sastera siber, segala bahan siber boleh diakses dengan
pantas daripada perpustakaan siber yang boleh
di’google’kan (http://www.google.com) apa jua bahan
yang diperlukan bagi sesebuah karya; web, imej, peta,
berita, buku, terjemahan, mel, blog, dan kertas ilmiah
(scholar).
– Setelah digubah dengan unsur siber yang sesuai,
karya dihantar ke ruang atau komuniti di
eSastera.com untuk tatapan khalayak siber.
– Karya yang dipaparkan di skrin komputer akan
mendapat respons pantas daripada khalayak siber;
respons mesej, paparan imej, audio-video dan
penggunaan bahasa dalam karya. Respons
khalayak siber akan mendapat respons pula oleh
pensiber.
– Dalam eSastera.com (http://esastera.com), dapat
diperhatikan contoh karya yang dipaparkan dengan
unsur kesiberan. Madah yang bertajuk
“Bertopeng” (13 Julai 2010), /Janganlah Bila
Datang Nampak Muka, Dan Bila Pergi Muka
Bertopeng/, latar biru dan imej topeng beranimasi
diletakkan di atas madah tersebut. Madah
“Bercermin” (25 Jun 2010), /Setelah Bercermin Di
Air Jernih, Janganlah Pula bercermin Di Air Keruh”
memaparkan imej tasik berair jernih kebiruan dan
sungai yang berair keruh – kelihatan kontradiksi.
• eSastera.com
– Laman eSastera.com ini diasaskan  pada tahun 2002
oleh Profesor Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas atau Dr.
Irwan dengan nama laman communnityzero (
http://communnityzero.com) kemudiannya diubah
kepada eSastera.com pada tahun 2005
– Dalam konteks Malaysia, eSastera.com menyediakan
ruangan siber yang baik kepada para khalayak/
peminat berinteraksi sesama mereka. Jumlah ahli dan
pengunjung laman ini bertambah pada setiap masa,
misalnya sehingga 16 Mac 2011, jam 1.30 pagi jumlah
ahli dan pengunjung mencapai 9508 orang.
• Blog eSasterawan.net dan eSasterawan.org
– laman ini memaparkan pelbagai karya dan entri,
memupuk minat dan menyampaikan ilmu kepada
pemsiber. Tumpuan kepada genre seperti sajak,
pantun, sastera tradisional, esei, sajen, madah,
soneta, minsasber dan sebagainya.
– Menerusi ruangan ini, pensiber juga menyediakan
bahan/ data kepada pelajar yang mengikut kursus
kesusasteraan Melayu (Universiti Utara Malaysia).
• Interaktif
– Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) mentakrifkan
interaktif “sebagai saling bertindak, berhubung
dan sebagainya antara satu sama lain; berkaitan
(komputer) yang membolehkan pengaliran
maklumat dua hala yang berterusan antara
komputer dengan penggunanya, atau antara
pengguna dengan pengguna melalui
komputer”(hlm. 583).
– Karya siber yang dikomposisikan dengan elemen-
elemen muzik, grafik, warna dan unsur multimedia
yang lain membuktikan bahawa bentuk/ budaya
penulisan baharu ini mampu menarik minat
khalayak untuk bersastera. Sifat interaktif karya
sastera dalam laman-laman sastera siber jelas
berbeza dengan karya sastera pada helaian kertas
Data Sastera Siber dan Pengalaman Interaktif

• Dalam konteks kursus kesusasteraan di Universiti


Utara Malaysia, komponen sastera siber ini
dibincangkan/ disentuh dalam silibus kursus
• Pengendalian kursus kesusasteraan Melayu dan
aplikasinya dalam talian/ capaian internet, aspek
multimedia termasuk audio-video sebagai bahan
kajian.
• Pelajar akan menganalisis, memberi pandangan,
dan komen secara atas talian/ mel-e
• Pemilihan data/ bahan kajian daripada
ruangan siber ini mampu memberikan
kelainan kepada pelajar selain karya yang
sedia ada.
• Sastera siber yang berada di merata-rata
tempat di alam siber itu membuka peluang
kepada pelajar untuk mengaksesnya dengan
cepat dan mudah dan mempunyai pautan
dengan laman-laman/ blog yang lain.
• Pembaca siber/ pemsiber/ pelajar itu mampu
mendapatkan maklumat tambahan untuk
menganalisis/ memahami sesuatu karya itu.
• Dalam masa yang sama pengajar juga boleh
meneliti/ akses kepada latihan secara terus,
tanpa kertas, mudah, tanpa kekangan waktu,
tempat dan ruang.
• Pelajar yang berminat, boleh berkarya di samping
memberikan pandangan/ berkongsi pendapat
dengan rakan-rakan siber/ pelajar yang lain.
• Perbincangan dapat dikendalikan seolah-olah
pensiber dan pemsiber berada dalam sebuah
dewan atau bilik kuliah.
• Selain itu, ruangan perbincangan berkenaan
pula dapat dimanfaatkan oleh pengajar untuk
memberi ulasan/ rumusan terhadap sesuatu
isu yang sedang diperdebatkan.
Pengalaman Sastera Di Helaian Blog

• Blog dimanfaatkan untuk tujuan pengajaran dan


pembelajaran; memaparkan nota kuliah, tugasan,
mendapatkan respons khalayak terhadap
makalah dan entri yang dipaparkan serta
penyiaran karya dan kajian ilmiah dan kreatif.
• Khalayak boleh ke blog yang lain atau ke
perpustakaan siber untuk mengakses pelbagai
maklumat dan berinteraksi.
(lihat http://azmirahman.esasterawan.net).
• Kursus kesusasteraan siber atau kesusasteraan elektronik
(electronic literature) telah ditawarkan di universit luar
negara, misalnya di University of Mary Washington,
University of Maryland, dan George Mason University,
Amerika Syarikat.
• Di Universiti Utara Malaysia, kursus kesusasteraan Melayu
hanya wajib bagi pelajar minor Bahasa Melayu di
peringkat Ijazah Sarjana Muda dan satu pilihan di
peringkat Sarjana iaitu kursus Bahasa, dan Pemikiran
dalam Kesusasteraan Melayu
• Dari segi penilaian: 40 % peperiksaan akhir. 60 %
tugasan dan aktiviti sastera siber (SASBER)
Pecahannya adalah;
– 30 % untuk tugasan semester yang diserahkan dalam
bentuk CD.
– 15 % kuiz atau tugasan pendek.
– 15 % respons pelajar terhadap karya di eSastera.com
dan blog pensyarah
(http://azmirahman.esasterawan.net).
• Pensyarah akan merekod, membaca dan
menilai setiap aktiviti pelajar berdasarkan
nama dan nombor matrik yang dipaparkan di
blog.
• Kekangan yang dihadapi jika jumlah pelajar
terlalu ramai, melebihi 30 orang, banyak masa
yang harus diperuntukkan untuk aktiviti
sasber.
Halangan dan Pandangan

• Antara halangan yang jelas sekali berlegar di


sekitar sastera siber ialah soal teknikal dan juga
persepsi khalayak sastera itu sendiri.
• Misalnya dalam aspek teknikal, pemsiber dan
pensiber memerlukan peralatan yang canggih,
berfungsi dengan baik. Capaian/ akses kepada
internet sangat penting bagi memastikan kerja-
kerja berkarya dapat dijalankan dengan cepat
dan sempurna.
• Hasil karya yang telah dikomposisikan pada
skrin komputer perlu dipaparkan/ online
secara terus ke ruangan maya dan kekal untuk
baca khalayak.
• Gangguan pada sistem komputer atau internet
akan membantutkan proses ini, dan pensiber
perlu memilih waktu yang lain untuk
menyiapkan kerja berkenaan.
• Cabaran untuk memastikan setiap individu
yang terlibat berkarya secara berhemah dan
bersifat akademik.
• Laman-laman sosial dunia siber yang pelbagai
mungkin menyediakan lokasi/ ruangan sosial
yang lebih menyeronokkan, tanpa peraturan
bahasa, perkara atau isu yang lebih santai dan
bebas.
• Umum yang tidak bergiat dalam dunia siber
menyifatkan sastera siber tidak mencapai
‘mutu’ tertentu.
• Pengkritik melihat karya ini untuk tujuan
berseronok dan berkembang dalam kumpulan
yang terhad sahaja, penggiatnya pula datang
dari pelbagai bidang dan latar belakang.
Rumusan

• Sains dan teknologi memungkinkan karya sastera


Melayu berkembang dengan rancak seperti dengan
disiplin lain, penggeraknya haruslah menggubah
beberapa pendekatan/ kaedah dalam bersastera.
• Manakala artikel/ buku, majalah yang
dielektronikkan seharusnya juga dapat diakses
dengan mudah dan bersifat interaktif. Ruangan
komen atau maklumbalas pada bahan-bahan
berkenaan mampu menggalakkan perbincangan
yang sihat dan segera.
• Pensiber/ pengendali majalah atau artikel atas
talian berkenaan boleh membuka/ memberi
pelbagai kaedah untuk pensiber dan pemsiber
berinteraksi.
• Dengan ini suasana keilmuan dapat
dirancakkan dan luas khalayaknya. Peminat/
pemsiber dari merata tempat dapat berkongsi
bahan/ data tanpa halangan.

Anda mungkin juga menyukai